Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih pada kengkawan yang tak henti bertanya khabar mengenai diri saya. Seronoknya ada kawan yang sudi ambil berat pada diri kita, Walaupun tak pernah bersua muka, tetapi jika kasih sayang itu timbul kerana Allah, pasti ianya terasa indah dan sangat bermakna. Kesempatan ni pun nak betulkan tanggapan kengkawan yang ingatkan saya sakit teruk atau apa apa je..(ni mesti di sebabkan artikel bertajuk "ALLAHU AKBAR" Aku Di Uji ). Salah tanggapan tu para sahabat semua..sebenarnya saya tak sakit..cuma hati yang sakit sebab dapat fitnah dan di fitnah. Huhuhu, alaa biasalah jadi perawat..macam macam ujian yang menimpa. Nak cerita lebih lanjut..ermm..malaslah..biarkan mereka dengan labu labunya..Kak Ida kata kat aku..dengan engkau takpelah shah..kesabaran tahap luar biasa..hehehe..apapun..aku harap semua faham yea..
O.k..kali ni nak cerita pasal keglamouran jin..Pak Man Rimau, Din Galah, Zam Ban (jamban) hehehe, dan macam macam lagi. Hehehe..itu semua nama glamour bagi kita..tapi kali ni den nak sajikan pada sahabat semua nama nama glamour puak diorang pulak..o.k..harap anda rileks serileksnya..selamat membaca..
Jin ialah sejenis makluk yang juga diciptakan oleh tuhan
selain dari manusia. Jin juga mampu menukar rupa bentuk mereka kepada
bentuk-bentuk lain dan menjadikan mereka terbahagikan kepada ketegori hantu
yang berlainan jenis dan nama. Dikalangan masyarakat melayu juga mempunyai nama
dan jenis-jenis hantu yang tersendiri. Antara jenis-jenis kelompok hantu-hantu
ini adalah :-
1. Pontianak / Puntianak / kuntilanak -
wanita berpakaian serba putih membalas dendam.
Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak,
dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang
mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia
merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.
2. Langsuir
Adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam
kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan
menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati.Terdapat sesetengah
pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau
selepas itu.Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik
dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Apabila sampai
ketempat yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan akan
merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah mereka.
3. Toyol - hantu kanak-kanak bogel
Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan
Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri.
Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai
seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai
saka.
4. Pelesit - boleh dipelihara
Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya
dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita,
bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai
saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan
tuannya.Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang
pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan
masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk
menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.
5. Hantu air
Merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin
yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan
mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.Kebiasaannya ia dikatakan
terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang
tersentuh dengannya.Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik
mereka yang berada di pinggir air.Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada
ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke
laut dengan menggunakan acak.Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan
kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air
(laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap
tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.
6. Hantu raya - boleh dipelihara
Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis
makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin
atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan
juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai
saka.Cara mengambilnya ialah: amik dekat pokok kelapa yg kena panah petirHantu
Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga
jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk
seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau
haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.Hantu Raya
yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui.
Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur,
ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik
dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Hantu
Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris,
tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi
apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan
makan dengan lahapnya apabila diberi makan.
7. Hantu bungkus
Makhluk ghaib yang dilihat berbungkus dalam kain kafan.Hantu
bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk
kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain
kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan
akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan
mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu
oleh mangsa usikan mereka.
8. PolongHantu
Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan
yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan
memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari
tuannya.Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak
darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut
kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa
tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit
daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan
memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan.
Dengan memberi makan, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan
apa sahaja suruhan tuannya.Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan
hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya
boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.
9. Bota
Makhluk besar hodoh menjelma dari dalam tanah. Hantu yang
terkenal sehingga namanya digunakan sebagai nama sebuah kampung. Mengikut
kepercayaan penduduk tempatan Bota, nama kawasan ini diambil bersempena sejenis
gergasi yang wujud di sini. Bota ialah sejenis gergasi besar yang hidup dalam
tanah, menyembunyikan diri dalam gua di dalam tanah. Bota akan keluar daripada
tempat persembunyian pada ketika-ketika tertentu sahaja dan amat meminati
kanak-kanak yang tidak memakai seluar.Kebanyakan masanya dihabiskan di dalam
tanah dan jarang dilihat oleh manusia. Menurut nenek-nenek tua di kawasan ini,
badan gergasi Bota ini menyerupai warna tanah itu sendiri terutama di kawasan
berlumpur, di tepi rimbunan buluh kuning dan di tepian sawah padi di mana ikan
puyu dan tilan biasa ditemui. Makanannya didapati di dalam tanah juga dan
sesekali akan mencari makanan dalam bentuk daging manusia atau haiwan. Manusia
dan haiwan bukanlah makanan kegemarannya kerana ia hanya keluar sesekali sahaja
terutama pada rembang petang.Gergasi Bota ini dikaitkan dengan kehilangan
seseorang. Jika seseorang penduduk didapati hilang, mereka percaya Bota yang
bertanggungjawab dan penduduk tersebut telah melanggar pantang 'kewujudan' Bota
di sesuatu kawasan. Anehnya Bota ini tidak banyak tapi boleh berada di
mana-mana sahaja terutama di kawasan Sungai Perak.
10. Bajang
Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya
dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh.
Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.Bajang merupakan makhluk
setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan
setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat. Bajang
seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang
boleh membawa maut kepada mangsanya.Bajang akan dikawal oleh pemiliknya dan
akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai
penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya
dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.Bajang yang
dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga
dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang
tuannya.Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal atau azimat. Tidak
ada cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia akan
dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.Bajang biasanya perlu diwarisi, dan
sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa.
Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan
bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi
makan.
11. Bunian, Kerajaan dan keluarga Bunian.
Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin
dalam legenda Melayu, mirip dengan elf dalam legenda Eropah.Mereka dikatakan
wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai
keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Orang Bunian dikatakan mendiami
kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang
tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga
manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca dari orang
bunian.Orang bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui
berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang bunian
dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi didalam perut wanita dan ada dituduh
menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.Semenjak orang bunian mirip dengan
manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan)
tidaklah dihiraukan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat
yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan
jin. Sekali seorang manusia telah pergi untuk tinggal dengan orang bunian, dia
tidak boleh balik ke alam biasa, sebagaimana orang bunian hidup lebih lama
daripada manusia. Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang
bunian, tetapi ingin mengembali ke keluarga mereka yang telah ditinggalkan,
memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Waktu pulang mereka ke golongan
manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah meninggal
dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam
cerita dongeng Amerika iaityu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori
kerelatifan masa.Orang Bunian Sungai TekaliPada Julai 1998, satu tapak
perkhemahan baru telah dibina di Kampung Sungai Tekali, daerah Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan. Tapak perkhemahan ini adalah milik Jabatan Pelajaran
Negeri Selangor . Perkhemahan yang pertama kali itu ialah Perkhemahan Unit
Beruniform Peringkat Negeri Selangor.Segelintir penduduk kampung percaya dan
melihat 3 orang (?) bunian mandi dalam anak sungai di tapak itu. Seperti biasa
majlis bacaan Yassin diadakan pada hari pertama perkhemahan. Pada malam 'Night
Walk' yang dikendalikan oleh Askar Briged Tengah, dua orang peserta telah
'hilang' dan seperti kerasukan selama beberapa bulan. Kejadian ini dikaitkan
dengan orang bunian. Kini tapak perkhemahan itu telah 'bersih' dan tidak lagi
kedengaran cerita-cerita seumpama itu.
12. Hantu Jepun
Hantu Jepun merujuk kepada sebarang bayangan atau makhluk
yang berpakaian seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan
tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia II,
semasa Jepun menawan Malaysia.Tempat yang selalu selalu disebut-sebut sebagai
kawasan yang dihantuinya adalah bangunan sekolah berasrama, pejabat kerajaan
dan bangunan-bangunan penting yang ada semasa Perang Dunia II. Oleh itu, boleh
dikatakan, hantu Jepun ini agak moden.Selalunya ia dilihat sama ada
bersenjatakan senapang atau pedang, tanpa berkepala atau kepalanya dipangku
bersama-samanya.Kadang kala, ia dikatakan berbaris lengkap bersenjata pada
waktu malam (tanpa kepala), dengan bunyi derapan kasut but tentera.Tidak pula
diketahui sama ada hantu Jepun turut terdapat di negara-negara jajah takluk
Jepun yang lain (selain Singapura).
13. Hantu bukit.
Hantu bukit merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran
dikawasan bukit. Hantu bukit sering dikatakan mengusik orang yang lemah
semangat.
14. Hantu kubur
Hantu kubur merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran
dikawasan perkuburan. Hantu kubur amat ditakuti dikalangan orang-orang asli
kerana mampu menyebarkan penyakit. Ini adalah antara sebab orang asli berpindah
randah sekiranya berlaku kematian. Malah ia ditakuti oleh puak asli Kubu
(Indonesia) dan Jakun (Malaysia) walaupun mereka dipisahkan oleh selat Melaka.
Sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.Cara mengambilnya
ialah:tanah atau pacang kayu org mati kena bunuh/berdarah
15. Pari-pari
Pari-pari merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam
kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang terdapat
dalam hutan. Pari-pari ini dikatakan mempunyai masyarat tersendiri dan boleh
dikatakan menyerupai orang bunian. Pari-pari dikatakan tidak dipelihara oleh
manusia dan dikatakan hidup bebas.
16. Hantu punjut
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau
hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang
dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang
lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau
bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan
kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.
17. Jerangkung
Jerangkung merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam
kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara
bagi tujuan menginiaya orang lain. Pemeliharaan makhluk halus seperti ini turut
dikenali sebagai saka.
18. Hantu laut
Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis
makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair.
Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung
dengannya.Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk,
tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.Selain itu, ia
dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir
air.Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang
dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan
acak.Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi
menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara
yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga
dikenali sebagai puja pantai / main pantai.
19. Hantu galah
Hantu Galah merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam
kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan.Ia dikatakan
berbentuk manusia tetapi bersaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya
dikatakan menyapu awan. Ia sering kali ditemui jauh di dalam hutan dan biasanya
hanya kakinya yang kelihatan.Mereka yang diusiknya dikatakan sering menyangka
kakinya sebagai batang pokok. Kakinya dikatakan berbulu panjang dan hanya
mangsa hanya terserempak pada waktu malam apabila sering bersandar atau
memegang kakinya, atau ketika melalui celah kangkangnya.Manusia yang bersahabat
dengannya dikatakan boleh mencabut bulu betisnya yang akan dibakar untuk
menyerunya apabila memerlukan pertolongannya.
20. Jin Tanah
Jin Tanah dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis
makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin
atau syaitan, yang dikatakan menjaga sesuatu kawasan (tanah).Jin Tanah biasanya
menjaga sesuatu kawasan tanah dan akan menganggu mereka yang membuka tanah baru
untuk berhuma. Untuk mengelakkan gangguan Jin Tanah, biasanya upacara pembukaan
tanah baru akan di adakan. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai
acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya.
Sekiranya tidak, Jin Tanah akan mengganggu mereka yang meneroka kawasan tanah
baru tersebut.21. Hantu KeramatHantu Keramat merujuk kepada semangat atau
makhluk halus yang terdapat disuatu tempat tetapi tidak mengganggu orang.
22. Hantu Kum-Kum
Asal hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang wanita
yang mengamalkan ilmu mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya merupakan
dia tidak boleh melihat cermin selama 10 hari / sesetengah cerita menyatakan
sebulan.Semenjak hari itu semua orang memuji-muji kejelitaan wanita itu dan
menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di cermin pada hari terakhir.
Akibatnya mukanya menjadi buruk, dan setelah dia menemui kembali gurunya, dia
diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik setelah dia menyapu mukanya
dengan darah XX perawan.Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu
rumah bagi mencari mangsa sambil menyatakan "Kum-Kum" sambil
mengenakan jibab.
23. Hantu Bungkus
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau
hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang
dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang
lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau
bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan
kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.
24. Orang minyak
Orang minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu
batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan
mencuri/membuat onar.Salah satu cerita mengatakan orang minyak ini telah
tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas
memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan
dipangkah pada mukanya selepas dinodai.Kisah orang minyak ini amat popular sehinggakan
ia dijadikan sebuah filem pada tahun 1958. Filem ini diterbitkan oleh Malay
Film Productions Ltd dan diarahkan oleh P. Ramlee.
25. Puaka
Hantu Puaka merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam
kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dikatakan
sering berkeliaran bersama-sama cuaca buruk.
26. Penanggalan
Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong
di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu
hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan
kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut
terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan
akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu
penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut
mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka.
Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka
akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan
terbongkar.Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan
sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat
tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa
dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri.
Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan
tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.Ketika penanggalan terbang, ia
dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai
itu.
27. Pocong
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau
hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang
dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang
lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau
bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan
kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.
28. Hantu bidai
Hantu Bidai atau juga dikenali sebagai hantu balong bidai
merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya
dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu bidai
merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air. Hantu bidai mampu menyerupai
tikar, dan akan menggulung dan melemaskan mangsa.
29. Hantu kopek
Hantu Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam
kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka
menganggu manusia. Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang
suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa
waktu maghrib, dengan cara menyembunyikan mereka dengan kopek (buah dada)
mereka.
30. Hantu Tetek
Hantu Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam
kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka
menganggu manusia. Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang
suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa
waktu maghrib, dengan cara menyembunyikan mereka dengan kopek (buah dada) mereka.
31. Harimau jadian
Harimau jadian dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis
ilmu yang membolehkan penuntutnya bertukar menjadi harimau apabila dikehendaki.
Ia dikatakan dibantu oleh golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi
tujuan membantu tuannya mempertahankan diri dan juga bagi memudaratkan
musuh.Harimau jadian biasanya perlu dibuang sebelum meninggal, dan sekiranya
tidak dibuangkan, penuntut ilmu itu akan sukar meninggal dunia.
32. Jembalang tanah
Jembalang tanah merujuk kepada semangat atau makhluk halus
yang terdapat dikawasan hutan dara. Jembalang tanah dikatakan berasal daripada
urin atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan hutan.
33. Hantu tengelong
Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong
di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu
hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan
kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut
terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan
akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu
penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut
mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka.
Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala
mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan
terbongkar.Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan
sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat
tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa
dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri.
Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan
tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.Ketika penanggalan terbang, ia
dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai
itu.