Assalamualaikum,Cinnamon Pull Apart Bread ni menu minggu lepas,orang lain dah lama terkena jangkitan virus chik mi baru nak merasa,masa
Shidah buat CPAB ni terasa susah je nak buat,dah ler namanya tu puh punyala panjang.Bila
Kak Nor duk sebarkan virus pun tak terjangkit lagi ,kuat sungguh antibodi ku ni yer ,last week kawan chik mi Mak Udess minta resepi onbehalf of SIL dia baru ler teringat resepi ni ,masa duk selongkar dapur kak nor (jangan mare ye kak) baru lah p tengok link Joy of baker dengan shidah tu laaa senang jer nak buat,heheheheh balik kerja dengan semangat yang membara ku buat kerahan tenaga ,suruh Cik Baker menguli.
Alhamdulillah memang sedap CPAB ni ,Chik mi dapat 2 bekas
For the Dough (in BM)
2 3/4 cups plus 2 tbs tepung
1/4 cup gula kasar
2 1/4 sudu kecik yeast
1/2 sudu kecik garam
4 tbs butter
1/3 cup susu penuh krim
1/4 cup air
2 biji telur (size A)
1 sudu kecil Vanilla extract
For the Filling
1 cup gula kasar
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon)
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg)
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown
Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan
Pukul telur, ketepikan
Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga
mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan
seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.
Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau
dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan
uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam
mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain
atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.
note : dough yang the naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. (I skipped this)
Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan
serbuk buah pala di dalam mangkuk. Langkah seterusnya, boleh ikut the
pictures below.
Untuk recipe step by step boleh ke link joy the baker @ link shidah
Terima kasih buat Shidah yg share the recipe dan buat kak nor yg menyebarkan virus,dan tak lupa juga penyumbang recipe....