Akhirnya...

.


Alahaii kawan2.. dah dekat 5 orang email aku suruh update pasal kedai borong .. sampai dah tahap masuk harini dah 6 orang email terus rase macam nak menangis.... menangis sebab sedihhhhhhhh... sedihhh sebab aku hold2 korang punya soalan tu....... *touching tak? touching tak?* theeeeee



Secara jujurnya aku nak buat pengumuman dekat sini yang sebenarnya bukanla aku wat bodo je ngan pertanyaan korang tu , tapi kenyataannya adalah aku TAK TAU ALAMAT KEDAI TU!!!!!!



Pueh aku carik kat google xjumpa2.. heeeeeeeeeeeeeee jangan marah aaaaa.. tapi xpe aku just bagitau yang kedai borong tu ade macam2 tau.. harga pon leh tahan murah! kedai dia terletak dekat SUNGAI BULOH, belakang THE STORE sungai buloh.. depan kedai tu ade PADANG LUAS.. :P tu je aku leh bagitau.. sorry yek.. tapi kedai tu memang murahh!


Gambar ni pon aku cilok kat google..heheeheheheeh




BALASAN MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT

.

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya: “Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” (Riwayat Muslim)

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim (apabila memenuhi segala syarat-syaratnya). Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar’i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain daripada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah SWT, ia juga merupakan satu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.





Wordless wednesday # Nothing to say!

.


Ok guys BYE!!





DIY : Goodies beg & Mineral water label..

.

Assalammualaikum guys..



Heeeee Heeeeee Heeeeee Heeeeeee *tersengih macam kerang busuk*


Awal2 aku dah rase serba salah sebab kata nak update pasal DIY tapi baru skang dapat update.. 


Ape tu DIY?? ------------------------------------> DIY tu singkatan pada DO IT YOURSELF.


Ape tu DO IT YOURSELF?? ---------------------------------> Maksudnya sila bukak kamus sendiri!!!



Aku selagi boleh aku buat memang aku akan buat sendiri.. tak kisahla ape2 pon janji dari air tangan aku.. SERIUS tau weh kalau korang buat sendiri yang 1 korang akan puas hati gilesss , yang ke2 korang boleh save duit, yang ke3 suka hati korangla nak rase ape .. sebab aku tak ade idea ..muahahahahahahahahaah


So mase birday anak aku baru2 ni. aku DIY sendiri goodies beg and mineral label.. Tapi sebelum tu aku dah order kat cousin aku bende2 ni sume sekali aku cancel sebab aku rase macam membazir.. so aku selidik punya selidik sebenarnya tak perlu bawak kuar duit banyak pon.. sebab kita boleh buat sendiri.. samada korg rajin or tak je... kalau rajin macam aku bolehla buat.. kahkahkahkahkahkah


Ni goodies beg sticker


Ni sume aku design sendiri.. hurmm aku rase korang kena ade photoscape or photoshop kot.. tapi yang gambar tu aku suh kawan aku crop.. Design background sume tu aku cilok kat google jerk.. 



Yang ni mineral water label


Sume design belakang, minnie, sumela aku ambik kat google.. tinggal edit je.. 


Okla so far aku puas hati.. 


And aku carik brown paper ni punyala susah.. memula pergi mydin tak jumpa, then pergi kedai jual barang buat kek baru jumpa kau... ke situ pulak dia duduk.. heheheh . Brown paper ni sangat2la murah.. 100pcs korang boleh dapat dengan harga RM3.50.  murah tak????  sape cakap mahal meh sini aku bedebussss.. :P



Settle carik barang baru aku duk depan lappy carik design brown paper ni.. sangat2la cute and lawa giless diaorg design.. so aku ciplak idea diaorg yang senang2 jela.. akhirnya jadila beg aku camni


Okla kan puas hati sangat2.. duit pon tak banyak keluar.. 



Tu jela aku DIY pon.. maybe next majlis aku DIY lagi kot.. kot la.. hehehehe okla lepas ni aku update entry pasal kedai borong nak beli cekedis untuk goodies beg yang sangat2la murah..!! 




Insyallah tau! aku ulang lagi sekali insyaallah!! theeeeeeeeeee






Entry bergambar -------> Happy Birthday Qaseh!!! Pewwwittt dah 2 tahun..!

.

Assalammualaikum..


Pagi2 masuk keje terus bukak blog dulu.. hamboi ko rajin bebeno yer.. mentang2 tengah ade idea.. kahkahkahkahkah *gelak xde kena mengena*


Sebenarnya harini birday anak aku yang ke 2 tahun.. sekejap je rasenya dah 2 tahun..kang sekejap pulak dah 3 tahun pehtu dah 4 tahun pehtu dah kawin.. ooppsss! 



My princess

Happy Birthday Qaseh.

Thanks for bringing so much joy into our lives each and every single day.

LOVE U ...
Semoga panjang umur & dimurahkan rezki, semoga menjadi anak yang solehah, semoga ALLAH merahmati mu wahai qaseh didunia mahupon diakhirat.. mama sentiase doakan supaya ALLAH melindungi mu daripada bencana alam dan penyakit yang berbahaya.. semoga doa mama termakbul.. AMIN..


------------------------------------------------------------------------------------


Hari sabtu baru2 ni aku celebrate birday dia.. sambut awal.. Terima kasih pada family,cousin,kawan2,jiran2 yang hadir pada hari tu.. sungguh meriah! Alhamdulillah makanan terlalu banyak dan habis! xde pembaziran berlaku.. huhuhuhuhuhu

Sila layan gambar dibawah.. Sorry pada sesiapa yang xde dalam gambar hari tu sebab camera battry habis!!!!   tension mak ok.. lagipon busy sangat time tu, awal2 je aku pgg camera pehtu camera ntah kemana aku pon xtau..nasib baik jumpa...


Ok sila layan gambar birday my princess.. 


 My goodies beg.. DIY hokeyyy

 Menu ade macam2.. Mee udang, nasi tomato, roti jala, bihun goreng, kuih muih, pulut kuning



Meja Sweet2 ade Coctail, jambu batu cicah asam, jeruk, gula2, creampuff, apam polkadot

My girl dah stat comot...

Minnie cake..



Waktu ni dia asyik follow aku je bawak belon. aku ingtkan apela rupanya dia suh aku simpan belon ni dia nak.. siap ajak masuk bilik simpan dalam bilik..

My caramel.. Yummy!

Setengah daripada hadiah2 dia..




Ni setengah..ade lagi setengah hadiah dia.. malangnya battry camera tarakk.. 



Tu jela kot.. gambar selebihnya kat FB aku..



Last but not least

Heheheeh saje jela letak gambo ni! rileks la!! 






HAPPY BIRHDAT QASEH!!! we love u!!











TOPMUM: Entry seterusnya aku update pasal DIY (do it yourself) aku buat sendiri goodies beg and mineral water label.. :)






Invitation QASEH birday.

.

Assalammualaikum guys.. *sambil tutup muka*


Al-maklumla terase diri di sungguh kerdil kerna malas untuk mengupdate belog sejak duajak tigajak ni... malassss sangat sampai nak tengok blog sendiri pon rase nak muntah...bila tutup blog lega sikit... muahahahahahhaahah syiok x alasan aku...



Ni pon aku update sbb nak jemput sume kawan2 blogger ke MAJLIS HARIJADI QASEH anak aku untuk ke dua kalinya.. sudah besowwww..




Ha hambik sebijik.. tak voleh besow lagi ke...huahuahuahauhauahua



Sape xtau jalan tgu je kat tv3 yer.. :)

Kedatangan anda amatla dialu2kan..BYE










TOPMUM: Permintaan blogger nak aku buat entry beuty review xkesampaian lagi yer..tgu sat2 g aku buat.. :P