(dari seorang pengurus jenazah)
orang Mengumpat Sukar DI kapan Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak
pengalaman yang telah saya tempuhi. Ada di antaranya yang cukup
menyedihkan. Tidak kurang juga yang benar-benar memberi keinsafan. Salah
satu daripada pengalaman-pengalam an itu membabitkan masalah kain kapan
tidak muat pada hal mayat yang hendak di kapankan bersaiz kecil. Ini
bertentangan dengan satu lagi mayat yang saya uruskan, di mana kain
kapannya mencukupi walapun orangnya berbadan tinggi dan gemuk.
Sepanjang pengelaman saya dalam pengurusan jenazah sejak lebih 30 tahun
lalu, saya mengunakan kain kapan sebanyak 24 ela untuk mengapankan
mayat. Jumlah itu selalunya mencukupi tidak kira sama ada mayat bersaiz
besar atau kecil, gemuk atau kurus.
Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di negeri Selangor beberapa
tahun lalu, kain kapan sebanyak 24 ela yang saya sediakan itu tidak
mencukupi pada hal mayatnya kecil sahaja. Mayat itu berkeadaan biasa,
berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Saya di
beritahu arwah meninggal dunia kerana sakit jantung. Orangnya sudah tua,
umurnya sekitar 60-an.
Seperti biasa sebelum memandikan mayat, saya memotong dahulu kain
kapannya sebanyak tiga keping. Panjangnya mengikut ketinggian arwah
kemudian di tambah satu hasta di hujung kepala dan satu hasta di hujung
kaki. Selepas semuanya siap disusun, saya mula memandikan arwah dengan
bantuan adik saya, Rafeah.
Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah di mandikan, cuma mukanya
agak kuning dan najisnya, Maha Suci Allah amat banyak. Makin dikorek
makin banyak yang keluar.
"Eh, ada lagi najis", kata adik saya Rafeah kehairanan. Selalunya tidak
sampai setengah jam, najis sudah habis keluar tetapi yang ini, lebih 45
minit baru habis. Setelah lebih dua jam berlalu, baru selesai tugas kami
memandikan mayat itu. Selalunya satu setengah jam sudah mencukupi.
Bila semuanya sudah bersih, arwah dipindahkan untuk dikapan. Sebaik
sahaja arwah diletakkan ke atas kain kapan, saya terperanjat besar bila
mendapati kain putih yang saya sediakan tadi tidak muat. Entah macam
mana kain kapan di hujung kepala dan di hujung kakinya cuma tinggal satu
jari sahaja.
"Eh, kenapa tak cukup. Takkan salah potong", saya berkata pada adik
saya. Wajahnya turut berkerut kehairanan bila mendapati kain kapan yang
kami sediakan itu tidak muat. Kami berdua sama-sama bingung dan
bertanya-tanya di mana silapnya.
Nak katakan saya tersalah ukur semasa memotong tadi, mustahil. Rafeah
sendiri menyaksikan dan membantu saya memotong kain itu. Sudah
bertahun-tahun kami berdua melakukan perkerjaan ini, tidak mungkin kami
tersalah potong. Nak katakan pembekal kain bersalah ukur, juga tidak
mungkin. Sebelum memotong, kami mengukur terlebih dahulu kain kapan itu
dan mendapatinya cukup 24 ela.
Setiap kali berlaku kematian, orang yang sama itulah yang membekalkan
kain kapan kepada saya. Tidak mungkin dia tersalah ukur. Saya mula
berkecimpung dalam pengurusan jenazah sejak berusia 17 tahun lagi. Waktu
itu saya mengikut nenek saya menguruskan jenazah di kawasan Klang
sebelum di lantik sebagai bilal pengurusan jenazah wanita oleh Jabatan
Agama Islam Selangor pada tahun 1973.
Sepanjang tempoh pembabitan saya dalam bidang itu, inilah kali pertama
saya berdepan dengan masalah saya berdepan dengan masalah kain kapan
tidak muat. Mungkin inilah yang dikatakan habuan dan bahagian
masing-masing. Entah apa amalan arwah semasa hayatnya hanya Tuhan sahaja
yang mengetahui. Semoga Tuhan mengampunkan segala dosanya dan mencucuri
rahmat di atas rohnya.
Untuk menambah kain putih yang lain, dah tak ada. Kain yang saya bawa
itu semuanya sudah di pakai, tiada lagi saki-bakinya. Mahu tak mahu
mayat arwah dikapankan juga menggunakan apa yang ada. Maha Suci Allah,
saya sekali lagi teperanjat beser bila mendapati kain kapan itu tidak
mencukupi untuk membungkus mayat arwah. Bahagian tengahnya ternganga
seperti membungkus nasi lemak. Selalunya kain kapan yang saya sediakan
boleh menutup hingga ke bahagian tepi. Puas saya tarik untuk cuba
menutup bahagian yang ternganga tetapi gagal. Untuk mengatasi masalah
itu, saya terpaksa menggunakan kapas untuk menutup bahagian yang
ternganga sebelum mengikatnya kemas-kemas.
Sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengapan, arwah disembahyangkan
kemudian dibawa ke tanah perkuburan. Dan dengan itu selesailah kewajiban
saya. Namun cerita-cerita daripada salah seorang yang membantu
kerja-kerja pengebumian jenazah membuatkan diri saya menjadi bertambah
bingung.
Menurutnya, semasa jenazah hendak dikebumikan, satu keanehan berlaku
yang benar-benar memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja yang hadir.
Ketika jenazah diturunkan, liang lahad yang disediakan didapati tidak
cukup panjang hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah membengkok.
Akibatnya, jenazah terpaksa ditarik naik dan liang lahad digali semula.
Bila kubur siap di gali, jenazah diturunkan untuk kali kedua. Allah Maha
Besar, liang lahad masih sempit walaupun telah digali melebihi enam
kaki. Setiap yang hadir bertambah hairan. Apakah amalannya hingga
diseksa begitu rupa?
Jenazah dinaikkan semula dan liang lahad ditebuk lagi untuk kali ketiga.
Bila selesai kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan. Alhamdulillah,
cubaan kali ketiga berjaya dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan.
Masing-masing menghembus nafas lega.
Apa yang berlaku pada jenazah itu memanglah menyedihkan. Saya sendiri
tertanya-tanya bagaimana kain kapan yang saya bawa itu tidak muat
dengannya. Untuk memastikan kedudukan sebenarnya, saya pergi ke kedai
yang membekalkan kain kapan kepada saya untuk bertanya berapa banyak
kain putih yang dibekalkan kepada saya. Jika betul 24 ela,kenapa kain
itu tidak cukup sedangkan mayat yang dikapankan bersaiz kecil.
Jawapan yang diberikan oleh pekedai itu menyedarkan saya tentang
kebesaran Allah. Menurutnya, kain putih yang dibekalkan kepada saya sama
seperti kebiasaannya, ia itu 24 ela. Jika kain itu tidak mencukupi itu
bukanlah salah sesiapa sebaliknya merupakan ketentuan Allah. Maha Suci
Allah Allah, memang benar apa yang dinyatakan oleh pekedai itu. Apa yang
berlaku ke atas jenazah itu merupakan balasan daripada Allah. Mungkin
ada di antara amalan-amalannya yang bertentangan dengan ajaran Tuhan.
Entah apa yang dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya, wallahualam,
hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinnya.
Tetapi daripada cerita-cerita yang saya dengar, arwah dikatakan
menpunyai tabiat buruk - suka mengumpat dan mengatakan orang. Tidak
cukup dengan itu, arwah juga dikatakan suka mengambil tahu urusan orang
serta gemar membawa mulut dari rumah ke rumah. Bukanlah niat saya untuk
membongkarkan keburukan arwah tetapi sekadar memberi nasihat.
Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran dan memberi pedoman dan
iktibar mereka yang masih hidup. Hindarkan perkara-perkara keji demi
kesejahteraan kita sendiri. Pengalaman yang cukup menginsafkan itu jauh
berbeza dengan apa yang saya lalui semasa menguruskan satu lagi jenazah
kira-kira sebulan kemudian.
Orangnya saya kenal, berbadan gemuk dan berusia sekitar 50-an. Punca
kematiannya ialah darah tinggi. Sewaktu menatap jenazahnya untuk kali
petama, saya mendapati mukanya tenang dan jernih. Walaupun bertubuh
besar, tetapi Maha Suci Allah, badannya lembut dan ringan. Saya dan adik
saya Rafeah tidak mengalami sebarang masalah untuk mengalih-alihkan
badannya. Najisnya tak ada langsung. Puas kami menekan dan mengorek,
tetapi tiada sebarang kesan najis.
"Bersih betul mayat ini", saya berbisik kepada Rafeah. Tiada langsung
kesan kotoran pada tubuhnya, seolah-olah dirinya telah di bersihkan
sebelum menghembus nafas terakhir. Seronok betul kami menguruskannya.
Mayat itu selesai di mandikan dalam tempoh tidak sampai sejam.
Sewaktu hendak mengapan jenazah, kami berdua pada mulanya di selubungi
kebimbangan takut-takut peristiwa kain kapan tidak muat berulang lagi.
Maklumlah, sedangkan jenazah kecil pun tak muat inikan pula jenezah yang
besar. Tetapi syukur alhamdulillah, kain kapan yang kami bawa sebanyak
24 ela itu cukup untuk menutupi seluruh bahagian. Selesai kerja-kerja
mengapan jenazah disembayangkan.
Kerana terlalu ramai yang hadir, jenazah disembahyangkan dua kali. Kali
pertama di rumah dan kali kedua di masjid. Jenazah akhirnya dibawa ke
tanah perkuburan dan selamat dikebumikan. Perjalanan lancar tanpa
sebarang halangan. Saya sendiri berasa seronok menguruskannya.
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
Arwah memang dikenali di kalangan penduduk-penduduk kampungnya sebagai
seorang yang kuat beribadat. Sifatnya yang suka bersedekah dan menolong
orang ternyata mendapat balasan yang setimpal. Keadaannya jauh berbeza
dengan jenazah kurus yang tidak muat kain kapannya. Bukan menghina atau
mencaci tetapi itulah hakikatnya.
Perbezaan itu jelas menunjukkan betapa pentingnya kita hidup
berlandaskan agama. Buatlah apa yang disuruh dan tegah apa yang di
larang, insya-Allah selamt didunia dan akhirat.