That is what smart people will not say. As individual we have the rights to talk. But we cant force others to agree or to not agree with us. Its people's choice.
Sunday, December 9, 2018
Tuesday, March 22, 2016
Its our cloud nine
Many people asked me. How did you do that?
Doing PhD with little babies.
I need to stop, think and digest. Melalui kesukaran itu bukanlah sesuatu yang mudah.. Sampai saat ini masih terbayang-bayang setiap saat dan ketika bilamana bergelumang dengan tesis sambil mengasuh anak-anak. Tak tahu macammana nak jawab kerana setiap proses ada kesukaran dan setiap proses itu berjaya dilalui dengan izin Allah, kerana Allah permudahkan. Perjalanan PhD ni mengajar erti rasa bersyukur dengan Pencipta. Setiap saat kita berdoa kerana banyak yang kita ingin capai.
Bila kita redha, Allah tunjukkan jalan. Bila kita, percaya dengan janji Allah, Allah permudahkan. Alhamdulillah.

I successfully passed my viva voce last February. 28022016. It was a tough session. At first, because I had two external examiners from two different universities. But, which Viva isn't, right? and who's Viva isn't? Manalah ada viva yang senang...yang examiners tak questioned apa-apa... Pada saya, ianya dipermudahkan. Mungkin kerana ramai yang mendoakan. Syukur Ya Allah.
Saat Pengerusi kata "Nazira, we have come to a decision to give you B1, ....."
Saya pandang wajah insan-insan yang ada di hadapan. Ohh, macamni rupanya rasa Viva. Tak terasa nak menangis. Honestly, I thought I would cry. Cuma rasa lega yang hadir, Jauh di sudut hati terkenang husband tengah tunggu saya di dalam kereta. Terkenang anak-anak di rumah babysitter. Kelam-kabut pagi tadi sebelum ke UTM menguruskan mereka. Terkenang ibu dan ayah yang banyak berkorban. Terasa-rasa perut yang dah start krukkk krakkk sebab lapar.. tak selera nak breakfast pagi tadi sebelum ke Sekolah Pengajian Siswazah.
I challenge myself..doa banyak-banyak supaya dapat B1 (one-month) correction kerana saya dah tak nak fikir apa-apa asal tesis lepas ni. I just want to geit it done and over. Dah terlalu lelah rasanya. Nak fokus pada yang tersayang. Akhirnya, Allah berikan apa yang saya mahu. Nikmat mana lagi yang mahu saya dustakan? Alhamdulillah.
Ohhh..btw, it's my fourth pregnancy..and we are expecting...again! Benarlah. Rezeki Allah itu luas untuk umatnya.
Kenangan Viva Phd
Delyla demam seminggu
Delisha sakit mata
Tak sempat baca semula tesis
Pakai tudung tak match dengan dress. Dah beli dan iron tudung lain..tapi pagi masa nak siap-siap tak selesa
Lepas Viva, lunch dengan husband makan nasi arab
Husband ajak gi tengok kereta kat used car sementara tunggu nak ambil report. Fine. Kita lulus Viva, dia pulak nak reward :)
Dan... long-distance marriage is still the challenge. Tak mengapa. Bersabarlah. Inshaallah Allah tunjukkan jalan.

Sayangnya pada comels-comels Mama ni.
Perjalanan PhD ini selalu buat saya menangis, menitis air mata bila terkenangkan saat-saat kita terpaksa buat pilihan antara anak dan kerjaya, juga impian. Allah tunaikan impian saya untuk berjaya dalam pelajaran. Dan anak-anak ini 'reward' plus amanah yang Allah berikan dalam kehidupan berkeluarga untuk saya. Alhamdulillah.
Posted by Mrs.Qarlista at 12:57 AM 2 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)