Tuesday, May 16, 2017

Pengorbanan

Rajuk yang didiamkan,

Amarah yang dibisukan,

Lelah yang disepikan,

Rindu yang dibiarkan,

Cita yang dipalingkan,

Tersimpul dalam esak tangis tidak berirama,

Menyimpul dalam senyuman palsu,

Jauh tenggelam dalam hati,

Kerana hakikat dunia tempat ujian,

Diuji tidak lebih dari sebelah sayap nyamuk yang tiada erti,

Hingga bila tiba masanya,

Ajal bertamu jua,

Orak langkah ke dunia abadi,

Yang entah kiri entah kanan penghujungnya,

Moga sabar yang dididik ini dapat jadi jambatan emas ke syurga nanti,

Tuhan saksikanlah.

Wednesday, March 15, 2017

Nilai Hidup

23 Julai 2016 - Selamat mendirikan baitul Muslim

25 Julai 2016 - Kembara cinta di pulau Langkawi

27 Ogos 2016 - Ibu pergi buat selama-lamanya

25 September 2016 - Tautan rindu di puncak Kundasang

12 November 2016 - Walimatul urus sepasang kekasih

9 Disember 2017 - Selamat tinggal PJJ

7 Februari 2017 - Memasak cinta di bumi Al-Fateh

5 Mac 2017 - Membina teratak impian bersama

Alhamdulillah.

Waktu sakit ibu makin teruk dulu, rasa seakan-akan tiada lagi nilai dalam hidup. Lepas ibu dah tak ada, perjalanan hidup tetap diteruskan. Tapi terasa kosong tanpa ibu. Hadirnya seorang isteri, melengkapi hidup yang serba kekurangan. Satu per satu kenangan indah tercipta. Hari demi hari kita jejak langkah bersama, mencari erti nilai sebuah kehidupan.

Andai dibentangkan garis masa, masih terlalu jauh untuk sampai ke syurga.

Buat bidadariku, lumrah kehidupan berumah tangga, lepas ni akan banyak lagi cabaran-cabaran hidup akan datang bertamu. Moga kenangan-kenangan indah kita terus tercipta. Agar andai suatu hari nanti antara kita telah tiada, memori kebahagiaan terus segar dalam ingatan.

Sesungguhnya aku menjadi saksi kebaikan dan keikhlasan cintamu.

Sunday, August 7, 2016

Anugerah Terindah


Macam ni rupanya rasa cinta,
Dari kawan jadi teman sehidup semati,
Setiap saat kita berjauhan,
Setiap detik itu jugalah cinta kita makin menguntum,
Dua minggu terindah dalam hidup,
Sebelum terpisah ratusan batu jauhnya,
Kita sama-sama lakar memori terindah,
Yang takkan kita lupa buat selama-lamanya,
Sayang, 
Thanks for being a part of my life!

Wednesday, June 22, 2016

You, yes You.



A flower cannot blossom without sunshine, and man cannot live without love. 

:)

Friday, June 10, 2016

Masa

Kalau boleh diputarkan waktu,
Banyak benda aku nak ubah,
Namun hakikatnya tidak begitu.

Teruskan melangkah,
Mencipta sejarah baru,
Yang lebih gemilang.

Kerana,
Hari ini lebih baik dari hari semalam,
Dan bertambah baik pada hari esok.

Tuesday, May 17, 2016

:)


Walk with me. Shall we?

Saturday, April 30, 2016

25042016


Konvo last dengan classmate.

Lepas ni konvo dengan sape tah. >_<

Jom konvo sama-sama jom lepas ni! :p