Tuesday, February 9, 2016

Bicara Kata

Tak perlu terungkap kata-kata untuk menyampaikan apa yang tersirat di hati.

Kerana akhirnya diri sendiri sudah cukup dewasa untuk memahami apa yang terbuku di kalbu.

Walau tanpa sepatah bicara.

Tinggal tunggu masa untuk diluahkan segalanya.

Bersama seribu persoalan bersulamkan sebuah penantian.

Amanah dan tanggungjawab sedia menanti di depan untuk dipikul.

Sudah bersediakah aku?

Dalam detik waktu yang masih tersisa ini.

Moga Allah gerakkan kudrat di tubuh.

Untuk membina bahtera yang akhirnya mampu berlayar menuju negeri akhirat.

Dengan segala kelemahan yang ada.

Kaki terus melangkah.

Allah, permudahkanlah segala-galanya.....


**Ambik mood tulis next buku, tajuk dia Rindunya Kawad Kaki! T___T

Friday, February 5, 2016

Hari Paling.....

1.45 AM

Baru habis meeting. Phew

Esok pagi start program sampaiiiiiiiiiiiilahhhhhh Sabtu depan!

Dah rasa macam on call. Eh?

Petang tadi berdebar dia macam nak amik SPM. Fuuuhhh

180 + 180 = 360

Ok lah kan 2 orang yang terbalik tu jadi 360 darjah.

Haa ok tak cover? :D

Monday, February 1, 2016

Pilihan

Dulu waktu kat Segamat, murabbi pernah tinggalkan sorang-sorang tepi highway masa nak pergi mukhayam.

Mau tak rasa nak menagis bila kena tinggal tepi highway PLUS.

Rupanya dia nak ajar untuk letakkan pergantungan secara total kat Allah.

Hasilnya, kena campak sorang-sorang kat Segamat tu pun mampu maintain tarbiah, mampu buat dakwah.

**********

Baru seminggu balik Shah Alam.

Kena panggil meeting sana sini.

Timing belt kereta putus tengah highway PLUS masa nak pergi Bangi.

Waktu tengah malam, on time bateri fon kong pula tu.

Terbaik ah 2 kali terkandas tepi highway.

Rupanya Allah nak ajar supaya kita rapat dengan dia dalam apa-apa keadaan.

Hasilnya, meeting tiap hari pun tak terasa  penat sebab kita tau kita meeting program bagai semata-mata untuk bina umat.

Hmm kadang-kadang tu memang rasa penat, rasa down, rasa futur, rasa lost dan sebagainya. As long as ada Dia bersama kita, insyaAllah all is well!

**********

Begitu juga pilihan yang ada dalam hidup.

First thing first, menangkan Allah dalam setiap pilihan yang kita nak buat.

Sebab tu kadang-kadang, stuck kat nak buat pilihan. Sampai berbulan lamanya pun ada juga. Hmm.

Tapi akhirnya Allah lah yang bantu kita untuk buat pilihan yang akhirnya memenangkan Dia dan agama.

Dan kerana itu lah aku memilih apa yang aku pilih sekarang.

22 : 70

Thursday, January 28, 2016

Aktivisme

Kadang-kadang rasa tak layak duduk sebaris dengan barisan pemuda yang terlalu hebat.

Rasa rendah diri tu tetap ada.

Berada dalam posisi tertinggi sebuah NGO belia bukan satu perkara yang boleh buat main.

Ya Allah susahnya buat polisi aktivisme ni.......

I put my life on this!

Fuh fokus Qam fokus! You can do it!

Besar taruhan ni...

Makin Tua

Officially 24 years old.

Alhamdulillah masih bernyawa.

Makin tua.
Makin banyak tanggungjawab.
Makin sibuk.
Makin dewasa.
Makin matang.
Makin berisi (?)


Pagi tadi dapat berita informal yang buat rasa nak jatuh rahang. Gugur jantung. Tak senang duduk. Sigh...

Ceh penat je cover innocent semalam.

Kembali semula ke alam realiti dengan sembang pasal dakwah dengan ikhwah. SOP Aktivisme yang tergendala sampai lost disebabkan cuti 2 minggu akhirnya dapat balik momentum. Fuh puas!

Tiba-tiba Ustaz Fauzi mesej seru suruh jumpa dia kat pejabat ISMA. Selalunya bila kena seru ni tanda nak turun wahyu.

Kena basuh dekat 2 jam. Hati ke hati. Man to man. Hambekkk

Taujihat mengenai pengurusan hidup, pengurusan keluarga, pengurusan emosi, pengurusan masalah.

Alhamdulillah. Walaupun sampai nangis-nangis kena sentap, nampak dah jalan yang kena lalu.

Esok hari last kerja, cuak juga nak langkah untuk hari-hari esok. Besar keputusan nih.

Kerjaya, pelajaran, keluarga, disiplin amal, baitul muslim (?)

Moga Allah permudahkan segala-galanya. Dah ready insyaAllah.

Sejak dua menjak ni asyik tersengih sorang-sorang sambil tepuk dahi. Adeh~

Dan oh ya,,, syukran!

Saturday, January 23, 2016

Lost

Seminggu masuk hospital
Seminggu rehat kat rumah
2 minggu beku amal beku tarbiah

Phew bertimbun juga kerja tergendala

Datang pula macam-macam unexpected things

Sudahnya jadi blur tak tau nak buat apa.

Adehhhh

Friday, January 22, 2016

Bahagia

Dalam kekalutan mencari pelbagai keputusan sebuah perjalanan hidup,
Tiba-tiba Dia tiupkan rasa ketenangan,
Adakah ini sebuah kebahagiaan?