Rajuk yang didiamkan,
Amarah yang dibisukan,
Lelah yang disepikan,
Rindu yang dibiarkan,
Cita yang dipalingkan,
Tersimpul dalam esak tangis tidak berirama,
Menyimpul dalam senyuman palsu,
Jauh tenggelam dalam hati,
Kerana hakikat dunia tempat ujian,
Diuji tidak lebih dari sebelah sayap nyamuk yang tiada erti,
Hingga bila tiba masanya,
Ajal bertamu jua,
Orak langkah ke dunia abadi,
Yang entah kiri entah kanan penghujungnya,
Moga sabar yang dididik ini dapat jadi jambatan emas ke syurga nanti,
Tuhan saksikanlah.
Tuesday, May 16, 2017
Wednesday, March 15, 2017
Nilai Hidup
23 Julai 2016 - Selamat mendirikan baitul Muslim
25 Julai 2016 - Kembara cinta di pulau Langkawi
27 Ogos 2016 - Ibu pergi buat selama-lamanya
25 September 2016 - Tautan rindu di puncak Kundasang
12 November 2016 - Walimatul urus sepasang kekasih
9 Disember 2017 - Selamat tinggal PJJ
7 Februari 2017 - Memasak cinta di bumi Al-Fateh
5 Mac 2017 - Membina teratak impian bersama
Alhamdulillah.
Waktu sakit ibu makin teruk dulu, rasa seakan-akan tiada lagi nilai dalam hidup. Lepas ibu dah tak ada, perjalanan hidup tetap diteruskan. Tapi terasa kosong tanpa ibu. Hadirnya seorang isteri, melengkapi hidup yang serba kekurangan. Satu per satu kenangan indah tercipta. Hari demi hari kita jejak langkah bersama, mencari erti nilai sebuah kehidupan.
Andai dibentangkan garis masa, masih terlalu jauh untuk sampai ke syurga.
Buat bidadariku, lumrah kehidupan berumah tangga, lepas ni akan banyak lagi cabaran-cabaran hidup akan datang bertamu. Moga kenangan-kenangan indah kita terus tercipta. Agar andai suatu hari nanti antara kita telah tiada, memori kebahagiaan terus segar dalam ingatan.
Sesungguhnya aku menjadi saksi kebaikan dan keikhlasan cintamu.

Subscribe to:
Posts (Atom)