Monday, October 14, 2013

Gelak Tawa Menuju Kehancuran

Gelak tawa itu sebenarnya,,,

Menjadikan hati rasa kosong.
Menjauhkan diri dengan Tuhan.
Membuatkan jiwa tidak tenteram.
Mengaburkan agenda dalam diri.
Melemahkan akal fikiran.
Menguburkan misi dakwah.
Melalaikan disiplin tarbiyah.
Mencairkan biah jahiliah.
Menguji kecekalan hati.
Membantut sifat matang.
Melemahkan peribadi pemuda.
Melenyapkan sifat pemimpin.
Melekakan hiburan dunia.
Memudharatkan diri sendiri.

Menuju kehancuran.

Sebab terlampau berlebih-lebihan..
Ingatlah, dunia bukan tempat untuk bersuka ria semata-mata..
Di mana kau letakkan sifat seorang hamba dan tugas seorang khalifah sekiranya gurau senda gelak tawa suka ria bertahta dalam hati?

Alhamdulillah Allah masih pilih untuk rasa tak selesa dengan semua ni.

Sunday, October 13, 2013

Hidup Bermasyarakat

Ikhwah kalau duduk dengan ikhwah, macam mana dakwah nak berkembang?

Tapi kalau ikhwah duduk dengan bukan ikhwah, macam mana tarbiyah nak mendidik diri?

Habis ikhwah nak duduk dengan siapa? Zawjah?

Hampir tiap-tiap hari aku fikir pasal ni. Ini kisah aku. Lantak ah nak baca ke tak.

Sheikh Hisham Saqr pernah sampaikan kat UKM dulu. Masa mula-mula dapat sentuhan tarbiyah.

"Deep Tarbiyah and Expand"

Aku terkesan dengan pesanan dia. Passion nak berubah tu meluap-luap. Iyelah, pohon yang tumbuh dengan baik, bakal berbuah dengan baik. Masa tu aku kat UiTM Segamat. Ikhwah tak ada. Tak ada biah soleh. Murabbi datang UiTM seminggu sekali. Last-last tarbiyah berjalan dengan agak slow. Sedangkan 'terpaksa' aku membesar dengan dakwah. Bila rasa malas nak buat DF, teringat murabbi travel dari Melaka ke Segamat semata-mata nak buat ta'lim yang 15 minit tu. Lama-lama aku jadi obses dengan dakwah. Semua benda nak dikaitkan dengan dakwah. Suatu perkara yang baik lah sebenarnya. Cuma bila tarbiyah diri pun tunggang langgang, macam mana nak buat dakwah? Struggle punya struggle, Alhamdulillah walaupun dah lama tinggalkan UiTM Segamat, ada lah juga pewaris dakwah kat sana. 

Persoalannya, kalau ramai ikhwah kat UiTM Segamat dulu, dakwah tak berkembang ke? Bukan jadi booster untuk dakwah ke?

Sekarang aku berada di UiTM Puncak Perdana. Dekat sangat dengan Shah Alam. Walaupun tak ramai ikhwah kat sini, tapi boleh je jumpa ikhwah-ikhwah. Lagi-lagi bila dah meeting tiap minggu. Kadang-kadang sampai ke Bangi pergi meeting. Memang kerja mengadap ikhwah je lah setiap minggu. Dapat murabbi imam masjid pulak tuh!

Tapi berjalan tak dakwah? Macam mana pula dengan tarbiyah?

Hakikatnya, sepanjang semester lepas, aku rasa makin dicairkan dengan jahiliah. Dakwah tak buat, tarbiyah tak jalan. Maka, soalan yang sama kerap diulang-ulang.

Ah! Aku dah lupa bagaimana rasanya buat dakwah masa kat UiTM Segamat dulu. Aku dah lupa nikmat tarbiyah sang murabbi yang sanggup gadaikan apa je sebab nak support tarbiyah diri aku. Bibit-bibit kenikmatan dakwah dan tarbiyah dulu semakin pudar.

Aroma jahiliah mula mengaburi seluruh hidup aku. Ikhwah-ikhwah nampak macam bayang-bayang.

Sampai akhirnya, hari ni. Aku rasa kosong. Terhenti dipersimpangan. Samada ke kanan atau ke kiri.

Tanggungjawab dakwah tergalas kat bahu. --> Tarbiyah kena superb untuk laksanakan amanah ni = Disiplin!

Hidup bermasyarakat memang tak boleh nak elak --> Ujian hati, ujian nikmat jahiliah = Mujahadah!

Disiplin dengan mujahadah tu bukan benda yang sama ke???

Nampak tak betapa tunggang langgangnya tulisan ni? Sebab tengah tulis dengan jiwa yang terasa kosong!

Moga-moga, formula Disiplin dan Mujahadah ni dapat membentuk;

Ikhwah duduk dengan ikhwah, dakwah makin kencang!

Ikhwah duduk dengan bukan ikhwah, tarbiyah makin gencar!

Hakikatnya situasi yang diinginkan, ikhwah duduk dengan bukan ikhwah, tarbiyah makin mantap, dakwah makin power!

Sebab akukan Adamantium! Ingat senang-senang ke jahiliah nak cairkan peribadi? 

Monday, September 16, 2013

Harapan Dakwah

Hari tu, 
Entah kenapa, hati rasa resah. Terlalu resah!
Akhirnya seorang mujahid tumpas.
Air mata deras mengalir.

Ketidakberhasilan fasa dakwah menjadikan hari-harinya kelam.
Ibarat sepasang kekasih yang putus cinta.
Kesedihan yang amat menyelubungi dirinya.
Hendak mengadu tak tahu pada siapa.
Dirinya malu pada Allah. Amat malu.
Dakwahnya gagal sama sekali!
Ini bukan kali pertama dia berdepan dengan kegagalan.
Tapi tak pernah dirasainya sedasyat kali ini.

Dicapai talefon yang ada,
Laju tangannya menaip sesuatu,
Dia perlukan murabbi tercinta.
Murabbi yang mengajarkannya hakikat dakwah.
Pilihan tepat, diadukan segala keresahan pada sang murabbi.
Pujukan kasih sayang murabbi singgah di hati.
Terasa bahagia sebentar.

Tanggungjawab dakwah sama sekali tidak akan terlepas dari bahunya.
Hendak tidak hendak, dia perlu bangun,
Lupakan kesedihan dan sengsara,
Pedulikan rasa letih dan putus asa,
Kerana pengorbanan membina Ummah ini,
Yang akan menjadi mahar untuk ke syurga Allah.

Maka untuk itu,
Bangunlah wahai mujahid muda,
Tiada siapa yang ingin menggalas tanggungjawab ini kecuali kamu,
Sekiranya kamu gagal dan berputus asa,
Maka Ummah akan terus hanyut dalam arus jahiliah,
Carilah kekuatan walau di celah-celah batu sekalipun,
Percayalah Allah akan beri juga kemenangan yang diimpikan.

Allah melihat apa yang engkau kerjakan.

Saturday, August 24, 2013

Pilihan

Hidup ini ada pilihan.

Pilihan untuk menjadi baik,
Pilihan untuk menjadi jahat.

Pilihan untuk terus berada dalam kemuliaan,
Pilihan untuk terus berada dalam kekufuran.

Pilihan untuk bangkit dari mimpi,
Pilihan untuk hanyut dalam mimpi.

Pilihan untuk mara dalam hidup,
Pilihan untuk mundur dalam hidup.

Hai manusia yang boleh membuat pilihan,
Mengapa kau cenderung membuat pilihan yang salah?
Apakah akal dan imanmu lemah hingga tertewas dengan nafsu?
Di mana letaknya kalam Allah dan sunnah Rasul yang memandu insan untuk membuat pilihan?

Pilihlah untuk berada dalam kebaikan.
Pilihlah untuk berada dalam keredhaan.
Pilihlah untuk berada dalam kemuliaan.

Kerana engkau wahai manusia, membawa risalah agung!
Risalah insan menuju Tuhan.

Friday, August 2, 2013

Mulianya Cinta Allah

Bila ikhwah dari Jordan membawa khabar berita.

Hati terasa bergetar.
Lidah terasa kelu.

Alangkah aku asyik dengan dakwah. Mutarabbi-mutarabbi seperti isteri-isteri. Demi cintaku pada dakwah.

Misiku cuma satu. Untuk membumikan dakwah di medan ilmu ini. Agar mereka tumbuh menjadi pohon-pohon tarbiyah.

Demi Allah! Mencabar bila sorang-sorang buat dakwah tanpa ditemani akh-akh. Medanku memerlukan dzatiyah yang sangat tinggi. Terlalu tinggi untuk seorang manusia biasa seperti aku.

Apabila pejam mata, aku memikirkan keperluan mutarabbi untuk diberikan hak pada esoknya.
Apabila buka mata, aku memikirkan siapa hendak aku tajmi'.

Hingga hari ini. Aku tak sempat memikirkan tentang urusan diriku. Masjid tempat kami beriktiqaf menjadi saksi.

Bahawa sang ikhwah menarik aku ke alam realiti. Benarlah. Aku hidup dalam tubuh seorang manusia. Diri ini perlukan hak.

Masa semakin suntuk. Persiapan perlu dilakukan segera.

Moga sempat bila tiba waktunya. Agar maslahat dakwah menjadi lebih mudah. Agar ada yang menemani ketika futur menerpa seperti bayangan-bayangan itu.

Allah! Mulianya cinta Engkau!
Moga aku dapat memuliakan cintaku pada dakwah dan diriku seperti mana aku memuliakan cinta Engkau.

Bismillahirahmanirahim. Hembusan istighfar mengiring perjalanan menjemput bidadari.

Saturday, July 13, 2013

Random

Kadang kala manusia hebat di luar,
Tapi kontang di dalam.

Kekontangan di dalam itulah,
Yang perlu diisi agar manusia menjadi hebat luar dan dalam.

Lalu ketokohannya terserlah,
Bisa menggegar dunia.

Bulan Ramadhan ibarat kunci,
Yang mampu membuka pintu-pintu kekuatan.

Syaratnya mujahadah,
Jangan sesekali berasa futur.

Agar bila sampai saatnya nanti,
Lahir seorang pemuda.

Pemuda yang bisa mendiamkan si celaka,
Yang acap kali mencabar agama.

Di manakah pemuda itu,
Betapa seksanya sebuah penantian.

Menanti jentera pemuda,
Laksana singa kelaparan.

Thursday, February 28, 2013

Tribulasi Syumul


Tribulasi “Syumul”

Islam adalah agama yang syumul yakni menyeluruh. Kebanyakan orang yang berpendidikan kini setuju dengan kenyataan tersebut tetapi tidak ramai yang dapat menghayati kepentingannya dari segi tarbiah, dakwah dan harakah.

Faham syumuliah Islam ini merujuk kepada pemikiran mujaddid kurun 20 Imam As-Syahid Hasan Al-Banna yang banyak disebut dalam risalah-risalahnya. Sejak awal lagi kefahaman Islam syumul menjadi ciri penting fikrah Ikhwan Muslimin.

Hasan Al-Banna menubuhkan Ikhwan Muslimin pada tahun 1928 H, empat tahun setelah kejatuhan Khalifah Uthmaniah. Sewaktu kejatuhan Khalifah 1924 H, suasana umat Islam terpecah kepada Negara-negara kecil dan terbahagi mengikut puak-puak dan madrasah pemikiran dan masing-masing menumpu pada bidang-bidang mengikut minat dan kepedulian masing-masing.

Ikhwan yang mengambil tanggungjawab berjuang untuk menegakkan kembali Khalifah Islamiah faham bahawa ia tidak mungkin dilakukan jika kecelaruan, kepelbagaian dan kelemahan jiwa umat Islam tidak dapat bangun dan digabung semula di atas asas yang kukuh. Maka Islam adalah asas dan fahaman bahawa Ia satu agama yang syumul mampu melahirkan satu gagasan besar kea rah mengembalikan kuasa dan kesatuan umat Islam.

Kita dapat melihat dengan jelas bagaimana faham kesyumulan Islam yang mantap telah mewarnai dan mempengaruhi gerak kerja Ikhwan Muslimin.

1   Visi yang jelas

Faham kesyumulan memberi gambaran yang jelas terhadap visi perjuangan harakah di sisi anggota, bahawa ia berjuang untuk satu gagasan yang menyeluruh dan besar ke arah menegakkan system Khalifah Islamiah.

2      Kerja bermahalah

Menyedari terburuknya keadaan umat Islam kini kerja-kerja menuju wawasan tersebut mesti dilakukan secara marhalah-marhalah dan berdasarkan langkah-langkah amal yang telah ditetapkan. Tidak mungkin digambarkan bahawa objektif agung seperti itu dapat dicapai tanpa terlebih dahulu melalui fasa-fasa awalan.

    Tadarruj dan takamul bina’ tarbawi

Mesti berpegang dengan pendekatan tarbiah mutadarrij (ansur maju) melalui takamul bina’ tarbawi (konfrehensif) di peringkat individu dan juga jamaah. Di atas asas keutuhan tarbawi berlaku pengembangan dari segi amudi dan juga ufuqi.

4     Nafas Panjang

Menyedari perjalanan yang agak jauh, usaha ini semua memerlukan nafas panjang dan minda yang tidak mudah lupa. Kita perlu terus berpegang dengan manhaj dan berkerja membina walaupun terpaksa menunggu 100 tahun lagi. Sebarang kegopohan, kelemahan himmah, cetek pandangan akan menyebabkan kita terbantut atau terseleweng dari landasan perjuangan kita yang sebenarnya.

Begitu juga dari segi alamiah. Mengekalkan Negara Islam terpisah menjadi Negara-negara kecil berasas nasionalis masing-masing akan menghalang usaha kea rah mengembalikan semula khalifah Islamiah.

Menyedari bahawa perjalanan sangat jauh dan laluan amat sukar, Imam al-Banna dari awal lagi mengingatkan pengikutnya tentang keazaman yang tinggi, kesabaran, kesetiaan, kesediaan untuk berkorban dan menasihatkan sesiapa yang tidak sanggup untuk beredar lebih awal.

Sepanjang tempoh hamper 80 tahun berlalu dapat disaksikan bahawa mereka yang lemah kehendak, gopoh dan ingin natijah yang cepat akan gugur dan menyeleweng seorang demi seorang, sekumpulan demi kumpulan. Mereka mudah mengalah dan merasakan bahawa mempertahankan faham kesyymulan dan alamiah adalah satu yang amat sukar dan sudah tidak relevan lagi. Ini tidak lain kecuali kerana kelemahan himmah mereka, tidak mantap tarbiah mereka apa lagi apabila melihat pengaruh globalisasi dan cengkaman kuasabesar yang amat kuat dari menyeluruh.

Sesiapa yang tidak percaya dengan janji Tuhan akan menganggap projek Islam tidak mungkin akan Berjaya, jika tidak terus berpegang dengan cara asal seprti yang dibawa oleh Al-Banna. Al-Banna bukan nabi, kita lebih tahu tentang zaman kita. Mereka rijal, kita pun rijal dan sebagainya kedengaran dari semasa ke semasa, kalau ada jalan cepat kenapa mesti tunggu lama.

Abdul Rahman, A. Z. (2013). Peringatan Buat Hati Yang Lalai. Selangor/Malaysia: Global Thinkers.

Wednesday, February 20, 2013

Ujian Bukti Cinta Allah Pada HambaNya

Seorang buruh kontraktor sedang bekerja di tapak pembinaan.

Sedang dia bekerja, tiba-tiba jatuh duit syiling dari langit. Betapa suka rasa di hati. Dia mengutip syiling tersebut. Tidak lama kemudian, jatuh lagi duit syiling dari langit. Orang itu terus mengutip.

Jatuh lagi. Tanpa melihat ke atas, dia terus mengutip duit syiling yang bertaburan di tanah.

Tiba-tiba, dia dilontar dengan batu. Betapa terkejutnya buruh itu. Dia terus mendongak ke langit, mencari siapa yang melontar batu tersebut.

Rupa-rupanya bos buruh tersebut yang melontar. Disebabkan bunyi bising di tapak pembinaan, suara bos buruh tersebut tidak kedengaran. Oleh itu, dia membaling duit syiling untuk menarik perhatian majikannya. Namun, buruh tersebut tidak pula memandang ke langit. Apabila duit syiling telah kehabisan, dia membaling pula batu-batu yang ada. Barulah buruh tersebut melihat.

***

Kisah ini hanyalah sekadar analogi kehidupan. Kadang kala kita lupa untuk bersyukur apabila mendapat nikmat. Namun, apabila ditimpa ujian, barulah mahu mencari Tuhan.

Memang begitu fitrahnya, kerana itu jugalah Allah datangkan ujian demi ujian agar hamba-hambaNya kembali mencari Dia. Alangkah rindunya Allah untuk mendengar rintihan hamba-hambaNya. Alangkah ruginya manusia yang selalu lupa merintih pada Tuhannya.