PeTua KeKaL LaNsiNg Di BuLaN pUaSa

Puasa tetapi gemuk? Makin usia meningkat begitulah kita. Ini ada petua untuk kekal langsing dibulan puasa...
Selain menguatkan iman, berpuasa boleh memantapkan emosi, menjernihkan fikiran dan sangat baik untuk kesihatan kerana memberi peluang organ seperti usus, jantung, mata, telinga dan paru-paru berehat sementara. Puasa juga memberi enzim berehat kerana hanya sedikit makanan yang harus dicerna dan peluang organ tubuh mengeluarkan zat beracun hasil sisa metabolisme dalam tubuh. Namun ada individu menggunakan peluang berpuasa untuk berdiet tetapi jangan terlalu ketat sehingga jatuh sakit pula. Ada yang makin bertambah berat badan selepas bulan puasa. Semuanya gara-gara makan terlalu banyak ketika berbuka atau bersahur. Sebenarnya makan terus-menerus ketika berbuka amat merugikan kerana anda akan merasa lesu dan pening kepala pada waktu siang. Saya mengsyorkan tip pemakanan kepada anda yang mahu menguruskan badan serta tampil langsing pada hari raya.

Cara turunkan berat badan ketika berpuasa.Bukan dengan makan sedikit waktu berbuka dan bersahur sebaliknya seimbangkan kalori yang masuk ke dalam tubuh. 1/3 harus digunakan untuk bersahur dan 1/3 lagi untuk berbuka. Namun ramai yang tidak faham peraturan sebab itu mereka makan lebih banyak ketika berbuka dengan harapan tidak makan selepas Maghrib. Akibatnya pada waktu pagi mereka mengantuk disebabkan darah mengalir ke perut untuk mencerna makanan berlebihan. Amalkan:

1. Untuk menghindari rasa haus jangan makan terlalu banyak. Sebaliknya, minumlah air dengan jumlah yang cukup dan hindari makanan bergoreng dan makanan masin kerana rasa masin boleh menimbulkan rasa haus.

2. Makan banyak sayuran dan buah-buahan segar kerana sayuran dan buah-buahan mengandung serat makanan yang boleh menyebabkan kita kenyang berbanding makanan yang mudah dicerna.

3. Makanlah makanan manis seperti kurma dan buah-buahan. Ini kerana paras gula menurun ketika berpuasa dan tubuh akan lemah. Makanan manis akan meningkatkan gula dalam darah sekaligus membuatkan badan segar.

4. Makan makanan yang memenuhi gizi tubuh. Berbuka puasa bukan peluang untuk makan sepuas-puasnya tetapi pastikan makanan itu ada kalori mencukupi agar tubuh tetap sihat. Kurangkan makanan manis kerana ia sumber kalori. Sebaliknya cari lauk-pauk sebagai sumber protein termasuk sayuran dan buah-buahan. 5. Minum banyak air suam ketika malamnya bagi menggantikan kekurangan air dalam badan ketika berpuasa sepanjang hari. Sebaiknya minum lebih lapan gelas sehari.

6. Perlu diingat yang anda sedang berdiet. Walaupun kita lapar dan haus ketika berpuasa, ini tidak bermakna yang kita tidak cukup makan. Perasaan lapar hanya dirasai pada waktu siang.

7. Perlu diawasi ketika berbuka puasa. Lapar yang amat boleh menyebabkan kita "rambang mata" apabila berbuka sehinggalah kita makan terlalu banyak. Kita perlu melawan perasaan "rugi tidak merasa semua jenis makanan" yang tidak dijamah selepas berbuka. Kita boleh menjamah makanan keesokan harinya.

8. Penyelidikan menunjukkan bahawa perasaan kenyang boleh ditimbulkan oleh isipadu dan berat makanan yang dimakan. Justeru, petua memilih makanan yang mengenyangkan tetapi tidak menggemukkan ialah:

  • Pilih makanan mengandungi karbohidrat (juga dikenali sebagai gula kompleks) seperti beras, kentang bakar, sayur-sayuran dan buah-buahan. Misalnya kita boleh berbuka puasa dengan memakan tiga atau empat biji kurma dan segelas air suam dahulu dan makan malam hanya selepas solat maghrib. (Buah-buahan seperti kurma dan aprikot boleh mengenyangkan tanpa membekalkan terlalu banyak kalori). Elak makanan padat tenaga (atau kalori) tetapi mempunyai isi padu kecil. Contoh gula (gula pasir di dalam minuman ataupun gula halus di dalam kuih), susu pekat (di dalam minuman ataupun disapu pada roti), makanan berproses seperti mi segera, mentega dan minuman tin.
  • Makanan yang berserat tinggi (high-fibre) dan air boleh menambah isipadu makanan tanpa menambah kalori. Misalnya, tiga cawan kacang hijau (serat tinggi) akan membekalkan jumlah kalori yang sama dengan satu sudu besar mentega (tiada serat). Sudah tentu kacang hijau akan membuat kira berasa kenyang berbanding mentega tadi. Ini kerana kacang hijau mengandungi kedua-dua serat dan air. Justeru, isipadu kacang hijau itu lebih tinggi dari mentega.
  • Jika ingin memakan buah-buahan, pilih buah-buahan segar daripada buah-buahan kering kerana buah-buahan segar mengandungi banyak air. Air boleh menambahkan isipadu makanan. Contohnya, kismis dan anggur. Kismis, adalah anggur yang dikeringkan, sudah tentu mempunyai jumlah serat yang sama dengan anggur. Tetapi, oleh kerana kismis tidak mengandungi air, isipadunya menjadi kecil. Oleh itu jumlah kalori dari suku cawan kismis sama dengan dua cawan anggur. Memakan anggur (dua cawan) boleh mengenyangkan, tetapi kita tidak akan kenyang dengan memakan suku cawan kismis walaupun jumlah serat dan kalori sama. Malah, jika anda memilih anggur, anda boleh memakan lapan kali lebih makanan berbanding kismis.
  • Perlu diingat bahawa apabila kita berpuasa atau berdiet, cecair lebih penting dari makanan. Sebahagian besar komponen tubuh manusia ialah cecair (darah, cecair sel dan sebagainya) dan oleh itu minuman adalah bahan utama kepada tubuh kita. Tubuh manusia tidak boleh berfungsi selepas tiga hari tanpa sebarang cecair atau minuman, tetapi boleh berfungsi selama seminggu tanpa makanan.
  • Gunalah kesempatan pada bulan Ramadan untuk berdiet menguruskan badan. Suasana pada bulan Ramadan sangat sesuai dan ideal untuk kita berdiet dan seterus menjaga kesihatan di samping merampingkan badan, mungkin untuk membenarkan kita memakai pakaian Hari Raya ketika muda dahulu. Buah-buahan segar dan semulajadi
  • Buah-buahan yang baru dipotong paling baik kerana masih mengandungi kebanyakan vitamin dan mineralnya.
  • Berikan anak anda sepotong betik, sebiji pisang atau setengah biji epal untuk sarapan pagi, atau sebagai snek.
  • Buah-buahan juga boleh dijadikan pencuci mulut selepas hidangan utama.
  • Buah-buahan juga adalah snek yang paling sesuai sewaktu berkelah atau melancong. Sebiji epal atau sebiji pisang adalah makanan yang baik untuk memenuhi keperluan pemakanan harian anak anda.
  • Susun buah-buahan dengan kreatif di dalam pinggan atau bentuk sebuah ‘mangkuk buah-buahan’ untuk menarik minat anak anda.
    Jus buah-buahan
  • Segelas jus tembikai, oren atau belimbing boleh menyegarkan anak anda. Pada masa yang sama ia juga mengembalikan bekalan vitamin dan mineral yang hilang melalui peluh. Anak anda akan menyukainya, terutama pada cuaca yang panas!
  • Jangan tambah gula, ini kerana buah-buahan mengandungi fruktosa (gula buah yang semula jadi)
  • Cuba sediakan bersama isinya kerana ia mengandungi serat.
  • Kisar buah-buahan bersama susu dan sedikit ais-krim, ini menjadikan ia susu kocak yang istimewa sekali!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:-Sifat Puasa Nabi saw-:

Ini merupakan ringkasan sifat Puasa Nabi saw - dimana didalammnya meliputi kewajipan, adab2, do'a2, hukum2 bersekitar puasa, jenis manusia yang berpuasa, perkara yang membatalkan puasa, dan faedah2 lain. Kita memohon petunjuk Allah agar orang2 Islam mengamalkan sunnah Nabi saw pada semua peringkat, dari yang kecil sehinggalah yang dewasa/tua. Demi Allah yang memberi petunjuknya.
Ta'rif Puasa : merupakan ibadat kepada Allah dengan meninggalkan perkara2 yang dilarang dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.
Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam. Nabi saw bersabda :
"Islam dibina atas 5 perkara : mengucap syahadah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan Haji ke Baitullaah al-Haram" [mutafaq 'alaih].
Orang2 yang berpuasa :-
* Puasa wajib bagi semua orang Islam yang Baligh dan berakal dan bermukim.
* Orang kafir tidak wajib puasa, dan mereka tidak perlu qadha' puasa jika mereka memeluk Islam.
* Kanak-kanak yang belum baligh tidak wajib puasa, akan tetapi disuruh melakukannya agar merekaa menjadi biasa dengan berpuasa.
* Pesakit yang mempunyai penyakit (emergency) dan sedang menunggu sembuh boleh bebuka puasanya dan setelah sembuh boleh mengqadha'nya kembali.
* Orang gila tidak wajib puasa, dan tidak boleh memberi dia makan jika dia sudah besar, dan orang yang 'insane' contohnya tiada diskriminasi terhadapnya, dan orang tua yang nyayuk tidak juga ada diskriminasi terhadap mereka.
* Orang yang tak berupaya ('aajuz) berpuasa atas sebab kekal (permanent) sebagaimana orang tua atau pesakit yang tiada harapan sembuh - setiap hari yang tidak berpuasa diberi makan kepada orang miskin.
* Wanita yang hamil dan menyusu jika menhadapi kesukaran keatasnya berpuasa disebabkan mengandung atau menyusu, boleh berbuka dan boleh menqadha' puasanya apabila datang keringanan dan hilangnya kebimbangan.
* Wanita datang haidh dan Nifas tidak boleh berpuasa didalam sedemikian, dan mengqadha' apa yang tertinggal.
* Melakukan operasi penyelamat (rescue) dari mati lemas atau kebakaran boleh berbuka untuk menyelamatkannya dan hendaklah diqadha' puasa.
Orang yang bermusafir diberi pilihan berpuasa atau berbuka, dan wajib mengqadha' sekiranya berbuka didalam permusafiran, samada bermusafiran yang 'emergency', atau sepertimana Umrah, atau sentiasa bermusafir seperti pemandu teksi, mereka boleh berbuka selama mana mereka tidak berada dinegara mereka.
Hukum-hukum didalam berpuasa
1-Niat :
Wajib berniat didalam puasa. Kewajipannya sebelum terbit fajar, Nabi saw bersabda :
"Barangsiapa yang tidak menetapkan untuk berpuasa sebelum fajar, maka tiadalah puasa baginya"[Shahih Abi Daud]
Sabda Nabi saw didalam hadith lain :-
"Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malamnya maka tiadalah puasa baginya" [Sahih al-Nasaa'i].
Niat tempatnya dihati, melafaznya tidaklah datang dari nabi saw, dan tiadalah mana-mana para sahabat Nabi ra. melakukannya.
[Komentar : Umumnya, masyarakat Islam masih bergantung kepada Lafaz Niat : "Nawaitu Sauma ghadin..." dan bukannya azam untuk melakukan puasa pada keesokkan harinya. Yang menjadi rukun adalah niat yang berbentuk azam]
2- Waktu berpuasa :
Firman Allah swt :
"Makan dan minumlah sehingga jelas kepada kamu benang (garis) putih dari benang (garis) hitam, iaitu fajar" [surah al-Baqarah : 187]
* Fajar Kazib - padanya tidak dibenarkan solat fajar, tidak diharamkan makan dan minum. Ia merupakan cahaya putih terang yang berbentuk segi empat (komentar : seperti tiang cahaya putih yang menegak selama 20min sebelum fajar sebenar/solat fajar).
* Fajar Saadiq - padanya diharamkan makan bagi yang berpuasa, dibenarkan solat fajar, kelihatan segi empat merah diatas puncak gunung ganang.(komentar : garis putih bertebaran secara mendatar).
Apabila malam tiba dari arah timur dan berlalu dari arah barat, dan matahari terbenam, maka boleh berbuka puasa. Nabi saw bersabda :
"Apabila datangnya malam dari sini dan berlalunya siang dari sini, dan terbenamnya matahari, maka berbukalah puasa" [Hadith Mutafaq a'alaih].
Perintah ini bermula apabila bebola matahari hilang dan jika zahirnya zahir.
3-Sahur
Sabda Nabi saw :
"Perbezaan puasa diantara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur:" [Hadith Riwayat Muslim]. Bersabda Nabi saw didalam hadith yang lain :
"Barakah ada didalam 3 perkara : Jemaah, bubur dan sahur" [Hadith Riwayat al-Tabarani didalam al-Kabir].
Sahur merupakan berkat yang zahir, tidak harus ditinggalkan, kerana patuh kepada Sunnah. Sahur memberi kekuatan bagi yang berpuasa. Ia merupakan makanan yang diberkati sebagaimana Nabi saw menyebut namanya : "Anda telah sampai kepada makanan yang diberkati" [Sahih Abu Daud]. Sabda Nabi saw lagi :
"Makan Sahur adalah berkat, maka janganlah kamu meninggalkannya, walaupun salah seorang dari muka yang meminum seteguk air, kerana sesungguhnya Malaikat berselawat keatas orang2 yang bersahur" [Hadith Hasan riwayat Imam Ahmad]. Sabda Nabi saw lagi :
"Nikmat Sahur orang beriman adalah kurma" [Sahih Riwayat Abi Daud].
Dan telah menjadi petunjuk Nabi saw agar melewatkan sahur sebaik2 sebelum subuh/fajar.
[Komentar : waktu Imsak yang diamalkan seperti 10min sebelum masuk waktu fajar bukanlah diamalkan oleh para2 salaf. Ibn Kathir meriwayatkan bahawa kebanyakkan ulama Salaf bertolanransi didalam bab makan sahur sehingga hampir fajar. Begitu juga dengan mereka yang sedang meneguk air ketika azan berkumandang, adalah sunnah baginya menyelesaikan hajatnya dan bukan meludahkan air. Sabda Nabi saw : "Apabila salah seorang dari kamu mendengar azan sementara piring sudah ditangan, janganlah piring itu diletakkan sehingga ia menunaikan hajatnya" [Hadith Riwayat al-Hakim]]
4-Apa yang orang berpuasa perlu tinggalkan :
* Menipu : Nabi saw bersabda :
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan menipu dan beramal dengannya, maka tidaklah Allah swt berhajat untuknya meninggalkan makan dan minumnya" [Hadith Riwayat al-Bukhari].
* Percakapan yang karut dan kotor. Nabi saw bersabda :
"Bukanlah dari itu dari makan dan minum, namum puasa adalah [menahan diri] dari bercakap kosong dan lucah, maka jika seseorang memaki atau menyakitimu, maka katakan : sesungguh aku sedang berpuasa" [Hadith Sahih Ibn Khuzaimahj].
5- Apa yang dibenarkan didalam berpuasa :
* Orang berpuasa yang masih berjunub : dari 'Aisyah ra :
"Telah masuk fajar dan baginda masih berjunub dengan isterinya, kemudian dia mandi dan berpuasa" [Hadith Muttafaq a'alaih].
* Orang berpuasa yang bersiwak : Nabi saw bersabda :
"Jika tidak menyusahkan umatku, nescaya aku memerintahkan mereka bersiwak setiap kali berwudhu'" [Hadith Muttafaq a'alaih].
Nabi saw tidak mengkhaskan orang berpuasa dengan yang lain, dan ini juga satu isyarat bahawa orang yang berpuasa boleh bersiwak pada setiap kali wudhu' dan setiap kali solat, pada setiap waktu samada sebelum tergelincir atau selepasnya.
* berkumur2 dan memasukkan air melalui hidung : Nabi saw berkumur-kumur dan memasukkan air kedalam hidung dan ketika itu dia berpuasa, akan tetapi dia tidak melakukannya secara melampau-lampau. Sabda Nabi saw :
"Berlampau2 didalam memasukkan air kedalam hidung melainkan ia sedang berpuasa" [hadith Shahih Abu Daud]
* Orang berpuasa bercumbu dan bercium : Dari 'Aisyah ra. berkata :
"Rasulullah saw pernah mencium dan dia sedang berpuasa, dia pernah bercumbu dan dia berpuasa, akan tetapi bagindalah orang yang kuat menahan syahwatnya dari kamu sekalian" [Muttafaq 'alaih].
Baginda tidak menyukai dilakukan keatas orang muda, kecuali yang tua. Baginda bersabda :
"Sesungguh orang tua mampu menahan diri mereka sendiri" [Hadith Sahih Riwayat Ahmad].
* Pemeriksaan dan mengambil darah - jarum tersebut tidak bermaksud makanan, ia tidak membatalkan puasa, kerana ia bukanlah makanan dan tidak sampai kepada jantung.
* Menampal gigi (uprooting) - tidak membatalkan puasa
* Merasai makanan : hadnya tidak sampai kepada halkum, dan begitu juga dengan penggunaan ubat gigi. Dari Abbas ra. berkata :
"'Tidak mengapa dia merasai (taste) cuka atau apa2, selagi ia tidak memasuki halkum, dan dia masih berpuasa" [Riwayat al-Bukhari[
* Memakai celak dan ubat mata (drops) yang memasuki mata - perkara ini tidak membatalkan puasa, samada menjumpai makanan di tekak, atau tidak menjumpainya. Berkata Imam al-Bukhari didalam sahihnya :
"Tidak tidak melihat apa2 masalah bagi Anas, hasan dan Ibrahim dengan bercelak memcacatkan orang berpuasa"
[Komentar : Perkara2 yang dianggap boleh membatalkan puasa seperti korek hidung, korek telinga, pakai eye drop, ambil darah, sembelit dan kesemuanya bukanlah merupakan perkara2 yang membatalkan puasa.]
6- Berbuka Puasa :
* Mempercepatkan berbuka puasa merupakan sunnah Nabi saw dan juga larangan kaum Yahudi dan Nasrani, mereka melewat2kannya, mereka melambat-lambatkan waktunya. Nabi saw bersabda :
"Sentiasa manusia itu berada didalam kebaikkan selama dia mendahulukan berbuka puasa" [Hadith Muttafaq 'alaih].
* Berbuka sebelum Solat Maghrib : dari Anas ra. berkata :
"Rasulullah saw pernah berbuka sebelum bersolat' [Hadith hasan riwayat Abu Daud]. Apa yang baginda makan sewaktu berbuka? Dari
Anas bin Malik ra. berkata :
"Nabi saw berbuka dengan Rutbaat (kurma matang) sebelum solat, dan jika tidak ada kurma matang maka beberapa biji kurma biasa, dan jika tiada kurma biasa, cukuplah dengan beberapa teguk air" [Hadith Sahih Abi Daud].
* Apa yang baginda ucapkan ketika berpuasa? Nabi saw berkata :
"bagi orang yang berbuka, do'anya tidak akan tertolak" [Hadith Sahih Ibn Majah].
Nabi saw semasa berbuka puasa berdo'a :
"Telah pergi kehausan dan telah membasahi urat-urat, dan pasti ganjaran dengan kehendak Allah" [Hadith Sahih Abi Daud]
[Komentar : Adalah tidak betul perbuatan seseorang yang melewatkan berbuka disebabkan baginya azan maghrib masih berkumandang. Begitu juga dengan do'a berbuka puasa yang masyhur dikalangan kita : Allahumma laka Sumtu ....." yang sebenarnya status hadith tersebut adalah dhaif. Hadith Sahih bagi menggantikan do'a ini adalah seperti diatas dan transliterasinya adalah : "Dhahaba al-zama’ wa abtalat al-‘urooq wa thabata al-ajr in sha Allaah"]
7 - Perkara yang membatalkan puasa
* Makan dan minum dengan sengaja : samaada ianya bermunafaat atau mudharat seperti asap. Jika dia terlupa atau tersilap atau dipaksa maka tidaklah mengapa dengan kehendak Allah. Nabi saw bersabda :
"Jika seseorang terlupa lalu di makan dan minum air, maka sempurnakanlah puasanya, kerana sesungguhnya Allah lah yang memberi dia makan dan minum" [Hadith Muttafaq 'alaih].
* Muntah dengan sengaja : iaitu mengeluarkan apa yang ada didalam perut melalui mulut. Sabda Nabi saw :
"Barangsiapa yang muntah (tidak sengaja, sedangkan dia sedang berpuasa) tidak ada qadha' baginya, dan barangsiapa yang sengaja maka baginya qadha'"[Hadith Sahih Abu Daud].
Maka jika muntah tidak sengaja, maka ia tidak membatalkan puasa.
* Berjima' : jika berlaku pada siang hari Ramadhan dari orang yang berpuasa wajib, maka keatasnya qadha' kafaarah, iaitu membebaskan seorang hamba, dan jika tidak menjumpai hendaklah berpuasa 2 bulan berturut2, dan jika tidak mampu, memberi makan kepada 60 orang miskin.
* Injeksi makanan : iaitu menyalurkan bahan makanan melalui usus atau darah dengan tujuan pemakanan keatas pesakit, dan jenis-jenis ini membatalkan puasa, kerana ini masuk melalui rongga.
* Haidh dan Nifas : keluar darah dari wanita sebahagian hari siang samaada menjumpainya awal atau akhir, dia harus berbuka dan mengqadha'nya.
* Mengeluarkan mani : melakukan onani (masturbation) atau bercumbu atau bercium, atau apa perbuatan kearah itu, dan jika ia bersangkutan dengan pendewasaan, maka ia tidak membatalkan puasa kerana ia bukanlah diatas kehendak mereka yang berpuasa.
* Keluarnya darah : contohnya pendarahan berlaku kepada yang berpuasa, diberikan ganti atas apa yang dikeluarkan.
8-Qadha' Puasa
Adalah mustahab (digalakkan) menyegerakan diri untuk qadha' puasa dan tidak disukai melewatkannya, tidak wajib berturut2 didalam Qadha'. Pada ulama' bersetuju secara ijma' bahawa barangsiapa yang mati dan dia juga meninggalkan solat maka tiada qadha' baginya. Begitulah dari golongan yang lemah ('ajuz) yang tidak berpuasa sekalipun didalam hidupnya, mereka dikehendaki memberi makan hari-hari yang ditinggalkan kepada orang miskin. Akan tetapi, barangsiapa yang sedang berpuasa mati, maka wajib puasa keatasnya. Sabda Nabi saw :
"Barangsiapa yang mati sedangkan ia masih mempunyai puasa wajib, maka berpuasalah walinya untuknya" [Hadith Muttafqa 'Alaih]
9-Berpuasa tetapi meninggalkan solat :
Barangsiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meninggalkan satu rukun penting didalam rukun2 Islam selepas Tauhid. Puasa tersebut tidak bermunafaat apa2 selama-mana dia meninggalkan solat. kerana sesungguhnya solat itu tiang agama dan ia bergantung kepadanya. Meninggalkan solat telah dihukumkan kafir diatasnya. Orang kafir tidak diterima amalannya sebagaimana hadith Nabi saw:
"Sempadan yang membezakan diantara kita dan mereka (orang kafir) adalah Solat, barangsiapa yang meninggalkan solat maka dia telah kafir" [Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad]
10-Solat Malam yang optional ( Tarawih ) :
Rasulullah saw telah melakukan Qiam Ramadhan (Solat Tarawih) secara berjemaah, kemudian baginda telah meninggalkannya kerana takut umatnya akan mewajibkannya, maka sesiapapun tidaklah boleh mewajib solat ini. Bilangan rakaat ialah 8 (lapan) rakaat tanpa witir sebagaimana hadith dari A'isyah ra, :
"Nabi saw tidak menambah pada malam Ramadhan dan selainnya sebanyak 11 rakaat" [Hadith Muttafaq 'alaih]
Umar bin al-Khattab ra menghidupkan sunnah Solat berjemaah 11 rakaat ini, dan beliau bersolat pada zamannya sebanyak 23 rakaat, dan mereka bersolat selepasnya sebanyak 39 rakaat. Amalan 23 rakaat dilakukan sebagaimana solat di Masjidil Haram dan Masjid al-Nabawi, ini merupakan pandangan 3 Imam dan mereka2 yang lain.
Apa yang wujud pada umat Islam sekarang adalah Solat Tarawih dilakukan secara laju bacaannya, termasuklah ruku' dan sujudnya, dan ini telah bertentangan dengan solat, iaitu kaifiat khyusuk, dan dalam keadaan2 yang lain boleh mengakibatkan solat tersebut batal.
11-Zakat Fitrah
Zakat Fitrah merupakan amalan fardu, Nabi saw bersabda :
"Rasulullah saw telah memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadhan keatas manusia" [Hadith Muttafaq 'alaih]
Diwajibkan Zakat Fitrah keatas kanak2 dan orang dewasa, lelaki dan perempuan, manusia bebas dan hamba dari orang2 Islam, dan kadarnya diukur menurut negara tempat tinggal masing2, yang afdalnya tempat tinggal siang dan malam mereka bersama keluarga. Yang paling afdal diberikan kepada golongan miskin.
Waktu mengeluarkannya : Pada Hari Raya (Eid) sebelum solat, dan boleh juga sehari atau 2 hari sebelumnya, dan tidak boleh melewatkannya dari hari Eid.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:-Bagaimana kita menyambut Ramadhan?-:
Ramadhan dianggap bulan termulia di dalam bulan-bulan Islam. Penurunan Al-Quran di dalam bulan Ramadhan menjadikan bulan ini sangat mulia lagi istimewa. Di dalamnya terdapat pelbagai fadilat yang harus dikejar oleh setiap umat Islam bagi mempertingkatkan kualiti keimanan dan ketaqwaan. Bulan Ramadhan juga dianggap sebagai Madrasah Kerohanian di mana pada bulan ini umat Islam diwajibkan berpuasa. Risalah kali ini akan memaparkan dua pesanan pilihan berkenaan cara kita menyambut Ramadhan.
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa. [al-Baqarah 2:183]Di dalam bulan puasa seorang Islam dilatih mengawal diri daripada berlebih-lebihan, seperti mengawal diri daripada keinginan memuaskan syahwat (di siang hari). Mengawal diri juga memiliki banyak faedah baik dari aspek kesihatan maupun ke arah kerohanian. Di antara faedahnya adalah seorang Muslim akan merasai kelaparan yang dilalui oleh seorang Muslim lain yang tidak memiliki makan atau minum yang mencukupi sebagaimana yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Afrika. Bulan Ramadhan adalah bulan yang diutamakan, Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan Al-Quran (dalam bulan ini) dengan firmannya: Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. [al-Baqarah 2:185] Di dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu malam sebagaimana firman-Nya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. [al-Qadr 97:1-3]
Selain itu diampunkan dosa-dosa yang lepas bagi mereka yang berpuasa dengan penuh iman dan azam. Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh Allah mengampun dosa-dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa yang bersolat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh, Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
[2] [Shahih Muslim – hadis no: 760]
Kewajipan berpuasa (juga mengajar kita) menjaga diri daripada perbuatan mengumpat (ghibah), mengadu, berbohong dan mendengar perkara-perkara hiburan. Ia mencegah kita daripada melakukan semua keburukan kepada memperbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, bersedekah dan bersungguh-sungguh di dalam melakukan amal ibadat khusus pada 10 terakhir bulan Ramadhan.
Terdapat beberapa adab yang perlu diperhatikan dalam bulan Ramadhan. Adab-adab tersebut adalah:
Pertama:
Sabar ke atas musibah dan kecaman yang menimpa. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajar kita bahawa pada hari Ramadhan, jika seseorang menyakitkan hati atau mencela kita maka katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa... sesungguhnya aku sedang berpuasa.”
[4]
Kedua:
Digalakkan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala kerana Ramadhan merupakan bulan ketaqwaan sebagaimana firman-Nya:
Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang yang terdahulu daripada kamu moga-moga kamu bertaqwa. [al-Baqarah 2:183]

Ketiga:
Menjaga diri daripada mengumpat dan mengadu domba (gossip) kerana ia adalah perbuatan yang diharamkan secara mutlak sama ada di dalam bulan Ramadhan atau selain Ramadhan, akan tetapi pengharamannya diberi penekanan yang lebih jelas dalam Ramadhan.
[5]
Keempat:
Sentiasa mengingati amalan agama, hal-ehwal sesama Islam dan membantu sesama Muslim menyelesaikan masalah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Sesiapa yang tidak memikirkan urusan umat Islam maka tidaklah dia termasuk golongan mereka.
[6]
Kelima:
Dalam bulan yang mulia ini dianjurkan mengambil tahu hal ehwal keluarga kerana mereka itu adalah amanah dan bebanan (tanggung-jawab) kita sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu. [al-Tahrim 66:06]
Selain itu saya menasihatkan diri saya dan semua saudara-saudara Islam agar dimanfaatkan bulan Ramadhan dengan amalan-amalan yang baik berikut:
1. Menjaga solat berjemaah bagi lelaki di masjid, dan bagi wanita pula menunaikan solat Jumaat dan menghadiri majlis ilmu.
2. Menghadiri solat tarawih khasnya bagi lelaki dan tiada larangan bagi kehadiran wanita (di masjid) jika mereka ingin melakukan solat dan kepada mereka terdapat ganjaran.
3. Memelihara solat malam (qiamullail) dan tahajud setelah pertengahan malam bagi lelaki dan wanita yang berkemampuan di dalam rumah.
4. Beriktikaf untuk beberapa malam di bulan Ramadhan di masjid bagi lelaki tanpa menyebabkan gangguan di dalam kewajipan seharian khususnya bagi mereka yang mencari rezeki.
[7]
5. Memelihara pembacaan Al-Quran dan menggunakannya sebagai zikir harian. Pembacaan Al-Quran sekurang-kurangnya hendaklah setiap hari sehinggalah tamat keseluruhannya
6. Memperbanyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat kepada orang-orang fakir, miskin, orang yang memerlukan, mereka yang berjihad di jalan Allah dan sumbangan kepada projek yang baik bagi kegunaan orang Islam seperti pembaikan masjid, pusat rawatan orang-orang tua, sekolah-sekolah dan lain-lainnya.
7. Merapatkan silaturahim dan memperbanyakkan ziarah di dalam bulan Ramadhan.
8. Dilarang melakukan kejahatan dan keburukan terhadap orang Islam secara umum dan jiran-jiran secara khusus. Pesan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Seorang muslim ialah orang yang selamat lidah dan tangannya terhadap muslim yang lain.
[8]
Bukanlah puasa itu sekadar menahan diri daripada makan dan minum akan tetapi menahan diri daripada perkataan sia-sia dan kotor. [Hadis ini dikeluarkan oleh al-Hakim dan dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani dalam Shahih al-Jami’ al-Shagheir – hadis no: 5376]
Larangan mengumpat dan mengadu domba tidak sahaja terhad kepada bulan Ramadhan tetapi berlaku umum untuk setiap masa dan tempat. Penekanan diberi dalam bulan Ramadhan sebagai latihan dan ulang-peringatan. Firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [al-Hujerat 49:11-12]
Rujukan
[1] Majmu' al-Fatawa (URL: http://www.binbaz.org.sa/Display.asp?f=Bz00239.htm)
[2] Shahih Muslim – hadis no: 760 (Kitab Solat musafir dan qasar, Bab Anjuran qiyam Ramadhan)
[3] Adab didalam Bulan Ramadhan. Live Fatwa (31-10-2002) IslamOnline, 2002.
(URL: http://www.islamonline.net/livefatwa/arabic/Browse.asp?hGuestID=8I3Ww6)
[4] Rujuk Shahih al-Bukhari – hadis no: 1904 (Kitab Puasa, Bab Mengatakan “Aku berpuasa” apabila dicela)
[5] Ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
[6] Rujuk al-Mu’jam al-Ausath oleh al-Thabarani, hadis no: 7473. Penyemak kitab ini, Shaikh Mahmud Hasan Ismail menilai sanadnya sebagai bertaraf hasan.
[7] Maksudnya tidak disyorkan berjaga di malam hari sehingga menyebabkan seseorang itu mengantuk dan tidak dapat menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya pada esok hari.
[8] Rujuk Shahih Muslim – hadis no: 41 (Kitab Iman).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:- AnDaiNya InI RaMaDhaN tErAkHiR -:
"Andai Ini Ramadhan Terakhir
wahai dikau...renunglah engkau akan nasib diri
wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati
wahai aqal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali
buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian...adalah sesuatu yang pasti
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjai...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
mengadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
berterawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
oleh itu duhai Ilahi...kasihanilah daku hamba-MU ini
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
duhai Ilahi....andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayang mu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
namun saudara...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
hanya yang termampu bagi seorang hamba itu
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ApaBiLa IsTeRi PeNgHiBuR HaTi
GAD1S yang cantik dan manis sering menjadi pilihan utama lelaki yang ingin mcndirikan rumahtangga. Memang tidak dapat dinafikan, faktor pilihan inilah yang men­dorong lelaki untuk berkahwin. Namun, ada faktor lain yang lebih penting dan utama daripa­da itu. Rasulullah Saw bcrsabda , wanita dikahwini kerana harta, kecantikan, keturunan atau aga­ma. Maka pilihlah yang beraga­ma, nescaya engkau akan ber­untung.
Seorang calon isteri yang sem­purna ialah yang mempunyai ke­empat-empat sifat yang disebutkan oleh Rasulullah SAW itu. Tctapi yang beragamalah yang mejadi pilihan baginda untuk umatnya. Tanpanya, faktor-faktor lain adalah kecil dan tidak pcnting. Rasulullah SAW ada bersabda: "Dunia adalah perhiasan. Dan per­hiasan yang indah ialah wanita solehah.

Kecantikan memang perlu untuk mengekalkan kasih sayang antara suami isteri. Malangnya kecantikan jugalah yang selalu membawa po­rak perandanya sesebuah rumah­tangga. Hanya wanita cantik yang dididik dcngan syariat sahaja yang akan dapat membahagiakan rumahtangga. Wanita yang cantik tetapi tidak berakhlak umpama bunga raya yang cantik tetapi tidak berbau wangi .Bcrbeza dengan wanita yang ber­akhlak walaupun tidak cantik, umpama bunga cempaka yang walau pun tidak cantik tetapi wangi baunya .

Seorang isteri yang cantik tetapi tidak berakhlak dcngan suami, indah dipandang tetapi hati menderita. Bcrbeza dcngan isteri yang tidak cantik tetapi berakhlak, lama kela­maan suami akan merasai kecanti­kannya ada pada ketaatannya.Cuma, yang menjadi harangan ialah apabila seseorang itu hanya memilih kccantikan atau kekayaan sahaja sehingga membelakangi pcndidikan dan agama. Hati hanya terpaut dcngan keadaan lahiriah wanita sahaja.
Firrman Allah:Katakanlah jika ayah, anak ­anak, saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta yang kannt mili­ki, pcrniagaan yang kamu takuti kerugiannya, dan rumah-rumah yang kamu sayangi itu, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta bcrjihad di jalan­nya, maka tunggulah Allah akan mendatangkan siksanya."(At-Taubah: 24.)

Untuk mendapatkan rumah­tangga bahagia, isteri perlu dididik. Mendidik seorang isteri perlu ke­pada kesabaran, ketegasan dan kepandaian memainkan perasaan mereka. Jiwa, akal dan perasaan mereka perlu disuburkan dcngan nasihat, panduan-panduan dan pcngkisahan. Kisah hidup wanita­ wanita solehah dahulu seperti, Sayidatina Khadijah, wanita terna­ma, kaya dan jelita yang sanggup berkorban habis-habisan demi Islam atau kisah Sayidatina Fatimah, yang hidup dalam kesusahan kerana selalu ditinggalkan suami, namun masih mampu rnenghadiahkan senyuman manis sewaktu menyam­but kepulangan suami - patut dima­inkan di fikiran mereka. Biar ia melekat di jiwa dan fikiran mercka. Begitu juga dengan kisah-kisah wanita lain yang solehah dan terpuji seperti Siti Aisyah, Siti Aminah, Rabiatul Adawiyah dan sebagainya.
Isteri-isteri yang terdidik dcngan akhlak Islam, mudah terdorong untuk taat dan bcrbakti kepada suami. Sekiranya keadaan dirumah agak menyenangkan hati, pasti suami akan keluar ke tengah ma­svarakat dengan hati lapang dan fikiran terbuka serta semangat baru. Pada lahir sahaja pun ia nampak kemas, bersih dan berwibawa.Sebaliknya isteri yang gagal dididik oleh suami tcrlalu manja, suka mengongkong pergerakan suami dan selalu mengganggu suami dcngan kerenah yang tidak sepatut­nya. Untuk menghadapi ragam is­teri yang seperti ini, sekali lagi suami perlu kepada ketegasan, bijak dan bertindak sebagai pemimpin dan guru dalam rumahtangga.
Jadikanlah rumahtangga sebagai syurga kecil yang scrnentara yang akan menjadi sumber tenaga untuk kita berjuang mendapatkan syurga sebenar yang kekal abadi.
Rasululah SAW bersabda, " Takutilah kamu kepada Allah dalam persoalan wanita, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berada dibawah kekuasaan mu. Kamu ambil mereka (sebagai isteri) dengan amanah Allah. Dan kamu dihalalkan bergaul dengan mereka kerana kalimah Allah".

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cinta Hakiki Ialah Cinta Oleh Akal Dan TaQwa
Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitulah cinta, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitu juga halnya dengan jiwa yang memerlukan cinta. Allah menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan, membahagiakan dan mententeramkan jiwa manusia. Tetapi cinta sekarang banyak meruntuhkan erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan tetapi merosakkan.
Hukum cinta perlu dipatuhi agar maksud penciptaanya tercapai. Cintailah sesiapapun, asalkan cinta itu dapat memberi lorong yang sebaik-baiknya untuk terus menyintai Allah. Cinta itu harus dibina diatas dasar cinta kepada Allah. Sebagai bukti, kita akan mendahulukan kehendak kecintaan kita kepada Allah melebihi kehendak kecintaan kita kepada yang lain. Cinta harus tumbuh atas dasar tapak yang murni yang selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan dan keperibadian yang baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan cinta ini tidak memerlukan kata-kata luahan yang indah, namun body language sudah cukup membuktikan betapa dalamnya cinta.

Kebiasaannya cinta yang suci akan membawa ke gerbang perkahwinan, untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di akhirat. Jikalau cinta seseorang itu benar-benar hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyuk selalu dalm solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketakwaannya kepada Allah. Sebaliknya jika hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan perkaraperkara yang merugikan dan melalaikan. Itu ertinya Cinta Nafsu.

Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata. Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku cintanya itu dibina atas dasar cinta kepada Allah jelaslah dia menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berlainan dalan satu masa bagaimana sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu. Semangat itu perlu untuk menghidupkan perjuangan yang telah lama mati dalam diri.

Tetapi bukankah kita masih mempunyai Allah??? Bergantung sepenuhnya kepada Allah itulah sebaik-baiknya pilihan. Tiada usaha yang luar biasa dilakukan oleh pejuang-pejuang agama Allah untuk menegakkan kebenaran. Mereka menundukkan nafsu dan menguasainya. Perjuangan menegakkan kalimah Allah memang pahit. Tohmahan dan hinaan datang silih berganti. Namun syurga dan segala nikmatnya telah dijanjikan oleh Allah buat hamba-hambaNya yang bersabar. Tingkatkan taqwa....cekalkan semangat...tabahkan hati.... jalan yang engkau lalui ini.... bukan setenang air di kali.......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:-WaNiTa YaNg CaNtiK-:
"Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi. Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.." Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantik lah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah dia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji. Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya.
Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari. Jika ia seorang isteri bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana di arah di situlah perginya, Alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai,
Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita samaada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya,tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.
Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.
Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang irihati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik, indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.
Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?
Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita mendaki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Dimana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikkan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak terpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran: Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KiAMaT KiAn HaMpiR
Alim ulama menerangkan ketika da'wah terhenti sebentar ada 3 perkara besar terjadi:
1. Diangkatnya ketakutan dari hati orang kafir terhadap orang Islam
2. Banyak orang kembali murtad dan sebagian tidak mau lagi membayar zakat.
3. Munculnya Nabi palsu, Musailamah al Kahza


Abu Bakar ra berkata, "Aku lebih rela istri-istri nabi diserang musuh dan bangkainya dicabik-cabik serigala daripada agama dan usaha agama ini terhenti".

Menurut imam Al-Ghazali, kurnia Allah yang dimaksudkan dalam hadith ini bukanlah kurnia untuk orang kaya yang dapat mengamalkan tasbih tersebut sambil menderma harta mereka di jalan Allah, tapi apa yang dimaksudkan dengan kurnia (yang khas) itu ialah TASBIH YANG DIUCAPKAN OLEH ORANG MISKIN LEBIH TINGGI NILAINYA DARI TASBIH YANG DIUCAPKAN OLEH ORANG KAYA.

Apabila seorang hamba (mukmin) itu telah ada kebesaran Allah dalam hatinya, maka kebesaran yang lain (makhluk) tidak akan masuk ke dalam hatinya (termasuk kebesaran dirinya sendiri). Jadilah hatinya seperti bejana (sejenis bekas) yang berlubang. Tidak ada sebarang cairan pun yang akan mauk ke dalamnya. Tatkala itu Allah akan berkata kepadanya seperti Raja (MalikurRayyan) berkata kepada Nabi Yusuf Alaihissalam: Beta mengangkat kamu (Yusuf) pada kedudukan yang hampir di sisi Beta.Allah akan memberikannya panji-panji (kebesaran). Ke mana pun dia pergi maka dia akan membawa panji-panji tersebut bersamanya".

Antara tanda orang yang ikhlas ialah hatinya tidak terkesan dengan pujian dan tidak terkesan dengan cacian.Tidak kembang hidung bila di puji dan tidak melenting bila dicaci. Terus istiqamah dalam amal.Gambaran orang yang tidak ikhlas pula ialah terus amal bila dipuji dan berhenti amal bila dicaci. Ringkasnya tidak istiqamah.Moga Allah swt mengurniakan kita sifat ikhlas dan istiqamah. Insyaallah.

Barangsiapa yang mengorbankan diri dan harta tanpa mengharapkan apa-apa bahagian di dunia dan menanti-nanti bahagian di akhirat merupakan orang yang dekat dengan Rasulullah s.a.w. di akhirat kelak. Insya Allahu Ta'ala.

Bagi wanita, apabila mereka dapat taat kepada suami mereka, semua amal kebaikan yang suaminya lakukan akan dapat pada isterinya juga (berkait dengan satu hadis ).Jadi galakkan suamimu sembahyang di masjid, keluar ke jalan Allah s.w.t., buat ghash, ziarah dan apa2 kerja agama yang lain.

Semoga berdua bertemu kembali di Jannah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:- JiKa KaMU -:

Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang....sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamukehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

InDaH Ye SeBaGai WaNiTa
1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan
wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya
dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. 16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira
sebagai mati syahid.
18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),
maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
22. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi
Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Untuk Mu LeLaKi
Mujahid yang berada dalam doaku…
Akulah si tulang bengkok yang digubah dari rusuk kirimu melalui perasaan yang mengatasi akal fikiran. Lantaran itu, engkau satu-satunya kejadian ciptaan Tuhan yang ditakdirkan untuk memimpinku melalui iman dan amal solehmu. Betapa aku jua menangisi keporak perandaan akhlakmu yang tidak mampu menjadi imamku; di mana-mana sahaja sapaanmu melunturkan harapan insan selemahku..alangkah pilunya hatiku…
Duhai lelaki yang kunobatkan sebagai Rijal sepanjang jalan….
Seandainya jalanku tidak lurus saat ini, salahkah aku mengharapkan engkau memimpinku kepadaNya dengan ketaqwaanmu sebagai hamba yang menginsafi tanggungjawab mentadbir dunia?? Seandainya lautan akhlakku bergelora dengan ombak kemaksiatan, izinkanlah aku memohon engkau menjadi pewaris a’bidin yang lidahnya sentiasa basah menyebut nama Tuhan.
Bangkitlah duhai insan yang bergelar lelaki; engkaulah yang berada dalam doaku...jua harapan hati kudusku dalam menyemarakkan jailul-Islam.
Maafkan daku dalam melontarkan kata-kata dan harapan ini…namun aku tidak ingin tertewas dengan gelojak mehnah sepanjang jalan ini sendirian, pimpinlah daku kepada Tuhan…bantulah daku dalam mendapat Syurga dan pengampunan Allah…aku tidak mahu menangis dengan tangisan yang tiada nilaian pada pandangan Allah….

Namun...aku tidak sekali2 redha diriku menjadi fitnah..fitnah bg seorang lelaki.jgn lah memuja ku di dalam diam.hadirlah..datanglah dalam keadaan mulia dan terpuji..melalui jln yg diredhai kerana aku masih punya harga diri..
ingatlah...kau rijal yg dikarang.kau rijal harapan..kau punya tanggungjawab,pergilah..pergilah tunaikan tanggungjawab itu..kerana janjiNya pasti...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aduhai Perempuan...
PEREMPUAN YANG DISAYANGI
Adalah pecinta TuhanNya...
Yang mengalir cinta, takut dan harap
Yang menguasai perjalanan
Penghidupannya...
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjalanan di antara
Jasad dan nyawanya berakhir

PEREMPUAN YANG DIRINDUI
Adalah perempuan yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar Nur Ilahi...
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya
Sentiasa membesarkan Allah

PEREMPUAN YANG DICINTAI
Yang menutup auratnya
Dari pandangan mata ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi...
Penduduk langit dan bumi

PEREMPUAN YANG DIIMPIKAN
Adalah yang mendekatkan...
Hatinya yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman, Ar-Rahim...
Di saat orang lain dilamarkan kebendaan...

PEREMPUAN YANG DIKASIHI
Yang bersyukur dengan apa yang ada
Yang bersabar pada yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Yang tidak bermata benda

PEREMPUAN YANG DISUKAI
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Menjadi pelita untuk putera-puterinya
Yang bakal dilahirkan...
Untuk menyambung perjuangannya di belakang hari...


"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keabiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani..." - Al Hujurat : ayat 12

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wanita Acuan Al-Quran.
Wanita Acuan Al-Quran
Ialah Seorang wanita Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Wanita Acuan Al-Quran
Ialah wanita Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia
Yang DicarinyaYang Sentiasa Berbuat Kebaikan
Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan
Dan Tidak Mempunyai Musuh

Wanita Acuan Al-Quran
Ialah wanita Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak
Dan membantu suami Mendalami Agama Islam
Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara
Menunggu Akhirat

Wanita Acuan Al-Quran
Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran
Dan Mencontohi Sifat RasulullahSAW
serta wanita sufi yg digariskan dalam kalamullah
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran
Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Wanita Acuan Al-Quran
Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan
Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu
Kerana Penat Mengaji
Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena
Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya
Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi
Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Wanita Acuan Al-Quran
Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia
Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan I
tu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam
Sebelum Hari Kemudian bersama lelaki

Wanita Acuan Al-Quran
Ialah wanita Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT.
Semoga diri ini menjadi wanita acuan Al-Quran.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lelaki Acuan Al-Quran

Lelaki acuan al-Qur'aan ialah seorang lelaki yang bertaqwa
Yang hatinya penuh rasa cinta pada Allah
Yang jiwanya gentar bila mendengar bacaan ayat suci
Yang amal ibadatnya dipenuhi rasa ihsan
Yang bersedia berkorban di jalan Allah
Yang tetap hatinya menegakkan kebenaran

Lelaki acuan al-Qur'aan sentiasa bersedia untuk agama
Yang masanya dihabiskan untuk da'wah
Yang lidahnya sentiasa menutur dzikruLLaah
Yang nafasnya hadir seiring tugas tarbiyah
Yang hatinya teguh melawan futur dan nafsu
Yang hartanya ialah milik islam

Lelaki acuan al-Qur'aan punyai maruah yang tinggi
Yang hatinya rasa izzah dengan agama
Yang mempunyai akhlaq dan budi pekerti terpuji
Yang amalnya ikhlas kerana Ilahi
Menghormati yang tua mengasihi yang muda
Kerana islam telah memuliakan dirinya

Lelaki acuan al-Qur'aan sentiasa menghargai masa
Paginya asyik mengalunkan ayat al-Qur'aan
Siangnya berjihad memenuhi ilmu di dada
Petangnya riadhah bersama taulan
Senjanya mengimarah rumah Allah
Malamnya berseri dengan nawaafil
Hatinya tenang disalut dzikrullah

Lelaki acuan al-Qur'aan ialah lelaki yang berjaya
Yang baginya dunia adalah ladang akhirat
Untuk menyemai benih ibadah untuk kemanisan buah syurga
Menelan pahit jihad dan melupakan keasyikan dunia
Yang berusaha bagai hidup seribu tahun
Yang beribadah bagai esok tiada lagi
Kerana yakin akan pengakhiran yang pasti

Lelaki acuan al-Qur'aan ialah amir keluarga dan masyarakat
Yang menjaga diri dan ahlinya dari api neraka
Yang berhikmah dalam mendidik isteri
Yang berkorban demi melahirkan mujahid sejati
Yang berusaha menyeru ummat ke jalan Allah
Meneruskankan perjuangan Islam bersama isteri tercinta

Lelaki acuan al-Qur'aan tidak mudah terpedaya
Dengan hiasan dunia
Dengan pujuk rayu wanita dan selautan harta
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah tujuan asalnya, disitulah destinasi cintanya
Bersama wanita acuan al-Qur'aan ganjaran Allah swt

wallaahu a'lam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Al-Raahah Lil Rijal:Ghaflah
(Kerehatan bagi seorang lelaki (da'ie) adalah kelalaian)
Nun di sana beban dakwah mu masih luas terbentang
Namun engkau masih tersenyum riang
Bagaikan burung berterbangan berkawan-kawan
Hanya kelaparan membuatmu pulang ke sarang

Kerehatan bagi lelaki pendakwah adalah kelalaian
Bukan waktu bersenang-senang
Ianya petanda engkau akan tersonsang
Oleh nafsu yang semakin menjulang

Sebarkankanlah kalam Ilahi
Walau hanya sepotong ayat
Mana tahu ianya akan berbekas
Di dalam hati yang sudi menanti

Sepicing pendakwah alpa
Sekilat pendokong kebatilan menerpa
Menjurus di semua lapangan
Hingga dakwahmu semakin hilang

Waktu buatmu hanyalah seketika
Buatlah apa yang terdaya
Pimpinlah semua manusia
Gerakkanlah seluruh mata, telinga dan hati umat

Agar yakin kepada Islam seluruhnya
Perteguh yang hak dan melemah yang batil
Agar tiang kebenaran terus kukuh
Menyebar ke seluruh alam maya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

WaniTa ItU CanTiK
Allah berfirman didalam sebuah hadith Qudsi : "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

76 Petua Ilmiah Memenangi Hati Wanita
1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.
8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.
11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu. 14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang. 25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.
26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.
27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu.
30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
31. Basuhkan kereta yang dipakainya.
32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.
33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.
35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.
36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya. 48. Ambillah gambarya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.
54. Solat bersama dan berdoa bersama.
55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.
58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.
60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.
61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.
62. Bila dia memasak, pujilah masakannya.
63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.
64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.
67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untu membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.
75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.
76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.
"//saya tak baca artikel ni start dari nombor satu hingga ke akhirnya. cuma berminat sahaja. jadi, jika para pembaca terbaca yang pelik2, jangan salahkan saya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS