~ ArTiKaL ~ :- 8 Petanda Si Dia Adalah Jodoh Kamu -:

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjangadalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat salingmembantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamuberdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama.Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkanorang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya,selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidupkamu!
Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagaijodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depankamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranyaberpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanyamengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontandan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukanjodoh kamu!
Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu.Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan mendugareaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu.Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...
Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpaperasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap haritanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berduakelak akan saling terikat.
Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapatmemahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalahpasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-dukasaat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertamayang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalufaham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jikaya, tak salah lagi. Dialah orangnya...
Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak pedulidengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga takmalu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisaberarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..
Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-maluperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' didepannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakitdan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepadakamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnyadisuratkan untuk bersama!
Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada ditangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapatlagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana inibererti pasangan sejati telah kamu temukan!Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?
"Manusia Hawa diciptakan dari rusuk manusia Adam,bukan dari kepala sebagai atasan,bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, tetapi disisnya untuk dijadikan teman hidupnya,dekat pada lengannya untuk dilindungi & dekat dihatinya untuk dicintai"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ isSue ~ :- Moorthy Dikebumi Cara Islam -:
SELAMAT DISEMADI: Abang Moorthy, Mohd Hussin Abdullah (kiri)mengaminkan doa di sisi pusara adiknya di Tanah PerkuburanIslam Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur, semalam.
Turut hadir Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia(Kagat),
Brig Jen Jamil Khir Baharom (dua dari kiri).
KUALA LUMPUR: Selepas sembilan hari menjadi rebutan, jenazah pendaki Everest, M Moorthy selamat dikebumikan secara Islam di sini petang semalam, apabila Mahkamah Tinggi memutuskan ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyemak dan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah berhubung status agamanya.
Jenazah Moorthy atau nama Islamnya, Mohammad Abdullah (gambar) disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota di sini, jam 2.45 petang semalam, selepas dituntut oleh pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).Sebelum itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan balu Moorthy, S Kaliammal daripada mengambil jenazahnya untuk disemadikan mengikut adat agama Hindu kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa bagi mendengar permohonan itu.
Hakim Datuk Md Raus Sharif ketika membuat keputusan itu, juga menolak permohonan Kaliammal untuk mendapatkan deklarasi yang suaminya ialah penganut agama Hindu dan bukan beragama Islam pada tarikh kematiannya pada 20 Disember lalu.Permohonan Kaliammal bagi mendapatkan deklarasi bahawa semua dokumen penukaran agama Moorthy kepada agama Islam adalah tidak sah dan terbatal, juga ditolak oleh Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun, Md Raus membenarkan permohonan Kaliammal untuk mengisytiharkan bahawa beliau adalah isteri sah kepada Moorthy sehingga tarikh kematiannya.Dalam penghakimannya, Md Raus berkata, perkara pokok atau isu utama yang berbangkit dalam permohonan saman pemula itu adalah berkenaan kesahihan Moorthy memeluk agama Islam.
“Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur sudah memutuskan Moorthy adalah seorang Islam pada 22 Disember lalu. Maka mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyemak dan membatalkan perintah mahkamah syariah atau tidak menghiraukan sama sekali perintah itu,” katanya. Md Raus berkata, pemohon juga cuba menunjukkan dalam tempoh yang dikatakan si mati memeluk Islam, dia ada mengambil bahagian dalam upacara keagamaan Hindu dan melakukan perkara bertentangan dengan Islam.
“Saya berpendapat ia adalah persoalan undang-undang Islam dan sekali lagi bidang kuasa untuk menentukan perkara seperti itu adalah di bawah bidang kuasa mahkamah syariah dan bukannya mahkamah sivil.“Berdasarkan alasan itu, mahkamah ini hanya dapat membenarkan permohonan pemohon bagi deklarasi yang beliau adalah isteri sah si mati sehingga kematiannya manakala relif lain ditolak,” katanya.
Dalam saman pemula yang difailkan pada 21 Disember lalu, Kaliammal memohon perintah supaya HKL menyerahkan mayat suaminya serta merta untuk diuruskan mengikut upacara Hindu. Kaliammal juga memohon perintah injunksi sementara untuk melarang MAIWP daripada mengambil atau menuntut mayat si mati daripada HKL dengan apa cara sekalipun sehingga kes itu diputuskan mahkamah.Beliau menamakan MAIWP, pengarah HKL dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Pada 22 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan jenazah Moorthy dikebumikan dengan segera mengikut hukum syarak selepas mendapati dia sudah memeluk Islam pada 11 Oktober 2004.Pada prosiding itu, mahkamah syariah menerima ‘borang pendaftaran memeluk agama Islam’ daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bertarikh 14 Mei lalu, mempunyai cap jari kanan Moorthy yang mengaku beliau memeluk Islam dan menggunakan nama Mohammad Abdullah.
Mahkamah syariah juga menerima dokumen ‘keterangan masuk agama Islam’ yang menyatakan Moorthy memeluk Islam tanpa dipaksa sesiapa, diajarkan mengucap dua kalimah syahadah dan diberi faham makna serta diterangkan rukun iman dan Islam di hadapan dua saksi.Moorthy, 36, yang lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah sejak tujuh tahun lalu, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi HKL jam 11.10 pagi 20 Disember lalu selepas berada dalam keadaan koma sejak 11 November tahun ini.
Md Raus berkata, di Wilayah Persekutuan, ada peruntukan yang nyata mengikut Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1993 (Akta 505) mengenai isu memeluk agama Islam.Katanya, bahagian IX Akta 505 menghuraikan dengan jelas prosedur memeluk agama Islam dan sudah tentu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa menentukan perkara seperti kesahihan memeluk Islam adalah mahkamah syariah.
“Ini selari dengan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan apa-apa perkara di mana mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa,” katanya.Mahkamah Tinggi juga menolak permohonan peguam Kaliammal, M Manoharan untuk mendapatkan perintah penggantungan pelaksanaan penghakiman sementara sehingga rayuan didengar di Mahkamah Rayuan.
Manoharan kemudian memfailkan notis rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, Jalan Raja, jam 3.30 petang semalam. Selain Manoharan, Kaliammal juga diwakili peguam A Sivanesan; Peguam Kanan Persekutuan Mohamad Naser Disa dan Dr Hassan Abdul Rahman mewakili HKL dan kerajaan manakala Fakhrol Azman Abu Hasan dan Zainul Rijal Abu Bakar mewakili MAIWP.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PenYumBaNg @ PeNceGah @ ReDha? -:
Rogol,rogol,rogol. Apakah semua ini???
1. Statistik rogol dari Malaysian Crime Prevention Foundation.
1993: 869
1994: 965
1995: 1029
1996: 1098
1997: 1429
1998: 1539
1999: 1457
2000: 1210
2001: 1354
2002: 1418
2. Statistik rogol mengikut laporan Berita Minggu, mengikut apa yang Dr Rais bentang pada kabinet:
2000: 1217
2001: 1386
2002: 1431
2003: 1479
3. Statistik rogol di Arab Saudi, yang mengamalkan hudud pada tahun 2000 (NationMaster.com)
2000: 87 kes.
4. Statistik rogol di UK, yang mengamalkan common law, undang-undang yang ditiru oleh Malaysia pada tahun 2000. (NationMaster.com)
2000: 8 593 kes.
Ini bermaksud di Malaysia pada tahun 2003, lebih kurang 4 kes rogol berlaku setiap hari. Sebab tu apabila media melaporkan ada kes rogol setiap hari, ia bukan bermaksud sekarang musim rogol. Tetapi sebenarnya memang setiap hari ada berlaku kes rogol. Sama ada ia dilaporkan atau tidak sahaja oleh akhbar. Ingat, ini kes yang dilaporkan dan kita tidak tahu berapa banyak lagi kes yang tidak disenyapkan oleh mangsa.
Entry kali ini tidak berkisar kepada hukuman apa yang wajar. Tetapi apa yang Islam sudah suruh pada semua, baik wanita, lelaki, keluarga dan keseluruhan anggota masyarakat. Sebagai langkah pencegahan awal.
1. Wanita seharusnya keluar berteman. Peringatan ini sudah jelas disebut dalam hadis-hadis yang sahih. Jangan keluar melainkan dengar mahram. Ini bermaksud, mak bapak perlu main peranan penting. Apa kejadahnya kalau mak bapak buat tak kisah anak dara keluar seorang diri. Mahu cari nahas? Yang pelik, bila kita bangkitkan hal ini, maka bertalu-talulah disebut Islam mengongkong kebebasan wanita. Kenapa pada zaman moden ini masih perlu begitu? Wanita moden sudah pandai berdikari dan menjaga keselamatan diri. Barangkali sudah lihat anak dirogol baru mahu menyesal?
2. Jangan keluar dating walaupun dengan boyfriend dan tunang. Ini juga sudah disebut dalam hadis. Kalau dating, orang ketiga adalah syaitan. Tapi kadang-kadang mak bapak buat tak kisah lagi-lagi kalau yang ajak keluar tu tunang anak dia. Anak-anak memang lah suka. Apa kejadahnya kalau baru bertunang sudah dianggap dapat lesen besar. Sudah terusik dan ditinggalkan baru menangis tidak berlagu. Laporan All Women Society (AWAM) dalam satu buku bertajuk The Rape Report: An Overview of Rape in Malaysia (2002) menyebut daripada 6 jenis kes rogol, 2 daripadanya berpunca dari perjumpaan pasangan lelaki-perempuan (kekasih/kenalan) yang bermula dengan kerelaan sendiri untuk berbuat seks ataupun ditipu. Kalau tak keluar dating dari awal, sudah tentu perogolan tidak berlaku.
3. Pisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila sudah mencapai umur mumaiyyiz Ini juga disebut dalam hadis. Sebab itu rumah yang terbaik dalam Islam paling kurang ada 3 bilik tidur. Sebab antara kes rogol yang berlaku juga melibatkan adik-beradik dan juga si bapa dan datuk yang meletakkan otak dan akal mereka di kepala lutut. Pemisahan tempat tidur ini juga sebagai langkah awal membasmi dan mencegah kes-kes sumbang mahram.
4. Tidak memakai pakaian yang seksi, ketat lagi menggiurkan. Orang yang memakai pakaian begini adakalanya bernasib baik kerana tidak dirogol. Tetapi pemakaian mereka merangsang sesetengah orang untuk melakukan rogol. Bayangkan, kalau keluar KL sahaja seorang lelaki akan lihat puluhan malah ratusan perut, pusat dan peha-peha gebu sudah tentu kalau nafsu tidak dibendung, mangsa-mangsa yang lemah akan menjadi sasaran. Kan baik kalau wanita-wanita ini berpakaian menutup aurat serta melabuhkan pakaian mereka. Lelaki yang kuat nafsunya pasti akan dapat dibantu secara tidak langsung.
Walaupun para ulama mengatakan di hadapan mahram batasan auratnya longgar, tetapi para ibu seharusnya mengingatkan janganlah membenarkan anak-anak perempuan ini memakai seluar pendek ketat dan baju fit di hadapan datuk,bapa, pakcik dan abang serta adik lelaki kerana lelaki ini nafsunya adalah terhadap perempuan. Bila nafsu menguasai diri, sudah tentu anak atau cucu sendiri pun dikerjakan sampai mati.
5. Isteri jangan tolak permintaan suami untuk 'bersama' Di barat, ada undang-undang karut disebut marital rape. Suami merogol isteri. Apa kejadahnya undang-undang ini. Benar, wanita itu bukan simbol seks dan tempat pemuas nafsu suami sahaja. Tetapi pada masa yang sama kena ingat, kalau bukan pada isteri si suami mahu melepaskan hajat, pada siapa lagi?
Dari satu sudut lelaki memang perlu bertolak ansur. Kalau isteri penat, datang haid, baru bersalin dan sebab-sebab lain yang dibenarkan oleh Islam, memang lah tak patut bagi si suami memaksa isteri melayan kehendaknya. Itu memang kejahilan suami dalam mengetuai bahtera. Tetapi kalau tidak ada sebarang sebab untuk menolak, maka kalau diminta oleh suami maka jangan ditolak. Ini juga disebut dalam hadis-hadis dalam bab perkahwinan. Permasalahan ada mood atau tidak, maka ia perlu dirujuk pada yang pakar bagaimana mahu dapat mood itu kembali, tetapi jangan sampai mengabaikan kehendak suami.
6. Menutup pintu-pintu maksiat Segala benda yang mengundang berahi manusia maka janganlah dibenarkan. Video lucah. Majalah lucah. Artis terkangkang. Artis tunjuk buah dada. Artis tayang seluar dalam. Dan pelbagai lagi bahan yang boleh mendorong maksiat. Kadang-kadang bila mahu mencapai majalah di kedai-kedai mamak, kelihatan majalah-majalah blue ini dengan mudah boleh didapati. Mona Gersang lah. Jeritan batinku. Layan 3 lelaki sekaligus. Abang pemuas nafsuku dan 1001 tajuk lagi. Belum dicampur lagi majalah-majalah barat yang memang menampakkan badan wanita lebih dari kain.
Marilah kita sama-sama melakukan apa yang Islam suruh buat. Memang perogol itu jahat, tetapi kalau kita sendiri sama-sama menyumbang jasa untuk membangkitkan nafsu perogol ini apa ceritanya pula?
Tindakan mahu meminda seksyen 376 Kanun Keseksaan kepada hukuman mandatori adalah baik. Tetapi kalau terus kembali kepada apa yang syariah mahukan adalah lebih baik lagi. Bukankah sudah terbukti hukuman hudud itu mampu mengurangkan jenayah rogol ke tahap paling minima? Kenapa masih degil dan sombong? Daripada Allah kita diciptakan, dengan sistem Allah kita hidup, dan kepada Allah kita kembali.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ IssUe ~ :- TruLy AsIa,MALAYSIA -:
Ketika aku pertama kali menjejakkan kaki di bumi Mesir Ardil Kinanah setahun yang lalu, terbayang aku akan bumi yang aku diami buat sementara waktu ini akan di penuhi dengan padang pasir yang luar dan debu yang banyak. Jelas apabila aku tiba di sini semuanya meleset dari khayalan nakal aku.

Tapi apabila aku berjalan, ada segelintir budak-budak dan ada juga warga tua melaungkan ' Hungga Bunggga'. Bagi aku, apakah jadahnya makhluk di bumi mesir ni, pepular sangat ke aku ni, ke terlalu ensem mengalahkan MIDO atau pemain bolasepak al-ahly sehinggakan aku menjadi pujaan.Bila aku bertanya pada ustaz-ustaz lama kat sini apa maksud 'hungga bungga' ni, kata mereka ' orang asli', datang dalam hati, celaka punya arab, tak sedar diri. Yang mengata tu, baju pun koyak berbanding aku pakaian normal.Bukan nak 'manggak' tapi yang mengata itu tak tilik diri, geram juga di buatnya.

Bila aku di sini, TERmenonton aku siaran tv NBC Dubai, dikomentari tentang Malaysia.Bestnya Malaysia keluar dalam tv tauu. Permulaan cantik sebab dia tunjuk KLIA, tapi lepas tu, tiada yang menarik tentang Malaysia lagi.Dekumentari kawasan orang asli kat Perak, makan katak, ular dan baju pun dari kayu lagi serta siap arab yang belakon tue menangis tengok keadaan rakyat malaysia.anaknya yang berumur 6 tahun cakap " sekiranya saya besar dan mempunyai banyak duit, sudah pasti saya akan bangunkan rakyat malaysia".Selepas aku menonton sendiri siaran beberapa episod baru aku tau kenapa orang arab mengelarkan rakyat malaysia ' hungga bungga'.

Selepas lama aku di sini, aku kerap menonton video clip Raghib Alama (Hubbu Kabir) yang di buat di Malaysia.MAS yang taja,bangga lah aku sebab memperlihatkan Malaysia yang positif tapi yang aku tahu semua kos di taja oleh kerajaan malaysia dan kenapa jika nak tunjukkan malaysia yang cantik tidak di buat di putrajaya ke atau tempat-tempat cantik yang lain, ni bumbung bangunan MAS yang berkarat kehitaman menjadi pilihan.Tau lah MAS taja,tapi demi Malaysia tercinta kenapa tidak di pilih tempat yang cantik?Kenapa??

Isu yang aku ingin kongsi ialah bila aku menonton iklan kat tv rumah aku, semua siaran arab.NBC (1,2,3,4),ART SPORT ( 1,2,3,4,5,6), CVC (1,2) dan syarikat tv arab yang lain menyiarkan tentang iklan promosi malaysia. siapa yang tidak bangga, negara tercinta keluar iklan kat tv, mesti lah best.Pertama kali menonton aku betul-betul tidak percaya,bagi aku itu iklan negara-negara eropah kot.

Permulaan iklan bermula dengan pasangan dalam 4 pasangan kot di tepi pantai dengan berCOLI Putih dan SELUAR DALAM pun putih riang gembira tanda aman serta indahnya malaysia.Cantik kan, Subhanallah.Lama juga edisi pantai,selepas itu pasangan meniarap di atas bumbung van panjang, baru masuk gua niah, putrajaya dan kembali ke pantai. Majoriti iklan berpusat di tengah-tengah pusat manusia.

Adakah tiada kaedah lain untuk kita mempromosi Malaysia? Adakah dengan mengiklan manusia telanjang baru pelancong akan datang ke Malaysia? Yang di promosi di negara arab,arab kan majoriti islam,kenapa kita tidak tunjukkan suasana berMORAL sikit.Kata islam hadhari,mananya slogan itu??aku rasa baik letak Malaysia islam hari-hari, islam dah syumul pun buat slogan juga, lepas tue jadi lah kalut. Apakah jadahnya kerja ini,adakah kita sebagai penghuni majoriti negara Malaysia yang beragama Islam terima cara sebegini. Jangan terlalu menonjolkan Malaysia sebagai pusat pelacur asia, cukuplah menbenteras penyakit yang ada, jangan asyik tambah penyakit,menggubat tak mahu,MALU,MALU.
Truly Asia, MaLaYsiA........Malaysia Boleh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ MeMorY ~ :- ~~~~~~~~@ -:
Baru je keluar dewan pekso, boleh tahan juga soalan tp doakan agar ana najah semua ye.Sabtu ni peper Bahasaa Arab, lagi kena peroh otok sb 2 buku, banyak juga kena hafal.

Hari ni supo dok dale salji, sejuk ngoti. gie dewe pekso pakai baju sejuk 3 helai, ni kali pertama pakai baju tebal banyak lapis.Biasa baju sejuk kat luar jah tp ni sejuk sangat.

Di kesempatan ni ana nak ucapkan alfun mabruk dan ana doakan pasangan Firdawati n Nazri Mustpha bahagia serta di berkati hidup dunia akhirat.

Firdawatie
Mohd Nazri Mustapha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ ArTiKel ~ :- CinTa -:
Cinta adalah satu perkataan yang tidak asing lagi di telinga kita. Apalagi dikalangan remaja, kerana sudah menjadi anggapan umum bahawa cinta sinonim dengan ungkapan rasa sepasang sejoli yang mabuk asmara. Ada yang mengatakan cinta itu suci, cinta itu agung, cinta itu indah dan terlalu indah hingga tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, hanya dapat dirasakan dan sebagainya. Bahkan ada yang menggambarkan oleh kerana tersangat indahnya cinta, syaitan pun berubah menjadi bidadari " racun dirasa bagaikan madu? ". Yang jelas kerana cinta, ramai orang yang merasa bahagia namun sebaliknya kerana cinta ramai pula yang tersiksa dan merana. Cinta dapat membuat seseorang menjadi sangat mulia,dan cinta pula yang menjadikan seseorang menjadi sangat tercela.
Kita tahu bagaimana kecintaan Khadijah RA kepada Rasulullah SAW yang rela mengorbankan apa sahaja yang dimilikinya dengan perasaan bahagia demi perjuangan si kekasih yang menjadikannya mulia. Sebaliknya ada pemudi yang mengorbankan kehormatannya demi untuk menyenangkan si kekasih yang dia lakukan atas nama cinta. Atau ada remaja yang menghabiskan nyawanya dengan Baygon ( na'udzubillahi min zalik ) hanya kerana cinta. Cinta yang sedemikianlah yang membawanya kepada kehinaan.
Lalu, apa sebenarnya makna daripada cinta?
Benarkah cinta hanyalah sepenggal kata namun mengandung sejuta makna? Atau pendapat para filosofi bahawa makna cinta tergantung siapa yang memandang?
Rupanya tepat seperti uangkapan Ibnu Qayyim Al Jauziah tentang cinta,bahwasanya, " Tidak ada batasan tentang cinta yang lebih jelas daripada kata cinta itu sendiri. "
Ada pun kata cinta itu sendiri secara bahasa adalah kecenderungan atau keberpihakan. Bertolak dari sini cinta dapat didefinisikan sebagai sebuah gejolak jiwa dimana hati mempunyai kecenderungan yang kuat terhadap apa yang disenanginya sehingga membuat untuk tetap mengangankannya, menyebut namanya,rela berkorban atasnya dan menerima dengan segenap hati apa adanya dari yang dicintainya serasa kurang sekalipun, dan ia tumpahkan dengan kata-kata dan perbuatan.
Pandangan Islam terhadap Cinta
Cinta dalam pandangan Islam adalah suatu perkara yang suci. Islam adalah agama fitrah, sedang cinta itu sendiri adalah fitrah kemanusiaan. Allah telah menanamkan perasaan cinta yang tumbuh di hati manusia. Islam tidak pula melarang seseorang untuk dicintai dan mencintai, bahkan Rasulullah menganjurkan agar cinta tersebut diutarakan.
" Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah ia memberitahu bahawa ia mencintainya. " -HR Abu Daud dan At-Tirmidzi-
Seorang muslim dan muslimah tidak dilarang untuk saling mencintai, bahkan dianjurkan agar mendapat keutamaan-keutamaan. Islam tidak membelenggu cinta,kerana itu Islam menyediakan penyaluran untuk itu ( mithalnya lembaga pernikahan ) dimana sepasang manusia diberikan kebebasan untuk bercinta.
" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu ( wahai kaum lelaki ), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu ( suami isteri ) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan( yang menimbulkan kesedaran ) bagi orang-orang yang berfikir. "Q.S Ar-Ruum : Ayat 21
Ayat di atas merupakan jaminan bahawa cinta dan kasih sayang akan Allah tumbuhkan dalam hati pasangan yang bersatu kerana Allah ( setelah menikah ).Jadi tak perlu menunggu " jatuh cinta dahulu " baru berani menikah, atau pacaran dahulu baru menikah sehingga yang menyatukan adalah si syaitan durjana( na'udzubillahi min zalik ). Jadi Islam jelas memberikan batasan-batasan,sehingga nantinya tidak timbul fenomena kerosakan pergaulan dalam masyarakat.
Dalam Islam ada peringkat-peringkat cinta, siapa yang harus didahulukan /diutamakan dan siapa / apa yang harus diakhirkan. Tidak boleh kita menyetarakan semuanya.
"( Walaupun demikian ), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari
Allah ( untuk menjadi )sekutu-sekutu( Allah ), mereka mencintainya,
( memuja dan mentaatinya ) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang
orang-orang yang beriman itu lebih cinta ( taat ) kepada Allah dan kalaulah
orang-orang yang melakukan kezaliman ( syirik ) itu mengetahui ketika mereka
melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya
kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah
dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya,
( nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu ). "Q.S Al-Baqarah : Ayat 165
Menurut Syaikh Ibnul Qayyim, seorang ulama di abad ke-7, ada enam peringkat cinta ( maratibul - mahabah ), iaitu :
1. Peringkat ke 1 dan yang paling tinggi / paling agung adalah tatayyum, yang merupakan hak Allah semata-mata." Sesungguhnya sholatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Rabbul'alamiin. "
" Sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta ( taat ) kepada Allah "
Q.S Al-Baqarah : Ayat 165
Jadi, ungkapan-ungkapan seperti : " Kau selalu di hatiku, bersemi di dalam kalbu " atau " Kusebutkan namamu di setiap detak jantungku, "" Cintaku hanya untukmu, " dan sebagainya seharusnya ditujukan kepada Allah.Kerana Dialah yang memberikan kita segala nikmat / kebaikan sejak kita dilahirkan, bahkan sejak dalam rahim ibu. Jangan terbalik, baru diberi sekelumit cinta dan kenikmatan dari si " darling " kita sudah hendak menyerahkan jiwa raga kepadanya yang merupakan hak Allah. Lupa kepada Pemberi Nikmat,
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan ( pada ) pertukaran malam dan siang dan ( pada ) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga ( pada ) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia
biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga ( pada )
peredaran angin dan awan yang tunduk ( kepada kuasa Allah )
terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya
( pada semuanya itu ) ada tanda-tanda ( yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya,kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya )
bagi kaum yang ( mahu )menggunakan akal fikiran. "Q.S Al-Baqarah : Ayat 164
2.Peringkat ke 2; 'isyk yang hanya merupakan hak Rasulullah SAW Cinta yang melahirkan sikap hormat, patuh, ingin selalu membelanya, ingin mengikutinya, mencontohinya, dan sebagainya, namun bukan untuk menghambakan diri kepadanya.
" Katakanlah ( wahai Muhammad ) : Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan(ingatlah ), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "Q.S Aali Imran : Ayat 31
3. Peringkat ke 3; syauq iaitu cinta antara mukmin dengan mukmin lainnya. Antara suami isteri, antara orang tua dan anak, yang membuahkan rasa mawaddah wa rahmah.
4. Peringkat ke 4; shababah iaitu cinta sesama muslim yang melahirkan ukhuwah Islamiah.
5. Peringkat ke 5; 訴thf ( simpati ) yang ditujukan kepada sesama manusia. Rasa simpati ini melahirkan kecenderungan untuk menyelamatkan manusia, berdakwah,dan sebagainya.
6. Peringkat ke 6 adalah cinta yang paling rendah dan sederhana, iaitu cinta / keinginan kepada selain dari manusia : harta benda. Namun keinginan ini sebatas intifa・( pendayagunaan / pemanfaatan ).
Hubungan Cinta dan Keimanan
Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan.Cinta yang berlandaskan iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan;sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung. Al Ustadz Imam Hasan Al Banna mengatakan bahawa " dengan dua sayap inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan. " Bagaimana tidak, jikalau iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Selain itu iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa iman.
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah RA, dari NabiSAW;" Barangsiapa ingin memperoleh kelazatan iman, hendaklah ia mencintai seseoranghanya kerana Allah SWT. " Riwayat Imam Ahmad, dari Abu Hurairah
Tidak hairanlah ketika 繕qbah bin Al Harits telah bercerai dengan isteri yang sangat dicintainya Ummu Yahya, atas persetujuan Rasulullah SAW hanya kerana pengakuan seorang wanita tua bahawa ia telah menyusukan pasangan suami isteri itu di saat mereka masih bayi. Allahmengharamkan pernikahan saudara sesusuan.Demikian pula kecintaan Abdullah bin Abu Bakar kepada isterinya, yang terkenal kecantikannya, keluhuran budinya dan keagungan akhlaknya. Ketika ayahnya mengamati bahawa kecintaannya tersebut telah melalaikan Abdullah dalam berjihad di jalan Allah dan memerintahkan untuk menceraikan isterinya. Pemuda Abdullah memandang perintah tersebut dengan kacamata iman, sehingga dia rela menceraikan belahan jiwanya tersebut demi mempererat kembali cintanya kepada Allah.
Subhanallah, pasangan tersebut telah bersatu kerana Allah, saling mencintai kerana Allah, bahkan telah bercinta kerana Allah, namun mereka juga rela berpisah kerana Allah. Cinta kepada Allah di atas segalanya.
Bagaimana pula halnya dengan pasangan yang terlanjur jatuh cinta, atau yang berpacaran atau sudah bercinta sebelum menikah?
Hanya ada dua jalan; bersegeralah menikah atau berpisah kerana Allah, nescaya akan terasa lazat dan manisnya iman. Dan janganlah mencintai 壮i dia・lebih daripada cinta kepada Allah dan RasulNya.
Dari Anas ra, dari Nabi SAW, beliau bersabda;" Ada tiga perkara dimana orang yang memilikinya akan merasakan manisnya iman,iaitu mencintai Allah dan rasulNya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan enggan untuk menjadi kafir setelah diselamatkan Allah daripadanya sebagaimana enggannya kalau dilempar ke dalam api. "HR. Bukhari dan Muslim
Dari Abu Hurairah RAa, Rasulullah SAW bersabda;" Demi zat yang jiwaku ada dalam genggamanNya, kamu sekalian tidak akan masuk syurga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling mencintai. "HR Muslim
Cinta Kepada Allah, Itulah yang Hakiki
Cinta bagaikan lautan, sungguh luas dan indah. Ketika kita tersentuh tepinya yang sejuk, ia mengundang untuk melangkah lebih jauh ke tengah, yang penuh rintangan, hempasan dan gelombang pada siapa sahaja yang ingin mengharunginya. Namun carilah cinta yang sejati, di lautan cinta berbiduk 奏akwa・berlayarkan 訴man・yang dapat melawan gelombang syaitan dan hempasan nafsu, insyaAllah kita akan sampai kepada tujuannya iaitu : cinta kepada Allah, itulah yang hakiki, yang kekal selamanya. Adapun cinta kepada makhlukNya, pilihlah cinta yang hanya berlandaskan kecintaan kepada Allah dan RasulNya. Bukan kerana pujuk rayu syaitan, bukan pula kerana desakan nafsu yang menggoda.
Cintailah Allah, berusahalah untuk menggapai cintaNya. Menurut Ibnu Qayyim,ada 10 perkara yang menyebabkan orang mencintai Allah SWT :
1. Membaca Al-Quran dan memahaminya dengan baik.
2. Mendekatkan diri kepada Allah dengan sholat sunat sesudah sholat wajib.
3. Selalu menyebut dan berzikir dalam segala keadaan dengan hati,
lisan dan perbuatan.
4. Mengutamakan kehendak Allah di saat berbenturan
dengan kehendak hawa nafsu.
5. Menanamkan dalam hati asma・dan sifat-sifatnya dan memahami maknanya.
6. Memperhatikan kurnia dan kebaikan Allah kepada kita.
7. Menundukkan hati dan diri ke pangkuan Allah.
8. Menyendiri bermunajat dan membaca kitab sucinya di waktu
malam ketika orang sedang nyenyak tidur.
9. Bergaul dan berkumpul bersama orang-orang sholeh,
mengambil hikmah dan ilmu dari mereka.
10. Menjauhkan sebab-sebab yang dapat menjauhkan kita daripada Allah.
Saling mencintailah kerana Allah agar dapat mendapatkan kecintaan Allah. Dalam hadith Qudsi Allah berfirman;" CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu,CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang saling berkorban keranaKu,dan CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang menyambung hubungankeranaKu. "
Hiduplah di bawah naungan cinta dan saling mencintailah kerana keagunganNya,nescaya akan mendapatkan naungan Allah, yang pada hari itu tidak ada naungan selain naunganNya.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda;" Pada hari kiamat Allah berfirman : Dimanakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari yang tiada naungan selain naunganKu ini, Aku menaungi mereka dengan naunganKu. "HR. Muslim
Bahkan Allah memuliakan mereka yang saling mencintai dan bersahabat kerana Allah, yang membuat para nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka mereka.Nasa段 meriwayatkan dengan sanad dari Abu Hurairah ra, Rasulullah bersabda;" Di sekeliling arsy, terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah cahaya pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi para nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka. " Para sahabat bertanya, " Wahai Rasulullah, beritahulah kami tentang mereka! " Beliau bersabda, " Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat,dan saling mengunjungi kerana Allah. "
" Ya Allah, kurniakanlah kepada kami Cinta terhadapMu dan Cinta kepada mereka yang mencintaiMu, dan apa sahaja yang mendekatkan kami kepada CintaMu, dan jadikanlah CintaMu itu lebih berharga bagi kami daripada air yang sejuk bagi orang yang dahaga. "
Akhirul qalam, bertanyalah pada diri kita sendiri :
1. Sudahkah aku menemukan cinta yang hakiki, cinta yang sejati dalam hidup ini?
2. Sejauh mana aku mengenalNya, asma・( nama )Nya,
sifat-sifatNya,kehendakNya, laranganNya?
3. Seringkah aku mengingatiNya, menyebut namaNya
melalui zikir-zikir yang panjang?
4. Seringkah aku mendekatkan diri kepadaNya dengan sholat serta
ibadah-ibadah lainnya?
5. Seringkah aku merintih, mengadu dan mengharap kepadaNya
melalui untaian doa yang keluar dari lubuk hati.
6. Sudahkah aku mengikuti kehendakNya dan menjauhi larangan-laranganNya?
7. Apakah aku mencintai seseorang keranaNya atau kerana
dorongan nafsuku sendiri?
8. Sejauh mana aku berusaha untuk mengekang hawa nafsuku sendiri?
Petikan Dari Email

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ IssUe ~ :- KeNduRi di RuMah VS KeNdUri di deWan -:
Senang buat di dewan, tidak penat kita mengemas rumah. Tetapi tetamu hanya makan-makan di dewan lepas itu terus pulang. Bagaimana dengan rumah kita? Tiada lagi rasa kemeriahan kenduri kendara....
Menggunakan dewan orang ramai sebagai tapak menyambut tetamu pada kenduri kahwin sudah menjadi amalan biasa. Ramai yang berpendapat, memang mudah buat kenduri di dewan. Menempah dewan juga jauh lebih murah berbanding dewan 'ballroom' hotel. Kini keluarga pengantin merasa tidak mengapa menghias dewan (yang ada court badminton) dengan bunga manggar, arch berbunga di pintu masuk serta pelamin indah. Penulis pernah menghadiri satu majlis di dewan orang ramai yang lampunya dimalapkan dan diletak lilin atas setiap meja makan. Memang romantik, suasana asal dewan langsung tidak kelihatan. Cuma agak panas walau ada kipas. Itu saja kelemahan ketara jika majlis dibuat siang. Jika malam, masalah 'kepanasan' tidak mengganggu sangat tetamu dan tuan rumah.
"Kenduri di dewan juga menyelamatkan rumah kita. Yalah, rumah kita kecil, mana mampu memuatkan hampir seribu orang sekaligus. Lagi pun kita tidak perlu risau tentang keselamatan rumah yang diserbu orang, tidak risau barang hilang atau berlaku kecurian waktu 'rumah terbuka' itu. Dan juga, kerja mengemas rumah juga tidak perlu. Kebersihan dan acara basuh pinggan mangkuk semuanya diselesaikan katerer yang diupah di dewan!" Cerita Hamidah Arshed yang sudah dua anaknya mengadakan majlis kenduri di dewan orang ramai.Hapipah Ismail pula; "Cuma majlis nikah diadakan dirumah.
Diikuti majlis doa selamat serba sederhana dan tetamu jemputan juga tidak begitu ramai. Besoknya kenduri kendara semua termasuk bersanding dibuat di dewan. Waktu majlis saya dulu, di dewan itu ada satu bilik khas yang lengkap bilik air. Besar juga biliknya, ada cermin dan kipas. Jadi bilik itu kami jadikan tempat meletak barang dan berganti pakaian. Lepas guna terus kunci jadi privacy lah."
Ada yang tidak kisah rumah bersepah, pasu pecah, perabot lunyai dilanyak budak-budak. Bagi mereka itulah 'kemeriahan' majlis perkahwinan yang perlu dilalui, yang meninggalkan pelbagai memori - indah atau parah! Biasalah penah mengemas selepas majlis. Penat tetapi gembira. Betulkah begitu?
Apakah majlis perkahwinan di dewan membuatkan silaturahim kita semakin menurun? Kita sepatutnya ke rumah pengantin dan meraikannya di rumahnya sendiri. Datang jauh-jauh hendak juga tahu mana satu rumah si pengantin. Tiba-tiba, kita dijamu di dewan dan kenangan berkunjung ke negeri orang menghadiri walimatulurus hanya kenangan menjamu selera di dewan!
Elokkah budaya baru 'berkampung' di dewan ini diteruskan?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ IssUe ~ :- PeNganTin poNteNg SoLat! -:
"ALAHAI... Terpaksalah ponteng solat. Pengantin barulah katakan. Sayanglah nak buang mekap yang tebal-tebal ini."Wah,wah. Siapa kata pengantin baru boleh ponteng solat???
Mula bersolek jam 10 pagi. Kalau bertudung, tidak perlu risau mendandan rambut atau masalah sanggul. Masalah utama sekarang ialah mekap. Mekap pengantin bukan seperti biasa. Mekap mak andam yang dibayar mahal! Wajah 'ditampal' bedak asas tebal, dilekap bulu mata palsu, hidup tampil mancung setelah dishading. Hebat betul kita.
Kerana keadaan yang kononnya remeh, remeh untuk membasuh muka kemudian berwuduk untuk sembahyang zuhur, ramai pengantin (terutama perempuan) yang tidak sembahyang zuhur. Lagi teruk sehari suntuk hari itu, lima waktu sembahyang pun ada yang ponteng. Di tanya orang, kata saja diri uzur.
Ada yang kata dia tetap bersolat kerana sebelum bersolek sudah ambil wuduk. Ada yang pernah buat begini? Sila ceritakan pada saya praktikalitinya. Hendak juga berkongsi. Tentu hebat dapat menjaga wuduk seperti buang angin, kencing atau tersentuh pengantin lelaki.
Saya mencadangkan supaya pengantin perempuan tidak bersolek berlebih-lebih kerana bersolek itupun berdosa di sisi agama. Mungkin untuk seri, cukup sekadar bedak. Kecantikan semulajadi pasti lebih terserlah. Lagipun pengantin, tetap ada serinya yang tersendiri. Kata orang seri pengantin!
Di hari bahagia penuh berkat itu, jangan kita tidak bersolat semata-mata kerana kita pengantin baru atau sayang hendak buang mekap.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ PeNtiNg ~ :- ExAm Oiiiiii -:

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!!hari ni jadual exam keluar dan rukm julus pun tubik juga, jadi kena study giler la lps ni, nak balik Malaysia dah oooo, rinduuuuuuuuuu sangat2 ko fmly kg.

~ 24/12/2006 ~ @ Compratative Jurisprudence @
~ 31/12/2005 ~ @ Arabic @
~ 04/12/2005 ~ @ Interpretation Of Verses That Contain Judgment @
~ 14/01/2006 ~ @ Research Methodology @
~ 18/01/2006 ~ @ English Comunication Skill @
Semoga doa kalian bisa hadir bersama kestrugglelan aku yang study last-last minit nie...study MAUT.he2.. huhuhuhuhu!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ TaUjihaD ~ :- RiNtiHaN SyiEkh AhMaD YasSiN -:
"Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini? Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku.
Aku tidak mampu ke mana-mana untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku, yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.
Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpaku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah? Adakah kalian semua begitu wahai Arab, diam membisu dan lemah, ataukah kalian semua telah mati binasa?
Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiayai dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas. Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kita?
Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan? Tidak malukah negara-negara umat ini membiarkan kami kepada penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami?
Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenar-benarnya, lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan, 'Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambaMu yang beriman!'
Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang dan akan mati bersama-sama kami anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.
Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.
Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul di bahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan. Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini."
'Ya Allah, kami mengadu kepadaMu...kami mengadu kepadaMu...kami mengadu kepadaMu...kami mengadu kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang-orang uang lemah. Dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Engkau tinggalkan kami? Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami? Ataukah kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu...darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang dijandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirosakkan.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berpecahnya kesatuan kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya jalan kami, terbelakangnya kami. Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami...'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ TaRbiyYaH ~ :- KaRakTERiStiK MusLiM SeJaTi -:
Di dunia ini banyak orang yang mengaku muslim, bahkan mengaku sebagai muslim sejati, namun Allah tidak mengakui keimanannya karena orang tersebut tidak mencerminkan dirinya sebagai muslim yang sebenar-benarnya. Di dalam Al-Quran Allah tidak mengakui keimanan seseorang ketika keperibadiannya tidak mencerminkan seorang muslim sejati. "Diantara manusia ada orang yang mengatakan : "Kami beriman kepada Allah dan hari kemudian", padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman." (2:8)
Setidaknya ada 5 ciri peribadi seorang muslim sejati yang harus ada dalam diri kita.
1. Bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya taqwa
Taqwa merupakan kunci kemuliaan seseorang sehingga seorang muslim yang sejati akan terus memperkukuhnya dalam hidupnya. Apabila taqwa telah berhasil diperkukuh niscaya ia akan selalu siap menghadapi kematian dalam keadaan tunduk dan patuh pada Allah SWT. Keadaan inilah yang memang diharapkan Allah kepada kita sebagaimana firman-Nya:
"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwlah kepada Allah dengan sebenar-benarnya taqwa dan jangan sampai kamu mati kecuali dalam keadaan berserah diri kepada Allah (3-102)
Taqwa sebagaimana dalam pengertian yang telah disepakati oleh para ulama adalah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya baik dalam keadaan sepi maupun ramai.
Dengan demikian bertaqwa harus kita buktikan dalam segala kondisi dan dimana saja kita berada.

2. Berusaha masuk ke dalam Islam secara kaffah.
Ini ertinya muslim yang sejati tidaklah hanya menyesuaikan diri dalam satu aspek, tetapi seluruh aspek kehidupannya akan terus diusahakan sesuai dengan ajaran Islam. Kerana itu dalam berbagai aspek kehidupan tidak akan ditempuh cara-cara yang tidak islam, tidak akan dipenuhi keinginan- keinginan syaitan, tapi yang dipenuhinya hanyalah keinginan Allah SWT.
"Hai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syetan. Sesungguhnya syetan itu musuh yang nyata bagimu (2:208)
3. Terwarnai dengan nilah-nilai Illahi (Shibghah)
Setiap muslim haruslah selalu berusaha menjalani hidup sesuai dengan ketentuan Allah dan Rasul-Nya.
"Shibghah Allah dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari selain Allah. Dan hanya kepada-Nya kami mengabdi" (2:138).
4. Istiqomah atau teguh dalam pendirian
Sikap ini sangat penting untuk dimiliki mengingat menjadi muslim yang sebenar-benarnya bukan urusan yang mudah. Amat banyak tentangan dan godaan yang harus dihadapi dan semua itu hanya bisa dihadapi dengan istiqomah. Dengan sikap istiqomah seseorang tidak hanya akan berani menghadapi kemungkinan mendapatkan resiko akibat keimanan dan keislamannya, tapi juga tidak akan beduka cita bila resiko itu betul-betul menimpa dirinya.
"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan : "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqomah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tidak pula (berduka) cita (46:13)
5. Tawazun (keseimbangan hidup)
Iaitu seorang muslim tidak hanya mementingkan urusan duniawi, tapi melupakan urusan ukhrowinya (urusan akhiratnya) atau sebaliknya, yaitu mementingkan kehidupan ukhrowi (akhirat) saja tapi melupakan urusan duniawinya. Segala yang dilakukan di dunia ini semuanya tidak bisa dipisah-pisahkan menjadi urusan dunia saja atau urusan akhirat saja.
Seorang muslim yang tawazun memiliki hubungan hidup yang erat antara dunia dan akhirat. Ini merupakan pengamalan dari firman Allah :
"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepada kebahagiaan negeri Akhirat dan janganlah kamu melupakan kebahagiaanmu dari kenikmatan duniawi. Dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerusakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan" (28:77)
Keseimbangan hidup merupakan sesuatu yang amat penting. Manakala seorang muslim tidak berlaku tawazun maka akan terjadi ketimpangan hidup yang tidak terkendali yang pada akhirnya terjadi kerosakan di muka bumi baik kerosakan lingkungan hidup maupun kerosakan moral sebagaimana yang kita saksikan bahkan kita rasakan akibatnya selama ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ DaH NoK PeKsO ~



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ SaJak ~ :- HaTie -:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ AreNa ~ :- ArGeNtiNa KumPuLan Maut, BraZil LeGa
UndiAn PiAlA DuNia 2006 -:
UNDI: Pengarah Komunikasi Fifa, Markus Siegler (kiri) menunjukkan kertastertera nama England pada majlis undian pusingan akhir bola sepakPiala Dunia Jerman 2006 di Leipzig, tiur Jerman, kelmarin. Turut hadirdan memerhatikan majlis undian berkenaan ialah lagenda bola sepakantarabangsa Cameroon (dari kiri) Roger Milla, Johan Cruyff (Belanda),Pele (Brazil) dan Lothar Matthaus dari Jerman.

LEIPZIG, Jerman: Undian Piala Dunia 2006 awal pagi semalam memberi sedikit kelegaan kepada juara bertahan Brazil dan tuan rumah Jerman tetapi Argentina terpaksa berhadapan dengan tugas getir pada pusingan awal kejohanan, bermula 9 Jun tahun depan.
Juara lima kali Brazil akan menghadapi perlawanan pertama menentang semifinalis 1998 Croatia, diikuti Australia dan Jepun manakala Jerman yang pernah menjulang kejuaraan sebanyak tiga kali, memulakan cabaran menentang Costa Rica sebelum bertemu jiran Poland dan disusuli Ecuador.
Walaupun tampak mudah, jurulatih Jerman Juergen Klinsmann dan bekas ketua pasukan yang pernah mengetuai pasukan kebangsaan memenangi kejuaraan itu, Franz Beckenbauer begitu berhati-hati, terutama mengenai perlawanan pembukaan menentang Costa Rica di Munich.“Jangan harap dapat melihat banyak gol dalam perlawanan pembukaan,” kata Klinsmann manakala Beckenbauer mengingatkan peminat negara itu bagaimana Argentina tewas pada perlawanan pertama kepada Cameroon, dan Perancis tumbang kepada Senegal.
Argentina mengakui terpaksa memikul beban berat untuk layak ke pusingan kalah mati selepas mengalami nasib tersingkir di pusingan pertama pada 2002 apabila diundi bersama Belanda, Serbia-Montenegro dan pasukan berbakat Ivory Coast.Jurulatih Argentina, Jose Pekerman tidak dapat hadir menyaksikan majlis undian itu tetapi pembantunya, Hugo Tocalli, berkata pemain negara itu tidak gentar manakala jurulatih Belanda, Marco van Basten menyifatkannya sebagai kumpulan penuh warna-warni.
“Ia kumpulan yang sukar tetapi bagus bagi kami,” kata jurulatih Ivory Coast, Henri Michel yang mempunyai pemain seperti Didier Drogba dari Chelsea dan Kolo Toure dari Arsenal dalam barisannya.Juara 1998 Perancis, akan bertemu pasukan yang dihadapinya dalam kempen kelayakan, Switzerland. Korea Selatan, pasukan semifinalis 2002 dan muka baru Togo juga diletakkan dalam kumpulan yang sama.
Undian dimulakan dengan lapan pasukan pilihan – Brazil, Jerman, Argentina, England, Perancis, Itali, Mexico dan Sepanyol – diletakkan dalam kumpulan masing-masing. Baki pasukan lain dibuat mengikut corak yang agak rumit yang dipisahkan berdasarkan keadaan geografi serta kemampuan merit.England bertemu Sweden buat kali kedua berturut-turut di Piala Dunia, dan juga bertemu muka baru Trinidad & Tobago serta Paraguay.
“Bukan kumpulan yang mudah tetapi nasib baik tidak menjadi lebih sukar. Saya berharap dapat mengelak daripada bertemu Belanda dan Australia,” kata pengurus England, Sven-Goran Eriksson.
Perlawanan pertama Itali ialah bertemu pendatang baru Ghana sebelum Amerika Syarikat dan Republik Czech di mana jurulatihnya, Marcelo Lippi gembira dengan undian itu dan memasang impian untuk ke pusingan seterusnya.
Satu lagi muka baru, Ukraine yang diperkuat pemain AC Milan Andriy Shevchenko memulakan perlawanan menentang Sepanyol dan kemudian bertemu Tunisia dan Arab Saudi dalam kumpulan yang dianggap mudah, sama seperti Mexico yang diletakkan bersama Portugal, Iran dan Angola.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ TaUjiHaD ~ :- BuaT AdaM DaRi HaWa -:
Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku
sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mau terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku,
bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi.....aku risau,
gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu
bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan
kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam
redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam,
nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,
aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar,
di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku
mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi......realitinya kini,
Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam..... mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru,
itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang diwaktu yang sama,
aku ke muka menguruskan hal negara,
aku ke hutan memikul senjata.
Padahal, kau duduk saja.
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung! Kenapa?
Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik,
jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata,
Hawa memang degil, tak mahu dengar kata,
tak mudah makan nasihat, kepala batu,
pada hematku yang dhaif ini Adam,
seharusnya kau tanya dirimu,
apakah didikanmu terhadapku sama seperti
didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama
seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku...akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam,pimpinlah tanganku,
kerana aku sering lupa dan lalai,
sering aku tergelincir ditolak sorong
oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu
dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku
agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri,
masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar,
maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam,
malulah engkau pada dirimu sendiri
dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ ArTiKeL ~ :- Ke SyuRga BuKaN KerANa JaNtInA -:
Di dalam Sahih al-Bukhari, hadith ke-29 membentangkan kepada kita sabda Nabi Muhammad SAW:
“Diperlihatkan kepadaku Neraka, sesungguhnya kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri”. Lalu Baginda SAW ditanya: apakah mereka itu mengkufuri Allah? Rasulullah SAW menjawab, “mereka itu mengkufuri suami (atau nikmat-nikmat berumahtangga), dan mereka mengkufuri Ihsan. Apabila kamu melakukan kebaikan kepada salah seorang daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!”


Hadith ini ditempatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Kitab al-Iman di bawah suatu bab yang diberi tajuk “Bab Kufur Kepada Suami, dan Kufur Yang Bukan Kufur”.

Sesungguhnya hadith ini adalah di antara petikan nas Islam yang sering disalah tafsirkan oleh mereka yang berpenyakit hati. Mereka mengambil dalil daripadanya bahawa Islam merendahkan taraf wanita sehingga menganggap mereka itu majoritinya adalah penghuni neraka, atau majoriti penghuni neraka itu adalah wanita. Maka, golongan ini menjadi tukang angguk kepada propaganda musuh Islam bahawa, ya, Islam itu menindas kaum wanita.

Sedangkan penafsiran hadith seumpama ini adalah tersasar dari maknanya yang sebenar. Sama seperti mereka mengambil firman Allah SWT di dalam surah at-Taubah ayat 36 sebagai dalil bahawa Islam menyuruh umatnya membunuh semua non-Muslim di dalam semua keadaan. Walhal ayat itu adalah kaedah khusus di dalam medan peperangan. Tetapi sifat buruk di dalam hati, sengaja menjadikan nas tersebut sebagai punca fitnah dan salah faham bahawa sikap Islam terhadap non-Muslim adalah berperang habis-habisan!

Berbalik kepada hadith tersebut, Rasulullah SAW memfokuskan bicaranya kepada bentuk perangai yang sering menimpa kaum wanita. Sabdaan itu menyuluh tabiat wanita yang mudah terjerumus kepada perbuatan mengingkari kebaikan dan Ihsan suaminya, hanya disebabkan oleh satu kekurangan. Perbuatan ini dikaitkan dengan kufur kerana di dalam hadith yang lain, perintah agar wanita menghormati suami digambarkan beriringan dengan perintah sujud kepada Allah. Sabda Rasulullah SAW:

“Kalaulah aku dibenarkan memerintah seseorang sujud kepada seorang yang lain, nescaya akan kuperintahkan perempuan sujud kepada suaminya” [riwayat at-Tirmidhi dan lain-lain]

Dalam erti kata yang lain, hak suami ke atas isteri dipadankan dengan hak Allah. Kerana itulah, mengingkari hak suami, diistilahkan sebagai kufur. Namun, kufur ini bukanlah kufur yang membatalkan iman. Bahkan ia termasuk di dalam kufur ‘kecil’ yang bersifat menafikan nikmat.

Perkaitan hadith ini dengan wanita adalah kaedah al-Quran dan as-Sunnah yang mewatakkan perilaku sesuatu perbuatan dengan pelakunya yang lazim. Misalnya di dalam surah an-Maidah ayat 39, Allah SWT menyebut tentang hukum hudud ke atas pesalah kes curi dengan firmanNya:

“Dan pencuri lelaki serta pencuri perempuan hendaklah dipotong tangan-tangan mereka sebagai balasan terhadap apa yang mereka lakukan, (dan hukuman itu bertindak sebagai) cegahan dari Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Perkasa lagi Bijaksana”

Manakala di dalam kes zina, Allah SWT menyebut di dalam surah an-Noor ayat 2:

“Penzina perempuan dan lelaki hendaklah disebat setiap seorang mereka itu dengan 100 sebatan”

Mendahulukan penjenayah wanita atau lelaki di dalam kes salah laku mereka disebut di dalam kedua-dua ayat tadi mengikut kelaziman yang biasanya ditemui dalam masyarakat. Amat kerap kecurian itu didalangi oleh penjenayah lelaki dan amat sering zina itu bermula dari seorang perempuan. Namun yang difokuskan di dalam ayat itu adalah kedua-duanya beroleh hukuman yang sama.

Maka hadith Rasulullah SAW tentang wanita itu tadi, menyebut bahawa wanita akan masuk ke neraka seandainya mereka mencela suami dan mengingkari kebaikan suami kepadanya, bukannya kerana wanita itu wanita. Maka di manakah letaknya aspek penindasan di dalam kenyataan Baginda SAW itu? Sedangkan apa yang kelihatan adalah ketulusan Islam di dalam mendidik pengikutnya agar telus membuat muhasabah terhadap salah laku diri. Buruk tingkah laku, buruklah akibatnya. Elok tingkah laku, baiklah kesudahannya. Maka soal iman dan amal itu yang disuluh, bukannya jantina.

Allah SWT telah pun bertegas di dalam al-Quran:

“Sesungguhnya orang lelaki dan perempuan yang Islam, orang lelaki dan perempuan yang beriman, orang lelaki dan perempuan yang taat, orang lelaki dan perempuan yang benar, orang lelaki dan perempuan yang sabar, orang lelaki dan perempuan yang merendahkan dirinya (kepada Allah), orang lelaki dan perempuan yang bersedekah, orang lelaki dan perempuan yang berpuasa, orang lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatan dirinya serta orang lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, maka Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang agung” [Al-Ahzab 33: 36]

Ayat ini turun sebagai wahyu dan menjadi prinsip Islam di zaman wanita menjadi sampah di Eropah. Islam memuliakan wanita dengan jaminan Allah dan undang-undangNya. Ia telah terpahat lebih seribu tahun sebelum wanita di England berjaya beroleh hak berjual beli dan memiliki harta sendiri bahkan lebih seribu tahun sebelum wanita di India terselamat dari dibakar bersama suaminya yang mati.

Sesungguhnya isu penindasan kaum wanita bukan isu umat Islam. Ia adalah isu masyarakat Timur dan Barat yang zaman berzaman meletakkan wanita di gelanggang yang zalim. Di zaman purba mereka melihat wanita dengan jijik dan keji manakala di zaman moden hari ini, mereka menjadikan wanita hanya sebagai bahan iklan melakukan produk. Dulu mereka memandang keji kepada wanita, hari ini mereka menghina taraf wanita. Itulah status wanita pada masyarakat yang jauh dari hidayah Allah. Sewajarnya mereka terpaksa bermati-matian untuk beroleh satu bahagian sosial.

Namun Islam adalah agama emansipasi wanita dari status sedemikian rupa. Jika ada penindasan terpencil seperti budaya kahwin paksa ke atas wanita di sesetengah negara umat Islam, atau khitan wanita yang kejam seperti di Sudan, ia adalah perilaku yang berpunca dari adat yang menyalahi Islam. Bukan prinsip Islam yang mengajar wanita dilayan begitu.

Demi Allah, dengan rahmat dan pilihanNya, lelaki dan perempuan akan masuk ke syurga berdasarkan iman dan amal mereka, bukannya dengan jantina.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ FiQraH ~ :-FikRaH IsLaM -:
Fikrah Islam atau fikrah kita ialah ajaran Allah,yang lengkap yang sempurna, syumul dan merangkumi seluruh kehidupan mukmin.
Inilah Islam, Addeen yang ditanzilkan atau diturunkan oleh Allah dan dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan dilaksanakan di zaman awal. Allah Taa’la telah menjelaskan dan menegaskan tentang kesempurnaan Islam di dalam FirmanNya :
اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتى ورضيت لكم الإسلام دينا
Oleh kerana Dienul Islam telah sempurna maka kita tidak boleh menambah atau mengurangkannya, begitu juga kita tidak boleh mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain.
Hendaklah kita sedar bahawa kita adalah pengikut dan penganut Dienul Islam dan mengakui sebagai hamba Allah, dan kita bukannya pencipta Dien. Oleh yang demikian kitalah yang perlu menyesuaikan diri dengan Islam dan bukannya Islam itu harus bersesuaian dengan selera kita, kehendak kita dan kemahuan masyarakat seperti firman Allah:
وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini ,nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.Mereka tidak lain hanya mengikuti prasangka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta terhadap Allah.” (Al-an’am-116)

Nilai kita ialah nilai Islam, iaitu nilai yang telah ditetapkan Allah dan dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W oleh yang demikian kita sedikitpun tidak boleh tidak redha pada syariat Islam.
Tasawwur Islami hendaklah difahami dengan betul. Kita hendaklah bersifat jiddiah (serius) di dalam memahami Islam dan tidak mencampur adukan dengan isme-isme lain.
Untuk itu kita hendaklah mengenal Islam dan mengenali jahiliyyah, mengenal Islam untuk dihayati dan mengenali jahiliyyah untuk dijauhi. Kita hendaklah mengenal setiap rupa, bentuk dan tektik jahiliyyah untuk dijauhi. Dengan itu barulah kita dapat membezakan yang mana Islam dan yang mana bukan Islam. Sabda Rasulullah S.A.W:
من تعلم لغة قوم أمن مكرهم
“Barangsiapa mengenal / mempelajari bahasa sesebuah kaum maka mereka terselamat dari tipu daya mereka”.

Kita juga mesti mengenal realiti agar kita tidak salah faham, seperti mengatakan loteri kebajikan itu halal. Di dalam memahami Islam dan realitinya kita sememangnya kurang ilmu, oleh itu kita perlu berjama’ah. Kita sememangnya tidak mempunyai ilmu yang serupa. Tetapi dengan harakah kita mampu mengatasinya.
Satu lagi sikap yang mesti ada ialah kita jangan mudah menerima sesuatu yang bukan Islam, jangan mudah terpengaruh dengan istilah dan teknik atau slogan yang menarik seperti. Demi pembangunan, demi kemajuan dan Malam ‘Amal. Dalam hal ini kita hendaklah mengenengahkan fikrah Islam dengan jelas dan pendirian Islam yang tegas kepada masyarakat.
Kita juga mesti mempunyai al-wa yu al-Islamiyy (kesedaran Islam). Ianya bukan sama dengan ilmu Islam. Dalam usaha memperolehi ‘kesedaran Islam’ perlu kepada kesabaran, tekun dan gigih dalam usaha. Seorang yang mempunyai ‘kesedaran Islam’ akan mudah terasa dan sensitif terhadap apa jua yang bercanggah dengan Islam.

Untuk itu kita perlu kepada didikan atau ‘tarbiyyah’. ’Tarbiyyah’ yang boleh melahirkan syakhsiyyah atau keperibadian muslim sejati.
Seorang mujahid Islam, Al-Ustaz Fathi Yakan menyatakan pembentukan sahsiyyah itu hanyalah dapat dibentuk di dalam suasana yang tertentu, yang jauh dari tarikan jahiliyyah. Umpamanya dengan mengadakan halaqah, usrah, ijtima’ dan sebagainya.
Seorang muslim hendaklah tidak menghilangkan satu fikrah Islam pun dari pemikirannya. Siapa yang cuba menyembunyikan fikrah Islam adalah dikira menyeleweng. Ingatlah bahawa fikrah yang kita bawa adalah deen ditanzilkan oleh Allah S.W.T. Addeen yang dimaksudkan di sini bukanlah Addeen yang diterjemahkan kepada agama, sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan orang.
Keaslian Islam hanyalah boleh dilihat dari sumber asalnya iaitu Al-Quran dan Al-Hadith dan juga dari ulama’ dan mujahid Islam yang mu’tabar. Seterusnya Allah berfirman :
Allah telah memberi kata putus dan memberi pilihan samada beriman atau tidak, sebagaimana firmannya :
وَقُلْ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا
Ertinya : “Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; (Al-Kahfi : 29)

Kita hendaklah memikir terus dan jauh sehingga hari qiamat. Oleh kerana kita tidak tahu di manakah tempat kita samada syurga atau neraka. Ketidaktahuan ini jua hendaklah kita punya sifat takut dan harap.Takut ialah bagi yang mengenalinya dan harap bagi yang melaksanakannya.
Iltizam kita pada Islam hendaklah pada setiap masa dan tidak pada majlis rasmi sahaja. Untuk ini juga kita perlu ‘kesedaran Islam yang jelas’ dan bukannya ilmu semata-mata. Ilmu sahaja tanpa kesedaran tidak dapat membawa kepada Islam ... individu.Dalam konteks masyarakat ialah yang menghayati Islam sepenuhnya.
Ilmu-ilmu Islam hendaklah diproses dan diolah melalui acuan iman/tarbiyyah iman sehingga lahir kesedaran dan ingin melaksanakan Islam, dengan patuh. Kesedaran fikiran sahaja tidak mencukupi tetapi tetapi haruslah iltizam dengan Islam. Ertinya di mana sahaja kita berada, kita membawa Islam. Ini juga bererti peribadi kita menterjemahkan Islam .... Islam menjadi darah daging.
Namun begitu kita tidak dapat nafikan dalam proses tersebut masih terdapat lagi saki baki jahiliyyah. Pernah Abu Zar memanggil Bilal dengan panggilan ‘Ibnu Assauda’. Bilal memberitahu Rasulullah S.A.W dan Nabi kemudiannya berkata kepada Abu Dzar bahawa ia masih ada saki baki jahiliyyah. Disuruh balas dengan memijak pipinya.
Hendaklah Islam itu menjadi pendorong kita dalam melakukan gerak kerja samada membuat yang baik dan meninggalkan yang dilarang, jangan sekali didorong oleh kepentingan politik, kumpulan, parti, pangkat, bintang dan sebagainya.
“Proses tarbiyyah imaniyyah adalah begitu dan amat penting bagi membentuk insan mu’min”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ SiAsaH ~ :- HaNaFi MEnaNg, HaNifa KeCunDaNg, BraHim KalaH Lagi -:
Firman Allah " Kumpulan musuh yang bersatu itu pasti akan dapat di kalahkan dan mereka akan berundur ke belakang " al- qamar 45.
PAS kalah, sedih mendengarnya apabila calon UMNO di umumkan pemenang bagi DUN Pengkalan Pasir.Hanafi, 51, yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, mendapat 7,422 undi menewaskan calon Pas, Hanifa Ahmad yang memperoleh 7,288 undi.Calon Bebas Datuk Ibrahim Ali hanya menerima 415 undi dan hilang wang pertaruhan apabila undi yang diterima kurang daripada yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Pengkalan Pasir, Abdul Halim Ahmad di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (I) di sini pada pukul 12.31 tengah hari.Pada kiraan pertama malam tadi, Hanafi mendahului Hanifa dengan 129 undi selepas meraih 7,419 undi. Hanifa pula mendapat 7,290 undi dan Ibrahim, 414 undi.
Adakah Pengkalan Pasir wujud puaka berhantu? Pas mendakwa 5 bas berisi dengan HANTU berjaya di tangkap dan dalam 30 buah bas berjaya di kesan kerana membawa muatan MAYAT HIDUP ini.
Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamaruddin Jaffar berkata, sekiranya dikatakan sebagai tenaga kempen Umno sudah tentu mereka datang lebih awal untuk berkempen dan bukannya awal pagi tadi. PAS yakin mereka yang datang dengan lima bas malam tadi dan pagi ini ke Pengkalan Pasir sebagai pengundi hantu kerana kedatangannya tidak menggambarkan sebagai jentera kempen parti lawan, sekiranya dikatakan sebagai tenaga kempen Umno sudah tentu mereka datang lebih awal untuk berkempen dan bukannya awal pagi tadi.
“Apa yang berlaku awal pagi tadi adalah sesuatu yang tidak kena. Mereka tidak boleh diistilah sebagai pekerja Barisan Nasional tetapi sebagai pengundi hantu. Orang ramai yang menahan bas terbabit kerana mereka bimbang dengan kehadiran sebagai pengundi yang tidak dikenali,” katanya pada sidang media di Markaz Besar di sini, hari ini. Malam tadi kira-kira jam 10 malam, sekumpulan penduduk kampung mengepung dua bas yang berhenti di sebuah rumah di Kubang Bemban dekat sini. Tiga lagi bas turut ditahan penduduk pagi tadi yang dipercayai membawa pengundi ‘hantu’. Bas terbabit ditahan di Tendong.
Ribuan penduduk mengepung bas tersebut sehingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas yang begitu teruk di Kubang Bemban dan kawasan bandar. Ekoran itu, polis datang membawa penumpang-penumpang terbabit ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas. Penduduk kemudian berhimpun pula di depan balai polis sebagai membantah kehadiran pengundi tidak dikenali itu. Dianggarkan lebih 2,000 penduduk berhimpun bermula jam 1 hingga 3.30 pagi.
"Jika Allah hendak memberi sesuatu pada seseorang,walaupun berhimpun makhluk sedunia untuk menahannya,tidak akan berhasil...begitu juga kalau Allah tak nak beri...walaupun berkumpul semua makhluk untuk berusaha memberinya..tidak akan berhasil juga.Jadi kenapa kita takut dengan pengundi hantu,undi pos dan sebagainya.
Kita kalah mungkin ada syarat2 untuk mencapai kemenangan yang masih tidak dipatuhi atau kita langgar.Jika Allah hendak memberi sesuatu pada seseorang,walaupun berhimpun makhluk sedunia untuk menahannya,tidak akan berhasil...begitu juga kalau Allah tak nak beri...walaupun berkumpul semua makhluk untuk berusaha memberinya..tidak akan berhasil juga.Jadi kenapa kita takut dengan pengundi hantu,undi pos dan sebagainya.
Kita kalah mungkin ada syarat2 untuk mencapai kemenangan yang masih tidak dipatuhi atau kita langgar.Perkara pokok yang mesti kita ingat ialah kita berjuang untuk menegakkan agama Allah bukannya kerana parti atau kerana nak menjatuhkan pihak lawan atau ada nawaitu lain.Jadi kalau ada niat selain kerana Allah,tentulah perjuangan kita tak diterima Allah walaupun pada zahirnya kita kata berjuang kerana Allah.
Disinilah kiat kena muhasabah semula,manalah tahu kalau2 alignment dah lari atau balancing dah tak sama.Sebelum Nabi s.a.w menyebarkan risalah Islam,baginda telah diterima dan diiktiraf oleh masyarakat jahiliah sebagai seorang tokoh yang agung sehingga mendapat gelaran alAmin.Kemudian selama 13 tahun baginda menyemaikan kekuatan aqidah pada masyarakatnya.Untuk mencapai kejayaan seharusnya kita mengikut cara perjuangan Nabi s.a.w.PAS seharusnya berusaha untuk mencapai tingkatan alAmin pada masyrakat bukan islam bukannya sebagai ala taliban.
Tertegaknya negara Islam itu bermula dari setiap individu,kemudian ahli keluarganya, masyarakat dan seterusnya negara.Jika ini berjaya dilakukan maka dengan sendiri rakyat akan memberi sokongan pada perjuangan Islam dan masyarakat bukan islam juga akan terpikat dengan perjuangan kita kerana keterampilan kita sebagai 'alAmin'.Pada masa itu kalau kita perkenalkan Islamic State Document pun mereka akan mudah menerimanya.Perjuangan Islam bukan bermusim, ia berterusan sehingga hari kiamat.Usaha2 harus dilakukan setiap waktu bukannya hanya masa kempen p/raya saja.Kalau nak lawan kempen dengan BN,payahlah...Tengoklah jentera kempen mereka macam mana...Tak terlawan kita.Tapi kalau kita dah berjaya mantapkan aqidah masyarakat,mudahlah kita berhadapan dengan sebarang cabaran dan dugaan sama ada dalam bentuk material atau perang saraf.
Terlebih dahulu tumpuan mestilah diberikan pada ahli2 dan penyokong2 PAS.Aqidah dan akhlak mereka mestilah diperkemaskan lagi.Pada umumnya perangai ahli2 PAS sama saja dengan yang tak PAS. Bagaimana nak menang kalau sembahyang subuh pun ada beberapa kerat saja ahli PAS yang datang kesurau/masjid.begitu juga tentang soal penjagaan makanan dan minuman.Kalau yang tak lepas rokok tu lagi teruklah.
Banyaklah lagi antara sebab2 yang kemenangan tidak tercapai.Apabila berlaku peperangan antara Jalut dan Thalut,tentera islam telah dilarang dari minum air sungai berlebihan.Mereka hanya dibenarkan minum dengan menggunakan tapak tangan saja.Mereka yang melanggar arahan itu telah tewas sebelum perang bermula.Air sungai yang jelas halal pun dihadkan untuk meminumnya.Apalagi kalau makan dan minum benda2 yang syubhat.Nyata sekali untuk mencapai kemenangan itu ada syarat2 dan pantang larang yang mesti dipatuhi yang bertepatan dengan ajaran Islam.Marilah kita sama2 menjayakan nya."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS