Monday, March 28, 2011

Tidak, Lama, Dapat....

Tidak lama bicara mengundang kecewa,
Tidak lama bersua menjemput duka,
Tidak lama bersama sepi terasa,
Tidak lama berkata diam seribu bahasa...

Lama jua pendam rasa,
Lama jua pendam kata,
Lama jua pendam masa,
Lama jua pendam cinta...

Dapat jumpa gembira terasa,
Dapat bersua bunga dijiwa,
Dapat berbicara baharu bahagia...

Wednesday, March 16, 2011

BICARA KASIH & SAYANG MANUSIA

Tiap manusia itu ada rasa untuk disayangi,
Tiap manusia itu ada rasa untuk dihargai,
Tiap manusia itu ada rasa untuk diingati,
Tiap manusia itu ada rasa untuk dikasihi,
Namun tidak mampu untuk memiliki...

Walau dunia menjadi gelap,
Walau laut bertukar beku,
Walau gunung menjadi tanah,
Tidak hilang rasa sayang manusia itu...

Itulah rasa lumrah yang manusia dapat dari Illahi
Rasa sayang dan kasih sesama manusia...

Tuesday, March 15, 2011

HANYA PERKONGSIAN “PERBEZAAN BILIK DARJAH KONDUSIF & TIDAK KONDUSIF”


1.0         KONSEP PERSEKITARAN PEMBELAJARAN KONDUSIF

Menurut Najeemah Md. Yusof (2006), pembelajaran merujuk kepada perubahan tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Pembelajaran ini pula dipengaruhi oleh  persekitaran yang positif, atau disebut persekitaran pembelajaran kondusif iaitu merupakan satu komponen yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Dalam konteks pendidikan, Choong Lean Keow (2008) mendefinisikan persekitaran pembelajaran yang kondusif sebagai iklim dan budaya bilik darjah secara menyeluruh yang merangkumi beberapa aspek seperti pola komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal dan kebolehan guru mengurus murid-murid dalam bilik darjah. Bersandarkan maksud tersebut, dapat difahami bahawa persekitaran pembelajaran kondusif merupakan satu keperluan wajib untuk memungkinkan proses pembelajaran berlaku dengan lancar. Persekitaran yang kondusif ini merangkumi empat aspek  iaitu  persekitaran fizikal, persekitaran psiko-sosial, peraturan bilik darjah dan rutin bilik darjah.       
1.1         Persekitaran Fizikal
Suasana fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan murid dengan guru dan hubungan murid dengan murid (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2008). Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Secara umumnya, persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi beberapa aspek seperti ditunjukkan dalam Rajah 2 berikut :
1.2         Persekitaran Psiko-Sosial
Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008), psiko-sosial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psiko-sosial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri antaranya seperti suasana selesa, komunikasi terbuka, perkongsian idea dan lain-lain lagi.

1.3         Peraturan Bilik Darjah
Murid-murid di sekolah rendah memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Menurut Mok Soon Sang (2009), peraturan memfokuskan jangkaan atau standard tingkah laku yang spesifik atau umum. Apabila seseorang guru berjaya membentuk peraturan yang bersesuaian dengan aspek psiko-sosial murid-murid yang belajar di dalam bilik darjah berkenaan, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan terkawal tanpa sebarang gangguan seterusnya meningkatkan keberkesanan pemerolehan ilmu.
  
1.4         Rutin Bilik Darjah
Di samping peraturan bilik darjah yang dipercayai mampu membantu meningkatkan pembelajaran dan mengawal disiplin, rutin bilik darjah atau disebut pensisteman bilik darjah juga dilihat sebagai salah satu aspek yang menyumbang ke arah pembelajaran yang berkesan. Menurut A.J. Michael (2008), adalah dibuktikan oleh penyelidik bahawa pensisteman bilik darjah menjadikan individu itu lebih yakin, tenteram dan mempunyai tujuan. Kebiasaannya, rutin atau tabiat harian menyemai perasaan penting, bertanggungjawab dan berguna kepada individu berkenaan. Salah satu cara yang terbaik untuk memupuk sifat-sifat terseut ialah menyediakan jadual tugas kelas. Dengan rutin demikian maka murid akan berasa bertanggungjawab sekaligus membantu membina kemahiran sosial dan emosi semasa interaksi dalam menjalankan tugas. 

2.0       KONSEP BILIK DARJAH
Menurut Asmah Haji Ahmad (1989), konsep bilik darjah adalah sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan, suasana keperluan, kemampuan dan peredaran masa. Bilik darjah mempunyai berbagai cirri yang sama dan juga cirri yang berbeza. Cirri-ciri ini ialah, dari segi fizikal, social dan jiwa orang-orang di dalamnya. Dari segi fiizikal, mungkin sebuah bilik darjah di sekolah kampung berada dalam serba kekurangan, dan bilik darjah di sekolah bandar pula lengkap dengan berbagai bahan, dan alat kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, aspek sosial pula, sekolah berada di kawasan yang aman, tenteram, dan ahli masyarakat di persekitaran sekolah terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi dan sempurna, maka suasana sosial di sekolah juga akan menjadi baik, dan menggalakkan pembelajaran.
Aspek emosi dan jiwa murid adalah bergantung kepada taraf hidup ibu bapa dan keadaan sosial keluarga. Dalam hal ini dan taraf sekolah juga memainkan peranan. Ada sekolah yang popular dan terkenal, dan tidak secara langsung mereka yang belajar di dalamnya akan merasa seronok, megah, bangga dan bermotivasi tinggi untuk belajar.
Menurut Choong Lean Keow (2009), bilik darjah boleh dilihat dari dua perspektif sebagai satu tempat kerja dan sebagai satu sistem ekologi. Aspek tempat kerja merupakan tugas berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Sistem ekologi pula merupakan interaksi ekologi peribadi dengan ekologi bilik darjah.
Menurut beliau lagi, bilik darjah merupakan satu tempat kerja bermaksud satu tempat di mana murid-murid datang ke sekolah untuk belajar dan guru datang mengajar selain itu, bilik darjah sebagai satu sistem ekologi  adalah satu persekitaran khas (habitat) di mana kedua-dua guru dan murid (penduduk) saling berinteraksi bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran (terus hidup).
Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008), bilik darjah merupakan satu tempat yang kompleks dan mempunyai banyak tuntutan. Aktiviti di dalam biik darjah melibatkan orang, tugasan, ruang, masa dan bahan pembelajaran.  
            2.1       Bilik Darjah Yang Kondusif
Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008), pembelajaran akan berkesan sekiranya persekitarannya, iaitu bilik darjah diurus dengan baik agar murid-murid boleh bekerjasama, berkomunikasi dan berkongsi dengan teratur dan selesa.
Bilik darjah yang kondusif merangkumi 4 aspek utama iaitu persekitaran fizikal, persekitaran psiko-sosial, peraturan bilik darjah serta rutin bilik darjah. Persekitaran fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan murid dengan guru dan murid dengan murid lain. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid.
Faktor yang memberikan kesan kepada persekitaran psiko-sosial yang sihat adalah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang beliau wujudkan di dalam bilik darjah. Fungsi peraturan dan rutin dijalankan secara serentak kerana setiap aktiviti murid-murid perlu ada pengawasannya. Peraturan dan rutin dibincangkan bersama guru dengan murid untuk memberikan keselesaan kedua-dua belah pihak.

HANYA PERKONGSIAN “KAITAN ANTARA PEMBANGUNAN EKONOMI & HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA”

1.0         PENGENALAN
Rakyat Malaysia bertuah kerana tinggal dalam negara yang mempunyai pelbagai kaum, budaya dan agama namun masih mampu hidup dalam keadaan aman dan damai. Ini adalah hasil daripada semangat persefahaman yang terjalin kukuh sejak negara mencapai  kemerdekaan, sikap toleransi dan saling menghormati serta kesediaan untuk bertolak ansur, bermuafakat demi kepentingan bersama.Kestabilan yang diwujudkan telah membolehkan negara terus maju membangun menuju landasan yang cemerlang terutamanya mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020.
 Masyarakat pelbagai kaum menjalin bekerjasama dalam aspek politik mahupun sosioekonomi bagi menjanjikan persekitaran negara sentiasa berada dalam keadaan stabil dan makmur. Proses perubahan ini berlaku sejak negara mula mencapai kemerdekaan. Untuk mencapai keadaan yang sebegini, rakyat Malaysia telah melalui beberapa peringkat tranformasi dalam usaha mencapai persefahaman yang jitu ke arah memupuk perpaduan kaum. Sebelum negara mencapai kemerdekaan dari Inggeris, masih terdapat jurang dalam perhubungan antara kaum yang memisahkan mereka dari segi bahasa, budaya,pendidikan atau tempat tinggal. Masalah jurang pencapaian ekonomi di kalangan masyarakat Melayu dan bukan Melayu sering menjadi persoalan sehingga  membawa kepada peristiwa hitam dalam sejarah perpaduan negara  iaitu rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang berpunca daripada  ketidakseimbangan pengagihan pendapatan, pelajaran dan status sosial antara kumpulan etnik.
Kedudukan ekonomi negara turut terjejas berikutan peristiwa  tersebut. Memandangkan keadaan tidak menentu di dalam negara,kerajaan telah mewujudkan MAGERAN dengan meletakkan Rukunegara sebagai mekanisme ke arah mewujudkan perpaduan  semula di kalangan masyarakat pelbagai kaum. Di samping itu, kerajaan sedar akan masalah yang dialami oleh masyarakat iaitu jurang pendapatan antara Melayu dan bukan Melayu telah membawa kepada  peristiwa berdarah tersebut. Oleh yang demikian, kerajaan  memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai strategi ke arah mengukuhkan pendapatan dan ekonomi bumiputera Melayu dan   seterusnya dapat mengurangkan jurang ekonomi dengan masyarakat bukan Melayu. Pada pertengahan tahun 1970, DEB yang begitu bermakna telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak. Implikasi dasar ini terletak pada matlamatnya yang berbentuk serampang dua mata iaitu menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum melalui kegiatan ekonomi.




















2.0       PERANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN
Menurut Zulhilmi Paidi dan Rohani Ab.Ghani (2003) mengatakan  setelah Perang Dunia Kedua berakhir, pemerintah kolonial Inggeris mencuba sedaya upaya membina kembali Persekutuan Tanah Melayu daripada runtuhan peperangan  tersebut, baik dari segi fizikal mahupun dari segi sosial, politik dan ekonomi. Dalam arena politik, mereka menemui kegagalan terutamanya dalam usaha untuk mendlrikan Malayan Union. Namun, dari segi ekonomi mereka telah berjaya, dengan mengambil ilham daripada rancangan lima tahun yang dilaksanakan di Soviet Union dan India, serta pengalaman Marshall Plan, yang telah berjaya membina  kembali seluruh Eropah dengan biayaan Amerlka Syarlkat, dan dengan naungan  PBB serta beberapa pertubuhan kecil yang menganggotainya, kolonial British telah memperkenalkan institusi "perancangan pembangunan " di Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.
Pihak penjajah British telah merangkakan dan melaksanakan Rancangan lima tahun pertama Persekutuan Tanah Melayu yang diberl nama Draff Development Plan of Malaya (1950 - 1955). Dengan terlaksananya rancangan tersebut, terasaslah suatu tradisl perancangan moden, suatu Institusl penting dan suatu alat politik berkesan yang menentukan masa depan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Sebagai suatu tradisi moden "perancangan pembangunan" dikekalkan sehingga kini. Sebagai suatu tradisi, institusi tersebut membentuk watak dan wajah negara bangsa Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia. Sebagai suatu alat politik, tradisi dan institusl ini memalnkan peranan penting dan .melaluinya perundingan dan kesepakatan antara kumpulan etnik dan kelas dlgubah. Secara keseluruhannya, "perancangan pembangunan" menjadi elemen terpenting dalam  pembentukan negara Malaysia yang kita kenal harl ini.
Kejayaan sebelum kelahiran negara bangsa Malaysia telah meyakinkan pihak kolonlal British untuk melanjutkannya. Rancangan Malaya Pertama (1956- 1960) adalah perlanjutan usaha tersebut. Ketika pelaksanaan rancangan ini, pimpinan  tempatan telah diasuh dan diberikan tanggungjawab mengendalikan proses  pembangunan masyarakatnya sendlri melalul pemerintahan sendiri yang terbatas selepas Pllihan Raya Umum tahun 1955 dan kemudiannya melalui pemberian kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Selepas Pilihan Raya Umum tahun 1959,Rancangan Malaya Kedua (1961 - 1965) diperkenalkan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh pimpinan tempatan. Walaupun dari segi falsafah, bentuk dan teknik corak perancangan pembangunan ketika itu merupakan lanjutan perancangan: pembangunan kolonlal British, namun dari segi tujuan, matlamat dan strategi khusus  telah menunjukkan banyak perubahan dan penyesuaian.
Perubahan dan penyesuaian dalam perancangan pembangunan lebih jelas apabila negara bangsa Malaysia dibentuk pada tahun 1963 dan setelah Pilihan Raya Umum tahun 1964 dilancarkan Rancangan Malaysia Pertama (1966 - 1970). Usaha untuk membangunkan masyarakat Malaysia pada masa itu lebih agresif sifatnya. Pelbagai dasar dalam bidang pendidikan, bahasa dan budaya diperkenalkan untuk melengkapi rancangan pembangunan tersebut yang rata-rata bercorak ekonomistik. Walaupun tumpuan utama diberikan kepada usaha membangunkan masyarakat desa yang miskin dan tertinggal namun usaha menggerakkan perindustrian gantian import, khasnya perusahaan pembuatan juga diperkenalkan.
Kelancaran pelaksanaan Rancangan Malaysia Pertama terbantut seketika akibat Konfrontasi Indonesia-Malaysia yang berakhir pada tahun 1966, Namun begitu, pemerintah telah berjaya menunjukkan kemampuan yang dapat mereka laksanakan. Setidak-tidaknya dari segi kemudahan prasarana "pembangunan" telah dirasakan. Tentunya, segala usaha ini  tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Hal ini dijelmakan melalui pencapaian pihak parti pembangkang dalam arena politik kepartian. Bibit-bibit pertentangan ini yang kian membahang, akhirnya mencetuskan suatu pertentangan terbuka lagi  berdarah.
Peristiwa 13 Mei 1969 terpahat dalam sejarah pembangunan Malaysia sebagai suatu tinta hitam yang menginsafkan rakyat Malaysia. Peristiwa ini berlaku sebaik sahaja selesai Pilihan Raya Umum tahun 1969. Rusuhan bermula di Kuala Lumpur dan kemudiannya telah merebak ke  beberapa tempat lain tetapi dapat dikawal negera. Parlimen telah digantung, demokrasi terhenti dan kedukaan daripada peristiwa itu dijadikan sempadan Biduk lalu kiambang bertaut, bak kata bidalan. Begitulah keadaannya di  Malaysia kelika itu.
Lahir daripada peristiwa 13 Mei 1969 ialah Rancangan  Malaysia Kedua (1971- 1975). Digarab ke.dalamnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan membetulkan ketidakseimbangan ekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah  bagi mencapai perpaduan negara. Apa yang psnting ialah rancangan ini telah menganjurkan suatu usaha membangunkan  masyarakat Malaysia untuk jangka masa panjang, iaitu mengambil tempoh selama 20 tahun (1971 - 1990). Hal ini  bererti  bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua (1971 - 75) dan untuk tiga  rancangan lima tahun selanjutnya, iaitu Rancangan Malaysia Ketiga (1976 - 1980), Rancangan Malaysia Kempat (1981 - 1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1986- 1990), segala usaha akan ditumpukan untuk mencapai  matlamat DEB.Rancangan Malaysia Kedua (1971 - 1975) merupakan rancangan pembangunan yang menitikberatkan usaha untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai. Ketika itu terdapat peralihan daripada industri gantian-import kepada industri berorientasikan esksport. Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) merupakan rancangan pembangunan yang melanjutkan dasar industri yang dirangka pada Rancangan Malaysia Kedua. Rancangan Malaysia Keempat (1981 - 1985), Rancangan Malaysia Kelima (1986 - 1990) dan Rancangan Malaysia Kdenam (1991 - 1995) merupakan rancaragan pembangunan yang menitikberatkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan. Rancangan Malaysia Ketujuh (1996- 2000) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001 - 2005) pula mula memberi perhatian kepada atas industri berteraskan k-ekonomi.
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 - 2010), tumpuan tidak hanya diberikan  kepada Industri berteraskan k-ekonoml tetapi turut memberi perhatian kepada isu pembangunan manusia atau disebut sebagai  modal insan . Dalam konteks ini, Islam Hadhari dijadikan kerangka kerja untuk meningkat kualiti modal insan yang tidak hanya meliputi etnik Melayu atau  masyarakat Islam tetapi juga semua rakyat Malaysia.
3.0       RANCANGAN / DASAR KERAJAAN DALAM EKONOMI DAN PENGLIBATAN ETNIK
Menurut Shamsul Amri Bharuddin (2007) mentafsirkan,  dalam rentetan sejarah pembangunan negara, terdapat perubahan-perubahan dasar yang dilakukan untuk mencapai matlamat memodenkan Malaysia. Pada tahun 1960 -an dan 1970-an, meskipun pembangunan ekonomi sudah diarahkan kepada perindustrian tetapi tumpuan kepada sektor pertanian masih diutamakan sesuai  dengan dasar pembangunan pertanian, beberapa badan yang bertanggungjawab untuk memajukan sektor  pertanian dan menghapuskan kemiskinan di luar bandar telah diwujudkan seperti FELDA, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Negara(FELCRA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Menjelang tahun 1980-an dan  1990-an, sektor perindustrian lebih diberi perhatian dan beberapa dasar  telah digubal, seperti dasar  Perindustrian Berat dan Dasar Penswastaan. Sesuai dengan perkembgan ekonomi dunla pada masa kini, beberapa strategi telah disusun untuk meningkatkan pembangunan ekonomi yang berteraskan kepada teknologi ICT dan k-ekonomi. Apa yang jelas dasar -dasar awam yang digubal merupakan suatu usaha politik daripada pihak kerajaan yang bersifat top-down untuk melengkapi apa yang sudah direncanakan dalam rancangan-rancangan pembangunan negara.
3.1       Isu-isu Utama Ekonomi
Perbincangan tentang pembangunan dan pertumbuhan ekonomi tidak dapat dipisahkan daripada konteks sosialnya. Dalam kes Malaysia, isu pembangunan ekonomi berkait rapat dengan isu sosial terutamanya  berkaitan dengan isu kemiskinan dan agihan pendapatan  menurut golongan etnik.
3.2       Pertumbuhan dan Agihan
Di celah-celah kepesatan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi, Isu agihan   kekayaan atau pendapatan merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan, Apa  yang diharapkan ialah pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang baik akan disertai dengan agihan pendapatan yang sama rata dalam kalangan anggota masyarakat Di Malaysia, Isu agihan pendapatani ni dapat dilihat dari dua sudu pertama, antara kelas sosial yang berbeza, iaitu antara kelas atasan, menengah dan kelas bawahan. Kedua, antara kelompok etnik yang berbeza, iaitu antara Melayu, Cina, India dan Iain-Iain. Pada dasarnya, isu pertumbuhan ekonomi yang berkaitan dengan agihan kekayaan itu telah cuba diatasi oleh Dasar Ekonomi Baru. Namun, Ini tidak bermakna sumbangan golongan etnik lain tidak diakui seperti yang ditekankan oleh Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Malah, pelbagai laporan dan kenyataan oleh pemerintah telah memperakui hal ini.

Saturday, March 12, 2011

Muhasabah...

Malapetaka di Jepun (11/3/2011) adalah suatu ketetapan Tuhan : dan telah di nyatakan di dalam Al-Quran.

by Ridzuan Rahman on Friday, March 11, 2011 at 11:56pm
1. Tarikh yg berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.

Rahsia  angka tahun ini :  Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.
7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
8. WauAllahhu Allam.

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.

Friday, March 11, 2011

DOA SAHABAT UNTUK SAHABAT (KHAS BUAT SAHABAT2 ~ TEMAN2 BAIK,KULIAH, JPP,)


Keriangan sahabat pengubat duka,
Kesedihan sahabat penguat jiwa,
Keceriaan sahabat pemberi makna,
Kelukaan sahabat mencipta rasa,

Sahabat,
Ikhlas ini diberi tanpa kata,
Jujur ini dikongsi dengan bicara,
Kasih ini dicurah penuh bahagia,
Selautan sayang menguat jiwa,

Sahabat ,
Akan kita tempuh semua dugaan
dengan kekuatan jiwa,
dengan semangat waja,
dengan tabah dibina,
Agar kita sama-sama mengalami
suka dan duka dalam
perjalanan hidup di dunia dan...
menuju ke sana...

Nukilan : putranamza
1;12 a.m/ 12 mac 2011/ B325


Thursday, March 10, 2011

KERTAS KERJA KOT IPG KPI 2011. DISEDIAKAN OLEH : DZUL (SETIAUSAHA KOT)




    
    


KERTAS CADANGAN
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM,
BANDAR BARU BANGI, SELANGOR
                                                           2011

TARIKH
03 MAC 2011 BERSAMAAN 28 RABIUL AWAL 1432 HIJRAH

TEMPAT
STADIUM KHALID AL-WALID,                                                                                     IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM
PISMP SEMESTER 5  AMBILAN JANUARI 2009
KPLI SEMESTER 1 AMBILAN JANUARI 2011                                                      BIRO SUKAN DAN REKREASI JPP 2011/12


RASIONAL

Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) merupakan salah satu cabang sukan yang
dipertandingkan Ia melibatkan acara padang dan balapan bagi memenuhi hasrat dan
kehendak Institut Pendidikan Guru di Malaysia khususnya Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam (IPG-KPI), Selangor.

Setiap tahun KOT merupakan kejohanan yang penting dan menjadi tradisi kerana aktiviti ini menjadi medium penting bagi mencungkil bakat dan menggilap potensi pelajar di samping memilih pelajar untuk mewakili Kampus Pendidikan Islam dalam Kejohanan KAGUM ke Peringkat Kebangsaan.

Sehubungan itu untuk mengurus dan mengelola KOT secara sistematik, pihak pentadbiran dan pengurusan telah memberi amanah dan tanggungjawab serta kepercayaan penuh terhadap Unit Kokurikulum untuk merancang program KOT, merekabentuk perjalanan kejohanan dan bertanggungjawab sebagai pengelola yang boleh memenuhi piawaian dalam konteks kejohanan olahraga yang berkesan dan berkualiti.

Justeru itu sebagai pengelola, Unit Kokurikulum dengan kerjasama erat semua jabatan yang lain bertanggungjawab untuk menasihati, membimbing, menunjuk ajar dan seterusnya melatih para pelajar khususnya PISMP Semester 5 Ambilan Januari 2009 dan KPLI Ambilan Januari 2011 dalam aspek pengurusan dan pengelolaan sukan olahraga tahunan. Dengan kata lain guru–guru pelatih merupakan kumpulan yang bertanggungjawab dalam mengurus dan mengelola sesuai dengan kehendak 4K iaitu kemahiran mengurus, kemahiran mengelola, kemahiran melatih dan seterusnya kemahiran kepegawaian teknik.

Untuk mencapai objektif kejohanan olahraga pada tahun ini, penglibatan semua warga IPG KPI amatlah dihargai kerana komitmen serta kerjasama merupakan kunci utama dalam usaha menaikkan imej institut sebagai pusat latihan guru yang serba boleh.


MATLAMAT

Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) 2010 IPG Kampus Pendidikan Islam ini diadakan bertujuan meningkatkan penguasaan para guru pelatih dalam kemahiran bidang gerko yang diceburi, khususnya dari segi kemahiran, pengurusan pentadbiran, pengurusan kokurikulum, kejurulatihan dan kepegawaian.
Para guru pelatih juga akan berpeluang menimba pengalaman daripada hasil pengelolaan dan pengendalian KOT ini. Scara tidak langsung para guru pelatih akan dapat memanfaatkan pengalaman KOT ini apabila dihantar ke sekolah masing-masing kelak sesuai dengan halatuju Standard Guru Malaysia.
Selain itu, matlamat KOT ini adalah bertujuan memnuhi kehendak silibus yang terdapat dalam kursus pada semester ini iaitu dalam tajuk Olahraga (WAJ 3112).
OBJEKTIF

1.     Menjalin hubungan silaturahim dan wahana pergerakan pendapat antara guru pelatih dan juga pensyarah-pensyarah disamping memupuk integrasi profesionalisme perguruan.
2.     Menampilkan kecemerlangan dan kejaguhan para peserta.
3.     Meningkatkan penguasaan peserta dalam bidang gerko yang diceburi khususnya dari segi kemahiran, pengurusan pentadbiran, pengurusan kokurikulum, kejurulatihan dan kepegawaian.
4.     Melahirkan guru pelatih yang cergas, tangkas, dedikasi dan bertanggungjawab.
5.     Memupuk pembinaan nilai positif dan muhibah serta persahabatan dalam kalangan guru pelatih.
6.     Membina insan yang berketrampilan.
TARIKH KEJOHANAN

03 Mac 2011 bersamaan 28 Rabiul Awal 1432 Hijrah

TEMPAT KEJOHANAN

Stadium Khalid Al-Walid, IPG Kampus Pendidikan Islam.
KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar (guru pelatih) yang menjalani kursus perguruan sepenuh masa di
Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam Selangor
TEMA KEJOHANAN            
“ Sukan Menjana Satu Malaysia ”
AJK INDUK PENGELOLA
Rujuk Lampiran A
AJK PELAKSANA
Rujuk Lampiran B
ATURCARA KEJOHANAN
Rujuk Lampiran C
                                                                  PENUTUP                                                                 

Semoga dengan aktiviti seumpama ini pelajar di IPG Kampus Pendidikan Islam akan mampu mencari bekalan untuk berhadapan dengan situasi sebenar dalam komuniti pendidikan kelak. Diharapkan agar aktiviti ini akan menjadi titik tolak kepada penganjuran aktiviti-aktiviti lain untuk memantapkan jati diri pelajar di IPG. KOT 2011 ini juga diharap dapat membantu menggilap potensi sebenar pelajar sebagai bakal guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.









Disediakan oleh,

........................................
(DZUL AZIZUDDIN BIN DZULKIFLI)
Setiausaha 1 Pelaksana,
Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) 2011,
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam,
Selangor Darul Ehsan.

Disemak oleh,

........................................
(HAJI RUSLI BIN ABDULLAH)
Setiausaha 1 Induk,
Unit Kokurikulum,
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam,
Selangor Darul Ehsan.

Disokong oleh,

.........................................
(YA’AKOB BIN ISMAIL)
Ketua Unit Kokurikulum,
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam,
Selangor Darul Ehsan.

Disahkan oleh,

........................................
(HAJI ANWAR BIN AHMAD)
Timabalan Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam,
Selangor Darul Ehsan.

LAMPIRAN A
 
AJK INDUK PENGELOLA
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2011
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
PENASIHAT               :           TUAN HAJI ANWAR BIN AHMAD

PENGERUSI              :           EN YA’AKUB BIN ISMAIL

SETIAUSAHA 1         :           TN. HJ RUSLI BIN ABDULLAH

SETIAUSAHA 2         :           PN KAMALIAH BINTI ISMAIL

BENDAHARI              :           PN SAFWAH BINTI JALALUDDIN (PEK)

AJK PROTOKOL MAJLIS     :           EN ZAINAL BIN KASAN (Jab. Pengajian Melayu)
DAN ACARA                                      Dibantu oleh : Pelajar KPLI 1.01

AJK KESELAMATAN                        :           EN. ALI AHMAD BIN SEMAN (Jab. Hal Ehwal
DAN LALU LINTAS                            Pelajar) (Pesuruhjaya Pengakap)

AJK PERTOLONGAN           :           PN ERAN BINTI HASAN (Unit Kokurikulum)
CEMAS                                               (Jurulatih Kanan PBSM)

AJK JAMUAN PEGAWAI      :           EN MOHD MUSLEH BIN YUNUS (Unit Kokurikulum)
                                                            Dibantu oleh : Pelajar

AJK SAMBUTAN                   :           USTZ. SHAMSINA BINTI SHAMSUDDIN
                                                            (Jab. Pend Islam dan Moral)
                                                            Dibantu oleh : Pelajar

AJK PERBARISAN/               :           EN HUSIN BIN FATEH DIN (Jab. Pengajian Melayu)
KHEMAH                                           PN MAISARAH BINTI YAACOB (Jab Pengajian Melayu)
                                                            Dibantu oleh : Pelajar

AJK KEPEGAWAIAN/           :           EN ZOLKIFLI BIN ABD GHANI
TEKNIKAL                                          (Jab Pend Jasmani dan Kesihatan)
                                                            PN NURPIRIAMALAR BINTI RAMIAH
                                                            (Jab Pend Jasmani dan Kesihatan)
                                                            CIK AZIZAH BINTI MAT AMIN
                                                            (Jab Pend Jasmani dan Kesihatan)
                                                            CIK SARAWATY BINTI MOHD RAMLY
                                                            (Jab Pend Jasmani dan Kesihatan)
                                                            Dibantu oleh : Pelajar

AJK BUKU PROGRAM         :           EN ABD RAZAK BIN MOHD NAWI (Jab Teknologi
                                                            Pendidikan)
                                                            Dibantu oleh : Pelajar

AJK JAMUAN VIP                 :           PN WAN SALWAHTON BINTI WAN HASSAN (K)
                                                            (Unit Pentadbiran)
                                                            CIK LATIPAH BINTI MD YUSOFF (Unit Pentadbiran)
                                                            Dibantu oleh : Pelajar

PENG.KEJOHANAN 1          :           TN HJ RUSLI BIN ABDULLAH (Unit Kokurikulum)

PENG. KEJOHANAN 2         :           PN KAMALIAH BINTI ISMAIL (Unit Kokurikulum)

AJK SERANTA/SIARAYA     :           EN ROSLI BIN HADI (Jab.Teknologi Pendidikan)
                                                            EN SUMIEYAMI BIN MD SALLEH (Unit Pentadbiran)
                                                            Dibantu oleh : Pelajar

AJK HADIAH/             :           PN KAMALIAH BINTI ISMAIL (Unit Kokurikulum)
CENDERAMATA                   Dibantu oleh : Pelajar

AJK DOKUMENTASI            :           EN ROSLI BIN HADI (Jab Teknologi Pendidikan)
                                                Dibantu oleh : Pelajar



























LAMPIRAN B
 


AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) 2011

AHLI MAJLIS TERTINGGI

BIL
NAMA
JAWATAN
KULIAH
1
2
3
4
5
6
7
8
Ahmad Fahmi Bin Ali
Noor Izzati Bt Abdul Aziz
Dzul Azizuddin Bin Dzulkifli
Halimatus Saadah Bt Misnan
Mohamad Amirullah Maula Ismail
Nurul Syazana Bt Zainudin
Mohammad Izwan Bin Hod
Siti Aisyah Bt Zakaria
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha 1
Setiausaha 2
Bendahari 1
Bendahari 2
Pengurus Kejohanan 1
Pengurus Kejohanan 2
PISMP 5.04
PISMP 5.05
PISMP 5.03
PISMP 5.01
PISMP 5.01
PISMP 5.05
PISMP 5.04
PISMP 5.04














AHLI JAWATANKUASA KEPEGAWAIAN

BIL
NAMA
JAWATAN
KULIAH
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
Muhammad Zulfadli Bin Mohd Taib
Nur Hazwani Bt Raduan
Mohd Bukhari Bin Hasim
Muhamad Azman Bin Azahar
Muhammad Fahmi Bin Mohd Isa
Muhammad Zufar Bin Abd Razak
Nor Syahida Bt Ibrahim
Zatul-‘Itri Bt Jamaludin
Nurul Aini Bt Bohari
Nor Izzati Bt Abdul Aziz
Nurul Iman Bt Mahyiddin
Wan Amirah Bt Wan Mohd Zulkefli
Aisyah Nur Liyana Bt Khalid
Noor Nabila Huda Bt Shamsudin
Nur Atiqah Bt Mohd Nasir
Nur Hafizah Bt Abd Rahman
Rekha Sharmeela Bt Adlih
Ketua
Penolong Ketua

PISMP 5.01
PISMP 5.04
PISMP 5.01
PISMP 5.03
PISMP 5.02
PISMP 5.06
PISMP 5.04
PISMP 5.04
PISMP 5.04
PISMP 5.05
PISMP 5.05
PISMP 5.05
PISMP 5.04
PISMP 5.05
PISMP 5.05
PISMP 5.04
PISMP 5.04










AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL

BIL
NAMA
JAWATAN
KULIAH
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
Mohd Nawawi Bin Abd Ghani
Rohizan Bt Alli
Mohammad Syazreen Bin Roslan
Ahmad Syafiqdeen Bin Japri
Osman Bin Mat Daud
Ahmad Arham Bin Omar
Mohd Faiz Bin Zorkarnain
Mohd Faris Bin Samsuri
Muhammad Nazreen Bin Abdul Razak
Nur Izzatie Bt Seman
Nur Syahirah Bt Anuar
Mohammad Izwan Bin Hod
Dzul Azizuddin Bin Dzulkifli
Rasmah Bt Mohamad
Siti Umaimee Nazura Bt Mat
Aqilatuzzahrah Bt Azharuddin
Ketua
Penolong Ketua




















PISMP 5.04
PISMP 5.04
PISMP 5.02
PISMP 5.01
PISMP 5.03
PISMP 5.03
PISMP 5.06
PISMP 5.06
PISMP 5.06
PISMP 5.04
PISMP 5.04
PISMP 5.04
PISMP 5.03
PISMP 5.04
PISMP 5.05
PISMP 5.04










AHLI JAWATANKUASA STATISTIK

BIL
NAMA
JAWATAN
KULIAH
1
2
3
4
5
6
7
8
9
Muhairawani Bt Suratman
Herlina Bt Rosli
Isma Fatini Bt Ibrahim
Anis Fatini Bt Azami
Nor Aqilma Bt Che Ismail
Nur Hamizah Bt Ismail
Nur Laili Bt Ismail
Nik Nur Atika Bt Che Omar
Siti Aisyah Bt Abdul Halim
Ketua
Penolong Ketua
PISMP 5.04
PISMP 5.04
PISMP 5.05
PISMP 5.05
PISMP 5.04
PISMP 5.05
PISMP 5.04
PISMP 5.04
PISMP 5.04


AHLI JAWATANKUASA PROTOKOL

BIL
NAMA
JAWATAN
KULIAH
1
2
3
4
5
6
7
8
Muhammad Fudhail Bin Razak
Siti Hajar Bt Musa
Mohd Fakrul Hafiz Bin Mohd Hanafi
Hasnul Huda Bt Yaacob
Nur Shakirin Bt Ramli
Norhasiswana Bt Jamhuri
Nur Hidayah Bt Mohd Azam
Siti Atiqah Bt Ali
Ketua
Penolong Ketua
PISMP 5.03
PISMP 5.03
PISMP 5.02
PISMP 5.03
PISMP 5.03
PISMP 5.03
PISMP 5.03
PISMP 5.03





AHLI JAWATANKUASA SAMBUTAN DAN ACARA

BIL
NAMA
JAWATAN
KULIAH
1
2
3
4
5
Ahmad Sahabudin Bin Ismail
Mohd Yuzir Hanif Bin Yushaak
Munirah Bt Abd Rashid
Noor Farhana Bt Abd Rahman
Nur Fatin Bt Mohd Fadzli Kalimuttu
Ketua
Penolong Ketua
PISMP 5.01
PISMP 5.06
PISMP 5.06
PISMP 5.06
PISMP 5.06


AHLI JAWATANKUASA PERTOLONGAN CEMAS

BIL
NAMA
JAWATAN
KULIAH
1
2
3
4
5
6
7
8
9
Firdaus Bin Bebet
Siti Farhana Bt Kawid
Muhammad Zawiruddin Bin Zubir
Mohd Fitri Bin Ismail
Nur Syahida Bt Saaban
Nurul Mardhiah Bt Sani
Umi Kalsum Bt Mahali
Siddeeqah bt Khaja Kamaludden
Faradiana Bt Mohd Slim
Ketua
Penolong Ketua
PISMP 5.02
PISMP 5.02
PISMP 5.02
PISMP 5.03
PISMP 5.02
PISMP 5.02
PISMP 5.02
PISMP 5.02
PISMP 5.06








AHLI JAWATANKUASA PERSIAPAN TEMPAT

BIL
NAMA
JAWATAN
KULIAH
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Adibah Bt Abdul Shukor
Nurul Hasyimah Bt Ghazali 
Zunairah  Bt Ismail
Rabi’ah Bt Ahmad
Nurul Hafiza Bt Zubir
Fathul Mardhiah Bt Mohd Shukri
Asitah Bt Abdullah Suhaimi
Nur Hilal Bt Abdullah @ Yusof
Nurul Ashikin Bt Othman
Nurul Sakinah Mawaddah Bt Ahmad Marzoki
Ketua
Penolong Ketua
PISMP 5.01
PISMP 5.01
PISMP 5.02
PISMP 5.02
PISMP 5.02
PISMP 5.02
PISMP 5.01
PISMP 5.01
PISMP 5.01
PISMP 5.02



AHLI JAWATANKUASA HADIAH DAN CENDERAMATA


BIL
NAMA
JAWATAN
KULIAH
1
2
3
4
5
6
7
8
9
Nurul Izzatie Bt. Mohd Rashid
Nur Afiqah Bt. Nordin
Aina Farhanah Bt. Ghazali
Nur Asilah Bt. Kamarudein
Nurul Syamimi Bt. Ramlee
Nur Rihazrin Bt. Rahman
Nur Syafiqah Bt. Zalahuddin
Fatin Nadiah Bt Mohd Zulkafa
Umi Kalsom Bt Hashim
Ketua
Penolong Ketua
PISMP 5.01
PISMP 5.01
PISMP 5.01
PISMP 5.01
PISMP 5.01
PISMP 5.01
PISMP 5.05
PISMP 5.05
PISMP 5.05



AHLI JAWATANKUASA SERANTA DAN SIARAYA

BIL
NAMA
JAWATAN
KULIAH
1
2
3
4
5
6
7
8
9
Hamizan B. Harun
Norazila Bt. Seman
Siti Nuraisyah Bt. Khairul Fahmi
Zulfahmi B. Meor Mohamed Amno
Ahmad Fahmi B. Ali
Mohd Mumtaz B.Haron
Wan Ahmad Hilmi Bin Wan Muda
Halimatus Saadah Bt. Misnan
Atikah Bt. Abdul Majid
Ketua
Penolong Ketua








PISMP 5.03
PISMP 5.03
PISMP 5.03
PISMP 5.02
PISMP 5.04
PISMP 5.02
PISMP 5.02
PISMP 5.01
PISMP 5.01


AHLI JAWATANKUASA DOKUMENTASI

BIL
NAMA
JAWATAN
KULIAH
1
2
3
4
5
6
7
Nurul Ayuani Bt. Mohd Noor
Nurhayatie Bt. Ramley
Fatin Alia Bt. Shamsuddin
Nurul Nadiah Bt. Amran
Etie Iwanie Bt Adnan
Siti Nur Adha Aqilah Bt Zahari
Faridatul Farhah Bt Khushairi
Ketua
Penolong Ketua
PISMP 5.05
PISMP 5.05
PISMP 5.05
PISMP 5.05
PISMP 5.05
PISMP 5.05
PISMP 5.05

AHLI JAWATANKUASA BUKU PROGRAM

BIL
NAMA
JAWATAN
KULIAH
1
2
Muhammad Hakim B. Mohd Sharif (K)
Nur Byte Maulad Muslim
Ketua
Penolong Ketua
PISMP 5.02
PISMP 5.02

AHLI JAWATANKUASA JAMUAN VVIP

BIL
NAMA
JAWATAN
KULIAH
1
2
3
4

5
Muhammad Fikri B. Norddin
Nurain Naquiah Bt. Ruslan
Mohd Zaki B. Mohamed Som
Nurul Fatim Azreen Bt. Mohamad Arifin
Nurul Adila Bt. Mat Hassan
Ketua
Penolong Ketua
PISMP 5.02
PISMP 5.06
PISMP 5.03
PISMP 5.06

PISMP 5.06


AHLI JAWATANKUASA JAMUAN PEGAWAI

BIL
NAMA
JAWATAN
KULIAH
1
2
3
4
5
Nur’Amirah Bt. Adam
Nur Shazana Bt. Abd Aziz
Nurul Hanna Bt. Mohamad Adnan
Saidatul Muallimah Bt. Mohd Zaki
Nor Hasimah Bt. Ahmad
Ketua
Penolong Ketua
PISMP 5.06
PISMP 5.06
PISMP 5.06
PISMP 5.06
PISMP 5.06


AHLI JAWATANKUASA JAMUAN PELAJAR

BIL
NAMA
JAWATAN
KULIAH
1
2
3
4
5
6
Norfazliana Bt. Shaari
Marlia Arnida Bt. Marrudzuki
Nurul Syazana Bt Zainudin
Hanann Bt Mohd Nasurdin
Norliyana Bt Sarip
Nurdhiya Husna Bt Baharin
Ketua
Penolong Ketua
PISMP 5.06
PISMP 5.03
PISMP 5.05
PISMP 5.01
PISMP 5.06
PISMP 5.06

AHLI JAWATANKUASA PERBARISAN DAN KHEMAH

BIL
NAMA
JAWATAN
KULIAH
1
2
3
4
5
Syafiqah Izwah Bt. Ishak (K)
Norliyana Bt. Masri (P)
Irma Bt. Abdul Rahman
Isma Hazwani Bt. Ismail
Nurul Nadia Bt. Murad
Ketua
Penolong Ketua
PISMP 5.03
PISMP 5.03
PISMP 5.03
PISMP 5.03
PISMP 5.03


AHLI JAWATANKUASA LALULINTAS DAN KESELAMATAN

BIL
NAMA
JAWATAN
KULIAH
1
Alif Bin Che Hassan
Ketua
PISMP 5.04


AHLI JAWATANKUASA SUKANEKA
Pelajar KPLI













LAMPIRAN C
 
ATURCARA HARI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 2010

7.15 -7.30 PAGI
PENDAFTARAN KEDATANGAN / LAPOR DIRI
7.40 PAGI
PERBARISAN MASUK RUMAH SUKAN DAN IKRAR
8.00 PAGI
200M (P)
8.10 PAGI
1500M (P)
8.20 PAGI
100M (P)
8.30 PAGI
800M (P)
8.40 PAGI
4X100M (P)
8.50 PAGI
400M (P)
9.00 PAGI
4X100M JEMPUTAN (P)
9.10 PAGI
4X400M (P)
9.20 PAGI
8X50M PENSYARAH / STAF (P)
9.30 PAGI
SUKANEKA PENSYARAH / STAF (P)
9.45 PAGI
REHAT & PERSEMBAHAN
10.15 PAGI
4X100M JEMPUTAN (L)
10.25 PAGI
1500M (L)
10.35 PAGI
200M (L)
10.45 PAGI
800M (L)
11.00 PAGI
4X100M (L)
11.10 PAGI
400M (L)
11.20 PAGI
100 (L)
11.30 PAGI
4X400 (L)
11.40 PAGI
8X50 PENSYARAH / STAF (L)
11.50 PAGI
SUKANEKA PENSYARAH / STAF
12.15 TENGAHARI
PENYAMPAIAN HADIAH
12.35 TENGAHARI
PERASMIAN PENUTUP
1.00 TENGAHARI
JAMUAN & BERSURAI