Sistem ( Organisasi )

|

Sistem


Sistem merupakan gabungan entiti yang bersepadu, kemudian ia mempengaruhi persekitarannya. Contoh nya macam keluarga kita adalah satu sistem, yakni terdiri dari beberapa entiti, dan masyarakat itu persekitarannya. Itulah system. Mudahkan.
System juga mempunyai beberapa sifat:
1) Berstruktur, dan terdiri daripada beberapa entiti yang mewakili sesuatu proses
2) Mempunyai ‘output’ dan ‘input’
3) Setiap Sesuatu system itu berkait antara satu sama lain

Maka setiap manusia ini ada peranan dalam sistemnya yang tersendiri.

Suatu organisasi merupakan satu system kerana ia memenuhi syarat sesebuah system. Maka organisasi terbaik adalah organisasi yang dapat mengawal system nya dengan baik dan menggunakan input yang sedikit tetapi menghasilkan output yang paling banyak. Jadi bagaimana kita hendak mengawal system tersebut untuk menghasilkan output yang berkesan?

1) Entiti system : Setiap ahli memegang portfolio nya yang tersendiri, maka setiap ahli ini perlulah menjalankan prosesnya yang tersendiri untuk menghasilkan system yang terbaik. Tetapi harus diingat proses yang tidak berkaitan haruslah di ketepikan agar tidak membebankan pemprosesan system dan seterusnya melemahkan system tersebut. Elakkan proses-proses ini daripada pertindihan tugas agar pemprosesan dapat bergerak lancar.
Pengawal system adalah entity yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengawal system ini. Ini kerana pengawal yang lemah akan merosakkan pemprosesan dan seterusnya memberi kesan pada output nya.

Entiti juga harus sentiasa bersepadu dalam erti kata berkerjasama dalam apa jua keadaan. Untuk menjelaskan entity yang bersepadu ini, saya akan terangkan kemudian.

Entity yang lemah haruslah di perkuatkan atau diganti (jika Perlu) agar tidak melembapkan system. Namun setiap entity perlu membantu entity yang lain (bukan mengambil alih tugas) untuk melancarkan system.

2) Persekitaran: Organisasi yang terbaik adalah Organisasi yang tidak di pengaruhi oleh persekitarannya. Ini bermaksud Organisasi yang mengawal persekitaran. Namun harus di ingat sesuatu Organisasi itu berkait dengan Organisasi yang lain maka disinilah cabarannya untuk membentuk persekitaran yang di kehendaki.

Organisasi juga perlu membina hubungan dengan persekitarannya untuk membentuk system yang baik. Kerana persekitaranlah yang menilai sesuatu system itu.

Gerakkan Mahasiswa atau Gerakan Mahasiswa

|

Gerakkan Mahasiswa atau Gerakan Mahasiswa
Gerakkan Mahasiswa
1) Isu yang paling nyata sekarang adalah mahasiswa diseluruh Malaysia lebih suka tidur dan enjoy. Mereka malas untuk berfikir dan lebih suka untuk mengambil jalan mudah. Ini kerana mereka sudah ralit dengan hiburan, internet dan segala yang lagha. Jadi mahasisawa perlu di gerakkan agar suara mahasiswa kembali didengar dan memainkan peranan sebagai duta kepada masyarakat
2) Kesan akibat tidur yang lama ini menyebabkan mahasiswa tidak mampu untuk berdikari dan berpendirian teguh. Maka akan timbul isu penghasilan graduan yang tidak pandai bersosial, jumud, terima rasuah dan tidak amanah. Maka hancurlah kegemilangan bangsa. Jadi mahasiswa perlu di gerakkan dari lena yang panjang, kerana mahasiswa adalah pemimpin untuk masa hadapan
3) Penubuhan Negara bangsa hanya akan menjadi angan kosong sekarang jika mahasiswa masih tidur, kerana mahasiswa masih malas untuk berfikir dan tidak ambil kisah mengenai isu semasa. Maka segala isu yang dianggap sensitif semakin di abaikan, mungkin satu masa nanti Negara juga tergadai akibat tidur yang lama ini. Mahasiswa tidak peka pada isu semasa dunia mahupun tempatan, ini kerana mahasiswa malas nak fikir jauh dan tiada perancangan.
4) budaya supportive juga akan hilang akibat mahasiswa tidak di gerakkan. Maka budaya materialistic akan menular dikalangan pelajar. Satu tanda yang tidak sihat dan akan mencemaskan banyak pihak. Semua ini kerana mahasiswa hanya melakukan perkara hanya untuk kebendaan ataupun balasan bukan untuk pengalaman dan pembelajaran. Buktinya lihat lah berapa ramai yang datang untuk setiap aktiviti yang di anjurkan rakan mahsiswa kita yang lain. Yang ramai datang hanya AJK yang bertugas. Terbukti tiada nya budaya supportive dikalangan pelajar. Maka hancurlah Negara
5) Budaya beri peluang pada yang lain atau pun “ko buat la dulu” “ala ko je dahla” dan seangkatan dengan nya. Budaya ini semakin menular hebat. Menakutkan bukan tapi mungkin anda yang sedang membaca isu ini adalah salah seorang daripadanya. Ini terjadi kerana sikap yang cetek fikiran, malas nak fikir dan pentingkan diri sendiri. Akibat budaya inilah mahasiswa semakin bacul. Mungkin satu masa nanti pengurusan Negara pun nak bagi orang luar ataupun terhapusnya kebajikan bangsa. Baculkah anda?. Maka gerakkan mahsiswa
6) Mati nya budaya kepimpinan. Saya boleh katakana setiap yang masuk ke Universiti adalah seorang yang talent dalam kepimpinan, mereka semua ini pernah menjadi pengawas sekolah, ketuakelas ketua persatuan & memacam lagi lah. Tetapi isunya mengapa bila masuk U semuanya senyap. Adakah kerana wujudnya gerakan memadamkan kebolehan mereka ini? Jawapannya YA, siapakah mereka itu? Mereka adalah pelajar U itu sendiri kerana mereka mengamalkan SEMUA PERKARA-PERKARA DIATAS. Maka adakah anda tergolong dalam kelompok ini? Tepuk data muhasabah diri. Jika harimau hilang belangnya maka jadilah ia kucing, jadi adakah anda mahasiswa memilih untuk jadi begitu. Maka gerakkakn mahasiswa.

Mahasiswa pencorak tamadun akan datang. Maka kita perlu GERAKKAN MAHASISWA untuk membuat GERAKAN MAHASISWA. Percayalah jika kita gagal untuk gerakkan mahasiswa maka tidak perlulah saya untuk berbicara mengenai GERAKAN MAHASISWA.
|

Teruskan perjuangan wahai pemuda

setiap hari saya akan terfikir, apa sumbangan saya pada agama, bangsa & negara. bukan bermakna saya ini seorang patriotik atau pun suka bekerja. tetapi atas dasar sikap ingin membantu rakan sebangsa ' tidak beriman seseoarang itu jika dia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri'

Pemuda-pemuda. kala ini saya lihat pemuda lebih suka duduk lepak dan bersembang mengenai hal semasa seperti bola, sukan, gosip , artis dan pelbagai lagi. namun dalam kebnyakkan yang dibincangkan itu tidak ada satu pun mengenai kebajikannya pada islam. bukan semua tetapi yang buat ini sampai tidak boleh di bilang dengan jari.

bila kita mengisukan mengenai kebajikan yang boleh diorang sumbang, mereka lebih suka melarikan diri. tetapi bila kita bercerita pasal isu palestin, iraq dan yang berkaitan cepat betul respon nya. iktibarnya pemuda kita nih lebih cakap saja kencang tapi tidak ade apa-apa pun. huh umpama nak bertempik satu dunia tapi suara halus macam tikus.

pemuda sekalin.
sikap-sikap beginilah yang akan menjatuhkan agama dan bangsa kita satu masa nanti, percayalah. sebab apa, kerana kita, pemuda adalah pencorak generasi dan politik akan datang, jika sekarang pun dah kelam kabut nak berpecah sana-sini, jadi jangan pelik pada masa akan datang, tidak sempat pun nak bersatu dah berperang. ini semua adalah kerana sikap pemuda-pemuda.

sikap pemuda yang pentingkan diri, tidak mahu ambil tahu, takut untuk bersuara, dan tiada pendirian. maka tidak mustahil satu masa nanti pemimpin yang jahil akan memerintah lantaran sikap kita yakni pemuda hanya lebih berani melenting di balik tabir, tetapi gentar bila ingin bersuara kerana sikap yang telah di amalkan sekian lama.

sikap kawanku, sikap pemudaku, sikap kita
jadi pemuda bestari sekalian, ubah sikap anda, selalu fikirkan apa sumbangan anda, cari jalan untuk bersatu, tegakkan keadilan dan jauhi kemungkaran, buat lah sekadar yang anda rasa mampu, tapi jangan pula hanya tahu duduk diam dan lihat orang yang melakukanya, sokong segala kebenaran. tanamkan azam untuk perubahan, segalanya dengan niat

percayalahjika niat yang kita buat itu betul, maka Allah akan sentiasa memudahkan kita. bangunlah pemudaku. dengan erti kata jangan anda dibuai dengan keselesaan dunia kerana itu semua rencana yahudi dan barat, keselesaan kita satu masa nanti akan menghancurkan agam kita sendiri,

Pemuda

|

Kepimpinan Muda

kita seringkali terikat dengan pendapat bahawa orang tua lebih wajar memutuskan keputusan kerana dia lebih banyak pengalaman. namun dalam keadaan masa kini saya yakin persekitaran telah memberi peluang kepada golongan muda ini mendapatkan pengalaman dan pelajarn dengan secepat mungkin. jadi pendapat golongan tua adalah lebih wajar berada di pihak pemutus keputusan adalah sudah tidak releven.

suasana persekitaran kadang-kadang melupakan golongan tua ini bahawa pendapat yang dikeluarkan sudah tidak relevan dengan keadaan. jadi golongan-golongan muda ini yang telah terdedah dengan suasana sekarang lebih bijak memberi pendapat dan memberikan keputusan yang kebih efektif.

namun golongan tua wajar memberi pandangan ynag tebaik dan bukan mempengaruhi golongan muda ini dalam membuat keputusan. mahupun terus mencantas golongan muda ini. belum sempat idea-idea baru di beri keluarkan sudah ada orang mahu menolak nya, umpama menyemai benih di ladang, tapi mahu ia terus menjadi benih.

sindrom-sindrom beginilah yang menjadi punca kejatuhan sesuatu organinsasi apabila golongan muda disekat, pandangan dan buah fikiran di anggap remeh. " jika kita mahu melihat masa depan sebuah negara kita lihatlah pemudanya" maka inin jelas pengaruh pemuda dalam satu organisasi. jika sindrom diatas tidak dikawal atau disekat. maka tidak mustahil satu tamadun yang hehat akan tumbang akibat tamaknya golonga tua nya.