Showing posts with label Hadi Awang. Show all posts
Showing posts with label Hadi Awang. Show all posts

Thursday, April 5, 2012

Benarkah Robby Calon PAS Paling Sesuai di Sibuti?!?!!?



Kalau benarlah Robby akan mewakili PAS di Sibuti seharusnya sedikit sebanyak kita perlu tahu siapa lawan kita ini.. Daripada risikan2 sahih lawan ini bukan budak biasa .. mari kita kenal sedikit sebanyak tentang calon utama PAS ini..
- Robby ini adalah iban Islam pertama era generasi baru yang sangat berjaya di channel TV iaitu TV Al Hijrah dan desas desus dia tengah mendapat surat tawaran pingat kebesaran di 2 negeri di semenanjung Malaysia sebagai ikon Iban ISlam pertama menjadi kebanggaan orang sarawak juga.

- Robby ini iban pertama juga sebagai ikon iban Islam yang bukan sahaja boleh berbahasa iban malah dia ni boleh berhasa cina, arab, english dan lebih2 lagi melayu.

- Dan satu risikan yang mungkin boleh membangunkan sentimen yang mungkin kita tidak jangka keluarganya adalah keluarga keturunan campuran dan dia ni Robby merupakan tanah cucu dari keturunan Datuk Edward Jeli.

- Moyang nya juga seorang penghulu yang amat terkenal iaitu Penghulu Sibak dan keturunan keluarga2 dia ini ramai yang jadi ketua kaum/kampung dan juga penghulu2.. Difahamkan sedara maranya sangat ramai malah ada yang jadi tuai rumah di kebanyakan kampung2 iban dari niah, sepupok,skaloh,Seloi, Kelitang, Lambir dan ramai juga sedara dia ni di Taman Tunku...

- Ada juga dari sumber terdekat yang sangat sahih pakciknya adalah penghulu kampung melayu/kedayan di bekenu. ini tak termasuk beberapa nama tuai rumah yang sangat rapat dgn arwah neneknya Seripah dan Kilau... tebaran keluarganya sangat ramai di baram dan sibuti...

JAdi ini menjadi indicator kepada kita agar jangan memandang rendah siapa dia Robby ini.. Skrg dia telah menjadi kebangaan orang2 Iban terutama dari kaum keluarganya yang sangat ramai di sibuti, baram dan Miri.. PErtaliannya sebagai cucu menakan Edward Jeli sedikit sebanyakan akan melonjakkan calon ini menjadi sangat diterima oleh orang Iban dan kebolehnnya berbahasa cina tidak musthil sokongan penuh dari masyarakat cina kepada calon ini ...

JAdi kita jangan sekali2 pandang rendah pada PAS dalam soal ini kerana kekuatan calon ini sendiri akan menepis sentimen agama dan kaum.. makin kita melemparkan serangan kepada calon ini secara peribadi kita seolah2 melemparkan sentimen kepada orang2 iban dan mungkin ramai orang iban akan tersinggung dgn kita,.. Harap info ini menjadi panduan kepada kita kalau boleh kita tarik calon ini sebelum dilepaskan betul dia bertanding dan menjadi senjata terkuat utk menawan hati pengundi...

Robby bukan Iban Islam yang pertama kerana di Sarawak terdapat ramai lagi orang Iban yang berjaya dan telah memeluk Islam!!??  Sekiranya Robby benar-benar disayangi dan dikagumi oleh sanak-saudaranya di Niah kenapa dia perlu menginap di hotel One Niah Caves Inn di bawah nama Firdaus Muhamad?!!

Inilah indicator yang menyatakan Robby sudah belot dua kali!!?/ Pertama dalam agamanya dan kedua dalam parti politiknya!?!? Bak kata bapa saudara Robby, baru sekarang ingat induk bapak!!??  Sebelum ini tidak kenal pun siapa induk bapaknya!!!?

Sunday, March 11, 2012

PAS Tidak Akan Menang Selagi Hadi Awang Tidak Pakai Cawat di Sarawak!!???

PAS Miri atau lebih dikenali sebagai  Jofri mula berasa dirinya semakin hebat!!??  Sekarang ini dia merayu kerusi di kawasan Miri daripada Pakatan Rakyat!!??  Bagaiman bisa Pakatan Rakyat akan memberikan kerusi Miri untuk PAS?!!!?  Setakat ini belum ada lagi kerusi PAS yang berjaya dimenangi setelah sekian lama bertapak di Sarawak?!!!  

PAS lupa akan poster yang menyebabkan pihak Pakatan Rakyat akan berfikir semula untuk meletakkan calon PAS di Sarawak!!???  Kenyataan Hadi Awang telah melukakan hati penduduk Sarawak!!???  Mana mungkin PAS akan menang di Sarawak!??!

 
PAS Untuk Semua
Posted by pas-miri in Friday, March 9, 2012

PAS Kemukakan Calon Terbaik Untuk Pakatan
Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) semakin dekat dan akan diadakan pada bila-bila masa. PAS telah bersedia meletakkan calon terbaik yang boleh menang atau "winnable candidate” dan mempunyai potensi besar untuk menang dalam PRU13 di Sarawak.

Antara ciri-ciri calon yang di ketegori boleh menang yang akan dikemukakan oleh PAS adalah mereka yang mempunyai pengaruh dan popular diperingkat negeri dan juga anak tempatan yang memiliki keluarga yang besar serta saudara-mara yang ramai dalam kawasan tersebut. Memiliki kebolehan dalam berbagai bahasa tempatan dan juga luar negara serta mempunyai ilmu pengetahuan yang luas serta mesra rakyat.

Selain daripada itu, calon tempatan dari keturunan campuran juga merupakan kelebihan yang ada pada PAS untuk bertanding dalam kawasan bandar di Sarawak. Calon tersebut akan mudah berhubung dengan semua masyarakat yang berbilang kaum dan agama di Sarawak.

Di sebabkan Sarawak memiliki berbagai etnik serta suku kaum dan agama, maka tiada suatu bangsa pun dalam Sarawak boleh dikategori sebagai golongan majoriti tanpa adanya kerjasama antara satu sama lain.

Mungkin bagi sesetengah pihak berkata adalah sukar untuk PAS bertanding dalam kawasan bandar yang majoritinya kaum cina disebabkan PAS sebuah parti yang memperjuangkan Islam, tetapi dengan perkembangan semasa, PAS telah berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang terdiri dari berbagai kaum yang bukan Islam dan telah memberi harapan yang cerah untuk PAS diterima oleh masyarakat bukan Islam di Sarawak ini.

Antara kawasan bandar yang ada potensi untuk PAS menang dengan kerjasama dan sepakat dengan PR (Pakatan Rakyat) adalah Miri, kerana Miri merupakan kawasan campuran berbagai bangsa dan agama walaupun bangsa Cina agak ramai sedikit tetapi tanpa sokongan semua kaum dan agama sukar bagi PR untuk menang tanpa kerjasama dari semua pihak.

PAS juga menyeru agar parti komponen dalam Pakatan sama-sama memberi sokongan antara satu sama lain, disamping bekerjasama untuk mencapai tujuan yang sama untuk menumbangkan kerajaaan BN dalam PRU3 nanti. Dengan toleransi serta kesepakatan antara parti komponen akan membolehkan Pakatan mencapai sasaran untuk mengambil alih kuasa dari kerajaan BN.

Setiap parti kompenan dalam PR, seharusnya diberi peluang atau memberi laluan kepada rakan mereka yang masih belum lagi bertanding pada Pilihanraya Negeri Sarawak yang lalu, supaya rakyat dapat melihat kerjasama dalam PR seimbang dan bukan dikuasai oleh sebuah parti saja. Kemenangan untuk rakyat patut diutamakan dan bukan hanya mementingkan kepentingan diri sendiri atau parti.

Jauhilah sikap perkauman sebab di Sarawak mereka yang bersikap perkauman tidak akan diterima oleh rakyat Sarawak. Kalau kita mahu menang dalam PRU13 nanti, kita seharusnya lebih pentingkan kehendak rakyat bukan kehendak peribadi atau parti semata-mata. PAS bertanding disebabkan oleh kehendak rakyat tempatan yang ingin melihat PAS dapat bersama dalam satu gabungan dalam PR Sarawak.
PAS juga mengingatkan wakil-wakil rakyat yang telah dipilih pada pilihanraya umum Sarawak yang lalu agar terus memberi khidmat kepada masyarakat yang telah memberi mereka undi serta sokongan. Jangan sibuk berkempen dan berbalah hanya untuk merebut kerusi sehingga lalai dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Jangan bersifat terlalu tamak dalam pembahagian kerusi sehingga sanggup menyingkir rakan dalam pakatan. Tanpa kerjasama dan persefahaman dalam PR, harapan untuk memenangi sebarang kerusi parlimen di Sarawak akan bertambah sukar dan ada kemungkinan kerusi parlimen yang ada sekarang mungkin akan terlepas akibat keegoan dan kedegilan dalam pembahagian kerusi parlimen di Sarawak nanti.

Usaha PR untuk mengambil alih kerajaan BN akan tercapai dengan syarat mereka bersikap terbuka dan bertolak ansur antara satu sama lain, demi kepentingan rakyat semua kaum dan agama.

Pemimpin PR perlu mengutamakan kepentingan dan kehendak rakyat dari kepentingan diri sendiri dan juga parti. PAS akan berjuang untuk semua golongan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

PAS akan mengemukakan calon yang terbaik antara yang terbaik dalam Pakatan. Calon yang boleh diterima oleh semua golongan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Kita harap semua pihak dalam Pakatan dapat menerima cadangan ini dengan hati terbuka demi menjaga kesatuan dalam Pakatan. Semangat berjuang bersama dalam Pakatan hendaklah dijaga demi kebaikan semua.

Segala keputusan muktamad untuk memilih calon yang terbaik untuk Pakatan, kita akan serah kepada kebijaksanaan pemimpin tertinggi Pakatan di peringkat pusat untuk memilih calon terbaik untuk rakyat Sarawak.

Jofri Jaraiee
PAS Miri,Sarawak

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More