Showing posts with label omega guard. Show all posts
Showing posts with label omega guard. Show all posts

Wednesday, September 24, 2014

Penawar batuk,demam & selsema anak-anak dengan shaklee

Assalamualaikum readers :)

Sebelum Arissa sekolah saya terpikir dah lama betul dia tak demam dan pake j2 selsema batuk tu. Elok je sehari nak mula sekolah, nampak hidung nya berair sikit. Mula je sekolah, selsema makin teruk. Hari ke-3 terus demam. Saya terus bagi nutriferon & vit C chewable. Tapi kena bagi jugak ubat demam, risau melarat.Alhamdulillah sehari je dia ponteng sekolah. Esoknya terus happy nak gi school.

Tapi selsema tu still on off. Saya teruskan bagi dia nutriferon & Vit C chewable. Kebiasaannya dalam 3-4 hari je selsema tu. tapi kali ni maybe dah start sekolah, berjumpa ramai org. Masuk minggu ke-3 Arissa mula batuk2. ponteng jugak sehari. Saya paksa dia makan omega. Selalunya kena sorok dalam minuman or makanan dia. Kali ni dia kunyah2 je macam adik. Saya cakap dgn dia makan omega untuk bagi cepat sihat. Tak sihat tak boleh pegi school. Tu yg laju je kunyah2.:)

Nampak ada perubahan. Selsema makin kering, tp batuk masih ada sikit2. Saya bagi jugak minum madu campur lemon, tapi sekali je dia nak minum. Saya buatkan lagi tapi adik yg habiskan. Si adik apa je yg dia tak makan. Sume nak bedal.hihi. Oh lagi satu Arissa ambik segelas fresh milk dicampur dgn mealshakes setiap pagi.

Penawar demam utk arissa yg paling berkesan adalah nutriferon. Untuk batuk dan selsema adalah omega guard dan Vit C chewable. Tapi kalau demam saya tetap kena standby ubat demam. Ubat batuk & selsema mmg dah lamaaaa sangat tak wujud dalam umah saya. Alhamdulillah. Kalau batuk berlarutan saya tetap bawak anak2 saya berjumpa doktor untuk cek. Ubat tu seboleh2 nya saya cuba elakkan. Setakat ni saya puas hati ikhtiar saya dengan supplement shaklee.  Kalau Qistina pulak seingat saya, saya belum pernah lagi bagi dia ubat batuk atau selsema. Saya bukan menolak terus, tapi hanya cuba elakkan saja. Saya tetap bawak anak2 saya berjumpa paedtrician jika ada masalah kesihatan. Saya bukan doktor yg boleh rawat anak di rumah saja.



mealshakes dan omega guard

omega guard


Bagi anak2 yg mengalami masalah asma

Ni video saya borak2 dengan Arissa pasal apa yg dia belajar kat school. Jemputla tgk. Part last tu tetiba tukar karakter. Nak tergelak ibu!:)))











Monday, September 22, 2014

Supplements untuk ibu hamil

Assalamualaikum readers,

Bila kita disahkan hamil/mengandung/pregnant, jangan sesekali abaikan pengambilan supplements. Dengan shaklee, kita ada supplements set lengkap hamil shaklee untuk diambil semasa pregnant. Masa pregnant Arissa, belum kenal shaklee. Saya ambil iberet folic, calcium dan neurogain. Masa pregnant qistina, walaupun masa tu dah kenal shaklee tp saya tetap ambil vitamin yg doktor bagi. Dan top up dengan supplement shaklee. Tapi kali ni memang sepenuhnya ambil supplements set hamil shaklee.

Masa saya tau saya pregnant, sy tak tergesa2 nk cek doctor pon. anak ketiga kekdahnya. kalau anak first tu tak dan dan nk gi cek doktor. Saya tak risau sbb folic acid, calcium, iron tu sume saya ada dengan shaklee. Saya memang ambik hari2 pon. Tambah2 masa tu busy pulak balik malaysia. Pastu mcm2 hal lagi. Dah masuk 4 bulan baru berkesempatan gi chk up. Gynea saya Dr. Usha tanya dah berapa bulan.Saya jawab 2 bulan lebih. Bila scan rupanya dah 4 bulan! Dah boleh nmpk boy ke girl..hihihi..

Jom kita tgk apa yg ada dalam set hamil shaklee??

1. Vitalea - sejenis multivitamin yg mengandungi 200mcg folic acid. terdapat juga iron,calcium dan sebagainya.Folic acid ni penting untuk ibu hamil untuk membentuk saraf tunjang pada bayi. Preggy moms kena ambik folic acid sekurang2nya 400mcg-800mcg.

2. Vita C - Bantu sistem imun badan utk ibu. dan juga bantu penyerapan iron.

3. B complex- Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B dan juga bantu kawal stress

4. ESP - Membekalkan protein utk menambah tenaga kepada ibu hamil.

5. Ostematrix (calcium&magnesium) - kalsium sgt penting untuk ibu hamil sebab pengambilan kalsium kita dikongsi bersama si kecil dalam perut tu.:). bagi mengelakkan si ibu mengalami osteoporosis, kurangkan lenguh2 badan dan cramp.

6.Omega guard - bagus untuk perkembangan otak bayi.

Sebaiknya ambil set lengkap semasa hamil. Bila kita pregnant, kita bukan saja perlu pikirkan tentang kita, tapi perlu ambil kira keperluan baby.Bagi yg kata tak boleh telan pil dan sebagainya, inilah permulaan pengorbanan kita sebagai ibu. Boleh ke tak boleh kena la harung jugak kan!:) Asalkan baby sihat.

Bila dorg dah besar lain pulak ceritanya. Kalau sakit nak kena cari cara bg dorg pulak makan ubat or supplements. Mencabar gak tu kalau anak yg cerewet. Anak pertama saya lagi memilih berbanding adiknya. sekarang ni si kakak dah makin senang disuruh ambik supplements. Tapi sejak sekolah ni asek selsema je. 

Jom layan video dua beradik ni buat coloring.  tema nya color sesuka hati dimana saja. :)



Nanti tambah lagi sorg menghuru hara kan lantai dengan pelbagai warna..hihi layannnn..








Monday, July 22, 2013

Supplement shaklee membantu penyakit Rheumatoid arthritis

Assalamualaikum,

Harini saya ingin berkongsi mengenai penyakit Rheumatoid Arthritis (RA). Penyakit ini menyerang sendi2. Jika ia tidak dirawat lebih awal, ia boleh mengundang kepada kehilangan daya pergerakan.

Rheumatoid Arthritis (RA) merupakan penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan badan (penyakit autoimun). Ketidakseimbangan sistem pertahanan ini menyebabkan keradangan pada sendi, terutamanya di selaput synovium. Ini mengakibatkan cecair synovium yang berlebihan dalam sendi. 

Oleh itu sendi menjadi sakit, bengkak dan tegang. Jika proses keradangan ini berterusan, kerosakan tulang akan berlaku dan akhirnya menyebabkan kecacatan sendi. Selain sendi, ia juga boleh melibatkan organ-organ lain seperti paru-paru, kulit dan mata.



RA menular dalam 3 peringkat. Peringkat pertama ialah bengkak pada lapisan tisu sinovia yg menyebabkan kesakitan, kepanasan, kekejangan, kemerahan dan bengkak di sekeliling sendi. Peringkat kedua ialah pembesaran dan pembahagian sel yang pantas mengakibatkan cecair sinovia menjadi pekat. Dalam peringkat ketiga , sel yang meradang akan mengeluarkan enzim yg mungkin memakan tulang dan rawan mengakibatkan sendi yg terlibat hilang bentuk dan kesejajarannya, lebih kesakitan dan kehilangan daya pergerakan.

Serangan Rheumatoid Artritis (RA)

RA lazimnya melibatkan mereka yang berumur dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun tetapi ia juga boleh berlaku di kalangan kanak - kanak. Kaum wanita mempunyai  kekerapan 3x ganda lebih tinggi
 untuk menghidap penyakit ini berbanding kaum lelaki.

Tanda- tanda dan Gejala
 

- Sakit dan bengkak pada sendi di kedua-dua belah kaki dan tangan.
- Kekakuan sendi yang lebih ketara di sebelah pagi atau selepas lama berehat.
- Berasa letih dan lesu
- Kekeringan mata dan mulut.




Terdapat 3 langkah supplements Shaklee dapat membantu penyakit RA. Langkah pertama membantu mengkalkan tulang rawan yang sihat dengan Advanced Joint Health Tablet (AJHT). Langkah kedua mengurangkan inflamasi dengan Omegaguard. Langkah ketiga mengekalkan sel tulang yang sihat dengan Ostematrix.



 1. Advanced Joint Health Tablet (AJHT).

Ia dipilih kerana tidak mengandungi kondroitin sulfat sebab ia tidak diserap dengan baik bila diambil secara oral. Kajian terkini menunjukkan kondroitin sulfat mengganggu penyerapan glukosamina yang biasanya senang diserap.




2. Omega Guard


Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak  omega- 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.
Omega-3
-Melambatkan degradasi tulang rawan
-Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi - mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi
-Bertindak sebagai pelincir –> membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut & sakit

 3. Ostematrix


Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang-tulang, tetapi juga bantu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis.

 


Sumber :
2.Shaklee product workshop


Contact me for more details.
sms/whatsapp:+971503218749
FB: puteri hafiza
Tengkiu.:-)
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.*

Monday, January 14, 2013

Supplement buat si manja


Anak2 susah nak makan?anak2 selalu demam,sakit?Ni beberapa pilihan supplement utk anak2 anda.

1.MealShake (saya bancuh jadikan susu untuk di makan bersama cereal untuk qistina 1 tahun.Alhamdulillah dia suka! utk Arissa masih lg mencari resepi untuk pujuk dia makan mealshake.;-)
 
 - Mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan
- Kaya dengan sumber kalsium dan protein
- Amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat
- Pilihan protein soya terbaik anda


2.OmegaGuard (Untuk Arissa 3 thn, saya picit sebiji omega guard kedlm susunya.  Yg saya perasan, kalau dia batuk selalunya tak lama. 2-3 hari dah semakin baik dan tak perlu makan ubat batuk pun! Suke sgt. Tapi baya arissa seeloknya bg 2-3 kali seminggu sahaja)

- Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
- Meningkatkan sistem imunisasi
- Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
- Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.


3.Vita-Lea® for Children Chewable (yg ni Arissa suka!rasa manis2 buah.)

- Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting
-Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
-Baik untuk kesihatan
-Sumber harian tambahan bagi vitamin B

Supplement2 dapat meningkatkan imunisasi anak2. Ada juga testimoni anak2 yg menghidap asma yg dapat dikurgkan. Bayangkan anak2 ni yg susah sgt nak mkn kan, Kalau kita berikan dia supplement, sekurang2nya dapatla anak2 itu mendpt khasiat utk bdn mereka.:-)


Check tahap umur anak2 anda utk supplement yg bersesuaian.

*UNTUK KANAK-KANAK 1-3 TAHUN ==> Mealshake & Omega Guard
*UNTUK KANAK-KANAK 4-12 TAHUN ==> Vita C Chewable, Vitalea for Children, Mealshake, Omega, Nutriferon 
 

*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...