Saturday, December 04, 2010
Rindu menjelma silih berganti
Oleh denyutan di dalam nadi
Segunung kasih penuh menghiasi
Lemah gemalai sentuhan naluri
Ingin diluah segan sekali
Namun fikiran tak ambil peduli
Andai ditanya isi di hati
Walau lautan luas berapi
Akan diselam direnangi
Tiada tandingan Tiada pengganti
Itulah Dia cinta sejati...
Sabtu, 4th December 2010.
Hari ini adalah hari pernikahan ku bersama seorang gadis yang amat aku sayangi. Walaupun asalnya aku membenci beliau. Hari ini juga aku telah digelar menjadi seorang SUAMI yang sah terhadap Isteriku. Masa berlalu dengan begitu pantas. Rasanya baru seperti semalam aku mengenali beliau...
Sayangku, aku amat bersyukur kerana diketemukan dengan dikau. Aku amat bersyukur kerana dapat mengikat tali pertunangan dan aku amat bersyukur untuk memperIsterikan dikau. Alhamdulilah..
Sayangku, peristiwa yang berlaku sewaktu kita bermusuhan dulu masih segar di benak ingatan ku. Tak akan aku lupakan bagaimana kita mampu menjadi teman sehinggalah ke hari ini. Amat lucu bila diimbaskan kembali...
Sayangku, banyak yang kita telah lalui bersama. Saat pahit manis, suka duka, kau selalu sabar dan masih menerima diriku seadanya. Walaupun ada kalanya aku sering membuat dikau terguris ataupun menyakitkan...
Sayangku, hari ini adalah hari yang amat bahagia buat diriku. Aku pasti kau juga merasainya. Aku bersyukur dan akan terus berdoa semoga mahligai yang kita bina akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan terus diberkati. Semoga kita mampu menempuh segala dugaan yang melanda dengan penuh kesabaran dan keimanan. Insyallah...
Sayangku, terima kasih kerana sudi menjadi teman hidupku. Akan ku sayang, ku belai dan ku rindu selagi hayatku. Semoga kehadiranku mampu memberikan kebahgiaan di dalam hidupmu...
Sayangku.... Aku Cinta Padamu...
`kaulah segalanya.
5:18 PM
Wednesday, September 09, 2009
Kau pernah ku sayangi...
Mengalir airmata di pipi
Membasahi tanpa ku sedari
Terkenangkan kasih yang pergi
Sayunya di dalam hati...
Andainya kau masih disisi
Menjalin cinta mesra nan suci
Tapi sayangnya semua dihalangi
Kerna hasrat yang tak pasti...
Maafkanlah sayang andainya kau terluka
Cinta kita musnahlah akhirnya
Bukan ku pinta Bukan ku rela
Sememangnya jodoh tiada...
Pergilah sayangku usahlah kau tangiskan
Membawa dirimu yang kesepian
Hanya satu yang ingin kau mengerti
Kau pernah ku sayangi...
`kaulah segalanya.
8:10 AM
Friday, December 19, 2008
Jumaat...
Hari ini aku didatangi berita yang tidak cukup gembira buatku...
Doktor mengesahkan bahwa kau tidak dapat dialihkan ke dalam wad biasa. Mereka akan sekali lagi membuat pemeriksaan khas...
Sayangku, aku sedar betapa sakitnya yang dialami kau selama berapa hari ini. Dari raut wajahmu, jelas sekali...
Sayangku, ingin saja aku berkongsi kesakitan yang dirasai. Aku tidak sanggup melihat penderitaan kau itu...
Sayangku, aku tidak pernah berputus asa dengan dirimu. Aku tahu kau memang seseorang yang dapat melalui segala cabaran dan dugaan. Aku tahu kau seseorang yang penuh dengan semangat keyakinan dan aku tahu kau mampu menepis segalanya...
Sayangku, hingga ke hari ini, rinduku sentiasa buatmu. Cintaku sentiasa untukmu. Aku tidak dapat menahan sebak di dada melihat keadaanmu. Aku takut sayang.... Aku benar2 takut.....
Sayangku, aku sentiasa berdoa yang terbaik buat mu. Berulang kali aku ucapkan padamu. Sentiasa ingatlah pada Allah kerana dialah Tuhan kamu. Berdoalah kepadanya. Mohonlah kepadanya. Sesungguhnya dialah Tuhan yang maha Mendengar...
Sayangku, sembuhlah dengan segera. Aku sentiasa berdoa......
Ya Allah Ya Tuhanku...
Peliharalah hamba mu yang lemah ini...
Berikanlah aku kekuatan untuk melalui ujian mu ini...
Sesungguhnya engkaulah Tuhan yang Mengasihani...
Amin Ya Rabbal Allamin...
"...kau masih ku cintai, sungguh"
`kaulah segalanya.
11:23 PM
Thursday, December 18, 2008
Khamis...
Kali ini aku pulang dengan hati yang sedikit tenang. Walaupun tidak sepenuhnya namun sedikitnya itu dapat melegakan hatiku ini...
Kedengaran suaramu akhirnya memecahkan kesunyian yang menghinggap di halwa telingaku. Aku cukup gembira dapat melihat kau membukakan mata dan menatap wajahku...
Walaupun keadaan kau masih lemah, kau berupaya untuk mengukirkan senyuman kepadaku...
Sayangku, cepatlah dikau sembuh. Aku benar benar merindukan pelukanmu. Aku rindukan belaian mu dan aku rindukan gurauan manja mu...
Doaku sentiasa untukmu. Usahlah kau ragui lagi cintaku padamu. Cintaku sentiasa buat dirimu sayang...
Kini aku hanya sabar menanti kepulanganmu. Dengan bertanamkan semangat yang tabah dan hati yang cekal, akan ku lalui segala cabaran dan dugaan dengan penuh keimanan dan keredhaan...
Sesungguhnya Allah yang Maha Menentukan...
Amin Ya Rabbal Allamin...
"...kau masih ku cintai, sungguh"
`kaulah segalanya.
11:12 PM
Wednesday, December 17, 2008
Rabu...
Alhamdulilah... Segalanya sudah pun selesai.
Tetapi hatiku masih sedih melihat keadaan mu yang sebegitu...
Titisan airmata berlinangan mencurah tiada henti di pipimu. Aku dapat merasai apa yang kau lalui...
Sayangku, amat berat untuk aku katakan bahwa aku juga ingin mencurahkan airmataku yang bertakung disaat aku melihat kau sesudah operasi yang telah kau lalui...
Namun aku harus tabah & redha. Aku harus kuatkan diri supaya aku dapat memberikan kau semangat untuk cepat sembuh kembali. Supaya kita dapat kembali seperti dulu...
Sayangku, aku benar2 mencintaimu. Dalam perjalanan pulang, setiap langkahku amat berat sekali. Diiringi hati yang sedih & pilu. Disaluti fikiran yang tak menentu...
Aku hanya dapat berdoa pada Allah yang maha Esa. Hanya padanya aku memohon pertolongan. Sesungguhnya dialah Tuhan yang menentukannya segalanya...
Walaupun titisan airmata yang menjadi balasan, ia tidak dapat menegelami cinta & kasih sayang ku pada mu. Aku pasti yakin dan pasti....
Sayangku, usahlah dikau bersedih lagi. Bersabarlah dan kuatkanlah semangatmu. Aku yakin kau juga ingin sembuh seperti sedia kala. Aku juga yakin yang kau mampu untuk melalui segalanya...
Aku akan sentiasa berada disisimu. Aku akan sentiasa berada dalam ingatanmu. Aku akan sentiasa bersamamu untuk menjalani kehidupan ini...
Ya Allah Ya Tuhanku... Aku berdoa kepadamu...
Sembuhkanlah dia yang sentiasa aku cintai...
Sesungguhnya kaulah Tuhan yang maha Mengasihani...
Amin Ya Rabbal Allamin...
"...kau masih ku cintai, sungguh"
`kaulah segalanya.
10:28 PM
Tuesday, December 16, 2008
Selasa...
Kini kau bermalam di dalam hospital. Keseorang dan sendirian. Tiada siapa yang berteman...
Hanya bicaraku yang menemani kau hingga pagi menjelma. Walaupun kedengaran tawa, namun hati & fikiranku sentiasa memikirkan apa yang akan kau lalui nanti...
Aku takut. Aku sedih. Aku gelisah...
Namun aku sentiasa berdoa pada Allah yang maha Esa...
Tidurku jadi tak lena. Masih terngiang ngiang lagi tawa riangmu yang sentiasa memikat hatiku...
Kaulah gadisku. Kaulah kekasihku. Kaulah segalanya buatku...
Ya Allah Ya Tuhanku... Tabahkanlah imanku. Kuatkanlah semangatku.
Aku berdoa kepadamu Ya Allah... Sesungguhnya ku berlindung pada mu Ya Allah...
Selamatkanlah segala yang dilalui oleh dia yang ku cintai...
Sesungguhnya dialah kekasihku yang abadi...
Amin Ya Rabbal Allamin...
"...kau masih ku cintai, sungguh"
`kaulah segalanya.
11:30 PM
Sunday, January 06, 2008
Ahad...
Jikalau ku tahu
Diriku hanyalah sandaranmu
Tak akan ku curah segala
Cinta ku padamu
Mengapa sejak dahulu
Kau tidak berterus terang
Bahawa aku hanyalah
Tempat persinggahan mu...
Sudah menjadi lumrah
Ada insan lupa daratan
Waktu kau kesusahan
Akulah tempat engkau mengadu
Tapi apabila kau senang
Mudahnya kau berubah hati
Dan kau bersuka ria
Dengan orang yang lain...
Waktu susah kau cari aku
Waktu senang engkau tinggalkan aku
Begitulah sikap mu yang tak tahu
Kenal budi...
Waktu duka akulah teman
Waktu perlu akulah kekasihmu
Tapi selepas itu mengapa kau
Khianati...
Apa gunanya dikenang kenang
Pada orang yang tak menghargai
Segala pergorbanan diriku
Akhirnya aku terluka...
Aku hanya bersabar
Sambil dalam hati ku bertanya
Bahagiakah engkau
Membiarkan aku terkilan rasa
Sesungguhnya dirimu adalah
Manusia yang lupa daratan
Dengan mudah kau mungkiri
Segala janjimu...
Dahulu aku sering
Hiburkan hatimu sayang
Dan mengapa balasanmu kini
Menyakiti hatiku...
`kaulah segalanya.
10:23 AM
Tuesday, November 06, 2007
"Terciptalah seorang insan..."
Dari dahulu mendengarkan suara mu
Siapakah itu intan atau permata
Lalu ku tulis kata kata pujangga
Menghiasi hati ku hanya untuk mu
Luas lautan usah cuba diduga
Jadi ingatan teman sebagai pedoman
Namun ku terus cuba mendekati mu
Tetapi aku tertewas
Kita tak serupa...
Kau bandingkan ku dengan kekayaan
Ternyata aku ketinggalan
Walau ikhlas menyintai mu
Kau hina tanpa rasa simpati
Masih kedengaran lagi
Nista yang ku cari
Baru kini aku sedari
Bukan mudah untuk melewati
Sememangnya aku bersalah tidak mengerti
Ku antara berjuta yang meminati mu
Terlanjur menyinta dengan tulus suci
Tanpa jawaban pasti...
"...yang terlanjur menyintaimu"
`kaulah segalanya.
5:36 PM
Tuesday, October 09, 2007
Selasa...
Racun yang berbisa duka
Onak duri melanda jiwa
Serpihan demi serpihan
Lontaran demi lontaran
Impian & hasrat musnah segala
Namun takdir yang menentukannya
Aku redha...
Walau apa jua penentuannya
Airmata menjadi teman
Tangisan demi tangisan
Isi hati yang kesepian...
`kaulah segalanya.
8:20 PM
Monday, September 24, 2007
Isnin...
Alhamdulilah...
Masuklah sudah hari yang ke dua belas kita seluruh umat islam menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bulan yang penuh mulia dan penuh barakah diantara bulan bulan yang lain...
Kini, hampir lima bulan aku bekerja di tempat baru. Syukur kepada Illahi kerana memberikan aku rezeki yang mencukupi. Teman seperjuangan juga memainkan peranan dan memberikan sokongan yang sewajarnya kepadaku....
Namun, aku dilanda dilemma. Aku dihukum secara diam. Aku dicucuk racun berbisa. Aku bingung! Aku resah! Aku gelisah... Mengapa??!!
Bukannya aku marah pada dirimu. Bukannya aku benci dengan sikapmu. Aku cuba untuk bebual dengan kau setiap kali kita bersua namun berat mulut ini untuk meluahkannya...
Dari raut wajah muka mu, aku dapat melihat yang kau benar benar kecewa dengan kelakuan diri ku. Namun aku ikhlas untuk berkawan. Tidak pernah pun aku mempunyai hasrat dendam ataupun benci terhadap dirimu...
Saat perkenalan pertama kali masih segar di ingatan. Walaupun cara tuturan mu amat kasar, namun ia memberi kesan yang manis terhadap diriku...
Tempoh hari di tempat bekerja, kau dan aku bertentangan di dalam lif. Sekelip renungan matamu membuatkan aku rasa menyesal dengan apa yang telah berlalu...
Aku insaf. Aku sedar. Aku yang bersalah. Aku ingin benar benar memohon maaf dengan dirimu. Aku ingin benar benar menembusi segala kesalahan ku. Tapi aku sedar bukan semudah itu...
Pada bulan yang mulia ini, aku berharap & berdoa semoga kau dapat memaafi diriku ini. Semoga persahabatan kita akan terjalin jua...
"...seandainya kau terluka"
`kaulah segalanya.
6:19 PM
Monday, September 03, 2007
Monday...

The 4 days 3 night trip to Phuket was great. I didn't expect it to be filled with great fun & memories. The "free & crazy" package really suits the 3 of us who are naturally born with unsangkarables attitudes & humour...
We departed from homeland on the 30th Aug @ 1325hrs and reach Phuket International Airport @ 1420hrs (Singapore Time). The time between Singapore & Phuket is 1 hour difference with Singapore leading 1 hour ahead.
As we landed in Phuket International Airport safely, we prayed to God for his blessings. As we came out from the Arrival gate, we were welcomed by our tour agent namely Rambo. Well, his Thai name is actually Udon but he prefer people calling him Rambo as he used to be a Muay Thai boxer back then. He's a fighter after all...
Rambo took us on a half day city tour to some of the places located in Phuket. Very nice indeed but not what we are looking foward to. The 3 of us are more eager to reach our hotels, do some shopping & have fun...
According to Singapore time, we reached our resort at 1600hrs. Patong Resort is the place where we checked in and it is located in Patong Beach. After we settled down, we left for shopping along the road in Patong. Full of stuffs & varieties. Our mind almost went crazy!! Had our dinner at the KFC and spent the night life in Banana Disco. The crowd was great. Full of energy. Full of people. Atmosphere was superb. Really enjoyed ourselves...
Next day, we had to wake up early in the morning as we are going on a trip to Phi Phi Island on a Phi Phi Cruiser. Took us half and hour from our resort to the Port Pier and another one hour and a half to PhiPhi Island. PhiPhi Island is divided into 2 islands which is PhiPhi Lay and PhiPhi Don. We went for snorkelling & sea walker. It was really a nice experience to be swimming and getting up close with different kinds of fishes...
Soon, it was time for us to proceed back to Patong Beach. Aini started to feel kinda sick as she seems to be too weak to even smile. Once we reached the hotel room, Hafis & Me gave Aini her medication which she normally consumes. Then, we told Aini to rest & have a sleep while Hafis & Me went out to take a walk in Patong area as our body are really behaving "too hyper" at that moment. What happens next was too personal... Heehe..
On the 3th day, thank God that Aini was feeling well. We then went out for sightseeing and shopping again. Took a walk along Patong beach. Took pictures of the scenery. Went to Phuket Town for shopping and even went to International Market where the price you can bargain is really really beyond low. Spent a few hours and we proceeded back to Patong Beach. Before we went back to our hotel, Aini treated us Ice Creams. Niceeee....
Night came and we entered Seduction Discotheqe located in Bangla Road however the crowd was not that encouraging. We then change to our favourite, Banana Disco. However, we did not party all night long as we still have yet to pack our things...
The next day we checked out at 1200hrs. As our flight was at 2010hrs, we secured our bags & things at the Lobby Store and we went out for our last shopping. We said goodbye to the shopowners we've known for the past few days. Most of them are Nepalese. We had coffee & cakes at Starbucks and suddenly we started missing Phuket...
Well, eventually we have to go back. But, we will definitely visit Phuket again. Departed from Phuket and landed in Singapore safely. I was expecting a SMS from her but it did not came. Tired of waiting, i send her a msg. Well, i can't blame her. Maybe she could have forgotten eventhough i've told her. But its okay. I've enjoyed myself alot with Hafis & Aini. Buddies forever...
Remember guys... What happens in Phuket, stays in Phuket... ;)
For viewing pleasure, kindly visit http://community.webshots.com/user/patongphuket
`kaulah segalanya.
8:01 PM
Wednesday, August 22, 2007
Rabu
"Usahlah membuat tafsiran sendiri..."
Sayang...
Bercinta denganmu amat indah sekali
Walaupun seketika,
Walaupun melanggar etika percintaan...
Sayang...
Detik permulaan cinta kita
Amat bermakna bagi diriku
Di saat itu, Di ketika itu
Hanya kaulah yang bertakhta dihatiku...
Sayang...
Berulang kali ku katakan
Aku benar-benar sayangkan dirimu
Walaupun takdir kita bertentangan
Hati ini terpaut sudah denganmu...
Tapi Sayang...
Kini takdir merubah segala
Cinta yang terjalin musnah sudah
Angkara dia yang mendustai cinta
Aku dilepaskan sebegitu saja...
Sayang...
Usahlah membuat tafsiran sendiri
Jangan membuat andaian yang tak pasti
Mungkin jawapan yang dipaparkan
Jauh sekali dari apa yang kau sangkakan...
Sayang...
Ingin aku ingatkan semula
Ruang hatiku jelas ada nama mu
Walaupun jauh aku menyepikan diri
Mahligai istana masih setia menanti...
"...kerana bukan itu yang aku maksudkan"
`kaulah segalanya.
2:33 PM
Tuesday, August 07, 2007

"...buat dia yang ku gelar Cinta Pertama"
Hari membiru gelap
Terlukis duka dalam bayangan
Derita hati yang mendera
Rasa sesal menghantui dada...
Maaf aku ucapkan
Hati mu sudah ku buat kecundang
Terpaksa semua ku lakukan
Kerna kisah cinta yang terlarang...
Derita mu kasih ku rasa jua dalam diri
Tembok perpisahan membatasi titik kasih
Rasanya ku tak mampu menembus titik
Yang membuat kita jauh berpisah...
Engkau bagaikan rembulan
Ku hanya batu jalanan
Dan tak mungkin ku bersinar
Terangi malam...
Memang berat perpisahan
Terkurung hati ku
Dalam lukisan duka
Tiada beerti...
"...maafkan diriku seandainya menyakiti"
`kaulah segalanya.
8:32 PM
Tuesday, June 26, 2007
Selasa...
Khas buat si Teman Misteri...
Teman,
Seandainya kau membaca coretan ku ini
Ingin ku meluahkan apa yang terpendam selama ini
Tak usah lagi dirahsiakan isi hati
Biarlah terbongkar segala apa yang menanti...
Teman,
Kehadiran diri mu dalam hidup ini
Terbukti amat bermakna sekali
Kau menghiasi ruang kekosongan di kamar hati
Kau juga bagaikan obor yang menyinari...
Teman,
Terima kasih aku ucapkan sekali lagi
Kerana sudi bersama ku melalui hidup ini
Memang sungguh aku tidak menafi
Dirimu, aku mula menyintai...
Teman,
Setiap hari masa berlalu
Suara mu, Tawa mu, Senyuman mu
Masih jelas bermain difikiranku
Tiada terhenti, Tiada jemu...
Teman,
Betulkah aku telah dilamun cinta?
Betulkah kau yang aku cinta?
Adakah ini hanya sementara?
Atau ia akan berkekalan selama lamanya?
Teman,
Aku hanya dapat berdoa kepada Tuhan
Agar persabahatan kau dan aku berkekalan
Semoga ia direstui penuh kesyukuran
Semoga ia terus berkekalan...
"...segalanya telah terbukti"
`kaulah segalanya.
5:30 PM
Friday, June 15, 2007
Jumaat...
Anggapan & Definasi tentang Kawan, Teman & Sahabat...
Kawan, adalah mereka yang aku kenali tidak kira sama ada di alam siber ataupun alam realiti. Kawan sekerja, Kawan Seperjuagan, Kawan Permainan, Kawan kepada kawan lain, Kawan Friendster, Kawan Msn, Kawan makan Kawan pun ada. Mereka inilah yang layak digelar kawan kerana mereka mengenaliku hanya pada zahirnya bukan pada hati budi ataupun kisah suka duka yang aku menanggung...
Teman, adalah mereka yang selalu bersama denganku. Bagiku, mereka adalah yang teristiwa dalam hati ku. Namun, tidak segalanya yang dapat dikongsi bersama mereka kerana ada seberapa perkara amat terhad bagi seseorang...
Sahabat, adalah mereka yang harus disanjung tinggi. Mereka inilah yang mengenaliku bukan saja pada zahirnya malah isi hati yang terpendam. Tawa riang, Gurau senda, Ratap tangis dilalui bersama. Pahit manis, Suka Duka, Susah Senang juga dikongsi bersama. Hanya mereka yang memahami hati dan perasaan ku...
Aku memang mempunyai ramai Kawan, sebilangan Teman dan beberapa orang Sahabat namun padaku mereka juga insan yang memerlukan kasih sayang sepertiku. Tidak kira sama ada Kawan, Teman ataupun Sahabat, bagiku semuanya aku hargai kerana Kawan dapat menjadi Teman kita dan akhirnya menjadi Sahabat kita buat selama lamanya. Oleh itu, Sahabat yang lama adalah cermin yang baik buat kita...
"...setiap insan yang menyinari hidupku"
`kaulah segalanya.
9:14 AM
Friday, May 25, 2007
Jumaat...
Teman,
Kini hampir dua bulan masa berlalu
Semenjak pertama aku mengenali dirimu
Walaupun rinduku menebal di kalbu
Namun untuk meluahkannya, aku masih terpaku
Kian lama tidak bersua muka
Hanya gambar pengganti di jiwa
Mengubat hati yang kian lara
Menyulam kasih bermadu asmara?
Senyumanmu yang sering diukirkan
Tawa riang mu yg sering kedengaran
Walaupun kita tidak lagi bertentangan
Namun di hati, kau tetap pujaan...
Misteri Si Teman Misteri
Silih bermain tiada terhenti
Membuat diriku tertampi tampi
Apakah ini hanya khayalan mimpi?
Misteri Si Teman Misteri
Adakah kau yang aku impi
Ataupun aku hanya menanti
Kasih dari mu yang belum pasti
Misteri Si Teman Misteri
Andainya kau takkan ku miliki
Lontarkan saja aku ke alam mimpi
Kerna di situ, cinta kita pasti bersemi, kekal dan abadi...
Walaupun bukan di alam realiti.....
"...rindu mengajarku erti ketabahan"
`kaulah segalanya.
1:58 PM
Thursday, May 17, 2007
Khamis...
Kiriman sms yang aku terima tempoh hari...
Dia hantar: Adi??
Aku jawab: Yes??
Dia hantar: Hi.
Aku jawab: Helo.
Dia hantar: So, How's everything?
Aku jawab: Everything ok. U?
Dia hantar: Goes well so far...
Aku jawab: Naper ni? Is something bothering u?
Dia tak reply balik dan diam selama lamanya...
Salah aku ker? Setiap perbicaraan aku dengan dia selalu tergantung di tengah jalan. Kalau aku tak msg dia, dia kata aku dah tak macam dulu. Kalau aku msg, dia pula yang tak sudi melayan...
Teringat masa tu, aku terserempak dengan dia dan tidak menegur sapa. Dengan pantas dia msg dan mengatakan yang aku dah sombong. Sombong?? Aku?? Atau dia?? Cium tapak tangan, berbaukah atau tidak?
Sesungguhnya aku tidak pernah inginkan ini semua terjadi. Aku beruntung kerana hidup aku bukan ditentukan oleh sesiapa tetapi pada diri aku sendiri. Oleh itu aku selalu cubit peha sendiri dahulu, baru mencubit peha orang lain...
Hidup ini memang ditentukan oleh Allah swt. Kita memang merancang tetapi dada manusia memang tidak dapat diselam. Apa yang difikirkan belum pasti dapat diketemukan. Hanya berdiam diri dapat menentukan...
Diam, Bukan beerti aku menangis
Diam, Bukan beerti aku mengalah
Diam, Bukan untuk sementara
Tetapi Diam, Bukan untuk mencari angkara...
Diam diam lepu? Diam diam ubi berisi? Diam penggali berkarat? Ataupun diam di laut, masin tidak, Diam di bandar tidak meniru?? Mana satu yang kau mahu...? Sedangkan digigit semut terasa pedihnya, inikan pula gigitan kata-kata?
Fikiran kau masih mentah lagi. Belum tentu kau dapat mengawal semua ini. Sedangkan apa yang dipotretkan di lelaman aku ini, kau masih belum dapat memahaminya lagi. Ini kan pula lautan realiti yang kau nak tempuhi? Sudahlah. Aku nasihatkan perkara ini kau dibalik balikan bagai memanggang...
Jangan ikutkan perasaan, Kawan. Analisa dahulu sebelum membuat pertaruhan. Kelak nanti kata kata kau sendiri yang termakan. Jangan dicucuk orang hidungnya. Nanti tiada guna akhirnya...
Walau bagaimana pun, Aku merasa lega kerana aku dah luahkan segalanya. Aku pun bersyukur dengan perjalanan hidup aku ini. Perjalanan yang lebih luas dan aku percaya lebih banyak lagi pengalaman yang boleh dimuatkan dalam hidup ini...
Ingat, walau apa2 pun.... Jangan pandang belakang eh...
Cantikk tak?? Caanntikkk...
"...akhirnya senyap jugak kau eh"
`kaulah segalanya.
6:55 PM
Sunday, April 22, 2007
Ahad...
Members lah konon... Braders kaper?
Don't want to lose a frenship?
Bullshit ah!!
Kau yang aku harapkan, Kau yang tak boleh diharap
Kau yang selalu memesan, Akhirnya kau yang jatuh bertiarap
Kau yang menjadi pujaan, Kau pula yang jadi kucing kurap
Kau yang ku sangka teman, Ternyata kau hanya makan suap...
Ternyata Tuhan itu maha adil. Keikhlasan dan kejujuran dalam sesebuah persahabatan memainkan peranan yang penting. Kau menuduh aku yang ingin memusnahkan segalanya. Tetapi jelas di depan mata, kaulah yang selama ini berpura pura. Manis di bibir saja...
Aku dicaci! Aku dihina! Aku diperkata! Namun aku redha dan sedar atas segalanya lalu aku mengambil iniatif untuk meluahkan & memohon maaf kepada kau. Tetapi, apakah ini semua hanya luaran saja?
Sudahlah... Cukup sudah kau bersandiwara. Tiada gunanya aku berjuang lagi untuk persahabatan ini. Tiada gunanya aku memikirkan semua ini. Sudah ternyata. Mulutmu, Lidahmu adalah Senjatamu. Namun bagiku, kata kata di dalam hati ini lebih bermakna dari semua itu...
Usahlah kau menyalahkan aku lagi. Kau yang memulakannya. Kau yang inginkan semua ini terjadi. Aku hanya mengikut resmi si Tupai. Mencari bahan bahan yang baik. Mencari sumber sumber yang baik. Mencari buah buahan yang baik dan Mencari baja baja yang baik. Mencari jalan yang terbaik untuk persahabatan...
Bukan aku memilih tetapi Allah swt mahukan hamba hambanya melakukan perkara perkara yang baik dan terbaik. Aku telah cuba, namun Kau mahukan hidup yang berbeza. Aku hanya mampu berdoa semoga kau bahagia. Semoga kau dilindungi & diampuni dari segala dosa dosa. Sampai disini sahaja persahabatan kita akan bertahan...
Kalau diberikan kita ilmu, ilmu akan kekal selama lamanya
Kalau diberikan kita harta, akan habis jua akhirnya...
Akhir sekali, terima kasih kerana menyakiti hati yang ikhlas dan suci...
`kaulah segalanya.
4:44 PM
Monday, April 02, 2007
Isnin...
Teman,
Bermulanya kita tidak bersapa
Malah tegur pun tak bisa
Hari demi hari semakin mesra
Gurau senda riang ketawa
Tahukah engkau hari ini
Bermulanya empat minggu kita bersama
Hari terakhir akan ketemu nanti
Berpisahlah kita berjauhan mata
Walaupun hati ini memendam sesuatu
Namun tak terdaya tak termampu
Kerana aku sedar siapalah aku
Hanya mimpikan impian yang palsu
Walaupun kita akan berjauhan
Entah bila lagi akan bertentangan
Mungkin tidak Mungkin akan
Aku berserah kepada takdir Tuhan
Teman,
Terima kasih aku ucapkan
Segala kenangan bersama
Akan ku kenang Sehingga akhir hayat kita...
`kaulah segalanya.
7:15 PM
Monday, March 26, 2007
Isnin...

Teman,
Hari ini kau nampak tenang
Keceriaan yang terletak di wajahmu
Tertulis mesra nan indah
Terukir seribu makna
Keriangan tawa mu
Kembali menghiasi kamar hati ini
Betapa gembiranya tiada terkata
Pabila mata bertentangan buat seketika
Buat pertama kalinya aku merasai
Payah tidak pernah aku kenali
Tidak pernah aku segani
Sehingga munculnya dikau di perjalanan ini
Teman,
Segunung kasih aku ucapkan
Dalam diam kau telah membuat ku bahagia
Walaupun daripada sudut yang berbeza
Tanpa sebarang kata...
"...hanya melihat mu dari sudut yang sepi"
`kaulah segalanya.
7:55 PM