Wednesday, December 16, 2009

Salam Maal Hijrah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Friday, November 27, 2009

CC HANTARAN

Thanks Mie for the order.





Tuesday, November 17, 2009

Thursday, September 17, 2009

SALAM LEBARAN BUAT SEMUA

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut Hari Raya. Kepada semua kak ina ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Sekali lagi kak ina memohon maaf kepada kawan2 dan pengunjung di sini yang mana tidak dapat memenuhi permintaan membuat kek kerana masa yang tidak mengizinkan, harapan kita dapat berurusan di lain hari dan ketika, insyaallah.Semuga anda semua bergembira berjumpa sanak saudara di hari bahagia ini. Kepada yang tidak berkesempatan bertemu di harap dapat bersabar. Juga janganlah lupa kepada yang telah tiada, sedekahlah ALFATIHAH dan doa buat mereka2 di sana. AMIN.

Wednesday, August 26, 2009

Tingkatkan Antibodi dgn ALPHALIPID LIFELINE

Bahaya H1N1, apa yang perlu anda buat ? Tingkatkan Antibodi Anda dgn. Alpha Lipid Lifeline
by arujhan on Aug.19, 2009

Di Malaysia, setakat hari ini kematian akibat jangkitan H1N1 dah mencecah lebih 67 orang dan kini pihak kerajaan tidak mampu lagi mengawal keadaan ini. (HARI INI 27/8/09 - dah 71 org)

Awas! Jangan Panik! Apa yang anda Perlu Buat?

1.Anda perlu tingkatkan pengetahuan anda tentang virus ini dan bagaimana boleh mengelakkannya.

2.Anda perlu tingkatkan Antibodi/Sistem Pertahanan Badan Anda -Alpha Lipid Lifeline KOLOSTRUM boleh membantu anda meningkatkan daya pertahanan badan melawan virus ini.

For more info go to this blog:
http://alphalipidlifeline.blog.com/

Thursday, August 20, 2009

SALAM RAMADHAN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Selamat Menyambut Ramadhan
.
Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina

Monday, August 10, 2009

Doa hindari H1N1

Kebelakangan ini banyak email2 yang diterima mengenai H1N1 ini dan di bawah ini ada surah2, doa serta petua2 untuk kita amalkan. Cubalah. Kita hanya berusaha hanya ALLAH yang menentukan.

1- Kita perlu membaca 3 Qul. Penekanan yang boleh diberikan ialah pada surah al-Falaq ayat yang pertama dan kedua. Ayat itu bermaksud:Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; (al-Falaq[113:1-2]).

2-Doa baginda Rasulullah SAW yang masyhur:بسم الله الذي لايضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم[Dengan nama Allah yang tidaklah memudharatkan bersama NamaNya segala sesuatu yang ada di bumi dan langit , Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.(3 kali)]Kata Rasulullah saw: Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya.”HR. Abu Dawud 4/323, At-Tirmidzi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat Shahih Ibnu Majah 2/332,- rujuk Hisnul Muslim.SEMOGA DENGAN MENGAMALKAN 2 PERKARA DI ATAS DAPAT MENGHINDARKAN KITA DARIPADA MUSIBAH H1N1 YANG SUNGGUH MENGRIKAN INI.



Fennel Seed Treatment Claimed Effective to Prevent Swine Flu

Sharjah: Drinking a decoction made of fennel seeds soaked in warm water first thing in the morning could prevent you from catching swine flu says a study published in a Chinese medical research magazine.
According to report published in Al Khaleej a local Arabic daily, the study has resulted in an increase of fennel seeds sales by 50 per cent in some Asian countries.
The report read that similar increase in sales was also visible in countries like Saudi Arabia and Egypt.
The fennel seed warm drink is being distributed to people who are making pilgrimage to the holy cities of Makkah and Madinah.
沙迦: 根据中国医学研究杂志所发表的研究报告,在早上饮用茴香的种子(小茴香)所浸泡的温水可以预防猪流感(A型流感)。
根据一家阿拉伯文报章的报导(Al Khaleej),这项研究结果增加了一些亚洲国家的茴香种子销售量约50%。
该报导也指出类似的销售量增长也出现在其他国家如沙特阿拉伯和埃及。
茴香的种子所浸泡的温水也在麦加(Makkah)和麥地那(Madinah)分发给前往朝圣的人。
Sharjah: Menurut kajian yang dikemukakan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan di China, minum air suam yang direbus dengan jintan manis pada pagi boleh mencegah selesema H1N1.
Menurut laporan dalam surat khabar harian bahasa Arab (Al Khaleej), kajian itu telah menyebabkan peningkatan jualan jintan manis di beberapa negara Asia sebanyak 50%.
Berita tersebut melaporkan bahawa peningkatan jualan yang serupa juga dapat dilihat di negara-negara seperti Arab Saudi dan Mesir.
Minuman jintan manis juga diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah dan Madinah.
Fennel Seeds
小茴香
Jintan Manis
Original article from http://archive.gulfnews.com/articles/09/07/05/10328712.html

Wednesday, July 29, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU SAIDATUL DAN IZAM



Kepada kedua mempelai, saudara mara, rakan2 dan pengunjung blog ini bolehlah layari link di bawah untuk melihat photo2 di hari pernikahan dan persandingan ke dua mempelai di Kuala Lipis pada 24/7 - 25/7/09.

http://www.slide.com/r/Fjuk5esb3j_zeqGYym06GEg4PIY5Cu0P?previous_view=mscd_embedded_url&view=original


Sunday, July 5, 2009

BLUEBERRY MUFFINS

500 pcs muffins ordered by kawan dari Sg Buloh utk majlis kenduri di Johor


RM 0.90 sebiji

Monday, June 29, 2009

MARBLE CHOCOLATE CHEESE BROWNIES

Terima kasih Elin dan rakan2 kat CMD CENTRAL kerana oder brownies ni.. tak cantik le pulak rupa marble ni kali ni...agaknya tangan kak ina ni senget kut masa menggarisnya..hehehe..


RM 44 (9.5" x 9.5")

Sunday, June 28, 2009

Happy Birthday

Terima kasih kepada kak chik dari KTMB yang mengorder coklat cake utk celebrate birthday staff kat opisnya. Selamat makan2 ye kak chik dan teman2.


RM 50 ( 9" - 1.5 kg)

Saturday, June 27, 2009

Selamat bertunang Z n Z

Terima kasih kepad NOR CMDHQ kerana order CC hantaran dan muffins untuk majlis pertunangan adiknya.





Saturday, June 20, 2009

Semuga berbahagia Fazlina dan Fazli

order dari farz 100 cupcakes, sebiji butter strawberry, 3 coklat tart untuk majlis di rumahnya hari ini. Tahniah farz, nama pun dah hampir serupa, ingatlah kita hanya merancang tetapi perancangan ALLAH adalah yang terbaik. Terima kasih kerana meng oder dgn kak ina, semuga farz dan si dia berbahagia dan di murahkan rezeki.



cupcake chocolate cake + topping swirl buttercream + 2 sugarpaste alphabet letters + 3 sugarpaste flowers + beads + dome container

Harga RM 2.60 each


Buttercake + filling buttercream strawberry + coating with butterrcream + topping fondant

harga RM 150

tart coklat with tart base, chocolate cake topping with chocolate ganache
as usual harga RM 17

Monday, June 15, 2009

Buat Renungan bersama

Dapat ini dari email seorang kawan, terima kasih kerana berkongsi...

Assalamulaikum,

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya …

Saturday, May 23, 2009

Happy Birthday April n May







Marble chocolate cheese brownies



Thursday, April 9, 2009

Tuesday, March 3, 2009

Monday, March 2, 2009

Tuesday, February 24, 2009

Wednesday, February 11, 2009