Perhatian Kepada Pendatang!!

Terima Kasih Kerana Sudi Menyinggah.. Segala Komen Dari Kalian Amat Dialu-alukan.. Maaf Jika Terdapat Kasar Bahasa Atau Tersalah Kata.. Diri Ini Hanyalah Hamba Allah Yang Lemah.. Sekian..

Sepi

Wah..Lama Aku Tak Update Blog..Semua Sebab Busy Dengan Kerja..Boss Haku Lah..Sabtu Ahad Pon Dia Suruh Aku Kerja Jugak..OT Katanya..Emm..Yelah OT..Nasib Baik Dia Boss..Kalau Tak, Tak Nak Aku Kerja Sabtu Ahad Ni..Tak Ada Life Kerja Sabtu Dengan Ahad..Aduhh..

Maaf Diminta Kepada Semua Yang Datang Singgah Ke Blog Aku..Setakat Ni Aku Belum Ada Masa Lagi Nak Pergi Jengok Blog Korang..Usah Kata Blog Korang, Blog Orang Lain Pun Tak Dapat Nak Jengok..Link Exchange Akan Dibuat Nanti Yer..Jangan Risau..Aku Jugak Akan Menjengah Ke Blog Korang Nanti..Hope U All Have A Nice Day...


PA : Aku Nak Menjelajah Ke Semua Blog Hari Nih...

Poyo Betul Korang Berdua Nih!!

Emm..Macam Gini..Tadi Aku Lepas Je Habis Semayang Jumaat,Aku Pergi Amik Anak Buah Aku Yang Sorang Ni..Macam Biasalah Naik Motor Aje.Malas Nak Bawak Kereta Sebab Tahu Jalan Gerenti Sesak Bila Dah Habis Sembahyang Jumaat..

Dalam Perjalanan Balik Ni,Aku Ternampak Sorang Lelaki Dan Aweknya(Kedua-Duanya Melayu).Aweknya Tengah Baru Nak Naik Motor Dan Lelaki Tu Pulak Macam Biasalah Menunggu Aweknya Naik..Aku Pun Lalu Jer Lah Kat Kat Jalan Tu Dan Buat Derk Je..Tak Lama Lepas Tu,Lelaki Tu Tadi Pun Bawak Motor Dia Dan Rem-Rem Sebelah Aku Pastu Terus Berlalu Dengan Lajunya..Yang Perempuannya Pulak Menggedik Dekat Belakang Dan Peluk Lelaki Tu Kuat-Kuat,Ketat-Ketat..Takut Jatuh Kot..Ceh..Banyaklah Korang..

Berdesing Aku Punya Telinga Dengar Bunyi Ekzos Motor RX-Z Lelaki Tu..Alahai Bang,Taulah Motor Kau Laju.Kot Ye Pun,Janganlah Nak Berlagak Macam Tu Sekali Mentang-Mentang Ada Perempuan Duduk Dekat Belakang Kau,Kau Boleh Nak Tunjuk Lagak Macam Jalan Tu Bapak Kau Punya.Dah Lah Bawak Anak Dara Orang,Tak Pakai Helmet,Lepas Tu Nak Berlagak,Menggelabah Lah Kau..Kalau Itu Aje Tak Cukup,Tambah Lagi Nih...DAH LAH TAK SEMBAHYANG JUMAAT!!!!(Macam Mana Aku Tahu?Dari Segi Pakaian Lelaki Tu Dan Jugak Jarak Masjid Tu)

Apa Nak Jadilah Bebudak Melayu(Terutamanya Lelaki) Zaman Sekarang Ni.Taulah Kau Kerja Mekanik..Tapi Tinggallah Kerja Tuh Sekejap..Buat Yang Wajib Tu Dulu..Ini Tak,Menggelabah Atas Jalan,Bawak Motor Laju-Laju..Kalau Ada Kereta Keluar Depan Tu,Eksiden Macam Mana?Tak Ke Bodoh Namanya..Dengan Perempun Tu Sekali Kena..Adoih..Nasib Baik Lah Aku Tak Dapat Nak Kejar(Macam Biasa,Aku Bawak Motor Buruk Je : EX-5)..Kalau Bawak 750(Motor Polis Trafik),Aku Kejar Pastu Saman Ko Dua Orang..(Eh..Aku Polis Ke?Hahaha)..



PA : Kalau Eksiden Lah Korang Dua Orang..Aku Turun Motor Aku Dan Tepuk Tangan Betul-Betul Kat Depan Muka Ko Dua Orang..Padan Muka..Hahahaha..(Jahatnya Aku)

Marc Anthony - I Need To Know

Marc Anthony - I Need To Know <---Klik Sebelah Nu

They Say Around The Way You've Asked For Me
There's Even Talk About You Wantin' Me
I Must Admit That's What I Wanna Hear
But That Just' Talk Until You Take Me There, Oh

(Chorus)
If It's True Don't Leave Me All Alone Out Here
Wonderin' If You're Ever Gonna Take Me There
Tell Me What You're Feelin' Cuz I Need To Know
Girl You Gotta Let Me Know Which Way To Go
Cuz I Need To Know
I Need To Know
Tell Me Babygirl Cuz I Need To Know
I Need To Know
I Need To Know
Tell Me Babygirl Cuz I Need To Know

My Every Thought Is Of This Bein' True
It's Gettin' Harder Not To Think Of You
Girl I'm Exactly Where I Wanna Be
The Only Things I Need You Here With Me, Oh

Repeat Chorus


PA : Lagu Yang Agak Lama Dah..Tahun Berapa Aku Pun Lupa..Cuma..Layanz....

Award Dari Reen

Gahahaha...Kali Ni Award Yang Bergambar Daun Warna Merah Ini Diberikan Oleh Reen Yang Jauh Di Perantauan(Ireland)..Jauh Sungguh Award Ni Datang..Dan Untuk Itu,Ianya Adalah Sangat Istimewa..





PA : Reen,Terima Kasih Yer Untuk Award Friendship Yang Diberikan Ini..(Walaupun PA Sendiri Tak Tahu Apa Yang Ditulis Kat Situ..Kecik Bebenor..Dapat Baca Sikit Ajer..Hihihi..Akhir Kata..Terimalah Pantun Seperti Irah...



~ Pantun Nyer Berbunyi Begini ~
Terima Kasih Daun Keladi,
Lain Kali Bagilah Lagi

Tag Dari Irah Lagi!!!

Waaaaaa....Irah Ni Memang jahat Taw...Ada Dia bagi Award Sekali Dengan Tag..
Apa-Apa Pun,Berikut Adalah Soalan-Soalan Dan Jawapan-Jawapannya..Waaaaaa... :


1. 7 Ciri Wanita/Lelaki Idaman Anda :
Islam.
Seorang Yang Baik Hati.
Seorang Yang Memahami.
Seorang Yang Sopan Dan Mendengar Kata.
Tak Kuat Membebel(PENTING!!Aku Sebenarnya Tak Suka Sangat Loh Orang Bebel-Bebel Nih)
Rupa Tidak Penting, Janji Dia Dapat Berikan Kasih Sayang Yang Aku Perlukan.
Bijak Menjaga Hati Dan Juga Perasaan Aku Serta Persekitarannya..(Maknanya Keluarga Aku)


2. 7 Wanita/Lelaki Yang Tak Pernah Anda Minati Sepanjang Hidup :
Bukan Islam.
Sosial Terlampau Melampau.
Kuat Mengata Dan Mengutuk.
Rupa Yang Cantik Tapi Hati Yang Busuk.
Penipu.
Playgirl Atau Dalam Bahasa Melayu,Main Perempuan(Hahahaha)
Tak Ada Adab Sopan Dari Segi Bahasa, Tutur Cara, Perlakuan Dan Sebagainya Dan Yang Sewaktu Dengannya.(Macam Azan Pulak Dah)..


3. 7 Perasaan Anda Sekiranya Keluar Dengan Orang Yang Minati :
Haku Tak Ada Perasaan(Actually Dah Lama Tak Ada Awek/Pacar/Girlfriend,Aku Dah Lupa Apakah Perasaan Itu..Kesian Kan??)


4. 7 Tempat Istimewa Yang Ingin Dilawati Bersama Pasangan Anda :
-Kalau Ada Girlfriend,Nak Bawak Dia Pegi :
Mekah(Hahaha..Kasi Insaf Sikit)
Makan Kedai Mamak.
Genting Highland.
Langkawi.
Cherating.
Pulau Pangkor.
Untuk Tempat Yang Last, Biar Dia Decidelah Nak Pergi Mana..Because 6 Tempat Di Atas Adalah Pilihan Aku,Satu Tempat Kasi Dia Pilihlah..Kesian Dia Asyik Ikut Kehendak Aku Aje..


5. 7 Barangan/Sesuatu Istimewa Yang Akan Anda Hadiahkan Kepada Si Dia :
-Hadoi...Haku Bab-Bab Barang Nih Yang Lemah Nih..Irah Sajer Je Suruh Haku Jawab Soalan Nih..Pass Buleh Tak??Hahaha...
Cinta Yang Suci.Cewah...(Sesuatu Istimewa)
Kasih Sayang Yang Ikhlas Dari Hati..Hihi..(Sesuatu Istimewa)
Coklat Cadbury..Rasanya Semua Perempuan Suka Coklat..Hihi..(Barangan)
Kasut Tumit Tinggi.Biar Dia Jalan Lambat..(Barangan)
Cincin Yang Diukir Cantik 'I Love U'.(Barangan)
Barangan Wanita : Barang Make-Up Ke,Minyak Wangi Ke,Papadom Ke..(Eh, Ni Barang Make-Up Ke?)..(Barangan)
Kek Coklat Atau Kek Vanilla..Kek Durian Kalau Dia Nak Pun Boleh..Sodap..Hahaha..(Barangan)


6. Tajuk Lagu Yang Akan Anda Nyanyikan Untuk Pasangan Anda..
Dewa 19 -Dewi

P/S : Banyak Lagi Lagu Sebenarnya Nak Nyanyi..Nak Kasi Dia Muntah Mendengar Suaraku Yang Tak Sedap Ni..Hahaha..Nanti Sambung List Nih..Sekarang Yang Penting Ialah Untuk TAG Orang...



7. Rakan Yang Anda Tag Dan Mahu Mereka Buat 7 PERIHAL Ini. Wajib!!!! Mereka Perlu Diberitahu Akan Hal Ini....
Dazz
Bunga
Cek Lala
Kak Kuina
Wawa
DotBlogSpot
Ryehana


PA
: Jangan Tiru-Tiru Ye..Soalan Peksa Ni Jawab Sendiri..Sape-Sape yang Didapati Meniru Atau Jawapan Tak Lengkap,Markah Kosong..Haha..

Award Lagi Dari Irah Yang Comei

Waaaahhh...Pepagi Ni Bukak-Bukak Blog Je Terus Dapat Award..Tapi Dari Si Molek Cik Irah Yang Cantik Manis...Wawawawa...Pomot Nih..Hehehe...(Irah,Ada Upah Tak?)




PA : Terima Kasih Yer Irah a.k.a Zahirah(Takut Nanti Orang Tak Kenal Pulak PA Panggil Irah)..Hihihi...

~ Ada Pantun Sikit Yer ~
Terima Kasih Daun Keladi,
Lain Kali Bagilah Lagi

Jika...

Jika Ia Sebuah Cinta..
Ia Tidak Mendengar..
Namun Sentiasa Bergetar..

Jika Ia Sebuah Cinta..
Ia Tidak Buta..
Namun Sentiasa Melihat Dan Merasa..

Jika Ia Sebuah Cinta..
Ia Tidak Menyeksa..
Namun Sentiasa Menguji..

Jika Ia Sebuah Cinta..
Ia Tidak Memaksa..
Namun Sentiasa Berusaha..

Jika Ia Sebuah Cinta..
Ia Tidak Cantik..
Namun Sentiasa Menarik..

Jika Ia Sebuah Cinta..
Ia Tidak Datang Dengan Kata..
Namun Sentiasa Menghampiri Dengan Hati..

Jika Ia Sebuah Cinta..
Ia Tidak Terucap Dengan Kata..
Namun Sentiasa Hadir Dengan Sinar Mata..

Jika Ia Sebuah Cinta..
Ia Tidak Hanya Berjanji..
Namun Sentiasa Cuba Memenangi..

Jika Ia Sebuah Cinta..
Ia Mungkin Tidak Suci..
Namun Sentiasa Harmoni..

Jika Ia Sebuah Cinta..
Ia Tidak Hadir Kerana Permintaan..
Namun Hadir Kerana Ketentuan..

Jika Ia Sebuah Cinta..
Ia Tidak Hadir Dengan Kekayaan Dan Kebendaan..
Namun Hadir Kerana Pengorbanan Dan Kesetiaan..

Jika Ia sebuah cinta..
Ia Tidak Akan Mudah Tercela..
Dan Jika Ia Sebuah Cinta..
Pasti Ianya Setulus Kasih ADAM & HAWA..


PA : Hihi...Hayatilah...

Award From Irah

Hihi..Aduh,Sori Sesangat Yer Cik Adik Manis..Suka Haku Panggil Dia Nama Ni..Hikss..Hari Ni Nak Tempek Award Yang Telah Diberikan Oleh Irah...Nama Penuh Zahirah..Ngee..Mekasih..



PA : Semalam Penat Sangat la Irah..Lepas Solat Terus Tido..Ngeee..Anyway Irah,Thanks Again..Hihi...

Tag Dari Irah

Hadoi...Kena Tag Pulak Hari Ahad Ni..Baru Ingat Nak Lepak-Lepak,Huhu....Apa-Apa Pun Berikut Adalah Soalan-Soalan Dan Jawapan-Jawapannya : *Here Are The Rules*

1. List These Rules On Your Blog.

-Done!

2. Share 7 Facts About Yourself On Your Blog.
-Caring
-Loving

-Pemalas
-Suka Baca Novel, Atau Senang Kata Sebarang Bentuk Bertulis..
-Tak Hensom Tapi Manis Nyer Ada
-Jiwang Kot...
-Still Single(Haha, Pomot Diri Sendri Nampak)...



3. Tell 6 Unspectacular Quirks Of Yours.
-Always On Time. Haku Tak Suka Orang Yang Lambat-Lambat..Menci Ar..Penat Tunggu Korang Weh!!
-Boleh Menghadap PC / Laptop 24 Hours Kalau Boring Tahap Gaban..

-Aku Kadang-Kadang Terlupa Makan..Ada Hari Tu Sampai 3 Hari..Nasib Tak Pengsan..

-Suka Tolong Orang(Eh,Betui Ke Nih)

-Tak Suka Marah-Marah.Tapi Bila Dah Marah,Fuhhh....
- Suka Dengar Masalah Orang Walaupun Aku Sendiri Bermasaalah, I'm A Good Listener And Adviser Ok?

4. Tag 7 Persons At The End Of Your Post By Leaving Their Names As Well As Links To Their Blogs.
-Err..Yang Ni Aku Tak Taulah Ndak Tag Sapa..Pada Pengunjung Yang Nak Jawab Silakan Lah Yer..Hiksss..I Tagged You!!

5. Link The Person Who Tagged You.
Cik Manis Ni Yang Tag Aku -----> KLIK SINI

6. Leave A Comment For Each Blogger.
Will Do..If Not Busy...Huhu..


PA : Sekian...Terima Kasih..

Secondhand Serenade - Fall For You

Lagu Yang Di Mainkan Sekarang...

Secondhand Serenade - Fall For You <---Klik Sebelah Nu

The Best Thing About Tonight's That We're Not Fighting
Could It Be That We Have Been This Way Before
I Know You Don'tThink That I Am Trying
I Know You're Wearing Thin Down To The Core

But Hold Your Breathe
Because Tonight Will Be The Night That I Will Fall For You
Over Again
Don't Make Me Change My Mind
Or I Wont Live To See Another Day
I Swear It's True
Because A Girl Like You Is Impossible To Find
Your Impossible To Find

This Is Not What I Intended
I Always Swore To You I'd Never Fall Apart
You Always Thought That I Was Stronger
I May Of Failed
But I Have Loved You From The Start
Ohhhh

But Hold Your Breathe
Because Tonight Will Be the Night That I Will Fall For You
Over Again
Don't Make Me Change My Mind
Or I Wont Live To See Another Day
I Swear It's True
Because A Girl Like You Is Impossible To Find
It's Impossible

So Breathe In So Deep
Breathe Me In
I'm Yours To Keep
And Hold Onto Your Words
Cuz Talk Is Cheap
And Remember Me Tonight
When Your Asleep

Because Tonight Will Be The Night That I Will Fall For You
Over Again
Don't Make Me Change My Mind
Or I Wont Live To See Another Day
I Swear It's True
Because A Girl Like You Is Impossible To Find
Tonight Will Be The Night That I Will Fall For You
Over Again
Don't Make Me Change My Mind
Or I Wont Live To See Another Day
I Swear It's True
Because A Girl Like You Is Impossible To Find
Your Impossible To Find

PA : Layan Je Lagu Ni..Hihi..

Saat Hilang Cintamu... (Episod 2)

Saat Hilang Cintamu...
(Episod 2)

Sedar Tak Sedar, Shahrul Sudahpun Tiba Di Tempat Kerjanya. Dia Yang Bekerja Sebagai Seorang Tukang Masak Di Sebuah Restoren Telah Memilih Kerjaya Itu Yang Sesuai Dengan Minatnya Sejak Kecil Lagi. Amir Juga Bekerja Di Tempat Yang Sama, Tetapi Kelibatnya Masih Belum Kelihatan.

Bekerja Disitu Membolehkan Dia Melihat Pelbagai Ragam Manusia, Ada Yang Elok Dan Ada Yang Tidak. Tetapi Dia Tidak Masuk Campur Didalam Urusan Orang Lain. Kerjanya Bermula Dari Pukul 8.30 Pagi Sehingga Pukul 10.00 Malam Dan Bercuti Selama 2 Hari Seminggu Serta Digajikan RM1100 Sebulan. Itu Sudah Memadai Bagi Shahrul Yang Sudah Bekerja Di Situ Selama 2 Tahun.

"Shahrul, Amir Mana? Jam Sudah Pukul 8.30 Pagi Tapi Abang Belum Nampak Batang Hidung Dia Pun." Tanya Abang Karim Iaitu Tuan Empunya Restoran Berkenaan.

"Erk..Saya Pun Tak Tahulah Bang, Sekejap Lagi Sampailah Dia Kot. Dia Ada Hal Sikit Tadi, Dan Keluar Rumah Pun Tergesa-Gesa." Balas Shahrul Cuba Melindungi Amir.

"Oh Yakah. Kalau Begitu Tak Mengapalah. Kau Pergilah Buat Kerja Kau Dulu. Andai Dia Masuk Nanti Kau Cakap Dengan Dia Abang Cari." Ujar Abang Karim Lalu Berlalu Pergi Ke Kaunter Wang.

"Okay Bang. Roger And Out. Akan Diberitahu." Kata Shahrul. Lalu Shahrul Pun Pergi Ke Bahagian Dapur Dan Menyiapkan Perkakas-Perkakas Dan Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Memasak. Seawal Pukul 9.00 Pagi Lagi Sudah Ramai Pelanggan Yang Masuk Keluar Restoran Abang Karim. Ramai Yang Memesan Makanan Sehingga Shahrul Tidak Menang Tangan Seorang Diri. 'Hish, Mana Amir Ni?Kalau Aku Nak Memasak Seorang Memang tak Termampu Membuatnya.' Kata Hati Shahrul.

Selang Beberapa Minit, Terlihat Bayang Amir Muncul Di Pintu Masuk Restoran Dan Dia Kelihatan Dalam Keadaan Tergesa-Gesa. Setibanya Dia Pada Shahrul, "Shah, Maafkan Aku. Aku Terlambat Sebab Menghantar Ika Pergi Ke Tempat Kerjanya. Jalan Memang Sibuk Tadi. " Kata Amir Kepada Shah.


"Emm. Yalah, Aku Faham. Kau Pergi Dulu Jumpa Abang Karim. Ada Hal Katanya Nak Berjumpa Kau." Balas Sharul.

"Oh, Okay Shah." Sela Amir. Lalu Amir Pun Mengenakan Apronnya Dan Pergi Ke Arah Abang Karim.

"Bang, Abang Cari Saya Ke?" Tanya Amir Setelah Sampai Ke Kaunter.

"Hah, Ada Kau Amir. Terkejut Aku Dibuatnya. Kau Dari Mana Ni?Aku Tak Sedar Pun Kau Masuk. Kenapa Lambat?" Tanya Abang Karim.

"Oh Jalan Jammed La Tadi Bang. Saya Hantar Ika Sekejap Tadi. Itupun Saya Dah Keluar Awal. Tak Sangka Pula Jalan Akan Sesibuk Itu." Jawab Amir.

"Oh, Kau Hantar Ika. Lain Kali Kalau Kau Agak-Agak Akan Lambat, Cubalah Call Ataupun Mesej Abang. Sekurang-Kurangnya Abang Tahu Kau Selamat. Dan Tak Payahlah Si Shahrul Terpaksa Menipu Untuk Melindungi Kau. Bukannya Abang Baru Kenal Kamu Dua Orang. Sudah Dua Tahun Pun Dan Bagi Abang, Kamu Berdua Tak Pernah Buat Perangai. Lagipun Abang Sudah Anggap Kau Dua Orang Macam Adik Abang Sendiri." Ujar Abang Karim. Lelaki Yang Berusia Awal 40an Itu Kelihatannya Cukup Bimbang Dengan Amir. Abang Karim Mengenali Ika Kerana Amir Pernah Membawa Ika Ke Restorannya Itu.

"Maafkan Saya Bang. Saya Janji Akan Beritahu Abang Sekiranya Ada Apa-Apa Berlaku Nanti." Kata Amir. 'Shah, Kau Memang Seorang Kawan Yang Baik. Sungguh Kau Tak Pandai Menipu, Kau Sanggup Membohongi Abang Karim Demi Melindungi Aku.' Bisik Hati Amir. Dia Berasa Terharu.

"Bagus, Macam Itulah Yang Abang Mahukan. Sudah, Kau Pergi Sambung Kerja Di Dapur, Tolong Si Shahrul. Kesian Dia Sejak Dari Tadi Seorang Diri Melayan Permintaan Makanan Tetamu." Ucap Abang Karim.

"Baik Boss," Jawab Amir Lalu Bergegas Ke Dapur. Sesampainya Dia Disitu, Dia Melihat Shahrul Dan Dia Pun Melemparkan Senyum Yang Lebar.

Melihat Keadaan Amir Itu, Shahrul Pun Berkata "Kau Ni Sudah Gila Ke Amir? Tersenyum Seorang Diri Macam Kerang Busuk. Sudah, Kau Pergi Hantar Pesanan Ini Ke Meja Tiga. Mereka Sudah Lama Menunggu." Suruh Shahrul.

"Yalah Yalah," Balas Amir Sambil Mencebik Bibir. Kemudian Dia Menyusun Makanan Dan Minuman Tersebut Ke Dalam Dulang Dan Membawa Pesanan Itu Ke Meja Yang Disebut Oleh Shahrul Tadi.

Dari Pagi Begini Lagi Pelanggan Sudah Ramai Yang Keluar Masuk Restoran Abang Karim, Belum Lagi Termasuk Waktu Makan Tengahari Dimana Ramai Pekerja-Pekerja Akan Keluar Makan. Kadangkala Sampaikan Mereka Berdua Tidak Menang Tangan Melayan Pesanan Pelanggan. Tapi Mereka Tidak Mengeluh Dan Mengambil Ini Sebagai Pengalaman Di Dalam Hidup Mereka.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Akhirnya Waktu Menutup Kedai Pun Tiba. Shahrul Sedang Menyusun Meja Dan Kerusi, Abang Karim Sedang Mengira Kutipan Hari Ini Dan Amir Sedang Menyapu Lantai Restoran. Beginilah Rutin Harian Mereka. Kadangkala Membosankan Tetapi Adakalanya Menyeronokkan.

"Bang, Kami Berdua Minta Izin Nak Balik Dulu Ya." Kata Shahrul Sambil Melihat Abang Karim Mengunci Pintu Restoran.

"Baiklah. Bawak Motor Tu Elok-Elok. Malam-Malam Begini Memang Perlukan Mata Yang tajam Melihat Jalan. Tambahan Lagi Korang berdua Sudah Penat Bekerja. Hati-hati Ya. Amir, Ingat Pesan Abang Pagi Tadi Ya. Abang Tak Mahu Peristiwa Sama Berulang." Ujar Abang Karim.

"Ya Bang. Saya Ingat. Insyaallah Jika Ada Apa-Apa Saya Akan Maklumkan Pada Abang." Jawab Amir.

"Bagus, Assalamualaikum." Kata Abang Karim.

"Waalaikumsalam," Jawab Shahrul Dan Amir Serentak. Lalu Mereka Melihat Abang Karim Memasuki Keretanya Dan Berlalu Dari Situ. Mereka Berdua Pun Bersama-Sama Bergerak Ke Arah Motosikal Masing-Masing Dan Pulang Ke Rumah Kerana Sudah Keletihan.

Tetapi, Sedang Mereka Berjalan Itu, Tiba-Tiba Mereka Terdengar Suara Perempuan Menjerit Tidak Jauh Dari Mana Mereka Berada......


====To Be Continued====


PA : Episod 2 Tamat.Nantikan Episod 3..Hihi..Wah,Dah Macam Azizah Arifin Pulak Aku..Ngeee..

Saat Hilang Cintamu... (Episod 1)

Saat Hilang Cintamu...
(Episod 1)


Diawal Pagi Itu, Kelihatan Shahrul Yang Sudah Selesai Membuat Solat Subuhnya Sedang Bersiap Memakai Pakaian Untuk Pergi Ke Tempat Kerjanya..Anak Muda Itu Yang Baru Saja Berumur 20 Tahun,Sudah Bekerja Daripada Mula Dia Habis Menduduki Peperiksaan SPM(Sijil Pelajaran Malaysia) Lagi. Akibat Masalah Keluarga Yang Tidak Dapat Dia Elakkan, Hasratnya Untuk Menyambung Pelajaran Kian Terkubur. Namun Dia Tidak Mudah Mengalah Dan Dia Menanggap Segala Yang Terjadi Ini Sebagai Hikmah Dan Dugaan Dari-Nya. Shahrul Yang Dari Tadi Sibuk Memakai Pakaian Kian Terlupa Kepada Amir, Kawan Serumahnya Yang Dari Tadi Tidak Kedengaran Sebarang Bunyi Pun. Barangkali Sedang Nyenyak Tidur.


"Amir, Oh Amir. Kau Dah Bangun Ke Belum?" Teriak Shahrul Dari Luar Sambil Mengetuk Pintu Bilik Amir Yang Sejak Dari Tadinya Tertutup. Selang Beberapa Ketika, Oleh Kerana Tiada Sebarang Jawapan Dari Kawannya Itu, Shahrul Pun Bertindak Masuk Ke Dalam Bilik Tersebut. Terkejutnya Shahrul Melihat Amir Masih Terlena Sambil Menarik Selimutnya. "Hoi Amir, Bangunlah.Waktu Subuh Dah Nak Habis Dah Ni Kau Tidur Lagi?" Jerit Shahrul Lalu Mengambil Bantal Amir Dan Menghempuk Ke Muka Kawannya Itu.

"Aduh.. Sakitlah. Sabarlah.Aku Nak Bangunlah Ni. Yang Kau Menjerit Macam Tarzan Pagi-Pagi Ni Kenapa?Aduhai.." Ujar Amir Lantas Bangkit Dari Katilnya. Pantas Amir Menggapai Jam Locengnya Dan Melihat,"Mak Oii..Dah Nak Pukul 6.40 Pagi!! Kenapa Kau Tak Kejutkan Aku Lagi Awal Shah??"Marah Amir Kepada Shahrul.

"Entahlah, Mungkin Sebab Aku Dah Jerit Berpuluh-Puluh Kali Tapi Kau Sedap Lagi Tidur. Lain Kali Aku Simbah Dengan Air Aje Kalau Kau Liat Lagi Nak Bangun.." Balas Shahrul. Mereka Berdua Memang Sahabat Karib Sejak Daripada Sekolah Menengah Lagi. Amir Selalu Menolong Shahrul Disaat Dia Susah Dan Begitu Juga Sebaliknya. Bezanya Shahrul Telah Kehilangan Ibu Bapa Sejak 2 Tahun Lepas Kerana Kemalangan Jalan Raya. Manakala Amir Pula Adalah Anak Kepada Seorang Ahli Korporat Terkenal, Tetapi Dia Tidak Pernah Memandang Harta Ibu Dan Bapanya. Oleh Sebab Itulah Amir Mengambil Keputusan Untuk Mencari Kerja Sendiri, Dan Belajar Berdikari Sungguhpun Telah Ditegah Oleh Ayahnya Kerana Bimbang Akan Memalukan Dan Menjatuhkan Maruahnya Sebagai Orang Ternama.

"Kau Kerja Ke Hari Ni Shah? Aku Nak Minta Kau Tolong Aku Seperkara Bolehkah?" Tanya Amir Sebelum Shahrul Keluar Daripada Biliknya Itu.

"Hah, Tolong Apa Pulak Ni? Kalau Nak Tolong Menjawab Telefon Makwe-Makwe Kau Tu, Aku Minta Maaf Awal-Awal. Banyak Lagi Benda Lain Aku Kena Buat." Balas Shahrul. Kerap Kali Telefon Rumah Berbunyi Dan Acapkali Kedengaran Suara Wanita Yang Betul-Betul Menggoda Bertanyakan Mengenai Amir. Amir Ini Bukan Saja Tergolong Dari Golongan Yang Berada, Malah Mempunyai Pakej Rupa Yang Menarik Membuatkan Ramai Wanita Yang Jatuh Hati Padanya.

"Ish,Bukanlah. Aku Nak Minta Tolong Kau Hidupkan Motosikal Aku Tu. Nanti Buatnya 'Dia' Meragam, Payah Pulak. Kau Bukan Tak Tahu Motor Aku Tu, Kuat Merajuk, Melebihi Daripada Perempuan. Kau Tolong Ya. Aku Nak Solat Dan Mandi Mungkin Ambil Masa Sikit." Pinta Amir.

"Emm. Yalah, Aku Turun Dulu. Aku Nak Buat Air Minuman. Kau Tu, Jangan Sambung Tidur Pulak Sudahlah." Kata Shahrul. Selepas Meninggalkan Bilik Amir, Shahrul Pun Turun Ke Dapur Dan Membuat Air Minuman. Di Cicahnya Roti Yang Dibeli Dari Kedai Runcit Semalam Dengan Air Minuman Itu.

Selesai Bersarapan, Shahrul Pun Pergi Memanaskan Enjin Motosikalnya Dan Juga Motosikal Milik Amir. Shahrul Merupakan Seorang Yang Bijak Membaiki Motosikal, Kerana Dia Pernah Belajar Daripada Arwah Ayahnya Dahulu. Bukan Itu Saja, Dia Juga Pandai Memasak Dan Mengemas Rumah Hasil Tunjuk Ajar Arwah Ibunya.

'Mana Si Amir Ni. Lambat Betul Dia Bersiap. Mengalahkan Orang Perempuan. Takkan Dia Tidur Balik Kot,' Bisik Hati Shahrul. "Amir Oh Amir. Lambatnya Kau Ni. Nanti Lambat Sampai Tempat Kerja Pulak. Cepatlah Sikit. Apa Kau Buat Lama Sangat Tu??" Teriak Shahrul Dari Bawah Rumah Sambil Melihat Jam Di Tangannya Yang Sudah Hampir Pukul 7.30 Pagi.

"Ish, Kau Ni Shah. Aku Adalah Ni. Tadi Aku Tengah Jawab Call. Ika Telefon Aku Dan Suruh Aku Pergi Ambil Dia Dekat Rumah Dan Hantar Dia Pergi Kerja. Aku Nak Kena Cepat Ni, Aku Pergi Dulu Yer." Balas Amir Sambil Menuruni Tangga. Dia Juga Tergesa-Gesa Memakai Kasutnya.

"Emm, Yelah. Pergilah Lekas. Nanti Marah Pulak Ika Tu. Bawak Tu Hati-Hati. Ingatlah Orang Tersayang." Sakat Shahrul.

"Aku Tahulah. Yang Kau Ni Nak Buat Iklan Berhati-Hati Memandu Pulak Kenapa?Eh, Kau Tak Nak Pergi Kerja Lagi Ke Ni Shah?" Tanya Amir.

"Mahunya Aku Tak Pergi Kerja. Sekejap Lagi Aku Pergilah. Kau Tu Lekaslah Pergi Ambil Ika. Nanti Dia Marah Kau Pulak. Pergi Cepat!!" Suruh Shahrul.

"Ya Ya Aku Tahulah. Susah Sangat Kau Lah Pergi Ambil Dia. Kau Pulak Lagi Bimbangkan Dia Lebih Daripada Aku Ni, Boyfriendnya." Marah Amir.

"Kalau Ika Tu Syok Kat Aku, Awal-Awal Lagi Aku Dah Terpacul Depan Pintu Rumahnya. Bukan Macam Kau. Nak Tunggu Dia Jauh Sekali Apatah Lagi Datang Awal. Nasib Ika Lah Dapat Boyfren Macam Kau," Shahrul Mengekek Ketawa.

Mendengar Kata Shahrul, Amir Pun Turut Menghambur Ketawa Yang Kuat. "Hahaha.. Sudahlah. Aku Pergi Dulu. Kau Jangan Lupa Kunci Apa Yang Patut. Nanti Dimasuki Pencuri Pulak Rumah 'Banglo' Kita Ni. Hahaha. Assalamualaikum." Gelak Amir.

"Baiklah. Waalaikumsalam." Balas Shahrul. 'Emm..Siapalah Yang Nak Memecah Masuk Rumah Teres Bujang Ni. Bukannya Ada Harta Benda Yang Boleh Diambil Pun. Amir Amir,Kau Punya Tergesa-Gesa Sampaikan Tak Sempat Nak Sarapan. ' Bisik Hati Shahrul. Selepas Melihat Amir Berlalu, Shahrul Pun Bersiap Dengan Topi Keledarnya Dan Mengunci Pintu Rumah. Selepas Itu Dia Pun Pergi Ke Tempat Kerjanya....


====To Be Continued====


PA : Haaa..Ini Adalah Episod Pertama Novel yang Aku Reka.Humm,Aku Tahu Kualiti Bahasanya Teruk,Tapi Apakan Daya,Dulu Masa Sekolah Menengah Aku Tak Belajar Sastera.Dan Aku Pun Tak Sambung Belajar.Novel Ni Dibuat Sekadar Suka-Suka Aje.Pada Yang Tak Mahu Baca Tak Apa...Aku Tak Kisah..

Tag Oleh Ninanyssa

Aku Telah Di Tag Oleh Cik Ninanyssa..Warghh..Seperti Biasa Berikut Adalah Soalan-Soalan Dan Jawapan-Jawapannya :


1) Do You Think You're Hot ?
Ermm..Hot Tak Kot..Tapi Manisnya Ader..Hikss...

2) Upload Your Favourite Picture Of You.


3) Why Do You Like That Picture?
Entahlah..Gambo Tuh Error Pulak..Hadoi..Hehehe

4) When Was The Last Time You Ate Pizza ?
Alamak,Dah Lama Dah Tak Makan Pizza..Awal Tahun Ada Kot..

5) The Last Song You Listen To ?
Teja - Kau Yang Tak Mengerti.

6) What Are You Doing Right Now Besides This ?
Tengah Fikir Apa Tajuk Yang Sesuai Untuk Novel Yang Bakal Aku Tulis..

7) What Name Would You Prefer Besides Yours ?
Nama Sekarang Dah Cukup Elok Rasanya..Tak Maulah Nama Lain..Hihi..

Choose 5 People To Tag .
-GtO
-Kak Kuina
-Dinda
-Encik Kuda
-Yati

8) Who Is Number One?
Rakan Seperjuangan(Member Blogger).

9) Number Three Is Having A Relationship With?
Aduh,Tunang Saper Tu Ekk..Tak Tahulah..Malas Jaga Tepi Kain Dia..Kang Selak Dia Marah Pulak..Huhu..

10) Say Something About Number Five?
Member Blogger.

11) How About Number Four?
Orang Tua Yang Banyak Makan Semut..(Pelupa Yang Amat Sangat)

12) Who Is Number Two ?
Kakak Tersayang Ku..Fuh..Hehe..Member Blogger Jugak..Hihi..


PA : Pada Yang Telah Di Tag,Sila-Sila Lah Menjawab Ye..Hihi..

Award Dari DotBlogSpotDotKom

Hihi..Seperti Yang Dinyatakan,Aku Telah Menerima Satu Anugerah Daripada DotBlogSpotDotKom..Terharunya Aku..Padahal Aku Jarang Pergi Blog Brader Tu Pun..Sebab Sibuk Kerja..Ni Semua Salah Boss Haku..Apa-Apa Pun Bro DotBlogSpotDotKom,Terima Kasih Banyak-Banyak...




PA : Aku Nak Berikan Award Ni Kepada Pengunjung Setia Blog Aku..Sesiapa Yang Datang Tu,Amik Lah Award Ni Sebagai Tanda Persahabatan Kita...Sekian..

Soalan Cepukmas!!

Orait..Pagi Ni.Masa Aku Tengah Sibuk Kerja(Sebenarnya Tengah Tengok Email)..Tiba-Tiba Datang Sorang Supervisor Aku NiDuduk Dekat Meja Sebelah Aku..Dia Dah Datang Seawal Pukul 7.50 pagi..Gila Ke Apa Orang Tua Ni..Awal Gila Datang..Selalu Masuk Pukul 9.10 Pagi Walaupun Waktu Masuk Adalah 9.00 Pagi..Kiranya Dia Ni Timing Masuk Office Tak Pernah On Time Lah..Apatah Lagi Datang Awal..Dia Dikenali Sebagai Abang Azhar..Aku Panggil Abang Sebab Umur Dia Baru 40..

Abang Azhar : Salam PA..Sehat Ke?Lama Abang Tak Nampak Kau..Pergi Mana??

PA : Wassalam Bang..Saya Tak Pergi Ke Mana Pun..Ada Aje Ni Haa..Abang Tu Je yang Tak Pernah Naik 2nd Floor..Dok Memerap Dalam Bilik Bawah Tanah Abang Tu..(Dia Dok Ground Floor Actually)

Abang Azhar : Abang Sibuk Lah..Ko Bukan Tak Tahu Boss Kita Tu Banyak Cerewet..Itu Tak Betul,Ini Tak Kena..Sana Sini Assignment Dia Suruh Abang Buat..Letih Betul..

PA : Ala Standard Lah Bang..Dah Nama Boss..Dengan Saya Lagi Banyak Yang Tak Kena..Tapi Saya Buat Tak Tahu Ajer..Haha..

Abang Azhar : Tak Boleh.Abang Ni Dah Lah Supervisor..Kalau Abang Buat Tak Tahu, Abang Jugak Kena Buang Kerja Nanti..Mana Abang Nak KasiAnak Bini Abang Makan..Dalam Usia Abang Dah Macam Ni,Bukan Senang Nak Cari Kerja..Sapelah Nak Ambik Orang Tua Bekerja..

PA : Ala Bang..Kalau Takut Kena Buang, Kerja Lah Elok-Elok..Tak Kan Dia Nak Buang Kalau Abang Tak Buat Apa-Apa Salah Kan?

Abang Azhar : Kau Senang Cakap..Kau Baru Lagi Kerja Sini..Tak Tahu Lagi Perangai Boss Kita Tu..

PA : Baru Tak Baru Dah Setahun Lebih Jugaklah Saya Kerja Sini Bang..Boss Tu?Da Lebih Dari Kenal Dah..Tak Habis-Habis Dok Sebok Cari Pasal Dengan Saya..

Abang Azhar : Tu Tanda Dia Sayang Kat Kau..Hahaha..Abang Tengok Bukan Main Erat Lagi Dia Dengan Kau..Pandai Ko Amik Hati Dia Yer..(Lupa Aku Nak Bagitahu,Boss Aku Perempuan)

PA : Gila Ke Bang?Takde Maknanya..Lantak Pi Lah Dia..Abang Punya Bini Macam Mana?Sehat??Hehe..

Abang Azhar : Bini Abang?Kak Linda(Bukan Nama Sebenar) Sihat Ajer..

PA : Bukan Kak Linda Lah Bang..Lagi Sorang..

Abang Azhar : Lagi Sorang??Apa Maksud Kau Ni?

PA : Bini Muda Abang Lah..Si Aida..(Bukan Nama Sebenar)

Abang Azhar : Eh..Mana Kau Dapat Cerita Ni??

PA : Ala Bang..Bukan Saya Tak Tahu..Satu Office Tahu..Satu Dunia Pun Tahu Kot..Haha..

Abang Azhar : Oh Yeke..Dia Sehat...Nih Abang Nak Tanya Ko Nih..Ko Bila Lagi Nak Kahwin??Orang Dalam Office Ni Semua Dah Pangkat Kahwin,Paling Ciput Pun Dah Bertunang..

PA : (Aku Yang Masa Tu Tengah Minum Air, Tersembur Keluar Air Dari Mulut Dengar Soalan Dia Tuh)..Uikss..Soalan Cepumas Tu Bang..Apa La Abang Ni..Cakap Pasal Saya Bila Nak Kahwin Pulak..Adui...Tukar Topik Haa..Pandai Mengelat..

Abang Azhar : Eh Betul Apa..Orang Lain Semua Dah Nak Kahwin..Abang Tengok Kau Diam Aje..Tak Ada Calon Ke?Kalau Nak Abang Boleh Tolong Carikan..

PA : Hish..Tak Payah Lah Bang.Bukan Saya Terdesak Pun..Lagipun Bukan Saya Tak Nak Kahwin.Umur Saya Muda Lagi Lah Bang..Lagipun,Memang Lah Calon Tak Ada..Warghahaha..

Abang Azhar : Tu La Kau..Lembab..Tak Pandai Ngayat..Emm..Abang Turun Dulu..Kang Kalau Boss Nampak Abang Ada Kang,Tak Sedap Bontot Pulak Dia...

PA : Ok Bye Bang..Adios Amigos...


Warghhh..Tiba-Tiba Tanya Soalan Macam Tu Pulak..Bukan Nya Aku Tak Mahu Kahwin,Cuma Belum Ada Jodoh..Calon Tak Ada..Duit Pun Sama..Hehe..Baru Sekarang Nak Start Menyimpan Duit..Dulu Aku Ni Pemboros..Lagipun Kalau Boleh Nak Buat Teman Hidup Kena Cari Calon Yang Elok Dan Sesuai..Tak Nak Macam Bekas Awekku Sebelum Ni..Mampoih Lah Haku..


PA : Cis Abang Azhar Nih..Dia Kata Aku Lembab!!Tau La Dia Tu Laju, Da Ada Bini Pun Kahwin Jugak Lagi Satu..Humphh..Tu Nasib Bini Tua Tak Tahu Dia Kahwin Lagi Satu..Kalau Bini Tua Tahu,Mau Dia Dengan Bini Muda Dia Tu Mati Kena Belasah Nanti..

Ungu Violet



Fuh..Baru Sekarang Aku Dapat Tengok Citer Ni..Layan Jugak..Hehe..Syok Tengok Cerita Cinta Diorang Ni..Nak Beli VCD Ataupun DVD Malas..Dulu Ingat Cerita Ni Boring..Yela..Aku Sebenarnya Kurang Layan Sikit Dari Seberang-Seberang Ni..Tapi Sekarang Baru Hati Dapat Menerima..Lagu Pon Kadang-Kadang Dah Layan..Movie Pun Sama Lah..Cerita Ni Tak Silap Tahun 2005 Kot..3 Tahun..Dah Lama Dah..Itupun Aku Tengok Daripada Youtube Jer Daa...Hahaha..


Synopsis :

Lando (Rizky Hanggono) Was A Photographer Whose Fiancée Had Just Left Him. In His Distress, He Met A Busway Ticket Counter Girl Called Kalin (Dian Sastrowardoyo). Lando's Passion For Life Was Revived, But It Didn't Last Long. Without Apparent Reason, Lando Left Kalin, Who Became Very Angry And Heart-Broken.

As Time Passed, Lando, Still In Distress, Found That Kalin Had Become A Supermodel, And Saw Her Presence Everywhere.

Lando Yearned To See Kalin Again And Explain Why He Had Left Her. He Finally Got The Opportunity And Met Kalin, But This Encounter Again Ended Tragically As Kalin Ran Into An Accident And Turned Blind. Later On, Kalin Obtained A Cornea Donor That Enabled Her To See Again, But She Could Not Seem To Find Lando, Whom She Was Actually Very Much In Love With.


Cast

* Dian Sastrowardoyo ... Kalin
* Rizky Hanggono ... Lando
* Rima Melati ... Nenek Kalin
* Syarifa Zifa ... Erlina
* Agastya Kandou ... Rudi
* Gary M. Iskak ... Riza (As Gary Iskak)
* Ade Irawan ... Nenek Budiati
* Titi Qadarsih ... Nenek Kartika
* Rosseline Oscar ... Nenek Wilhelmina (As Rosaline Oscar)
* Niniek L. Karim ... Dr. Astrid

  • Directed by : Rako Prijanto
  • Produced by : Cindy Christina
  • Elly Yanti Noor
  • Written by : Jujur Prananto
  • Prima Rusdi
  • Starring : Dian Sastrowardoyo
  • Rizky Hanggono
  • Rima Melati
  • Distributed by : Sinemart Productions
  • Release date(s) : 23 Juni 2005
  • Running time : 112 min
  • Language : Indonesian
  • Budget : Rp 4 billion

Buat Korang Yang Belum Tengok,Ada VCD Tapi Malas Nak Tengok,Belum Tengok Or Nak Mengisi Masa Lapang,Yang Sedang Kebosanan,Ini Ada Link Untuk Korang Tengok Movie Ni :





PA : Aku Tahu Movie Ni Dah Lama Ditayangkan..Huh..Tapi Tak Salah Tengok Balik Kan?Huhu..
Part Yang Aku Suka,Haha..Masa Si Pencopet Dalam Bas Tu Kena Pukul Beramai-Ramai..Padan Muka Ngko..Lagu OST Filem Ni Pulak Rasanya Semua Orang Dah Tahu..Kan Kan?Hiksss..Nanti Ada Filem Best-Best Aku Post Lah Lagi..Ngeeee...

Penat Sungguh!!

Hadoi...Penat Nyer Tak Terkata..Sabtu Dan Ahad Aku Kena Kerja Dari 8.00 Pagi Sampai 10.00 Malam...Hadoi..Ni La Jadi Bila Staff Tak Ada..(Sebenarnya Boss Yang Choosing Giler)..Ada Staff Datang Interview Tapi Dia Tak Nak Accept..Akhirnya Aku Lah Yang Jadi Mangsa..Kena Kerja Overtime..Adoihh...Maya Cuti Sampai Rabu Ni..Dan Manager Pulak Cuti Sabtu Ahad..Aku Masuk Shif Pagi & Petang, Member Aku Sorang Masuk Malam..

Nasib Baik Dia Tak Cuti Jugak..Kalau Dia Pun Cuti,Aku Dah Boleh Bawak Kain Baju,Buat Office Ni Macam Rumah Aku Pulak..Makan Tidur Semua Kat Sini..Huh..Senang-Senang Je Boss Suruh Aku Masuk Kerja..Kenapa La Maya Cuti Lama Sangat Ni??Bukan Tak Tahu Sekarang Ni Office Memang Tak Cukup Staff..Takkan Lah Nenek Meninggal Dia Cuti Sampai Seminggu..
Tapi Tak Apalah..Aku Tak Kisah Sangat Pun..Cuma Letih..Yang Boss Pulak Boleh Dia Call Office Buat Lawak..


Boss : Hei PA..U Tidor Ka??

PA : Tidor Menda Boss?Tengah Kerja Nih!!Boss Tak Kacau Saya Sehari Tak Buleh Ke?Hadoi..

Boss
: Oh I Ingat U Tidor..Apa Pasal I Call Banyak Kali Tak Angkat??

PA
: Boss..Boss Banyak Makan Semut Ke?Lupa Dah Ke?Saya Sorang Staff Ajer Maaa...Mana Cukup Tangan Nak Angkat Dua Call Sekaligus..Tadi Ada Orang Call Saya Maa..

Boss : Oh Ok Ok..Marah Ka?Haiyo..Muda-Muda Marah Nanti Lekas Tua Maa..Tak Ada Amoi Mau Sama U Baru Padan Muka..

PA
: Saya Ni Kalau Ada Orang Yang Suka Kira Ok La Boss..Masalahnya Mana Saya Ada Masa Mau Cari Amoi(Awek)..Da Boss Tak Habis-Habis Suruh Saya OT,Kerja..Asyik Dok Memerap Dalam Office Aje..Saya Cuti Pon Boss Suruh Datang Office..Ape Lah...

Boss : Haiya..Jangan Macam Tu..Lu Muda Lagi..Mesti Ada Orang Suka Sama U Maa...

PA
: Hmmm..Entahlah Boss..

Boss : Lu Jangan Sedih-Sedih La..Nanti Esok I Masuk I Treat U For A Lunch..I Belanja..U Mau Makan Apa U Makanlah..

PA : Hahahaha...Ni Yang Best Nih..Haha..Boss Mau Belanja Haa??Betui Ni?Jangan Tipu..Kerat Lidah Tu Nanti..Saya Saja Je Buat Mood Sedih Nak Tengok Boss Pujuk Macammana.. Haha..Yes!!

Esoknya Tu Boss Belanja Aku Makan..Best-Best..Makan Free..
Menjadi Taktik Aku..Padan Muka..Suruh Lagi Aku Masuk Kerja Dok Office Lama-Lama..



PA
: Akibatnya Dari Aku Tipu Dia,Dia Marah Aku..Haha..Adoi Boss Nih..Haku Gurau Pun Tak Boleh..Jangan Marah Nanti Lekas Tua..Padahal Dah Tua Pon..Hahaha..