macammana kita berangan keputusan SPM kita adalah A1 penuh,
begitulah kita berangankan masa depan kita;
kesempurnaan sebagaimana diberitahu buku teks--
mengikut garis panduan ciri2 jalan hidup normal manusia sekeliling kita.
1. result cemerlang.
2. masuk universiti.
3. result cemerlang lagi.
4. kerja gred A.
5. menikahi atau dinikahi.
6. mendapat zuriat.
7. zuriat akan menurut aturan tadi;
8. result cemerlang,
9. masuk universiti,
10. dan seterusnya--
>> terus ke anak cucu cicit sebagainya.
TAPI.
hakikatnya,
tak semua orang mendapat A 1.
tak semua orang berjaya penuhi kesempurnaan buku teks itu.
ada terbengkalai di nombor 4.
ada tersangkut di nombor 2.
ada yang tak sempat merasa pun nombor 1.
hidup ini bukan aturan kita.
kita kena terima itu.
kelakar.
sebab di banyak masa,
kita MEMANG tak ada masalah untuk terima.
(ok. mungkin ada detik2nya yang kita seperti terdudukkan--
terdiamkan dan terpecahkan mengenang ketidakmampuan kita memenuhi kesempurnaan dunia)
tapi kita tidak mati.
CUMA di ada kalanya sahaja.
apa yang pasti--
kita SUNGGUH tak ada masalah untuk terima.
masalahnya,
yang tak mampu terima--
adalah ORANG KIRI KANAN kita.
tak kahwin.
tak ada anak.
tak mau sambung belajar.
tak minat kerja tinggi.
kenapa orang kiri kanan kita yang sibuk dengan 'kenapa'nya?
kalau penanggung dah cakap dia terima--
kenapa disibuk tanggungan orang, ya?
mari kita guna situasi ini sebagai contoh:
bab paling biasa.
bab jodoh.
phow.
aku memang super defensif bila ada yang pergi pada kawan2 aku yang masih belum dimiliki siapa dan bertanya soalan2 celaka seperti:
"bila hendak berumahtangga?"
"apa memang suka fokus pada karier?"
"kenapa memilih sangat pasangannya?"
"siapa dan jenis mana yang layak utk dinikahimu agaknya?"
aku memang lekas2 jawabkan:
"kau sibuk kenapa?"
sibuk sekali dengan taqdir orang, apa kau tau kesudahan hidup kau?
sibuk sangat dengan jodoh orang, apa kau pasti sang suami cuma bercinta dengan engkau?
haaa.. bila kita tanya begitu, reti pula melenting silat kungtau.
apa punya budaya la kita ada.
budaya penyibuk kita gantikan dengan 'kerana sayanglah kita ambil tahu'.
sedangkan pada haknya, mengikut garis agamanya, kita SEMUA patut tau konsep redha dan ikhlas dengan ketentuan tuhan yang satu.
apa kepastian kita yang sudah bersuami ini akan di akhirat nanti bertemu?
setakat janji yang dibina dalam lagu--
tak usahlah.
ziana zain, fauziah latif, spoon, scoin semua bagi janji palsu.
macammana bahagia kita dalam dunia, di dunia kekal itu-- tak siapa yang tahu.
tapi tuhan dah janjikan--
barangsiapa jodohnya tidak di dunia,
di syurga nanti, tersedia malaikat utk dinikahinya sampai bila2.
KAU ADA?
aku tak faham apa yang orang dapat dengan tanya soalan2 yang seumpama itu. apa kau rasa lebih beruntung kerana kau lebih bagus? apa kau rasa lebih bertuah kerana kau ada lebih untuk dimegah? apa? apa kau ada?
tak ada orang memang dari kecil bercita2 "aku hendak kesusahan dan kesedihan SAHAJA"
tak ada orang tak mahu apa yang orang ada.
tapi tak semua mampu terima yang dia bahagia dengan apa yang mereka ada.
sebab itu engkau2 yang ada macam2 patut malu.
sbb tuhan tak beri kau kesusahan dan kesedihan--
sebab tuhan lebih tahu yang kau memang tak mampu.
seharusnya mereka2 yang disusahkan dan disedihkan INI yang disorak--
atas kegagahan mereka,
atas kecekalan mereka.
nak dibandingkan dengan kita?
kita haprak.
malulah.
malulah bermegah dengan APA YANG KITA SANGKA kelebihan.
belajarlah erti harga,
bukan digit2 yang datang bersamanya.
bila orang boleh terima hakikat hidup mereka--
kita SIAPA untuk menidak dan mempersoal tentangnya.
kesempurnaan--
hanya wujud dalam buku teks sekolah kita.
kebahagiaan--
tak semua orang jumpa.
result cemerlang, masuk universiti, result cemerlang lagi, kerja gred A, menikahi atau dinikahi, mendapat zuriat, seumpamanya itu--
pada engkau adalah bahagia.
namun--
berkemungkinan kebahagiaan yang kita jumpa itu--
BUKAN kebahagiaan yang mereka cari di dunia ini.
barangkali mereka ada perjanjian sama tuhan--
untuk berbahagia di dunia azali.
aku minta--
biarkan mereka.
mereka bahagia.