+AdsClickAndWin+

+PencintaSeni+

+NotaKecil+

bangkit,
tulang belakang bukan untuk sempit,

tulang jari-jemari,
menghaluskan apa yang seni.

Saturday, May 22, 2010

kisah hati





Hati,
aku,
remuk,
teruk.

jiwa,
aku,
patah,
riuk.

cinta,
aku,
mati,
tersadai.

diri,
aku,
sakit,
TERKULAI.

Tuesday, May 18, 2010

Taktorah

Bila,
lelaki romeo,
tidak lagi bercinta.

Tiada lagi,
kisah cinta,
yang menyentuh hati,
yang mampu buat engkau tersenyum lagi.

Sunday, May 16, 2010

Aku

Sayang,
aku rindu,
rindu yang hilang diudara,
rindu yang hadir,
di alam kedua,
di dunia aku cipta.

Sayang,
engkau bukan milikku,
tapi,
perasaan itu,
menghantuiku,
cinta lalu,
memburuku,
kisah itu,
melemahkan ku.

Segala tawa yang engkau beri,
segala kasih yang engkau beri,
segala sayang yang engkau beri,
waktu dulu,
aku campak ketepi,
namun kini,
aku rindu kembali.

Dimana aku,
waktu kita bertemu,
dimana aku,
waktu engkau dihadapanku,
dimana aku,
waktu engkau peluk hatiku,
sekarang,
engkau bukan milikku,
aku,
aku milikmu.

cinta-cinta aku yang lalu,
hanya engkau yang aku rindu.

bicara,
untuk pertama kalinya,
aku tidak mahu engkau menghabiskan sisa waktu,
untuk hidup bersamaku,
kerana aku bukan untukmu,
kerana aku buta diarus nafsu,
kerana engkau suci bagiku,
aku keji untukmu,
maafkan aku,
kerana mencintaimu.

Engkau bukan pertama bagiku,
cuma yang kedua,
tapi engkau yang pertama,
mengajar aku,
apa itu cinta.

Walau,
saat ini aku berpunya,
namun,
hati berkata,
hanya engkau yang mencintai aku didunia.

Entah berapa kali aku menyendiri,
entah berapa kali jiwa aku mati.

Cuma,
aku mengharapkan,
ada cerita seperti cerita aku denganmu,
namun,
cerita itu tidak tergantung tanpa restu,
kekal abadi,
sampai mati.

Salah itu menghantuiku,
Sayang,
maafkanku,
mendustai cintamu.

Sayang,
maafkanku,
bicara,
bahawa engkau memaafkanku.

jiwa aku rindu,
diwaktu engkau,
bukan lagi milikku.

Saturday, May 15, 2010

Jelik

Pegi kedai kopi,
main dam haji,
masuk haji,
kenyang.

main lagi sekali.

Wednesday, May 12, 2010

Semangat juara

Hey si lena,
bangun kau,
dunia sedang bersuara,
bangun menjadi tumpuan dunia.

Hey si lena,
berdiri,
berdiri di puncak dunia,
tawan segalanya.

Hey manusia,
peluang sentiasa terbuka,
buktikan engkau mampu berjaya.

Saturday, May 8, 2010

Bukan biar rusukku patah

Aku pakai bajuku,
aku rasa selesa.

Aku pakai seluarku,
aku rasa bergaya.

Aku pakaikan,
semua tentang aku,
namun,
bila dunia berkata,
kau buta tentang cinta,
aku terdiam,
membuatkanku terus membisu.

Sepahit hempedu


Saat mata,
membongkar segala cerita,
mengatakan engkau sudah berpunya.

Cuma satu,
engkau bukan jodohku.

Namun,
hatiku sentiasa meronta,
mengalir sungai darah,
mengenang kisah lama,
cerita bodoh yang aku cipta,
akhirnya telan hempedu jua.

Dikau yang sentiasa ku cinta.

Selamat Pengantin Baru.

Friday, May 7, 2010

Nota Untuk Ummie

Ya Allah,
Ya Rahman,
Ya Rahim.

Dari Maha Pemurah,
Menciptakan insan,
yang sanggup berkorban,
apa sahaja,
demi anak-anak tercinta,
demi menghilangkan tengisan,
untuk memberikan senyuman,
tapi anakmu tidak mengerti,
masih menangis menagih simpati.

Dari Maha Penyanyang,
Menciptakan insan,
yang terlalu menyanyangi,
yang terlalu mengasihi,
setiap masa,
masa adalah anaknya,
masa adalah anaknya,
masa adalah anaknya,
tapi anakmu tidak mengerti,
masih merajuk setiap hari.

ummie,
setiap tangisanku,
setiap kali diriku merajuk,
anakmu ini sentisa mengasihi dan menyanyangimu.

Ya Allah,
Ya Rahman,
Ya Rahim,
aku sujud,
mendoakan,
keredhaan darimu,
untuk Ummieku,
untuk setiap ibu,
untuk setiap isteri,
untuk setiap wanita,
di muka bumi,
dilimpahi sifat kasih dan sayang.

amin,
amin,
amin.

Thursday, May 6, 2010

Lukisan senyummu itu


Aku,
cuma insan biasa,
yang biasa-biasa.

tetap bangun dari mimpi,
masih makan setiap hari,
sentiasa bersyukur kehadrat Ilahi.

kau?,
kau terlalu istimewa.

campuran warna cahaya,
refleks anak mata,
imej terbentuk di minda,
senyummu,
buat aku jatuh cinta.

oh,
indahnya dunia,
agungNya Maha Esa.

Bukan berlari mengejar mimpi,
Tapi berlumba,
mencari kebahagiaan yang dikongsi.

Terima kasih,
kerana senyummu itu.

Selamlah jiwa,
carilah cinta.

Pari-pari cinta


Menarilah engkau,
Si Uda dan Dara,
menarilah,
menikmati keindahan dunia,
merasai hak bercinta.

Si pari-pari cinta,
mencari pasangan bahagia,
bahagia dari mulanya,
bahagia sehingga keakhirnya.

kerana,
cinta,
nikmat 7 alam semesta.

Lena


Asyik,
lena,
menghilangkah lelah,
melupakan dunia.

Jangan kau lena,
untuk kau bersuka ria,
jangan kau lena,
untuk kau mengejar harta,
jangan kau lena,
ketika dunia,
di hujung nyawa.

Jangan sampai terlena,
selamanya,
sebelum kau selesai,
semuanya.

Wednesday, May 5, 2010

Mananti di sana

Dia,
sebuah kisah,
yang bercerita,
di alam maya.

Dia,
cuma seketika,
terlintas di mata.

Seketika itu,
merubah segalanya,
menjadi lagenda,
yang menanti di sana.

p/s : Al-fatihah kepada saudara Hisham
takziah kepada kawie2020