sebuah karya
Yusuf Fansuri
KANGKANG KANGGARU
entah di mana lagi mahu mencari keadilan
kamar saksama telah jadi ladang menternak kanggaru
mereka ketawa membuka kangkang
dan kita mampu hanya melihat buntut-buntut berbulu
pun masih lagi percaya bahawa kita tak dibohongi
dan setiap hujah-hujah mereka masih tetap suci tiada dusta
pun kita juga maklum kanggaru-kanggaru diternak
agar banyak membiak untuk menjaga kepentingan sesuatu pihak
hingga kini hanya kita mampu melihat kanggaru-kanggaru bersorak
menginjak rumput-rumput di laman sambil bermain bola-bola kuasa