Tuesday, December 17, 2013

Topeng


Aibku,

Aibmu,

Sama-sama kita jaga.

Bukan kau tahu,

Di sebalik kulit ini ada siapa.

Aku yang sering tersenyum,

Engkau yang masam sentiasa,

Bukan itu caranya melihat ke lubuk jiwa...

Mungkin aku bukanlah seperti yang kau sangka,

Tapi jangan terlajak menghakimi,

Kerana ada selaut hati yang belum kau dalami.

Monday, July 22, 2013

Harap

Hati yang semakin membusuk
Menyeksa iman yang masih tersisa
Hasutan yang semakin masyuk
Membuat syaitan menari gembira

Aku yang ada waktu
Teringat dan selebihnya terlupa
Masihkah mahu dipandang Dia
Yang Maha Esa?

Tuhan yang begitu penyayang, membuatkan aku serba malu
Bila mahu meminta
Bila mahu memujuk
Bila mahu...
Bila mahu...

Bukanlah aku ini seperti yang dilihat pada mata kasar
Celanya merata,
Tapi tidaklah pula aku mahu cerita,
Dan menjaja maruahku seperti kuih raya...

Terkadang air mataku menemani malam
Memikirkan nasibku kelak di sana
Dosa yang sekian lama terpendam
Akan terpapar nyata di hadapan semua

Namun ku tegar
Selagi hayatku masih segar
Aku mesti berusaha
Meronta melawan nafsu menolak dunia

Agar hidup sebenarku nanti
Yang mana ku kan hidup selamanya dan tidak mati
Bukan ditemani api.

Nikmat

Entah berapa ramai yang mengimpikan teduh
Tapi aku mensiakannya
Entah berapa ramai yang mengimpikan makan
Tapi aku mensiakannya
Entah berapa ramai yang mengimpikan ilmu
Tapi aku mensiakannya
Entah berapa ramai yang mengimpikan anggota
Tapi aku mensiakannya

Mataku,
Tanganku,
Akalku,
Hatiku,

Digunapakai dengan cara yang menentang Dia
Pemberi yang teragung...

Butakah aku,
Untuk mensyukuri nikmat yang tak kusedari ada
Hanya bila hilang
Baru ku mencari meraba
Menangis meminta...

Dan

Entah berapa ramai yang mengimpikan hidup
Yang merayu-rayu dari dalam api
Supaya diberi peluang hanya sesaat lagi, sehari lagi...
Tapi aku mensiakannya...

Betapa aku ini terleka...

Sunday, May 12, 2013

Impian

Segenggam impian,
Yang pernah aku harapkan jadi kenyataan,
Lebur dan menitik daripada celahan jemari

Apa yang hilang?
Apa yang tak cukup?
Apa yang silap?

Terduduk aku di tengah laluan,
Yang dulu aku begitu yakin mahukan...

Beginilah jadinya,
Kiranya asas matlamatmu,

Bukan Dia...

Sunday, December 2, 2012

Realiti

Benarkah gembira
Kiranya hatimu sedang meronta merana
Kebebasan yang fizikal
Keluasan minda yang kau canang
Terasa seperti penjara

Seragam muhlid yang disanjung
Menghina apa yang haq, menjunjung yang batil
Sampai bila?
Sampai bila kau mahu terpedaya?
Sampai bila kau mahu diperolokkan?

Saudaramu dijadikan bahan ejekan
Tapi kau turut sama ketawa
Saudaramu telah dicederakan
Tapi kau butakan mata, pekakkan telinga

Apa kau terlupa siapa lawan dan siapa kawan?
Hingga hujung waktu pun,
Di mata mereka, kita ini tetap yang terpedaya,
Walhal mereka yang malas membaca, hanya mahu berkata-kata.
Walhal mereka yang sombong, fikir dialah raja segala-gala

Kalau benar manusia itu tuhan mereka sendiri,
Kau tunjukkan pada aku
Apa kau boleh untuk kekal dan tidak mati?

Thursday, March 22, 2012

Matahari

Untungnya aku,
Diberi peluang melihat,
Satu lagi sinar mentari pagi...

Terik cahayanya,
Panas bahangnya,
Silau pancarnya,
Membuat aku rasa hidup, mampu merasa...

Setiap saat,
Setiap minit,
Setiap jam,
Setiap satu putaran matahari,
Aku masih berdiri,
Masih diberi peluang menjadi hamba kepada Ilahi...

Dan pasti,
Suatu hari nanti,
Matahari tak akan mampu lagi memberi,

Tatkala terbitnya ia dari arah bertentangan,
Setiap kalian sudah di hujung perjalanan,
Tinggal neraca Al-Mizan untuk menentukan,
Apakah layak kita, untuk syurganya?

Yang tahu, hanya Dia...
Dan mulut kita pun terkunci, tak mampu berkata-kata...

Friday, March 9, 2012

Mati

Matikan aku,
Dalam keadaan percayaku jitu...

Sudahkan aku,
Dalam keadaan celik mataku...

Bukanlah diri ini mahir pada lahirnya,
Dan tidak pula tahu pada besarnya,
Tapi dengan harapan penuh,
Aku akan faham pada akhirnya...

Matikan aku,
Dalam keadaan layak untuk Syurga yang Kau cipta...