Wednesday, January 30, 2013

AKHIRNYA

assalamualaikum

akhirnya kini pasti 
ku merasai cinta yg suci
bahagia pabila ku bersama 
sungguh indahnya.. 

opss..!

nyanyi lagu kak nita sarawak pulak.. 

bukan nak cerita pasal lagu ni pun sebenarnya tapi bile taip tiba-tiba je mulut menyanyi pastu tangan laju je taip ape yg mulut nyanyi.. haha.. okay, ignore!

sebenarnya akhirnya dapat say "GOOD BYE USM!" 
and "HI HOME!"



orang lain dah lame start cuti aku pulak kecoh baru nak balik.. ape boleh buat..fyp punya pasal & harap-harap semua ni berbaloi.. aku dah buat yg termampu so apepun kesudahan lepas ni, kena terima lah.. tak gitu? hehe..


dua minggu yg memenatkan selepas final exam.. habis exam, rehat sehari dua pastu terus masuk lab selesaikan mana yg tertangguh.. 

mungkin silap aku jugak selame ni jarang masuk lab..kononnya fikir procedure takde la banyak sangat... tapi bila buat..fuhh... dua minggu pun tak dapat siapkan..

procedure yg nampak simple tapi ambil mase yg lama.. nak kena tunggu dua hari lah, kena tunggu 6 jam lah.. hahh macam-macam lah.. sekarang baru faham macam mana senior senior aku pernah rasa dulu.. penat.. sangat penat.. 


ok lah tak nak cite panjang pasal tu.. lain kali aku upload je gambo.. hihi... 

# have a nice day guys!


suke bebelan cik dayah? sila click like :D

Friday, January 25, 2013

ost setia hujung nyawa: maafkan aku

assalamualaikum


semangat mintak tolong abang google & cari lagu ni & letak dalam blog.. haha.. nak lagu setia hujung nyawa tapi tak jumpe lah pulak code nye.. takpe.. aku akan teruskan mencari.. muahahaha.. so layan jelah lagu ni dulu okay. :D

Dan apa
Yang kau mau kan dari ku
Telah lama ku kata
Yang ku cinta sepenuh hatiku

Sampai bila
Harus aku menunggu cinta mu
Dan pabila ku sedari
Kaulah yang pertama 
kucintai

Maafkan lah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yang dapat menemanimu

Dengarkanlah sekali lagi
Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkata
I said I love you..

suke bebelan cik dayah? sila click like :D

setia hujung nyawa memang syiokk!

assalamualaikum

aku yakin & pasti ramai yang layan cerita ni kan? hmm memang syiokk.. aku sanggup download setiap episod & tengok banyak banyak banyak kali.. haha over kan..




sinopsis:

Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.
Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.
Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.
Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.

best best best! tak lama dah nak habis cite ni.. tak sabar nak tengok ending.. wuhuuu..!



suke bebelan cik dayah? sila click like :D

exam is over!!

assalamualaikum..

hai! sebenarnya exam dah habis lama dah.. 18/1/2013 yg lepas.. biasa lah aku memang jarang update so lambat lah.hehe..

lepas exam rasa lega yang tak terkata.. ye memang lega sangat.. study week yg penuh dengan dugaan.. migrain masa first paper & paper tu ialah KFT 331.. ohh.. memang tak boleh buat apa.. rasa tertekan jugak sebab aku tak pernah sakit masa exam sebelum ni.. tapi apa boleh buat.. exam tetap exam walaupun aku tak sihat.. stress! banyak sangat cuai dalam paper tu.. dan aku dapat agak ape result aku lepas ni..

semua orang cakap "dah lepas dah pun".. ye memang dah lepas tapi ade sikit perasaan terkilan coz aku tak dapat nak kesan mane careless aku masa dalam exam hall.. dan sebaik saja aku pass jawapan aku kat pengawas bertugas, aku terus ingat kat mane aku buat silap.. erghh tertekan coz masa dalam exam tu aku dah cube sedaya upaya aku cari mana silapnya tapi berkali-kali cek, memang tak nampak silap tu.. tertekan sampai terbawa-bawa dalam tido..

okay, point utama nak bagi tau dah habis exam.. entah mana-mana aku melalut..






suke bebelan cik dayah? sila click like :D