assalamualaikum..
lame tak berbicare dengan blog.. bukan malas tapi kesuntukan masa.. ade aje keje yang masuk.. biasa lah, student memang tak lekang daripada tutorial bla bla bla... nak tak nak, kena lah buat kan..
sila ignore tajuk entri jika anda rase takde kena mengena langsung..
hehe... C.I.N.T.A.
cehh..macam hebat sangat nak berbicara pasal cinta-cinta ni kan.. tapi apepun, setiap individu tu punye jawapan sendiri bila berbicara pasal cinta.. cinta & kasih sayang adalah dua rasa yang berbeza.. begitu juga sayang & perasaan suka.. ketiga-tiga rasa ni tak sama ok..
1) suka
kita boleh suka kat sesiapa pun..suka pada kawan, sukakan sesuatu yang cantik, suka keadaan yang kemas... once kita sukakan seseorang tak bermaksud kita mampu sayang dia sepenuh hati kita, tak bermaksud kita boleh cintakan dia.. cuma suka... ianya subjektif.. banyak jawapan yang akan kita terima bila kita tanya orang lain " apa yang kau suka?"
2) sayang
hmm.. sayang ialah satu perasaan yang lebih daripada suka.. pada pendapat aku lah kan.. tak tahulah daripada orang lain apa maksudnya.. sebab tulah aku cakap ketiga-tiga rasa ni adalah satu perkara yang subjektif.. tak ada satu pengertian khusus untuk maksud sayang ni.. mungkin bagi sesetengah orang sayang ni ialah perasaan terhadap keluarga mereka; ibu bapa, adik beradik.. & terhadap pasangan mereka.. mungkin juga terhadap barang-barang mereka.. itu pun sayang jugak.. secara keseluruhan, perasaan sayang bukanlah terhadap manusia semata-mata..
3) cinta
ramai yang berani ungkapkan kata cinta.. tapi berapa ramai je yang betul-betul dapat rasa apa itu cinta? mungkin laa ada yang kata " aku memang cintakan dia, dah takde orang lain lagi dah yang aku cinta"
cuba fikir sejenak.. betul ke apa yang diungkapkan tu? betul ke kau rasa apa itu cinta? bagi aku, cinta ialah bila kau dapat terima orang kau cinta tu seadanya.. walau apepun yang terjadi dalam hubungan, cinta tak pernah berubah, tak ada langsung rasa nak berpaling arah..biar lah apa orang cakap pasal si dia, tapi kau stay macam tu jugak.. nahh..itu baru cinta..! bukan sekadar ucapan tapi perlakuan juga..
cewahh.. memandai pulak aku define apa itu cinta lah, sayang lah, suka lah.. secara umum, itulah yang aku faham.. & apa yang aku faham mungkin berbeza dengan apa yang orang lain faham..
cinta tak boleh dipaksa... yeahh, memang betul sangat-sangat... mana boleh nak paksa perasaan supaya cintakan seseorang tu.. kalau perasaan memang tak ada rasa cinta kat seseorang tu, apa yang boleh kita buat kan..
" don't expect people to love you as much as you love them but continue to love them until they realize that they will never get such love from others except you"
tulah ape yang aku fikir.. jarang ada yang cintakan kita sebanyak mana kita cintakan dia.. susah nak jumpa.. tapi sekurang-kurangnya kita pernah rasa macam mana bila kita betul-betul cintakan seseorang.. sangat indah bila kita dapat balasan tapi sakit bila kita tak dihargai.. well.. cinta bukanlah bermaksud kita mesti memiliki.. bagi sesiapa yang benar-benar ikhlas mencintai, cukuplah sekadar melihat pasangan yang mereka cintai itu bahagia meskipun dengan orang lain..
bagi aku cinta itu satu pengorbanan bukanlah satu paksaan.. bila kita cintakan seseorang, ikhlaskan lah hati untuk melihat dia bahagia walaupun bukan dengan kita..
cinta jugak tak bermaksud mengongkong.. lepaskan dia dengan cara dia.. tegurlah dia bila dia buat kesilapan.. berilah ruang pada dia.. jangan terlalu mendesak..
sangat mudah untuk kita jatuh cinta tapi untuk melupakan orang yang kita pernah cinta, mungkin mengambil masa bertahun-tahun atau mungkin jugak kita takkan pernah mampu lupakan dia..
wah wah wah.. panjang pulak aku bermadah helah.. haha.. rasanya cukup laa dulu..
p/s : segala ayat di atas sekadar pendapat aku aje.. ^_^