Tuesday, August 27, 2013

dilemma

Assalamualaikum

mungkin ada yang dilemma perasaan jugak sekarang ni.. dilemma itu dan ini.. tapi keadaan aku berbeza.. aku dilemma sama ada nak hadir ke majlis konvo atau tak. mungkin ada yang fikir, 'eh rugi la kalau tak pegi, kan tu tanda kejayaan kita berhempas pulas selama ni'

mungkin ada jugak yang berpendapat ' takpe kalau tak pegi, tu cuma konvo'

selama ni aku yang tak sabar-sabar nak habiskan pengajian aku di USM.. tapi sekarang bila tiba saat nak konvo, aku dilemma..  bukan aku tak gembira.. aku gembira sangat bila dah berjaya habiskan degree aku.. tapi perasaan tu semua hilang bila terkenangkan keadaan ayah sekarang. 

ayah dah tak boleh berjalan buat sementara ni. sabtu lepas, 24/8/2013.. kaki ayah terkena mesin pemotong kayu. urat kaki kanan putus.. sampaikan ayah kena operate malam tu jugak..  benda nak jadi kan. selame ni ayah tak pernah pun buat kerja tu.. memang bukan kerja ayah. tapi entah macam mane hari tu ayah rase nak buat pulak. . ahh aku sebak.. aku tak pernah tengok keadaan ayah macam ni sekali. tapi ape boleh buat, semua ni ujian.. ada hikmah setiap perkara yang berlaku. 

walaupun aku sedih mak ayah tak dapat hadir ke majlis konvo aku nanti, aku cuba sedaya upaya sembunyikan daripada mereka. yelah, aku tak nak mak ayah rasa bersalah. aku tahu mak ayah pun nak sangat raikan aku kat majlis konvo nanti. tapi aku faham.. keadaan ayah sekarang tak mengizinkan dia untuk berjalan jauh. 

bukan aku tak gembira dah nak konvo tapi semua tu macam dah takde makna.. selama ni aku impikan mak ayah ada di samping aku pada hari aku konvo.. tapi sekarang semua tu tinggal angan-angan la nampaknya.. bersabarlah, hidayah. semua yang berlaku ada sebab. Perancangan Allah lebih baik daripada segala yang kita impikan. orang pun selalu cakap, tak semua yang kita rancang akan jadi. so sekarang nak atau tak nak, aku kena terima keadaan ni. hati sape yang tak sedih bila tengok keadaan ayah macam tu. kesihatan ayah tu lagi penting daripada majlis konvo aku.. 

semoga keadaan ayah makin baik lepas ni. insyaAllah.. 







suke bebelan cik dayah? sila click like :D

Wednesday, May 1, 2013

:: menjelang hari jubah ::

Assalamualaikum


hari jubah ku bakal tiba.. ye bakal tiba.. belum tiba.. masih menanti.. masih lagi tertunggu-tunggu..





untuk tiba ke hari tu aku rasa macam panda.. yeahh. terus terang aku rasa semua ni sangat memenatkan.. TESIS.. ohh TESIS.. 

aku bukan merungut.. tak tak tak.. sikit pun takde niat untuk aku merungut dengan apa yg aku kena lakukan sekarang.. cuma sekadar meluahkan apa yg aku rasa sekarang.. 

PENAT.. ye tulah yg aku rasa.. seronok tu memang ada.. seronok sebab tak lama lagi aku bakal bergraduasi.. sapa yang tak seronok nak graduate kan.. 

tapi semua tu memerlukan pengorbanan.. kena berkorban waktu, tenaga dan macam-macam lagi untuk sampai ke tahap sekarang ni..

ALHAMDULILLAH.. 

aku bersyukur kerana sehingga hari ini, aku masih lagi mampu meneruskan kehidupan seperti manusia yg lain.. walaupun penat + takcukupmakan (konon) + takcukuptido + lainlain

#abaikan ayat-ayat skema tu.,haha






aku juga mendoakan teman seperjuangan yg lain supaya terus berjaya..  *skemagileayataku*

"we try our best, let Allah do the rest"




suke bebelan cik dayah? sila click like :D

Tuesday, March 12, 2013

twenty two already hehe

assalamualaikum


hoorayyy! 2 hari yg lalu mencecah umur 22 tahun.. semoga dengan peningkatan umur ni membuatkan aku lebih matang dalam menilai setiap perkara.. insyaAllah..

kali terakhir sambut dengan kawan-kawan di USM. terima kasih kepada semua yg memberi ucapan, hadiah, sponsor kek dan sebagainya.. sesungguhnya jasa kalian akan ku ingat sampai bila-bila.. cewahh.. skema habis ayat aku..

suprise yg sangat menjadi oleh teman sebilik dan teman-teman terdekat yg lain.. TERHARU + GEMBIRA ..


kek yg sangat comel & sedap




hadiah dr teman-teman, love it!

terima kasih semua! 

p/s: i love all of you!

suke bebelan cik dayah? sila click like :D