Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki???

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Sunday, January 30, 2011
0 ulasan

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

"Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui."

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.

Post By : AltafDarwish
Read More..

Lazatkah Maksiat?????

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Sunday, January 30, 2011
0 ulasan

Kehidupan seharian kita tidak akan lari daripada dua perkara, sama ada berada dalam maksiat atau taat.

Apabila Rasullulah s.a.w menyebut "halawah-al-iman" (kemanisan iman), fahamlah kita bahawa iman itu manis. Taat kepada Allah itu manis. Membaca Al-Quran, solat berjemaah, menghadiri majlis ilmu, qiamullail dan sebagainya, semua itu manis.

Namun, kenapa sukar benar merasai kemanisan ini?

Mungkin kerana hati kita sedang berlazat-lazat dengan maksiat hinggakan maksiat itu terasa manis. Maka, hilanglah lazat dalam ketaatan. Bahkan ketaatan terasa tawar dan pahit. Taat dan maksiat takkan bertemu dalam situasi hati yang sama.

Persoalannya, lazat sangatkah maksiat sehingga kebanyakan kita lebih sanggup memilih maksiat berbanding taat? Terlalu banyak akibat maksiat yang akan menekan kita setelah melakukannya.

Tika itu, masih lazatkah jiwa? Mari kita telusuri beberapa akibat maksiat.

01.Tidak Memberi Cahaya dalam Hidup

Usia remaja seharusnya difokuskan untuk mempersiapkan diri dengan ilmu bersungguh-sungguh.  Seterusnya proses menuntut ilmu itu berterusan sehingga ke liang lahad.

Namun, jika hidup disibukkan dengan maksiat, masih adakah ruang untuk ilmu melekat?

Mungkin ada yang keliru, "Kenapa ada kawan saya ni, Nampak enjoy je selalu, tapi bila peperiksaan dapat cemerlang juga?"

Banyak tafsiran yang boleh dibuat daripada situasi ini.

Remaja itu mungkin tidak nampak bila kawannya belajar. Menjadi sunnatullah, sesiapa yang berusaha dia akan dapat.

Walaubagaimanapun, sesiapa yang berusaha mendapatkan ilmu dalam keadaan dia bergelumang maksiat, ilmu itu tidak akan memberi cahaya dalam hidupnya untuk mencapai kedudukan yang mulia di sisi Allah sama ada di dunia ataupun akhirat.

Kalau begitu pun kawannya cemerlang tanpa belajar malah sibuk dengan maksiat lagi, maka haruslah difahami bahawa itu nasibnya ketika itu sahaja. Sikap itu tidak akan menjamin kejayaannya pada masa-masa akan datang.

Sijil yang bakal digenggamnya hanya melambangkan ilmunya sekadar teori tanpa kualiti. Tidak akan ada berkat. Tidak akan ke mana-mana.

Jadi kenapa remaja harus memilih untuk meniru maksiatnya? Apakah perlu untuk cemerlang sepertinya dengan melakukan maksiat? Sah, kena tipu dek syaitan!

Imam al-Syafi' pernah mengadu kepada gurunya Waki' mengenai hafalannya yang terjejas. Waki' lantas menasihatkannya, "Tinggalkan maksiat."

02.Disempitkan Hidup

Sama ada kita kaya atau miskin, jika kita suka berlazat dengan maksiat, hidup akan terasa sempit.

Wahai remaja, adakah anda melihat seorang pemimpin berwibawa yang skandal seksnya terbongkar itu tenang hidupnya?

Adakah si miskin yang mencari rezeki dengan mencuri itu tenang hidupnya?

Adakah artis terkenal yang bebas berkepit dengan mana-mana pasangan itu tenang hidupnya?

Tidak! Tidak! Jiwa mereka akan jatuh miskin kerana maksiat. Jiwa mereka gersang. Yang ada hanyalah kerisauan dan kesepian hati.

Jika tujuh gunung emas dibentangkan di hadapannya, ia takkan mampu menjadi penawar terhadap kebimbangannya akibat daripada maksiat.

Bukan sahaja Allah akan menghukum, malah di dunia lagi masyarakat akan menghukumnya. Tekanan akan lebih membunuh  jiwanya apabila ditikam perasaan terasing.

Lebih-lebih lagi apabila keluarga dan rakan baik mula menjauhkan diri darinya. Dia tentu bertambah sukar menghindari maksiat malah mungkin mencari penyelesaiannya dengan maksiat baru pula.

Maksiat itu bukan sahaja menyempitkan jiwa malah menyempitkan harta. Dalam Musnad Imam Ahmad diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya seseorang hamba tidak akan mendapat rezeki kerana dosa yang dilakukannya."

Jelas ketaatan itu melimpahkan kekayaan, sebaliknya maksiat mendorong kepada kefakiran jiwa dan harta. Bukan itu sahaja, penggemar maksiat akan menemui kesulitan dalam urusannya dan jalan buntu dalam banyak perkara.

03.Melemahkan Hati dan Badan

Kekuatan Mukmin adalah pada hatinya. Ia raja kepada anggota badan. Apabila hatinya kuat, maka anggotanya kuat dan tindakannya juga bermanfaat.

Ahli maksiat, biarpun badannya kuat tetapi hatinya lemah dan sentiasa gelisah. Bayangkan kekuatan orang Parsi dan Rumawi yang tamadunnya sangat pesat dan memiliki kekuatan perang yang lengkap namun dapat ditundukkan oleh generasi para sahabat yang lebih kuat hatinya.

Abdulah bin Abbas berkata: ''Sesungguhnya pada kebaikan itu ada cahaya pada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai orang terhadap dirinya" .

Paling menakutkan, ahli maksiat akan dihukum Allah dalam bentuk lemah anggota badannya untuk melaksanakan ketaatan, terputus jalan-jalan kebaikan baginya dan kemudian mati dalam kemaksiatan. Sewaktu dibangkitkan kelak, diri pasti mengeluh kesal.

"Aduhai, sekiranya dulu aku berbuat sesuatu untuk hidupku sekarang ini" (surah al-Fajr 89:24).

Sama-sama kita muhasabah semula diri kita. Lihat sejauh mana kemaksiatan dalam diri yang masih menghalang dari kita untuk mendapat keberkatan dalam diri. Wallahua'lam.

Sumber : iluvislam.com
Post By : AltafDarwish 
Read More..

Kehebatan Perkataan " Tolong " Dan " Terima Kasih "..

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Sunday, January 30, 2011
0 ulasan

"Can you press for me level 7... Please," Pinta seorang kiwi (orang New Zealand), semasa kami berada di dalam lif di perpustakaan universiti.

"Sure!" Saya membalas, sambil jari menekan butang di lif.

"Cheers!" Dia membalas.

Dalam satu kejadian lain,

"Excuse me, can you take that for me. Please.." Pinta seorang makcik.

"Which one? This one?" Sambil memegang tin dan menunjukkan kepada makcik yang meminta.

"Yup. Thank you so much, my love!" Oh, hati berbunga, kerana dipanggil 'love'!Sweet lah makcik ni~

Saya bukanlah seorang yang terlalu 'alert', tetapi untuk masa-masa yang tertentu, telinga saya menangkap setiap butir bicara yang dikeluarkan oleh orang sekeliling. Kemudian, saya berfikir dan menilai, lantas belajar tentang erti kehidupan.

*****
Dalam situasi lain, dengan latar masyarakat yang berbeza.

"Mimi, ambil kan buku atas meja," Saya berhenti sekejap. Otak ligat berfikir, memproses ayat yang dikeluarkan oleh rakan sebentar tadi.

Saya diam. Badan bergerak menuju ke arah meja untuk mengambil buku.

"Mimi, buka pintu rumah," Nadanya biasa sahaja. Tiada nada marah, mahupun mengarah. Saya diam. Kad rumah dikeluarkan, pintu dibuka.

Hati memberontak, mahu juga berkata tentang apa yang saya rasa pada kawan sekeliling. Masa senggang yang ada saya ambil untuk membuat perbincangan, dengan harapan sahabat boleh berfikir tentangnya.

"Ijan, perasan tak sesetengah orang ni suka 'memerintah'," Saya memulakan bicara.

"Macam mana?", Dia menyoal untuk mengetahui.

"Kita selalu perasan, kawan-kawan kita jarang nak guna perkataan 'tolong'. Terutama apabila mahukan orang lain membuat sesuatu untuknya. Semua pun nak beri arahan,"

"Kita selalu perasan jugak, kiwi-kiwi kat sini, kalau nak minta tolong daripada orang lain, mesti mereka akan gunakan perkataan, "Please". Kalau tak di awal ayat pun, di akhir ayat mereka pasti akan guna juga perkataan "Please" tu."

Ego kah diri, sebab tak mahu 'diarah'? Bukan. Cuma, merasakan bahawa perkataan yang keluar itu memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan si pengeluar perkataan tersebut.

Bukankah tujuannya mahu meminta 'tolong'? Tidak terlalu berat atau susah rasanya untuk menggunakan perkataan 'tolong' tersebut.

Bukankah perkataan 'tolong' itu juga menunjukkan rasa rendah diri. Rendah diri kerana diri sendiri tidak mampu untuk melakukan sesuatu. Jadi, kita bertindak untuk meminta bantuan dan pertolongan daripada orang lain.

Manusia, tiada yang sempurna, malah manusia perlu untuk hidup dalam komuniti supaya setiap kelemahan yang ada di dalam diri individu mampu ditampung oleh individu yang lain.

"Eh, dah lah nak minta tolong orang. Kemudian nak mengarah pula." Detik dia di dalam hati apabila diminta untuk 'tolong' mengambilkan sesuatu. Sedangkan bukanlah dia sedang di'arah' pun, cuma struktur ayat yang keluar menyebabkan dia rasa seperti sedang diarah. Sedangkan, kalau difikir kan pun, tiadalah kawan itu mahu 'mengarah' pun.

Lagi teruk keadaannya apabila permintaan telah dipenuhi, 'terima kasih' tidak dilafazkan.

Terima kasih itu sebagai tanda penghargaan kepada yang telah membantu. Kadang-kadang yang membantu tidaklah mengharapkan sangat perkataan tersebut, tetapi, bukankah itu adab?

Orang berbudi, kita berbahasa..kan?

Tahun lepas banyak turning point kepada diri. Salah satunya adalah insiden yang berlaku semasa perjalanan ke universiti, dengan menaiki bas.

Rakan saya membayar tambang bas kepada pakcik pemandu. Dikatakannya, "University."Seperti biasa, mukanya sentiasa tersenyum, sambil tangan menghulur syiling bernilai NZD1.50. Pakcik tersebut berkata, "Sorry?" Sambil air mukanya berubah. Rakan saya mengulang perkataan yang sama, "University." Pakcik tersebut,"Again?"

Ketika itu saya sudah mulai rasa pelik. Di dalam hati, "Eh, teruk sangat ke slang kitorang sampaikan sebut 'university' pun pakcik tu tak dapat nak identify?"

Rakan saya menyebut lagi, "University." Air mukanya tetap tidak berubah, tetap tersenyum. Kemudian, pakcik itu menyebut, "Rude!" Raut mukanya seperti marah, sambil mengambil duit yang dihulurkan oleh rakan tersebut.

Sepanjang dalam perjalanan ke universiti, kami berfikir, kenapa pakcik tersebut marah? Apa yang kami buat?

Lantas, Allah SWT datangkan pengajarannya. Rakan saya berkata, "Mesti sebab kita tak guna perkataan 'please'.

Kalau tak, takkan lah pakcik tu kata 'rude!' tiba-tiba."

Astaghfirullahal'azim. Saya terdiam, memandang ke luar tingkap, sambil berfikir. Berfikir dan bersyukur diatas tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Allah SWT.

Hati terdetik, "Mereka ni ada nilai-nilai baik yang diamalkan dalam kehidupan seharian, bukanlah mereka Islam pun. Tetapi, mereka tahu dan amalkan nilai dan adab."

Allahu akbar~ Terima kasih kepada pakcik pemandu bas yang telah 'mengajar' kami nilai dan adab. Hati terasa lembut, tiada langsung rasa mahu marah kerana perkataan "Rude!" yang dikeluarkan.

Marah tiada, tapi terkejut. Langsung, bersyukur kepada Allah SWT yang mahu kami tahu dan belajar tentang erti hidup. Erti hidup yang sebenarnya perlu kepada adab dan nilai hormat kepada orang sekeliling yang telah memberi khidmat dan bantuan.

Jangan ditinggalkan perkataan 'Tolong' dan 'Terima Kasih' dalam hidup sehari-hari! Hakikatnya, kita lemah. Paling tidak pun, kepada Allah SWT perlu untuk kita meminta!

Manners are not born with us, they are acquired.

Sumber : iluvislam.com
Post By : AltafDarwish
Read More..

Lagi Sayang.... Lagi Diuji...

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Sunday, January 30, 2011
0 ulasan

"Abang, betul ke kalau Allah sayang kita, Dia akan uji kita dengan banyak ujian?" satu soalan singgah ke peti masuk mesej telefon saya.

"Macam mana kalau tak betul?"

Kepada adikku, inilah jawapan abangmu.

Adikku,

Apabila kamu persoalkan kasih sayang manusia kepada kamu, maka abang sangat berlapang dada bahawa manusia ini memang terlalu nipis lapis kasih dan sangat kecil pula kotak sayang yang mereka miliki. Banyak terjadi bayi kecil dibuang ke serata pelusuk yang tidak layak, para pemimpin pula sibuk mengeringkan tabungan rakyat laksana buaya lapar yang dahagakan mangsa.

Tetapi yang kamu persoalkan ini adalah kasih sayang Tuhan-Mu. Dia yang dengan jelas menyebut diri-Nya sebagai Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, di setiap surah di dalam Al-Qur'an. Adakah sejak abang ke sini lantas kamu juga meringankan tilawah yang wajib ini?

Jika benar, maka mari abang mengajakmu supaya kita sama-sama menyelak kembali lembaran suci yang setiap ayatnya membersihkan jiwa ini. Perhatikan, bahawa Allah telah memberi peringatan kepada kita dengan firman-Nya:

"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (Surah Ar-Rum: 36-37)

Ujian Kesempitan Adalah Hasil Kecuaianmu

Adikku,

Apakah rasamu mendengarkan ayat Alllah di atas? Tidakkah kamu melihat kesenangan dan kemudahan hidup sebagai ujian Allah, sama seperti kesempitan hidup yang kamu dakwakan sedang Allah timpakan kepada kamu sekarang?

Fikirkan juga wahai adikku, semua kesusahan yang kamu deritakan ini hanyalah berpunca dari kelalaianmu sendiri. Kamu gagal mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaanmu, bukankah itu natijah dari kemalasan dan kekurangan strategimu dalam mengulangkaji pelajaran? Atau kamu masih angkuh menafikannya?

Kemudian, kamu sibuk mengatakan ummi asyik marahkan kamu, kawan-kawan pula gemar menaikkan darahmu, kenanglah semula wahai adikku. Sejauh mana kamu berakhlak dengan mereka? Apakah kamu benar-benar berlaku adil dengan mereka? Bahkan sekalipun kamu sudah berakhlak sebaiknya dengan mereka, sepatutnya kamu ingat kepada baginda Nabi sebagai manusia yang luar biasa akhlaknya tetap juga dilukai manusia.

Namun, jika ujianmu benar terlalu berat, tiada apa yang dapat abang nasihatkanmu melainkan mengajakmu supaya sentiasa bersabar. Bersabar, bersabar, dan teruslah bersabar kerana untuk orang-orang yang bersabar, ganjarannya adalah seinfiniti pahala. Itu janji Tuhan. Bersabarlah kerana deritamu ini sangat sedikit berbanding kehidupan akhirat nanti. Adakah dapat kamu bayangkan kesusahan dunia sekitar empat, lima tahun, puluhan tahun sekalipun jika dibandingkan dengan kebahagiaan akhirat yang tahunnya tidak akan habis?

Hidup ini bukanlah selama-lamanya, bahkan bukan lama pun. Apabila kamu sudah merasai kehidupan, maka bersedialah pula untuk mati. Ingatlah kepada kematian, fikirkanlah tentang akhirat, kamu akan insaf nanti.

Ujian Ini Nikmat Keimanan

Adikku, tidakkah kamu mengaku bahawa kamu ini orang beriman. Sedangkan jika benar, pastinya kamu pernah mendengar firman Allah ini,

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4)

Sekarang, persoalkan dirimu sendiri, mana bukti keimananmu? Adakah layak kamu mengaku beriman kepada Allah, kepada rasul-Nya, sedangkan kamu tidak yakin bahawa ujian ini daripada-Nya untuk menguji keimananmu?

Para sahabat nabi, mereka membenarkan iman mereka dengan menyediakan leher-leher mereka di medan perang untuk mengembangkan Islam. Bahkan seluruh para tabiin, hidup mereka tiada keseronokan melainkan dalam keasyikan bersama ujian dan tarbiyah daripada Allah. Maka jika ini menjadi bukti keimanan mereka, mengapa kita tidak sanggup membuktikan keimanan dengan menghadapi ujian hidup ini bersama kesabaran terhebat yang mampu kita persembahkan?

Alangkah Baiknya Bahawa Yang Mengatur Adalah Allah

Adik, hidup kita semalam, pagi tadi, dan sekarang Allah yang atur. Malah kalau kita mati sekejap lagi, itu pun Allah yang atur. Bukankah sangat baiknya hidup kita ini yang mengaturnya adalah Allah?

Atau fikirmu bahawa kamu sendiri dapat mengaturkan hidupmu dengan cara yang kamu sendiri mahu? Urusan kebahagianmu kamu uruskan sepenuhnya, tanpa cahaya petunjuk daripada Allah. Begitukah yang kamu mahu?

Jika kamu menjawab tidak, maka kembalikanlah keyakinanmu. Tuhan tidak mengujimu dengan sia-sia. Bahkan dia merancang untuk kamu kebaikan yang tidak dapat kamu bayangkan.

Pernah suatu hari Saiyidina Umar datang menghadap nabi dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu apabila dia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan, dia terus mengambil bayi itu lalu mendakapkannya ke perut untuk disusui.

Lalu Rasulullah saw. bersabda: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Para sahabat menjawab: Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah saw. bersabda: Sungguh Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada wanita ini terhadap anaknya.

Adik, ummi sayangkan kamu pun tidak sampai 0.001 peratus daripada Tuhan sayangkan kamu!

Sumber : iluvislam.com
Post By : AltafDarwish
Read More..

Peliharalah Perilakumu Wanita..

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Sunday, January 30, 2011
0 ulasan
 
Wanita adalah ciptaan Allah swt sama seperti lelaki. Kedatangan Islam telah meletakkan darjat wanita di tempat yang mulia. Tidak ada peradaban lain di dunia ini yang memperlihatkan kemuliaan wanita melainkan Islam.
   
Penciptaan wanita bermula dari Hawa a.s. Beliau dicipta dari tulang selangka kiri Nabi Adam a.s. Kenapa diciptakan makhluk bernama wanita? Kerana lelaki akan kesunyian tanpa wanita seperti mana yang Nabi Adam alami ketika berseorangan di syurga dahulu.
    
Dan di antara ayat-ayatNya (keterangan tentang kekuasaan dan rahmat Allah), bahawa Dia (Allah) menciptakan isteri-isteri kamu daripada diri kamu, untuk kamu, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dijakanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan (Ar-Rum:21)
    
Wanita mempunyai peranan yang sama penting di dalam kehidupan di muka bumi ini. Di dalam al-Quran sendiri telah diturunkan surah yang khusus mengenai wanita iaitu surah an-Nisaa'.
    
Malah ada kata-kata bijak pandai mengatakan, "seorang lelaki yang hebat itu pasti ada wanita di belakangnya." Wanita itulah ibunya ataupun isteri kepada lelaki tersebut.
    
Wanita adalah ciptaan Allah swt sama seperti lelaki. Kedatangan Islam telah meletakkan darjat wanita di tempat yang mulia. Tidak ada peradaban lain di dunia ini yang memperlihatkan kemuliaan wanita melainkan Islam.
    
Nabi saw juga ketika menyampaikan risalah Islam kepada manusia, kesemua isteri-isteri baginda serta anak-anaknya khususnya Sayyidatina Fatimah menjadi watak-watak yang penting dalam penyebaran dakwah khususnya di kalangan wanita.
    
Orang yang mententeramkan Nabi saw ketika turunnya wahyu pertama, yang mula-mula beriman ketika manusia dalam keadaan kafir, yang membenarkan baginda ketika difitnah, yang banyak membantu dengan harta ketika tiada manusia lain yang membantu itulah dia seorang wanita yang dinamakan Sayyidatina Khadijah ra.
    
Dari wanita, lahirlah seorang pemimpin agung. Dari susuan seorang wanita juga lahirlah manusia yang intelek. Dari asuhan dan tarbiyyah seorang wanita juga lahirlah manusia yang bertaqwa.
    
Tangan yang menghayun buaian juga boleh menggegarkan dunia. Tetapi adakah semua wanita itu boleh menggegarkan dunia seperti mana Masyitah mampu menggegarkan singgahsana Firaun laknatullah itu?
    
Sesungguhnya dengan agama sahaja wanita itu boleh menggegarkan dunia. Seorang lelaki yang hebat itu dilahirkan oleh wanita yang hebat juga. Mereka itu adalah wanita yang menundukkan pandangan mereka, menjaga aurat mereka, memelihara malu mereka, yang memelihara perilaku mereka serta patuh dan tunduk kepada semua tuntutan yang telah disyariatkan.
    
Aurat merupakan antara perkara utama yang perlu dijaga oleh seorang wanita Islam. Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)
    
Sesungguhnya makanan yang sentiasa tertutup itulah yang akan menjadi rebutan berbanding dengan makanan yang terdedah dan tidak tertutup. Makanan yang terhindar dari pencemaran jugalah yang akan memberikan kekuatan pada tubuh manusia.
 
Ingatlah wahai wanita, lelaki yang jahat itu sentiasa melirikkan matanya di setiap inci bahagian tubuhmu yang terdedah. Nafsunya sentiasa mencari jalan untuk melihat wajah, serta lenggok dan bentuk tubuhmu yang menawan. Sesungguhnya tubuhmu itu adalah hak bagi suami mu sahaja.  
 
Ingatlah wahai wanita, sesungguhnya kejahatan yang engkau lakukan pasti akan menarik 4 golongan lelaki yang lain bersama ke dalam neraka. Iaitu ayahmu,suamimu,anak lelakimu serta adik-beradik lelakimu. Sedangkan kejahatan lelaki itu tidak akan menarik seorang wanita pun bersama mereka ke neraka.  
 
Ingatlah wahai wanita, kepanasanmu bertudung, longgarnya pakainmu, panjangnya lengan bajumu, panjangnya sarung kakimu, sopannya tingkah lakumu serta ketabahanmu menjaga syariat Islam itu ganjarannya syurga di akhirat kelak.  
 
Kebaikan itu adalah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa dilihat oleh manusia kepadanya (Riwayat Muslim)  
 
Ibn Umar ada berkata, "Kebaikan itu mudah, muka yang berseri-seri dan perkataan yang lemah lembut."  
 
Abu Darda' pernah menyebut, "Kebaikan itu dalam ketenteraman, dan kejahatan itu dalam keraguan"  
 
Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa. Adakah seorang wanita itu menjadi harapan kepada bangsa sekiranya auratnya tidak dijaga dengan sempurna, perilaku akhlaqnya memualkan sesiapa yang melihatnya? Wanita yang tidak memelihara agama itukah yang bakal melahirkan generasi-generasi akan datang yang akan menyambung mata rantai perjuangan Rasulullah saw?  
 
Sesungguhnya al-Quran dan Sunah Rasul telah menunjukkan jalan untukmu wahai wanita. Segalanya terpulang kepadamu untuk memilih jalan Maryam, ibu kepada Nabi Isa as, ataupun jalan Ummu Jamil, isteri kepada Abu Lahab.  
 
Namun sekiranya syurga itu impianmu, maka ketahuilah jalan ke syurga itu penuh dengan pelbagai kesusahan yakni engkau perlu mengawal kehendak nafsumu yang menggoda. Sekiranya, neraka itu cita-cita mu, maka ketahuilah sesungguhnya jalan ke neraka itu dihiasi dengan keseronokan-keseronokan yang bersifat sementara dan tidak kekal abadi.

Wallahua'lam.

Sumber : PRS UniSZA
Post By : AltafDarwish
Read More..

Kenapa Lelaki Suka Berdiam Diri???

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Sunday, January 30, 2011
0 ulasan

Sebenarnya walaupun kamu lebih suka berdiam diri dalam banyak situasi dan nampak baik, tindakan kamu ini sebenarnya tidak disukai oleh teman wanita kamu kerana mereka lebih suka kamu berterus terang dalam semua perkara. Malah mereka merasa lebih tertekan apabila kamu berdiam diri sekiranya berlaku sebarang perselisihan. 

Sekiranya keadaan ini terjadi, perempuan perlu sedar bahawa lelaki memilih berdiam diri kerana sebab-sebab tertentu. Ketika itu, lelaki mungkin sukar untuk menyatakan hal sebenarnya kepada kamu yang disayanginya. Walaupun lelaki tersebut tahu kejujuran adalah hadiah paling berharga tetapi demi kebaikan bersama ada baiknya dia memilih berdiam diri terlebih dahulu daripada berterus- terang yang mungkin boleh melukakan kamu. Apa yang perlu kamu lakukan di sini ialah jangan memaksanya untuk bersuara dan berterus-terang, kerana ia mungkin akan menimbulkan kemarahan dan boleh mencetuskan perselisihan faham. 

Lelaki juga suka berbohong "sunat" terhadap teman wanitanya daripada mendedahkan perkara sebenar kerana biasanya apabila mereka menyatakan hal yang sebenar, teman wanitanya sukar untuk menerima hakikat tersebut. Biarpun mereka memilih untuk mendiamkan diri, ini bukanlah bermakna mereka takut terhadap perempuan, tetapi ia betujuan mengelakkan daripada berlakunya pertengkaran dan masam muka. Sebab perempuan biasanya lebih emosional dalam menangani sesetengah perkara. 

Dalam soal ini, ramai lelaki merasakan tiada gunanya bertengkar dengan teman wanita kerana itu bukanlah jalan terbaik, malah lambat laun lelaki juga yang terpaksa memujuk. Jadi untuk mengelakkan berlaku pertengkaran atau bagi mengelakkan pertengkaran daripada berlarutan lebih baik dia berdiam diri. 

Oleh itu, jika teman lelaki kamu bersikap demikian kamu janganlah pula beranggapan si dia degil atau sengaja tidak mahu melayan karenah kamu. Ini kerana dia berniat untuk menyelamatkan hubungan kamu. Kamu juga seharusnya perlu sama-sama berdiam diri dan fikirkan secara mendalam apakah yang menjadi punca perselisihan tersebut. Bagaimanapun kamu boleh meneka apakah yang terbuku di hatinya walaupun dia berdiam diri. Bagaimanakah caranya? Senang saja, kamu cuma perlu perhatikan apakah tindakannya selepas itu. Kerana dengan melihat apa yang mereka melakukan secara tidak lansung membolehkan kamu mengagak apakah yang diinginkan sebenarnya. 

Tetapi ingat!!!.Jangan mendesaknya berterus terang. Kerana kalau didesak mereka akan terus berdiam diri dan kalau memberikan jawapan pun, jawapannya kurang tepat atau tak ikhlas.... 

Malah ahli psikologi pun mengakui bahawa cara terbaik untuk mengenali lelaki ialah memerhatikan perlakuannya. Ini bukan bermakna cakap lelaki tidak boleh dipercayai tetapi mereka lebih boleh dipercayai daripada perempuan. Tetapi dalam hal-hal untuk menyelamatkan sesuatu perhubungan lelaki memilih untuk berdiam diri.

Sumber : PRS UniSZA
Post By : AltafDarwish
Read More..

Doktor, Islam Dan Logik

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Sunday, January 30, 2011
0 ulasan

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? 

Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa?Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu,kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk
bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh disebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam
sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.

Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja,jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapatmerebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar.

Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudarisana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah. Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.

Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran..

Sumber : PRS UniSZA
Post by : AltafDarwish
Credit to : Ez@LR
Read More..

Pengalaman Yang Bermakna

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Sunday, January 30, 2011
0 ulasan
Assalamualaikum semua..
Khas dari pena dan tinta Mr. Presiden....

Beberapa minggu lepas saya dan beberapa exco dan ahli telah pun di hantar ke D'Nelayan Beach Resort, Pengkalan Balak Melaka ( kalau salah tolong betulkan ye...) untuk menyertai satu bengkel kepimpinan kelab kaunseling dan PRS IPT. Kalau tak salah saya lebih kurang 10 buah IPT yang menyertai bengkel ini dan mungkin selebihnya ada yang ter'clash' dengan aktiviti-aktiviti lain yang...jadi tak dapat bersama-sama kami.. mungkin di lain hari dan masa...ada rezeki dan kesempatan insyaALLAH.

D' Nelayan Beach Resort, Melaka

Bengkel yang hanya 3 hari 2 malam ini memang memberi makna yang mendalam pada kesemua peserta
( himpunan komen-komen di akhir pertemuan kami di hari ketiga...majoriti mengiyakan...) masakan tidak, secara peribadinya saya turut mengakui walaupun dalam diam. Bukan tidak mahu meluahkan tapi cukup untuk memberikan ruang dan peluang kepada otak supaya pantas dan ligat berfikir tentang tersurat dan tersirat. Kalau ada gangguan-gangguan lain terutama dari 2 ulas bibir yang memang tak henti-hanti bercakap nie...bagaimana hendak berfikir dengan baik?? Jadi di sini saya turut ingin kongsikan bersama-sama pembaca blog PRS UniSZA tentang apa yang difikirkan disebalik yang tersurat dan tersirat di sebalik program seumpama ini. Jadi, sudah tentu post yang saya nukilkan ini bukanlah untuk melaporkan tentang program yang kami ikuti tapi lebih kepada untuk berkongsi bersama dengan anda dengan semua apa yang saya perolehi secara peribadi daripada program yang saya telah ikuti.

PERTAMA :
Kelewatan kami tiba di Melaka memang di luar bidang kuasa. Dek kerana kekangan2 dan halangan2 tertentu, kami berpaksa 'burn' satu slot bersama rakan2 yang lain dan slot 2 sememangnya slot yang penting bagi mana2 program pun ( slot ice-breaking...) kerana melalui slot ini, kesemua peserta akan dibuang perasaan2 negetif seperti malu, segan, kurang mesra dan sebagainya. Namun kelewatan kami ini bukanlah satu alasan bagi mereka semua untuk menidakkan atau mengasingkan kami dari kumpulan besar yang telah mereka bina. Mereka semua menerima kami dengan hati yang terbuka dan rasanya tidak sampai sejam, kami dah mula serasi dengan mereka semua. Oh....indah sungguh pekerti semua kerana mempunyai sifat berlapang dada dan memahami kesusahan orang lain...( pelajaran yang pertama saya perolehi mengenai nilai dan pekerti...)

KEDUA :
Slot-slot yang telah dilakukan sememangnya memberi impak yang tersendiri. Pertama, slot2 yang dijalankan unik kerana tanpa nota dan bahan tulisan ilmiah untuk rujukan. Hanya sekadar kertas A4 putih kosong dan pen yang dibawa sendiri kami diajar untuk membuat jurnal. kami diminta tuliskan slot apa yang kami ikuti, makna tersurat dan tersirat, serta sebagai PRS apa peranan dan tindakan yang akan kami lakukan....menarik dan unik. 2 perkataan yang dapat saya ungkapkan....( pelajaran kedua...belajar melalui pengalaman kerana kesilapan dari pengalaman lalu adalah untuk kita perbaiki dan menambah baik pada potensi diri dan akhlak peribadi.)

Slot aktiviti luar juga menarik untuk saya nukilkan disini. Bayangkan kami semua diminta untuk membuat satu barisan lurus menghadap ke arah fasilitator kami. Lebih merimaskan lagi apabila diminta untuk berselang seli antara lelaki perempuan. Oh...iman berasa panas seketika....tapi rileks...ikuti..perhatikan...dan fikirkan... baru bertindak... Selepas itu, kami diminta untuk memegang tali panjang dan kami tidak dibenarkan melepaskan tali tersebut. "Oh..payahnya...." komen si hati kecil spontan. dan akhir sekali kami diminta untuk membuat simpulan ditengah2 tali dan selepas itu diminta untuk melepaskan semula simpulan yang telah dilakukan dengan syarat2 tertentu. Jika mana2 syarat dilanggar,,,tali akan dipotong...dan jawabnya...tali semakin pendek...dan kedudukan laki perempuan semakin rapat...lagi panassss iman nie....huhuhu.... Akhirnya atas kebijaksanaan ketua yang telah dilantik, lelaki perempuan diasingkan....baru selesa..iman kembali sejuk...dan lelaki sahaja yang terlibat untuk menyimpulkan simpulan dan membuka kembali.... ( pelajaran ketiga.. nilai2 ajaran agama jangan dilupa di mana sahaja kita berada kerana itulah bekalan kita diakhirat sana..kerjasama...ukhwah...persefahaman..tolenransi...dan sokong menyokong amat diperlukan dalam berurusan dengan manusia...kesabaran juga jangan dilupa...ketika mana masalah menimpa dan stress menjelma...)


Slot yang paling menarik sekali dimalam terakhir kami disana...kami diarahkan untuk menyiapkan sabuah pelamin pengantin dengan kreativiti dalam masa dan bahan yang terhad. Selain itu, kami diminta untuk menyediakan sebuhh kad ucapan kepada setiap seorang ahli kumpulan serta sebuah tanjak khas yang tertera sifat negetif dalam diri untuk dipakaikan pada malam hari....tiga kerja dalam satu masa. Kurang dari 3 jam untuk menyiapkan semuanya....( pelajaran keempat..pengurusan masa yang bijak sebagai seorang pelajar )


Bila tiba malam, kami semua diminta untuk menjadi pengantin..secara bergilir-gilir dalam kumpulan masing-masing dan setiap seorang diminta melutut dan memberikan pujian serta komen membina kepada pengantin tersebut sejak mula berjumpa sehinggalah detik malam itu. Lama memang lama masa yang diambil. Ada adegan yang menitiskan air mata tak kurang juga sesi luahan yang membina seorang sahabat dengan seorang sahabat. ( pelajaran kelima... keikhlasan dalam persahabatan dan keberanian meluahkan dan berterus terang dengan sahabat sendiri serta sifat keterbukaan menerima pujian mahupun kritikan)

geng2 kumpulan farhana
ini pulak massuria@ exco PRS ketika jadi pengantin
'eh...mana mahkota kamu mas??"
azhar@ SU PRS ketika menjadi pengantin

Kami berlima ketika memakai baju rasmi
PRS UniSZA pada hari terakhir kursus
sebahagian dari peserta...
inilah kami berlima...
 azhar, najib, hanif, farhana, massuria
































































































Akhir sekali saya amat2 teruja mengikuti kursus ini.walaupun masanya hanya seketika namun nilainya tak dapat digambarkan dengan kata-kata. mudah-mudahan kami berlima mampu berkongsi dengan semua ahli-ahli PRS sekelian.

InsyaALLAH jika ada kelapangan masa....kita akan bersua lagi...Assalamualaikum.

Sumber : PRS UniSZA
Edited By : AltafDarwish
Post By : Mr. Presiden 
Read More..

Lima Kewajipan Muslim

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Wednesday, January 26, 2011
0 ulasan
Pada satu kesempatan Rasulullah s.a.w. bersabda: Seorang Muslim mempunyai lima kewajipan atas Muslim yang lain, iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazahnya ke kuburan, memenuhi undangan dan jika bersin mengucapkan Alhamdulillah.


Ada yang menganggap nasihat-nasihat yang baginda berikan adalah perkara biasa sahaja, padahal jika dikaji dan diselidiki satu-persatu, kita akan mendapati nasihat-nasihat tersebut sangat berfaedah bagi suatu kehidupan bermasyarakat.

1. Menjawab Salam

Jika ada seseorang memberi salam, kadang-kadang begitu sahaja kita menjawabnya dan bahkan ada yang hanya menganggukkan kepala sahaja. Seolah-olah ia merasakan mempunyai martabat yang lebih tinggi dan orang yang memberi salam mempunyai martabat yang lebih rendah. Rasulullah s.a.w. menjawab salam, bukan sekadar ucapan `wa alaikumus salam' yang keluar dari mulut baginda tetapi baginda mengucapkannya dalam bentuk doa dengan harapan ``semoga orang itu memperoleh keselamatan'', maka Allah s.w.t. akan mengembangkan keselamatan ke atas orang itu dan dengan sendirinya ia akan terpelihara daripada keburukan. Ini kerana orang yang berdoa dengan hati yang benar tidak akan memberi pengaruh yang bertentangan. Dan kalau hal ini direnungkan, maka didapati bahawa dengan ucapan wa alaikumus salam, seseorang tidak akan terfikir untuk melakukan keburukan ke atas orang yang memberi salam kerana jika ia berbuat demikian ia adalah orang munafik.

2. Menziarahi Orang Sakit

Menjadi kebiasaan kita iaitu menjenguk orang sakit, tetapi tidak seperti kewajipan yang lazim sebagai seorang Muslim melainkan hanya orang-orang besar, orang-orang ternama atau hanya teman-teman rapat sahaja yang diziarahi. Jika hanya orang yang kaya sahaja yang dilawat, itu bererti nasihat baginda tidak dilaksanakan sebagaimana yang sepatutnya. Segala hal yang Rasulullah s.a.w. nasihatkan kepada orang Muslim harus diperhatikan dan dihayati dan tegakkanlah tradisi ini dalam masyarakat di mana pun kita berada. Jangan membiarkan saudara kita yang miskin berada dalam keadaan yang tidak berdaya, apabila kita menziarahi mereka banyak hal-hal lain yang akan kita temui. Selain itu, jangan melawat orang sakit dengan sekadar bertanya khabar sahaja kemudian berlalu. Dengan menjenguk orang sakit itu kita akan mengetahui serba sedikit latar belakang mereka contohnya dari segi makanan, tempat tinggal dan suasana di rumah mereka. Memperhatikan keperluan-keperluan yang lain dan memenuhinya adalah kewajipan kita bersama. Sebab seorang yang miskin jika dibiarkan tanpa tempat bergantung hidup, seolah-olah dia diciptakan hanya untuk menantikan saat kematiannya. Jadi, dalam hal menziarahi orang sakit yang telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah untuk memperhatikan hak setiap warga masyarakat.

3. Mengiringi Jenazah

Solat Jenazah memang dilaksanakan namun apa yang kita selalu perhatikan ialah apabila orang yang meninggal itu adalah orang besar pasti ramai yang akan datang, tetapi jika orang yang meninggal itu orang biasa, yang tidak ternama, orang jarang kelihatan mengiringi jenazahnya. Cuba perhatikan bagaimana mulianya Rasulullah s.a.w., daripada keperluan orang yang hidup hingga kepada keperluan orang yang mati pun tetap dijelaskan di hadapan kita. Oleh kerana itu jika ada seorang miskin yang meninggal dunia, haknya ada pada diri kita untuk dipenuhi. Jika semasa hidupnya kita tidak sempat memenuhi haknya, maka setelah dia meninggal dunia pun kita dapat memenuhi haknya. Rasulullah s.a.w. bersabda: Seseorang yang selalu mengabaikan orang yang hidup, dia pun tentu akan mengabaikan orang-orang yang mati.

4. Memenuhi Undangan

Rasulullah s.a.w. bersabda: Merupakan hak seorang Muslim untuk memenuhi undangan seorang Muslim yang lain. Apalah ertinya kebaikan jika hanya jemputan orang kaya sahaja yang dipenuhi, manakala jemputan orang miskin kita abaikan. Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda: Jika anda dijemput oleh orang miskin ke rumahnya, janganlah menolak undangan tersebut disebabkan kemiskinannya. Di sini, apabila kita dijemput untuk makan makanan yang ukurannya jauh daripada makanan seharian kita, janganlah terima undangan itu kerana makanan tetapi terimalah undangan itu untuk membesarkan hati orang miskin tersebut.

5. Membaca Alhamdulillah Ketika Bersin

Sesetengah orang mengatakan Islam mengajarkan hal-hal kecil yang tidak penting. Padahal dalam hal yang kecil itulah justeru terdapat satu kehidupan. Rasulullah s.a.w. bersabda, jika kita bersin, bacalah Alhamdulillah, dan yang mendengarnya harus membaca Yarhamukallah. Berdasarkan penelitian ilmu kedoktoran mengenai bersin, pada umumnya waktu seseorang bersin terdapat suatu zarah/unsur di dalam saluran hidung bergerak ke arah otak, dan jika ia sampai ke otak, ia boleh menimbulkan kemudaratan. Kecepatan daya bersin amat cepat sehingga mencapai ratusan kilometer per jam dan begitu kuatnya sehingga kita tidak dapat menahannya. Oleh sebab itulah apabila bersin kita diingatkan supaya membaca Alhamdulillah- segala puji bagi Allah, dan orang yang mendengar harus membaca Yarhamukallah (semoga Allah mengasihi engkau).

Kita sebagai umat Islam harus berusaha mengamalkan ajaran-ajaran Rasulullah s.a.w. walau sekecil manapun ajaran tersebut pada pandangan orang lain. Kita yakin bahawa semua sunah Rasulullah s.a.w. tidak ada satu pun yang membawa ke arah yang sia-sia.

Sumber : PRS UniSZA
Post By : AltafDarwish 
Read More..

4 Perkara Untuk Sihat (Petua Imam Syafie)

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Wednesday, January 26, 2011
0 ulasan
 Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat Cara Tidur

1. Tidur Para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. Tidur Para Ulama' & Ahli Ibadah
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. Tidur Para Raja Yang Haloba
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. Tidur Syaitan
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka


Sumber : PRS UniSZA
Post By : AltafDarwish 

Read More..

16 Tips Peribadi Muslim

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Wednesday, January 26, 2011
0 ulasan
      1.     Berusahalah berpuasa setiap Isnin dan Khamis

2.    Solat tepat pada waktunya dan berusahalah untuk Qiamullail

3.    Kurangkan waktu tidur dan perbanyakkan membaca Al-Quran

4.    Tepatilah setiap janji yang dibuat

5.    Berinfaklah/ bersedekahlah kepada fakir miskin

6.    Hindarilah tempat-tempat maksiat

7.    Hindarilah tempat pesta dan janganlah menganjurkannya

8.    Berpakaianlah secara sederhana

9.    Jangan banyak bicara dan banyakkanlah berdoa

10. Beriadahlah/ bersukan

11.  Perbanyakkanlah membaca pelbagai buku

12. Pelajarilah ilmu dan teknik yang diperlukan oleh Negara Islam

13. Pelajarilah ilmu tauhid dan Bahasa Arab serta perdalamkannya

14. Jangan ingat kebaikan yang dilakukan, ingatlah dosa-dosa yang lepas

15. Pandanglah fakir miskin secara material dan ulama secara spiritual

16. Ikutilah perkembangan umat Islam di seluruh dunia…


Bacalah - Renungilah – Hayatilah – dan Cubalah Mengamalkannya

Sumber : PRS UniSZA 
Posted By : AltafDarwish
Read More..

Seminar Perancangan Kerjaya Mahasiswa

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Sunday, January 23, 2011
1 ulasan
Pada 22 Januari 2011, Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA telah berjaya menyertai satu lagi seminar berkaitan dengan kerjaya di Universiti Sains Islam Malaysia. Penyertaan yang sangat menggalakkan oleh PRS UniSZA dengan menghantar seramai 30 orang  dan seorang pelatih kaunselor serta seorang pegawai pengiring.

Program yang diadakan bertujuan untuk memupuk semangat kerjaya bagi mahasiswa serta matlamat halatuju selepas bergaduan nanti. Ape2 pon, program yang diadakan sangat bagus dan diharapkan dapat berterusan di masa-masa yang akan datang.....

Antara Exco PRS UniSZA yang terlibat
Antara Peserta yang terlibat
Pendaftaran
Barisan Majlis tertinggi dan Exco
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai PRS UniSZA, bolehlah mendapatkan borang keahlian di Unit Kaunseling dan Kerjaya....
Read More..

Logo PRS UniSZA Dan Keterangan

| Kelab Pembimbing Rakan Siswa UniSZA | Tuesday, January 18, 2011
0 ulasan


PENJELASAN LOGO BERDASARKAN WARNA

Warna Ungu : Warna rasmi PRS UniSZA
Warna Kuning : Kesetiaan/Kesatuan
Warna Hijau : Ketenangan/ Kedamaian


PENJELASAN LOGO BERDASARKAN BENTUK

Bulatan : Kesepaduan Mahasiswa Pelbagai Kaum
Panjang & Melengkung : Membentuk Kreadibiliti, Mentaliti dan personaliti yang bersifat subjektif


PENJELASAN TULISAN
Pembimbing Rakan Siswa : Nama Penuh bagi Kelab ini
Universiti Sultan Zainal Abidin : Tempat Dimana PRS Ditubuhkan
Berbakti Demi Kecemerlangan :Moto Kelab PRS UniSZA
Read More..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2011 @ .::P.R.S UniSZA::.!
Design by PRS UniSZA | Bloggerized by PRS UniSZA and AltafDarwish | Powered by Sahabat PRS