Amsyar's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Adham's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Auni's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, December 18, 2008

Akhirnya..

Dah nak masuk tiga minggu..baru malam yg dingin ni aku kembali ke alam 'maya'..Kempunan nak pegang laptop kesayangan ni. Sempena ulang tahun perkahwinan, aku ngan hubby g KL kat Low Yat nk ambik laptop yang kena masuk 'bengkel'. Saler tu ckp mother board rosak. Masa antar ari tu hubby g ngan kawan dia. Hari ni aku ikut sbb dah rancang nak lunch kat tempat yg ok utk meraikan anniversary. Kami g tmpat yg berhampiran....Berjaya Times Square.

Anak2 bawa? Taknak le kacau ibu ayah dia nak romantik2. Anak2 kat mana? Tak mungkin anto kampung lak, jenuh la jauh nyer.... Aku nak biasakan diaorg ngan nurseri yg baru. So antor le sampai petang. Kira ambik time 11.30 - 6.30 ptg nyer sesi.

Tak bnyk yg berlaku dalam tempoh ketiadaan laptop tu..cuma exam OUM last baru habis 14/12/08. Haaahhhh lega dah, ni tunggu result je la. Kadang2 rasa cam masuk contest lak jwb exam ni. Kira cam cabutan bertuah je tau. Masuk topik mana, soalan apa...Kalau dah baca ngan ingat topik tu.....memang tak cukup kertas nk jawab..tapi kalau soalan yg ada words pelik2..cam terbaca module lain pun ada.Berserah..harap yg 'terbaikkkk' je, insya-ALLAH.

Happy 4th Anniversary.....

Today was my happiest day for the whole years..It's my anniversary, that means I've been a wife about 4 years now. Thank you so much to my dear hubby for being so loyal and a good husband. You inspired me to be better person.

Lunch with my husband as an anniversary traditions.....



Sunday, November 23, 2008

Trip To Jengka...(part 8).


Selepas sahaja habis majlis, aku sekeluarga berangkat ke Temerloh, rumah akak Nuar. Gie umah kak Yah ni nak rehat2 dan mandi2 sebelum balik. Tak niat nak bermalam sbb malas nk susahkan kak Yah. Lagipun balik malam anak2 boleh tido dlm kereta. Lepas makan malam kami pun balik. Dalam pukul 12 tgh malam sampai la ke rumah.


Muka budak2 yg dua org ni masa nak ke Temerloh. Bau masam nye..huhhhhhhhh..baju kotor...iskkkkk...lasak betul. Tak sabar nk sampai Temerloh nak mandikan diorg. Ayah dia pun sama...muka penat....bau pun masam gak..hehehhehheh...



Ni gambar pegantin kena dera. Apa lagi basuh pinggan tu Ekin, basuh sekali khemah2 tu.....hehheheheheh...Siapa2 nk basuh keta bagi kat depa nie.....hehehheh.....Amin ada plan 'baik punyee' tp tak sempat la nk tgk..Ank nk naik kereta dah...ok Ekin, SELAMAT PENGANTIN BARU.....Jumpa lagi yeee...Senyum sokmo!!!


Trip To Jengka...(part 7).


Anak2 aku sepanjang majlis....Alif sibuk berkemas..adik lak sibuk tgk org makan.

Gamba2 Ekin and Wahyu atas pelamin.

Trip To Jengka...(part 6).


It's time to introduce Ekin's family... ni adik Ekin no 5...Biah...cun gitu..Dia ni dah ada Ijazah dah...tunggu nak kerja je...





Ni lak emok...emak Ekin...merangkap mak angkat aku..Masa sampai je..emok dah bergenang airmata..bila aku salam ngan peluk ,emok nangis...dia ckp lama tak jumpa mok rindu..suasana penuh emosi...banyak tau kenangan selama 3 thn ngan diaorg. Yg dipangku tu ank akak no 2....rupa macam arwah ayoh dia Abg Harun.



Ni lah akak Zah akak ekin yg sulung..masa jumpa kak Zah, aku jd sebak..tgk keadaan dia aku lagi sedih...kurus dah dia. Tabah kak...saya harap yg terbaik untuk akak ye.Tgk lah dia tetap maintain vogue gitu. Bibir tetap Angelina Jolie..hehhehe.




Ni lah si romeo...adik ekin no 4..Amin..sebelah tu makwe dia..org Perak wehhh. Sepadan je. Korang bila lak...kak su leh dtg Jengka lg.
Ekin ada 6 beradik, abg Ngah sibuk , adik yg bongsu Shafiq lak mana tah...Bila dah jumpa mak aihh melangit tinggi. Shafiq tgh SPM skrg...tu lah dia gambo2 keluarga angkat yg tersayang ni.

Trip To Jengka...(part 5).


Tadaaaaaa..budak2 MPBP sesi thn 1998-2001, semua dah jadik mak orang dah. Kak Emy Nordiana anak dah 2..laki dia yg pakai bj merah kat blkg tu. Pakai baju hijau tudung pink tu lak Wawa. Anak Wawa dah dua gak. Skrg br habis KPD 14 minggu OUM tu. Pakai bj biru tu Zana, anak br sorang. Dia cerita masa nk g umah Ekin ni, dia muntah2. Entah2 ada 'isi' kot. Ank Zana sebaya adik Adham. Bulan yg sama lagi.

Trip To Jengka...(part 4).




Tunggu ada lagi gambo.. Gambo Ekin sebelah Wahyu dan sebahagian drpd hantaran pengantin. Nua cakap kat Ekin sebelah tu sapa?.. 'Adik' yeee.. Wahyu ni kecik tau.... Adik beradik Ekin lagi tinggi.. Nasib ko Ekin.. Sapa dukung sapa pas nie? heheheheheh....

Trip To Jengka...(part 3).


Nie lak masa nak berarak..tgh panas tul masa tu. Aku lak macam biasa terus jalankan tugas sbg photografer..Anak? hehehhehe Nua le tolong tengok kan....Tema hari tu warna OREN...dah le tgh panas warna oren lak tu..macam Raja betul....Siap ada konvoi motorsikal berkuasa tinggi
dari KL. Grand gituuuuuuuuu.....

Trip To Jengka...(part 2).

Ni lak kawasan depan umah pegantin. Siap ada banner tu..hehehehe zaman sekarang belanja lg beso..Ekin tinggal kat kuaters Jabatan Bekalan Air. Jangan kuatir la air tak cukup..siap leh ada tasik buatan depan JBA nie. Tasik ni ada ikan tau...

Trip To Jengka...(part 1).


Hari Sabtu hari tu kami sekeluarga telah pergi ke Jengka utk meraikan perkahwinan kawan baik merangkap keluarga angkat yg tersayang. Gambar2 di ambil sepanjang perjalanan. Syahdu sungguh naik Karak Highway. Pagi2 waktu yg paling menarik kt situ. Kami bertolak pagi pukul 8.30 pg. Siap tertinggal hadiah tau....hehehhe..nasib baik teringat dan patah balik. Tak jauh pun nak patah balik tu....

Tuesday, November 18, 2008

Musim Cuti Sekolah

Cuti-cuti Malaysia tiba lagi. Kali ni tak ada banyak perancangan untuk ke mana2. Cuma Jumaat nanti akan ke Jengka. Wah, lama tul tak gie sana. Rindu sangat dah nk ke sana. Jumpa semua org yg aku lama tak jumpa. Nk tgk muka rakan baik ku yg akan melangsungkan perkahwinan.

Dalam cuti ni gak aku akan menghadapi peperiksaan akhir sem dari 24 Nov hingga 16 Disember. Jadual periksa utk aku jatuh pd 4 Dis , 12 Dis and last sekali pd 14 Dis. Macam tak leh gie jalan mana2 jeeee. Balik Raya Haji pun sekejap je kot. Rasanya nk anto anak kat tempat baru. So leh le Nua antor kan gie ambik exam..nak manja2 sikit dah ujung2 sem nie. Lagi pun nk gak biasakan budak 2 org yg tersayang tu kat tempat baru. Risau gak dlm hati leh ke diaorg ke sana. Anyway aku akan ambik gambo banyak2 masa kat kawin Ekin tu and download kat sini...Meriah sikit....Jumpa member2 lama. Kira merangkap reunion gak leeee masa tu nanti. Iskkkk mesti best!!!!

Tuesday, November 4, 2008

Puuhhh relief...

Alhamdulillah I manage to finish with good sight of feeling due to my speaking test today(MUET). Most of the time I quite nervous with all the thought playing around my head. How difficult the question is, whom would be in my group, and so on. I was the third candidates. Lucky for me to be seated with those people that not all of them in the same track with me. Two of them are nurses. There were a few interesting story about their job. The important part was, finally I finished my speaking task..and this becoming Saturday I will be seated for my writing, reading and listening paper for MUET 2008. Wish me luck yalllll.... The question for the 1st session was the most serious problem that happen in this 21 century. My task was to elaborate the opinion on rise of the price of goods is the main factor.....heheheheh and I suddenly become the great ' cook'...goreng jgn tak goreng...... :P

Thursday, October 23, 2008

Perkahwinan W-E..



Kalaulah mawi leh buat press conference mengumumkan tarikh perkahwinan dia dan Ekin, skrg aku pun nk umumkan tarikh perkahwinan kawan karib (gambar-ekin pakai tudung warna peach) aku di laman blog aku ni..bagi yg mengenali Ekin(bukan ekin mawi tau) atau nama pada surat beranak nyeee NORASIKIN BT ABD MUBIN akan melangsungkan pernikahan pada 21hb November(Jumaat malam) dan bersanding pada 22hb November(sabtu), kat umah lelaki pada 23hb November(Ahad). Alhamdulillah sampai gak jodoh kawan aku yg sorg ni. Lapang sikit rasa hati. Kalau tak risau gak fikirkan nasib dia ni. Semoga ikatan yang akan terjalin makin erat dan tersimpul mati. Jodoh nya pula ngan guru satu sekolah. Wahyu Hidayad b. Shoib pilihan hati Ekin. Tu la yg di singkat kan menjadi WE. Mawi +Ekin = ME , Wahyu+Ekin = WE....hehhehehe pandai-pandai je Puan Mak Poi. Mewakilkan diri...sila datang beramai-ramai untuk memeriahkan lagi majlis yg akan berlangsung ini. Moh le kite gie Jengka..

Syawal yg akan pergi....

Alhamdullilah dapat gak update blog ari ni. Lepas cuti raya ni..banyak tul program dan perkara yg perlu disegerakan. Antaranya adalah program di sk....Jamuan RIMUP peringkat daerah,Hari Perkhemahan, Jamuan Pengawas Thn 6 dan...macam2 lagi. Budak2 sk tgh periksa Akhir Thn skrg..so sudah tentu tanda kertas lagi. Bagi diri ini yg tgh study..menuntut utk siapkan assignment dan prepared utk exam. Kali ni aku daftar utk MUET akhir thn 2008. Kena la bersedia utk speaking session on 4th Nov. Wah kalah org parlimen maaaaaa...jadual amat padat. TETAPI masih luangkan masa utk menonton wayang baru2 nie. heheheheheheh...movie apa??
Eagle Eyes. Menarik la cerita nyeee tapi macam sama sikit jln cerita ngan 2 movie yg aku dah tgk ni. Campurkan I Robot ngan Enemy of The State...dapat la cerita ni kot. Dua-dua movie ni lak Will Smith yg belakon...Fav. actor tuuuu. Macho man. Hujung minggu dihabiskan ngan memenuhi undangan rumah terbuka. Kena la tunjuk muka gak kan. Kat umah Tmn ni kira ujung minggu ada je umah pasang khemah. Dah trend terkini kot, diri khemah utk open house. Okla tu utk keselesaan tetamu. Sekarang ni.. musim hujan...lebat lak tu. Kira satu yg tak sangka gak umah pengasuh aku leh naik air kat kawasan sekeliling umah. Aku fobia sikit banjir2 ni. Entah la..dlm kepala mesti fikir banyak binatang2 yg agak wild ni gi masuk umah. Seramnyeee.. Harap2 semuanya selamat, insya-ALLAH. Ok that all everybody. Nk siapkan satu assignment ni. Chow cincau.

Sunday, September 28, 2008

Sempat shopping lagi laaaa..

Assalamualaikum..hehehe saja je nak bagitau..hari Sabtu lepas akak sulong ajak mai ke Cheras. Dia dah siap booking pengasuh untuk jaga anak2, sbb dia nak ajak ke Jln TAR. Kami memang niat nk ke Cheras sbb nk hantar sambal jawa yg beli kat sekolah tu. Along aku kirim 4..tapi aku bagi 6..dia dah banyak tolong aku da..Sebaik saje anto ank ke pengasuh kami pun gie lee..kali ni best sbb akak ngan abg ipar (abg long) ikut sekali. Ramai nye org...Ya Rabbi...kira memang warga KL ni gemar buat persediaan saat akhir..termasuk lee org yg tulis nie. Sampai kt stesen Bandaraya kami msk Sogo dulu..redah lautan org ke tingkat bawah..1st destination Medan Mara..Along nk beli tudung. Aku sempat le cuci mata..sambar satu lg baju Raya..hhehehe harga berpatutan maa.Along aku ni bukan cerewet tapi fussy...entah apa la yg di belek pun tak tau..tunggu dia punya lamaaaa...pastu kami pun teruskan misi nk belikan ayah baju Melayu..ayah tak minat cekak musang..lebih suka telok belanga..dr satu kedai ke satu kedai tak jumpa yg berkenan..dr butik ke butik..sbb abg long tak nk beli kat tepi2 jln tu..dia ckp nk kasi kt ayah biar la yg ok. Tau2 kami jln smpai Masjid Jamek..mak aihh longgar semua lutut. Masuk satu kedai yg memang jual bj Melayu. Bj Melayu Johor ni jual takde seluar..baju je..matching lak ngan bj mak yg along dah beli awal2. hehehhehe...misi tercapai dah....mesti mak ngan ayah suka.

Monday, September 22, 2008

Tut..tut..tut...tuuuuuuuuuuuttt

Tu adalah bunyi amaran kpd Ultraman menandakan kuasa dia dah nk abis...macam tu jugak la bunyi amaran poket aku......nyawa2 ikan dah..nasib baik esk gaji..bila dah senaraikan budget..(yg sememangnya kerja aku dr lepas kawin)..kenalah jimat sikit musim perayaan nie nanti. Raya2 gak..tapi jgn lupa buat simpanan. Aku cuti ari ni, dpt MC sbb ank yg bongsu demam. Hari Sabtu tak nampak lak dia menepek..tau2 hari Ahad, sorg2 badan panas jee. Amsyar bila dah mkn ubat da ok da sikit. Adham ni makin bg mkn makin sakit..Risau gak.Tak penah dia mcm tu. Nangis dr malam td tak henti2.Mcm nk kena sawan lak. Takutnyaaa aku jgn ceritala.Mcm2 buat, selawat kt telinga dia, bg basah kepala..bg minum air zam2...nasib baik masih ada dlm simpanan. Pagi ni suami pun mintak balik awal..emergency.Smpai kt Klinik Pakar Chong org ramai gak tp ok lg laa.Bila jumpa doc, dia ckp Adham ada ulser..mak aihh ank ibu dpt ulser laa pulak.Kt bhg dlm lak tu...doc ckp tu yg dia dok nangis..sbb tekak perit, sakit dan pedih.Susu pun taknak dah padahal dia la juara minum susu.Sedih hati aku dngr..kesian kat anak yg sorg ni tidur pun asyik tak lena jee..sbb masa nk telan air liur tu pedih.So doc suggest bg benda soft n' cool je..kalau ice-cream ke jelly pun ok. Bila balik je terus singgah kedai bg ice cream...pastu br dia nk mkn sikit. Harap2 sakit Adham cepat sembuh ye nak, susah hati ibu tgk Adham nangis jeee. Ummmphh sayang anak ibu ni.

Nasib balu di Aidilfitri

Semasa menonton rancangan Nona di TV3 Ahad lepas, ada satu segmen mengenai nasib balu di Aidilfitri yg akan menjelang tak lama lagi..Lantas aku terkenang akan nasib keluarga angkat ku..di Jengka Pahang.Kakak sulong Ekin(kawan karib) telah kehilangan suaminya pada bulan 7 yg lalu..Abg Harun (arwah)adalah seorg yg amat penyayang.Kehilangan nya amat lah dirasai oleh ramai org.Apatah lagi pemergian yg tidak disangka2. Arwah tidak menunjukkan sebarang tanda2 sakit. Malah sempat ke tmpat kerja pd pagi yg mengejutkan itu. Arwah diserang asma semasa waktu rehat sebelum menyambung kembali kerja pd pukul 2 ptg. Segala detik menyedihkan itu diceritakan oleh Ekin..Malah sewaktu mendpt khabar itu , linangan air mata..mencurah2 keluar. Apalah nasib akak dan anak2 selepas ni. Ank nya masih kecil, sorg br 2 thn (baya Amsyar) , sorg lgi thn depan darjah 1.Aku masih tidak percaya abg Harun dah tiada. Masih terbayang keletah, lawak jenaka dan nasihat.... semua itu tersemat dalam memori.Aku amat rapat dengan keluarga Ekin semenjak aku ditempatkan di Jengka. Keluarga nya lah tmpat ganti aku meluahkan rindu pd keluarga Melaka. Malah ibu Ekin pun aku panggil Mak..Kesian Ekin, abg ipar nya pergi pd thn yg sama perkahwinannya... Aku mendoakan kesejahteraan pada roh abg Harun dan kebahagiaan kak Zah dan anak2...Tenang dan tabah lah menghadapi dugaan yg amat hebat ini. Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Paling memilukan abg Harun tidak sempat meninggalkan sebarang pesan pun pd isteri dan anak2. Malah kak Zah tidak sempat minta ampun pdnya.....Ya ALLAH.... jika ini ketentuan Mu...tabahkan lah hati hamba Mu ini atas dugaan yg diberikan....Pilu sungguh hati ini tak dpt ku bayangkan jika aku berada dlm situasi itu. Pasti hancur luluh hati melihat org tersayang pucat dan membisu...tanpa sebarang reaksi..hanya diam dan sepi............Abg Su minta ampun kalau ada buat silap pd abg..segala tindak tanduk..tutur kata..maafkan lah Su......

Friday, September 19, 2008

OUM lak esok...

Ni tgh hantar post kat LMS..kena la buat..asyik update kat blog jee..nk gak dpt 5% LMS tuuu.. Soalan assignment semua dah download. Buat persediaan mana patut. kang naya lak kena tanya lecturer ..nganga jeeee. Kemungkinan besa abis kelas pukul 2.30 ptg. kalau pensyarah tu baik ati..mungkin kuar awal kot...hehhee harap2 laa kan. kesian kt hubby jaga ank smpai petang. For sure I need a lot of strenght and afford to be there tomorrow...kalau ikut emosi..malasss nyeee...tapi untuk kebaikan...pegiiiiiiii laaaa jugak. Ok selamat malam. See ya later alligator!!!

Akhirnya dpt gak baby boy(ank Kak Haliza)


Assalamualaikum, wahhhh senang hati betul member yg sorg ni.Kira hajat nk menimang cahaya mata lelaki termakbul sudah...dgn kelahiran ank yg berat 3.58 kg pada pagi td 7.40 a.m...
memang cukup bermakna. Dari panggilan telefon kak haliza ni ckp , ank kali ni dilahirkan secara normal...tak ikut tingkap da...sakit bersalin dah terasa dan kelahiran yg lancar..air ketuban pun pecah sendiri..emmmm..esk bg kuar wad.Heheheh..org ckp anak lelaki ni 3 urat putus....so aku nie dah 6 urat tak bersambung la...mak aihhhh. Seronok nyeee Alia dpt adik. Boy lagi.. ank tu kak haliza buh nama THAQIF (yg bijak dan cepat fhm)..tp tak tau la kalau tukar nama saat akhir.. 2 minggu je nk daftar kak liza tau. Ok... bila nk cukupkan 4?..hehehhehe...

Wednesday, September 17, 2008

Cuti Sempena Nuzul AL-Quran.

Alhamdulillah, dapat jugak update blog hari ni. Hari nie cuti..Semalam kak Long aku call, dia story yg dia da pegi Sogo and jalan TAR sempena nk Raya ni. "Murah brg kat sana Ela".."Esk ko cuti dtg la sini..naik LRT dr Bandar Salak Tinggi"...emmm idea dah ok da..anak? Takkan naik LRT bw bdk2 kot. Belum sejauh itu nk bw depa..nak2 naik LRT. So kak Long aku pun dah bgtau pegasuh dia..and pengasuh tu setuju nk jaga. Tu la yg aku leh g Sogo ngan hubby. Lama daa tak naik LRT.. iskh..iskh...agak padat penumpang waktu pagi. Walaupun KL tak cuti..kesesakan pasti terjadi. Nama pun bandar metropolitan. Bz..je..memanjang. Sampai Sogo...dlm pukul 11.15 tgh ari.Punyeee la ramai umat. Aikkkkk mana dtg org semua nie. Kena jd pemain ragbi jap...Smpai floor bj kurung..aku tak tau nk pilih..semua cantik harga berpatutan..tapi....entah..tak mengikut citarasa aku pulak.Pegang2 baju pastu belek harga..mak aihh Nor Arfa Batik lak..RM299..Takpe la kak...thn depan saya beli ! Naik lagi..floor bj anak2. Grab anything pastu duk tepi tgk lak..kalau tak berkenan..REJECT. Bnyk gak bj ank aku. Masa bayar..ada 2 org di dpn..masing2 cecah RM600+. Uiiihh beli utk sapa tu..satu kg kot. Smpi turn..dup-dap gak takut over budget...heheh selamat..on budget lagi. Dah pasni Amsyar ngan Adham tak yah beli da..turn ibu ngan ayah lak. Kami terus balik..jam br pukul 12.30 tgh ari. Cukuplah..kaki aku belum kuat cam besi...balik..LRT tak ramai org...masa tu jln ke Cheras...jam..mmm.Itu lah yg aku buat masa cuti ari ni. Kira berbaloi la..bj ank da settle. Malas nk prepare last minutes..tp terpaksa gak memandangkan gaji pun next week. Ok... selamat malam.

Saturday, September 13, 2008

Berbuka puasa ngan family melaka


Wah.. time Ramadhan nie yang paling diingat adalah hasil 'air tangan' ayah aku. Untuk pengetahuan ayah aku terror giler dalam masakan dan mak aku jadik 'bos' je...heheheh. Ayah aku ni tak kisah nye..selagi dia boleh hidangkan masakan pada org terutama anak menantu..dia dah gembira sgt dah. Baru2 nie bertempat kt kondo adik aku di Juta Mines..dia buat daging masak asam pedas.. POWER!! Tp biasalah org lelaki masak..dapur bersemak dan berminyak.Aku adik-beradik le yg kemas. Tak sabar tunggu raya..Sbb ayah aku akan buat rendang Tok atau rendang daging masak kicap tp cukup semua rasa pedas dan manis. Miss U dad !

Latest Result for OUM Sem Mei 2008


pagi nie aku memberanikan diri untuk melihat result periksa Sem Mei lepas.........hati berbaur risau dan cemas......bila paparan result kelihatan...mak aihhhhhhh cukup makan je.. Heheheeheheh ok lah dengan kesungguhan yg dicurahkan...Untuk kesekian kalinye aku menanam azam...CUBA LEBIH BAIK SEM DEPAN. bagi semua member yg menyambung pelajaran dalam course PJJ-OUM, syabas di atas pencapaian anda.

Selamat Hari lahir pada Adam (ank nakhwah) 13/9/2006


haaaahhh ari ni ari jadi Adam, 'kembar' ank aku yg sulung. Da cukup 2 thn daa dia. Nk jadik cerita kami bertiga (satu school gak) iaitu aku, ita dan nakhwah telah 'berjanji' utk bergilir cuti bersalin pd thn 2006 yg lalu. Aku yg pembuka buku merah jambu diikuti ngan Ita dan seterusnyeee nakhwah. Bulan pun selang tak lama..kalau ikut due date aku yg betul ank aku lahir bulan 7 , Ita bulan 8 dan nakwah bulan 9. Tp yelah masa mengandung ni kalau berharap sesuatu... makbul dgn izin Tuhan.Aku berharap dpt bersalin lebih awal untuk memudahkan aku ambil periksa sem Mei OUM thn tersebut.So ank aku lahir betul2 tgh thn.Boleh la aku ambik periksa.Masa tu aku br dlm pantang 18 ari. Dah lee exams kt Uniten..tangga punya la tinggi.Nasib baik ada lif.Emmm kenangan betul daa.. Ank2 kami nie semua dah besa2 dah. Raya nanti nk ambik gambo la.Tgk tiga budak2 comel nie gathering.hehehhehe.So to Adam...Happy Birthday to you...

Tuesday, September 9, 2008

just love

Glitter Graphics
Glitter Graphics at GlitterGeek.com

Bulan Ramadhan yang Mulia


alhamdulillah,
sampai juga bulan yg penuh keberkatan ini. pd thn ini dpt lah aku menunaikan ibadah puasa dengan penuh kesyukuran. thn lepas aku tak berpeluang utk puasa sepenuhnya memandangkan masih berpantang selepas kelahiran ank kedua. memanglah syok boleh mkn jeee tp kesannye pas tu.....paham2 je laa. thn ini juga aku dpt berbuka bersama 2 org putera yg mcm2 kerenah. si abg sibuk minta ayahnyee suapkan padahal br je lps mkn. si adik lak sibuk nk air...jerit2 lg. kira waktu berbukalah paling riuh sekali. agaknye jiran sebelah dah sedia maklum keadaan keluarga aku ms tu. tp pada aku saat itulah yg manis sekali......