Amsyar's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Adham's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Auni's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, January 2, 2012

Orang baru di tahun baru

Assalamualaikum, yessss.....nak buat pengumuman yg saya baru je dapat anak saudara baru. tahniah pada adik Suhaili atAs kelahiran baby gegirl yg cumil sangat. Geng si Auni n Aina. Nasib nama baby ni start with M just like her daddy.. Kalau tak mesti tergabung nama Aina Auni..Aunia...terbelit lidah. Nanti ade info and photo will updates soon enough...but still donno when. So my dad n mum pon dah punyai 7 grandchildren...3 from my older sis, 3 from me and 1 from my lil sis. So makin meriah rumah di Lebaran nanti. Memang teruja gak bile anak saudara bertambah ni. Last yeaR dapat Aina, then ni lak Madihah. Tiap thn berderet cucu mak kuar. Hahahahaha.....2010 Auni, 2011 Aina, 2012 Madihah....well my mom will get soooo, super busy lerrrrr....nasib saya dah ade kt Melaka ni....dekat le nk cium baby gegirl nih.... So the great starter for this year...alhamdulillah syukur pada rezeki Allah...all the best for my sister n her husband...sooooooo happy for them!!!

Saturday, December 31, 2011

Assalamualaikum 2012

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah masuk sudah thn 2012. Ramai juga yg berkongsi pelbagai cerita dlm blog mereka kali ni. Ada yg mengimbas kembali apa yg berlaku sepanjang thn 2011. Kalau diikutkan mmg thn 2012 akan menjadi thn cabaran pada aku dan family. Ya, memulakan semua dari mula. Menjadi org Melaka yg sebenar. hahahaha....kelakau lak aku rasa.


Aku baru mengikuti taklimat pertama di sekolah baru. Bertempat d Hotel Abadi. Melilau cari tempat kat mana. Mujur jumpa. Pendapat aku pd traffic kt Melaka ni...ermm...mmg berlainan...jalan pergi tak sama ngan jalan balik...jalan banyak one way...jalan melalui bangunan2....kena tau jalan shortcut kalau nk cepat sampai...lagi satu jgn risau kalau salah termasuk jalan...buat bodo je U turn kat tempat selamat...ahahahhaha....yelah tempat SENDIRI katakan, nasib baik plat keta plat wilayah kira mcm visitor le kan...takde sapa nk marah....


Banyak yg menarik berlaku sepanjang aku n family kat Melaka...I lost my tooth here. The first tooth..huhu..konon ade duit sikit buat le treatment gigi, mmg terbaik...9 holes...adik aku komen mcm main golf lak. Bile dah 3 hari that only tooth sakit sampai tak leh tido mlm. Bayangkan badan penat giler...yelah proses pindah rumah ni boleh ambik masa sampai berbulan-bulan nk kemas balik barang2. Sakit gigi lagi. Macam nk demam lak. So sbb tak TAHAN sgt, aku g balik kat dentist tu and decided to let go the tooth. Dentist bagi pilihan, nk cabut atau buat rawatan akar. Rawatan akar ni akan mkn masa...which means aku kena berulang ke klinik gigi beberapa kali..(bukan pilihan yg terbaik yg aku ade skrg) dan yg lebih hebat kos rawatan mencecah ribuan ringgit...huhu..xo cabut n bayar RM40..sekali ngan ubat. oh yea yg dicabut tu gigi graham kecil. Premolar tooth.


Aku pon dah sign SBPA, skim baru perkhidmatan awam. Aku punya surat kenaikan ke DGA32 pon dah dapat. Double happy. Rezeki anak2. Alhamdulillah....thn 2012 leh le menyimpan, menabung. Auni dah dapat nursery. Dulu ingat nk anta kat my parent's neighbour but bile tau perjalanan sekolah baru ni aku rasa kena gak anta tempat nursery. Lebih menyenangkan hati aku sebagai ibu. mana tau ade meeting sampai petang ke, tuisyen ke. Kesian lak kakak yg kena jaga Auni tu. Tu yg buat aku mencari gak Taska. Nama Taska Auni ni Taska Yippee......weeeeee....nama pun ala budak2 kan. Amsyar akan ke Pra Pendidikan Khas di Sk. Bukit Cina, Adham akan menyusul seminggu kemudian. Harap semua akan berjalan lancar. Insya Allah....




Wednesday, December 14, 2011

Waktu-waktu terakhir

Assalamualaikum, Sekarang sedang menulis utk meninggalkan satu tanda sebagai kenangan di kemudian hari. Kenangan semasa di sini..mahligai indah walaupun kecil...KECIL namun bagiku begitu banyak kenangan bersamamu.Mula bersamanya ketika anakku baru setahun jagung,dalam perut sudah ada zuriat yg menanti utk berkongsi hidup.Sungguh hati masih di sini. Malahan uri anak-anak jua di sini..cuma Auni sahaja di Melaka. Semasa berkemas memasukkan barang dalam kotak2 aku rasakan baru semalam aku bersama suami keluarkan semua dr kotak2 hadiah sempena perkahwinan. Indah detik itu...memulakan hidup baru dan kini aku akan bermula semua dari mula...hanya utk mereka..kesayangan kami. Mahligai ini amat berat utk ditinggalkan..aku mencari calon yg sesuai agar dapat merasa "NYAWA" seperti yg aku rasa. Nyawa yg indah damai..penuh senda loka..penuh gembira. Gelak tawa anak-anak akan penuhi setiap ruang dan sudut. Ruang yg mana aku tempatkan gambar, kerusi, meja , tv...sudut Amsyar merajuk dan Adham menyorok. Belakang pintu tempat bermain dalam bilik tempat berjoget...hahahahaha....ruang yg kecil tanpa perabot yg sarat hanya utk pastikan keselamatan sang Arjuna yg perasan seperti adiwira terjun sana terjun sini ibarat mati hidup kembali. Pasti aku rindukan semua kenangan itu.. Kami sekarang sedang jerih memasukkan barang2 dalam kotak saiz kecil dan besar.Buang segala sampah yg tersimpan sekian lama. Suami cakap aku suka simpan sampah. Ya aku simpan kerana satu hari nanti bila aku jumpa barang itu akan mengimbau kembali sesuatu yg lepas. Walau kotak barang simpan ipad pun simpan bawah meja solek..bukan pakai pun..tapi aku akan kenang sesuatu....yg mana aku ingat aku telah pergi ke Digital Mall bersama suami dan sahabat utk membeli barang itu. Apa yg dibualkan sepanjang perjalanan...ya aku akan kenang...ingat..kerana aku seorang yg pegang pada kenangan. Sentimental...sensitive...entah yg pasti aku PENYIMPAN...collector. Hahaha..American Pickers akan suka rumah aku bile aku tua kelak. Dalam banyak barang, bagiku pasti barangan anak masa baby2 dulu yg paling terkesan. Baby playpen, macam nak let go je...bagi kat org..tapi yelah nk bagi org mesti org pun nk yg baru utk anak..kan..kan..so aku pun simpan je la. Ni nasib ade kawan yg nk walker warna-warni dan mainan IKEA. Kalau tak itu pon aku nk simpan. Yelah ade kawan ckp nanti masuk rumah baru pasti ade org baru.. Huhu...insya Allah kan. Susah nk duga semua rezeki Allah nk kasi. Kami masuk barang macam main2, kalau tak tetap tarikh mmg thn depan pon tak habis agaknyer. Siap gaduh2 aku nk simpan, suami nk buang. Aku nk let go..suami ckp masuk kotak. Lori besa katanya. Then semalam masa nk masuk barang Tupperware n Tipuware kotak yg aku ibarat coffin dibawanye. Apalagi sesi baling barang ke dalam kotak ler. Baling2 punya baling tiba2 aku duduk senyap, banyak gak barang dr sekolah sempena hadiah hari sukan le, hari guru le...tak dibuka lagi...cantik dlm plastik lagi. Punyalah penyimpan kan. Aku harap semua clear sebelum THE BIG DAY tiba....insya Allah...

Friday, December 2, 2011

Just my personal opinion....

Assalamualaikum, Di waktu2 kesejukan begini, aktiviti dalaman je yg boleh dilakukan. Aku gunakan utk membaca blog kesayangan ni dan membaca balik komen2. Huhu diam tak diam dah masuk tahun ke tiga berblogging rupenye. Cabaran dalam penulisan blog ini banyak. Rupanya tak semua pembaca yg diluar sana meminati cara penulisan,isi kandungan dan luahan perasaan yg kita rasakan sesuai utk tatapan. Yelah blog ini AKU yg punya so terpulang le apa yg nk aku tulis kan. Kemudian aku pun rujuk ke blog yg lain. Berblog walking le pulak. Masalah sama juga pada bloggers yg lain hadapi...mempunyai HATERS yg datang tanpa dijemput. Haters nih wujudnye penuh misteri, nk cari tuan badan mesti terer tahap dewi, baru tau siapa si busuk hati. Kadang2 luahan ataupon teguran yg mereka lemparkan cukup berbisa, ibarat gajah depan mata tak nampak tapi semut kat ujung dunia jelas mana duduknya. Aku pon penah kena juga. Walau blog suam suam kuku...macam hidup segan mati tak mau pon ade gak yg jakun nk komen benda biar jadi panas. Asal kite buat entry je, yg nampak cam masuk bakul angkat sendiri je terus bagi komen sampai lupa diri, asal usul, apatahlagi tatasusila. Lawak kan, manusia itu berbagai rupanya. Bukan mudah untuk memuaskan hati semua. Kalau kita rasa apa kita lakukan itu ada sebab, kenapa harus gentar. Alah haters ni macam langau, namun ada gunanya juga. Kalau tak ada, kita akan terleka. Terbuai dlm mimpi sendiri.Kadang-kadang ada juga yg mengenali diri ini, namun bila ada dengki di hati,segala entry, yg menunjukkan kite pergi ke sesuatu tempat bercuti, dicanang pulak kat satu kampung...motif????....wallahualam. Hanya MEREKA dan keluarga mereka sahaja yg tau. Alhamdulillah aku sekarang sudah agak cekap berblogging, namun masih mencari jua ilmu yg mana ada utk berkongsi. Ilmu itu ibarat air yg tak pernah putus bukan.......insya Allah. Pesanan bestari, Jadilah seorang yg berakal bukan seorang yg hilang akal, Gunakanlah akal di tempat yg sesuai bukan akal digunakan untuk mengenakan orang..

Thursday, November 17, 2011

kenapa saya perlu berhijrah...

Assalamualaikum, Alhamdulillah saya dan suami akhirnya berjaya dalam permohonan untuk pindah antara negeri. Destinasi impian kami adalah negeri Hang Tuah, tempat tumpahnya darah saya. Kalau ikutkan saya dan suami tidak terdesak untuk berhijrah namun memikirkan anak2, Amsyar yang sudah 6 thn dan Adham 5 thn, yg perlu utk ke sekolah yg SESUAI, saya dan suami mengambil keputusan utk pindah. Kalaulah anak2 tidak memerlukan kelas keperluan khas, mungkin kami masih di sini, masih menjadi perantau di negeri Selangor.Namun akhirnya kami mengambil keputusan utk ke satu tempat yg saya boleh membantu anak2, supaya mereka dekat dgn sanak saudara, yg boleh membantu bila keadaan memaksa.Saya dengan tegas mengesahkan, kami perlu PINDAH, perlu utk memulakan semua dari mula, dari zero.....semua utk mereka...kesayangan kami.Semoga satu hari nanti, apa yg saya telah korbankan akan memberikan satu peluang kepada anak2 utk menjadi lebih baik. Saya perlu kuat, saya perlu sokongan, saya perlu satu tempat di mana anak2 saya di terima dgn apa yg mereka ada.Saya sanggup tinggalkan semua utk mereka. Saya tau mereka akan kehilangan kawan2, orang yg sayangkan mereka, dan saya sedih sebenarnya bila saya kenangkan orang2 yg tak pernah menolak bila saya mengharap bantuan. Orang asing yg tiada ikatan darah namun sanggup korban masa, duit , dan tenaga utk membantu kami sekeluarga..orang itu yg saya gelar sabagai SAHABAT SETIA. Saya bukan seorang yg berharta apatah lagi wang berjuta namun saya kaya....saya kaya kerana punya ramai SAHABAT SETIA. Merekalah org yang akan saya dan keluarga tinggalkan....saya sedih utk mengucapkan kata2 perpisahan, saya rasa saya amat pentingkan diri namun saya pergi utk satu janji...janji utk memberikan anak2 yg terbaik sebelum saya mati. Akhir kata itu sebabnya saya perlu PERGI...tinggalkan anda semua walau saya sedih dihati, bukan kerana saya benci tapi kena akur dgn janji. Maafkan segala yg termakan,terminum,tercakap,terkasar....dan doakan yg terbaik utk saya dan keluarga....terima kasih kerana sudi jadi SAHABAT SETIA.

Thursday, November 10, 2011

alhamdulillah




berkat doa ibu di Mekah...alhamdulillah....saya jadi org Melaka dah wei.....

Thursday, October 27, 2011

XtvT Cuti

Assalamualaikum,


TEMPAT BERJIMBA : CRITTER LAND..
HARI : SELASA
MASA : 11.00 PAGI - 2.30 PTG
ULASAN : SANGAT SERONOK BAWA ANAK2 KE SINI, THEY REALLY ENJOYING THE MOMENT...HAPPY SANGAT..WALAU PENAT BUT WORTH IT. TAK LUPA TERIMA KASIH KAT MAKSU N PAKSU YANG MEMANG SPORTING N SPORTY UTK JAGA BUDAK2 NIH..LUV U ALL..










Thursday, October 20, 2011

Sudah menjadi hak milik sendiri...alhamdulillah

Assalamualaikum,

Semalam telah berkunjung Digital Mall Petaling Jaya. Ini semua idea my hubby nak membeli sesuatu yang memang diidamkan sejak beberapa bulan lepas. Yes.. mengidamkan sebuah tablet pc. Puas sudah mencari , membanding dan menilai dari semua aspek akhirnyer......................

*


*


*


*


*




Nk beli iPad

Assalamulaikum, tengah testing tulis guna iPad

Sunday, October 16, 2011

ANAKKU






macam-macam gaya ade....

Nk jalan pi mana??

Assalamualaikum,

Ni dah minggu peperiksaan utk sekolah saya..horrey..hahahaha..jawab ye anak-anak..jangan tak jawab. Result utk kali ni akan menentukan anda di kelas mana thn depan. So..sendiri mau ingat ye. For Year Six students...ur not in honeymoon yet..walaupun masa senggang tu banyak...harus diisikan dengan pelbagai aktiviti. Well life must goes on right.

Ni tengah memikir nak bawa anak2 bercuti..yelah sbb start Sabtu ni 22-26 Oktober is a happy week...HOLIDAY...na..na..na.nana...berangan macam2 tempat. Tempat tinggi, tempat rendah, tempat berair, tempat berangin, tempat berombak....semua dah difikirkan..tapi masih belum decided the real place lagi...

Google dah tempat2 menarik..yg kira ON BUDGET..but still masih blur utk booked tempat. Kalau ikut hati nk je bawa anak2 1 place yg leh bergumbira bersama and in same time takde nk marah2 sebab lose control kat diaorg. Yelah budak2 ni kalau dah happy2 sakan tu mesti lupa diri kan. Tambahan anak2 saya yg memang akan being so ALIVE...sorang je takpe but three of them..in same time..walalalala...


tengah pikir.....masih pikir......ok fine....lum decided anything yet...help please??

hint...tempat yg best leh main2 pastu anak2 leh dikawal dlm masa yg sama..


Thursday, October 6, 2011

Sungguh indah

Assalamualaikum,

Saya sedang dalam pembacaan buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman tulisan Muhd Kamil Ibrahim. Buku ini adalah buku ulang cetak kedua untuk thn 2011. Saya mendapati isi tulisan sangat ringan( bukan ringan timbangan tetapi kata2 yg jadi pilihan tak susah utk dfahami) dan dalam masa yang sama mempunyai satu jiwa yg tulus mengundang titisan airmata tatkala saya cuba bayangkan keadaan menunaikan ibadah haji walau hanya dlm maya....

Sungguh saya sangat payah menghabiskan segala yg saya mulakan. Saya minat beli...beli buku2 majalah, buku2 novel...buku2 ilmiah...namun saya masih belum dapat menghabiskan atau menamatkan semuanya. Niat saya bila beli sesuatu bahan bacaan , saya mahu baca dan dapat menghabiskan waktu dengan bijaksana....namun saya hanya dapat baca beberapa bab depan sahaja...yg lain..entah bila mau dibaca.

Kali ini rentetan kunjungan pihak terbitan PTS yg datang ke sekolah. Saya terpanggil utk membeli buku ini. Pada mulanya buku ini dalam plastik, cuma dapat baca ulasan di luar kulit buku shj. Saya tanpa berlenggah terus membayar. Kenapa....???.....Saya mahu baca sesuatu yg berkaitan dengan perjalanan ibu ayah saya ke Tanah Suci. Mahu tau apa yg mereka alami. Tekaan saya , saya akan di sajikan dengan doa2, amalan2 seperti buku2 agama yg lain, namun buku ini berlainan sekali. Amat berlainan. Hati saya damai bila membaca setiap baris ayat. Hati saya sayu membaca doa2 dalam bahasa Melayu yg amat tulus..amat sayu..terasa saya berada disamping penulis ketika itu. Sungguh saya merasa diri di tanah Suci...subhanallah....

Ketika ini saya rindu mereka...ibu ayah...saya sudah faham apa yang bakal mereka kerjakan di sana.. Doa saya semoga saya pula mendapat undangan Allah. Menjadi tetamu istimewa dan merasa sendiri keadaan di sana....keindahan...kedamaian...ingin menebus sagala dosa,noda...menghapuskan segala dosa-dosa...


Insya-Allah

kerinduan

Assalamualaikum,


Rindu pada mereka....


YA ALLAH , YA RABBI AKU MEMOHON AGAR KAU BERIKANLAH KESIHATAN KEPADA KEDUA IBU AYAH KU DAN SEMOGA MEREKA AKAN DAPAT BERIBADAT DENGAN SEMPURNA DI SANA....
YA ALLAH YA TUHANKU, KAU TERIMA LAH MEREKA SEBAGAI TETAMU MU YANG PALING ISTIMEWA YA ALLAH.....PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN MEREKA DI SANA YA ALLAH....ameen yarabbal alamin....

HAPPY MOOD

Assalamualaikum,

Hari nie Jumaat 7/10/2011. Hari ni aku jadi ibu tunggal utk sementara...ahaks ganas bunyi nyer.Minta jauh-minta jauh.... Gurau je lah. Ni sbb my hubby pegi Sabak Bernam utk Rugby Tournament for below 10 years old. Memang saban tahun begini ler jadual nye. Kadang2 dekat kadang2 makin jauh tempat bertandingnyer. Aku pun dah lali dah. Kata orang sayang anak tangan-tangankan, sayang bini tinggal-tinggalkan. Okay...FAHAM...hehehe

Korang tau tak sebab aku dah lama tak tulis dlm blog kesayangan ni...sebab...sebab...aku tak leh nak update post. Risau hati aku. Ingatkan blog ni dah block aku sbb dah lama tak update...tapi takkan lah....bukan kena bayar pun tapak sewaan...so puas gak le pikir...macamana lah ni...takkan le laptop aku problem kot..baru beli maaaaa...kata orang masih MERAH lagi...mmg MERAH pun laptop aku..so aku godek sana..pie kat Help then baru tau masalah nyerrrr...aku kena change dia nyer view...ermmm...sbb kalau masih pakai yg lama mmg bermasalah...

Ok...sekarang hati dah lapang. Dah leh tulis kembali. Aku bukan le seorang penulis yg tegar, punyai peminat, pembaca setia namun hati aku sangat lega, tenang bile aku menulis.Kerana aku mampu meluahkan idea, segala luahan hati dan juga aku akan punyai rakan baru saban hari. Aku boleh berkongsi rasa...gembira, duka secara ikhlas n tulus. Sebab tu aku nak menulis...berkongsi ilmu walau sedikit. Setiap orang ada cara meluahkan stress, maybe this is one of the way. So enjoy!!!


Kepergian mak ayah ke Tanah Suci.

Assalamualaikum,
Alhamdulillah sudah berangkat ayah dan mak ke Tanah Suci utk menunaikan fardhu haji. Ayah dan mak pergi pada hari Ahad lepas 2/10/2011 waktu 8.30 pagi untuk penerbangan yang ke 9. Sewaktu mak ayah melangkah keluar dr rumah along pagi-pagi Subuh yg amat mendamaikan, aku tak dapat membendung air mata yg keluar. Bercampur perasaan, gembira sbb mak ayah dapat juga menunaikan hajat untuk menjadi tetamu Allah, sedih sbb tak pernah lagi berjauhan dalam waktu yg agak lama. Kalau hujung minggu je mesti nak balik Melaka kalau tak ada hal. Harapan agar mak ayah diberikan kesihatan yang baik dan dapat menunaikan Haji dengan sempurna. Aku berdoa agar mereka selamat di sana dan selamat kembali ke pangkuan keluarga. Insya-Allah.

update...update

Assalamualaikum,
Sekarang ni baru ade masa nk update. Alhamdulillah kehidupan bertambah baik. Sekarang ibu dan ayah dalam proses utk kenaikan pangkat. Alhamdulillah rezeki anak-anak. Gembira sangat sebab sekarang kos kehidupan makin tinggi. Kalau ikut memang sangat memerlukan gaji yg lebih dr sekarang. Walaupun begitu keperluan anak-anak yg paling utama.
Anak-anak sekarang terutama si Amsyar n Adham dah menampakkan perubahan yg posiitif. Makin banyak words dan ayat dah keluar. Bukan perkataan tunggal jer. Utk theraphy, dr start bulan Ramadhan ari tu dah pilih tarikh bulan 10 sbb nk rehat n settlekan kerja so akan bermula balik semua theraphy bulan 10 nanti.
Auni makin lasak, sesuai dgn perkembangan. Patut dia dah kena cucuk utk 18 months. But asyik termiss jer. So harap2 leh bawa dia cucuk pasnie. Then hari tu baru dapat surat dr Jabatan Kebajikan Masyarakat utk kad OKU Amsyar n Adham. Belum collect lagi. Insya allah akan gie gak ke sana nanti.
Ok nk ckp sikit pasal kad OKU ni. Dulu masa Amsyar n Adham dah didiagnose sbg GDD benda ni salah satu isu yg agak sensitif gak dulu. Sebab tak tau pasal keistimewaan kad nie. Ingat kad nie adalah satu penghalang bagi anak2 utk kehadapan. BUT that is wrong, aku sebenarnya TELAH bantu anak2 aku secara tak langsung. Kelebihan kad ini anak2 akan dapat pendidikan yang bersesuain dgn tahap perkembangan diaorg. Yes, ibu buat semua utk anak2 supaya anak2 akan dapat pendidikan terbaik.

Update...mesti kena update...

Assalamualaikum,
Wah kira entry kali nie akan memuatkan pelbagai cerita sbb dah lama tak tuliskan... bermula bulan puasa yang lepas...this year dah 2 kali my daughter sambut Ramadhan bersama. Riuh giler pulak rasanya thn ni sbb dia dah ade "kaki"...dtambah dengan abg2 yg sedia lasak. Namun aku bersyukur sangat Amsyar dah nak baca doa mkn masa berbuka. Dulu bukan tak boleh tapi masih lum berapa betul...kali ni dah makin jelas bacaan dia...alhamdulillah. Amsyar makan pun dah mcm org besa, tapi sangat lambat dalam menghabiskan makanan. Adham masih lum nak duduk kat meja makan sbb dia lebih interested ngan katun tv..dia mkn sikit (makanan pun masih memilih) kalau ade yg dia suka leh le duduk semeja, tapi kejap je dah duduk kat sofa balik.
Syawal pula thn ni kami mulakan d Melaka, then dah raya ke 3 beransur ke Keratong lak. Thn ni special sikit masa the day before Hari Raya kami ke Segamat sbb pak cik and my cousins yg belaja oversea...wah mmg nak kena sebut tue yekkkk....hahahhaha...yelah tak semua thn depa ni ade masa Hari Raya so this year 2 org tue ade, especially Naim selaku chef d mission ... weekekeke... ade buat bakar lemang..and my father n mother decided to have aqiqah for Auni (alhamdulillah)...wah sangat meriah gak...mcm2 gaya but sorry no pictures sbb kami sibuk kejar my sons yg tooooooo excited untuk bakar lemang. Takut dia lak jadi lemang kang. Amsyar bersungguh carik kayu ranting bagai utk buat kayu api...hehehhe...merah abis muke semua...This year kami buat bakar lemang secara gotong royong ngan saudara terdekat jeee....nak ajak ramai org cam tak cukup lak..yelah..keluarga belah ayah walaupun ade pakcik,makcik Ju..cousins...elli, Mahathir,maklong,nenek....selera makan tu besaaaaaaaa....so lain kali insyaAllah..
Then lepas cuti seminggu raya , sibuk ngan thn 6 yg nak UPSR..huhu...seminggu tepat lepas Raya...then aku pun biasa laaaaa....bz,bz...bz like a bee..
ok lain entry aku cuba upload gamba ...till then bye.

Monday, July 25, 2011

Kaki kaki kaki





Assalamualaikum,










Nih kasut Crocs namenyer Crocs Tone Skylar Flat
nih kira design yg beri comfort kat kaki kiter..biasa lah org mcm AKU nih perlu kasut yg selesa..


Sejak peristiwa dulu...memang high heel telah di banned secara tak rasmi walau kecur mulut tgk high heel yg agak daring and nice to see.....only..huhu


Nak ikut bukan ler peminat besar atau BIG FAN dgn barang jenama "BUAYA" ni cuma pernah tgk org pakai then...öh nice le gegirl pakai kasut getah nih..mcm berkenan lak..


So pegi le kedai BUAYA nih..pilih...pilih...tgk tag...wow...huhu...


pilih...pakai...acu..tgk cermin...ok tak....tunjuk kat hubby...biasa dia buat muka buat seposen je..
tapi rasa nk try pakai kasut getah sekali...


RESULT..setelah pakai hampir 6 bulan lamanyer..yes sudah menjadi buah hati...walau ade yg ckp....baju cantik tapi kasut je tak cun..


MMg leR kaSut Nih KiraKasut Utk CasuAL je Bukan KasUT RasMI


BUT KALAU WA JATUH LU NK SAMBUT KE...weeeeEE...seram..


ok kasut gamba d atas adalah secara rasmi jadi koleksi kasut BUAYA ke dua..


pada aku alah membeli menang memakai..


walau harga mahal aku jimat duit 6 bulan lamanya dgn satu kasut sahaja..


boleh pergi kemana2...jalan atas air pun boleh..tapi pastikan bile kasut BUAYA itu terkena air..jgn jemur bawah mentari utk ketahanan...



Saturday, July 23, 2011

My New Baby



Hehe..sangat melonjak hati,walau gundah gulana..akhirnya dapat juga sesuatu utk hadiah bagi diri sendiri.

Walaupun tak le secanggih mana namun masih memberi satu kepuasan.

Harap dapat menyiapkan segala kerja dengan lebih efisyen lagi.Insya Allah

Thursday, June 9, 2011

keHIDUpan

Assalamualaikum,









Kalau nak gambarkan kehidupan saya sekarang..gambaR di atas leh bagitau segalanya...


Begitulah kehidupan...tak menang tangan...


Tapi kalau tak begitu....mungkin saya tak jadi seperti sekarang...tak belajar..tak tau cara nak tangani semua perkara...ada hikmahnya.


Moral :- SETIAP YANG TERJADI PASTI ADA HIKMAH DAN NIKMAT YANG TAK TERBAYANG KEINDAHAN NYA.. '; )

Monday, May 30, 2011

Dunia Bagai Gula-Gula Kapas

Assalamualaikum,







Pertama sekali aku ingin sekali memberikan pesanan agar kalian yg membaca entry kali ini, berfikir sejenak sebelum membuat sebarang kesimpulan. Kemudian aku berharap agar kalian dapat mendoakan kebahagian kami sekeluarga. Semoga apa yang akan ku nyatakan kali ini sedikit sebanyak meredakan hati seorang ibu yang redha akan ketentuan Illahi...













Memang aku pasrah dalam dugaan hidup ini. Aku redha akan ketentuan Nya. Siapa aku untuk menidakkan semua yang sudah tertulis untukku....







*







*







*







*







*







Alif Amsyar bin Mohd Anuar dan Arif Adham bin Mohd Anuar, permata hati ibu telah disahkan oleh doktor Pakar Kanak-kanak HUKM mengalami satu masalah iaitu;














Global Developmental Delay(GDD)














Satu keadaan dimana anak-anak ini mengalami situasi kelewatan perkembangan. Kelewatan perkembangan akan menyebabkan anak-anak ini menghadapi masalah pembelajaran dimana mereka tidak boleh disamakan dengan rakan-rakan sebaya atau seusia dengan mereka. Oleh yang demikian aku akan membawa anak-anak ini untuk mendapatkan tempat belajar yang sepatutnya sesuai dengan tahap perkembangan semasa mereka. Lebih tepat aku akan menghantar mereka ke Pra Sekolah Pemulihan Khas.Sebelum itu aku juga perlu membawa mereka ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat kad khas..OKU..untuk membolehkan mereka layak ke Pra Pemulihan Khas ini. Tanpa kad tersebut besar kemungkinan mereka tidak diterima.





















Benar, memang benar...tangan terketar-ketar..menaip setiap kata..mata berair sudah menahan sebak..apa yang mampu aku lakukan..............














BERANI, SABAR, TAWAKAL....














semoga anak-anak ini akan boleh berdikari dan menjadi seseorang yang boleh berbakti.....














Kisah sepanjang Bulan Januari - Bulan Mei......







Rentetan peristiwa bermula dari minggu pertama Tahun 2011, aku telah menghantar Amsyar ke Pra Sekolah di sekolah tempat aku bekerja. Dalam masa 5 hari itu, aku telah mendapat satu feedback yang kurang memberangsangkan atas kelakuan dan penerimaan Amsyar d sekolah tersebut. Sesungguhnya aku sebenarnya tidak bersedia untuk menerima dugaan Tuhan masa itu. Namun hati aku merasa jika benar anak ini bermasalah biarlah aku mencari penawarnya walaupun ke hujung dunia. Maka aku bangkit dari kecewa, dari meratap hiba..aku berusaha untuk mencuba kesemua peluang yang ada. HTAR....PPUM......dan akhirnya aku memilih HUKM sebagai tapak bermula untuk anak-anak ini. Pertama kali itu, aku perlu menyediakan satu surat pengesahan dari doktor yang biasa merawat anak-anak ini. Doktor Chong dr Klinik Pakar Kanak-kanak Andalas telah memberikan surat tersebut. Sebetulnya doktor ini sudah merasa ada sesuatu pada Amsyar yg hanya doktor yg boleh mengesannya.




























17/01/2011...cuti rehat khas untuk aku dan suami. Inilah kali pertama kami suami isteri menjejak kaki ke HUKM. Selalunya kedatangan kami ke mana-mana hospital untuk menyambut kelahiran anak, namun kali ini berlainan.Sesudah mengisi beberapa borang dan temubual ringkas...ttg sejarah kelahiran, keadaan bayi semasa lahir, komplikasi sesudah kelahiran...semua pertanyaan yang berkaitan...mungkin mencari punca rasa ku...aku diberikan beberapa helaian kertas temujanji..dengan 3 department yg berlainan...Speech Therapy(ST), Occupational Theraphy(OT) dan Audio Assessment.





















Ketiga-tiga perkara ini akan dilakukan oleh anak-anak ku sehingga mereka dewasa dan ianya akan aku lalui sebagai satu riadah bersama. Sudah hampir 6 bulan mereka melakukan therapy ini, alhamdulillah...walau tidak banyak..ada juga peningkatan, di mana ianya amat BESAR dan BERHARGA bagi diriku sebagai ibu mereka.





















Tarikh 27/05/2011 yang lalu..doktor di CDC(Child Development Centre) melakukan satu assessment dan memberikan aku jawapan tentang situasi anak-anak ku. Mereka sebenarnya menghadapi GDD dan doktor memberikan beberapa langkah untuk aku membantu anak-anak aku ini. Aku redha ketentuan Illahi, kedua-dua anak ini menghadapi masalah yang sama. Bukan Autisme seperti yang aku sangka pada awalnya, bukan juga ADHD, hyperactive seperti yang ayahnya sangka pada awalnya. Namun mereka ISTIMEWA....amat istimewa....dan mereka permata hati ibu..............





















Berbulan-bulan aku memendam entry ini.....berbulan lamanya ia bermain hanya di minda, kekuatan aku tidak muncul...aku amat lemah semasa mengetahui kebenaran...benar kebenaran itu amat pahit untuk di telan..walau aku cuba sedaya upaya, linangan air mata tetap muncul jua. Kenapa aku begini, mereka masih kecil...perlu sokongan padu ibu....bangkit Suhaila....hanya aku yang mereka harapkan...hanya ibu dan ayah yang mereka ada.....oh Tuhan...tabahkanlah aku dalam menempuh dugaan Mu ini.....tabahkan aku setabah mereka:
























































dan ramai lagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak istimewa ini....














blog mereka adalah rujukan buatku...sebagai panduan bagi aku memilih arah yang sesuai untuk anak-anakku...














BUAT ANAK-ANAK IBU,














SAYANG KAMU AMAT ISTIMEWA







DIMATA IBU KAMU SAMA







SEPERTI RAKAN-RAKAN SEBAYA














DALAM KETAWA







DALAM BERDUKA














NAMUN KAMU.... TIADA RASA














TAKUT







KECEWA














DUNIA KAMU SEMUA SAMA







BAGAI GULA-GULA KAPAS







INDAH DAN BEBAS














HATI IBU PILU







INGIN KAMU TAHU







DUNIA INI BEGITU







PENUH DENGAN DEBU














ANAK IBU AKAN BERSAMA







SELAMANYA







DENGAN IZIN TUHAN







IBU JUANG HINGGA KEHABISAN







KUDRAT







IBU ...SAYANG KAMU




























suhaila mohd nasir..........................







Tuesday, May 24, 2011

Auni's 1st toothbrush..PIGEON baby toothbrush






Assalamualaikum,

Yea..memperkenalkan berus gigi pertama si anak dara saya tue. Beli jenama PEGION ni, sbb berus gigi nih mcm suai benar ngan tangan Auni. Nak ajar dia pegang sendiri batang berus nih. Saya pilih kaler yg hijau tuh. Bulu berus yg lembut n sesuai ngan gusi muda Auni.

Semalam mandi, 1st time Auni buat aktiviti berus gigi. Mcm mkn lolipop lak ibu tgk. Yg best dia tak marah org suruh nganga...AAAAA...huhu. Gigi depan atas bawah dah ade 8 batang dah...then baru ibu terperasan my daughter dah ade geraham....................grrrrrrrrrrrrrrrrrrrr......


Memang kena berus gigi le adik Auni ye..ikut cara Abg Amsyar berus yer...si abg Adham tak suke berus..but kena gak bile ibu suruh kan. Alhamdulillah..berjaya gak nk suruh Auni jaga gigi dia...