Follower members :

imanbg cover

imanbg cover

Friday, February 15, 2013

Vaper vs Cigarette

Rokok elektronik merbahaya?????

YA!!! Merbahaya bagi syarikat2 pengeluar rokok dan pengutip cukai kerana semakin ramai beralih kepadanya sebagai alternatif apabila cukai rokok naik ... walhal lebih ramai lagi yg beralih ke rokok jenama underground atau seludup yg lebih murah...

Manakala banyak kajian dan penyelidikan di seluruh dunia utk mencari kesan sampingan rokok elektronik sentiasa dibuat, yg
tak dibuat ialah mengkaji cara menghasilkan produk yg lebih baik untuk mengatasi ketagihan rokok konvensional atau analog iaitu istilah yg diguna oleh bagi vapers (pengguna
vaporizer aka ecig atau rokok elektronik)...

Kajian puluhan tahun terbukti rokok asap punca pelbagai penyakit kronik, kanser, mengandungi 400 bahan kimia, 80 penyebab kanser, masih tidak menyedarkan perokok dan pengeluar rokok yg sentiasa memformulasi jenama2 baru dan diluluskan penjualannya secara berleluasa...

Istilah rokok elektronik juga diambil dari istilah mat saleh iaitu e-cigarette atau ecig sebenarnya kurang sesuai malah dikalangan vapers istilah ini langsung tak digunakan dalam vapemeet atau TT. Vapers lebih selesa menggunakan istilah PV atau nama2 model yg digunakan masing2...

Apa yg kita tau tentang rokok ialah asasnya ada tembakau dan kertas yg dibakar menghasilkan asap tak kira brand apa pun baunya tetap sama - busuk lagi membusukkan - mulut, tangan, baju, rumah, kereta. Selain itu, asap, abu dan puntungnya mencemar alam sekitar dan asap 2nd handnya juga mengganggu dan menyebabkan penyakit tahap 1st class - gaya mutu keunggulan, trend penyakit masa kini - dihidu org lain disebelah mereka...

Perokok2 tegar juga termasuk dlm spesis yg belum pupus lagi tak menghiraukan org2 di sebelah mereka, tp kecik hati pulak bila org lain tutup hidung masa mereka merokok, tak termasuk puntung2 dilempar keluar dari balkoni sampai terbakar carpet rumah tingkat bawah, dari kereta menyebabkan longkang highway tersumbat lepas tu komplen jalan asyik banjir...

PV pula, terdiri dari protected bateri, suis utk menghidupkan coil yg membelit sumbu yg direndam dalam cecair nikotin berperisa (e-liquid), menghasilkan wap yg harum, sama macam vaporizer yg kita pasang dalam rumah untuk hilangkan bau hapak dlm rumah.

PV, e-liquid dan aksesori ini juga dihasilkan oleh syarikat2 pengeluar yg disahkan oleh FDA, CE dan lain2 organisasi keselamatan pengguna dunia.

Walaupun begitu, sebagaimana ada rokok berlesen akan ada juga rokok tiruan dll, PV dan liquid juga tak terkecuali seperti kes yg meletup kat muka, apa nak hairan kes2 mercun meletup kat tangan dan muka dikalangan org Malaysia setiap kali raya lebih banyak dari PV meletup. Kes2 kemalangan maut di negara juga masih tertinggi mengalahkan Itali dan amerika pengeluar kereta2 sukan dan supercar...

Begitu juga kes2 kematian disebabkan penyakit jantung, komplikasi buah pinggang, obesiti, kencing manis, darah tinggi, strok dll. Cari la alternatif, asyik beri ubat preskripsi yang tiada dalam sejarah puluhan tahun sembuhnya... jangan le pulak halang pesakit makan minum herba dan buah2an tempatan diformulasi ribuan tahun terbukti ramai yang dah sembuh walau kononnya tak terbukti oleh sains....

So, balik pada vaping, renti2kan la merokok tu...

Catatan oleh G Cig's PV ... Your Personal Vaporizer Solution
Quit Smokin' n Start Vapin'....
Chill..




p/s : Saya sudah, anda bila lagi..?? Dijamin selamat dari segi Kesihatan dan Kewangan..

Thursday, February 14, 2013

Aku tidak RELA..

Ya Allah.. Aku mohon dengan sangat kepada-Mu Ya Allah.. Engkau yang Maha Besar lagi Maha Kuasa bagi seluruh Alam Semesta ini.. Aku mohon dengan sangat Ya Allah.. Aku tidak mahu kehilangan lagi orang yang aku sayang.. Cukup-cukup la Kau tarik orang-orang yang aku sayang sebelum ini.. Bermula dengan Cinta pandang pertama aku, diikuti Ibu aku, dan yang terkini Orang yang benar-benar aku ingin bersama dia.. Janganlah Orang yang ke-4 ini Kau tarik dari aku.. Aku sudah tiada sesiapa melain dia..

Ya Allah.. Aku lebih rela kehilangan orang yang tidak pernah memerlukan aku, orang yang menghina aku, orang yang buang aku seperti SAMPAH MASYARAKAT.. Tapi aku TIDAK RELA kehilangan orang yang sentiasa bersama aku, kutip aku walaupun aku banyak berdosa padanya, belai aku ibarat MENATANG AIR YANG PENUH, menjaga aku dari kecil.. Aku tidak sanggup menerimanya Ya Allah.. Cukup-cukuplah dugaan yang kau beri kepada aku.. Aku tidak sanggup lagi untuk menghadapinya Ya Allah..

Bukan niat aku menulis di Blog ini untuk Kau membaca, tapi disini tempat aku meluahkan perasaan aku.. Disamping itu, akan ada yang membacanya dan sama-sama turut mendoakan keselamatan orang yang aku sayang.. Sayang sangat mengalahkan diri aku sendiri.. Aku tidak mampu lagi menahan kesakitan yang masih terasa dalam diri aku ini.. Aku tahu yang hidup pasti akan kembali.. Sekurang-kurangnya biarlah aku sudah tabah kembali jika Engkau ingin menariknya jua..

Ya Allah.. Kenapa aku diberi DUGAAN yang bagai JATUH LALU DITIMPA TANGGA..?? Kenapa harus aku lalui semua ini?? Kenapa harus aku menerima semua ini?? Aku tahu aku banyak buat dosa pada-Mu Ya Allah.. Aku cuma minta Kau sembuh la penyakit yang dihidap olehnya Ya Allah.. Tak sanggup aku melihat penderitaannya.. Dia tak patut terima semua ini.. Dia dah banyak bekorban untuk kami..


I really Miss You..

Saya benar-benar merindui awak, hampir setiap malam saya berharap awak berada disisi saya untuk menemani kesedihan yang tak terhingga yang berlaku pada saya. Setiap malam saya berdoa kepada Allah SWT untuk diberikan kekuatan supaya saya boleh bernafas seperti sedia kala. Saya tidak minta semua ini untuk berlaku, malah saya Redha dengan apa yang berlaku pada diri saya. Rasa seperti tiada makna lagi untuk saya teruskan hidup dimuka bumi ini tanpa orang yang saya sayangi.

Oleh itu, aku berdoa kepada-Mu Ya Allah, andainya aku hidup akan menyusahkan orang lain, Kau ambillah nyawaKu supaya mereka boleh hidup dengan bahagia. Andainya aku hidup akan menyakiti orang lain, Kau ambillah nyawaKu supaya mereka boleh hidup dengan aman. Akan tetapi, jika aku masih diperlukan dimuka Bumi ini, Kau tunjuklah kepadaKu siapakah orangnya yang memerlukan aku disisinya dan akan mencintai aku tanpa ragu-ragu.

Kenapa harus aku dijadikan mangsa keadaan. Kenapa aku diperlakukan sebegini. Sedangkan aku hanya ingin bahagia bersama orang yang aku sayang. Aku tidak minta untuk jadi kaya di Bumi ini. Cukuplah dengan apa yang ada sudah membuat aku bersyukur kepadaMu Ya Allah. Aku hanya ingin bahagia disisi pasangan yang aku akan menyayanginya sepenuh hati. Dan akan aku cuba untuk membawa ke arah kebaikan, ke arahMu Ya Allah untuk bekalan di Akhirat anti.

Saya berharap, andainya saya jatuh cinta kembali untuk kali ke-3, biarlah ianya pengabisan dimana akan membawa ke hubungan yang Halal disisiMu Ya Allah. Saya cuma ingin merasai kasih sayang dimana saya tidak pernah merasai kasih sayang seorang Ibu. Saya cuma ingin merasai kemesraan dimana saya tidak pernah mesra dengan kawan-kawan perempuan lain. Perkara yang lepas biarlah ianya menjadi pengajaran. Akan cuba memperbaiki sedikit demi sedikit supaya perkara yang sama tidak berulang kembali.

Sekian merapu di Subuh hari supaya tidak terlena sebelum kembali ke Ipoh untuk melakukan tugasan yang tertangguh.

 

Tuesday, February 12, 2013

Benar kata-kata ku..

Assalamualaikum..

Wahai Nur Farhana Syamimi, jika awak sedang baca blog saya, saya cuma nak beritahu awak, benarkan kata-kata saya dulu bahawa tiada siapa yang akan dapat menggantikan tempat awak dimana awak wanita yang sangat tabah, sangat setia, sangat memahami, sangat bersabar dengan kerenah dan perangai saya sehingga boleh melembutkan hati saya yang keras seperti batu.. Akan tetapi hubungan kita tidaklah lama.. Saya bersyukur kerana dapat mengenali dirimu, dan paling bertuah kerana sayalah orang terakhir berada dihati mu..

Janji-janji mu dulu sudah ada yang saya kotakan dimana sedikit demi sedikit saya belajar untuk jadi baik.. Malah sekarang sudah tak reti nak bergaul pula.. Haha.. Sedikit demi sedikit saya cuba buang ego saya, akan tetapi ada sedikit lagi ego yang masih berada didalam diri ini membuat ramai orang tidak tahan dengan saya.. Macam manalah awak boleh tahan kan.. Kalau nak bandingkan ego sekarang dengan dulu..

Secara jujur saya sangat merindui awak, rindu nak jalan sama-sama, borak sama-sama, kongsi masalah sama-sama.. Tapikan awak, sebenarnya saya dah jumpa orang yang boleh menggantikan tempat awak.. Tapi kan, mungkin sebab saya nie tak setaraf dengannya, maka kami sudah pun berpisah.. Dia pon sudah bahagia dengan pasangan baru.. Siap nak masuk merisik dan bertunang lagi.. Takpe la, mungkin dia juga bukan untuk saya.. Diam tak diam saya sudah berjaya kawal kesabaran saya, cuma kadang-kadang bila orang tu dah melampau buat saya, terkeluar jugak la kata-kata kesat saya macam mana awak selalu kena dulu.. Selepas awak pergi, dia yang betul-betul saya jatuh cinta kembali, tapi tak lama seperti dijangkakan.. Saya ingat dia lah orangnya.. Tapi bukan..

Serius, masa saya bersama dia, saya rasa macam bersama awak, malah lebih lagi.. Kami bemesra, kami gelak ketawa, sehingga dia berubah sedikit demi sedikit.. Macam-macam saya buat sampai sanggup ambik Degree sebab nak bersama dengannya.. Last-last, saya dibuang macam sampah je.. Hmm.. Takpe, saya redha dengan apa yang berlaku..

Awak macam mana sekarang?? Ada jumpa Ibu saya tak?? Dia pon sudah bersama Allah SWT sekarang.. Cuma Ibu baru sahaja menemuiNya.. Saya doakan agar korang berdua aman disana.. Saya percaya, suatu hari nanti, cepat atau lambat saya pasti akan jumpa pasangan hidup.. Walaupun tak seperti awak, saya perlu bersyukur kerana diberi pasangan suatu hari nanti..

Sekian..

Al-fatihah buat Ibu ku dan Dia yang sudah tiada dimuka bumi ini..