Friday, September 16, 2011

Pak Samad: Tunku merely independence receiver

Malaysia's first prime minister Tunku Abdul Rahman, referred to as 'Father of Independence', was just a "receiver of independence" handpicked by the British colonisers to safeguard their interests in Malaya, said national laureate A Samad Said.

"To me, Tunku was not an independence fighter. He was a receiver, the person approved by the British to 'receive' independence... the British felt that the 'receiver' must be a person who can take care of its interests in Malaya," he said during a public forum in Kuala Lumpur last night.

The septuagenarian, more popularly known as Pak Samad ( picture ), said he had worked together with leftist leader Ahmad Boestamam during pre-independence days.According to him, Boestamam, after negotiations with another leftist politician Burhanuddin Al-Helmy and Tunku on the independence issue, told him that the British wanted to hand the country to a suitable candidate which was Tunku.Therefore, compared with the true freedom fighters such as Boestamam, Mat Kilau and Burhanuddin, Tunku was just a "receiver of independence" ( penyambut kemerdekaan ).

"Umno was formed after Boestamam, Burhanuddin and others had formed their political parties to fight for independence.
"The British did not want to negotiate with these people (leftist politicians) because they would not safeguard the interests left by the British," Samad said.He pointed out that individuals who had fought for independence were not given the chance to govern the nation because the aristocrats controlled political power.

Clarion call to younger generation

"Tunku, Abdul Razak Hussein and Hussein Onn were aristocrats.Mahathir (Mohamad) was not an aristocrat until he was conferred the title of 'Tun' and became one. Abdullah (Badawi) is an aristocrat as well as Najib (Abdul Razak)."

Therefore, the current government leaders are more inclined to protect the interests of the middle and the upper classes instead of understanding the woes of the grassroots, according to Samad. He pinned his hope on the new generation, urging them to make a bold decision to change the current administration.

"I'm not saying that Pakatan Rakyat is a good guy, but if you don't try, you would not know."

The forum entitled "Whose Independence Day?" also invited bilingual columnist Lee Ban Chen and Suara Rakyat chairperson K Arumugam as speakers. Lee, a former unionist and Labour Party activist in the 1960s, chastised Malay daily Utusan Malaysia for publishing caricatures that illustrated the 'cruelty' of the Malayan communists.He challenged the Umno-owned newspaper to prove that the misdeeds depicted in the caricatures indeed happened.

On Tuesday, the daily printed six contentious caricatures drawn by artist Hamzah Mohd Amin to 'expose' what the Malayan communists had done to ordinary people during pre-independence era. Among others, the illustrations showed Muslims being forced to eat pork before they being shot dead; children and old people being thrown into a fire; and dead bodies used as fertiliser for vegetable gardens. Lee said the continous attack on communists by the government is against the Hatyai Peace Accord signed between Communist Party of Malaya (CPM) and the government of Malaysia in 1989.

"Can the government adopt a hostile attitude against CPM and make baseless allegations against it?
"Does the government still recognise the Hatyai Peace Accord? Does it comply with the contents of the agreement? "CPM has not done anything in the past 20 years. It is also seldom involved in politics.
"But just because of a remark made by (PAS deputy president) Mohamad Sabu on the contribution of leftist activists and CPM in fighting for independence, the CPM was attacked straight away," he said.

Source: Malaysiakini via Yahoo News  (http://my.news.yahoo.com/pak-samad-tunku-merely-independence-receiver-032040828.html)
 

Thursday, September 15, 2011

Mak Cik Normah yang kukenali...

Tanggal 11 September 2011 bersamaan 13 Syawal 1432H jam 3.15 pagi telah mencatat satu  peristiwa yang akan kekal dalam ingatan buat selama-selamanya kepada En Yaakup sekeluarga apabila permaisuri dalam keluarga mereka telah dipanggil menghadap Illahi dan meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Allahyarhamah pergi meninggalkan suami dan 4 orang anak secara tiba-tiba selepas mengadu sesak nafas. Pada malam tersebut arwah tidur bersama anak perempuannya yang pulang ke rumah untuk mengambil arwah ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan perubatan cara Islam selepas rawatan konvesional tidak dapat mengesan penyakit yang arwah alami. Sudah menjadi kebiasaan arwah untuk tidur bersama satu-satunya anak perempuannya apabila anaknya pulang ke kampung. Namum pada jam pada 3 pagi, arwah bangun dan pergi ke bilik suaminya lalu mengejutkan suaminya untuk memberitahu bahawa dirinya sesak nafas sambil memohon maaf kepada suaminya. Tidak lama kemudian, arwah menghembuskan nafas yang terakhir disisi suami yang tercinta dalam keheningan pagi. Permergian arwah secara tiba-tiba adalah sangat mengejutkan kerana arwah bukannya terlantar sakit atau mempunyai penyakit yang kronik. Beliau hanya mengadu lenguh-lenguh badan dan keletihan. Tetapi apabila melakukan pemeriksaan kesihatan di beberapa buah hospital dan klinik, penyakit yang arwah alami tidak dapat dikenalpasti sehingga mereka sekeluarga mengambil keputusan untuk mencuba perubatan Islam sebagai ikhtiar yang terakhir. Nampaknya Allah lebih menyayangi dan merindui arwah sehingga menjemput arwah dalam masa yang sebegini pantas seperti yang telah tertera pada Loh Mahfuz. pemergiaan arwah sangat menyedihkan keluarga ini yang sentiasa memerlukan belaian kasih sayang seorang isteri dan ibu. Arwah merupakan seorang suri rumah tangga yang sangat rajin dan bertanggungjawab diatas setiap tugas yang dilakukannya. Walaupun anak-anaknya sudah dewasa, tetapi sebagai seorang ibu arwahlah yang menjaga makan minum dan pakaian anak-anaknya. Walaupun sibuk dengan tugas-tugas lain sebagai seorang suri rumah, beliau akan sentiasa memastikan pakaian suaminya dan anak-anaknya diseterika terlebih dahulu sebelum dipakai. Beberapa jam sebelum arwah meninggal dunia beliau telah sempat menyeterika baju suami dan anaknya untuk digunakan mereka pada esok hari. Selain itu arwah sangat menitikberatkan kebersihan dan kekemasan dalam apa jua keadaan. Jika sesiapa yang pernah bermalam di rumahnya, kita pasti akan dapat mendengar bunyi orang membasuh seawal pagi. Arwah akan membasuh kain buruk yang telah digunakan setiap hari dengan tangan dan menggunakan kain buruk yang telah dibasuh pada setiap hari. Begitulah serba sedikit tentang sifat arwah seorang yang sangat menitikberatkan kebersihan dan kekemasan. Pada hari-hari terakhir arwah, arwah sentiasa memohon maaf dengan setiap orang yang dikenalinya apabila berjumpa. Tidak hairanlah, sehingga saat ajalnya begitu hampir, beliau bangun untuk bertemu suami bagi memohon maaf. Selain terkenal dengan sifat pemaafnya, arwah juga merupakan seorang yang peramah dan cepat akrab apabila menjalinkan hubungan. Sifatnya sangat disenangi oleh semua orang terutamanya mereka yang rapat dengan arwah. Itulah serba sedikit yang saya tahu tentang arwah semoga arwah berbahagia disana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah

Pn Normah Bt Osman
(20 Januari 1954 - 11 Sptember 2011)

Sunday, August 28, 2011

Al Fatihah di hujung Ramadhan

Dua wanita maut dirempuh van dekat Kerian


2011/08/28

IPOH: Dua wanita maut akibat dirempuh van ketika mereka keluar untuk menyelamatkan diri daripada kereta mereka yang terbabas dan merempuh penghadang besi di tengah jalan di Kilometer 202, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kerian, awal pagi ini.

Noorzaihan Ishak, 28, dan adik iparnya Nurhasyimah Halim, 20, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira jam 12.08 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, kejadian berlaku apabila kereta Proton Satria yang dipandu suami Noorzaihan cuba mengelak sebuah kereta yang memotong laju dari arah belakang lalu terbabas dan merempuh penghadang besi di tengah jalan.
"Ketiga-tiga mereka kemudian keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri bagaimanapun kedua-dua wanita berkenaan dirempuh sebuah van menyebabkan mereka tercampak dan mengalami cedera parah," katanya ketika dihubungi hari ini.

"Mayat kedua-dua wanita itu dihantar ke Hospital Bagan Serai untuk bedah siasat.

"Ketika kejadian, tiga beranak itu dalam perjalanan dari Kedah ke rumah suami Noorzaihan di Batu Caves, Selangor untuk pulang berhari raya," katanya.
Beliau berkata, pemandu van bersama tiga penumpang rakyat Thailand hanya cedera ringan. - BERNAMA


Arwahyarhamah telah selamat disemadikan bersama adik iparnya di Tanah Perkuburan Masjid Kampung Banggol, Kepala Batas, Pulau Pinang pada jam 12 tengah hari tadi. Semoga keluarganya redha dan dapat menerima  pemergian beliau walaupun berat beban yang terpaksa mereka  pikul.   Semoga roh Kak Zaihan dan adik iparnya dicucuri rahmat Al Fatihah..

Monday, August 1, 2011

Ya Ramadhan...

Assalamualaikum...
Marhaban Ya Ramadhan...inilah ungkapan yang ramai antara kita sedang ungkapkan buat masa ini sempena kedatangan Ramadhan pada tahun ini. Kedatangan Ramadhan disambut oleh sesiapa sahaja yang dapat merasakan roh Ramadhan itu yang datang membawa seribu rahmat dan berkat. Mengimbau kembali Ramadhan yang lepas pasti ada antara kita yang akan tersenyum dan ada yang akan bermasam muka dan tidak kurang juga yang hanya akan sekadar mengerutkan dahi. 
Bagi yang tersenyum apabila mengimbau Ramadhan yang lepas, pastinya satu nostalgia yang indah telah kita lakarkan pada Ramadhan yang lepas itu. Satu nostalgia yang tidak akan dilupakan. Nostalgia atau pengalaman apabila kita dapat merasakan sendiri kemanisan Ramadhan itu sehingga kita hanyut beribadah didalamnya lantas membawa satu perubahan kepada diri kita. Bagi mereka yang tersenyum ketika mengimbau Ramadhan yang lepas, kekalkan momentum itu untuk Ramadhan pada tahun ini dan akan datang sebagai tanda syukur dan taat kita kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada kita bertemu Ramadhan. Bagi mereka yang bermasam muka apabila mengimbau Ramadhan yang lepas kerana tidak dapat mencapai atau merasakan kemanisan roh Ramadhan itu, jangan kecewa dan berputus asa kerana selagi nyawa masih di jasad, selagi itulah peluang untuk kita kembali ke jalanNya terbentang luas. Bulatkan azam dan tekadkan iman supaya Ramadhan yang dilalui pada tahun ini akan menjadi satu nostalgia yang manis untuk dikenang dan dijadikan satu motivasi untuk menghadapi Ramadhan seterusnya dalam hidup ini. Buat mereka yang sekadar mengerutkan dahi apabila mengimbau kembali ingatan pada Ramadhan yang telah lepas, ingatlah bahawa tiada satu apa pun yang berlaku dan yang terjadi di dunia hanya untuk dipersia-siakan. Setiap satunya ada hikmah dan rahmat yang tersembunyi. Kenali roh Ramadhan dengan mengenali biografinya. Nescaya akan hadir roh Ramadhan dalam diri orang yang mencarinya. 
Sebagai kesimpulannya, peringatan buat diri saya terutamannya yang selalu alpa dan leka, belajarlah dari Madrasah Ramadhan ini sebagai bekalan buat kita tempuhi hari-hari penuh mencabar di akhir zaman ini. Wallahua'lam.

Tuesday, April 26, 2011

Takziah buat keluarga Allahyarham Cikgu Abdullah Zubir

Guru dilaporkan hilang ketika berjoging ditemui mati

TAIPING: Seorang guru Sekolah Menengah King Edward Taiping yang dilapor hilang selepas keluar berjoging seorang diri di kawasan Bukit Larut, di sini dua hari lalu ditemui mati hari ini.

Mayat Abdullah Zubir Ismail, 29, ditemui dalam keadaan terbaring di dalam gaung sedalam 10 meter di kawasan bukit itu dengan kesan kecederaan di kepala oleh pasukan penyelamat pada jam 11 pagi.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohd Yusof Diah, berkata mayat guru itu dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan dituntut oleh keluarganya untuk dikebumikan di kampungnya di Jitra, Kedah.
"Siasatan awal mendapati guru berkenaan mengalami kecederaan di kepala dan dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam gaung.

"Polis tidak mengesyaki perbuatan jenayah," katanya di sini hari ini.

Polis menerima laporan mengenai kehilangan guru itu daripada rakannya petang Ahad lalu.

Guru berkenaan dilapor hilang selepas keluar berjoging di Bukit Larut pada pukul 10 pagi dan tidak pulang sehingga jam 7 petang.
Sementara itu, Ahmad Din Ahmad Zuki, 50, yang membuat laporan mengenai kehilangan rakannya itu, berkata Abdullah memang suka berjoging dan mendaki bukit seorang diri di kawasan Bukit Larut dan ini adalah kali keempat dia berbuat demikian.

"Abdullah sudah berkahwin dan tinggal di asrama sekolah. Dia mengajar di sekolah Menengah King Edward Taiping sejak dua tahun lalu.

"Semalam (Isnin) sepatutnya dia mengajar...ramai di kalangan guru sekolah tidak mengetahui kehilangannya dan terkejut apabila mendapati dia ditemui mati di kawasan bukit itu hari ini," kata Ahmad Din yang juga seorang guru. - BERNAMA

Kejadian ini meninggalkan kesan kepada saya kerana saya sering juga keluar untuk beriadah dengan mendaki Bukit Lagi, Kangar seorang diri. Selepas ini mungkin saya akan pastikan ada orang lain yang mendaki juga semasa saya mendaki supaya kejadian seperti ini dapat dielakkan dan diambil tindakan awal. Apa-apa pun sudah tersurat sejak azali lagi bahawa ajal arwah sudah sampai pada waktu tersebut kerana maut itu tidak pernah lewat atau cepat walau sedetik pun.... Al-Fatihah buat arwah semoga rohnya ducucuri rahmat....amin..

Thursday, April 14, 2011

Kisah Sebenar Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee... bacalah...


Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara.

Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut.

Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.(gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )


Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti, “Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )

“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -

Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut. Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku.

Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.

CERITA SEBENAR

Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.

“ adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi).

Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7.

Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian.

Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang.

Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan. Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan.

Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil.

Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang.

Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.

Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.” Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h.

Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful).

Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful.

“ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.

Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa.

Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih ) Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi.

Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul.

Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak.

Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen.
Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan.

Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya.

Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah.

Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat.

GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.



Rombongan GAMIS kerumah arwah adik saiful, bergambar bersama abang zamri

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia 

Tuesday, January 25, 2011

Marah

Assalamualaikum,
Sesiapapun pastinya pernah merasai perasaan ini iaitu marah. Sifat marah tidak boleh lari daripada kita yang sekadar bergelar insan biasa dimuka bumi ini. Sebagai insan yang biasa, dalam kehidupan seharian kita sentiasa terikat dengan nafsu amarah yang telah bersarang dalam diri. Cumanya bagi setiap individu itu ia mungkin berbeza dari segi banyak atau sebesar mana nafsu amarah itu yang telah bersarang dalam dirinya dan cara mengawalnya. Bagi saya perasaan marah adalah sesuatu yang normal kepada semua orang tetapi ia bukanlah sesuatu yang baik, ia bersifat negatif. Perkara negatif ini perlu kita jauhi dan elakkan supaya ianya tidak memudaratkan kita dan orang lain. Jadi bagaimana boleh kita hindarinya daripada memudaratkan kita. Allah S.W.T telah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 133-134 yang bermaksud " Dan bersegeralah kamu kepada ampunana Tuhanmu dan syurga yang seluas langit dengan bumi yang disediakan untuk orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik pada waktu lapang atau sempit, dan orang-orang yang menahan marahnya serta memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang bebuat kebajikan. ".Daripada intipati ayat tersebut kita dapat lihat betapa besarnya ganjaran yang akan diterima oleh mereka yang mampu menahan rasa marahnya di dunia ini. Menahan rasa marah bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya bagi golongan belia yang selalu digelar darah muda. Rasa cepat marah dan memberontak yang terhasil adalah sesuatu kelaziman bagi golongan ini yang masih samar-samar dalam mencari pengertian hidup. Lantas kembali kepada ajaran Islam yang sebenar adalah ubat yang paling mujarab. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, orang yang kuat itu bukanllah orang yang menang bergusti, tetapi orang yang kuat itu ialah orang boleh mengawal dirinya ketika marah [HR Bukhari & Muslim]. Selain itu Abu Hurairah pernah meriwayatkan bahawa pada suatu hari, seorang lelaki mendatangi Rasulullah S.A.W. Ia berkata kepada baginda. "Ya Rasulullah, Nasihatilah saya. Sabda baginda,"Jangan engkau marah". Lalu baginda ulangkan beberapa kali, dan sabdanya, "Jangan engkau marah".[HR Bukhari]. Penekanan Rasulullah tentang hadith diatas jelas menunjukkan kepada kita betapa baginda amat memandang berat tentang pentingnya untuk kita menahan marah. Kerana biasanya apabila kita marah, jauhlah malaikat-malaikat dari kita dan berbondong-bondonglah syaitan yang akan datang untuk menghasut kita. Orang yang dalam keadaan marah akan bertindak diluar kewarasan seperti memukul, membunuh, mencaci dan merosakkan harta benda awam. Lekaslah kita sedar jika kita sudah terjebak dengannya, seeloknya jika redakan api kemaharan yang ditiup syaitan itu dengan berwudu' dan solat sunat 2 rakaat serta berdoa untuk memohon ampunan dari-Nya kerana mengikut hawa nafsu. Wallahua'lam