MATEMATIKAN DIRI SEBELUM DIMATEMATIK
>> Tuesday, March 27, 2018
Pada tahun 1950an dulu di sekolah-sekolah Melayu ada sebuah mata pelajaran
dipanggil Ilmu Hisab, iaitu ilmu kira- atau ilmu untuk menghitung atau membilang..
Ilmu Hisab adalah salah satu ilmu penting dalam kehidupan manusia sepanjang masa, terutama untuk mengetahui jumlah atau bilangan sesuatu, seperti tahun, bulan, minggu dan hari.
Ilmu Hisab juga penting untuk mengetahui berapa banyak harta benda yang
kita miliki, termasuk wang ringgit, perkakas emas, tanah, kebun ladang dan rumah yang kita
miliki dan berapa pula nilai.
Andainya kita tidak pandai ilmu hisab kita tidak mengetahui semuanya itu.
Tapi pada akhir-akhir ini perkataan Ilmu Hsiab itu tidak lagi dipergunakan
di sekolah-sekolah tanah air, walaupun pelajarannya masih ada, kerana ia telah ditukar
namanya kepada perkataan matematik, yang bermaksud sama. Kenapa perkataan itu ditukar
menjadi perkataan asing hanya pihak yang berkenaan sahaja yang boleh
menjawabnya.
Dalam bidang penulisan, matematik menggunakan sambol simbol yang dipanggil
angka, ia bermula dari 0 [kosong], 1, 2, 3, dan seterusnya sampai ke bilangan
yang tidak terkira dan tidak tersebut jumlahnya.
Bagaimana angka angka atau bilangan itu dibuat atau dikira tidak dapatlah
dipastikan, adakah terjadi secara semula jadi atau hasil rekaan manusia.
Kebanyakan manusia hari ini setiap masa hanya suka menhgisab atau mengira
harta benda yang mereka miliki, berapa banyak wang dalam bank, berapa banyak
kes dalam tangan, berapa banyak hutang yang diberi pinjam dan seumpamanya.
Sehingga mereka terlupa untuk mengira atau menghisab perkara-perkara lain yang
perlu kepada manusia sebagai hamba Allah untuk menghisabnya.
Sebenarnya terlalu banyak perkara perlu dihisab yang Allah SWT ciptakan
untuk makhluknya, terutama makhluk manusia, demi kepentingan kehidupan mereka.
Malah kurniaan yang Allah berikan itu terlalu banyak, hingga tidak terhisab
atau terhitung oleh sesiapapun.
Namun kerana terlalu banyak, bersepah-sipah, dan sibuk dengan matematik perkara-iperkara lain menyebabkan kita manusia
terlupa langsung untuk menghisabnya, untuk mengiranya akibatnya kita terlupa
kepada Maha Penciptanya, Allah SWT.
Justeru maka kita angkat di sini sebahagian
yang amat kecil daripadanya untuk dijadikan renungan dan ingatan bersama,
semoga kita sentiasa mengingati Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha
Penyayang.
MENGHISAB KURNIA ALLAH
Kita bersyukur kepada Allah dengan limpah kurnianya kita dilahirkan sebagai
orang Islam, dilahirkan oleh ibu bapa Islam, dan tidak dilahirkan sebagai
manusia kafir, kerana hanya Islam sahaja agama
yang diterima oleh Allah SWT.
Kita manusia hidup di bumi, maka Allah bentangkan bumi ini seluas-luasnya
dan menjadikannya mudah untuk digunakan oleh makhluknya di sepanjang masa.
Allah kurniakan kepada makhluk makhluknya sumber sumber air dari bumi, baik berupa mata air, lautan,
sungai, tasik, paya dan sebagai untuk membolehkan hamba hamba Nya terus hidup
di bumi ini.
Di atas bumi itu pula Allah SWT selimutkan dengan aneka jenis tumbuhan yang mempunyai aneka kegunaan, terutama buah-ketuahnya boleh dimakan, yang mempunyai berbagai-bagai rasa.
Di atas bumi itu pula Allah SWT selimutkan dengan aneka jenis tumbuhan yang mempunyai aneka kegunaan, terutama buah-ketuahnya boleh dimakan, yang mempunyai berbagai-bagai rasa.
Di samping itu Allah meninggikan langit yang luas terbentang itu di atas
kepala kita, supaya semua hidup-hidupan dapat hidup dengan aman dan selesa.
Bagaimana jadinya andainya langit itu dibina dekat dengan kepala kita atau
menyerkup kepala kita.
Langit itu pula dihiaskan dengan ribuan bintang-bintang yang berkelap-kelip
begitu cantik dipandang pada waktu malam di samping memberi petunjuk-petunjuk
tertentu terhadap rahsia-rahsia alam buana ini.
Di langit itu juga Allah kurniakan kepada manusia matahari yang menerangi
alam ini pada waktu siang untuk membolehkan mereka meneruskan kehidupan di
dunia.
Andainya tidak ada lagi matahari, bukan sahaja makhluk manusia, malah
mungkin semua makhluk bernyawa di dunia ini akan menemui ajalnya kerana tidak
mempunyai matahari yang begitu banyak khasiatnya.
Allah pergiliran alam ini dengan susana malam dan siang.
Allah jadikan malam, gelap untuk makhluk tidur dan berihat, bagi memulihkan
tenaganya.
Allah jadikan siang terang-benderang untuk membolehkan makhluknya bekerja
dan mencari rezeki dan sebagainya demi kepentingan hidup mereka di dunia.
Di waktu malam pula langit itu dihiasi dengan sang rangbulan untuk
menerangi malam dengan sinar cahaya keperakannya yang lembut dan menyenangkan,
berganding dengan bintang bintang yang bergemerlapan di seluruh permukaan
langit.
Dari langit itu Allah turunkan air hujan agar tumbuh-tumbuhan dan haiwan di
bumi ini boleh terus hidup dan membiak demi kepentingan makhluk-makhluknya,
terutama manusia yang sebahagian daripada kehidupannya bergantung kepada tumbuh
tumbuhan, termasuklah untuk pernafasannya, dan juga kepada haiwan untuk
dijadikan makanan makanan dan sebagainya.
Pada tubuh badan manusia itu sendiri Allah kurniakan berbagai bagai angggota
demi kepentingan dan kesempurnaan hidup mereka.
Allah kurniakan mata untuk melihat,
Allah kurniakan telinga untuk mendengar,
Allah kurniakan hidung untuk mencium.
Allah kurniakan hidung untuk mencium.
Allah kurniakan mulut untuk makan dan minum, serta bersuara.
Allah kurniakan gigi untuk memamah makanan.
Allah kurniakan tangan untuk menyentuh dan memegang.
Allah kurniakan alat alat kelamin untuk lelaki dan perempuan untuk
dinikmati dan mendapat keturunan yang berpanjangan.
Allah kurniakan akal fikiran untuk berfikir, dan hati untuk memimpinnya.
MENGHITUNG DOSA
MENGHITUNG DOSA
Di samping itu kita perlu sangat mengingat atau menghitung segala dosa dosa
yang pernah kita lakukan di sepanjang hayat, dan segeralah bertaubat memohon
keampunan Allah supaya kita selamat di sunia dan di akhirat nanti.
Di puncak segala kenikmatan itu Allah kurniakan kepada manusia dengan
mengutus para Nabi dan Rasul untuk memimpin mereka ke jalan yang lurus dan
benar dan mengeluarkan mereka dari kegelapan syirik dan kufur, demi mencari
keredaan Allah SWT.
Semuanya ini dan banyak lagi yang tidak terhitung bilangannya adalah
kurniaan kurniaan Allah yang wajib dihisab atau dihitung dan disyukuri.
Umar bin Khattab pernah berkata,
“Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab”.
Kemudian
menyambung, “Penilaian bagi kamu pada hari ini lebih ringan daripada hisab di
kemudian hari”.
Justeru sentiasalah menghisab diri, memetimatikkan diri, mencari segala
keburukan dan kekejahatan yang kita lakukan, dosa dosa yang telah kita tunaikan
di masa-masa yang lalu untuk diperbetulkan, dan segeralah bertaubat kepada
Allah, memohon keampunan Nya.
Allah berfirman, maksudnya:
“Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya,
kemudian dia memohon ampun kepada Allah,
nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. An Nisaa’:110.
Lorong Masjid al Qasimi
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh.
Kota Bharu, Kelantan.