AIR SEBAGAI NADI KEHIDUPAN

>> Tuesday, October 18, 2016





AIR SEBAGAI NADI KEHIDUPAN



Bila hujan tidak turun dalam masa berpanjgan, biasanya berlakulah kemarau, yang menyebabkan bumi kekeringan, cuaca panas dan tumbuh-tumbuhan menjadi layu, kering dan mati. Pada masa itu manusia yang menghuni di kawasan tersebut akan mengalami problem air, untuk kegunaan domestik.





Bila hujan turun dari waktu ke waktu di sana dan di sini, maka problem kekurangan air akan selesai. Manusia tidak lagi dihimpit oleh kesempitan air yang menjadi ancaman berat kepada mereka jika kemarau tanpa hujan berpanjangan.


Allah SWT berfirman, maskudnya:
“Dan Allah turunkan air dari langit lalu dengan itu Ia hidupkan bumi sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada suatu tanda bagi kaum yang mau dengarkan kebenaran”.-An-Nahl:65.


Biasanya sebelum berlaku kepicikan air, kebanyakan kita mungkin tidak begitu akan kepentingan air  sebagai salah satu keperluan asasi kepada umat manusia di seluruh dunia. Hanya setelah ditakdirkan Allah air itu mecik, maka barulah kita semua menyedari akan keperluan air dan bersyukur kepada Allah SWT setelah air diturunkan semula dari lamgit.


Kita berharap kesederaan ini akan terus berkekalan sepanjang masa, supaya kita tidak lagi menjadi orang yang lalai, hingga sanggup membuang air dengan boros dan sia-sia hingga Allah menimpakan bala bencana ke atas mereka.


Walaupun air banyak di seluruh dunia, malah bumi dikelilingi oleh air, namun bukan semua air itu boleh dkigunakan secara langsung untuk kegunaan domestik, pertanian ataupun perkilangan, kerana kandungannya tidak sesuai, seperti airnya masin, kotor dan sebagainya.


Dari segi kehayatan, air memang penting kepada kehidupan jasmani kita. Penggunaan air terlibat dalam semua proses yang berlaku dalam badan kita, kerana itu air sangat penting kepada kesihatan kita. Manusia lebih tahan lama tidak makan daripada tidak minum air. Mereka tidak mungkin boleh hidup tanpa air lebih dari tiga minggu, kerana jika lebih lama dari itu lagi mereka mungkin akan menemui ajal kerana ketandusan air dalam badan mereka.


Sebenarnya antara 50 hingga 60 peratus daripada berat badan kita adalam terdiri dari air. Maka ini bererti, jika berat badan kita 100 paun, maka 50 atau 60 peratus darinya adalah air yang terdapat dalam darah, tulang-temalang, daging dan dalam berbagai-bagai organ kita yang lain.


Justeru itu, kita mestilah mengambil air yang mencukupi setiap hari untuk membolehkan kita hidup dengan saksama dan wajar.


Peranan air yang penting ialah bertindak melarutkan aneka jenis zat dalam perut kita untuk tujuan penceranaan, dan air juga men gendalikan berbagai-bagai jenis proses pembinaan darah, mengawal sukatan suhu atau sukatan panas badan. Air bertindak sebagai alat pengangkutan dan ejen pencuci dalam badan kita.


Sebahagian besar daripada darah adalah terdiri dari air yang menghantar makanan kepada tisu-tisu dan membawa balik bahan-bahan lebihan, seperti karbon dioksida dan urea. Dalam proses tersebut karbon dioksida dikeluarkan daripada darah oleh paru-paru dan diganti dengan oksijan, sementara urea dan air lebihan yang terdapat dalam darah dikeluarkan oleh buah pinggang.


Dengan cara itu darah dapat dibersihkan dan dapat menjalankan tugas tanpa henti-henti sepanjang masa selagi hayat dikandung badan seseorang.


Pada umumnya air masuk ke dalam badan kita menerusi minuman dan makanan, dan juga ketika berlaku proses oksidasi makanan. Air terdapat dalam makanan-makanan yang berair, atau cair, seperti buah-ketuah, dan sayur-sayuran dan makanan yang cair.


Dalam hal ini menurut pakar makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi lebih daripada 85 peratus air, demikian juga lebih separuh daripada setongkol daging seberat satu paun adalah mengandungi air. Itulah sebabnya makanan-makanan basah, seperti buah-ketuah dan daging menjadi kecut bila kekeringan.


Air yang berada dalam badan kita tidak tahan lama, kerana ia sentiasa keluar menerusi berbagai-bagai cara yang tgelah diciptakan Allah demi kepenntingan kehidupan manusia itu sendiri, seperti keluar menerusi kencing, keluar menerusi kulit sebagai peluh dan juga keluar menerusi pernafasan yang berlangsung sepanjang masa selama hayat kita masih ada.


Namun begitu, kuantiti pengeluaran air itu berbeza antara seoerang dengan seorang. Seseorang yang banyak megeluarkan peluh, kurang air kencingnya, dan sebaliknya yang kurang kencingnya, banyaklah pengeluaran peluh dari kulitnya. Walau bagaimanapun, seorang dewasa yang normal, kehilangan kira-kira 2/3 kuart air menerusi perpeluhan dan kira-kira satu kuart keluar menerusi perkumbuhan.


Dalam hal ini pengidap-pengidap penyakit kencing manis lebih banyak mengeluarkan kuantiti air menerusi kencing daripada keluar menerusi perpeluhan, kerana itu mereka lebih mudah merasa kehausan dan terpaksa minumm air dengan banyak untuk menghilangkan kedahagaannnya.


Walau bagaimanapun, andainya air yang diterima oleh badan itu lebih banyak daripada air yang keluar, maka ini boleh membahayakan, kerana ia boleh menyebabkan penyakit sembab, dan sebaliknya jika air yang diterima itu kurang daripada air yang keluar, seperti kerana penyakit cirit birit atau muntah-muntah, pula boleh menyababkan badan kekurngan air yang boleh menyebabkan seseorang mengaalmi keletihan dan juga akhirnya dalam masa yang tertentu boleh membawa maut.


Dalam keadaan biasa, kekurangan air boleh menyebabkan kulit bresisik dan kelihatan berdebu, dan juga boleh menyebabkan seseorang itu sembelit.





Justeru kita hendaklah mengambil air dengan sewajarnya setiap hari, jangan terlampau banyak dan jangan terlampau sedikit yang boleh mambahayakan. Ibarat pokok, kalau kekurangan air boleh menyebabkan ianya menjadi kering dan layu, tapi kalau berlebihan air pula, menyebakan ianya mejadicjeruk air, lembek dan layu, sebagaimana berlaku pada pokok betik yang umbinya ditenggelami air.


Walau bagaimanapun keperluan kepada air itu berbeza antara seorang dengan seorang, namun pada puratanya seseorang yang normal memerlukan sebanyak 4 atau 5 pain air setiap hari. Dengan meminum air secara yang mencukupi itu badan kita menjadi sihat dan segar, maka dengan itu dapatlah kita menjalankan segala perintah Allah SWT dengan lebih baik dan sempurna.
Walaupun minum air itu satu kelumrahan kepada kita manusia, namun mungkin ada lagi manusia yang tidak  menyedari cara minum air yang sewajarnya atau sengaja melupakanya. Justeru ada baiknya kita perturunkan sebagai peringatan..


Di antara cara-cara itu ialah sebagaimana berikut:

-     Sebagaimana biasa gelas atau cawan yang berisi air itu hendaklah dipegang dengan tangan kanan, dan hendaklah menyebut nama Allah sebelum meneguknya supaya mendapat keberkatan.

-         Air hendaklah diminum secara pelahan-lahan dan menghisap, sambil brnafas sebanyak tiga kali. Jangan meminumnya dengan sekali teguk, kerana boleh menimpakan penyakit pada jantung. Dan bernafas itu pula hendaklah di luar daripada gelas ataupun cawan air,


Baginda Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, “Minumlah air dengan perlahan-lahan sambil bernafas [dengan menghisap] dan janganlah diminum tanpa bernafas, kerana sesunggunya penyakit jantung itu dari meminum air tanpa bernafas”.

-         Jangan minum air sambil berdiri atau berbaring, kerana Baginda Rasulullah SAW melarang keras umatnya berbuat demikian.

-         Jika menggunakan jag atau ceret air yang diedarkan kepada orang yang hadir mengelilingi hidangan, maka pusingannya hendaklah diawali dengan arah ke sebelah kanan trlebih dahulu.


Sebuah Hadis mengungkapkan perisitiwa berikut, “Sesungguhnya Rasulullah SAW, meinum susu, Abu Bakar ra duduk di kirinya, seorang Arab desa sebelah kanannya dan Umar ra duduk bersetentang dengannya. Maka berkata Umar ra, “Berikan kepada Abu Bakar”. Lalu Arab desa itu mengambilnya dan Nabi SAW lalu bersabda, “Minum dari kanan, terus ke kanan”.


Walaupun minum sambil beridir itu dilarang, namun ianya bukanlah merupakan perbuatan yang haram, tapi ia mempunyai kaitan yang erat dengan akhlak dan sopan santun seseorang. Kalau kita minum air sambil berdiri atau samblil berjalan, nanti dikatakan kita orang yang tidak beradab sopan. Lagipun para ulamak berpendapat bahawa minum air sambil berdiri itu mempunyai kemudaratan.


Wallahuaklam.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.




Read more...

MENJAGA KEJELITAAN BETIS SECARA TGRADISIONAL

>> Thursday, October 13, 2016





MENJAGA KEJELITAAN  BETIS SECARA TRADISIONAL


Setiap orang, khususnya kaum wanita inginkan kecantikan, bukan sahaja rupa paras yang jelas kelihatan, tapi juga anggota-anggota tersembunyi yang tidak boleh didedahkan pun mereka mengharap mempuyai rupa yang cantik.

Sebagaimana kita maklum, sebagai orang Islam sebahagian besar daripada anggota-anggota badan wanita adalah aurat dan haram didedahkan kepada tontontnan orang ramai, malah perlu disembunyikan.

Betis adalah sebahagian daripada anggota-anggota tersebut, yang termasuk dalam jenis aurat. Namun begitu setiap wanita mengharapkan mereka mempunyai betis yang cantik, yang sedap dipandang dan enak dirasa.

Dari segi anatomi, betis ialah angggota yang berisi yang terletak di bahagian belakang antara lutut dan buku lali.

Betis seperti juga anggota-anggota badan yang lain juga terdedah kepda berbagai-bagai problem jasmaniah, dan memerlukan penjagaan yang khusus seperti anggota-sanggota lain juga, seumpama mata, telinga dan rambut.

Ada beberapa problem yang menimpa betis yang mendapat perhatian yang wajar kepada kaum wanita. Antara problem-problem itu ialah betis bersisik yang menyebabkan betis kelihatan hodoh, tidak menarik dan tidak disukai,kerana itu tidak indah dipandang dan tidak selesa dibelai.

Ada beberapa cara tradisional untuk menghilang sisik betis.

Air Beras
Biasnya, nasi sebelum ditanak atau dijerang di atas api, ia dibersih atau dibasuh terlebih dulu. Kebiasaanya beras itu dibersih sebanyak tiga kali ulangan.

Untuk tujuan perawatan betis air basuhan beras yang pertama itulah yang diperlukan, justeru ia perlukan diasingkan dalam satu bekas.

Kemudian sapukan air itu ke sleuruh betis yang bersisik itu, biarkan kira-kira selama 15 minit, selepas itu bersihkanlah betis itu dengan air  biasa.

Di samping menghilangkan sisik-sisik betis, air beras itu juga dapat melicin dan menggebukan betis. Amalkan petua ini ini selalu, Insya-Allah betis akan menjadi gebu, cantik dan dan sedap dipandang mata.

Buah Mengkudu

Selain dari air beras buah mengkudu yang masak juga boleh digunakan untuk menghilang sisik-sisik pada betis.

Caranya ambil sebuah mengkudu yang masak. Pecahkan kulitnya sedikit, kemudian gosok-gosokkan pada betis dan juga pada celah-celah jari kaki yang bresisik itu, dan biarkan selama kira-kira 15 minit, kemudian dibersihkan dengan air suam.

Minyak Kelapa
Jika betis berkerasak atau tidak licin secara trasisinya bolehlah diatasi dengan minyak kelapa.

Caranya mudah sahaja. Selepas mandi  sapukan minyak kelapa hingga ratas ke seluruh betis. Tapi jangan terlalu banyak sehingga basah jeruk. Biarkan buat seketika, kemudian cucilah dengan air biasa hingga bersih.

Hampas Kelapa
Hampas kelapas, iaitu isi kelapa parut atau kukur, selepas diperas diambil santannya, maka yang tinggal jadilah hampas kelapa.

Kepada orang-orang tua kita dulu, hampas kelapa berguna dari segi kecantikan, iaitu untuk menjaga betis supaya licin atau tidak berkerutu untuk dipandang indah.

Caranya amat mudah, ambil hampas kelapa, sapu dan gosok-gosokkan hampas kelapa itu kepada kedua-dua belah betis sampai rata, biarkan sekejap, kemudian cucilah betis dengan air biasa hingga bersih.

Kacang Hijau
Kadang-kadang betis wanita juga boleh timbul urat-urat hijau yang agak besar dan tidak menyenangkan untuk dipandang. Ini biasanya berlaku selepas bersalin.

Orang-orang tua kita menggunakan kacang hijau untuk merawat betis yang berurat itu.

Caranya ambik sengengan kacang hijau yang elok, basuh dan rebus dengan 4 gelas air. Bila mendidih dan airnya tinggal segelas angkatlah, dan jangan biarkan kulit kacang itu pecah. Bila sudah sejuk makan dan minumlah air kacang hijau itu. Makanlah dua kali sehari, sekadar yang perlu, di waktu pagi dan malam sebelum tidur.

Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.




Read more...

THE GREATEST LOVE STORY

>> Saturday, October 8, 2016






THE GREATEST LOVE STORY

There is an anecdote in some sacs of Sufi about love- one of the greatest of love story ever told.




The anecdote was about love between a servant and his Al-Mighty Lord.

At one times there was a man who was very obedient to Allah. He was pious. At his late ages he never marriage, although all of his friends nearly at the same ages with him have marriage and have family. All of them have descendants.

When his friends asked him about woman or wife this man only smile, and never said anything although in their village there were many young girls that he could choose to be his wife.

He was hard worker, and not a spendthrift, who used his money very carefully. He lived with his old father and mother. They were farmers, was known as religious man and woman in their village. The villagers liked them because they were generous.
They hoped and prayed for their only son to have a mate and get marriage soon, so that they will have heir for their family.

They know that his son was a good man who never miss to attend the five times prayers at the mosque, and always woke at night to do night prayer [ solat tahajud]. But Rasulullah PUBH marriage and had children and grandchildren of his own.

At last the man took his parents advice, to marriage a beautiful young girl who like him. Her parents also like this man.

No long after the marriage his wife gave birth to a beautiful baby girl. Both of their parents were very happy.

The man was very happy to have the children. His spend almost of his free times,   days and nights played happily with his baby. He did not realise how long he spend his times with the baby.

Until one night he fall a slept beside the baby while playing with her. He dreamed that he was in a strange place, which he felt it was during the Day of Last judgement. He saw that before him there were groups of people with crowded according to the big flags that hold by two strong man ready to march forward. He saw one of the flag was written   the words “For the people who love Allah”. He went to the group thinking that he should be one them according what he had done during his life times in the world. He thought he had spent so much of his times worshiped Allah.

But he was stopped by a man who was a commander of the group. He told him that there  was  no  place for man like him in this group, because he did not loves Allah so much as should he be as servant of Allah while he lived in the world before he died.

He cried and the felt he was terrible. He was afraid and restless to remember the bad dream.

After solat Dhuha tomorrow morning he prayed  to Allah. He  asked Allah to pardon him and said, “Oh Allah, if the precious baby you grant to me are a high wall between me and you and hinder me to be closed to you, please take away the baby. I will be happy”.  He repeated the words slowly and sincerely so many times.

About one hour later he heard a man on his doorstep gave him Salam and knock on the door. After he answered the Salam, a man peer his head inside the house and said hurriedly to him, “Quick brother, your daughter just died, she fall down on steps”. Then the man quickly went away.

The man smiled. He thought, Allah has answered his prayer very soon. He thanked Allah.

Quickly he went out from his house to go and see his lovely baby that has gone away forever.

No body know what happened in his heart. Only Allah knows.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.





Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP