MAHKAMAH HAIWAN
Kes Pertama:
Kucing
Seorang kawan
saya bercerita:
“Saya tinggal
di sebuah kawasan perumahan yang kecil. Seperti biasa saya mempunyai jiran.
Jiran saya itu bukan sahaja manusia, tapi juga binatang-binatang perliharan. Ia
beberapa ekor kucing peliharan jiran sebelah rumah saya”.
“Jiran-jiran
saya yang berekor ini suka sangat membuat masalah kepada kami sekeluarga.
Mereka datang ke rumah saya untuk kencing dan berak hampir setiap hari sejak
beberapa tahun yang lalu. Yang menjadi mangsa tempat berak mereka ialah halaman rumah, dan yang menjadi tandas kencing
mereka biasanya ialah kasut-kasut, selipar, dan tayar kereta dan motor”.
“Kadang-kadang.kalau
pintu rumah terbuka dicurinya naik rumah dan kencing atas karpet, atau tilam dan mencuri makanan di
dapur”.
Sedang berihat
Tuan kucing
memang tahu perangai kucing-kucing mereka tapi setakat ini belum apa-apa
tindakan yang diambil oleh mereka. Sebaliknya kamilah yang terpaksa bersabar
memendam rasa”.
Dia mengeluh.
Bolehkah
kucing-kucing itu didakwa di mahamah?
Kes Kedua Itik:
Seorang kawan
lagi memberitahu:
“Saya tinggal
di kawasan pinggir bandar, di keliling oleh rumah orang-orang kampung. Jiran
sebelah rumah saya, orang kampung, dia suka pelihara itik. Itik-itik itu
dilepaskannya berkeliaran di merata-rata tempat, sampai ke halaman rumah
jiran”.
“Tahulah iktik
bukan sahaja suka menyudu air-air yang kotor, tapi juga sering melepaskan
najis, yang biasanya cair. Itulah yang dilakukan oleh jiran saya sang itik itu
dari masa ke masa. Saya dah beritahu jiran pemelihara itik-titik itu, apa dia
kata, “Kenapa? Orang pelihara itik, tidak tambat macam pelihara kambing?”.
Apa nak buat?
Boleh itik-itik
itu didakwa?
Kes Ketiga
Ayam:
Seorang kawan
lagi berkhabar:
“Saya tinggal
di rumah Quarter kerajaan. Oleh itu semua yang tinggal di perumahan ini adalah
kakitangan kerajaan”.
“Ada seorang
jiran kami suka memlihara ayam. Ayam-ayam itu jarang direbankan, tapi dibiarkan
berkelana ke mana-mana, terutama ke
rumah jiran, dan jiran yang paling dekat dengannya ialah rumah saya”.
“Kegemaran ayam
bukan sahaja, mengais-ngais, tapi berak di merata-rata tempat. Baunya boleh
tahan juga, terutama tahi ayam moner. Kalau terpijak kasut dan naik kereta,
sudahlah, macam terpijak tahi kucing jugalah”.
“Biasanya bila
ayam berada di rumah saya, saya keraskan suara berkata, “Ayam siapa ni dah
berak?”. Tujuan saya untuk memberitahu jiran pemeliharan ayam itu”.
INI ADALAH
TINDAKAN YANG DIAMBIL OLEH KAWAN-KAWAN SAYA YANG LAIN KETIKA MENGHADAPI MASALAH YANG
SAMA, TAPI TIDAK SAYA CERITAKAN KEPADA KAWAN-KAWAN YANG DIHIMPIT MASALAH TADI. DAN SAYA JUGA TIDAK MEMINTA MEREKA MENGIKUTI JEJAK KAWAN-KAWAN SAYA INI.
Pertama,
Masalah Kuing
Pada suatu hari
jiran pemelihara kucing itu sibuk mencari dua ekor kucingnya telah hilang.
Mereka bertanya jiran-jirannya jika ada ternampak kucing-kucing tersebut. Tapi
tidak ada siapa yang tahu.
Sebenarnya
kucing-kucing itu telah ditangkap oleh kawan yang tidak tahan lagi dengan air kencing
dan tahinya, lalu dimasukkan ke dalam guni dan dibuangnya jauh-jauh dari situ
tanpa diketahui oleh sesiapa pun.
Katanya
kucing-kucing itu dibuangnya di tempat yang selamat. Lagi pun kucing itu hanya
kucing biasa, yang tidak dijual di pasaran pun..
Kedua:Masalah
Itik
Pada suatu hari
jiran pemelihara itik itu, ketika dia hendak membuka pintu pagar rumahnya terkejut
melihat dua ekor itiknya tergantung kepala ke bawah di pintu pagar rumahnya.
Bila diperiksa ternyata itik telah disembelih.
Yang sebenarnya
kawan saya itu yang tidak tahan dengan gangguan itik dan tahinya telah
menangkap dua ekor itik jiranya lalu menyembelihnya, kemudian mengikat kaki
itik itu dengan tali dan menggantungnya di pintu pagar jiranya.
Sejak itu dia
boleh hidup aman tanpa gangguan itik.
Masalah Ketiga,
Ayam
Pada suatu hari
kawan saya itu telah menangkap salah ekor daripada ayam-ayam jiran yang sedang
berkeliaran di halaman rumahnya. Ayam yang ditangkap itu disembelih, dan
diberikan kepada isterinya supaya dimasak dengan masakan istimewa.
Kemudian dia
meminta isterinya menghantar ayam yang telah dimasak itu ke rumah jiranya yang
menyambutnya dengan gembira.
Tapi pada
petangnya dia dapati seekor daripada ayam-ayamnya itu tidak balik-balik ke
rumah.
Sejak itu dia
tidak lagi melepas ayam peliharannya dan selamatlah kawan saya tadi..
Mendakwa
Hari ini jika wujud
apa-apa masalah antara manusia dan haiwan, maka tuan empunya haiwan akan
didakwa. Seperti jika ada anjing-anjing pemeliharan mengiggit jirannya, maka
tuan anjing itu akan didakwa dimahkamah dan jika didapati bersalah akan dijatuh
hukuman kerana perbuatan anjingnya itu.
Demikian juga
dengan haiwan-haiwan peliharan yang lain jika didapati menganggu kententerama
jiran-jiran, maka. tuan haiwan itu boleh diadukan kepada pihak berkuasa, yang
akan menentukan apa-apa tindakan yang wajar diambil.
Sejak
akhir-akhir ini kita sering membaca berita-berita terutama dari luar negara,
tentang pesalah manusia yang didakwa di mahkamah kerana menzalami haiwan,
seperti menganiyai haiwan.
Selain itu yang
sering kita dengar pula ialah manusia dihadapkan ke mahkamah kerana melakukan
hubungan seks dengan haiwan-haiwan tertentu, seperti kuda, lembu atau anjing.
Biasanya jika
didapati bersalah, lelaki buas seks dan tertarik dengan haiwan itu diperintah
supaya tidak mendekati jenis haiwan yang mereka cerobohi atau daripada
mendekati semua jenis haiwan, kerana dibimbangi akan merangsangkan nafsu seks
songsangnya.
Boleh Didakwa
Tapi lain pula ceritanya
dengan masa-masa yang lalu.
Ratusan tahun
yang lalu, haiwan-haiwan yang didapati bersalah boleh terus didakwa,
dibicarakan di mahkamah dan dijatuhkan hukuman oleh hakim jika didapati
bersalah, termasuk dijatuhkan hukuman bunuh.
Pendakwaan
terhadap haiwan oleh manusia ini berlaku di beberapa buah negara Eropah pada
Zaman Pertengahan dulu.
Pendakwaan
terhadap haiwan ini dikatakan berdasar kepada undang-undang yang terdapat Kitab Injil di mana Nabi Musa dikatakan berkata,
“Jika seekor sapi jantan menanduk
seorang lelaki atau perempuan dan mereka mati, maka sapi itu hendaklah direjam dengan batu dan dagingnya tidak boleh
dimakan”.
Hiawan-haiwan
yang pernah didakwa di mahkamah tersebut ialah kuda, tikus, babi, malah juga
serangga dalam berbagai-bagai tuduhan.
Pada tahun 1266
mengikut laporan seekor babi di Fontenay-aux-Roses telah dihukum gantung
setelah dibicara dan didapati bersalah.
Mengikut
laporan, pada tahun 1445, sekumpulan kumbang telah didakwa di St. Julien atas
tuduhan membinasakan sebuah ladang anggur.Tapi dikatakan oleh sebab kumbang-kumbang
itu enggan hadir di mahkamah, maka kes itu terbengkalai dan mengecewakan kerana
tidak dapat diselesaikan.
Dalam abad 16,
seekor rama-rama telah dihadap dan dibicarakan di mahkamah di Sepanyol atas
tuduhan merosakan kain tapestri yang
berharga. Rama-rama itu didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman bunuh dengan
memancung lehernya.
Pada tahun
1314, seekor lembu telah dihadapkan ke mahkamah dan dibicarakan atas tuduhan
menanduk seorang lelaki, dan lembu itu didapati bersalah, lalu dijatuhkan
hukuman gantung.
Pada tahun 1457
di Perancis seekor babi betina dan anak-anaknya yang masih kecil telah
dihadapkan ke mahkamah dan didakwa atas tuduhan membunuh dan memakan seorang kanak-kanak.
Mereka didapati bersalah oleh hakim perbicaran dan dijatuhi hukum bunuh.
Tapi anak-anak
babi itu terlepas dari hukuman kerana usianya masih muda.
Selain daripada
dijatuhkan hukuman bunuh, haiwan-haiwan yang didapati bersalah itu juga dijatuhkan
hukuman buang daerah, walaupun dikaktakan jarang berlaku.
Hari Ini
Kalau hari ini jika
timbul masalah antara manusia dan haiwan, maka yang akan didakwa dan
dibicarakan ialah tuan punya haiwan itu, jika dia bertuan, dan merekalah yang
akan dibicarakan kerana menyebabkan
haiwan-haiwan itu membunuh manusia atau seumpamanya. Kalau haiwan-haiwan
itu tidak bertuan, baiwan itu akan dirujuk kepada pihak berkuasa, untuk
menentukan tindakan yang akan diambil, untuk membunuhnya atau menangkapnya untuk
dipelihara.
Perkara seperti
ini berlaku umpamanya bila harimau membaham
manusia atau haiwan-haiwan ternakan, atau gajah-gajah liar bila mereka
merosakan ladang-ladang dan tanam-tanaman, atau ular-ular bila ia menyerang dan
membunuh manusia, atau memakan ternakan berharga peliharan orang.
Hari ini andainya
kalau mahkamah untuk membicara haiwan diadakan, maka binatang yang paling
banyak akan didakawa dan dibicarakan mungkin tikus, nyamuk, harimau, ular dan
gajah kerana menimpakan kerosakan kepada manusia dan harta benda mereka.
Buaya juga
tidak akan terlepas dari dakwaan kerana sering membaham manusia yang berada
dalam sungai tempat mereka berada.
Bagaimana
kiranya anda dipilih dan dilantik menjadi hakim di mahkamah haiwan itu? Adakah
anda bersedia menerimanya?
Makhluk yang selayaknya
menjadi hakim di kalangan haiwan, ialah haiwan juga. Umpamanya dengan melatih
beruk berlaku jujur ketika bertugas sebagai hakim. Dengan itu semua beruk-beruk
akan bersih nama mereka dari tuduhan, “seperti berhakimkan beruk”.
Tapi jangan
bimbang! Undang-undang yang telah berjalan selama berabad- abad di sebahagian
besar negara-negara Eropah itu, iaitu dari abad ke-13 hingga abad ke-18 sudah
tidak ada lagi sekarang. Undang-undang ini sudah tidak wujud lagi sejak muncul
zaman moden, kerana tidaklah wajar mendakwa haiwan yang tidak berakal fikiran
atas tuduhan jenayah dilakukannya.
Demikianlah ragam manusia.
Kg.Parit, Pasir Tumboh,
Read more...