WASATA DI JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN
>> Sunday, December 21, 2014
WASATA DI JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN
Jalan Tuanku Abdul Rahman adalah salah sebatang jalan yang terkenal di bandar raya Kuala Lumpur. Jalan ini mempunyai sejarah dan keistimewaannya yang tersendiri.
Bandar raya Kuala Lumpur
Ianya jalan satu hala, dan merupakan jalan utama, ibu negara Kuala Lumpur.
Nama diberi mengambil sempena nama Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Yang Di Pertuan Agong
Pertama, Tuanku Abdul Rahman, dari Negeri Sembilan.
Ia sebuah jalan pendek. Nama asalnya Batu Road atau Jalan Batu. Panjangnya
1.18 km [1.18 batu] sahaja. Ia berhujung dengan Chow Kit di sebelah utara di mana
terletaknya Pasar Chow Kit, sementara di sebelah selatannya pula berakhir
dengan Masjid Jamek.
Bersama sahabat dari Indonesia
Masjid Jamek dibina pada tahun 1907, terletak di antara Sungai Klang dan Sungai Gombak. Ianya merupakan masjid utama, sebelum pembinaan Masjid Negara.
Sesudah begitu lama tidak memijak kaki di jalan ini, [hanya sekadar
melewatinya dalam menghala ke distinasi lain], maka baru-baru ini saya telah
berkesempatan menginap di sebuah penginapan di jalan tersebut selama beberapa
hari.
Pada sebelah tengah harinya bila ada waktu rihat saya mengambil kesempatan merayau-rayau
di sekitar. Banyak yang telah berubah, terutama bertambhnya bangunan-bangunan
baru, terdiri dari gedung-gegung perniagaan.
Sudut lain KL
Sekarang di Jalan Tunku Abdul Rahman ini terdapat pasar-pasar raya yang moden, seperti Sogo dan Maju Junction. Tapi pada umumnya di Maju Junction ini hanya menjual pakaian-pakaian wanita sahaja. Kebetulan masa saya pergi itu, berhampiran sebuah tangga terdapat penjualan buku-buku terpakai, hampir keseluruhan buku berbahasa Inggeris.
Di Jalan ini juga terdapat pusat membeli belah yang terkanal dulu, iaitu Pertama Complex yang masih bernafas hingga ke hari ini. Terdapat juga Wisma Shen.
Bersama sahabat dari luar negara
Pada masa dulu, ketika tinggal di Keramat Jaya hampir setiap hari saya berada di Jalan ini untuk menaiki bas. Dan juga untuk pergi ke Pasar Chow Kit membeli barang-barang keperluan, termasuk barang-barang dapur.
Kami suka ke Pasar Chow Kit
kerana di pasar itu banyak pilihan barang-barang yang dijual di situ dan
harganya berpatutan, terutama makanan-makanan basah. Pada masa itu Chow Kit
merupakan tempat yang merbahaya, malah terkenal sebagai kawasan hitam dalam
tahun 1980an, terutama sekali sebagai pusat perdagangan manusia, iaitu
pelacuran. Tapi sekarang telah berubah dengan pesatnya.
Promosi pakain pengantin di Jalan TAR
Promosi pakain pengantin di Jalan TAR
Di samping itu di sekitar tempat
itu juga terdapat beberapa buah pasar raya, dan gedung-gedung pakaian. Saya
rasa ada di antara pasar raya itu sudah tidak ada lagi sekarang. Mungkin
bertukar nama, atau bertukar corak perniagaannya. Tapi kali ini tidak terlintas
di benak saya untuk pergi ke Pasar Chow Kit ketika berada di sini selama
beberapa hari.
Hari itu saya merayap sampai ke Wisma Yakin. Di kiri kanan Jalan Tuanku [biaasanya disebut Tunku sahaja], seperti dulunya penuh dengan gedung-gedung pakaian, dan beberapa buah toko buku dan restoran.
Ramai pembantu-pembatu jualan atau pembantu kedai adalah anak-anak Melayu, iaitu anak-anak gadis yang jangak-jangak dan comel-comel. Tapi saya tidak pasti siapakah pula tuan empunya kedai itu yang membayar gaji mereka?
Dan tempat yang sering menjadi tujuan saya di Wisma Yakin ialah sebuah kedai buku di situ yang banyak menjual buku-buku dari Indonesia. Tapi tidak ada majalah atau akhbar Indonesia. Seperti biasa ramai orang di kawasan tersebut, kerana ianya merupakan kawasan membeli belah yang termasyur. Banyak kedai-kedai India di situ yang menjual pakaian, termasuk pakaian-pakaian India.
Bandar KL dari atas
Setelah keluar dari toko buku itu saya memasuki sebuah lorong pasar malam yang dibuka sejak siang hari lagi. Hampir separuh perjalanan, hujan renyai-renyai mulai turun, menyebabkan para peniaga mengemaskan barang-barang mereka daripada dibasahi hujan.
Bersama cucu
Itulah Lorong Tuanku Abdul
Rahman, yang ditutup kepada semua kenderaan seminggu sekali khusus untuk jualan
pasar malam itu. Pasar malam itu dibuka dari awal-awal pagi lagi sehingga larut
malam.
Namun begitu saya terus berjalan juga menyusuri lorong pasar malam itu. Rupa-rupanya di luar dugaan saya pasar malam itu amat panjang. Jenuh saya berjalan baru sampai ke hujungnya.
Air hujan menggenangi jalan
Berbagai-bagai barang dijual di situ, termasuk makanan-makanan, kuih-muih, dan sebagainya. Ada juga beberapa buah gerai yang menjual makanan Kelantan, seperti nasi kerabu.
Di hujung lorong saya menjadi
keliru sedikit, di mana sebenarnya saya berada, namun saya meyempang ke
kanan, melintasi Balai Polis Dang Wangi dan meneruskan perjalanan arah ke
Masjid India untuk balik semula ke di tempat penginapan, di Jalan Tuanku Abul
Rahman. Rupa-rupanya saya telah menghabiskan masa selama hampir tiga jam lebih untuk
berjalan-jalan hari itu. Patutlah terasa capet. Selepas solat saya terus
tertidur.
Setelah selesai urusan kami keluar dari penginapan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan hari ini berada di Sungai Buloh.
Sungai Buloh,
Selangor.