APAKAH SUJUD?

>> Saturday, August 31, 2013


APAKAH SUJUD?


Kepada umat Islam, sujud adalah salah satu amalan penting. Ia merupakan sebahagian daripada rukun yang penting dalam solat. Tanpa sujud, solat tidak sah. Sujud ertinya tunduk, iaitu meletakkan muka ke bumi dalam solat mengikut kaedah-kaedah yang tertentu.

Apakah erti Sujud pada umumnya?




“Sujud adalah sense tertinggi dalam Islam dan taat setia kepada Allah”. Demikian menurut Allahyarham Prof. Teuku Muhammad Usman el Muhammady, seorang ualama, wartawan, dan penulis yang terkenal di Indonesia.

Justeru sujud itu antara lain kata beliau bererti:

-Meminta ampun kepada Allah.

-Mengorbankan harta waktu senang.

-Jangan marah, kerana marah boleh merosakkan.


-Tidak zalim

-Tidak rasuah

-Tidak minum arak.

-Tidak berzina.

-Tuntut ilmu dari ayunan buayan sampai ke liang lahad.

Sujud juga bererti membela agama walaupun ke laut api.

“Semua kejadian mesti sujud kepada Allah, iaitu mengikut peraturan dan undang-undangnya. Mata hari sujud kepada Allah, keluar waktu pagi dan terbenam di waktu sore.

Manusia yang tidak beriman kepada Allah adalah binatang.

Ilmu tanpa agama kufur, dan agama tanpa ilmu adalah buta.

Rahsia Wuduk

Dalam majlis itu juga beliau memberitahu rahsia-rathis mengambil air sembahayang, yang menurutnya tidak dipelajarinuya dari sekolah, tapi dari Dr. Muhammad Hatta.

-Membasuh muka, kerana memandang muka wanita selalunya menimbulkan berahi.

-Membasuh tangan, supaya tangan hanya menjamah benda-benda yang bersih.

-Menyapu kepala, supaya otak di dalam baik.

-Membasuh telinga, supaya telinga mendengar perkara-perkara yang baik-baik,

-Membasuh kaki, supaya kaki melalui jalan yang baik-baik.

Seterusnya dalam majlis itu beliau menyeru para pelajar supaya bangkit memperjuangkan Islam mati-matian walaupun dengan darah.


Pesanan ini diberikan oleh Teuku Muhammad Usman el-Muhammady, [ketia itu berusia 48 tahun] dalam satu majlis di Kota Bharu pada tahun 1968, ketika beliau berkunjung ke negeri Kelantan Darulnaim. Beliau kembali kerahmatullah pada 4 September 1978 di Medan.



                                                                                                                                                                         

Read more...

Petua-petua Untuk Mencegah Penyakit Jantung

>> Wednesday, August 28, 2013


 
PETUA-PETUA UNTUK MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG




JANTUNG adalah salah satu anggota penting pada badan manusia, Ia sentiasa berdenyut. Tugas asasinya ialah mengepam darah ke seluruh jasad manusia yang hidup. Jika jantung berhenti bergerak, maka bererti berhentilah kehidupan jasad seseorang- mati. Seperti dengan anggota-anggota yang lain juga, jantung terdedah kepada serangan berbagai-bagai jenis penyakit merbahaya yang boleh menjadi ancaman kepada kehidupan.


Kian maju manusia, kian terancam jantung mereka. Kian tidak selamat. Hari ini penyakit jantung kronis telah mengancam seluruh dunia. Ia menjadi pembunuh utama penduduk dunia hari ini. Seramai 17.3 orang setiap tahun di seluruh dunia menjadi korban penyakit jantung, dan menjelang tahun 2030 pula, ia dijangka akan meningkat kepada seramai 23 juta jiwa setiap tahun.


Malangnya sejak kebelakangan ini penyakit jantung ini telah menular ke negara kita Malaysia yang kian maju dari segi kebendaannya.


Malah pada tahun 1912 Malaysia merupakan sebuah negara yang paling tinggi angka kematiannya kerana penyakit jantung.


Mengikut kajian, di Malaysia penyakit ini berpunca daripada obesiti, tekanan darah tinggi dan kencing manis. 


Sebahagian besar daripada penghidap-penghidap penyakit jantung itu terdiri dari golongan muda, dari seawal usia 24 tahun. Kajian itu menunjukkan bahawa 64 peratus pesakit jantung Malaysia adalah mereka yang berada dalam tahap lingkungan usia 65 tahun ke bawah, dan hanya 6 peratus sahaja mereka yang berada dalam lingkungan usia 65 tahun ke atas.

Dapat Diselamatkan

Walau bagaimana pun menurut Dr. Peter Steincrohn, seorang doktor dan penulis perubatan yang terkenal, mungkin ramai orang dapat diselamatkan selepas diserang penyakit jantung, kiranya dia bernasib baik kakinya patah, yang memaksa  dia berihat, dan ini bererti memberi peluang kepada jantungnya untuk pulih kembali.



Menurut beliau untuk memberi rawatan yang wajar kepada jantung bukanlah semata-mata bergantung kepada rawatan dan pantang yang dijalani oleh seseorang selama beberapa minggu sahaja selepas dia diserang penyakit jantung, malah juga bergantung kepada gaya hidup seseorang untuk selama-lamanya selepas dia diserang penyakit jantung.


Ramai orang tidak menyedari, bahawa banyak orang yang telah diserang penyakit jantung boleh hidup banyak tahun lagi dengan penyakitnya itu. Malah ramai pesakit jantung yang menyangka dia akan mati dalam masa beberapa hari lagi selepas mendapat serangan jantung, tapi dapat terus hidup berpuluh-puluh tahun kemudian tidak seperti jangkaannya itu. Banyak kesakitan dan penderitaan dapat dihindari, andainya para pesakit dapat memahami matalamat yang ingin dicapai oleh sang doktor.


Menurut beliau tidak semua penyakit jantung itu serius sebenarnya.  Tiga dari empat pesakit jantung yang dibawa ke dewan bedah didapati memiliki jantung yang sihat. Daripada berbagai-bagai sungutan kesakitan di bahagian jantung yang diadukan kepada doktor, tidak kurang pula aduan-aduan itu hanya berpunca daripada ketakutan dan kebimbangan mereka semata-mata. 

[Saya mempunyai dua orang kawan yang pernah mengandaikan diri mereka menghidap penyakit jantung setelah membaca rencana-rencana dalam akhbar dan majalah tanah air yang mendiskripsikan tanda-tanda  penyakit jantung yang dihidapi oleh seseorang. Maka kedua-duanya pun melayan diri mereka sebagai mangsa penyakit jantung. Tapi setelah dipaksa menemui doktor dan menjalani pemeriskaan, maka kedua-duanya didapati bebas dari penyakit jantung]. 

Tapi sebaliknya pula, menurut Dr. P. Steincrohn, ramai orang yang benar-benar menghidap penyakit jantung tapi enggan menemui doktor dengan berbagai-bagai alasan pula.

Beberapa Petua

Beliau selanjutnya mengutarakan beberapa petua kepada orang-orang yang sihat walfiat dan juga kepada penghidap-penghidap penyakit jantung, agar mereka dapat mencapai usia hidup yang lebih panjang.

Pertama-tamanya beliau memberi nasihat kepada sesiapa sahaja yang mempunyai gejala-gejala sebagai berikut supaya menemui doktor:


Batuk kronis, meludah berdarah, pingsan, lelah, bengkak pergelangan kaki, letih lesu, sembelit, berdebar, nadi berdenyut pentas, pendek nafas, sakit dada, pening-pening, dan tidak dapat baring dengan rapat belakang ketika tiudr.


Kedua beliau menasihati pesakit supaya mendengar apa yang dikatakan oleh doktor sahaja bukanya mengambil nasihat daripada kawan-kawan yang bersimpati tapi tidak mempunyai latihan-latihan perubatan dan tidak pula berdasarkan apa-apa yang dilapurkan oleh akhbar-akhbar, majalah-majalah dan buku-buku.


[Seorang pesakit jantung, kebetulan seorang sahabat saya ketika berada dalam wad pertama kali di hospital selepas diserang penyakit jantung,  tidak tahan mendengar berbagai-bagai pandangan dan nasihat yang diberikan oleh sahabat-sahabat pengunjungnya yang ramai itu yang menyebabkan fikirannya menjadi serabut dan kusut. Doktor yang menerima aduannya itu meminta kebenaranya untuk meletak notis melarang kunjungan para pelawat walaupun keadaannya tidaklah begitu teruk demi untuk menjaga emosinya supaya tidak terus terganggu].


Penyakit jantung mempunyai banyak jenis, sesetengahnya ada mempunyai titik-titik keserupaan dan sesetengah pula mempunyai titik yang berbeza. Justeru setiap penyakit jantung ada mempunyai ubat-ubat yang tertentu. Namun begitu ada satu rawatan asasi kepada penyakit jantung, iaitu mengatur cara hidup yang wajar. Tanpa cara hidup yang wajar, maka kebanyakan ubat-ubat yang lain itu tidak berguna.


Pesakit jantung walaupun telah sembuh wajar menyusun hidupnya yang boleh meringankan kerja-kerja jantungnya. Menjaga badan supaya tidak bertambah gemuk. Jangan makan minum sesuka hati sahaja. Jangan bekerja keras. Jangan kejar waktu dan mengikut emosi, kerana semuanya itu boleh membebankan jantung. Jauhkan mengah dan lain-lain gejala yang boleh menganggu kenteraman. Tidak ada ubat untuk membolehkan pesakit jantung bekerja keras seperti biasa sebelum dia diserang penyakit jantung.


Justeru berat badan hendaklah dikawal supaya normal dan sejajar dengan keadaan fizikal seseorang, baik dari tinggi rendah, besar kecil dan tua muda usia mereka. Tindakan mengurus badan yang gemuk hendaklah dilakukan secara teratur, dengan memperbaiki cara makan minum dan mengamalkan riadah yang wajar, dan bukannya dengan memakan ubat-ubat kurus. Jangan makan terlalu banyak seumur-umur.


Pesakit jantung dinasihatkan supaya mengurangkan kecepatan, keberatan dan kegiatan-kegiatan yang melibatkan jasmani. Jangan berlari-lari untuk mengejar keratapi, [mengejar bas], menaiki tangga, jangan cuba memberhentikan kereta di tempat yang sempit, atau menggunakan mana-mana anggota jasmani dengan sehabis tenaga yang dimiliki.


Selepas selesai makan jangan libatkan diri dalam sebarang kegiatan jasmani, jangan lakukan sesuatu yang boleh memendekkan nafas. Andainya pesakit mulai merasa nafasnya singkat-singkat, atau merasa sakit dalam dada, dia hendaklah segera baring dan berihat sahaja.


Kerja-kerja menggunakan otak hanya boleh dilakukan bila otak berada  dalam keadaan cukup segar dan berhenti bila merasa otak kepenatan. Dengan itu, perhatian dapat diberikan sebaik-baiknya kepada masalah kerja tanpa mendapat ketegangan mental yang berat.


Riaksi-riaksi emosional yang meluap-luap hendaklah dielakkan. Beliau memberitahu tentang seorang pesakit yang darahnya akan naik setinggi 60 poin bila dia berada dalam keadaan marah.


Kita selalu mempersalahkan orang lain yang melakukan sesuatu yang menaikkan kemarahan kita, tapi tidak menganggap diri kita bodoh kerana membenarkan perbuatan-perbuatan seperti itu menganggu kententeraman kita.


Beliau menceritakan tentang seorang doktor yang menghidap penyakit jantung. Dia sedar riaksi emosi terhadap jantungnya, tapi dia tidak mampu mendisplinkan dirinya sendiri, menyebabkan akhirnya dia mati ketika dia berada dalam keadaan marah yang meluap-luap.


[Seorang jiran saya di kampung adalah seorang pesakit jantung  pada mula-mulanya tidak serius. Tapi dia tidak dapat menerima dengan kelakuan dan tingkah laku salah seorang daripada anaknya yang selalu menimbulkan kemarahannya yang meluap-luap. Dia sering meluahkan perasaannya itu kepada saya. Pada suatu hari kerana terlalu marahnya dengan tindakan yang dilakukan oleh anaknya itu dia menjadi tidak sedarkan diri, dan terpaksa diusung ke hospital kerana diserang pernyakit jantung. Sejak itu kehidupanya tidak lagi normal seperti di masa-masa sebelumnya, dia tidak dapat lagi berfikir dengan normal].


Justeru bila ada sesuatu problem yang mulai menceutskan kemarahan, atau mulai menganggu kententeraman jiwa, maka kita dinasihatkan supaya segera merelek dan menenangkan diri kita agar perasaan yang mendidih dalam batin kita itu tidak meletup.


Beliau menasihatkan supaya bergembira dalam semua keadaan. Sikap mu-sang atau mudah terganggu  dan cepat suggul  tidak menolong mencergaskan jantung dan juga saluran-saluran darah. Sesunggunya untuk bergembira dalam saat-saat kesedihan tidaklah mudah. Ia mudah diucapkan tapi sukar dipraktikkan.


Justeru itu beliau menyarankan, ketika berada di dalam kesuggulan, cubalah fikirkan mana-mana pengalaman gembira yang telah dialami di masa lampau, kerana mud kita sering dapat dipengaruhi oleh apa yang kita fikirkan.


[Seorang doktor di sebuah hospital di negara kita pernah memberi nasihat kepada seorang pesakitnya, kebetulan sahabat saya, ketika berada dalam gangguan perasaan, supaya mengingatkan saat-saat gembira ketika dia mula-mula bertemu dengan isterinya menjelang mereka bercinta dan mendirikan rumahtangga].


Jika pesakit itu seorang perokok, beliau menasihati pesakit itu supaya berhenti merokok, kerana dia yakin rokok merbahaya kepada orang yang sakit jantung.


[Seorang sahabat saya, ketika pertama kali diserang oleh penyakit jantung dan dirawat di sebuah hospital tempatan selama beberapa hari, sebelum dibenarkan keluar dari rumah sakit itu telah dinasihatkan oleh doktor yang merawatnya supaya segera berhenti merokok dengan membuat satu akujanji bertulis yang dia tidak akan menjamah rokok lagi selepas itu. Sehingga kini dia masih lagi berpegang teguh akujanjinya itu]


Tegas Dr. Peter Steincrohn, “Penghidapan jantung anda memerlukan anda mengubahkan cara-cara hidup anda. Anda harus selalu tenang dan bergembira dan mengurangkan kegiatan-kegiatan badan, mental dan emosi”.


“Saya mempunyai beberapa orang sahabat yang sama menghidap seperti anda, tapi hari ini mereka masih sihat walafiat dan sedang melaksanakan kerja-kerja yang cemerlang. Anda juga boleh mencapai kesihatan yang dinikmati mereka andainya anda bersedia untuk menurut jejak cara-cara hidup mereka”. Demikian Dr.Peter Steincrohn.


Itulah sebabnya kita rakyat Malaysia harus sentiasa menjalani kehidupan dengan cara yang wajar, bersih dan suci lahir dan batinnya, lebih-lebih lagi kepada kita yang beragama Islam yang diwajibkan menjaga kebersihan diri jasmani dan ruhaninya sebagai hamba Allah dalam mengejar kebahagian dunia dan akhirat.





 

Read more...

Gempa Bumi Berlaku Setiap Hari?

>> Sunday, August 25, 2013



 

GEMPA BUMI BERLAKU SETIAP HARI?






Ada berbagai-bagai kepercayaan dan dongeng mengenai gempa bumi, terutama mengenai faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya gempa bumi itu, yang mengeggarkan dunia, meruntuhkan bangunan-bangunan, menumbangkan pokok-pokok, dan sebagainya.



Ini bukan kesan gempa bumi, tapi banjir besar yang melanda




Orang-orang tua kita dulu percaya bahawa gempa bumi berlaku bila lembu yang menampung dunia ini di atas salah sebuah tanduknya menukar dunia ini ke atas tanduknya yang sebelah lagi. Pertukaran antara tanduk kiri ke tanduk kanan, atau sebaliknya inilah yang menyebabkan dunia bergegar yang dipanggil gempa bumi itu.

Seingat-ingat saya, saya juga pernah membaca sebuah buku lama yang menyatakan bumi ini terletak di atas tanduk lembu.


Tapi dengan adanya penyiasatan-penyiasatan sains yang mendalam, maka tersingkaplah sebahagian daripada rahsia-rahisa yang selama ini menyelubungi kejadian gempa bumi itu. Penyiasatan mengenai gempa bumi ini merupakan cabang yang tersendiri dalam bidang ilmu sains yang dipanggil “Seismology”.

Sebab-sebab Gempa Bumi

Sebenarnya keadaan permukaan bumi ini sentiasa berubah-ubah, tapi sukar untuk dilihat dengan pandangan mata kita, kerana proses-proses perubahan itu berlaku secara perlahan-lahan sekali. Contohnya batu-batu di permukaan bumi ini sentiasa reput dan pecah-pecah, mejadi habuk-habuk, kemudian habuk-habuk itu hanyut dibawa arus sungai menuju ke lautan dan akhirnya terbenam di dasarnya. Oleh sebab itu jika tidak ada sesuatu tenaga yang bergerak di bawah perut bumi ini, maka sudah tentu, permukaan bumi ini akan terbenam di bawah paras lautan.

Jauh di dasar perut bumi itu, kira-kira sedalam 1,800 batu terletak batu-batu kerak bumi yang keras berfungsi menampung bumi ini. Batu-batu itu tidak stabil, dan sentiasa bergerak perlahan-lahan sehingga sukar untuk disedari oleh kita yang berada di atas bumi. Batu-batu itu bergerak dengan dua cara, pertama batu itu mengembang dan kedua batu itu mengucut.

Batu-batu itu mengucup atau mengecil seperti yang berlaku berbilion-bilion yang lampau bila bumi itu sejuk, ketika batu-batu dipermukaan bumi jadi dingin. Serentak di masa itu juga batu-batu itu mengembang di bahagian bawahnya, kerana radioaktif yang terletak jauh di bawahnya sentiasa hangat. Kebanyakan ahli-ahli sains percaya akibat panas dan sejuk inilah menimbulkan arus-arus elektrik yang bertanggungjawab mengubahkan permukaan bumi itu.

Gempa bumi itu juga berlaku kerana pertembungan dua kekuataan, iaitu kekuatan graviti yang menarik sesuatu ke dalam dan kekuatan pusingan bumi yang cuba menendangkan sesuatu keluar. Bila kekuatan yang menarik keluar bumi itu lebih kuat daripada tenaga-tenaga batu dalam bumi itu, maka batu-batan itu akan pecah, dan ini menyebabkan berlakunya gempa bumi. Bila hal ini berlaku, maka barulah disedari perubahan-perubahan yang berlaku pada permukaan bumi itu dan adanya tenaga-tenaga raksaksa yang ada di dalamnya.


Ada pula teori berpendapat gempa bumi berlaku akibat daripada letupan gunung berapi. Tenaganya bergerak dalam bentuk gelumbang yang bergerak dari pusatnya dalam batu-batu yang keras di perut bumi dan menjalar dalam batu-batan dan terus naik ke permukaan bumi. Gerakan ini menyebabkan batu-batan itu menjadi tegang, sehingga sampai kepada satu  tahap batu-batan itupun pecah dan bergerak. Gelombang ini mengandungi kuasa pemusnahan yang amat kuat di permukaan bumi, dan menimpakan kesan terhadap benda-benda yang dilanggarnya dalam masa perjalannnya itu.

Jenis-Jenis Gempa Bumi

Mengikut kajian ada tiga jenis kumpulan gempa bumi yang utama, iaitu volkanik, titonik dan plutonik.

Gempa bumi volkanik, berlaku akibat daripada berlakunya letupan gunung berapi. Walau pun gempa bumi gunung berapi ini hanya berlaku di kawasan-kawasan yang terhad kepada kawasan yang bergunung berapi, seperi Mexico, Selatan dan Kawasan Tengah Benua Amerika dan Jepun, namun ia dapat dikesan di kawasan-kawasan berhampiran dengan kawasan-kawasan tersebut. Biasanya di kawasan-kawasan inilah berlakunya gempa bumi besar yang menggerunkan.

Gempa Bumi Titonik, berlaku akibat daripada berlakunya ketegangan-ketegangan besar di dalam perut bumi. Gempa bumi jenis ini biasanya meliputi kawasan yang luas.

Dan Gempa Bumi Plutonik, berlaku oleh sebab terjadinya letupan-letupan bahan-bahan kimia, penghabluran semua logam ataupun berlaku pertukaran dalam molikul logam. Tapi gempa bumi jenis ini berlaku jauh dalam perut bumi, iaitu antara 180 hingga 400 batu dari permukaan bumi, kerana itu ia jarang dapat dirasai di permukaan bumi.

Jenis-jenis Gelumbang

Gelumbang-gelumbang gempa itu mengikut halajunya [velocity] dapat dibahagikan kepada tigs jenis gelumbang.

Pertama, gelumbang primari atau Gelumbang Cmpressional [Compressional Waves]. Gelumbang jenis ini dapat bergerak selaju lima hingga 6 batu dalam satu detik. Gelumbang ini mempunyai kekuatan yang luar biasa, dapat melalui segala pepejal dan cecair dengan gampang sekali.

Kedua, gelumbang sekandari atau Gelumabng Tranverse [Tranverse Waves]. Gelumbang jenis ini dapat bergerak selaju tiga hingga empat batu dalam setu detik. Justeru gelumbang jenis ini hanya dapat melalui cecair sahaja dan bergerak jauh di dalam perut bumi.

Ketiga, Gelumbang Panjang [Long Waves]. Gelumbang ini dapat bergerak selaju dua hingga tiga batu sahaja dalam satu detik, dan ia hanya bergerak di permukaan bumi sahaja. Namun begitu gelumbang inilah yang banyak menimpakan kemusnahan di permukaan bumi.

Namun begitu, sampai ke hari ini tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi jawapan yang tepat apakah faktor sebenar yang menjadi punca kepada kejadian gempa bumi?

Kebanyakan gempa bumi itu berlaku antara lapisan permukaan bumi dan kebawahnya sedalam 35 batu, namun ada juga gempa bumi itu berlaku di tempat-tempat yang lebih dalam dari itu lagi. Jika di tempat belakunya gempa itu  kedalamannya lebih daripada 35 batu, maka batu-batu itu menjadi lembek secara perlahan-lahan tanpa menimbulkan sebarang gempa bumi.

Gempa bumi boleh berlaku di mana-mana tempat sahaja di dalam dunia ini, baik di utara atau di selatan, di timur atau di barat, tapi biasanya tempat yang banyak sekali brlaku gempa bumi ialah di kawasan permukaan bumi yang berubah dengan pentas. Dan kawasan yang paling banyak sekali berlaku gempa bumi ialah di kawasan sekitar Lautan Pasifik dan kawasan yang dikenali dengan panggilan “World Belt”.

Lapan puluh peratus daripada seluruh gempa bumi yang berlaku di dunia dari sejak dahulu hingga sekarang adalah dalam kawasan tersebut. Di Lautan Pasifik  termasuk di dalamnya Pantai Barat Amerika Selatan dan Barat Kepulauan Alentian, Kama Chatka, Jepun, Filipina, Indonesia, Fiji dan Kepulauan Tanya, Newa Zealand dan New Hebrides.

Sementara kawasan yang termasuk dalam “World Belt”, menjalar dari Sungai Cina, menembusi negara India menuju ke negara-negara Eropah hingga ke Iceland. Dari Iceland ia menjalar ke arah Selatan hingga menembusi ke Benua Afrika.

Nasib baik negara kita Malaysia tidak termasuk dalam kawasan gempa bumi itu, jika tidak kita akan mengalami bencana alam yang besar dari masa ke masa.

Tenaga Gempa Bumi

Bila sesuatu gempa bumi berlaku, maka sebahagian daripada tenaganya akan terbang di permukaan bumi yang mengandungi kekuatan yang mampu meroskbinasakan benda-benda, terutama benda-benda yang terletak berhampiran dengan kawasan gempa bumi itu berlaku. Tenaga gempa bumi itu seperti tenaga-tenaga lain, kian jauh perjalannnya, kian susutlah kekuataannya, sehingga akhirnya tidak lagi mampu merosakkan benda-benda yang dilanggarinya.

Ada beberapa faktor yang menjadi punca di dalam gempa bumi yang bertanggungjawab menimpakan kerosakan dan mengorbankan nyawa itu. Antaranya kerana kerekahan atau keretakan yang berlaku pada bumi,  kerana gegaran atau goncangan yang berlaku pada bumi, kerana banjir akibat tsunami yang berpunca daripada gempa bumi, dan kerana empanagan air pecah, dan kerana ombak laut besar yag melanda kawasan-kawasan rendah dan di tepi-tepi pantai dan sebagianya. Selain daripada mengorbankan nyawa manusia, banyak lagi bencana-bencana yang ditimpakan oleh sesuatu kejadian gempa bumi, seperti tanah runtuh, tanah menjadi lembek, kebakaran dan pelepasan bahan-bahan beracun yang boleh membunuh dan membinasakan. Menurut kajian, daripada semua akibat itu, gegaran atau gempalah yang menjadi faktor utamanya.

Di samping  bencana-benca gempa bumi secara langsung itu, ada pula kesan yang menyusul kemudiannya. Antaranya merebaknya wabak-wabak penyakit yang merbahaya yang mengancam nyawa manusia, seperti wabak taun dan sebagainya.

Menyukat Kekuatan Gempa Bumi

Kekuatan gempa bumi hanya dapat disukat dengan alat khas yang dipanggil Skala Richter dan Scala Mercalli. Alat-alat ini direka begitu sensitif untuk mengesan gempa bumi.

Di seluruh dunia pada suatu masa terdapat kira-kira 500 atau 600 alat Seismographs yang dipasang di seluruh dunia, ada sesetengahnya diletak di tempat-tempat yang jauh terpencil, antaranya di kawasan Antartik dan kawasan Artik. Dengan mengguna alat-alat ini ahli-ahli gempa bumi dapat mempastikan di manakah pusat-pusat gempa bumi yang telah berlaku dan bila msanya kejadian itu telah berlaku.

Seismologi ialah berasal daripada gabungan dua patah perkataan Greek, iaitu seismos dan logos, di mana seismos bererti goncangan dan logos bererti risalah atau ilmu pengetahuan. Maka dengan itu makna Seismologi ialah ilmu mengenai gempa bumi. Sedangkan gempa bumi mengikut bahasa Greek ialah seismos te ges.

Namun begitu, sampai ke hari ini ahli-ahli sains belum dapat mempastikan dengan tepat bilakah sesuatu gempa bumi akan berlaku, namun begitu kebiasannya gempa bumi itu berlaku di kawasan yang pernah banyak berlaku di masa-masa yang lalu.

Kita berharap pada suatu masa nanti, ahli-ahli sains dapat mencipta suatu cara atau alat yang dapat meramal dengan tepat bilakah sesuatu gempa bumi itu akan berlaku, kerana jika perakra itu diketahui terlebih dahulu tentulah lebih banyak nyawa dan harta benda yang berharga mungkin boleh dapat diselamatkan daripada menjadi mangsa bencana gempa bumi.

Dengan melakukan penyiasatan terhadap sejarah gempa-gempa   bumi yang telah berlaku di sesuatu tempat itu, maka ahli-ahli gempa bumi dapat meramalkan berapa kuat sesuatu gempa bumi yang berlaku pula di kawasasn itu dalam jangka masa yang tertentu di masa-masa akan datang.

Umpamanya di negara Jepun oleh sebab banyak gempa-gempa bumi yang besar-besar telah berlaku di masa-masa yang lalu, maka di masa-masa hadapan mungkin akan berlaku lagi gempa bumi besar sebagaimana biasa yang mungkin akan merosakbinasakan banyak harta benda dan mengorbankan ramai nyawa manusia, justeru itulah kebanyakan bangunan-bangunan baru yang dibina di negara itu sekarang mempunyak rekabentuk khusus yang boleh tahan gegaran-gegaran gempa bumi, demikian juga dengan bahan-bahan binaan bangunan-bangunan itu yang dipilih khusus. Walaupun gempa-gempa bumi tidak boleh ditahan oleh manusia, maka kerosakan yang akan ditimpainya mungkin dapat dikurangi dengan melakukan tindakan-tindakan wajar sebelum sesuatu gempa bumi meledak.

Walaupun gempa bumi banyak berlaku setiap tahun, malah setiap hari di seluruh dunia, tapi kebanykannya secara kecil-kecilan dan sedikit sahaja daripadanya yang membahayakan. Daripada kira-kira 150,000 kali gempa-gempa bumi yang berlaku setiap tahun, hanya ada beberapa  kali gempa bumi yang kuat sahaja yang boleh membinasakan. Gempa-gempa bumi kecil-kecilan ini boleh berlaku sebelum atau selepas berlakunya gempa bumi besar yang dipanggil gempa bumi susulan. Gempa-gempa bumi ini banyak berlaku sebelum sejarah lagi.

Sesetengah ahli-ahli gempa bumi menggunakan gempa bumi yang telah berlaku itu untuk membuat penyiasatan mengenai isi bumi, sebagaimana ahli-ahli sains di hospital mengguna sinar  X atau X-rays untuk membuat pemeriksaan ke atas badan manusia.

Gempa Bumi Besar

Sejak tahun 526 ada berbagai-bagai kejadian gempa bumi yang besar yang telah berlaku dan banyak membinasakan harta benda dan mengorbankan jiwa manusia, antaranya ialah:

-21 Mei, 526 gempa bumi berlaku di Antioch, Turkey, kemudian Empayar Byzantine, dikenali dengan nama Gempa Bumi Antioch menelan korban seramai 240,000 orang.

-Pada 22 Disember, 856 gempa bumi beraku di Damghan, Iran dikenali dengan nama Gempa Bumi Damghan dijangka menelan korban seramai 200, 000 orang.

-Pada 22 Mac 893 , gempa bumi di Ardabil, Iran yang dikenali dengan nama Gempa Bumi Ardabil, menelan korban dianggarkan kira-kira seramai 150,000 orang.

-Pada 11 Oktober 1138, gempa bumi berlaku di Aleppo Syria yang dikenali dengan nama Gempa Bumi Aleppo dijangka menelan korban seramai 230,000 orang.

-23 Januari, 1556 gempa bumi di Shaanxi, Cina yang terkenal dengan nama Gempa Bumi Shaanxi yang dianggar telah menelan mengorbankan seramai 820,000 hingga 830,000 jiwa.,

-Pada 31 Disember 1703, gempa bumi berlaku di Edo, Jepun dan dikenali dengan nama Gempa Bumi Genroku, menelan korban seramai 108, 800 orang.

-Pada 1 November 1755 n gempa bumi besar telah berlaku di Lisbon, Portugal dan dikenali dengan nama Gempa Bumi Lisbon di mana dalam masa tiga jam sahaja telah merosakbinasakan seluruh bandar itu. Kira-kira 15,000 bangunan telah binasa, dan seramai 10, 000 hingga 100, 000 orang telah terbunuh, termasuk yang terbunuh di Morocco dan Spanyol.  Gegarannya telah berlaku di tempat-tempat yang sejauh 1, 000 batu daripada Lisbon. Gempa bumi ini juga telah mencetuskan tsunami besar.

-Dalam tahun 1891 berlaku gempa bumi di Mino dan Owari Jepun. Dalam gempa bumi itu seramai 7,500 orang telah terbunuh dan 200,000 buah bangunan telah binasa.

-Dalam tahun 1906 gempa bumi telah melanda Sanfrincesco yang menyebabkan buminya telah terbelah sedalam 21 kaki, dan membunuh seramai lebih dari 700,000 orang dan harta benda yang rosak pula bernilai kira-kira RM450,000.

-Pada 28 Disember, 1908, gempa bumi berlaku di Messina, Italy yang dikenali dengan nama Gempa Bumi Messina, menelan korban seramai 123,000 orang.

-Pada 16, Disember 1920 gempa bumi berlaku di Ningxia-Gangsu, Cina yang dikenali dengan nama Gempa Bumi Haiyuan, menelan korban seramai 273, 400 orang.

-Pada 1 September, 1923 gempa bumi berlaku di wilayah Kanto, Jepun dan dikenali dengan nama Gempa Bumi Great Kanto. Gempa bumi yang paling banyak menelan korban dalam sejarah Jepun sehingga itu, di mana seramai 150,000 orang telah terkorban. Di samping pula sebanyak 447, 000 buah rumah telah musnah.

Gempa bumi itu selain menimpakan kemusnahan besar di wilayan Kantok, ia juga turut membinasakan bandar Tokyo, dan pelabuhan Yokohama. Kerana begitu banyak menelan korban, kerajaan Jepun setiap tahun merayakan ulang tahun gempa bumi tersebut pada setiap 1 September sebagai hari “Disaster Prevention Day”.

-Pada 1 September 1923,  gempa bumi telah berlaku di Yokohama Jepun. Dalam masa satu minit sahaja gempa bumi itu telah membunuh seramai 140, 000 orang dan membinasakan seluruh bandar Yokohama dan sebahagian daripada bandar Tokyo. Harta benda yang musnah dalam gempa bumi itu bernilai sebanyak RM2,500,000.

-Pada 24 Januari 1934, gempa bumi telah berlaku di Chile, telah memusnahkan kawasan seluas kira-kira 50,000 batu persegi dan mengorbankan seramai 30,000 jiwa
 
-Pada 31 Mei 1935 gempa bumi berlaku di Qutta, India di mana kira-kira seramai 50,000 orang telah terbunuh

.-Pada 6 Okober 1948 gempa bumi berlaku di Ashgabat, Turkmenistan yang dikenali dengan nama Gepa Bumi Ashgabat menelan korban seramai 110,000 orang.

-Pada 24 Januari 1939, gempa bumi berlaku di Chillan, Chile yang telah mengorbankan seramai 28, 000 orang.

-Pada 26 Disember 1939, gempa bumi telah berlaku di Wilayah Erzincan, Turki yang telah mengorbankan seramai 33, 000 orang. Selurh bandar Erzincan habis musnah, dan terpaksa ditinggalkan, dan sebagai gantinya sebuah bandar baru telah dibina arah ke utara Erzincan.

-Pada 5 Ogos 1949 gempa bumi berlaku di Ecuador telah membinasakan sebanyak 50 buah bandar dan membunuh seramai kira-kira 6,000 orang.

-15 Ogos 1950, gempa bumi yang kedua kuatnya telah berlaku di India, membinasakan bumi Assam seluas 30,000 batu persegi dan seramai 30,000 orang dipercayai telah terbunuh.

-2 Julai 1957, gempa bumi berlaku di utara Iran, seramai 1,000 orang telah terbunuh dan 5,000 orang telah tercedera serta seramai 10,000 orang telah kehilangan rumah tangga.

 


-Pada 29 Febuari 1960 gempa bumi telah berlaku di Barat Daya Pesisiran Pantai Atlantik di Maghribi yang telah memusnahkan keseluruhan bandar Agadir dan mengorban kira-kira seramai 12, 000 orang.

-Pada 28 Mac 1966, gempa bumi telah berlaku di Tenggara Chile selama 90 detik yang  telah menimpakan kerosakan besar. Lebih dari 400 orang telah terbunuh dalam petaka tersebut dan seramai 250,000 orang lagi telah kehilangan rumah tangga.

-Pada 23 Disember 1972, Sabtu, gempa bumi telah melanda negara Nicaragua, Amerika Tengah. Ibu negaranya, Managua telah hancur lebur, dan demikian juga bandar-bandar yang berhampirannya telah musnah. Kerosakan besar telah menimpa kawasan penempatan penduduk. Dalam gempa bumi itu seramai 5, 000 orang telah terkorban, 20, 000 orang telah tercedera dan lebih dariada 250, 000 orang telah kerhilangan rumah tangga.

-Pada 4 Febuari 1976, gempa bumi telah berlaku di Guatemala yang telah mengorbankan seramai 22, 778 orang, dan ribuan orang tercedera. Semua bangunan telah musnah, dan ribuan telah kehilangan rumah tangga dalam gempa bumi yang menimpakan kerosakan besar itu, termasuk kemudahan awamnya, seperti bekalan elektrik, bekalan air dan sebagainya.

-Pada 28 Julai 1976, gempa bumi berlaku di Hebei, China yang dikenali dengan nama Gempa Bumi Tangshan, menelan korban seramai 242,769 orang.

-Pada 16 September 1978, gempa bumi telah berlaku di Timur Laut Iran yang mengorbankan seramai 25, 000 orang.

-Pada 19 September 1985, gempa bumi telah berlaku di Mexico Tengah yang telah mengorban seramai 9, 500 orang.

-Pada 17 Disember 1988, gempa bumi telah berlaku di Barat Laut Armenia yang menelan korban seramai 25, 000 orang.

-Pada 21 Jun 1990, gempa bumi telah berlaku di Barat Laut Iran yang telah menelan korban seramai 50, 000 orang dan 60, 000 orang telah mendapat kecederaan.

Seluruh bandar-bandar Rudbar, Manjil dan Lushan musnah. Di samping itu 700 buah kampung hancur, dan lebih dari 300 buah kampung lagi terlibat dalam gempa bumi tersebut, 100, 000 buah rosak, dan 500, 000 orang kehilangan rumahtangga.

-Pada 17 Januari 1995, gempa bumi telah berlaku di Kobe, Jepun yang telah mengorbankan seramai 6, 000 orang.

-30 Mei 1998, gempa bumi telah berlaku di Utara Afghanistan dan Tajikistan yang telah mengorbankan seramai 5, 000 orang.

-Pada 17 Ogos 1999, gempa bumi telah berlaku di Barat Turkey yang telah mengorban seramai 17, 000 orang.

-Pada 21 September 1999, gempa bumi telah berlaku di Taiwan yang mengorbankan seramai 2, 400 orang.

-Pada 26 Januari 2001, gempa bumi berlaku di India yang mengorbankan seramai 2, 500 orang. Namun begitu ada pehak yang berpendapat seramai 13, 000 orang telah terkorban.

-Pada 21 Mei 2002, gempa bumi berlaku di Utara Afghanistan yang menyebabkan lebih dari 1,000 orang telah terkorban.

-Pada 26 Disember 2003, gempa bumi telah berlaku di Bam, di sebelah Barat Daya Iran yang menyebabkan seramai 41, 000 orang telah terkorban.

-Pada 26 Disember 2004, gempa bumi berlaku di Lautan Hindi yang menyebabkan tsunami dan melibatkan banyak negara di dunia, termasuk Selatan Asia, Sumatera Utara, Thailand,  Malaysia dan sebagainya. Gempa bumi ini yang keempat tersebsar selepas tahun 1900.dan paling kuat dalam abad 20, di mana seramai 182, 340 terkorban, 108, 000 orang hilang dan seramai 1.5 hingga 2 juta kehilangan tempat kediaman di berbagai-bagai negara yang terlibat dalan gempa bumi itu..

-Pada 27 Mei 2006 gempa bumi melanda Yogyakrta, Indonesia selama  57 saat mengorban lebih dari 6,500 orang.

-12 Januari, 2010, gempa di Haiti yang dikenali dengan nama Gempa Bumi Haiti dianggar menelan korban serbanyak 50,000 hingga 92,000, orang,.

-Pada 11 Mac 2011 berlaku gempa bumi di di luar pesisir Tohoku di Lautan Pasifik, Jepun. Gempa bumi yang palingng kuat pernha menimpa Jepun, dan gempa yang paling kuat berlaku di dunia sejak tahun 1900. Gempa bumi ini juga menyebabkan berlakunya tsunami.

Akibat gempat yang kuat Pulau Honashu telah terganjak 2.4 meter dk arah Timur, dan bumi pula condong pada paksinya 10 cm hingga 25 cm.
Seramai 15, 846 orang telah terkorban, seramai 6, 011 orang tercedra dan seramai 3, 339 orang lagi telah hilang. Sebanyak 125, 000 buah telah rosak dan binsa, termasuk berbagai-bagai kemudahan awam, seperti jalan raya, jalan kereta api, empangan dan sebagainya telah binasa dalam gempa bumi itu.

Kebaikan Gempa Bumi

Walaupun sejauh yang kita ketahui kejadian gempa bumi itu biasanya membawa kebinasaan dan menimpakan kemusnahan kepada alam dan manusia, tapit tidak juga dapat dinadikan gempa bumi membawa nikmat dan kebaikan alam dan manusia.

Cubalah perhatikan! Di dalam sesuatu kejadian gempa bumi yang besar selalunya membawa sejenis bahan yang dipanggil larva ke kawasan yang terbabit. Mengikut kajian pula larva ini mengandungi baja yang dapat menyuburkan tanah-tanah di kawasan tersebut, dan tanah-tanah yang subur ini tentunya pula amat berguna untuk pertanian dan perternakan.

Dalam sesuatu kejadian gempa bumi itu akan terhampur keluar berbagai-bagai jenis bahan-bahan galian daripada perut bumi yang berguna kepada manusia.

Sementara itu ahli-ahli kaji bumi juga mendapat manfaat daripada batu-batan yang termuntah keluar dari perut bumi ketika belakunya gempa bumi itu. Kajian ke atas batu-batan itu dapat membuka rahsia kandungan di dalam batu-batan itu dan juga usianya, maka dengan itu bererti dapat membuka rahsia bumi atau alam ini.

Sebagai Peringatan

Walau bagaimanapun kepada orang-orang yang beriman kejadian gempa bumi adalah merupakan sebahagian daripada cara-cara Allah memberi ujian dan peringatan kepada umat manusia, sejauh manakah mereka beriman dan bertakwa keapda Allah S.W.T.

Allah Yang Maha Berkuasa menggunakan fenomena alam seperti gempa bumi sebagai perinatan kepada manusia supaya sentiasa mentauhidkan Allah, mengingati kebesaran-Nya, keagungan-Nya, kemuliaan-Nya, bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, sedangkan manusia kelihatan kian menjauh dari Allah, dengan sewenang-wsenangnya bukan sahaja menyingkirkan hukum-hukum Allah, malah senafas itu juga menghinanya sebagai hukuman yang lapuk dan tidak adil dan berbagai-bagai cercaan lagi. Maka sebagai peringatan, Allah turunkan gempa bumi, ribut taufan, banjir besar, tanah runtuh, gunung berpai meletus, kebakaran, kebus tebal menutupi bumi dan sebagainya lagi mengikut ketentuan Allah yang menimpakan kemusnahan ke atas harta benda dan juga jiwa raga manusia.

Kepada mereka yang beriman semua fenomena alam itu menambahkan keimanan mereka kepada Allah, menguatkan lagi takwa mereka kepada Allah, kepada mereka tiada tuhan lain melaikan Allah. Tapi kepada mereka yang ingkar, angkuh dan seombong, tidak beriman fenomena alam yang dasyat itu tidak dapat menjernihkan hati mereka, tidak memberi bekas kepada jiwa mereka, dan kepada mereka semua kejadian itu adalah merupakan sebahagian daripada proses yang berlaku dalam alam semulajadi, tidak  ada mengena dengan Allah SWT. Sudah sesat, maka bertambahlah kesesatannya.

Allah berfirman, maksudnya: “Dan jika Kami hendak membinasakan sesuatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu [supaya mentaati Allah], tetapi apabila mereka melakukan penderhakaan di dalam negeri itu, maka sudah sepatutnya berlaku terhadapnya perkataan [hukuman Kami]. Kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya”. Al-Isra’: 17.

Dan, “Tidak ada satu negeri pun [yang derhaka penduduknya], melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab [penduduknya]  dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis dalam Kitab [Lauh Mahfuz]”.Al-Isra’:58.

Tidak ada sesiapa pun, tidak aada suatu bangsa pun yang mampu untuk menentang segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Allah kata jadi, maka jadilah. Janji Allah itu tetap benar.

Dan ada lagi peristiwa yang lebih dasyat dari gempa bumi, sebagaimana dijanjikan oleh Allah untuk mengakhiri dunia yang fana ini dalam menuju keabadiannya, iaitu hari kiamat yang pasti akan tiba, bila sampai ketentuannya yang telah ditetapkan oleh Allah. “Hari kiamat. Apakah hari kiamat itu? Dan tahukah kamu apakah hari kiamat itu? Pada hari itu manusia seperti kupu-kupu yang berterbangan. Dan gunung-gunung seperti bulu dihambr-hamburkan”. Al-Qari’ah:1-5.

Di samping itu ada ada beberapa buah Hadis yang member peringatan mengenai gempa bumi yang menggambarkan salah satu daripada tanda-tanda kiamat telah hampir.

Dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak berlaku kiamat sehinggalah terjadinya perang antara dua kelompok besar yang menyebabkan kematian yang amat banyak, sedangkan seruan mereka adalah sama [yakni dalam menegak keadilan, dan dikatakan telah terjadi perang tersebut antara Sayidina Ali dan Mu’awiyah]…….dan terjadi banyak gempa bumi…”. Sahih al-Bukhari & Muslim.

Dari Salamah bun Nufail al-Sakkuni katanya, “Kami pernah duduk bersama Rasulullah SAW, lalu seseorang bertanya, “Ya Rasulullah, apakah tuan pernah diberi makanan dari langit?.....di akhirnya Baginda SAW bersabda, “…….Dan sebelum kiamat terjadi kematian yang dasyat dan sesudahnya pula berlaku tahun-tahun gempa bumi”. Ahmad al-Darimi, al-Tabarani, al-Bazzar, Abu Ya’ala, Ibn Hibban & al-Hakim, Hadis sahih.

Dan dari Abdullah ibn Hawalah RA katanya, “Rasulullah SAW pernah mengutus kami kepada penduduk sekitar Madinah dengan berjalan kaki…. Di akhirnya kata beliau: “Kemudian Baginda meletak tangannya di kepalaku, kemudian bersabda: “Ya Ibnu Hawalah, jika kamu melihat khilafah telah turun di Bumi Suci [yakni Syam dan telah pun berlaku di zaman Mau’awiyah tahun 40H], maka sesungguhnya telah hampirlah gempa bumi, bala bencana dan perkara-perkara besar, dan kiamat pada hari itu lebih hampir kepada manusia berbanding hampirnya tanganku ini dari kepalamu”. Ahmad, Abu Daud & al-Hakim, Hadis sahih.

                                                                                   

















































Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP