Lebih Teliti, Lebih Sensitif, Lebih Baik...

Semua makanan adalah harus selagi mana sesuatu makanan itu disahkan haram oleh syarak seperti mana yang diterangkan dalam kalamullah, iaitu Al-Quran. Mutakhir ini semakin rancak industri makanan ini dipelopori oleh individu atau komuniti muslim yang saya kira sudah semakin celik dengan apa yang kita kunyah untuk mengisi perut yang lapar, ataupun apa sahaja makanan yang diberikan kepada anak-anak atau orang-orang yang disayangi. Wajah Di Sebalik Logo Usah mudah sangat diperdaya dengan sesuatu makanan yang apabila diperiksa mengandungi logo HALAL. Asalkan ada logo HALAL, semacam ada lesen untuk kita terus membelinya. Cuba latih diri sendiri, tidak kiralah sama ada anda seorang suami mahu pun isteri, hatta seorang anak, sebelum membeli barangan makanan kegemaran kita, periksa dahulu status HALALnya dengan JAKIM. Sangat mudah, hanya dengan sms, anda akan terus mendapatkan statusnya dari JAKIM dalam masa tidak sampai satu minit (kalau tiada masalah sistem). Bagaimana menghantar SMS Halal M...