Petua Tangani Stress Di Rumah
Terkadang sabar kita diuji dengan kenakalan anak-anak kecil yang ghairah meneroka alam kanak-kanaknya menuju alam yang lebih matang. Sewajarnya kitalah yang patut mencontohi kesungguhan mereka dalam menerokai alamnya. Kita jualah yang patut memandu arah mereka dalam penerokaan mereka yang sangat bermakna dan menatijahkan sesuatu pelajaran dalam bentuk pengalaman yang tidak dapat diperolehi dengan akad jual beli. 1. Ubah Paradigma Seharusnya kita wajib mensyukuri kerana kita ini dikurniakan anak-anak sebagai penyejuk mata. Mereka ibarat bunga dalam rumahtangga, gelak tawa mereka menjadi penawar hati yang lara dan gulana. Kebiasaannya anak-anak yang nakal dan aktif di usia kecilnya bakal menggegarkan dunia dengan menjadi hamba Allah yang hebat dan bijaksana, insyaAllah dengan berbekalkan guru dan qudwah yang terbaik di sekitaran kehidupannya. 2. Amalan Yang Tidak Patut Ditinggalkan Amalan membaca fatihah iaitu ubat segala penyakit, ayatul Kursi penawar dalam menghalau syaitan (Ummu Syi...