UKM melalui Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP) UKM telah bertindak pantas di atas aduan, dan respons PMUKM dan pelajar lain mengenai jalanraya yang rosak teruk, membahayakan dan agak kritikal yang telah menyebabkan sekurang-kurangnya dua kemalangan mengakibatkan kecederaan di belakang Pusanika. Alhamdulillah, pada petang ini, JPP UKM bersama kontraktor yang bertanggungjawab telah menurap jalanraya yang berlubang di belakang Pusanika, dan jalan dari Pavillion menuju ke Kelab Golf Danau.
Wakil PMUKM, saudara Rasydan (Exco Prasarana, Keselamatan, dan Pengangkutan), saudara Yudha (Exco Keusahawanan) dan saudari Siti Nur Hana (Exco Informasi dan Penerbitan) telah hadir ke tempat kejadian dan menemu bual dua kakitangan dari JPP, En. Shahrizan, dan En. Saiful.
' Pihak JPP akan melakukan penambahbaikan, dan penurapan jalan secara berperingkat. Hal ini kerana, dana yang ada tidak mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan. Kami perlu menyimpan dana, untuk membuat penambahbaikan yang melibatkan perkara-perkaraurgentseperti dalam kes ini.', katanya. Tambahnya lagi, 'Pihak JPP akan mengutamakan keadaan-keadaan kritikal terlebih dahulu untuk dibuat penambahbaikan.'
Apabila ditanya mengenai cadangan PMUKM untuk menambahspeed tabledi depan Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), En. Saiful membalas, ' Setiapspeed tableyang ingin dibuat perlu dilihat keadaan, dan kesesuaiannya. Kami sudah menerima surat, dan cadangan dari PMUKM, cuma kita akan lihat semula surat tersebut.'
Pihak PMUKM melalui saudara Rasydan (Exco Prasarana, Keselamatan dan Pengangkutan) juga ada bertanyakan mengenai status alur ilmu, dimana alur ilmu kini telah dipenuhi lumpur-lumpur yang tebal, semak samun, dan tumbuh-tumbuhan liar melata, yang menyebabkan alur ilmu berbau busuk, dan tidak lagi indah. En. Shahrizan menjawab, 'Mengenai alur ilmu, pihak JPP kini telah pun menyiapkan kontrak, dan kini, sudah berada di Bendahari UKM untuk dibuka tendernya. Memerlukan sedikit masa, dan kos yang banyak untuk memulihara alur ilmu ini.'
InsyaAllah, pihak PMUKM akan cuba sedaya upaya memperjuangkan kebajikan, keperluan, dan keselamatan mahasiswa/i UKM. Pihak PMUKM juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Shahrizan, dan En. Saiful yang begitu mesra, dan peramah dan bersikap terbuka dalam menjawab segala persoalan dari pihak PMUKM.
Ucapan jutaan terima kasih juga buat JABATAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN (JPP) atas keprihatinan, kepekaan, dan tindak balas yang pantas dalam memastikan keselamatan, dan kebajikan pelajar terjaga. Terima kasih.
Sebelum penambahbaikan :
Hujan menambahkan lagi kerosakan jalan
Inisiatif JPP untuk menutup terlebih dahulu jalan yang rosak ini.
Penambahan pasir dan tanah untuk penambahbaikan jangka pendek.
Semasa penambahbaikan :
Pekerja kontrak membuat penambahbaikan jalan
Meratakan jalan
Saudara Rasydan dan En. Shahrizan
Saudara Yudha, Rasydan, dan En. Shahrizan
Membaiki jalan yang rosak dan kritikal
Suara Anda, Suara Kami. Kebajikan Anda, Kebajikan Kita Bersama!
Empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), jurusan Sains Politik bakal dibicarakan pada 2 dan 3 Jun ini di Mahkamah Universiti. Merekabakal dikenakan tindakan di bawah Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU), pindaan 2008, yang secara jelas melarang kesemua pelajar IPTA, kecuali UIAM dan UITM menyertai, ataumemberi sokongankepada mana-mana parti politik, atau mana-mana pertubuhan, badan, atau kumpulan yang menyalahi undang-undang. Tindakan mereka yang mengecam Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) umumnya, dan UKM, khususnya adalah tidak wajar dan menunjukkan ketidak matangan mereka. Tuntutan mereka yang meminta UKM menarik balik dakwaan juga merupakantuntutan yang tidak berasas. Pada hemat saya, mereka sepatutnya menghadiri prosiding dan perbicaraan dahulu dan memberi kerjasama yang baik sepanjang perbicaraan. Tindakan menghantar referendum, memorandumdan membuat petisyen yang mendesak dan terlalu agresif itu, bakal mengeruhkan keadaan lagi.
Bercakap soal AUKU. AUKU telah pun dipinda pada tahun 2008. Pindaanyang jelas melarang pelajar menyertai mana-mana parti politik, saya lihat lebih banyak kebaikan dari keburukan. AUKU ini tidaklah menyekat dan menghalang mana-mana pelajar dari kegiatan berpersatuan, apatah lagi membina kemahiran insaniah seperti yang digembar gemburkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. AUKU pindaan 2008 telah memberikan kebebasan berpersatuan kepada pelajar, dimana-mana ianya membenarkan pelajar universiti menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan sama ada atau ianya ditubuhkan dibawah mana-mana undang-undang bertulis sama ada ia di dalam atau di luar universiti,dan sama ada ia di dalam atau luar Malaysia, kecuali parti politik, sama ada di dalam atau luar negara, pertubuhan, badan atau kumpulan yang dikenalpasti oleh menteri sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti.
Larangan politik keatas pelajar dapat dilihat kebaikannya melalui beberapa perkara berikut. Pertamanya, penglibatan pelajar secara aktif dalam politik akan mewujudkan polarisasi kaum, ideologi dan agama dalam kalangan pelajar. Lebih membimbangkan apabila universiti yang sepatutnya aman dan tenang dan sesuai untuk belajar, menjadi tidak kondusif akibat daripada pergerakkan politik yang kadangkala, bahkan sepanjang masa mempunyai percangahan ideologi, visi, dan misi perjuangan.
Keduanya ianya mengelakkan pelajar terpengaruh dengan mana-mana parti politik yang boleh mempengaruhi keutamaan pelajar untuk menuntut ilmu. Apakah perasaan ibu bapa yang berniat melihat kejayaan anaknya dalam pelajaran, tiba-tiba ditangkap dan dihukum buang daripada universiti? Saya pasti, menitik air mata ibu, berkecai harapan dan impian bapa, apabila anakmereka didakwa dan dihukum sedemikian. Matlamat, harapan, dan impian ibu bapa juga perlu diberi perhatian, kerana syurga itu dibawah telapak kaki ibu.
Pelajar universiti telah menerima hampir 90% subsidi pendidikan daripada peruntukan kewangan kerajaan. Maka, sudah pasti, kerajaan mengharapkan pelajar tersebut memberi sepenuhnya tumpuan kepada pelajaran, dalam usaha untuk membantu meningkatkan mutu dan taraf hidup, dan seterusnya menaikkan lagi nama Malaysia di persada dunia.
Berkenaan kenyataan keempat-empat tertuduh ingin membuat kerja lapangan di Hulu Selangor, saya fikir, tiadasebarangmasalah dan halangan untuk mereka membuatsedemikian untuk kajian ilmiah mereka, sekiranya, mereka mendapat kebenaran bertulis daripada pensyarah, dan di sokong oleh Prof. Dato’. Dr. Mohammad Abdul Razak, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM. Pekelilinguniversiti telah pun dikeluarkan , dimana intipatinya melarang mana-mana pelajar terlibat atau menunjukan simpati dan sokongan pada mana-mana parti politik, tidak hanya menjurus kepada sebahagian parti politik sahaja. Sebagai seorang pelajar yang boleh dikatakan membawa imej dan nama UKM, saya fikir, kita perlu mematuhi peraturan-peraturan universiti, apatah lagi, larangan TNC HEPA yang merupakan “ayah”kepada kita di bumi UKM.
Jadi, saya berharap agar isu ini tidak diperbesarkan dan menjadi agenda atau isu kepada mana-mana parti politik. Kepada pelajar yang terbabit, Ismail Aminuddin, Hilman Idham , Woon king Chai, dan Azlin Shafina Adzha, saya berharap agar anda semua tenang dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang perbicaraan. Pihak PMUKM akan membantu sebaik mungkin untuk melindungi dan memperjuangkan kebajikan anda. Jangan turuti hati,perasaan dan nafsu amarah kerana kelak, ia bakal menyusahkan anda dan orang-orangdisekeliling anda. Gunalah akal ciptaan Ilahi sebaiknya. Sesungguhnya, akal yang baik menunjukanda seorang yang bijaksana, professional, dan yang paling penting, MATANG.
Pada 12 Mei yang lepas PMUKM telah membuat satu kunjungan mesra ke Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP). Untuk pengetahuan semua, JPP merupakan 1 unit pentadbiran yang terdapat di UKM yang bertanggunjawab terhahap pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur UKM.
Dalam kunjungan mesra tersebut, beberapa perkara telah diajukan dari pihak PMUKM kepada pihak JPP. Barisan PMUKM melontar aduan seperti mana yang telah diterima daripada mahsiswa/i UKM.
Antara perkara yang difokuskan, pembangunan di kolej-kolej kediaman. Dimana ketiadaan "grill" atau gerigi tingkap yang memudahkan pencerobohan masuk ke dalam blok-blok pelajar.
Turut dicadangkan agar pemasangan selak berantai di belakang pintu bilik terutama blok pelajar perempuan.
Perkara yang berikutnya mengenai kerosakan jalan. Pada hari ini, kerosakan jalan semakin menjadi-jadi dalam UKM. Justuru, PMUKM menggesa agar JPP mengambil tindakan segera terhadap perkara ini memandangkan kerosakan ini boleh mengundang kemalangan. Selain itu juga, pihak PMUKM turut memohon perhatian pihak JPP untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengenai segi tiga penghadang jalan di pintu masuk pavilion yang mana kewujudan segi tiga tersebut tidak disedari kebanyakkan pengguna jalan raya yang juga mengudang kepada kemalangan.
Masalah lampu jalan yang tidak berfungsi, dan pencahayaan lampu yang mengelirukan dan memohon penambahan lampu jalan di kawasan-kawasan yang menjadi laluan pelajar serta tempat-tempat yang berkemungkinan berlakunya kes jenayah seperti kecurian turut diketengahkan.
Kemudahan di fakulti dan kolej seperti watercooler turut dibincangkan. Dimana dalam rancangan JPP untuk menukarkan watercooler yang sedia ada kepada Dr. Sukida. Selain itu juga kerosakan tandas di fakulti mohon untuk diselenggara secara berkala.
Longgokan sampah di kolej dan fakulti tidak dikutip mengganggu laluan dan pandangan. PMUKM memohon agar CCTV berfungsi dengan lebih efisyen.
Dengan segala permasalahan yang telah dikemukakan, pihak JPP mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatian dan kerjasama pihak PMUKM atas aduan dan maklumat yang telah diberikan. Daripada pihak JPP akan mengambil tindakan segera dalam penambahbaikan infrastruktur UKM. Diharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.
17 MEI 2010, ISNIN - Dari mahasiswa kepada mahasiswa. PMUKM terus menyusun langkah dalam menyelesaikan masalah mahasiswa. Aduan demi aduan telah PMUKM terima mengenai ketidakpuasan hati mahasiswa/i UKM dengan Jabatan Bendahari. Rentetan daripada itu, satu pertemuan telah diatur.
Antara perkara yang telah dibangkitkan adalah mengenai pertambahan yuran dari masa ke semasa,kaedah pembayan yuran, yuran kemudahan/kolej/pengajian.
Menjawab dan respons kepada segala persoalan dan pertanyaan saudara/i mahasiswa/i UKM mengenai Yuran Aktiviti JAKSA Kolej Kediaman UKM yang dibayar sebanyak RM 100 saban sesi, di sini,PMUKM ingin memberi perincian di atas setiap ringgit yang anda bayarkan kepada pihak kolej melalui Bendahari UKM. Berikut merupakan perinciannya.
Aktiviti JAKSA : RM 30.00
Jamuan Tahunan : RM 20.00
Kebajikan : RM 10.00
T-Shirt MMP : RM 16.00
Bilik Sumber : RM 20.00
Kad Kolej : RM 4.00
JUMLAH RM 100.00
sumber : Bahagian Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari UKM.
Sehubungan itu, suka PMUKM mengingat dan menasihati rakan-rakan, saudara/i, mahasiswa/i UKM beberapa perkara.
1. Jangan membayar apa-apa yuran lain yang diminta pihak kolej, misalnya t-shirt kolej, kerana anda telah pun membayar t-shirt kolej berharga RM 16.00 yang standard, dan sama bagi semua warga kolej anda, kecuali, t-shirt program anjuran JAKSA kerana ianya merupakan cara untuk menyatakan sokongan anda kepada pimpinan JAKSA kolej kediaman anda. Jikalau betul-betul tidak berkemampuan, sila jelaskan kepada JAKSA anda.
2. Perjuangkan kebajikan anda. Anda telah membayar yuran kebajikan sebanyak RM 10.00 seorang. Justeru, jika anda dapati kebajikan anda tidak terjaga, misalnya tiada paip air, pili air rosak, tombol pintu rosak (bukan sengaja dirosakkan), lampu kalimantang terbakar, segeralah lapor kepada JAKSA Kebajikan anda, dan pihak pengurusan kolej kediaman masing-masing. Masalah air merupakan masalah utama semua Kolej Kediaman. Pihak UKM akan mengambil inisiatif untuk menangani masalah ini bermula Jun 2010.
3. Manfaatkan Bilik Sumber Kolej Kediaman anda. Anda berhak mendapat ruang untuk berada di bilik sumber kolej kediaman anda masing-masing atas bayaran RM 20.00. Jadikanlah amalan membaca, amalan rutin harian anda. Jadikan diri anda, individu yang mempunyai pemikiran luas, dan mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang. Yang penting, elakkan maksiat, dan perkara sumbang.
4. Teruskan dan sentiasa memberi sokongan kepada aktiviti-aktiviti dan program-program yang dianjurkan JAKSA Kolej Kediaman anda. RM 30.00 dan RM 20.00 masing-masing digunakan untuk setiap program anjuran mereka. Jikalau anda tidak berpuas hati dengan program mereka, jumpalah mereka, dan nyatakan lah luahan hati anda secara berhemah. Jangan memboikot. Mereka juga insan biasa. Kesilapan dan kekhilafan sentiasa berlaku pada insan lemah. Nasihati, dan berilah sokongan sepadu mungkin kepada JAKSA yang memegang amanah ini.
5. Kad Kolej yang telah anda bayar sebanyak RM 4.00 itu merupakan identiti dan bukti yang menunjukkan anda merupakan pelajar yang menetap dan menginap di kolej itu. Bawalah ia kemana sahaja atas faktor berjaga-jaga, dan keselamatan. Setiap kolej memuatkan 1000 pelajar, kecuali di Kolej Za'aba dan Kolej Keris Mas yang memuatkan sehingga 2000 pelajar dan mungkin lebih lagi. Mustahil bagi pihak pengurusan kolej, termasuk JAKSA, dan Felo untuk mengenali kesemua pelajar yang menginap di kolej itu. Berilah kerjasama sebaik mungkin kepada pihak pengurusan kolej yang menjaga kebajikan dan keselamatan anda sepanjang anda berada di kolej kediaman di bawah pengurusan mereka.
Bagi pertambahan yuran masa ke semasa berlaku disebabkan pada awal pendaftaran setiap semester hanya yuran pra pendaftaran yang akan dipotong. Yuran- yuran lain akan dipotong kemudian mengikut pengesahan yang telah pelajar buat.
Yuran kemudahan sebanyak RM 45 adalah untuk kemudahan wireless.
Sekiranya berlaku segala kesulitan atau permasalahan anda boleh membuat aduan kepada sistem aduan online atau merujuk kepada pihak yang terbabit atau terus kepada bilik PMUKM.
14 MEI 2010, KHAMIS - PMUKM terus menjalin hubungan baik dengan Jabatan-jabatan pentadbiran universiti. Terkini, kunjungan ke Wisma Aman, Bahagian Keselamatan telah diadakan. Selain merapatkan hubungan, agenda memperjuangkan kebajikan mahasiswa/i turut diutamakan. Pertemuan ini melibatkan rombongan PMUKM yang diketuai oleh saudara Harikrishnan, dan pihak Wisma Aman seramai 9 0rang yang diketuai oleh Mejar (B) Houssaini.
Perbincangan dimulakan dengan sedikit pengenalan mengenai Unit Keselamatan dan suai kenal barisan PMUKM dan kakitangan Unit Keselamatan.
Antara perkara yang menjadi topik perbincangan adalah mengenai kes kecurian yang kian menjadi-jadi di kolej-kolej kediaman, kes saman dan usaha penambaikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi warga UKM.
Untuk pengetahuan semua, Unit Keselamatan terdiri daripada 6 bahagian, iaitu
Bahagian Pentadbiran
Bahagian Operasi
Bahagian Siasatan
Bahagian Lalu Lintas
Bahagian Tindakan Khas
Bahagian Memadam Kebakaran
Berkaitan saman, Unit Keselamatan mempunyai hak dalam mengeluarkan saman kepada mereka yang tidak mematuhi undang-undang dari segi etika pemakaian kad matik ataupun lalu lintas. Unit Keselamatan juga memperingatkan kepada pelajar tahun satu agar tidak membawa kenderaan persendirian. Sehubungan itu, mahasiswa/i UKM diminta agar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan dan tatacara yang telah dibuat.
PMUKM telah pun menyuarakan suara mahasiswa/i yang membuat aduan mengenai tindakan Unit Keselamatan yang lambat, tidak cekap, dan efisien. Berikut merupakan respons Mejar Houssaini.
"kebanyakkan pelajar terus menghubungi pihak polis sekiranya berlaku kejadian seperti kecurian. Dimana dalam hal ini, Unit Keselamatan tidak mengetahui hal tersebut." Ulasnya lagi, "Unit keselamatan berperanan seperti polis untuk UKM. Mahasiswa/i perlu melaporkan apa yang berlaku terutama yang berkaitan dengan keselamatan kepada felo-felo kolej kediaman seterusnya kepada Unit Keselamatan."
"Kesedaran mengenai keselamatan perlu timbul dari dalam diri setiap individu itu sendiri, dan tidak hanya bergantung harap pada pihak keselamatan semata-mata. Cegah sebelum ianya terjadi adalah lebih baik. Menekan dan memfokuskan konsep keselamatan dari dalam ke luar, dimana keselamatan dari akar umbi dari dalam diri harus diutamakan, seterusnya berkembang kepada keselamatan sekeliling dan seterusnya ke peringkat yang lebih besar. " tambah Kapten Rafis.
"Untuk mengawal lebih kurang 15000 pelajar tidak termasuk pekerja UKM adalah tanggungjawab Wisma Aman. Untuk mengawal jumlah sebenar ini dengan kekuatan anggota dalam lingkungan 200 orang adalah tidak di luar keterbatasan sebenarnya," ulas En Shah.
" Kerjasama dari semua pihak amat diharapkan demi keselamatan dan kesejahteraan semua" ulasnya lagi.
Antara cadangan penambahbaikan ialah mewujudkan rukun tetangga disetiap kolej kediaman selain menambahbaik sistem yang sedia ada dan mengadakan kempen-kempen mewujud dan meningkatkan kesedaran.
Pihak PMUKM dan unit keselamatan menggesa agar semua mahasiswa/i UKM menyimpan no tel keselamtan dalam telefon bimbit masing-masing.
03-89214666
03-89215074
Segala aduan dan respons Keselamatan juga boleh dibuat terus kepada saudara Rasydan (Exco Prasarana, Keselamatan, dan Pengangkutan), di :-
emel : rasydanpmukm@gmail.com no. tel : 013-2509846
13 MEI 2010, KHAMIS- Barisan kepimpinan PMUKM telah diketuai oleh Saudara Harikrisnan, Naib Presiden 2 dalam satu perjumpaan bersama Unit Kenderaan yang diketuai oleh En Din Sulong, Penolong Pegawai Tadbir.
Dalam perjumpaan, En Din menerangkan 3 fungsi utama unit kenderaan iaitu
1. Perkhidmatan Pengangkutan
2. Mengurus dan menyelenggara kenderaan rasmi UKM
3. Mengurus perolehan dan pelupusan kenderaan rasmi
Berkaitan fungsi pertama, perkhidmatan pengangkutan yang disediakan adalah kepada mahasiswa/i UKM, kakitangan UKM khususnya dan pihak luar yang memerlukan perkhidmatan amnya.
Untuk pengetahuan semua, bagi pengurusan dan penyelenggaraan kenderaan dilakukan keatas:
• Bas - 24 buah
• Bas Mini/coaster - 5 buah
• Van/Mpv - 6 buah
• Lori - sebuah
• Kereta - 12 buah
• Pacuan - 12 buah
• Kereta Rasmi Jawatan - 42 buah
Objektif kualiti yang diberi penekanan oleh unit kenderaan ialah
• Sampai selamat dalam tempoh yang ditetapkan
• Peyelenggaraan mengikut jadual yang ditetapkan
Perkhidmatan bus mula beropersi pada jam 7.30 pagi yang bermula dari stesen masing-masing sehingga jam 11 malam. Sekiranya perkhidmatan bas pada masa-masa yang telah dinyatakan gagal dipenuhi, mahasiswa/i bolehlah membuat aduan bertulis,sms,atau diemailkan
Saluran aduan: Surat aduan boleh di hantar ke Pejabat PMUKM (aras 3 pusanika)
Email kepada: pmukm0910@gmail.com
rasydanpmukm@gmail.com
hanapmukm@gmail.com
Talian aduan: 013-2509846 (Rasydan Exco Prasarana, Keselamatan, dan Pengangkutan)
03 – 89214333 (En Din Sulong)
Masalah mengenai kerosakan tempat duduk dan asap bas yang tebal turut diutarakan. Selain masalah tentang kelewatan bas pada masa dan destinasi yang sepatutnya serta bas yang sama serentak sampai pada masa dan destinasi yang sama.
Respons dari permasalah ini, En Din Sulong menyatakan pihaknya akan mengambil tindakan terhadap kerosakan dan melakukan penyelanggeraan yang lebih terhadap bas yang mengeluarkan asap bas yang tebal. Mahasiswa/i turut boleh membantu dengan melaporkan no. pendaftaran bas yang mengeluarkan asap tebal kepada saluran aduan diatas bagi mengatasi masalah ini.
“Mengenai kelewatan, bas akan ke destinasinya sebuah setiap setengah jam. Mungkin pelajar ketinggalan bas, tetapi mendakwa bas lewat.” Terang En Din.
Soalan diajukan lagi berkaitan bas yang sama datang serentak pada waktu yang sama dan tempat yang sama. Tapi bila bas diperlukan sebuah pun tidak kelihatan.
“Sebenarnya,bas akan bergerak serentak pada waktu yang sama dari stesen yang berlainan dan menuju ke destinasi yang sama. Mungkin di sini pergerakan bas seolah-oalh serentak”. Jawabnya lagi
Berkaitan dengan etika pemandu turut dipersoal. Justeru, semua pihak perlu mendapatkan nama, atau sekurang-kurangnya no. pendaftaran kenderaan untuk melaporkan jika ada pemandu yang bersikap kasar, dan tidak mesra pelajar.
Untuk perhatian, mahasiswa/i yang ingin menempah sebarang kenderaan rasmi UKM untuk tujuan rasmi, perlu mendapat kelulusan program terlebih dahulu daripada Pusat Perkembangan Pelajar (PPP), dan seterusnya perlu mendapatkan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) bagi sebarang tempahan kenderaan.
Untuk tempahan berat/bas/lori/van boleh berhubung dengan
En Izham 03-89213292
Manakala untuk tempahan kecil
Puan Siti Balkish 03-89215325
Tempahan kenderaan perlu dilakukan seminggu sebelum tarikh penggunaan. Pembatalan tempahan kenderaan boleh dibuat sehari sebelum tarikh penggunaan. Pembatalan perlu disertakan bersama surat pembatalan yang disahkan oleh JPPel.
Perkhidmatan bas semester 3 akan beroperasi sehingga 25 Jun 2010.
Konsert DiRaja UKM 2010, sempena Ulang Tahun Ke-40 UKM ini dilaksanakan sebagai tanda penghargaan seluruh warga Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Canselor, dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, dan DYMM Raja-raja Melayu yang tidak ternilai dek emas dan permata.
Konsert ini menggabungkan lebih 60 orang pemuzik yang terdiri dari kakitangan, pelajar-pelajar UKM dari Ijazah, Sarjana hingga ke peringkat Doktor Falsafah, dan Alumni UKM yang merupakan Ahli Bersekutu bagi kumpulan yang amat hebat, iaitu Kumpulan Orkestra UKM.
Lagu-lagu yang dipilih untuk dipersembahkan, telah digubah semula muziknya oleh Mohamad Adzan Mohd Fadzil, Pegawai Kebudayaan di Pusat Kebudayaan UKM. Dato' Johari Salleh yang merupakan tokoh muzik terkenal tanahair, yang juga merangkap Felo Kanan, Bahagian Kokurikulum, Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) UKM, turut terlibat dalam persembahan orkestra, dimana beliau menjadi konduktor. Persembahan orkestra ini turut diserikan dengan penglibatan kumpulan tarian ARTISUKMA dan nyanyian oleh dua artis undangan yang terkemuka, iaitu Aishah, dan Roy.
Konsert kali ini menjadi bertambah menarik, apabila anakanda DYMM Tuanku Canselor, YAM Tunku Zain Al-Abidin ibni Tuanku Muhriz, mempersembahkan Persembahan Piano Solo yang dialunkan dengan merdu sekali. Anak kepada Datuk Seri Malek Radzuan, Mohd Hajizzam Datuk Seri Malek Ridzuan, turut terlibat dalam penganjuran Konsert DiRaja UKM 2010, apabila menyanyikan lagu Ku Cari Damai Di Hati, sebelum berduet dengan Nur Suhaida Mat Harun dengan mendendangkan lagu Doa Buat Kekasih. Nur Suhaida sebelum itu menyanyikan lagu Ayat-ayat Cinta yang dipopularkan oleh Rossa.
Sesungguhnya penganjuran konsert ini merupakan satu usaha UKM dalam mempertingkatkan dan memartabatkan seni persembahan Orkestra yang unggul dengan menerapkan daya apresiasi muzik secara ilmiah dan menggalakkan integrasi para pemuzik.
1. Asas rekaan logo sambutan ke-40 tahun UKM adalah bermotifkan Bunga Raya. Ia dipilih kerana Bunga Raya sebagai BUNGA KEBANGSAAN selaras usaha UKM dalam memartabatkan keperibadian bangsa. Tiga kolopak yang berwarna merah melambangkan tiga komponen penting, iaitu, visi, misai dan falsafah UKM yang menjadi teras dalam menjana wawasan 2020. Ia juga mencerminkan UKM sebagai pusat kecemerlangan berorientasikan penyelidikan yang terus maju ke arah menjadi sebuah universiti yang cemerlang, gemilang, dan terbilang di rantau ini, dan persada antarabangsa.
2. Angka 40 pula merujuk kepada ulangtahun ke-40 tahun penubuhan UKM (1970-2010). Penggunaan warna merah pada angka 40 menggambarkan semangat, kesediaan, dan keupayaan UKM dalam menujah transformasinya sebagai UNIVERSITI PENYELIDIKAN yang ulung dan unggul di negara ini. Lapan bulan yang berwarna kuning pada bahagian atas membawa maksud kecemerlangan yang dicipta bersama-sama lapan tujahan (niche) UKM sebagai hala tuju universiti. Niche yang dirujuk adalah
i) Jati Diri Kebangsaan, Negara Bangsa, Kepelbagaian Budaya, dan Globalisasi ii) Pembangunan Lestari Wilayah iii) Tenaga Keterbaharuan iv) Teknologi Kesihatan dan Perubatan v) Perubahan Iklim vi) Nanteknologi dan Bahan Termaju vii) Kepelbagaian Biologi dalam pembangunan Bioteknologi viii) ICT Informatik Isian
3. Tema sambutan ke-40 tahun UKM, iaitu, 'Mengilhamkan Harapan, Mencipta Masa Depan' diletakkan bersebelahan pada angka 40 bagi menggambarkan semangat gigih, keteguhan, iltizam, serta berdaya saing, sepanjang tempoh 40 tahun usaha merealisasikan matllamat sebagai universiti penyelidikan terkehadapan.
4. Abjad UKM adalah singkatan bagi nama Universiti Kebangsaan Malaysia, penggunaan warna biru pada huruf tersebut, menggambarkan kualiti, inovatif, dan kreatif jatidiri warga UKM, daripada setiap golongan pelajar, akademia, dan pengurusan dalam membangunkan modal insan ke arah mencapai misi dan visi sebagai universiti kebangsaan yang terkemuka diperingkat global.
Hasil Ilham: KHALID HASHIM, Pusat penerbitan dan Percetakan, UKM
Pada 08 mei 2010. Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) bersama-sama 35 orang pelajar dari pelbagai jurusan telah mengikuti rombongan PMUKM ke stadium Melawati Shah Alam untuk berhimpun bersama bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan regim zionis yang secara biadap menceroboh masuk ke tanah air palestin.
sejarah pencerobohan regim zionis ini bermula apabila menerusi perjanjian balfour 1917 yang di restui oleh british untuk memberi hak kepada kaum yahudi zionis ini satu tanah di bumi palestin bagi dijadikan negara. perjanjian ini disokong penuh oleh amerika syarikat. sejarah membuktikan bahawa eropah melalui British dan Amerika Syarikat "menghalalkan" semua bentuk jajahan dan tindakan yahudi terhadap palestin.
sejak penjajahan itu yahudi berusaha seboleh mungkin untuk mengusir dan melakukan pembersihan etnik terhadap bangsa palestin. mereka mengurung rakyat palestin dengan mendirikan tembok-tembok batu dan menjadikan rakyat palestin terpenjara di bumi sendiri. penjara terbuka terbesar di dunia ini menghalang semua bentuk pertolongan kepada rakyat palestin yang memerlukan.
sebenarnya isu palestin ini menjangkaui isu keagamaan. ianya merupakan isu kemanusiaan yang wajar diperjuangkan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai hati dan perasaan tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik. tentera zionis menembak kanak-kanak dan ibu-ibu yang sememangnya tidak mampu melawan mereka hanya untuk memastikan bangsa palestin terus terkubur bersama negara mereka yang lara.
rombongan PMUKM ke Perhimpunan Perdana Palestin ini juga ingin menunjukkan bahawa warga UKM bersama-sama dalam memperjuangkan bumi palestin yang terus bermandi darah. rombogan diketuai oleh Saudara Mohd Kamal bin Ali Setiausaha Agong merangkap Exco Kerohanian PMUKM selaku Ketua Pengarah Rombongan dan turut disertai oleh Presiden PMUKM saudara Mohd Hamzah Zainul Abidin.
Pada bulan April yang lepas telah di adakan satu menyuarat Majlis Perwakilan Pelajar PMUKM bersama Pendaftar. Pihak pendaftar terdiri daripada Mejar Houssaini Abd Ghani, Ketua Pegawai Keselamatan, En Mursidi Ahamad, Penolong Pendaftar Kanan dan En Din Sulong manakala dari pihak PMUKM terdiri daripada Saudara Mohd Hamzah,Saudara Mohd Hazwan Hamidun, Saudari Nurul Hartini, Saudari Aimi Rashidah dan Saudara Daniel Wa Wai How Pada mesyuarat tersebut beberapa perkara telah di bincangkan bersama. Antaranya:
CCTV
Perkhidmatan Bas
Park and Ride
Kenderaan (INNOVA)
Keselamatan Dan Prasarana
Sukan
Dll
Untuk maklumat bersama, pihak UKM menyediakan kenderaan (INNOVA) bagi kemudahan pelajar. Sehubungan dengan itu, mana-mana pelajar yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini perlu membuat permohonan/tempah selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh diperlukan.
Untuk penunggang motosikal anda dinasihatkan untuk tidak meletakkan/parking motosikal anda secara berlapis-lapis dikawasan PTSL. Parking motosikal anda pada tempat yang betul.
Skuad PMUKM memohon kerjasama semua mahasiswa/i yang berhadapan dengan masalah di kaunter tempahan/pinjaman unit sukan seperti kaunter tutup pada waktu sepatutnya ia beroperasi dan lain-lain, Sila maklumkan kepada pihak PMUKM beserta laporan lengkap seperti masa, tempat dan siapa yang berkenaan.
Begitu juga dengan masalah bas. Sekiranya mahasiswa/i mempunyai masalah atau tidak puas hati dengan perkhidmatan bas, ambil no pendaftaran bas terbabit, masa dan tempat, maklumkan kepada PMUKM.
Bagi masalah keselamatan seperti binatang(ular) masuk dalam kolej kediaman/bilik boleh laporkan terus kepada UNIT KESELAMATAN 03- 89214666 dan juga masalah keselamatan lain seperti kecurian dan sebagainya.