Saturday, June 26, 2010

Pendaftaran Pelajar Baru Versi Poli dan UiTM

(bukan sambungan post yg lalu)

Hari Isnin yg lalu PTSS menerima kehadiran pelajar baru. Jabatan aku pepagi lagi buat mesyuarat Jabatan yang penuh dengan ......(tak kuasa nak cite)

Apa aku nak cite hari ni ialah kaedah pendaftaran pelajar yang sentiasa berubah-berubah dan memeningkan kepala..dari AJK Makanan, Pendaftaran sehinggalah ke AJK Lalu Lintas.
Sem ini aku tak terlibat secara langsung ngan pendaftaran. Koorg boleh buka Buku Program Mingggu Kenal Mesra (bhg AJK dan Jabatan aku),nama aku tertulis sebagai pensyarah di Jabatan Perdagangan. Tiada lagi sebagai MT KP (so..apala... yg angin sesangat tu org tu?)

Namun sebagai LP Koperasi, tugas pemberian brg koperasi masih tetap dan berpencen. Aku tak de heran sangat wpun big boss tak la limpas dan melimpas (Bahasa Sabah ni) depan aku bila aku buat keje ni sama wife aku, Pn Asmiza, En Zul sampai 6.30ptg. (kalau tulis ni tentula ada maknanye).

Berkenaan ngan tajuk Post ari ni aku compare ngan Uitm Arau sebab aku gak terbabit mendaftarkan anak sedara aku di sana.
Key dia (dari sudut pandangan Ibu Bapa);
1. Bagi mak pak balik cepat-cepat.
- Caranya ialah dengan memberikan terus kunci bilik di pintu masuk Kampus.(at random) semacam tol berlapis PLUS+tanda "SUDAH MENDAFTAR".
- Walaupun agak menunggu dalam kenderaan utk melepasinya tapi okla..dlm kete ada aircond daripada duduk bawah khemah putih tu..(ndak ada kipas dong apa lai aircond).
- So mak bapak terus ke bilik pelajar masing-masing. Pack brg apa-apa yg patut dan boleh terus tinggalkan anak masing2.(tak semua la buat gitu)
- Sementara packing tu, mak bapak boleh la ngisi borang2 yg patut. Dalam beberapa minit fasilitator2 yg bertugas akan meronda dan mengambil semua dokumen-dokumen yg perlu di bilik pelajar.
- Dari masa ke semasa System PA blok mengumumkan langkah-langkah yg perlu diambil oleh pelajar.

Parking dan traffic
- Memang tak dapat lari dari kesesakkan walaupun 1 arah aliran.
- Parking kat padang bola dan ragbi (sama mcm PTSS)

Berbaris.
- Yg berbaris pelajar-pelajar baru lepas mak bapak dah balik.Ammmaaan dunia.

Proses masukkan data pendaftaran dilakukan kemudian oleh HHP.
Isu:Pensyarah gak yg kena buat ke?
Aku puji cara UiTM ini, bukan kerana nostalgia aku kat UiTM ni tetapi yang elok jadikanlah panduan, yang buruk jadikanlah sempadan. buang yang keruh ambil yang jernih.

Syabas UiTM Arau.

Thursday, May 27, 2010

LAMA DAH TAK MENULIS

Lama ooo..teman tak menulis dalam blog ni. Template pun teman ambik peluang mengubah ke template yg baru (walaupun lain2 nya same je..). Teman boh gambar duit atas beberapa perkara:
a. Meraikan ulangtahun ke 2 mengajar, memarking skrip jawapan Kursus Perbankan
b. Meraikan elaun mangku tugas yang baru masuk Q8.
c. Meraikan pelepasan gas beban tugas sebagai KP yg dipegang semenjak 2004 lagi.

Sebenarnya teman lebih aktif dalam facebook sejak mutakhir ni berbanding dengan blog..maklumlah dengan 'kekuasaan' yg ada pada Nokia E66 (yg kuat makan bateri) teman beli. Ada network, ada FB, ada GPS.

Sebut pasal perkara (a)
Meeeting peperiksaan selalunya kita kan melihat,memantau,memberi laporan kepada pelajar-pelajar yg gagal. Sehinggakan ada pensyarah yang takut menggagalkan pelajar...walaupun seorang. Dulu aku pun begitu jua..tapi bila dah berkhidmat lama ni..tak la takut sangat kalau pelajar tersebut layak digagalkan (woiitt..kalau final boleh dapat 17/100..nak puch up lagi ke?)

Tapi sedarkah kita bahawa kita terlepas pandang kepada pelajar-pelajar yang dapat A's. Tak de kita melihat, memantau, memberi laporan kepada pelajar-pelajar yang dapat A's. Kenapa? Bukankah kita mengalami krisis graduan poli yg tidak perform di Universiti.(dengar kata U tempatan UTM tak nak accept pelajar poli-yg accept Kolej Universiti yg dah jadi U) Adakah mereka-mereka ini pelajar straight D's atau straight A's yg masuk ke IPTA?
Fikir-fikirkan...

Tambahan, utk org-org U: Jika pelajar poli tak perform di U, siapakah yg mengajar pelajar-pelajar poli tersebut? Bukankah bekas-bekas graduan U.

Sebut pasal perkara (b) dan (c)
Dah lama dahhh...kalau ikut kata Tun Mahathir.
Dah lama dahhh..makan duit memangku.. kalau ikut kata dot..dot..

Kena beri tahu sikit sejarah macammana aku boleh berpindah ke PTSS bagi mereka yg tak tahu ceritanya.

Aku dah 6 tahun berkhidmat di PKK Sabah. Memang dah layak dah nak balik ke kampung masa tu. Waktu isi borang aku isi i)PTM(Poli Tanjung Malim) (ii) PPP (Poli Perlis).

Kenapa aku isi PTM dulu. sebab aku nak jaga hati mak bapak aku yg suruh balik semenanjung (restu mak bapak ni penting baru hidup aman dan tenang...walaupun tak senang).
Tut..tut... KJ waktu tu Pn Faridah talipon aku di Sabah (waktu tu aku tengah meeting koperasi)..minta supaya aku mengisi jawatan ketua kursus SMD (sebab kursus dah jalan..Kursus IT yg JPG buat tak de org nak lead)

Aku talipon Mak aku mintak pendapat (kot-kot kecik ati org tua ni). Dia kat tak pa la..asalkan balik semenanjung. (aku ni dari form 4 sampai la keje tak nah duduk dekat dgn family).

So, aku memberikan persetujuan kepada Pn Faridah. Terima kasih atas kepercayaan nya kepada aku dan tak lupa gak kat promoter Ustaz Razak dan En Md Nor Yusof (ex Pengarah PPP) dan En Mustafa Omar (ex Pengarah PTSS)..yg menceritakan/mendengar yang baik-baik je kot tentang aku.

Sampai di PTSS, timbul lak situasi Peg Multimedia dan Sumber (MARO) pulak ada kekosongan. Pengarah nak aku isi MARO, kesannya Pn Faridah..meleleh air liur...(saje je bagi menarik cerite)

Hero-tak heronya aku, kedua-dua jawatan aku tolak (bagi surprise sikit) terima. Dan aku dibayar memangku jawatan MARO gred 41 waktu itu mulai 2005. Tak kan nak dapat elaun mangku sampai dua..kang org kata gila makan duit lak.(tak boleh pun kalau ikut GO). Mengajar dan Ketua Kursus SMD kat jabatan tu kira keje-keje infaq la.

banyak la pengalaman2 berguna seperti buat tender, pilih tender, nilai tender KPTM. revise kurikulum, cak..de..cak de..India dan mcm-mcm ada yg aku dapat...Ini lah kebaikkan berada di poli2 yg baru nak established...ko org boleh dapat pengalaman yg banyak...mengatasi pengalaman org bertahun2 kat poli yg dah senior2..tak caye?

2/3 tahun aku buat dua keje ni sampailah En Sahrain (amacam boss..dapat surat pindah ke) mengisi jawatan open post DH41 MARO bersama En Shamsuri. (la ni dapat sambung belajar)

Aku punya elaun memangku disambungkan ke gred DH44 Ketua Program SMD (Zaman En Malek memangku TP). Sampailah pengurusan memutuskan gred jawatan aku dipindah kepada Tuan Syed (beliau naik 44 tapi tak de jawatan 44 d unit sukan- Tn Syed sendiri dtg jumpa aku).

Rezeki Allah s.w.t Aku pun dapat naik 44 (haa..bila..ni..hee..he..makna lain ni..). Tak de la..wife aku naik 44 di LI so aku pun...dot..dot..(sehinggakan InsyaAllah bakal me...... sorang lagi)

Jadi elaun memangku disambungkan ke gred DH44 Ketua Program DPM/SMD/QPM/PPM
So itulah perjalanan hidup panjang lebar yg koorg pun tak tahu dan tak larat nak baca...

(sambung selepas sarapan....)

Friday, April 16, 2010

Tebuan bhg 2

anak-anak tebuan sedang ambik mid term nak naik jadi anak-anak tebuan tanah..



Anak-anak ketua Program Tebuan



Tebuan


Jawatan Tebuan. Ajk ke 7 dalam Biro Peralatan sarang tebuan

Anak-anak tebuan bersenam sebelum mendirikan sarang tebuan. Tebuan muda mengetuai senaman.


Anak-anak tebuan sedang bersusah payah mendirikan sarang tebuan. Air minuman, anak tebuan, mak dan cik tebuan dah bancuhkan..3 balang.

Nyaris tak reban..





Waktu kendara....dengan anak-anak tebuan, pak, mak, cik tebuan dah lari meninggalkan sarang. Tinggallah berapa kerat je..

berbaju kurung adalah anak kepada Penaung Tebuan pun kendara bersama.



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kereta Ketua Program tebuan dah masuk meter ke 100000


Ketua Program Tebuan...
dah hantar Borang HLP.
Anak-anak tebuan dulu-dulu...


Waktu Ketua Program Tebuan meninggalkan anak-anak tebuan...


Saja upload buat peringatan..

Disengat Sang Tebuan

Kekadang malas aku nak melayan, tetapi apabila ada org yang membakar sarang tebuan sebabkan marahkan sang tebuan sedangkan sang tebuan terbabit tak pun pernah, teringin,terlintas nak menyengat org terbabit. Dalam banyak-banyak tebuan..ada sang tebuan yang mengecut, ada sang tebuan yang membisu, ada sang tebuan yang buat tak tahu.
Tapi tebuan ini bukan tebuan yang suka mengecut,membisu atau buat tak tahu.

Wednesday, March 17, 2010

Cuti di KL

Kos cuti-cuti Malaysia seminggu di KL
Corus Hotel Jalan Ampang.
Hotel 2 malam RM4++. Servis kat sini OK..lokasi Strategik dgn Harga yg standard. Spoilnya aku tak bawak Kad Kerja..Kalau dak boleh mintak gov. rate. Yg bestnya internet 1 hari free.(Actually 2 hari aku bedal free). Restoran Pelita just in front of the hotel. Menara Petronas dan Ampang Point just walking distance. ok nak berjalan melainkan kalau terpaksa kena dukung anak umur 3 tahun...macam aku.
Bring along CD GOGO, Notebook, PS2 buat hiburan dalam bili. Jgn sampai bawak set karoke dah..

Room servis aku saja mintak brakefast in room menu. Walaupun harga masyaAllah..RM60 utk 2 nasik goreng special..(ada satay+Keropok+telur dadar). Nak turun kat Mac D...malas lak nak gi jalan kat Ampang Point. Tapi taste not bad.
Lunch 1 st day at Pizza Hut Suria KLCC RM70++. Tengah sedap mentekedarah..diorg nak melepas lak. Kat Pizza Hut ni tak de tandas so kena pakai tandas Suria KLCC..Ko tau jelah dengan ramai org melepasnya dan susah nak basuh "ANU". Aku pesan kat Mat Bangla yg jaga kaunter Pizza tu..."I'll be back don't clear up the table" Paham kot dia tu.


Muka mencuka sebab aku tak beri mandi. Nanti mandi je kat kolam hotel


In front of Menara Petronas.Si kecik dah mula start mintak didukung.....Nak gi Petrosains..nak naik lif pun berbaris..Malas la aku.
Aqua - tiket ya rabbiii...

Balik Hotel..Amannnnnnn...................


3 rd day Lodging di Sungai Buluh. FOC he..he..
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Saje je masuk gambar ni.


Waktu pi perasmian Malaysia Inovatif