Friday, August 28, 2015

Hiasan Kreatif(Do it Yourself)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera~

Aku suka sangat2 dengan benda2 DIY ni.Selalu tengok gambar kat Pinterest dengan Tumblr,macam2 dorang buat.Kadang2 benda2 lama yang kita rasa nak buang tu sebenarnya banyak yang boleh diubahsuai jadi baru jadi cantik  ikut kretiviti diri sendiri.Jimat duit.Bawah ni antara hiasan diy yang aku suka tengok. haha..

bola pingpong dengan lampu LED.Cantik effect dia.

..sudu2 plastik diubah jadi tempat letak barang/hiasan.cantikk nya!

botol2 kaca lama tu dicat lepastu ltk bunga... *_*

bekas letak telur pun boleh.haha

tisu punya roll.gunting2 lepastu jadi hiasan..

cd2 lama yang dah rosak(tersekat2 tu)boleh la try..haha
daripada botol plastik bertukar jadi pasu bunga kucinggg..cuteeeee kan

p/s: thanks singgah2 jenguk blog aku,yang baru follow,yang klik2 tabung.Terima kasihh!!
take care~




Saturday, August 22, 2015

Rawat Kulit Dengan Masker Yogurt!

Assalamualaikum dan selamat sejatera~



Kembali semula ke segmen skincare hehe.Kali ni nak share tentang Masker Yogurt.
Biasa Yogurt kita makan je kan.Yogurt sebenarnya mengandungi banyak nutrisi2 yang bagus untuk luaran dan dalaman kita.Antaranya:

-zinc yang baik untuk merawat kulit berjerawat/menjadikan kulit licin.
-lactic acid mengurangkan kedutan kulit dan melembabkan kulit 
-calcium yang membantu dalam penghasilan kulit baru yang lebih sihat.
-vitamin B yang bagus untuk men"glowing"kan kulit,melindungi kulit dari radikal bebas,memulihkan kulit sunburn.

Jum buat masker yogurt!

First kita perlukan yogurt.Plain yogurt.Yogurt yang original,xda perisa xda pewarna.Yang masam gilos tu.Aku pakai all natural yogurt brand Sunglo.

Kalau nak rawat kulit sunburn,kulit kering boleh try gabungan yogurt + oat macam kat bawah ni.


atau yogurt + lemon untuk cerahkan parut jerawat,sekatakan warna kulit,cerahkan kulit muka.



aku buat yang yogurt+lemon.sikit je jus lemon,xnak cair sangat takut meleleh2 jatuh kena baju.

kacau2 sebati

tempek!!!!
seeloknya baring la sekejap semasa pakai masker ni takut dia jatuh2.Tunggu dia kering(sekejap je),lepastu basuh bersih2.Mesti korang suka sangat hasil dia.Kulit rasa lembutttt sangat,anjal dan 
cerah.

korang jugak boleh try masker yogurt+beras(beras yg dikisar halus) untuk hilangkan blackhead/whitehead,sebelum basuh masker gosok perlahan kat area banyak blackhead tu,lepastu baru basuh.

yogurt bagus untukkk sistem percernaan.nyum nyum nyum
take care~









Modem Wifi Kena Sambar Kilat.

 haiiii~

dah berapa hari xdapat online kat laptop,nak jenguk2 blog ,update blog pun xdapat.Wifi rumah problem,modem kena sambar kilat T_T.
Mula2 aku buat bodo je,ingatkan keesokkan hari dh okay balik,sama je.Satu lampu pun x menyala kat modem tu.Aku call la TMnet (100),encik tu cakap modem yang rosak kena beli baru kat kedai komputer or beli kt TMpoint.Yang aku pakai time tu TM punya modem.

sebelum beli, aku survey2 dulu kat internet(guna tenet hp je).Lepas tu pergila kedai komputer yang terdekat.Aku pun grab la modem di bawah ni,TP-Link dengan harga RM97.

bila tgk antena dua batang tu aku mesti terbayangkan.....


natang ni.HAHA.Entah kenapa imaginasi aku ni pelik2..
by the way lepas guna modem baru ni,aku rasa wifi aku lebih better daripada sebelum ni,bolehh update entri banyak2 lepas ni :p.Lepas ni dengar je hujan aku off terus,serikk dah online time hujan lebat kilat2 semua.Tula sebelum ni degil xnak dengar cakap orang.

jumpa next entri.




Friday, August 14, 2015

Review: Sakura White Pinkish Whitening Cream(Untuk muka nampak pinkish natural)



Assalamualaikum dan salam sejahtera~

Hai hai hai..
Harini nak share review produk terbaru daripada Garnier Sakura White yang kaler pink2 tu.Aku x pernah try range yang pink ni,so ni yang first.Krim ni diperbuat daripada ekstrak bunga sakura dan vitamins pemutih.

pink pink pink (*_*)
harga pengenalan dia rm 8.40,so aku grab laju2.Tulis kat kotak tu(bg sesiapa yg malas nak zoom):
-tampak halus seperti berbedak
-tampak berseri merah jambu
-kecerahan serta merta
ohya krim ni lebih kurang macam BB cream je,bila sapu tekstur dia matte dan bagi muka aku yang dah cuba memang muka jadi macam cerah pinkish2 glowing gitu.

krim dia warna pink lembut tp lightning punya psl nampak putih pulak hehe
krim ni xdalah bau wangi mana pun,biasa2 je.Tapi memang bestlah.Senang disapu,tekstur ringan,dan memang muka nampak fresh,berglowing serta merta.Keluar rumah pakai ni je,xpayah bedak2 compact pun konfiden je rasa.Gambar bawah ni aku cuma pakai krim ni je la,xtambah bedak sebab krim dia matte kan.Tambah lipstik n eyeliner,dah jum keluar.hehe.

mutant!haha

jadi benda wajib dalam bag mekap lepas ni.

take care~

Wednesday, August 12, 2015

Biar Gambar Berbicara- Kawan Makan Kawan




kredit to penmerah :D

lepasni tiap hari Rabu aku nak khaskan untuk entry BGB(Biar Gambar Berbicara) ala2 trend entry Wordless Wednesday gitu haha :D 

~take care


Monday, August 10, 2015

Perkara2 besar yang sering di pandang kecil.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Entri yg ni nak share sikit perkara-perkara yang  kadang2 kita terkurang pandang :D.


-Bayar duit yang dah dipinjam daripada kawan secepat mungkin jangan tangguh2.Tidak kira lah duit tu seciput mana pun,bayar.Jangan anggap dorang diam maknanya dorang xperlukan duit.Mungkin dorang SEGAN nak mintak bayar hutang tu.Biasanya macamtulah kan.Yang meminjam pulak yang segan ,yang peminjam muka tembok.


-Kalau orang dah bagi pinjam/pegang handphone atau laptop tu janganlah godek2 tempat lain sekali,tukar setting tu tukar setting ni sampai pening tuan nak betulkan balik ke asal.Lepastu lagi satu kalau orang nak tunjuk gambar ke video seboleh2 kita nak swipe kiri swipe kanan..tetiba cakap "nak tengok pic boyfriend ko".Hormat sikit privasi orang.


-Buku.Bila dah pinjam buku/majalah/novel/kamus dewan bahasa/komik ke.Make sure pulangkan.Buku2 mahal ,lebih2 lagi buku kegemaran tuan buku tu kau hilangkan memanglah dia xkan bagi kau pinjam lagi.Aku dulu buku Harry Potter kesayangan aku,dah pinjam xreti pulang balik,lepastu boleh pulak cakap lupa letak mana,kurang masam betul.Nasib baik aku penyabar, xdalah dia kena wrestling dengan aku.


-Kalau pinjam kereta kawan/saudara gunalah baik2,orang tu dah baik hati bagi pinjam kan.Kalau minyak dah nak kontang tu,isilah sikit.Jangan kotorkan kereta orang ,jangan bawak benda yang berbau sampai bau "harum" satu kereta orang lepastu bagi je balik macamtu.Bagi cantik,bila balik dah buruk lepastu bau durian bau stokin, hati siapa x panas. 



-Kalau dengar lagu/tengok video/main video game slowkan volume sikit.Xda siapa nak dengar lagu favourite kau berkumandang satu kedai makan.haha


-Jangan terlalu banyak bertanya.Nak tanya soalan time belajar,arah jalan tu kira ok jugak.Tapi kalau tanya soalan yang sensitif2,baik xpayahlah.Serba salah orang nak menjawab nanti,kadang2 kita nampak biasa je soalan tu,tapi orang yang ditanya tu kecut hati dia mana kita tau kan.
Contoh soalan"Bila nak ada anak ni?" kat kawan yang dah bertahun2 kahwin tp xda anak atau tanya soalan "Bila nak kahwin woi?" kat anak dara yg dah berumur dan lain2 soalan yang sensitif.


-Call/mesej sebelum datang rumah orang.Kadang2 tuan rumah tengah pakai pakaian rumah(singlet ke,sluar kontot ke,baju nampak pusat ke)rambut mengerbang ke,tengah bergaduh suami isteri mood tengah xbaik,tengah berehat sebab penat bekerja ke,.Mana kita tahu kan.Jadi sebaiknya bagitahu la dulu,xdalah dia terkoncoh2 bersiap dan buat tuan rumah rasa x selesa.


Ni antara dia jelah,sebenarnya banyak lagi.Karang jadi panjang berjela pula entry ni.Haha.
Thanks singgah baca entry :)





















Friday, August 7, 2015

Laksa Sarawak


Assalamualaikum dan salam sejahtera~

Siapa pernah rasa laksa Sarawak?
Dia memang lain sikit dari laksa johor,penang semua.
Rasa dia pun unik.Berempah sikit.Kalau laksa biasanya masam2 kan.
Sebelum balik ritu aku borong paket pes laksa Sarawak brand Haji Manan.

di belakang pek  ada siap tatacara menyediakan laksa ni so xpayah risau kalau first time buat
jadi entri ni bukan nk share resepi Sarawak ye hehe,sebab kalau korang beli pes memang akan ada cara2 penyediaan dia kat belakang pes.

ni first time aku cuba buat laksa Sarawak.Yela balik sini(Melaka) mana nak cari laksa tu kat sini,so beli je pes bnyak2,bila tekak nak merasa makanan Sarawak buat je sendiri.

TADA~
paras rupa xpenting yang pentingg nyamannnnnnn ,kamek madah kitak.:p



kalau nak sedap lagi mkn dengan sambal belacan,tapi aku xbuat sambal belacan,still sedap jugak.Mee laksa Sarawak yang asli penyediaan dia macam kat gambar bawah ni.Siap disertakan sekali limau dengan sambal belacan :)
pic google
ok goodnight krohhhhhh zzzzzzzz



Monday, August 3, 2015

Boleh ke cerahkan kulit dengan Vitamin C?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera~

lama xupdate blog..heehe.
Cerita pasal vitamin c ni,memang xasinglah bagi kita perempuan.Xlain x bukan dikaitkan dengan mencerahkan kulit.Sampai berlambak orang jual vitamin c kat Instagram,FB.Aku pun ambil vitamin C jugak untuk kesihatan dalaman(untuk antibodi dan gusi sering bdarah dulu) dan luaran(sebab jerawat dan kulit kusam,gelap).



Aku ambik jenama Now Foods.Vitamin C dia ditambah Rose Hips -1000mg ,diperbuat daripada sumber tumbuh-tumbuhan.Bagi aku vitamin C bagus untuk sesiapa yang nak cuba cerahkan kulit,hilang jerawat,glowingkan kulit.Dulu kulit aku lagi gelap dan tona xsekata.Tipulah kalau xpernah try produk memutih,tapi aku selalu pakai yang krim sapu2 jek.Xpernah try supplement2 macam ni.Bila dah cuba,aku cuba maintainkan walaupun kadang2 malas nak telan sehari dua.haha.

Kalau korang nak tahu dengan pengambilan Vitamin C ni dia bertindak meningkatkan penghasilan 2 anti-oxidant penting dalam tubuh kita iaitu- Glutathione(anti-oxidant yg utama) dan Vitamin E.
Korang mesti dah selalu dengar kan pasal Glutathione ni memang famous untuk putihkan kulit.Mana produk memutih selalu ada Glutathione ni.

So berbalik kepada soalan boleh ke cerahkan kulit dengan Vitamin C?
Ye.Memang boleh cerahkan kulit.
Korang boleh makan Vitamin C sama ada dari buah-buahan(kiwi,oranges,) ke atau supplement macam aku ambik atas ni.Kalau supplement pastikan pengambilan air tu cukup ye.Dan pastikan hati2 dengan vitamin C yang berlambak,rebrand, yg murah2 tu yang xtau apa isi kandungan,diperbuat dari apa.

Side effect berlebihan ambil Vitamin C ni cirit birit.

Aku ambik Vitamin C ni bersama dengan Glutathione.Kombinasi Vitamin C dengan Glutathione ni lebih mempercepatkan pencerahan kulit,kulit lebih segar dan parut lebih pudar.


Yang penting konsisten ,bukannya dua tiga minggu dah nampak cerah gebus ,kadang2 berbulan jugak baru nampak kesan dia.Jadi kenalah sabar.Lagi satu pengambilan air kena cukup.

p/s:even kawan laki aku pun amek vitamin c ni untuk putihkan kulit,nak sangat nampak jambu macam mat kpop.haha

take care :D