Friday, January 14, 2011

Rain, Rain Go Away....





Rain Rain Go Away... Come again some other day... Sure semua org pernah dengar lagu kanak2 ni kan. Kena nyanyi lagu ni lah. Ye lah semenjak duamenjak ni asik2 hujan... hujan... hujan jer memanjang... Gloomy a.k.a cloudy jer everyday, nak tgk matahari pun susah nak jumpa. Jemur kain sehari semalam baru leh angkat, laundry makin bertambah, abih takkan tak tukar baju kan. Baju kat ampaian tak kering2. Dlm minggu ni adalah, panas sekejap je, pastu dah hujan masa petang.


Tschai in 35 Beautiful Examples Of Rain Photography

Ni hah, Gloomy macam gambar ni ha... sejuk memang lah best kan, tapi kalo dah hari2 jadi tak best lah. Kami sefamily, not including Daddy lah (Daddy outststion di INTIM Kemaman Trengganu sejak Selasa lepas... waaa...tinggai je kami...) dah selsema dan batuk2 dah. Mummy ngan Darlene selsema, Danish ngan Damia lak batuk2. Tak best lorr... ye lah body pun tengah adapt dengan new scedule kot sbb tu tak sihat.

Boat in 35 Beautiful Examples Of Rain Photography

Hujan pun tak menentu waktu, kadang2 time hantar anak sekolah mcm pagi tadi, kadang2 tengahari, kadang2 petang, kadang2 malam... suka suki jer kan... Tapi cuaca sepanjang hari memang mendung jer. Sian matahari, tak dapat tunjuk muka... huhuhu...

2566862408 D51eaf45ec in 35 Beautiful Examples Of Rain Photography


all images - credit to Google

Thursday, January 13, 2011

Breakfast

Every day lepas hantar kanak2 ke school, mummy selalu singgah beli nasi lemak and kuih-muih. Try singgah kat satu gerai ni kat jalan short cut nak hantar anak2 ke school, sblm Petronas Sg. Merab ni. Hari2 nampak ramai ja org, tingin lah nak try. Dlm minggu ni mummy try lah singgah, beli nasi lemak, Darlene pun ikut, siap suh mummy dukung kan nak tengok ada kuih apa, dia pilih pau, pau tu pun ada 1 ja. Kuih muih kat situ murah, 3 biji seringgit, besar pulak tu. Kalau kat tempat lain sebiji 40 sen, even kat kantin sekolah Along pun 40 sen dah lah kecik besar ibu jari kaki jerr...

Kuih kat sini, besar, sedap dan murah... patut lah ramai orang. Nasi lemak pulak, kalau yg biasa RM1, tambah telur mata RM 1.50, kalau berlauk mcm kerang dan paru, RM2 saje, kalo nak sotong barulah RM 3. Nasinya penuh polisterine, mmg kenyang giler lah. Ada satu hari tu mummy beli lebih, Damia balik school makan, dia kata sedap sangat suh beli hari2. Inti karipap pun penuh dan sedap, tak mcm tempat lain, dah la kecik, inti pun 1/3 je.


Yang bestnya pagi semalam, Darlene nak ikut jugak, tak nak tinggal dlm keta, dh dukung dia, dia check2 ada kuih apa.... Last2 dia kata, "Mummy..adik nak beli telur rebus tu". Hu hu hu.... Mummy cakap " dik oi, telur tu tak jual, beli nasi lemak lah ye nanti dapat telur tu" Sib baik dia nak... dah habih buntu lah tu nak makan apa... tapi budak2 3 org ni mmg suka makan telur rebus. Kalo kat umah, siap request mummy rebus telur lagik.


Pagi ni keluar awal singgah gerai abang tu lagi sbb cikgu Damia suh dia bawak bekal sbb dia tak nak makan langsung, padahal kat school dia 2 kali disediakan makanan, pagi dengan pukul 10. Menu pulak best2, sebab mummy pernah nampak, ada nasi lemak, bihun goreng, laksa. Pagi minum milo atau teh dengan biskut tiger, biskut marie. Best lah pra sekolah ni...dah lah bulan2 free tak yah bayar. Bayar yuran masa daftar ja. Mummy belikan dorang pau, karipap dengan donut. Damia bwk donut dengan karipap. Along nak makan dlm keta ja, dorang kata sedap, suh mummy beli lagi, nanti balik school dorang nak makan. Mummy pun singgah lah beli banyak2.


Murah rezeki abang gerai ni... mummy kalo jumpa kedai yang jual murah, besar makanan/kuih dan paling penting sedap, mesti cakap dlm hati, "aku doakan moga murah lagi rezeki org ni sbb dia ikhlas berniaga". Macam masa duk kat Kota Damansara dulu ada kakak ni jual mee, bihun dan kueyteow goreng. Memang penuh polistrine dia letak, dlm tu pulak penuh dengan kerang, taugeh, dia jual RM2 je. Mummy siap tanya dia, banyaknya kak, murah pulak tu, bhn2 pun banyak. Dia jawab balik, kalau akak jadi pembeli pun akak nak yang mcm ni kan... betul tak? Betul jugak kan. Ni org yang berniaga skrg ni nak untung saje lebih. Beli barang RM20 dijualnya RM 100... gilerrr kan... dengan alasan beli barang tu jauh, kena naik kapal terbang.... cettt.... kalo tak de ilmu berniaga menurut Islam ni, tak yah le nak berniaga. Jangan nanti yang lebih, dapat saham masuk neraka yang lebih, sbb berniaga nak untung lebih, makan yang bukan hak. Huhuhu....



all images - credit to Google Search... (kena lah buh ni, kang tak pasai2 kena saman ekor kang )

Serial killer...



Pergh... tajuk..tak hengat... buleh kut letak tajuk cenggitu... bukan serial killer orang yer... tapi serial killer kuceng-kuceng. Lepas Putty injured teruk hari tu (rasanya Putty dah meninggal dunia, dah tak balik rumah dah), ada lagi kejadian lain kematian kucing2 ni. Dlm entry lepas mummy ada cerita pasal 2 ekor anak kucing yang selalu jugak datang umah mintak makan cat food. Masa Putty ada lagi pun mmg "2 kembar" (Darlene ngan Damia panggil baby kucing kembar) tu selalu dtg makan cat food Putty, Putty pun bg jer. Daddy kata anak2 Putty kot.



Lepas Putty tak ader, mmg 2 kembar tu yang datang, tunggu kami balik, mcm yang Putty selalu buat. Kanak2 ni pun main2, dukung2 yang sekor, yg manja tu, yg sekor lagi kaler black & white tu tak brp friendly sikit, tp dua2 mmg cantik, cute sgt. Baby kucen yg manja tu kami dah bg nama 'Budak Kecik'. Darlene kata : Mummy kan dah tak nak bela kucing, kenapa bagi dia nama jugak?? Mak cik kecik....mak cik kecik... heee... nak wat mcm mana mummy mmg suka kucing.

two friends

Hari kedua persekolahan tu (Daddy masih cuti), lepas kami balik ambik Along dr school, jumpa mayat 2 kembar kucing ni depan rumah jiran, yg peliknya masa keluar ambik Along tu, belum ada lagi kucing2 tu kat situ. Daddy yang nampak dulu, mayat tu ada tepi jalan, dua2 dah kena hurung dengan kerengga dan semut, muka kedua2 kucing tu injured macam Putty, berdarah. Kesian nya... baru elok2 2 kembar tu mengubat hati kami, dah mati lagi. Sedih... kesian sgt tgk kembar tu.

kitten sleeping on ball of yarn

Few days after, Daddy pun tanya kat anak jiran kami (diaorg pun jaga 2 kembar tu, bg cat food jugak, mmg kembar tu lahir kat rumah diaorg pun, Putty pun dulu duk kat rumah diaorg). Dia kata, dia yg tanam 2 kucing tu. Dia ingat kembar tu kena langgar kot. Tapi tak logik jugak, sbb kedua2 mati dan tepi jalan bukan tgh jalan, kedua2 injured kat muka mcm Putty. Baru dia pun terfikir, betul jugak kan. Takut ada ular atau binatang2 berbisa yang lain jer. Mula2 masa Putty injured tu, Daddy syak pekerja2 yang buat rumah kat hujung tu yang pukul Putty. Ntah lah... semuanya masih misteri. Tapi lepas kejadian2 ni, memang dah kurang sangat dah kucing2 kat luar ni, depan rumah ngan belakang rumah memang dah kurang kucing2, nak jumpa sekor pun susah. Kalau dulu, depan belakang ada dekat berbelas-belas ekor, memang banyak.

sleeping angel

all images - credit to Google

Friday, January 7, 2011

Hectic Life Begins....

Preview Image

Hectic memang hectic bila start sessi persekolahan, pulak tu tahun ni 2 org yang dah sekolah.. sib baik sekolah yang sama. Penat, letih semua ada. Sementara nak get used to new schedule ni, letih gak ler... ye lah dah sebulan setangah bercuti menjadi SUPIR man ngan teacher nih. Hari Isnin anak2 start school, hari Isnin jugaklah mummy pun start kelas. Maknanya, dari bangun tido sampai nak tido..LETIH..

Next week start KAFA pulak... lagilah bertambah tugas2 KHAS ni. Start tahun ni pulak KAFA dah jadi 3 kali seminggu, last year 2 hari ja, Isnin dgn Selasa, ni dah bertambah dengan hari Jumaat pulak. Kaler sampin Danish pun suda tukar... dari biru gelap jadi coklat. Tapi dah beli biru gelap... pakai je lah. Kalau KAFA kat ngr Selangor dah start dah dari first day school lagi.

Damia sepatutnya ada orientasi Pra-Sekolah pada Jumaat, 31 hb Dis 2010 tu, tapi dah diberi cuti umum sebab Malaysia menang AFF Suzuki Cup tu, so petang Khamis tu Daddy call opis sekolah, dorang kata Jumaat tu tak ada orientasi, ganjak kan ke hari Isnin, 3hb Jan 2011. Hari Ahad tu sempat lagi last minute beli t-shirt putih dan menambahkan stokin Barbie Damia, sbb rasa macam tak cukup dengan keadaan cuaca winter ni kan... laundry susah nak kering woo... kena beli dryer ker...??

Punyalah hectic sampaikan nak online pun tak sempat, Farmville sampai withered2 abis. Nak tanam pokok2 jangka panjang pun suma dah habih dapat mastery, tanam yg jangka masa pendek, tu yang withered tu. Nak update ngan jengok blog pun tak sempat daa.... Bangun pagi pukul 5 doww.... ye lah nak siap2, wat breakfast lagi. Breakfast kan very important... a headstart for the day kan... i believe in that, that's why how late my children wake up, i will make sure they have their breakfast. Tapi tahun ni mummy tak de lah buat breakfast berat2 macam tahun lepas. Tahun lepas Danish request nak bawak bekal lagi selain dari breakfast, tahun lepas memang hari2 breakfast burger, hotdog, karipap, pau... yang namanya kena masak lah. Kali ni Daddy kata Danish tak yah bawak bekal lah, beli je kat kantin, bagi duit belanja lebih sikit dari tahun lepas lah, tapi air kotak dan air masak memang still bawak lah. Dari tahun lepas memang kami bekalkan air kotak kat Danish, daripada dia beli kat kantin yang harganya RM 1.20, lebih baik lah kami beli berkarton2, bagi dia bawak bekal air kotak tu, lagi save cost.

Tahun ni mummy buat breakfast ringan2 ja..light2 gitew..ala manja2 gitew... hahaha uwekkk... tak de lah, dah seminggu school ni mummy buat peanut butter & jelly toast, breakfast cereal + milk, pancake + dairy cream& chocolate dengan buttered toast je. Air teh 'o' vanilla ngan milo jer. Senang, mudah, simple.. ye lah sebab mummy pun kena siap2 jugak, kali ni jadi SUPIRman sepenuh masa. Hantar, ambik semua mummy ambik tender... kih kih kih... ye lah tahun lepas Daddy hantar pagi2, mummy ambik masa balik sekolah jer. Tapi Danish sebab dah terbiasa makan best2 masa breakfast, dia dah request suh buat karipap... peberet dia tu... adeiihh le... kena cari masa ni, nak kena wat inti dulu.. tu yang rumit. Danish kata dah lama mummy tak masak karipap, beli instant pun dah lama tak beli jugak. Siann anak mummy, nanti mummy buat. Minggu ni mummy sempat beli je karipap kat dorang, 2 hari beli karipap, siap suh beli banyak2 lagi, Danish siap 'termakan' karipap mak cik kecik lagi...sib baik mak cik kecik tak mengamuk.

Daddy dah cakap dari bulan Disember lagi, tak yah masak, beli ja lauk2, masak nasi ja, sebab Daddy kata nanti Mummy tak larat, dengan keadaan yang dah sarat ni (Thanks Daddy sebab memahami... i appreciate it!!) Tapi mummy lak malas nak keluar beli lauk pauk, masak lah jugak. Ni anak2 dah start sekolah, baru lah letih giloss... tapi malas gak nak beli lauk pauk...nak masak jugak, tapi masak lambat ler, makan kat kantin sekolah dulu dengan anak2. Rasa macam tak syok lah pulak nak beli lauk pauk, sebabnya dah memang biasa masak, tapi Daddy kata nak kurangkan burden kan. Tengok lah macam mana nanti. Nak ambik bibik, dari tahun lepas lagi... tapi mummy tak suka lah... tengok lah nanti jugak macam mana, kalo dah tak leh sangat nanti. Kalo buleh semua nak buat sendiri, puas hati walaupun penat. Kalau ambik bibik pun suh dia gosok kain, basuh kain, angkat kain, lipat kain, sapu sampah, cuci toilet, mop lantai ja kut... (house chores yang sebenarnya bukan tugas2 isteri dalam Islam kan..kan...kan.. heh heh... sebenarnya cakap je lah MALAS!! he he he ) Masak2 ngan jaga anak2, mummy nak buat sendiri.

Uiiii... panjang gak entry ni.... save kan tuk buat entry lain lah pulak.. sebenarnya ada lagi nak bebel. Untuk cerita persekolahan Danish dan Damia, mummy akan cerita dalam entry yang lain, sebab belum transfer gambar2 baru dr kamera, nak wat entry2 hutang dengan gambar2 yang ada dalam notebook ni dulu... :)

image - credit to Google