24 March 2010

19 HADITH MENGENAI WANITA


www.iLuvislam.com


oleh: firerose



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


Sekian, Wallahu a'lam.

08 March 2010

4 LILIN

ada 4 lilin yang menyala.....

Sedikit demi sedikit habis meleleh..

suasana begitu sunyi, sehingga terdengar perbualan mereka..

Yang pertama berkata:" aku adalah Damai, namun manusia tidak mampu menjagaku
lebih baik aku mematikan diriku sahaja"

Kemudian, sedikit demi sedikit lilin pun padam..

Yang kedua berkata: "Aku adalah Iman, sayang aku tak berguna lagi"
"Manusia tak mahu mengenaliku, maka tiada guna aku tetap menyala"
selesai sahaja bicara, tiupan angin pun mematikannya...

Dengan sedih, giliran lilin ketiga pun berkata:" aku adalah Cinta"
"tak mampu lagi aku untuk tetap menyala"
"manusia tidak lagi memandang dan menggangap ku berguna"
" mereka saling membenci, malah membenci, mereka yang mencintainya,
membenci keluarganya"

Tanpa menunggu waktu yang lama, maka matilah lilin yang ketiga.

Tanpa diduga..........

seorang kanak-kanak saat itu masuk ke dalam bilik, dan melihat ketiga
lilin telah terpadam.

kerana takut kepada kegelapan, si anak pun berkata:
" eh.. apa yang telah terjadi??? kalian tetap perlu menyala..
aku takut akan kegelapan!"

lalu si anak menangis tersedu-sedu..

Dengan terharu, lilin keempat pun berkata:

"jangan takut, janganlah menangis...selagi aku masih hidup dan
menyala, kita tetap dapat menyalakan ketiga lilin yang lain."

"Akulah harapan"

Dengan mata yang bersinar, si anak pun mengambil lilin harapan dan
menyalakan ketiga-tiga lilin tersebut...

Apa yang tidak pernah mati, hanyalah HARAPAN yang sentiasa ada dalam hati kita..



01 March 2010

MAKNA DISEBALIK MIMPI

salam...ini hanya tafsiran sahaja dan ketepatannya tidak diyakini 100%...

Labah-labah: melihat labah2 bermakna anda akn menjadi lebih berhati-hati, bekerja dengan rajin dan mendapat kejayaan.

Labah-labah yang besar: kejayaan akan cepat tiba, tetapi jika dikejar atau digigit labah-labah, bermakna akn timbul masalah atau kesukaran dengan kejayaan anda

Tingkap: jika bermimpi melihat sesuatu dari tingkap, ini bermakna anda akan
murah rezeki.

:mimpi Membuka tingkap, memberi perkhabaran yang baik

:Mimpi tingkap pecah,anda bakal menghadapi kesukaran dalam
perniagaan dan percintaan

Air : melambangkan emosi dan perasaan anda, mengambarkan hidup dan kelahiran. Mimpi menyeberang sungai bermakna perubahan dan mimpi sungai kecil yang mengalir dengan cepat menunjukkan emosi yang tidak dapat dikuasai.

Ular: jika anda seorang jejaka atau gadis bermimpi melihat atau dipatuk ular,
maksudnya anda akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

:sekiranya anda sudah pun berkahwin, ia bermakna akn memperoleh kemakmuran hidup

:bermimpi melihat ular berwarna-warni, maksudnya kebahagiaan akan menjelma

:melihat ular yang banyak, bermakna akan pnjang umur tetapi jika bermimpi
dikelilingi ular yang banyak, bermakna ramai yang memusuhi anda

Wang : jika anda bermimpi kehilangan wang, bermakna akn memperoleh rezeki yang halal

: mimpi mendapat wang, anda akan jatuh sakit.

: mimpi menyebar wang, akan menderita kerugian, kerana melakukan sesuatu
tanpa berfikir pnjang

: mimpi menabung wang, akan dibenci atau diperdaya orang

Topi : jika bermimpi anda memkai topi, bermakna kedudukan anda semakin lebih baik

: jika bermimpi kehilangan topi, ada sesuatu yang akan hilang dari rumah anda

Terbang : jika anda bermimpi terbang dgn pesawat, maknanya akan datang
tawaran istimewa kerana ada mempunyai kelebihan yang sangat berharga.

:kalau diri anda yang terbang, ertinya anda akan memperoleh satu
pengalaman atau ilmu yang bermanfaat, yang berguna dalam hidup
dan kerjaya anda

Salji : jika bermimpi melihat hamparan salji yang memutih, bermaksud ada
berita gembira menanti anda

diatas merupakan maksud tertentu bagi mimpi, sama ada ingin mempercayainya atau tidak, terpulang pada diri. jangan sampai memudaratkan diri.

sumber: internet

26 February 2010

TIPS BERJAYA DALAM HIDUP

Antara tips untuk memajukan diri adalah dengan cara MENCABAR DIRI.Menurut Dr. Tengku Asmadi, langkah-langkah untuk mencabar diri adalah seperti berikut:

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.
Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.


4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.
Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.
Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.
Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.

SUMBER: INTERNET

24 February 2010

TIPS HILANGKAN RASA MARAH

Pernahkah anda marah kerana disakiti atau berasa hati? marah sememangnya satu sifat semulajadi manusia. jika kita berhadapan dengan orang marah, cubalah hadapi dengan langkah berikut:

~ beri peluang org yg sedang mrah itu brckp, atau mluahkan terlebih dahulu
puncakemarahannya

~ketika berhadapan dgn individu yg sdang marah,jgn menyampuk dan
merendahkannya.

~kaji punca kemarahannya dan cuba atasi. sekiranya berpunca daripada
kesilapan kita,minta maaflah darinya.

~cubalah bertanya beberapa soalan bagi membantu menyelesaikan
masalahnya, terima kemarahannya dengan tenang.


cara mengatasi marah dalam islam:


~berwudhuk. Rasulullah S.A.W bersabda,"marah itu dtgnya daripada
syaitan, & syaitan itu di ciptakan drpd api, sedangkan api itu hanya boleh
dipadamkan dgn air, oleh itu apabila salah seorng diantara kamu marah,
maka hndaklah ia berwuduk"(hadis riwayat Abi Daud)

~mengubah posisi. Rasulullah S.A.W bersabda"apabila salah seorang di
antara kamu marah,&ketika itu ia berada dlm keadaan berdiri, maka
hndaklah ia duduk. krn hal itu, akn menghilangkan marahnya. dan klu tidak,
hendaklah ia berbaring"(Riwayat Muslim)

~minum air
~mendiamkan diri ketika marah
~berlindung kepada Allah daripada syaitan
~meluahkan prasaan dan masalah dlm keadaan masa dan tmpt yg sesuai
~berfikiran positif
~belajr menyampaikan kemarahan secara positif dan trhormat, mengelakkan
drpd memekik atau brtindak garang.

~bawa brtenang seperti menarik nafas
~senyum krn senyuman mampu meredakan tekanan

10 May 2009

Kisah suami yg hodoh dan isteri yg cntik..




Suatu ketika Imran Ibn Hiththan masuk menemui isterinya. (dan Allah mentakdirkan Imran ini menjadi seorang secara paras rupa tidak menarik. Wajahnya biasa-biasa saja, untuk tidak mengatakan hodoh- sementara tubuhnya pendek. Sedangkan isterinya adalah seorang wanita yang cantik rupawan dan tinggi lampai). Ketika ia masuk menjumpai isterinya, sang isteri sedang berhias.

Imran tak dapat menguasai dirinya... ... ia tertegun memandang sang isteri.

Sang isteri bertanya , "Ada apa dengan mu... .??"

"Demi Allah engkau semakin cantik saja setelah berhias," jawab Imran Maka sang isteri berkata, " Janganlah khuatir... .sebab engkau dan aku akan masuk syurga." Tak terkira betapa gembiranya Imran Ibn Hiththan mendengar ucapan sang isteri. Tetapi... .

"Dari mana engkau mengetahui hal itu.?" tanya Imran "Kerana engkau telah dikurniakan isteri seperti diriku lalu engkau bersyukur, dan aku dicuba dengan suami sepertimu, lalu aku bersabar. Dan orang yang bersyukur dan yang bersabar akan masuk syurga"

(ibnaty Al-Habibah, hal 22)

27 April 2009

ciNTa Di Ipt




Cinta adalah fitrah seseorang insani sama ada lelaki atau perempuan. Jika kita mengatakan tidak kepada cinta, sesungguhnya kita membohongi kepada diri sendiri. Sebagai insan yang lemah, kita hendak diri kita dibelai, dimanja dan disayangi oleh seseorang. Cuma persoalan yang timbul dari segi kaedah dan teori cinta yang digemari atau disenangi. Di kampus, dua aliran cinta yang terjelma iaitu aliran Islamis dan aliran cinta ala Barat. Kita selalu diherotkan bahawa cinta itu seperti dalam filem Barat dan yang telah diamalkan oleh muda-mudi sekarang(seperti membonceng motor dan makan2). Tanpa kefahaman, kita akan terbabas mengikut kebuasan hawa nafsu. Kita perlu faham cinta di universiti bukan lagi bercinta untuk kepuasan nafsu atau cinta monyet tetapi cinta yang akan membawa ke jinjang pelamin.
Insan yang tiada kekasih juga memerlukan teman. Jika kerinduan atau kesunyian, sahabat berlainan jantina menjadi teman bergurau atau usik-usikan. Di sinilah, pentingnya sahabat berlainan jantina semasa usia 20an bagi mengubati kesakitan jiwa sepi tanpa cinta dan mehnah peribadi yang dihadapi. Insani tanpa cinta ini biasanya menyibukkan diri dengan aktiviti berpersatuan, kerja separuh masa dan menzahirkan diri sebagai ulat buku. Alasan diberi tiada jodoh, segan dan tiada bersedia untuk bercinta. Benar sekali alasan mereka tetapi kadangkala hati insani juga keruan dan meronta-ronta ingin mengerti dan merasai kenikmatan dan keindahan cinta. Mujurlah mereka ini boleh merasionalkan diri atau untuk terus bersama penderitaan hati ini.
Halangan bercinta di kampus adalah personaliti kendiri insani. Ada yang segan, malu atau merendah diri. Contoh, seseorang lelaki yang tidak terbiasa dengan bercinta akan berasa segan untuk memulakan kata permulaan(kata keramat) untuk meluahkan perasaan. Satu lagi halangan sifat rendah diri, pelajar sastera yang meminati pelajar sains atau perubatan akan berasa kekurangan diri jika ingin berkenalan dengan pelajar tersebut. Jurang kekayaan juga mempengaruhi hubungan seseorang insani. Kita insan yang mahu kesempurnaan, kita mahu teman kita yang sempurna. Cantik, bijak, masih teruna atau dara, beragama dan kaya. Itulah mitos yang perlu kita buang dari imiginasi kita. Kita insan yang tidak sempurna mahukan insan sempurna adalah sesuatu yang tidak adil dan egois. Kesempurnaan perlu dididik, diasuh dan dicanang dalam suasana kebersamaan dan berteraskan agama Islam.
Lelaki yang baik untuk gadis yang baik. Itu janji Allah. Carilah pasangan yang mempunyai pegangan agama walaupun hodoh, miskin dan tidak menjejak kaki di universiti. Bercintalah dalam suasana restu Ilahi dengan menjaga adat pengaulan, doa kebahagiaan dan bermatlamat ke jinjang pelamin. Bagi yang tidak berteman, sabar dan berdoalah kerana jodoh di tangan Allah dan lakukan pencarian dan luahkan perasaan cinta anda melalui orang ketiga jika malu atau segan. Segala perlakuan semasa bercinta atau mencari jodoh perlukan doa dan penjagaan dari segi batas-batas yang dibenarkan oleh Islam. Semoga Allah merestui Cinta warga Islamis bukan cinta ala Barat berasaskan nafsu semata-mata.
Pucuk pauh dari Palembang
Buah langsat lebat di hulu
Duduk jauh berasa bimbang
Sudah dekat berasa malu.