Jumaat, 15 Januari 2010

PENGUMUMAN RAKAN NIAGA PIJIEMAS10

Salam semua kepada pengunjung blog ambo yang xseberapa nih..

Setelah agak lama dan mungkin ada yang merungut atau mengatakan ambo tidak serius dalam melantik rakaniaga.. dan lain2... ambo minta maaf kerana ambo tidak laju dalam buat sesuatu perkara..

Ok, setelah ambo menilai form dan menilai muka-muka dalam i/c.. ambo pun sudah membuat keputusan untuk melantik rakaniaga. Ambo sedar rakan2 semua sudah pandai malah sudah banyak 'masyuk' dalam niaga emas ini..

Apa yang ambo ingin buat hanyalah melaksanakan satu 'jemaah kecil' dan memperkukuhkan ekonomi serta kewangan org2 islam dalam jemaah sendiri dahulu.. kemudian akan bergabung dengan jemaah lain untuk menjadikan 'Umat islam kuat dan stabil dalam Sistem Ekonomi yang halal"

Ambo bukannya memaksa rakan2 semua supaya menjadi rakaniaga ambo.. sekiranya tidak mahu teruskan takper.. yang penting biarlah kita semua bersatu.. walaupun kita bukan satu kapal..

Senarainya adalah seperti berikut:

1) Kamaruddin
2) Aliff
3) Fouziah
4) Hanisham
5) Mohd Darmizi
6) Mohd Ridhwan
7) Mohd Amir
8) Mohd Fadly
9) Nik Nasiruddin
10) Nur Azwari
11) Nursyazwani
12) Nurul
13) Rosazura
14) Shidee
15) Zalina
16) Mohd Zulfikri

Mereka semua merupakan 'pioneer' sebagai rakaniaga ambo berskala kecil dan sederhana.. ada juga yang ambo hantar form tapi xhantar semula.. mgkin dah tarik diri sebelum mencuba.. hehe..

Itu sahaja yang diterima oleh ambo buat masa sekarang.. ambo ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi memohon untuk menjadi rakaniaga pijiemas10.. bagi yang belum terpilih harap bersabar. kerana ada beberapa perkara lagi ambo kena buat..

Bagi yang sudah terpilih.. surat perlantikan akan dihantar melalui email masing2.. sila baca dan fahami butiran dalam surat perlantikan tersebut.. Bila dah benar2 bersedia, print, tandatangan dan hantar ko ambolah surat tu..

Berikut adalah antara syarat2 dan terma setelah menjadi rakaniaga pijiemas10.

1) Rakaniaga adalah tidak dibenarkan sama sekali berurusniaga menggunakan kaedah konvensional.
2) Rakaniaga juga tidak dibenarkan membuat sesuatu perkara yang salah di sisi syariat serta undang2 Malaysia.
3) Rakaniaga hendaklah bersikap amanah, berakhlak dan menepati janji dalam sebarang urusan niaga.. lain2 lagi akan dinyatakan dalam surat perlantikan..

Apa yang ingin ambo nyatakan disini ialah antara keistimewaan apabila menjadi rakaniaga PIJIEMAS10..

a) Tiada syarat bayaran ahli/agen kerana anda semua sememangnya sudah terpilih.
b) Tiada halangan sekiranya nak menjual atau membeli produk syarikat lain.
c) Tiada halangan sekiranya turut menjadi agen/rakaniaga syarikat lain.
d) Mendapat maklumat, (bantuan kewangan *Jika layak) serta bimbingan secara berkala daripada Top Management PIJIEMAS10.
e) Perjumpaan secara berkala akan diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama rakaniaga.
f) Secara automatik rakaniaga akan dinaungi oleh PIJIEMAS10 dan akan ditunjuk ajar bagaimana untuk menjadi usahawan islam sebenar serta peluang2 perniagaan akan dibuka.
g) Mendapat harga belian produk EMAS dengan harga yang "special" dan insya'Allah akan sentiasa ada keuntungan walaupun harga turun.
h) Tidak risau terhadap ketulenan emas kerana team PIJIEMAS10 akan melatih dan membantu anda semua.
i) Rakaniaga akan diajar "Business Art" and "Gold and precious Metal Art" secara konsisten dalam menjadikan jemaah berilmu dan berkeyakinan.
j) Dapat mengenali rakaniaga PIJIEMAS10 yang lain2.. yang mana sudah lama bergabung bersama-sama pihak kami.

Ok, ambo rasa sudah panjang ambo menaip.. surat perlantikan akan di 'email' secepat mungkin.. ambo benar2 sibuk dalam 2 minggu dan sekarang ini.. bagi yang masih ingin melihat dan tunggu org lain buat dulu.. ambo tidak apa2..Bertindaklah apabila perlu dan sudah bersedia.. cuma ingin ambo jelaskan disini kata2 yang lahir dari hati ambo sendiri dan ambo sentiasa pegang..

"Ambillah peluang bila ada, Rebutlah peluang bila sedikit, Ciptalah peluang bila tiada.... nescaya kita akan sentiasa mempunyai peluang dalam mendapat rezeki.. dan jgnlah lupa berdoa kepada Allah..

Sekian untuk kali ini.. selamat berjaya rakan2 semua..

Khamis, 31 Disember 2009

BORANG RAKAN NIAGA TELAH DILANCARKAN

Syukur kepada Allah..

Mulai semalam, borang rakan niaga telah dilancarkan dan dihantar kepada individu2 yang berminat..

Ambo ada beberapa perancangan dalam perniagaan emas ini serta ada matlamat yang jelas..
Ambo berharap tuan puan memberi kerjasama dalam merealisasikan impian kita semua..

Ok, saper2 yang dah terima borang, sila isi dengan sempurna dan hantar kembali sebelum 5hb Januari 2010.

Lepas ambo terima borang, ambo akan analisa dari segala sudut kerana ambo hanya mahukan org yang benar2 ikhlas dan jujur dalam berniaga dan seterusnya menjadi rakaniaga ambo.. Tidak pandai berniaga atau tidak ramai network bukan satu masalah bagi ambo... maklumat yang ambo mitok dalam form tu hanyalah maklumat untuk ambo buat analisa.. tiada sebab lain..

Salinan i/c ambo mitok sebab ambo nak tgk wajah macamana.. maklumlah ambo xkenal semua.. benar atau tidak maklumat pun perlu..

untuk makluman semua, ambo agak memilih dalam membuat perlantikan kerana mereka semua akan mewakili nama dan syarikat ambo.. dasar serta polisi ambo yang jelas dan halal amatlah ditekankan.. ambo tidak mahu buang masa lantik orang2 yang tidak benar2 ingin maju.. terutamanya yang mempunyai hati tak comel..

Ikutkan dengan rezeki Allah bagi, ambo xperlu buat benda yang memeningkan kepala lagi.. tapi bukan keuntungan wang sahaja yang dicari.. Kekayaan sebenar bukan terletak pada wang ringgit dan hartabenda..

Harap maaf dengan tulisan ambo kali ni.. bagi ambo, sekiranya kita ikhlas dan jujur, Allah akan mempermudahkan kita.. Kemerdekaan jiwa dan kebebasan dari yang batil adalah dicari.. sekian kali ini.. salam.

ULASAN KENAPA MEREKA TAK MAHU KITA SIMPAN EMAS

Salam untuk semua rakan dalam emas ni..

Terima kasih ambo ucapkan atas kesudian menziarah dan membaca celoteh ambo..
Syukur kepada Alah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. Marilah kita semua renung, adakah kita hamba yang taat kepada Tuan Yang kita Maha Kuat?

oklah.. itu sekadar renungan..

Apa yang ambo tulis dan kata dalam blog ini adalah merupakan pendapat peribadi ambo.. sapo2 yang nak setuju atau nak bantah ambo tidak ambil hati.. ambo hanya nyatakan pendapat peribadi..

Ok, tajuk kali ni "kenapa mereka Tak Mahu kita simpan EMAS?.. ambo rasa kawan2 semua sudah ada pandangan sendiri dalam hal ini..

Bagi ambo mereka tidak mahu kita simpan emas adalah kerana kita adalah rakyat Malaysia yang mana kena patuh kepada undang2 Malaysia yang mana sepatutnya simpan dalam bentuk selain dari emas...

Bayangkan apabila kita semua atau masyarakat sudah menyimpan emas.. banyak simpanan emas daripada duit, saham atau hartanah... apa akan terjadi?

Biarkanlah jawapan itu dibawah persepsi masing2.. buatlah jawapan sendiri...
Ambo tidak mahu ulas panjang kerana isu ini boleh mengakibatkan ambo di dakwa..

Ambo hanyalah salah seorang individu yang ingin menyedarkan org islam supaya yakin kepada sunnah Rasul, yakin kepada janji Allah, laksanakan apa yg Allah suruh, jauhi apa yang Allah larang... dan mendapat keberkatan dalam segala hal di dunia mahupun akhirat. Insya'Allah.. Kan benar Taqwa adalah bekalan terbaik...

Ini adalah sedikit usaha kerdil ambo dalam berdakwah untuk kembali kepada islam melalui ekonomi dan sentiasa berwaspada kepada ancaman2 yahudi dan nasrani..

Ingatlah rakan2 semua bahawa tipu daya mereka di bantu oleh musuh Allah yakni syaitan.. mereka tidak akan berhenti melemahkan orang islam dengan pelbagai cara dan kaedah..

Marilah kita sama2 kembali kepada seruan Rasulullah s.a.w yang mana bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benarnya yang mana Ia adalah Raja kepada segala Raja..

Sehingga berjumpa lagi.. salam ukhwah semua.

Isnin, 14 Disember 2009

NAMA PANAS dan AR RAHNU- ISLAM PADA KONTRAK.. MERAGUKAN PADA PERLAKSANAAN

Salam semua dan terima kasih di atas perhatian terhadap blog ambo..

Kalau tuan puan perasan, ambo dah tukar "template" maklumlah baru pandai sikit2.. apa pun harap pembaca blog sekalian tidak menilai kepada cantik pada luaran sahaja..

ok.. rakan2 ambo semua.. pasti terkejut apabila membaca tajuk di atas.. perkara ini telah ambo pendamkan agak lama dan memerhati rakan2 dalam chat JE ada tak yang memahami,mengalami perkara ini atau isu ini timbul atau tidak..

Sebenarnya rakan2 semua telah mengalaminya tetapi mungkin tidak sedar atau tidak berani meng'argue'kan kepada pihak penggadai..

ok, ceritanya begini.. kelmarin ambo telah pergi ke satu tempat untuk menemani kawan dalam urusan menggadai barang kemas.. sedang menuggu no giliran.. ambo dipanggil oleh manager yang mana telah cuba menghubungi ambo sebelah pagi tapi xterjawab..

ambo telah diberitahu bahawa nama client ambo dan company ambo telah disenaraikan antara pihak yang menggadai emas dengan banyak dan company ambo juga sedang disiasat secara terperinci oleh pihak penerima gadaian serta mungkin BNM pun terlibat (Ini pendapat ambo).. maknanya nama company, nama partner, nama client yang mana beli dan ada resit ambo semuanya ada dalam senarai tersebut..

boleh dikatakan ambo juga tersenarai bersama-sama senarai penggadai2 etika.. bila ambo mendengar begitu.. agak terkejutlah ambo.. tapi ambo yakin kepada Allah kerana ambo tidak buat perkara salah..

Seperkara lagi spekulasi yang mengatakan mulai 2/1/2010 BNM akan arahkan BR supaya freeze dari menebus.. itu belum di arahkan lagi..hanya spekulasi.. ok, manager tersebut telah menyatakan ko ambo bahawa nama company ambo dan segalanya telah di siasat secara terperinci oleh BR dan BNM mungkin juga..

Tapi mereka tidak dapat berbuat apa2 kerana ambo memang benar dan sah disisi undang2 sebagai peniaga emas berdaftar.. ambo menunggu sekiranya pihak BR dan BNM ingin memanggil ambo.. ambo akan mulakan hujah dan bukti dan ambo akan dapat mempertahankan diri ambo. Ini kerana telah menganggu urusan niaga ambo.. ambo juga tidak risau sekiranya benar mereka ingin freeze dari tebus kerana ia adalah satu bonus buat ambo..

ambo pesan kepada rakan2 semua, jaganlah kita takut sekiranya kita benar2 berniaga dengan cara yang betul dan sah..mereka semua sebenarnya ada agenda tersendiri yang mana ambo akan ulas kemudian..

ok.. hal kedua, berkenaan dgn hal Ar rahnu.. islam pada kontrak, meragukan pada perlaksanaan..

ambo ingin maklum bahawa proses testing di pajak gadai sebenarnya tidak tepat dan ianya telah di down gred.. terutamanya barang kemas yang tidak padat.. mereka mempunyai 2 kaedah dalam testing iaitu secara densimeter dan asid.. sekiranya densimeter xdapat baca berapa karat, mereka akan test dgn asid...

tetapi adakah mereka mahir dalam test menggunakan asid? mereka tidak mahir sebenarnya.. kerana mereka adalah pegawai pajak gadai, bukannnya peraih emas.

ok, apabila mesin tidak dapat membaca, mereka terus meletakkan karat yang rendah iaitu 750 kepada brg kemas kita semua.. ini telah saya tanya tetapi jawapan mereka ialah mereka xpercaya kepada cop 916 di barang tersebut.. adakah mereka tahu perihal akta dagangan yang mewajibkan ada cop yang benar? inilah masalahnya..

mereka boleh men'set'kan karat yang mereka mahu.. inilah persoalan hukum yang bagi ambo tidak kena atau meragukan.. nilaian mereka sebanyak berapa RM/gram itu tidak mengapa.. peratusan pinjaman dari nilai marhum juga tak mengapa.. tetapi meletakkan mutu yang salah adalah haram dalam perlaksanaannya..

mungkin ulasan ambo ni sudah lapuk.. tapi berhati-hatilah rakan2 semua dalam tipu daya pihak penggadai.. semata-mata demi keuntungan melampau.. ambo nasihatkan kawan ambo supaya jgn menggadai.. dia pun xjadi..

apa yang ambo ingin tanya ialah kenapa mereka tidak percaya kepada cop dagangan atau certificate antarabangsa yang iktiraf? ini kerana mereka xmahir dan berilmu.. nasihat ambo, kita semua kena ada ilmu dan sentiasalah ingat bahawa "orang bodoh adalah makanan orang cerdik"...

kalau mereka tidak mahir dalam menguji barang kemas, lantiklah pihak ketiga yang mahir dan diiktiraf kemahirannya. Bagi ambo mereka perlu mengemaskini sistemdan kaedahnya kerana hasil pendapatan mereka melalui gadaian tersebut adalah meragukan dan mungkin haram.. itulah sajer ulasan ambo kali ni.. terima kasih atas perhatian rakan2 semua.. nantikan ulasan ambo kemudian yang berkenaan kenapa ramai yang xberkenan rakyat simpan emas dan gadai...

Jumaat, 11 Disember 2009

SYARAT-SYARAT JADI AGEN AMBO..

Sebenarnya ambo tak berniat lagi untuk nyatakan dalam blog syarat-syarat untuk jadi agen ambo... tapi kesian ramai sgt yang bertanya..

oklah... ambo maklumlah.. syarat utama ialah individu tu mesti seorang islam, umurnya mesti 18 tahun ke atas.. bangsa apa pun takper asalkan dia seorang beragama islam..

Jangan risau atau takut tak layak kalau takder duit.. jangan takut kalau dah jadi agen mana-mana pihak, jangan bimbang kalau masih makan gaji atau kerja sepenuh masa..

Ambo hanya mahukan agen yang benar-benar ada keinginan untuk maju.. dan nak mengubah hidup serta nak men'educate' org islam lain supaya menyimpan emas sebagai satu alternatif.. yang terbaik.. konsep ambo ialah "SUKARELA"..

Tiada syarat seperti kena beli rm30k.. atau kena beli rm100k untuk layak jadi agen.. konsep ambo xgerak xmakan.. tiada istilah duit mudah dalam hidup ini..

Produk utama ambo ialah emas.. jadi sesiapa yang berminat untuk berurusniaga emas ambo amatlah galakkan. Ambo tidak mahu konsep monopoli atau konsep manipulasi orang melalui skim-skim yang tidak munasabah.. menabur janji manis.. memberi pulangan yang tetap.. meracuni pemikiran dengan imbuhan yang mengkhayalkan.. kerana itu semua meragukan malahan haram dalam islam..

Ambo juga tak mahu berselindung di sebalik nama atau pendaftaran koperasi dalam mengambil atau memperdaya orang islam.. ambo mahu tuan puan semua bergerak sebagai seorang usahawan yang sebenar.. cukuplah orang awam menjadi mangsa golongan2 yang sebegitu.

Bagi ambo keberkatan dalam rezeki adalah amat penting dalam mencapai kemerdekaan jiwa yang sebenar..

Tapi produk emas jenis macamner yea.. sama2lah kita nantikan.. sehingga berjumpa lagi..

TAWARAN DILANTIK AGEN BAGI SETIAP DUN

Mula-mula ambo ingin ucapkan terima kasih kerana masih terbukok hati dan sudi melayari blog ambo hok cap ayam nih..

Ambo telah mewar-warkan berkenaan tawaran terbaru ambo untuk melantik agen seluruh Malaysia dalam JE tempohari.. Hangat jugoklah pertanyaan demi pertanyaan.. Maklumlah ambo orang baru.. Muncul secara tiba-tiba.. Macam-macam soalan ada..

Agak ramai yang berminat dan telah menghantar sms alamat email masing-masing. Ambo amatlah bersyukur. Untuk pengetahuan semua, ambo akan melantik hanya 2 orang bagi setiap DUN..

Langkah pertama ialah ambo akan email borang dan segala syarat-syarat akan dinyatakan didalam email itu nanti.. Bila dah faham dan berminat untuk menjadi agen, isilah borang tersebut dengan sempurna dan hantar semula ko ambo..

Ambo akan meneliti setiap permohonan dan akan membuat pilihan yang sesuai dengan kehendak pengurusan.. Dalam masa 2 minggu selepas kesemua permohonan diterima, ambo akan membuat perlantikan secara rasmi.. dan bermulalah pengembaraan kita semua dalam organisasi yang baru..

Ambo tidak menjanjikan kekayaan segera atau imbuhan bulanan kerana bagi ambo tiada istilah duit mudah dalam hidup ini yang kekal.. Apa yang ambo inginkan ialah kita sama-sama bergabung dan berniaga di atas landasan yang betul dan diberkati..

Apa pun, nantikanlah form ambo dulu... dan bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi agen, sila sms email add. ko h/p ambo.. 0136390077.

Khamis, 10 Disember 2009

CERITA DI SEBALIK NAMA PIJIEMAS10

Kisahnya begini... satu masa dulu dalam mengenal emas, ambo telah mendengar kata-kata emas 10.. ramai dari kalangan orang-orang lama yang memanggil emas tulen sebagai emas 10.

Ambo pun bertanya dan merisiklah maklumat berkenaan emas 10.. carian pun bermula..
Akhirnya ambo menemui jawapan dan kata-kata tersebut telah terungkai.. apa yang ambo faham, emas 10 sebenarnya tiada.. yang ada hanyalah emas 999... Emas 10 adalah sebutan lama yang menunjukkan emas yang tidak ada bercampur dengan logam lain..

Apa yang ambo ingin tekankan disini ialah kita semua hendaklah menjadikan diri sebagai emas 10 yang mana tidak dipengaruhi oleh anasir2 luar yang tidak sihat dalam menjalankan perniagaan.. seperti mana emas 10, ianya amat berharga dan bernilai..

Bila kita mengamalkan kaedah, cara dan perlaksanaan yang tulen, bersih dari sikap-sikap yang menyimpang dari ajaran islam serta sunnah.. kita akan dikenali, dihormati dan segala rezeki kita akan diberkati.. Insya"Allah..

Jauhilah kita semua dari unsur-unsur Riba dan Rasuah.. Jadilah seorang usahawan islam yang bertaqwa.. Kita semua akan berjaya dunia akhirat..

Sebagai kata-kata awal dalam blog ini, marilah kita semua sama-sama memahami kenapa rezeki adalah 9/10 daripada perniagaan.. renung dan fikir-fikirkan..