sumber gambar dari Google
Cuit sekolah dah datang.
Maka banyak la undangan majlis perkahwinan.
Baru tadi je aku balik dari kenduri kawen
kawan ofis ayah aku di Rawang.
Minggu depan 28 November 2009
sepupu aku pulak yang kawen
dengan pasangan kat rumah perempuan.
So aku kene jadi pengapit sepupu lelaki aku.
Bulan June hari tu dorang bertunang.
Minggu depannye pulak 5 Disember 2009
rumah lelaki pulak.
Pada hari yang sama jugak kawan aku
Syuk akan berkahwin dengan pasangan
di Terengganu.
Maaf syuk.
Aku tak dapat nak pegi.
Esok harinye 6 Disember pulak
kawan aku semase belajar di Kuantan
pulak mengakhirkan zaman bujang.
Majlis diadakan di Felda Keratong Pahang.
Adohyaaii.
Maaf Aminatul.
Aku tak dapat nak datang jugak
sebab pada hari tu aku dalam perjalanan
balik ke Kuala Lumpur.
Minggu seterosnye pulak 12 Disember 2009
jugak ade Majlis Kenduri Kawen 2 kawan aku.
Sorang di Kulim.
Sorang di Terengganu.
Aku tak pasti sama ada aku dapat memenuhi
jemputan mereka itu memandangkan tempatnye
agak jauh.
Haisshh~
Kadang kadang aku terfikir.
Kalau aku tak dapat datang kenduri dorang.
Adekah dorang takkan datang
kenduri aku jugak nanti?
p/s : entry perkahwinan ini sama sekali tidak melibatkan
diri penulis. Harap maklum. =)