Selamat Bertunang

bergambar kenangan bersama yang kene tunang; Noor Azilah Abd Aziz
dan Mohd Farhan Yahya diapit bersama idola idola kecil


Salam semua.
Lame tak update blog.
Nampak bersawang je.

Baru baru ni hari ahad
bersempena tarikh cantik 10.10.10, seorang rakan
kami sewaktu sama sama belajar sekolah asrama dulu
berjaya mengikatkan tali pertunangan dgn jejaka
pilihan hatinya.

Aku bersama Pa'an turut memeriahkan majlis
kawan kami ini. Ingatkan ramai kawan kawan lain
yang datang but it turn out hanya aku & Pa'an saje
yang dapat datang memeriahkan majlis.

Insya Allah nanti bile tibe mase untuk mereka
di ijabkabulkan, aku & Pa'an akan datang bertandang
lagi. Terime kaseh atas layanan yang diberikan
sewaktu kami datang hari tu. sangat first class.
=)



bersama tunang pilihan diapit dengan adik kembar
pelakon Zulhuzaimy. Serius aku tak tipu.



Raya Ketiga

menuju ke Jambatan Pulau Pinang


Menuruni Jambatan Pulau Pinang. Nampak
dah bandar Pulau Pinang. Teruja. :)



penat pusing pusing pulau, singgah
makan Laksa Penang di Batu Feringghi.
Sedap.



Selamat tinggal Pulau Pinang. Balik dengan Feri.


Insya Allah tahun depan bulan Februari
kawan dipejabat aku ni akan buat
kenduri kawin. Die orang Penang.
Boleh datang sini lagi. :))

kemudian perjalanan pulang ke KL diteruskan lagi. Sesak teramat sangat
ketika masuk di Plaza Tol Juru sampai la di hentian rehat dan rawat
Sungai Perak. Baru la lega dan clear sikit. Hampir 6 jam duk dalam kereta.
Tiba di Kuala Lumpur kire kire jam 1 pagi.

รεlﻪოﻪէ ﻪгﻨ гﻪկﻪ ﻪժﻨlfﻨէгﻨ ოﻪﻪF չﻪհﻨг ռ ъﻪէﻨռ





Raya Kedua


...kembara raya diteruskan lagi
ke destinasi seterusnye iaitu di utara
tanah air.

Aku akan menuju ke Kampung Titi Besi
di Kepala Batas Kedah bersama parent aku.
Mak Lang aku ataupon kakak nombor tiga
kepada mak aku dudok di Kedah sane bersama
Pak Lang aku.
Nenek aku jugak dudok di rumah Mak Lang
sebab Mak Lang sudah berpencen & tidak
bekerja. Maka Mak Lang menjaga nenek
aku di Kedah.

Perjalanan ke arah utara kali ini agak
hambar kerana tidak terlalu banyak kereta
yang ada. Jalan agak lengang.
Bagaimanapon apabila singgah di hentian
rehat dan rawat, aku dapati ramai jugak
yang ada. Mungkin berjalan raya barangkali.

Kami tiba di Kedah time suboh dan breakfast
di sekitar kawasan Kepala Batas.
Terkejut sebab ada gerai yang sudah mula
beroperasi walaupon raya kedua.

Sedap nasi lemak lauk ayam di Kepala Batas ni.
Harga pon berpatutan. Kenyang.
:)

Kemudian kami tiba di rumah Mak Lang.
Salam pelok cium tangan semua.
Berjumpe sanak saudara.
Makan minum juadah yang ada.

Disebelah petangnye,
ayah aku ajak makan laksa di Kuala Perlis
dan kemudiannya jalan jalan disekitar bandar
Alor Star.

Tapi sayang sekali laksa Kuala Perlis belum
beroperasi lagi sebab masih berhari raya.
Kempunan nak makan laksa.

Pada sebelah malamnye aku join
sepupu aku ngeteh di bandar Alor Star
sehingga pukul 1 lebih.

Esok paginye kami dah nak gerak
balik ke ibukota Kuala Lumpur
disamping ada acara singgah-menyinggah
di mana-mana tempat.



Raya Pertama

bersama sepupu sepupu dengan tema raya rahun ini;
Hijau Daun


Salam semua.

Program bagi raya pertama.
Seperti tahun tahun lepas dan sebelumnye.

Pagi pagi suboh kami semua dah kene
bangun untuk menunaikan solat suboh
berjemaah bersama semua sanak saudara.
Bertakbir raya dan terus menikmati juadah
hari raya seperti nasi impit bersama kuah
kacang, lodeh, sambal sotong.
Tahun ni takde lemang.

Selepas solat raya.
Kami semua bergamba bersama
sanak saudara disamping waris-waris
datang menziarahi.
Kami juge tidak lepas untuk datang
menziarahi sanak saudara dan waris-waris
yang lain.

Raya kali ini tak berape best bagi aku.
Aku perlu berehat sebab malam nanti
aku akan drive untuk pulang ke ibukota.
Dan seterusnye gerak ke utara untuk
berjumpe keluarga sebelah emak di
Kepala Batas, Kedah pulak.
Satu perjalanan yang memenatkan.

So malam aku bertolak kire kire
jam 10 malam untuk ke KL dan tiba
di ibukota pada pukul 12 lebih.
Jalan raya lengang. tak banyak kereta.
seronok rase kalau tiap tiap hari macam ni.
Takde la jem je memanjang.

Entry ini akan diteruskan ke
part raya kedua memandangkan
aku akan terus bertolak ke utara
sejurus tiba di ibukota



Hari Bantai


Salam semua..

Korang tau hari bantai?
bagi orang-orang melaka atau orang orang
sebelah selatan tanah air ni, hari bantai ini
cukup sinonim dengan hari terakhir berpuasa.
Hari ini jugak hari terakhir semua orang
menyiapkan juadah untuk berhari raya keesokkan
harinya.

Hari ini jugak la orang kota mula mensesakkan
lebuhraya-lebuhraya untuk pulang ke kampung
halaman masing-masing.
Termasuk aku sendiri.

Walaubagaimanapon syukur sebab jalan takla sesak seperti
yang disangkakan seperti tahun tahun lalu.
Hari bantai ni pon aku masih bekerja sebab
aku bujang dan aku memberi peluang / keutamaan
kepada staff staff lain yang sudah bekeluarga untuk
pulang ke kampung masing-masing.
Baik kan aku. :)

Tapi aku dapat perlepasan awal tak awal sangat
pukul 3 petang untuk punch out dari pejabat.
So lepas tu aku terus gerak pulang ke kampung
halaman aku di Melaka bersama parent aku.

Aku tiba dikampung halaman kire kire pukul
5 petang barangkali.
Jalan dilebuh raya PLUS tidak sesak.
Tapi banyak kereta yang berpusu untuk
pulang.

Alhamdulillah kepada Allah swt
kerna tahun ini aku dapat menyempurnakan
puasa aku dengan cukup.
Zakat fitrah pon sudah dibayar.
Harap tahun depan dapat berjumpe
dengan Ramadhan Al-Mubarak lagi.




Salam Lebaran Minal Aidil Wal Faizin

Salam Lebaran Minal Aidil Walfaizin di ucapkan

kepada semua rakan taulan & sahabat handai semua

yang mengenali diriku ini.

Andai kata terlanjur bicara ingin aku mengulur

ampun seribu kemaafan dihari raya yang mulia ini.


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Balik Raye

sumber dari encik google

Salam semua.

Pejam celik pejam celik
kite dah pon sudah hampir ke
penghujung bulan mulia yang penuh
keberkatan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Tatkala entry ini di-post-kan,
hanya tinggal empat hari sebelom kite semua
muslimin & muslimat akan menyambut detik
kemenangan dengan berhari raya.

Segala persiapan sudah pon disediakan dengan
keadaan ala kadar sahaja memandangkan
tahun ini tahun yang tak berape masyukkk~
Terlalu banyak bende yang perlu diutamakan
terlebih dahulu sebelum memikir untuk bersuka ria.

Insya Allah tahun ini aku akan pulang beraya
ke kampung halaman ibu & bapa aku di Melaka.
Seperti tahun tahun sebelumnya, sambutan hari
raya di kampung halaman tetap meriah dengan
kehadiran sanak saudara mara berkumpul bersama.

Di kesempatan yang ada ini aku ingin memohon ampun
silap dan maaf andai kata selama ini aku terlanjur bicara,
terlanjur kata, terlanjur semacam perkara kerana aku
ini hanya insan yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.
Semoga Aidilfitri kali ini memberi seribu makna kepada
diri aku dan keluarga aku sendiri.






Ayam Percik oh Ayam Percik

bukan Ayam Percik lima ringgit yang sebenar.
Gambar hiasan sahaja. :p

Salam Ramadhan.

Puase kali ini,
baru tadi aku dapat pegi Bazar.
Seronok pegi bazar tengok gelagat orang
disamping membeli sedikit makanan untuk
juadah berbuke puase.

Kenangan paling best bile pegi bazar
time aku belajar kt Kuantan dulu.
Memang seronok pegi bazar kat sane.
Bermacam-macam jenis makanan
dan lauk pauk yang ada dijual.

Antara makanan favourite aku
kalau datang ke bazar ni;
Murtabak,
Roti Jala,
Ayam percik.

Tadi aku datang Bazar kat area Pantai Dalam.
Adik aku pesan suroh beli Ayam pecik.
Terkejut aku dengar makcik peniaga tu
jual ayam percik kecik ala kadar dengan harga
lima ringgit.
Kalau tak silap aku tahun lepas baru tiga ringgit lebih je.

Ingatkan bulan puase ni dapat la berjimat sikit duit.
Tapi kalau da macam tu harganye.
Baik makan lauk kat rumah ataupun
makan beli kat restoran je.

Kot ye pon nak untung biarlah berpada-pada kan.
Semua orang nak untung. Sape yang nak rugi.
Tapi jual tu biar ade rase nak sedekah.
Kalau nak jual lima ringgit pon biar la ayam tu
besar sikit.
Takde la rase ralat sangat.
Macam macam ragam peniaga nak kaut untung cepat.
Nak untung cepat pegi masuk skim cepat kaye tu.
:p




Salam Ramadhan Al Mubarak


Salam Ramadhan semua.

Pejam celik pejam celik.
Kejap je dah masok bulan puasa.
Rase macam baru semalam sambot Hari Raya.
Lame jugak aku tak update blog aku ni.
Tahun ni kurang produktif la untuk
membuat entry-entry blog.

Tak mengapa.
Aku cube jugak untuk post entry
seberape banyak yang mungkin.

Alhamdulillah.
Kite sudah lima hari menjalani
ibadah berpuase di bulan yang mulia ini.
Aku harap ramadhan kali ini lebih baik
daripada ramadhan yang lepas.

Tak lame lagi dah nak raye.
Kene buat persiapan raye pulak.
Baju raye, kuih raye, awek raye?
eh?
tak tak.
Duit raye tu yang selalu ditunggu-tunggu.
Tahun ni duit raye takde kot.
Ceupacs tak bagi duit raye pon.
:p


7 Hari Mencari Cinta

tujuhharimencaricinta.blogspot.com - Merupakan Novel Blog pendek
yang terbaik bagi aku.

Salam semua.

Sedang aku sibuk ber-facebook tadi.
Aku bace status yang dibuat oleh rakan aku Tun Teja
mengenai satu blog ini lantas jariku pantas menekan link
yang tertera.

Pada mulanya sekali imbas saja aku melihat blog persis
novel ini kerana ketika itu aku takde mood untuk
blog-hopping.
Seketika kemudian Teja memberi sedikit komen di-linknya
itu

Tun Teja;
"tu la..harapan xksampaian..semalam da abeh la siri 7 hari...tpi sweet la..i loike..mcm dlm novel tau..."

Lantas aku sekali lagi pantas menekan link ke blog ini.
Aku ingin melihat sendiri ape yang sampai kawan aku ni
cakap "i loike"
Dan aku mula membace, mengamati dan memahami
isi kandungan blog ini dengan susunan ayat, tutur & kata
yang begitu indah.
Seperti membaca novel sebenar.

Tetapi,
aku rupanya sudah terlewat mengetahui kewujudan
blog ini kerana blog ini hanya untuk 7 hari.
Aku kagum.
Aku suke.
Dan aku berharap selepas 7 hari blog ini tidak
akan terus berkubur.

Sempat aku memberi komen kepada penulis.
Dan penulis membalas dengan bertanyakan jika
perlu idea-idea lain untuk membuat blog
ini terus kekal buat tatapan umum.
Aku tidak ade idea buat masa ini.
Kerana bagi aku idea penulis lebih bernas,
lebih tinggi dari jangkauan aku sendiri.

Aku sibuk bekerja.
Dan rata-rata idea aku datang untuk aku
berkarya adalah apabila aku duduk berseorangan
dirumah.
Kadang-kadang idea datang mencurah-curah.

Apepun aku harap perjuangan penulis
untuk merealisasikan impian bertemu gadis
itu tercapai. Mungkin sedikit sahaja harapan.
Tapi bagi aku ini merupakan suatu usaha yang
begitu indah & klasik.

Oh, Ya. Mane-mane rakan blogger yang mungkin
mengenali gadis ini bolehlah inform kepada
tuan blogger itu sendiri.
Mane tahu kalian dapat membantu. Terima kaseh.


p/s : Aku juga mempunyai satu Novel Blog yang hanya untuk tatapan aku saja.
Mungkin satu hari nanti aku akan tunjuk kepada rakan-rakan. :)



Broken Handphone

bukan telefon sebenar. gambar hiasan je. :)

Salam semua..

Geram.
Panas hati.
Tu je la yg mampu aku ungkapkan.
Phone Sony Ericsson bermodel W910i
aku da rosak.

Bukan rosak macam mane pon.
Button kat bahagian slide tu da tak berfungsi.
Mungkin akibat tolak turun tolak turun
tatkala menggunakan khidmat telefon tangan aku ni.

Ini merupakan kerosakan kali kedua.
Kali pertama rosak baru bulan lepas.
Aku da hantar ke bengkel untuk dibela.
Tapi tak sangka da rosak semula.
Baru sebulan je.
Tak sedih.
Tapi geram..!!

Aku da menggunakan telefon tangan ni
da hampir setahun lebih.
Ade jugak niat nak tukar yang baru.
Tapi bajet tak membenarkan lagi.
Tak sangka pulak da nak buat hal.
Aduhhhhhh.


Saman

gamba sumber dari google

Salam semua.

Korang pernah kene saman?
dengan polis?
dengan JPJ?
dgn Majlis Perbandaran?
Well aku nak berkongsi kisah aku kene saman.

First time aku kene saman time tu aku
masih bersekolah.
Kalau ikotkan dah habis sekolah pon.
Cume aku sambong form six sekejap.
Time tu aku balik sekolah aku di pekan Sitiawan.
Aku bergegas balik ke rumah aku kat Seri Manjung
sebab aku nak temankan girlfriend aku ni balik
dari sekolah.
Girlfriend aku ni sekolah Teknik Manjung.
So jarak antara Sitiawan & Manjung tu jauh jugak.
Adelah dalam 15-20 minit perjalanan.

Untuk pengetahuan semua.
Aku da ade lesen moto & kereta time tu.
Aku tunggu girlfriend aku ni keluar dari
pintu pagar sekolah die.
Die naik basikal.
Aku follow la naik motor.
Gile romentik time tu.
Hahaha~

Selesai follow girlfriend aku tu sampai rumah.
aku pon bergegas untuk balik ke rumah.
Time tu aku tak pakai helmet.
Sebab da masok kawasan jalan dalam.
So ingatkan takde la polis.
Tengah aku speed nak balik rumah ni,
aku nampak ade orang berdiri tengah jalan.
Aku pelik.
Sape pulak ni yg tak sayang nyawa berdiri
tengah jalan?

Dah dekat baru aku perasan yang tu polis.
Duk berdiri tengah jalan nak tahan aku.
Aku nak lari ape lagi?
kalau jadi kes lain lagi aku terok.
Aku pasrah.
Berhentikan moto aku dan terime surat cinta.
Cis~
Melayang la lima puluh ringgit aku.



Demam World Cup 2010...!!!

Logo World Cup edisi 2010 kali ini

Salam semua..

Deman Piala Dunia kini
da datang kembali..
Sukan bola sepak paling berprestij
di dunia bermula lagi.
Di adakan 4 tahun sekali.

Last hari tu pada 2006 di Germany.
Kejap je mase da 4 tahun berlalu.
Aku rase macam baru semalam je.
Banyak dugaan & rintangan aku lalui.
Terime kaseh untuk semua itu.

Setiap hari aku berdoa aku akan terus
hidup kat atas dunia ini dgn rahmat dari
Allah SWT untuk aku menjaga ibu bapa aku.

Ape-ape pon untuk adik aku.
TV akan teros ditukarkan channel kepada
channel sport jika ada perlawanan World Cup.
No way untuk siaran tertunda or siaran ulangan..!!
Terime kaseh.
=)




Lagenda Budak Setan

poster diambil dari Facebook Lagenda Budak Setan

Salam semua.

Aku jarang tengok movie melayu.
Alasan;
aku rase movie melayu masih tak
bole lawan movie luar negara.

Walaubagaimana pon
aku ni tak lah kejam sangat sampai
tak bole nak menyokong movie tempatan.
Masih ada movie-movie tempatan yang
berjaya menempatkan diri di dalam hati aku.

Tak perlu aku sebutkan movie yang mane.
Salah satu yang paling terbaru adalah movie
seperti gambar yang aku sertakan itu.
Lagenda Budak Setan.

Mule-mule dengar movie ni
akan berada dipawagam, ramai orang
cakap ini merupakan movie yang
berdasarkan novel terunggul & terlaris di negara kite.

Persoalannye?
Aku ni langsung tak pernah bace novel ni.
Yang aku ingat aku macam pernah dengar orang
memperkatakan tentang novel ini tatkala aku
masih berada di alam persekolahan.

Aku mengaku yang aku jarang membaca novel.
Tapi ada lah satu dua novel yang aku pernah bace.
Tu pun yang biase biase aje.
Yang nipis nipis.
Mungkin sebab aku ni lelaki.
So aku tak cenderung nak membace novel.

Pada hari tayangan Lagenda Budak Setan minggu lepas.
Aku dan beberape rakan pejabat berkesempatan
pergi menonton movie ni kat Times Square.

Aku cube menonton & menjiwai plot-plot cerita.
Aku menghayati setiap babak.
Cerita menarik.
Cume aku rase macam tak 'kick' je.
Ade plot-plot yg aku rase macam perlu
di olah.
Yelah.
Sape la aku untuk nak bercakap.
Tapi penonton wayang ni lah merupakan
pengkritik tak rasmi kepada wartawan or
journalist yang salu bagi kritikan kat filem melayu.

Aku ni jenis suke buat home-work lepas tengok
movie kat panggung.
Tak kire cite tempatan mahupon luar punye.
Aku akan cari kat internet tentang pendapat atau
ape saje review-review dari pada orang yg ade
kt internet.
Seronok bace pendapat dorang.

Antaranya mengatakan cerita ini lari dari novel asal.
Banyak yang tak betol.
Well, memang susah nak adaptasi satu novel dalam
satu cerita kat pawagam yang hanya di durasikan
sebanyak lebih kurang 2 jam.

Aku pon rase tak puas jugak tengok sebab aku
rase cerita ini sangat best.
So kalau dapat buat versi drama series pon menarik.
Kepada yang tak tengok lagi bole cube pegi tengok.
Sebab aku rase cerita ni lebih baik dari tengok
cerita Antoo Fighter..!!
=)





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin