30 April 2011

Ultraman Taro.



Pagi itu, Fayadh Nakamura bangun seperti biasa. Setelah mandi dan sarapan, Fayadh Nakamura terus masuk ke dalam kereta. 
Walaupun tren kat Tokyo sana memang hebat, tapi apa kejadahnya nak berjalan sampai 5 kilometer hanya untuk naik tren?

Tidak seperti warga Jepun lain yang super bersemangat sampai berpeluh-peluh, Fayadh Nakamura rasa mandom sangat pagi tu.
Nak pegi amik MC tipu, payah jugak. Silap-silap kena 'tiau' dengan doktor macam bulan lepas. Nak tak nak, Fayadh Nakamura terpaksa juga pergi kerja. Hatinya berat.

Dalam perjalanan, macam-macam yang difikirkannya. Rasa nak mengelat pun ada. Fikirannya mencari seribu satu alasan. Hampa.

Tiada sebarang idea. Fayadh Nakamura terus memandu.

Tiba-tiba Fayadh Nakamura tersenyum. Hatinya riang. Tanpa membuang masa, Fayadh Nakamura terus mencapai telefon bimbitnya.

"Hello hello kopi o boss. Tak dapat datang harini. Ultraman dengan raksasa bergaduh tengah jalan macam 2 bulan lepas. Kali ni raksasa Obor-obor pula menyerang! Dah nak masuk bandar dah diorang bergaduh." ujar Fayadh Nakamura dengan ceria.

"Bagero punya raksasa. Okay baeklah. Kamu pergi balik berlindung dulu. Bila sudah selamat nanti, datang kerja semula. Saya pun kena balik jugak kalau macam ni. Tak selamat." balas bos Nakamura di talian.

"Haittttt !!!!" balas Fayadh Nakamura bersemangat sambil memutuskan talian.

Fayadh Nakamura parking keretanya di tempat selamat. Cikedis Lays perisa BBQ dalam beg dikeluarkan. Sambil bersandar di kereta, Fayadh Nakamura memerhatikan aksi Ultraman sedang melawan raksasa obor-obor di dalam bandar. Kecoh jugak bunyinya.

"Masa lampu dada dia dah merah nanti, bunyi bip bip bip, mesti dia fire raksasa tu. Confirm. " bisik Fayadh Nakamura sendirian sambil tersenyum-senyum. 

29 April 2011

Abah balik yeay!



" yeay! yeay! abah balik! "


gembira hati sang abah apabila anak-anak menjemputnya pulang dari mencari rezeki yang
halal.


" yeay! yeay! abah balik! "


tawa riang sang anak melupakan seketika penat lelah sang abah.


" yeay! yeay! abah balik! "


keletah sang anak memberikan motivasi kepada sang abah untuk bekerja dengan lebih
tekun bagi menjamin masa depan keturunan nya.


" yeay! yeay! abah balik! "


pang!


***********


" korang diam sikit boleh tak!? abah nak tidur nie! "


BIAS - BURGERMPAK

Tentang Seseorang.





Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku,.
Ku lari ke pantai kemudian teriakku
Sepi..sepi dan sendiri aku benci
Ingin bingar aku mau di pasar..
Bosan aku dengan penat
Enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih
Kenapa tidak kau goyangkan saja locengnya biar terdera
Atau aku harus lari kehutan
Belok ke pantai..?

Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri


24 April 2011

Kelentit Kering.




Saintis tumbuhan mana yang bagi nama ni? bangang bangang bangang. 

Jangan kau cari apa itu 'kelentit' dalam kamus bergambar. Pergi tanya cikgu kau sendiri.


kahkahkahkah!

22 April 2011

Makan



Makan; impian khayalan; keinginan yang besar, tunggu sehingga perut meriah berbunyi dicampur sebutir imaginasi melampau, digoreng dengan fatamorgana - impak lebih maksima pada bulan puasa.


Makan ruang; lembu yang belum dipotong (seekor) dimasukkan kedalam fridge 1 pintu.


Makan tenaga; daging seekor ayam muda bukan mak ayam diborong dari supermarket di belakang rumah diangkut kedalam bonet kereta, harus pulang kerumah guna kereta walaupun jarak sekangkang kera.


Makan anak; (belum ada terjemahan) 


Makan rezeki orang; jenis makanan yang merupakan kegemaran para calon pekerja-pekerja.


Makan rayuan gombal; sejenis makan umpan, tetapi ditambahkan minyak ramuan pulau kelapa.


Makan teman; 2 sendok iri hati dituang dalam bekas pengkhianatan, ditumis dengan perebutan kepentingan yang sudah dibuang lapisan kepercayaan.


Makan wang suap (rasuah); seraut muka yang tebal direndam dalam perasaan rakus dihidangkan panas-panas, dengan ditaburi ketamakkan yang digoreng. Kadangkala dinikmati bersamaan dengan birokrasi yang penuh tipu helah.


Makan tempat; pinggul besar seberat 90 kg, dan kakinya diatas kerusi dalam LRT, sambil kakinya diselonjongkan.


Makan hati; makanan kegemaran yang sudah dipenuhi rasa kesal, ditumbuk sampai menusuk batin, diambil air perahannya dan diaduk dalam kegeraman yang memuncak.


Makan gaji buta; ambil sejumput kemalasan, secawan 'escape' kerja, kocak sampai pulang cepat, jangan ambil peduli tugas kerjannya dan tak perlu dipertanggungjawabkan.


Makan asam garam; segenggam ramuan pengetahuan, 2 jumput kebijaksanaan, digoreng dengan waktu pengalaman yang sesuai.


Makan waktu; jagung yang dibakar, disapu sedikit mentega secukup rasa hati dan dimakan butir demi butir, pakai tangan.


p.s: You are what you eat. That's why I eat Zac Effron everyday! " - Ikmal Fayadh

14 April 2011

Ego Kolektif.



Sampai satu masa, ego peribadi kita akan cuba mengembangkan dirinya agar merangkumi kawasan yang lebih besar atau orang yang lebih ramai. Objektif ego? Untuk mencari atau mendefinisikan 'yang lain'. Mereka yang berlawanan dengan 'dirinya' agar kewujudan dirinya dapat menjadi lebih jelas.

Ego sangat pentingkan label.

Ini dipanggil ego kolektif, dan kau biasa melihatnya terjadi bila satu kumpulan bercanggah dengan kumpulan satu lagi.

"Aku penyokong Man U!"  "Aku penyokong Liverpool!"

Gaduh.

"Aku penyokong UMNO!"  "Aku penyokong PIS!"

Gaduh.

"Aku penyokong NAZI!"  "Aku penyokong Yahudi!"

Bunuh.

Manusia telah bergaduh dan berbunuh-bunuhan semata-mata untuk ego. Untuk kehendak ego agar menjadi sesuatu yang penting. Semua perkara yang asalnya indah dipergunakan dan dijahanamkan sehingga menjadi sesuatu yang buruk.

Semangat nasionalisme, keagamaan, sukan, muzik, daerah, negeri, keluarga. Semuanya pernah digunakan demi memuaskan ketamakan ego kolektif. Biasanya, demi membuat jenayah perang dan kejahatan ke atas manusia lain, ego kolektif mula-mula akan menghancurkan kemanusiaan mereka dan menggantikannya dengan karikatur.

Contoh:

Nazi tidak membunuh orang Yahudi. Mereka membunuh pencuri yang tamak.

George W Bush tidak membunuh orang di Iraq. Dia membunuh 'pengganas'.

Pol Pot tidak membunuh lelaki bercermin mata. Dia membunuh mereka yang mampu menjadi Superman sekiranya terjumpa pondok telefon.

Lihat bagaimana dengan menjadikan musuh kita sebagai 'bukan manusia' dan digantikan hanya dengan label, maka kita dengan senang boleh menganiaya mereka. Membunuh, merogol, merompak.

Apa lagi label yang kita sering gunakan dalam hidup kita sekarang?

Pengganas Islam. Kafir. Murtad. UMNO. PIS. PKR. Gay. Kanye West. Melayu.

Semuanya pernah digunakan untuk memecah belahkan manusia agar kita tidak dapat menerima yang antara satu sama lain, kita sebenarnya bersaudara dan berkongsi banyak perkara.

11 April 2011

Erm...Eh malulah !



Hik hik..

mallluu....

Oh ya, kita warning dulu. Entri ini tidak sesuai untuk bacaan golongan homofobik.
Jangan baca. Pergi masuk syurga. (Tak berani nak tulis pergi mati)

Aaa..ni nak tanya..

Ehem,

Korang pernah tak...erm..erm..

tengok gambar makhluk sejantina dengan korang...

yang cute...

pastu rasa berdebar...

Hik hik...

Ya, masih berdebar.



Damn.

08 April 2011

Perempuan Duitlistik?



Berborak pasal kahwin memang serius membangkitkan keghairahan,
ghairah pasal apa, itu lain cerita. Tapi, kau perlu tahu, jangan nak pikir hal-hal yang ghairah sangat.Okay, aku peduli dengan segala apa yang kamu-kamu cakap.
Kalau kau rasa tunang kau worth it, usahkan mas kahwin RM300, RM800 pun kau sanggup punya. Maka tak payah la nak bising-bising setakat dua tiga ratus tu. Better than buat bayar saman trafik.

Kalau nak berkira tentang duit hantaran RM20000 tu aku pahamlah. Lebih-lebih lagi kalau kau baru grad 2 or 3 tahun. Sistem pendidikan pun satu hal juga. Dah umur 25 pun masih tak cukup duit nak kahwin. Lepas tu jadi punca masalah sosial, bak kata parti anti kerajaan.

Tapi ini bukan dowry. Ini mas kahwin. Mahar. Benda wajib.

Perempuan, kau nak serahkan diri kau pada seorang lelaki.
Lelaki, kau nak ambil seorang perempuan itu dari keluarganya. Tunjukkanlah kau sanggup berusaha buat dia bahagia. Tipulah wang tak buat kau bahagia.
Kau makan kenyang perut buncit pun kau bahagia. Beli beras pun guna duit.

Waktu kau mengorat dia mesti kau banyak guna line telefon. Kalau kau tak mampu bayar bil telefon kau takkan dapat bercinta dengan dia. Bapak dia kerja keras jaga dia elok-elok takkan kau nak biar dia hidup susah lepas jadi bini kau? Bila sakit mahu duit juga buat bayar tabib.
Bila nak bersalin lagi banyak nak guna duit. Kau sampai hati ke tengok bini kau beranak kat rumah sebab tak mampu bayar hospital?
Lepas tu kau nak besarkan anak, takkan kau nak suruh anak kau kerja part time sejak kecik?



Bini kamu tu korbankan kebebasan hidup dan mungkin cita-cita demi kamu.
Nanti kamu juga yang rajin derma sperm buat dia hamil. 
Dah hamil badan tak cantik, kulit bermasalah, urat timbul segalanya kendur. Kau ingat best ke jadi macam tu?
Duit boleh cari lah bai. Status dara dia kau tak boleh pulang balik.
Bentuk badan dia yang dulu kau bukan boleh pulangkan senang-senang. 
Urat timbul tu dah tak tenggelam balik. Waktu rehat dia yang digunakan untuk layan kau dan kemas rumah tu kau fikir tak?


Setakat RM300 tu tak boleh buat apa pun untuk hiburkan bini kau waktu dia tengah morning sickness, atau sakit bersalin.
Aku faham kalau lelaki pening kepala fikir duit untuk bayar katering, sewa dewan, dan sewa rumah serta keperluan rumah, sebab aku pun lelaki. Bukan khunsa. 
Itu riban-riban punya cer. Tapi untuk mahar, jangan mengeluh.
She’s worth more than that. So shut the fag up.


ps: Lainlah kalau mak bapak dia mintak lebih-lebih, macam nak kahwin dengan anak raja. Aku pun tak nak. Ah gituu.

02 April 2011

Amri nak solat.

Amri dapat sekolah asrama. Esok Amri akan mendaftar sebagai pelajar baru. Amri datang dari kampung.
Hari ini Amri tumpang ruamh Pak Cik, Pak Cik yang akan tolong daftarkan Amri ke asrama esok.
Bapak dah balik awal pagi tadi sebab lembu kat kampung petang=petang mak kene bagi minum.

Suasana rumah ni asing bagi Amri. Ekon sejuk.. Kat kampung takde ekon..
Kalau nak merasa ekon bile time nak raya beli baju baru kat Pusat Pakaian Kim Wah je.

Lepas amik wudhu Amri masuk bilik solat, Pak Cik tengah tunggu Amri untuk berjemaah.
Pak Cik tengok Amri.. Muke Amri basah lagi, Wudhu belum kering. Amri gugup gugup segan.
Pak Cik rasa Pak Cik kene test Amri dulu.

Pak Cik : Amri, solat maghrib ni berapa rakaat?

Amri     : Kalau di Perak 3 rakaat, Selangor ni tak tau la.


disedut dari BURGERMPAK - Pakatan Paradoks.