Ana Faqir...

Foto saya
Anak kelahiran negeri Johor dan kini menetap di Simpang Renggam... -Penuntut Maahad Johor 2008. -Kini menyambung pelajaran di Universiti al-Azhar, Kaherah Mesir. (Kuliah Syariah Islamiah) "Khairu Kalam Ma Qalla Wa Dalla-Sekadar perkongsian dalam menelusuri fitrah sebagai hamba"

TUNDUKKAN HATI

'Aun bin Abdullah berkata: "Dunia dan akhirat di dalam hati bagaikan dua sisi timbangan.Jika sisi salah satunya lebih berat, sisi yang lainnya akan lebih ringan"

HIWAR


ShoutMix chat widget

AMALAN HARIAN :

1)Selawat ke atas Rasulullah S.A.W, ahli bait & para sahabat... 2)al-Fatihah buat ibu bapa... 3)al-Fatihah buat diri sendiri... 4)al-Fatihah buat para ulama'... 5)al-Fatihah buat para guru... 6)al-Fatihah buat para solehin... 7)al-Fatihah buat umat Islam... 8)al-Fatihah buat rakan-rakan... 9)al-Fatihah buat mereka yang pernah menyenangkan hati kita sebelum ni...
Dicatat oleh Mohamad Naqib bin Mohd Bakhudin On 8:05 PTG 0 ulasan

10 SYARAT TAUBAT Kitab Qut al-Qulub, Ab Talib Makki

Taubat itu maknanya sifat atau keadaan hati kita benci kepada keburukan atau lari dari kejahatan dan gemar kepada kebaikan atau menuju kebajikan ataupun hati kita itu kembali kepada perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

Firman Allah SWT ;

“Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari syirik, kemudian taubatlah (kembalilah) kepadaNya dengan taat dan tauhid”. (Surah Hud : Ayat 61)

Menurut Syeikh Abu Talib Makki, taubat nasuha ada 10 syarat, seperti berikut di bawah ini :

1. Orang yang bertaubat itu tidak akan melakukan maksiat lagi.

2. Sekiranya ia terlanjur melakukan maksiat juga, maka ia tidak berlarut-larut di dalam maksiat itu, tetapi ia segera bertaubat.

3. Ia mestilah berasa kembali kepada jalan Allah dan keredhaanNya.

4. Ia mestilah ada rasa kesal terhadap perbuatan maksiat yang telah dilakukan.

5. Bersungguh-sungguh mahu istiqamah di dalam ketaatan kepada Allah hingga mati.

6. Ia mestilah ada rasa takut yang sebenar- benarnya terhadap azab Allah.

7. Ia mestilah ada keyakinan bahawa Allah sentiasa bersedia memberikan rahmat dan keampunan. Keyakinan tersebut dikenali juga sebagai sifat roja’ atau mengharap rahmat dari Allah.

8. Ia mestilah mengakui bahawa dirinya itu adalah orang yang benar-benar berdosa.

9. Ia mestilah mengiktikadkan bahawa
Allah telah mentakdirkan dirinya itu menjadi orang yang melakukan maksiat dan Allah juga yang menentukan dan yang menghendaki ianya menjadi orang yang taatkan Allah.

10. Ia mestilah melakukan amal-amal saleh setelah bertaubat itu supaya ia dapat menyempurnakan apa juga kekurangan yang telah berlaku.

Rujukan Abu Talib Makki, Kitab Qut al-Qulub, Juz. 1, ms. 180.

Dicatat oleh Mohamad Naqib bin Mohd Bakhudin On 8:00 PTG 0 ulasan

AL-BAYAN LIMA YASHQHOLU AL-AZHAN, SAHIBUS SAMAHAH PROF DR ALI JUMUAH, MUFTI KERAJAAN NEGARA MESIR

Terjemahan bebas daripada teks asal jawapan Sahibul Samahah Prof. Dr. Ali Jumuah, Mufti Kerajaan Negara Mesir yang dinaqalkan daripada Al-Bayan Lima Yashqholu Al-Azhan, cet. Al-Muqattam, Kaherah, hlm. 328-331:

Tasauf adalah manhaj tarbiyah ruhiyah dan sulukiyah yang mengangkat manusia kepada martabat ihsan yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
"Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olahnya kamu melihatnya, maka jika kamu tidak melihatnya maka sesungguhnya dia (Allah SWT) melihatmu".

Maka tasauf itu merupakan program pendidikan (tarbiyah) yang menitik beratkan penyucian jiwa daripada pelbagai penyakit yang mendindingi manusia daripada Allah SWT. Ia juga membetulkan penyelewengan jiwa dan sulukiyah manusia dalam hubungan bersama Allah SWT, bersama yang lain dan juga dengan diri sendiri.

Tarekat sufiah pula ialah sebuah madrasah yang menyempurnakan melaluinya penyucian jiwa dan pembentukan peribadi. Syeikh pula sebagai pembimbing atau guru yang bersama-sama dengan muridnya.

Jiwa manusia secara tabiatnya terangkum di dalamnya pelbagai himpunan penyakit seperti takabbur, ujub, angkuh, keakuan, bakhil, marah, riya', sukakan maksiat, berkelakuan tak senonoh, gemar membalas dendam, kebencian, dengki, khianat, tamak dan rakus.

Firman Allah SWT yang mendedahkan kisah isteri Al-Aziz:

وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لأمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ

Yang bermaksud : "Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". [Surah Yusuf: 53]

Kerana itulah, golongan terdahulu menginsafi hal ini dan menyedari betapa perlunya pentarbiyahan jiwa dan membersihkannya dari segala penyakit-penyakitnya agar (penyucian tersebut) bersekali dengan masyarakat serta mencapai kejayaan dalam perjalanan menuju tuhan mereka.

Tarekat sufiah hendaklah melengkapi dengan beberapa perkara.

Pertamanya ialah pegangan kukuh dengan kitab Al-Quran dan Sunnah Nabawiah. Ini kerana tarekat sufiah itu ialah manhaj kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Setiap perkara yang bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah maka ia bukan daripada tarekat. Bahkan tarekat itu sendiri menolaknya dan melarang daripadanya.

Kedua ialah tidak meletakkan tarekat itu sebagai pengajaran yang terpisah daripada pengajaran syariah, bahkan ia merupakan intisari kepada syariah.

Bagi tasauf terdapat tiga elemen utama yang digesa oleh Al-Quran akan ketiga-tiganya iaitu :

1-Menitikberatkan jiwa, sentiasa mengawasi jiwa (muraqabah) dan menyucikannya daripada sebarang kekotoran.

Firman Allah SWT:

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا ، فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا ، قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا ، وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا

Yang bermaksud: "Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya". [Asy-Syams : 7-10]

2-Memperbanyakkan zikrullah.

Firman Allah SWT:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا


Yang bermaksud : "Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya". [Al-Ahzab: 41]

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sentiasakanlah lidahmu dalam keadaan basah mengingati Allah SWT".

3-Zuhud di dunia, tidak terikat dengan dunia dan gemarkan akhirat.

Firman Allah SWT:

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلا تَعْقِلُونَ


Yang bermaksud : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?". (Al-Anaam : 32)

Adapun syeikh yang memperdengarkan kepada murid-muridnya akan zikir-zikir dan yang membantu usaha menyucikan jiwa dari sebarang kekotoran serta menyembuhkan hati mereka daripada penyakit-penyakit maka dia adalah penyelia (qayyim) atau seorang guru (ustaz) yang menunjukkan cara yang tertentu yang paling sesuai dengan penyakit yang ada atau keadaan murid itu sendiri.

Petunjuk Nabi SAW juga menasihatkan setiap manusia dengan perkara yang mendekatkan diri kepada Allah SWT berdasarkan kepada keadaan setiap jiwa yang berbeza. Pernah seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW, lalu dia berkata : Wahai Rasulullah! Beritahu kepadaku tentang sesuatu yang menjauhkan diriku daripada kemurkaan Allah SWT. Maka sabda Rasulullah SAW : Jangan kamu marah!. Dalam kes yang lain, Rasulullah SAW didatangi seorang lelaki yang berkata kepada Rasulullah SAW : Beritahu kepadaku tentang sesuatu yang aku boleh berpegang dengannya! Jawab Rasulullah SAW : "Sentiasakanlah lidahmu dalam keadaan basah mengingati Allah SWT".

Di kalangan para sahabat terdapat golongan yang membanyakkan qiamullail, antara mereka juga yang memperbanyakkan bacaan Al-Quran, ada yang banyak terlibat dengan jihad, ada yang banyak berzikir dan ada yang membanyakkan bersedekah.

Perkara ini tidak membawa erti meninggalkan terus keduniaan. Tetapi di sana terdapat suatu ibadat tertentu yang memperbanyakkannya oleh orang yang melalui jalan menuju Allah SWT. Secara asasnya berbilang-bilangnya pintu-pintu syurga. Tetapi pada akhirnya walaupun ada kepelbagaian pintu masuk tetapi syurga tetap satu.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Setiap golongan yang melakukan amalan (baik dan soleh-ketaatan) ada satu pintu daripada pintu-pintu syurga yang memanggilnya oleh amalan, dan bagi puasa itu ada satu pintu yang memanggil golongan yang berpuasa, digelarkannya ar-rayyan".

Demikian juga tarekat-tarekat, ia mempunyai berbilang-bilang jenis berdasarkan syeikh masing-masing dan murid masing-masing. Antara mereka ada yang mengutamakan puasa, ada yang mengutamakan al-Quran lebih banyak dan tidak mengabaikan puasa dan demikianlah seterusnya.

Apa yang dijelaskan di atas adalah tasauf yang sebenarnya, tarekat yang sahih dan syeikh-syeikh yang komitmen dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Kita juga telah mengetahui kenapakah berbilang-bilangnya jenis tarekat, iaitu kerana kepelbagaian cara pentarbiyahan dan rawatan serta perbezaan cara untuk mencapai maksud yang dicita-citakan. Akan tetapi keseluruhannya satu sahaja pada maksud dan tujuan iaitulah keredhaan Allah SWT sebagai tujuan utama.

Kami juga ingin mengingatkan bahawa apa yang dinyatakan di atas tidak dilaksanakan oleh sebilangan besar golongan yang mendakwa sebagai ahli tasauf iaitu golongan yang merosakkan bentuknya. Mereka di kalangan orang yang tidak mempunyai agama dan kebaikan. Mereka yang melakukan tarian pada hari-hari perayaan dan melakukan amalan keghairahan yang khurafat. Ini semua bukan daripada tasauf dan bukan dari jenis tarekat sufiah. Sesungguhnya tasauf yang kami nyatakan tentangnya tiada hubungan langsung dengan pandangan kebanyakan manusia berhubung fenomena negatif yang memburukkan. Tidak harus juga bagi kita untuk mengenali tasauf dan menghukumkan ke atasnya dari kalangan sebahagian pendakwa-pendakwa tasauf yang jahil (yang mendakwa tarekat sebagai ajaran yang salah). Sepatutnya kita bertanyakan ulama' yang memilih tasauf sehingga kita memahami punca sanjungan mereka terhadap tasauf.

Untuk akhirnya, kami mengambil kesempatan ini untuk membantah pendapat golongan yang menyatakan : "Kenapakah tidak dipelajari adab-adab sulukiyah dan penyucian jiwa dari Al-Quran dan As-Sunnah secara langsung?".

Pendapat ini pada zahirnya terkandung rahmat. Tetapi pada hakikatnya terkandung azab. Ini kerana kita tidak mempelajari rukun sembahyang, sunat-sunat sembahyang dan perkara-perkara makruh dalam sembahyang dengan semata-mata melalui bacaan Al-Quran dan As-Sunnah. Tetapi kita mempelajarinya melalui suatu ilmu yang dikenali sebagai ilmu feqah.

Fuqaha' telah menyusunnya dan mengistinbatkan semua hukum-hakam tersebut daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Bagaimana pula lahirnya kepada kita mereka yang mendakwa bahawa kami mempelajari fiqh dan hukum agama daripada kitab dan sunnah secara langsung? Kami tidak pernah mendapati seorang ilmuan/ulama' yang mempelajari fiqh daripada kitab dan sunnah secara terus.

Demikian juga, di sana terdapat perkara yang tidak disebut oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Tetapi tidak dapat tidak daripada mempelajarinya dengan guru secara musyafahah (secara berdepan atau mengadap guru).

Tidak boleh sekadar melalui kitab, sebagai contohnya ilmu tajwid. Bahkan mestilah beriltizam dengan mustalah-mustalah yang khusus dengannya. Maka ulama' menyatakan sebagai suatu contoh : "Mad Lazim enam harakat" ! Siapakah yang menjadikannya sebagai mad lazim? Apa dalilnya dan siapakah yang mewajibkannya ke atas ummat Islam? Tentunya mereka adalah ulama' dalam bidang tersebut.

Begitu juga dengan ilmu tasauf. Ilmu yang diasaskan oleh ulama'-ulama' tasauf sebermula zaman Junaid rahimahullah dari kurun yang keempat sehingga hari ini. Ketika rosaknya zaman tersebut dan rosaknya akhlak, rosaklah juga sebahagian tarekat-tarekat kesufian. Mereka mula bergantung dengan fenomena-fenomena yang bercanggah dengan agama Allah SWT. Lantas manusia menganggap ianya merupakan tasauf. Sedangkan Allah SWT akan mempertahankan tasauf, ahlinya dan melindungi mereka dengan kekuasaannya.

Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّهَ يُدَافِعُ عَنِ الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ كُلَّ خَوَّانٍ كَفُورٍ


Yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat". [Al-Hajj: 38]

Mudah-mudahan apa yang dinyatakan itu dapat memberikan pendedahan kepada erti tasauf, tarekat, syeikh, sebab berbilang-bilangnya tarekat, kenapa kita mempelajari suluk, penyucian hati dari ilmu yang dikenali sebagai tasauf ini, kenapa kita ambil dari syeikh dan tidak terus kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Kita memohon kepada Allah untuk memperlihatkan secara jelas terhadap urusan-urusan agama kita.

(Tamat terjemahan teks asal berbahasa Arab)


Teks ini dititip daripada halaman http://ustazazhar.com/v1/tasawwuf/aliran-tarekat.html


ADA APA DENGAN AL-QURAN?

Dicatat oleh Mohamad Naqib bin Mohd Bakhudin On 3:53 PG 0 ulasan

Petang tadi sambil tunggu bas ana berbual dengan sorang senior dari negeri Kedah...Apa yang kitorang bualkan? Bukan perkara hangat pun tapi perbualan kitorang cukup menarik...Senior tu tanya pada ana : "Ada apa dengan Quran?" Ana pun jawablah al-Quran itu wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah sebagai bukti ke-Rasulan Baginda dan sebagai pembuka jalan bagi umat Islam...Dia mengagguk tanda setuju...Lepas tu dia tanya ana : " Tau tak apa makna al-Quran?"...Ana pun jawab ikut apa yang ana belajar dan hafal dari kitab Ulum Quran yang mengatakan taarif al-quran ialah :

1) Kalam Allah.
2) Bermukjizat.
3) Diturunkan kepada Rasulullah S.A.W.
4) Dibaca secara tawatir.
5) Membacanya dikira ibadah.


Senior tu mengangguk lagi...Lepas tu dia pun ceritakan kelebihan Quran pada ana...Memang best...Dalam masa yang sama kami berbincang tentang "ADA APA DENGAN AL-QURAN"...Al-Quran itu lautan makna yang sangat luas, lautan ilmu yang tidak dapat ditandingi oleh manusia, juga lautan ilmu yang tidak dapat digapai oleh pancaindera kasar...Sebagaimana dah ramai ulama' keluarkan tentang mukjizat al-Quran yang menceritakan tentang kisah-kisah dan kejadian dulu, kini dan selamanya...Ceh, macam kenal je slogan tu...Hehe...Contohnya tentang ilmu Sains yang Allah dah suluhkan untuk kita dalam surah {an-Nisa' : 56} yang menerangkan tentang kulit melahirkan kesakitan, tentang teori 'Big Bang' yang dinyatakan dalam surah {al-Anbiya' : 30}. Apa lagi? Erm...tentang pengawetan jasad Firaun yang dinyatakan dalam surah {Yunus : 92}. Semua tu biasa kita dengar...Tapi yang menjadi perbincangan antara kami adalah bagaimana menghuraikan makna al-Quran tu sendiri...Nak tau? Kita turun lagi sikit...



TAARIF AL-QURAN




1) Kalamullah



وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلۡهَوَىٰٓ (٣) إِنۡ هُوَ إِلَّا وَحۡىٌ۬ يُوحَىٰ (٤)

Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. (3) Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. (4)
{53 : 3-4}

- Kata-kata Allah Ta'ala yang benar-benar diucapkan oleh-NYA.
(Peringatan : kata-kata Allah tak sama dengan kata-kata makhluk)

-Tiada langsung penipuan melainkan yang benar belaka.




2) Mukjizat.



وَمَآ أَرۡسَلۡنَا قَبۡلَكَ إِلَّا رِجَالاً۬ نُّوحِىٓ إِلَيۡہِمۡ‌ۖ فَسۡـَٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّڪۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ (٧)

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada Ahluzzikri jika kamu tidak mengetahui. (7)
{21 : 7}


-al-Quran mengajarkan segalanya.

-Bukti bahawa al-Quran mengandungi segala ilmu.





3) Diturunkan ke dalam hati Rasulullah S.A.W



وَإِنَّهُ ۥ لَتَنزِيلُ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (١٩٢) نَزَلَ بِهِ ٱلرُّوحُ ٱلۡأَمِينُ (١٩٣) عَلَىٰ قَلۡبِكَ لِتَكُونَ مِنَ ٱلۡمُنذِرِينَ (١٩٤) بِلِسَانٍ عَرَبِىٍّ۬ مُّبِينٍ۬ (١٩٥)

Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. (192) Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. (193) Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (194) (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata. (195)
{ 26 : 192-195}


-Sebagai bukti bahawa al-Quran tidak diturunkan kepada rasul yang lain selain
Rasulullah S.A.W kemudian barulah disebarkan kepada umat.

-Lagi bukti diturunkan kepada Rasulullah S.A.W adalah melalui Jibril dan dibaca dengan lisan Arab iaitu lisan yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W




4) Diriwayatkan secara mutawatir.

-Sama dengan bukti di atas yang menunjukkan tiada langsung penipuan kerana terpelihara peringkat-peringkat penurunan al-Quran.




5) Membacanya dikira ibadah.



Hadith Sahih ada menyebutkan :
Rasulullah S.A.W bersabda : "orang yang mampu membaca al-Quran mendapat satu ganjaran, dan orang yang kurang mampu membaca al-Quran tetapi ingin membacanya mendapat dua ganjaran".



-Menunjukkan kepada kita bahawa Allah memberi ganjaran pahala bagi sesiapa yang membaca al-Quran dan sememangnya kita ketahui bahawa Allah akan memberikan ganjaran kepada sesiapa yang beramal dan beribadat kepada-NYA.

-Menunjukkan kepada kita bahawa pentingnya al-Quran sebagai sumber rujukan pertama bagi setiap umat Islam.



Sebagai penambahan, Allah Ta'ala ada menyatakan tentang kelebihan golongan yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya :



مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤۡتِيَهُ ٱللَّهُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحُكۡمَ وَٱلنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُواْ عِبَادً۬ا لِّى مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلَـٰكِن كُونُواْ رَبَّـٰنِيِّـۧنَ بِمَا كُنتُمۡ تُعَلِّمُونَ ٱلۡكِتَـٰبَ وَبِمَا كُنتُمۡ تَدۡرُسُونَ (٧٩)

Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah. Tetapi (sepatutnya dia berkata): Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya.
{3 :79}





Wallahu A'lam...



Category : edit post

MAI PAKAT HENJUT RAMAI-RAMAI!

Dicatat oleh Mohamad Naqib bin Mohd Bakhudin On 5:41 PG 0 ulasan


Allah! Allah! Allah! Allah! Allah! ramai yang datang hari ni untuk memeriahkan lagi perhimpunan mingguan tarekat Syazuli di Khalafawi...Tapi kebanyakannya dah tua...Yang muda pun hanya dari kalangan kami pelajar Malaysia yang hanya setakat 5-6 kerat...semuanya khusyu' dalam henjutan masing-masing...Allah! Allah! Allah! Allah! Kalimah agung dilaungkan dan badan dihenjut ke bawah sebagai tanda kerendahan hati terhadap Sang Pencipta, jua kekasih hati...semakin lama semakin larut ke dalam belaian Allah Ta'ala...betapa kerdilnya zahir dan batin seorang hamba...ketika ini semua yang ada mengakui bahawa allah Ta'ala merupakan segala punca...Allah Ta'ala tempat bergantung bagi setiap makhluk...Allah Ta'ala adalah satu-satunya tuhan yang yang Maha Berkuasa, Maha Mendengar. Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Penyayang lagi Maha mengasihani...Bagi-NYA kerajaan langit dan bumi...betapa lembutnya betapa berhikmahnya tarbiyah daripada Allah Ta'ala kepada setiap hamba-NYA pada setiap detik...Tidak dihukum terus bagi sesiapa yang kufur terhadap nikmat yang dikurniakan-NYA, malah diberi peluang untuk berubah...Bagi yang sentiasa ingin mendekati-NYA, terasa seolah-olah semakin jauh dari-NYA, sebagai ujian supaya menjadi lebih kuat dan cekal dalam mempertahankan iman dari berpaling ...Bagi sesiapa yang berhajat namun tidak tertunai, maka ditangguh oleh-NYA ataupun digantikan dengan yang lebih baik...Begitu indah perjalanan hidup yang Allah Ta'ala sediakan bagi setiap hamba-NYA...Dan itulah yang kami rasakan ketika kalimah agung dilaungkan...


Beberapa hari lepas ketika kelas tutorial sedang berlangsung, pengajar kitorang suruh melaungkan kalimah Allah sebagaimana yang dilaungkan oleh pengikut tarekat Syazuli sambil menerangkan beberapa contoh dalam kitab secara berlagu...Tapi yang sedihnya, masa kitorang BERHENJUT sambil melaungkan kalimah agung...Allah! Allah! Allah!...Ada yang ketawa...bila ditegur, senyap sekejap tapi kemudiannya ketawa semula...Seolah-olah tiada rasa malu terhadap yang Maha Melihat masa tu...Alangkah indahnya kalau semua yang ada ketika tu berhenjut bersama merasai dan menerapkan kecintaan terhadap Allah Ta'ala...bila ditegur ada yang menjawab, "alah bukan takde cara lain nak cinta Allah...Ini dengan cara berhenjut, berjoget...Bila aku kata bid'ah dikata aku Wahabi..."


Bila ana renungkan balik sedih sebenarnya hati ni sebab tarekat adalah salah satu cara untuk membersihkan hati dan sentiasa mengingatkan diri supaya sentiasa sedar bahawa setiap makhluk hanyalah hamba...Tapi mungkin sebagai muhasabah hati supaya terus kuat dalam menanamkan kecintaan terhadap Allah Ta'ala...Kesimpulannya, janganlah memandang remeh sesuatu perkara sehinggakan perkara tersebut dijadikan bahan ketawa sedangkan ianya baik untuk diri zahir dan terutamanya batin...Allah sentiasa menilai setiap hamba yang sentiasa cuba dan ingin mendekatkan diri kepada-NYA...Wallahu A'lam...


Category : edit post

ALTERNATIF PENAWAR HATI

Dicatat oleh Mohamad Naqib bin Mohd Bakhudin On 2:13 PG 0 ulasan

Ada ketika seseorang tu boleh hilang pertimbangan kerana marah menguasai diri...ana pun pernah melalui perkara yang sama...Hatta disebabkan perkara kecil pun boleh menimbulkan kemarahan...tak pasal-pasal orang yang tak bersalah jadi mangsa melepaskan geram...Bimbang perkara ni makin menjadi-jadi, ana pergi mengadu kat sorang senior yang selama ana kenal orangnya tak pernah marah...Hairan juga bila tengok orangnya sentiasa tenang walaupun banyak kerja yang terpaksa diselesaikan dan pelbagai masalah mendatang...Apa yang dia cakap? Dia cakap pada ana..."Belajar naqib, belajar"...Masa tu ana masih tak puas hati...Ana tanya apa kena mengena belajar dengan marah? Tak pasal-pasal je kan? Dia cakap lagi..."banyakkan Istighfar, kalau tak boleh ambillah wudhu' dan buatlah solat taubat"...Ana cakap pada dia semua tu perkara yang ana biasa amalkan termasuklah baca al-Quran tapi kadang-kadang masih lagi tak boleh hilangkan rasa marah...La budda(nak tak nak) mesti marah juga...Apa punya spesies penyakit hati la agaknya kan? Lepas tu dia cakap lagi..."ana ada satu alternatif lain yang ramai orang tak perasan khasiatnya, tapi kesannya cukup besar kepada hati...Senang kata memang boleh cairlah...Tak hari ni esok, tak esok lusa...Yang penting doa dan sentiasa memohon kepada Allah supaya dilembutkan hati"...Ana pun tanya apa alternatifnya?...Herrrrmmmm, ni dia salah satu santapan istimewa untuk hati...Jom layan!







Bila dah dengar dah hayati(tak termasuk makna) awalnya memang tak masuk kepala juga...tapi bila dah selalu dengar memang boleh dikatakan qasidah berupaya melembutkan hati...dalam masa yang sama diri terasa dapat mengingati Allah 'Azza wa Jalla dan Rasulullah s.a.w...Di samping automatik diri ni termuhasabah...Begitulah kasihnya Allah Ta'ala pada diri setiap hamba-NYA...Sekarang baru ana faham kenapa senior ana ingatkan ana tentang belajar...Pada pemahaman ana perkara yang patut ana belajar adalah belajar mengenali rasa marah tu sendiri...Kerana marah itu api, dan api itu syaitan...Dan lembutkanlah hati dengan selalu mengingati Allah dan kematian...Bak kata budak-budak zaman sekarang, "mati itu pasti, hidup Insya-Allah"...Macam menarik bunyinye...Hurm...

Category : edit post

DIARI SEORANG DA'IE

Dicatat oleh Mohamad Naqib bin Mohd Bakhudin On 3:33 PTG 0 ulasan

Layakkah aku bernafas di bumi Allah? Jika aku masih lagi selesa bernafas di kala manusia yang bergelar 'khalifah' seronok bergelumang dalam lembah kemaksiatan? Layakkah aku bergelar Muslim? Jika aku masih lagi asyik dengan kefasikan diri, kemunafikan hati, dan kehancuran budi? Berimankah diriku ini? Jika aku asyik mengeluh dengan setiap dugaan yang menimpa diri? Ya Rabbul 'Izzati...Ku mohon dengan sangat...Mohon dengan sangat...Mohon dengan sangat...Agar ditabahkan hati ini, dalam mengorak kehidupan sebagai seorang da'ie...Perkenankanlah Ya Allah...





Category : | Read More...... edit post

Jentik Syaitan?

Dicatat oleh Mohamad Naqib bin Mohd Bakhudin On 1:08 PG 0 ulasan




Pernah tak antum bayangkan, mase antum mengantuk dalam kelas atau mane2 ceramah atau ape2 situasi pun...Antum bayangkan yang diri antum tengah berlawan dengan syaitan... Contohnye antum bayangkan ade syaitan tengah bertenggek kat kelopak mata antum, lepas tu antum jentik ke tak pun antum tempeleng ke syaitan tu terus tergolek dog...Cara ni diajar oleh sorang ustazah ana mase kat skolah menengah dulu...Ustazah ana cerita beliau pun selalu amalkan mase kecik...Ana pun cuba praktikkan dan memang berkesan! Hilang mengantuk ana..He2...Yang ana bayangkan, ade sekor Tazmania(watak kartun Bugs Bunny) tengah tarik2 bulu mata ana supaya mata ana tertutup...Lepas tu ana jentik die terus terpelanting...Memang bez la mase tu...Ditambah pulak lepas ana berangan tu cikgu ana sound..."Kenape awak tibe2 ketawa sorang2?!"...Tapi tu cume salah satu langkah nak halau syaitan dari terus-menerus mengganggu kita...Kalau nak dikira bagaimana langkah syaitan menghasut kita lagi la teruk... Berikut adalah langkah2 syaitan...



Langkah-langkah Syaitan



1) Membuat keraguan :



إِنَّ ٱلشَّيۡطَـٰنَ لَكُمۡ عَدُوٌّ۬ فَٱتَّخِذُوهُ عَدُوًّاۚ إِنَّمَا يَدۡعُواْ حِزۡبَهُ ۥ لِيَكُونُواْ مِنۡ أَصۡحَـٰبِ ٱلسَّعِيرِ


Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk Neraka.
{ 35 : 6}
-Sememangnya syaitan sentiasa berusaha menimbulkan keraguan dalam hati orang beriman...
-So kita sebagai hamba hendaklah berusaha menjauhi musuh utama Allah Ta'ala...



2) Membuat kelalaian(lupa) :


وَقَالَ لِلَّذِى ظَنَّ أَنَّهُ ۥ نَاجٍ۬ مِّنۡهُمَا ٱذۡڪُرۡنِى عِندَ رَبِّكَ فَأَنسَٮٰهُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ ذِڪۡرَ رَبِّهِۦ فَلَبِثَ فِى ٱلسِّجۡنِ بِضۡعَ سِنِينَ


Dan berkatalah Yusuf kepada orang yang dia percaya akan terselamat di antara mereka berdua: "Sebutkanlah perihalku kepada tuanmu". (Setelah orang itu dibebaskan dari penjara) maka dia dilupakan oleh syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya. Dengan sebab itu tinggallah Yusuf dalam penjara beberapa tahun.
{12 : 42 }

-Di sini kita boleh nampak betapa syaitan boleh membuat orang yang sedang kegembiraan melupakan sesuatu amanah.So, kesimpulannya...Lupa amalan syaitan...Sebab tu lah bila terlupa kita perlu beristighfar...



3) Memanjangkan angan-angan :



وَلَأُضِلَّنَّهُمۡ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمۡ وَلَأَمُرَنَّهُمۡ فَلَيُبَتِّڪُنَّ ءَاذَانَ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَلَأَمُرَنَّہُمۡ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلۡقَ ٱللَّهِ‌ۚ وَمَن يَتَّخِذِ ٱلشَّيۡطَـٰنَ وَلِيًّ۬ا مِّن دُونِ ٱللَّهِ فَقَدۡ خَسِرَ خُسۡرَانً۬ا مُّبِي


Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang nyata.
{4 : 119}

-Syaitan memang suka masuk ke dalam setiap corong yang ada pada diri kita supaya diorang dapat berpusat di akal fikiran kita untuk tidak berfikir dan mengingati Allah Ta'ala.



4) Membuat keindahan :



أَفَمَن كَانَ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ۬ مِّن رَّبِّهِۦ كَمَن زُيِّنَ لَهُ ۥ سُوٓءُ عَمَلِهِۦ وَٱتَّبَعُوٓاْ أَهۡوَآءَهُ


Dengan yang demikian, adakah orang-orang (yang beriman dan taat) yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhannya: Sama seperti orang-orang (yang ingkar derhaka) yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik) dan yang telah menurut hawa nafsunya? (Sudah tentu tidak sama)!
{47 : 14}

-Syaitan suka mengindahkan segala yang buruk dan keji menjadi baik dan benar.Contohnya,
seorang sahabat tolong 'cover line' bagi sahabatnya yang sedang berdating.Baginya perkara tersebut bukanlah sesuatu yang salah sebab dia menganggap telah mambantu sahabatnya melepaskan rindu pada orang tersayang.Na'uzubillah...



5) Membuat Janji Manis :



وَقَالَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ لَمَّا قُضِىَ ٱلۡأَمۡرُ إِنَّ ٱللَّهَ وَعَدَڪُمۡ وَعۡدَ ٱلۡحَقِّ وَوَعَدتُّكُمۡ فَأَخۡلَفۡتُڪُمۡ‌ۖ وَمَا كَانَ لِىَ عَلَيۡكُم مِّن سُلۡطَـٰنٍ إِلَّآ أَن دَعَوۡتُكُمۡ فَٱسۡتَجَبۡتُمۡ لِى‌ۖ فَلَا تَلُومُونِى وَلُومُوٓاْ أَنفُسَڪُم‌ۖ مَّآ أَنَا۟ بِمُصۡرِخِڪُمۡ وَمَآ أَنتُم بِمُصۡرِخِىَّ‌ۖ إِنِّى ڪَفَرۡتُ بِمَآ أَشۡرَڪۡتُمُونِ مِن قَبۡلُ‌ۗ إِنَّ ٱلظَّـٰلِمِينَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ۬


Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
{14 : 22}

-Syaitan memang suka memberi janji manis kemudian memungkirinya.Jika ada sesiapa yang membuat janji manis...Contohnya seorang lelaki menggoda aweknye dengan memberikan janji2 manis kemudian memungkirinya dengan selambe...Senang cakap, Syaitan lah tu...


6) Membuat Tipu Daya :



يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ لَا يَفۡتِنَنَّڪُمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ كَمَآ أَخۡرَجَ أَبَوَيۡكُم مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ يَنزِعُ عَنۡہُمَا لِبَاسَہُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوۡءَٲتِہِمَآ‌ۗ إِنَّهُ ۥ يَرَٮٰكُمۡ هُوَ وَقَبِيلُهُ ۥ مِنۡ حَيۡثُ لَا تَرَوۡنَہُمۡ‌ۗ إِنَّا جَعَلۡنَا ٱلشَّيَـٰطِينَ أَوۡلِيَآءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ


Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
{7 : 27}

-Macam contoh-contoh lain...Syaitan diberi kemampuan oleh Allah Ta'ala untuk membuat manusia tertipu dek godaan dan hasutan mereka.So, berhati-hatilah wahai diri dan sahabat sekalian...



7) Menghalangi :



وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ تَعَالَوۡاْ إِلَىٰ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَإِلَى ٱلرَّسُولِ رَأَيۡتَ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودً۬ا


Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah, nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.
{4 : 61}

-Dah termaktub sifat golongan munafik merupakan salah satu golongan penghuni neraka...Dan penghuni2 neraka pulak merupakan sahabat2 syaitan...Paham2 je lah...Syaitan memang tak pernah jemu menghalang manusia mendekati Allah Ta'ala.



8) Menimbulkan Permusuhan :



وَقُل لِّعِبَادِى يَقُولُواْ ٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ‌ۚ إِنَّ ٱلشَّيۡطَـٰنَ يَنزَغُ بَيۡنَہُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱلشَّيۡطَـٰنَ كَانَ لِلۡإِنسَـٰنِ عَدُوًّ۬ا مُّبِينً۬ا


Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.
{17 : 53}

-Lagi satu fitrah syaitan yang boleh dibanggakan(oleh golongan diorang ja la), suka mengadu domba...Agak2 siape2 yang suke sangat jadi batu api tu sila2 lah ambik ihtimam dan belajar2lah jadi hamba Allah yang soleh/solehah...



Bile fikir2 balik ana takut sebenarnya nak bicarakan topik ni..Takut ana sendiri yang terjerumus.Tapi bile fikir balik, ana tetap tulis sebab ana anggap coretan ni satu perkongsian...Sebagai pesanan buat diri ana dan sahabat sekalian, berhati-hatilah dengan musuh utama kita yang bernama SYAITAN YANG DILAKNAT kerana jika kita menjadi salah satu golongan diorang,memang sah2 diorang tak nak ambik tau kalau kita terpilih sebagai ahli neraka.Na'uzubillah...Diorang siap salahkan kita lagi sebagaimana Kalamullah mengatakan...



قَالَ قَرِينُهُ ۥ رَبَّنَا مَآ أَطۡغَيۡتُهُ ۥ وَلَـٰكِن كَانَ فِى ضَلَـٰلِۭ بَعِيدٍ۬


(Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong.
{50 : 27}


Wallahu A'lam


Category : edit post

PERHITUNGAN...


Renungan :

Aku kasih kepada para solehin,
Meskipun aku bukan dari golongan mereka.
Semoga dengan kasihku pada mereka,
Bolehlah aku mendapat syafaat.

Namun aku benci kepada mereka,
Yang menjadikan maksiat perniagaannya.
Meskipun aku dan mereka sama,
Dalam dosa dan kemaksiatan.

(kata-kata ulama')

COINS

Abaikan...