Bunyi tajuk macam Sheila Rusly jer..tapi bukan.. alhamdullilah hari ini hari ketiga umat Islam berpuasa..dan malam keempat terawih..setakat ini seganya berjalan lancar bagi Sue.. Puasa menyeronokkan dan terawih pun sama...Belum lagi terasa lelah..Doa Sue moga ALLAH kurniakan kesihatan yang sihat sejahtera untuk Sue beramal ibadat..
ADAM HAREEZ
Hari ni, waktu rehat Sue ke rumah adik... memandangkan pejabat baru Sue terlalu dekat dengan rumah adik, so setiap hari Jumaat kalau tak mengukur kaki kedai, Sue ke rumah adik Sue jer...
Sampai ajer kat rumah adik, Sue tanya Adam Hareez, posa ker tak.. nak tahu apa jawab die..."ABANG NGAH KENA MINUM HORLICK DULU BARU BOLEH POSA"..
hahahahahah...gelak jin Sue dibuatnya..
Sue tanya lagi: Nape kena minum HORLICK dulu baru posa??"
Adam Hareez jawab: "Yerla...dalam TV kan cakap..nak posa kena minum HORLICK"
Sue:....malas nak bertekak...memang tak menang lawan si kecik yang umur 4 tahun nih..asik nak menang jer..
CARI DENGAN MULUT...
Sejak Sue dah tukar waktu kerja ke kol 7.30 pagi dan balik kol 4.30 petang, bulan posa nih kol 5 Sue dah sampai umah..So seperti biasa, bulan posa nih ler baru Sue berpeluang untuk tolong mak di dapur...
Mase nih nak kasi tajam balik skill memasak walaupun sebenarnya kalu bab masak nih Sue dah terlebih mahir cume banyak vitamin MALAS....
So semalam masa tolong mak kat dapur..Sue tanya Mak, kat mana mak letak barang yang Sue nak cari..nih dialog die:-
Ally @ Sue : MAK MANA MAK LETAK CILI TUH MAK..
Mak : ADA KAT DALAM PETI SEJUK TUH
Ally : MANA ADA MAK...TAK NAMPAK PUN
Mak : CUBE KO TENGOK BETUL2..BARU TADI MAK LETAK...
KO NIH CUBER LER CARIK DENGAN MATA..
NIH TIDAK... DARI KECIK SAMPAI DAH TUA CARIK NGAN MULUT JER...
Ally : ALAMAK... YER KER MAK ALLY SUKA CARIK NGAN MULUT..hahhahaahha gelak sakan...
Nota:
Baru Sue perasan.. Sue kalu cari barang memang malas nak membongkok atau mengisai benda2... lebih banyak tanya dari cari so..kena ler sedas semalam ngan mak.. hehehhe...Dah tua nih pun..dah umur 38 tahun next year masih tak berubah.... mmmm sekejapnya masa berlalu...
Akulah wanita itu yang sentiasa menjadi TUGU pada sebuah yang dinamakan CINTA..tapi akhirnya TUGU itu runtuh kerana........
Jumaat, Ogos 13, 2010
Selasa, Ogos 10, 2010
SALAM RAMADHAN
Esok Insya ALLAH kita semua akan berpuasa..Sua berdoa agar bulan yang mulia ini dapat dipenuhi dengan kerja-kerja amal dan meningkatkan ketakwaan kepada ALLAH...Kekadang terfikir, mengapa nak tunggu bulan puasa untuk buat kebaikan sedangkan ajal tidak pernah menunggu kita..tak cepat sesaat dan lambat seminit..
Semalam Sue pergi follow up dengan Dr. sudah 2-3 hari badan tak berapa sihat... padahnya..semalam Dr tambah dose ubat Sue dari 1 biji kepada 2 biji..Termenung Sue seketika...Terasa macam diri nih dah penuh dengan segala penyakit...Ditambah pula kolestral yang melebehi had..Dr tanya nak start ubat ke tidak..tapi Sue jawab, biar dulu..Sue harap bulan puasa ini, ada kebaikan dan dapat Sue kurangkan kolestral Sue..
Entahlah...tak tahu nak cakap apa...nak menangis..air mata nih dah kering..tapi segera Sue tersedar... "BAHAWA PENYAKIT ITU PENGHAPUS DOSA" PENYAKIT ITU MENYEDARKAN KITA DETIK KEMATIAN YANG MAKIN HAMPIR...MENYEDARKAN SUE TENTANG MAUT YANG DATANG TANPA DIUNDANG..
Astagafirrullah .... YA ALLAH..AKU HAMBA MU YANG SENTIASA MELAKUKAN DOSA DAN NODA TANPA AKU SEDARI ATAU TIDAK... AKU HAMBA MU YANG SENTIASA KUFUR DENGAN NIKMAT MU..SESUNGGUHNYA AKU AMAT MENGINSAFI SEGALA KEBESARAN MU YA ALLAH..AKU REDHA DENGAN SEGALA DUGAAN YANG KAU KURNIAKAN KEPADA KU..SESUNGGUHNYA AKU AMAT MENGHARAPKAN KEAMPUNAN DARI MU YA ALLAH..AKU HAMBA MU YANG LALAI DAN AKU MOHON KAU BIMBINGLAH AKU KE JALAN YANG KAU REDHAI YA ALLAH..
Moga Ramadhan ini ada kebaikan kepada semua insan yang Sue sayangi...

Rabu, Ogos 04, 2010
Hari Ahad lepas bersamaan 20 Syabaan, Sue berpeluang hadir ke Majlis Bersama Meraikan Anak-anak Yatim Dan Fakir Miskin yang dianjurkan oleg Agibs Club. Kelab ini dipengerusikan oleh Datuk Abdul Ghafar Ibrahim, usahawan yang berjaya dari Melaka. Pada masa ini beliau mengendalikan Theme Park iaitu WONDERLAND dan tak lama lagi dengar kabar EYE On Malaysia yang berjaya dibaikpulih.
Sue mengenali Dato nih melalui wife beliau iaitu Datin Azhana, seorang yang amat ramah dan berpesonaliti menarik. Perkenalan Sue dengan Datin nih bermula bila Sue diminta untuk menjadi Instruktor Kecergasan bagi Kelab Beliau iaitu AGIBS CLUB pada setiap hari Sabtu.
Rupanya pada setiap tahun, AGIBS CLUB akan membuat amal jariah melalui aktiviti bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin. Tahun ini merupakan tahun ke 7 , acara ini dilangsungkan. Sue kagum meliahat kesungguhan beliau dan orang ramai yang hadir.
Acara pada hari tersebut dipenuhi dengan sesi Cerahamh Agama yang disampaikan oleh Ustaz Fadhil.. Seterusnya diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari para Hafazan yang dijemput khas. Majlis diteruskan lagi dengan acara menyampaikan sumbangan kepada anak-anak Yatim dan ibu tunggal.. Menitis airmata Sue melihat anak-anak Yatim ini.. Terasa diri Sue bertuah sangat-sangat masih mempunyai ibu dan abah sehingga ke saat ini.. Doa Sue buat anak Yatim ini menjadi anak-anak yang berguna dan berbakti kepada arwah ibu dan bapa mereka dengan membalas jasa dengan menjadi umat yang berjaya dan mendoakan kesejahteraan arwah di alam Baqa.
Sue tak pernah berada di dalam Majlis seperti ini..Terasa seronok dapat meluangkan masa berada dalam majlis yang pernuh berkat ini. Jamuan makan yang disediakan memang mewah... Antara menunya, satay, otak-otak, aiskrim, nasi berlauk dan macam-macam. Seronok tengok kanak-kanak ini makan makanan dengan penuh keceriaan.
Pada sebelah petang pula Sue terbabit dalam rakaman AGIBS CLUB Beraya Bersama MELAKAFM. Sebagai mewakili Kelab, Sue kena menyumbangkan lagu.. So terpaksa ler nyanyi walau suara tak sedap.. Sue menyampaikan LAGU MERIAHNYA DI HARI RAYA ..nyanyian oleh Dato Siti Nurhaliza..
Artis Jemputan pula Mila AF..mak oiii kecik benor orang nyer..rase nyer badan Sue kena bagi 3 baru dapat badan cam Mila nih.. Apa pun, Sue memang seronok sepanjang Ahad lalu...

Hadirin yang hadir pada sesi ceramah

Ibu tunggal yang sedang menunggu untuk menerima bantuan

Anak Yatim Piatu yang sedang menunggu acara bermula

Datin Azhana dan anak beliau Mahathir... sedang menyampaikan sumbangan

Jangan jeles....Mila....

DJ Melaka FM..tapi maaf Sue tak tau apa nama mereka

Mila yang Soooooo Cuteeeeeeee...

Selasa, Ogos 03, 2010
BERUBAH
Sue tak pernah suka warna biru... entah kenapa..memang dalam koleksi baju Sue, warna Purple yang bertahta...pernah cuba membeli kain atau baju berwarna biru, tapi bila sampai dirumah Sue akan bagi pada Kak Long atau adik...
Kali ini Sue inginkan perubahan...Sue nak cuba sesuatu yang tak pernah Sue cuba.. Sue dah ubah penampilan blog Sue...Tak tahu berapa lama warna nih kekal...Sue tengok memang Sue tak suka, tapi adakala benda yang kita tak suka itu yang menyenangkan kita.
Begitu juga dalam kehidupan seharian..semalam Sue balik ke rumah ikut jalan kampung..selalunya Sue akan ikut highway agar cepat sampai..Tapi entah kenapa... sekarang macam bosan jer coz asik tengok pemandangan yang sama...Bila ikut jalan kampung baru nampak pemandangan yang indah serta suasana hijau.. Sejuk mata memandang..hilang segala kekusutan..
Sekarang ini Sue ingin menghargai segala yang Sue miliki tapi tak Sue sedari... Sue tak mahu terlalu ikut perasaan dan kata hati tapi Sue mahu gunakan kebijaksanaan akal dan fikiran yang dikurniakan oleh ALLAH... Sue tak mahu tunduk pada nafsu kerana tahu nafsu hanya membawa kepada kemusnahan.. Bersesuaian dengan bulan Ramadhan yang akan menjelang beberapa hari lagi..Sue berdoa agar diberikan kesempatan untuk beramal ibadat dengan sepenuh jiwa...cukuplah beberapa bulan kebelakangan ini terlalu tunduk dengan duniawi...
Semalam ada teman menyarankan Sue membaca buku "IHYA ULUMIDDIN" karangan Imam Ghazali..Insya ALLAH , hari Jumaat nih nak cari buku tuh dan penuhi jiwa Sue dengan membacanya.
Hati ini masih bersedih tapi SEDIH LAGI NABI MUHAMMAD S.A.W melihat umat2 nya di dalam NERAKA....

Isnin, Ogos 02, 2010
SEPANJANG JALAN KENANGAN
Tanpa Sue sedari sudah terlalu lama tidak Sue lewati blog ini...Tanpa Sue sedari juga sudah hampir Ramadan menjelang..tinggal beberapa hari lagi Syaaban akan berlalu...Hampir 7 bulan Sue tak up date...Tuntutan kerja yang keterlaluan membuatkan Sue kalah pada tekanan tapi tidak sekuat tekanan yang Sue hadapi kini...
Hati Sue kini seolah-olah mati..layu dan tak mungkin kembang kembali...Hati bertahanlah..
Airmata bersabarlah...
Jiwa kuatlah..
Semangat....datanglah dalam hidup Sue..
Terlalu sukar Sue lalui kenyataan ini..Tak tahu dimana punca dan silap...Pada Sue berdiam diri adalah lebih baik dari mengundang perbalahan tapi bukan dari dirinya... Tiada daya untuk Sue menjelaskan segala rasa dan kesedihan... Biarlah...ALLAH Maha Mengetahui Segalanya...
Ya ALLAH ..aku pasrah dengan segala dugaan dari Mu..
Kiranya ini adalah takdir hubungan aku dan dia..aku redha Ya ALLAH...
Kau kurniakan dalam hati ku ketenangan
Kau berikan aku kekuatan..
Kau limpahilah aku dengan ketabahan...
5 tahun menyulam kebahagiaan dengan diduga derita dan airmata tapi tak mampu bertahan... telah habis daya ku...telah hilang lelah ku...aku tersungkur di lembah tangisan...
Tak pernah Sue sesali perpisahan ini..tapi amat Sue kesali pertemuan.. SEPANJANG JALAN KENANGAN...akan tetap terpahat kukuh dihati dan jiwa....
Rabu, Januari 13, 2010
Cepat Nyer Masa...
Pejam celik pejam celik dah hampir setengah bulan tahun 2010 Sue lalui...Diam tak diam gak lambat lagi gaji..hahahaha..dah pokai nih.. bulan lepas gaji cepat ..bulan nih..melahu ler nak tunggu 25...mmmm...takper sabar..sabar..
Setakat hari nih takder ler sangat apa yang menarik jer cume..meh Sue citer ikut bab ek..
Bab Opis..
Minggu lepas ader meting pengurusan..kali nih Sue ambil langkah drastik..tak larat dah nak layan politiking opis nih... So sepanjang mase meting Sue berdiam diri jer... Yang peliknya..ader lak orang risau bila Sue tak bersuara..sikit pun tak berbunyi... Sebab Sue dah bosan tahap maksima...Malas dah sesangat melayan orang-orang yang tak grow up nih...
Now apa yang Sue buat, bila time kerja..memang ker..bila time rehat cikit Sue dok melayan Fesbuk..lagi best... tak usik sesaper... Sue dengan dunia Sue jer...
Bab Umah....
Umah Sue selama adik Sue bersalin nih, riuh rendah jer..maklum ler ader 2 hero tuh.. macam-macam perkara berlaku..Biasa ler , dah nama nyer budak... Kalu selama nih umah tuh senyap sunyi jer bila Sue balik, kali nih, tiap kali sampai umah dah ader tukang sambut... Pastu lak yang best boleh bergaduh dengan mereka.. Sampai si Harris yang umur lum cukup 3 tahun tuh leh cakap " AKU BENCI MAK NGAH" hahahhaha...
Tapi yang paling best ialah, bila dah tambah lagi 1 kaum Adam dewasa.. Nih ader masalah sikit..
Citer nyer begini.. Selalunya bila mak Sue basuh seluar kecik ayah, Sue dah tak payah susah nak cari kalu Sue dah terangkat ker..Tapi kali nih, masalah besarnya ialah bila seluar kecik abah bercampur dengan seluar kecik adik ipar..
Dah berhari-hari mak tanyer kat Sue kalu Sue ader jumper tak seluar kecik abah..Sue jawab takde.. So die suruh pegi check kat bilik belakang dalam almari. Sebab mak rase bibik dah tercampurkan seluar tuh dengan seluar adik ipar...
Sue dengan hati yang amat berat pun pergi ler check... Memuler check tuh Sue dah gelak... alahai ada bermacam kaler.. Sue tanya adik Sue..Husband die pakai brand apa?? Adik jawap ler brand die..So Sue pikir senang ler..coz kalu brand tuh jer makna kalu ader brand lain tuh memang abah punyer ler... Masalahnya bila sue dah check sume, macam-macam brand ader..sudah......kepala Sue dah pening..
Adik Sue cakap..ngan cuber angah ukur seluar tuh ikut saiz pinggang..mana yang besar tuh abah punya ler...Adoiiii ader ker Sue nak kena kirai satu-satu!!! hahhahaha..Sue dah dok gelak sakan..Sue cakap Sue tak sanggup nak buat..
Mak Sue bagi tau yang die basuh baju abah tak ubuh Downy... so cari jer yang takder bau..Mak aiiii tak pasal-pasal lak Sue kena mencium seluar kecik orang..So Sue cakap Sue taknak buat... Mak kata takper..Dia nak cari gak seluar abah tuh... So die pun masuk bilik dan cium satu per satu..hahahhahah...adoiii Sue memang dah tak tahan nak gelak... Rase berguling-guling kat lantai... Mak langsung tak jadi nak buat...
Kesimpulannya..kalu wanita nyer suar kecik senang jer... nak cari ek...kalu lelaki nyer memang susah... tambahan lak keluarga Sue dah terbiasa sumer barangan pompuan..kami dah tau brand kesukaan serta saiz dan potongan..Nih lelaki lak memang payah...Pasni bila adik ipar yang ke 2 lak datang lagi ler pening... mmmmm entah ler..hahahhaah memang nih lawak awal tahun ler...
Langgan:
Catatan (Atom)