About The Author

Menjadi sebuah persatuan yang mantap dan bersatu padu dalam menggembleng tenaga bagi menjana perpaduan berteraskan kebudayaan dan keintelektualan mahasiswa.

Get The Latest News

Sign up to receive latest news

Wednesday, September 1, 2010

TERKINI:PERMATA UM MENGGUNAKAN BLOG BARU SEBAGAI ALTERNATIF..MOHON SAHABAT LINK..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Mohon maaf atas segala kelewatan dan kesulitan dalam men-update blog PERMATA UM.Ini kerana sebelum ini kepimpinan sesi 2010/2011 PERMATA UM lebih menumpukan kepada medium Facebook.Semoga selepas ini blog merupakan satu lagi medium bagi PERMATA UM untuk menyampaikan segala maklumat dan informasi kepada semua khususnya ahli-ahli PERMATA UM.Harap sahabat-sahabat dapat terus link ke blog PERMATA UM..http://blogpermataum.blogspot.com/ .....Saya juga berharap anda semua dapat join group Facebook PERMATA UM di link berikut.. http://www.facebook.com/group.php?gid=114779581889984&ref=search#!/group.php?gid=114779581889984&v=wall&ref=search

Blog PERMATA UM: http://blogpermataum.blogspot.com/
Facebook PERMATA UM: http://www.facebook.com/group.php?gid=114779581889984&ref=search#!/group.php?gid=114779581889984&v=wall&ref=search
»»  read more

Saturday, March 20, 2010

ANNUAL GRAND MEETING (AGM'10)

ANNUAL GRAND MEETING
(AGM'01)
PERSATUAN MAHASISWA TERENGGANU
(PERMATA UM)
TARIKH : 26 MAC 2010
MASA : 8.00 MLM - 11.00 MLM
TEMPAT : AUDITORIUM, FAKULTI PENDIDIKAN
AKTIVITI:
Majlis Anugerah PERMATA
PAKAT MARI BLAKE ORK!!!
RUGI KALO DAK MARI ORK...
»»  read more

Tuesday, January 12, 2010

SUPER 2010; Sukan antara PERMATA




Pada 28 Februari 2010 (AHAD) bertempat di Universiti Malaya Kuala Lumpur , satu acara sukan antara Universiti-Universiti di lembah klang diadakan. Penyertaan melibatkan ahli persatuan Mahasiswa Terengganu daripada Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara Shah Alam (UiTM) dan Universiti Malaya (UM) selaku tuan rumah.

Aktiviti julung kali diadakan ini bagi mengeratkan lagi hubungan antara persatuan-persatuan di samping menggalakkan aktiviti sukan serta riadah di kalangan mahasiswa bagi melahirkan mahasiswa yang cergas dan cerdas.

Aktiviti yang dipertandingkan adalah FUTSAL LELAKI (2 Team untuk wakil setiap Universiti), dan Bola Jaring Wanita (2 Team).

Acara akan diadakan sehari bermula jam 7 am hingga 5 pm. Di sebelah malam pula akan diadakan majlis makan malam khas. Majlis ini akan disempurnakan oleh jemputan khas daripada kerajaan Negeri Terengganu.
Semoga aktiviti akan dapat merapatkan lagi ukhuwah disamping meningkatkan semangat setiakawan dan kesukanan buat semua mahasiswa. Majulah sukan untuk kesihatan mental dan fizikal.
»»  read more

Monday, October 26, 2009

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Barisan Kepimpinan Permata Mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Kepada Semua Mahasiswa Terengganu di UM khususnya dan Seluruh Mahasiswa UM Amnya. Nasihat Kami agar Banyakkan Beribadah Dan Berdoa BUKAN Hanya Sebelum Peperiksaan Sahaja Malahan Selepas Peperiksaan Pun. Harap Mendapat Keputusan Yang Cemerlang Sekaligus Menggembirakan Ibu Bapa Nanti. Kami Berdoa Agar Kita Semua Dimudahkan Oleh Allah Untuk Menjawab Soalan Peperiksaan Nanti. Insyaallah....

Disini Terdapat Sedikit Tips Kepada Semua Sebagai Guideline Untuk Anda Semua. Harap Diambil Iktibar.

Tip ini di ambil dari akbar berita harian untuk pekongsian kita bersama. Antaranya ialah :

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.
»»  read more

Wednesday, October 14, 2009

SMART SKILL ’09; Bengkel ICT PERMATA

Pertamanya, terima kasih kepada semua yang menjayakan program Smat Skill yang diadakan pada hari ahad, 11 Oktober yang lalu. Bengkel sebegini jarang diadakan apatah lagi menjelang musim peperiksaan namun tahniah buat PERMATA kerana berjaya mengadakannya. Walaupun penyertaan kurang memberansangkan namun input yang didapati boleh disebar luaskan agar manfaatnya tidak hanya didapati oleh yang hadir sahaja. Berikut merupakan antara gambar-gambar yang sempat di ‘snap’. Masing-masing tekun mendapatkan ilmu yang tidak boleh didapati ditempat lain.


~Belajar cara format laptop, betul-betul format laptop yang rosak~


Belajar Adobe Photoshop, amacam sekarang, dah boleh buat?

Tekun mendengar sambil mencatat

Bengkel ini mungkin diadakan dalam waktu yang padat iaitu dari jam 10.30 hingga jam 2 petang tapi bebaloi kerana diberi VCD yang memuatkan pelbagai software dan makanan tengahari disediakan. Semoga akan ada BENGKEL Smat Skill kali ke -2. Doakan ye. Nanti boleh ajak kawan ramai-ramai. Ilmu macam ni nak cari susah kalau adapun akan berbayar dengan harga yang tinggi. Namun PERMATA UM tidak hanya melihat keuntungan malah yang lebih penting ialah ilmu dapat dikongsi dan mendapat ganjaran dari Yang MAHA ESA.

~P/s: Tahniah dan terima kasih bagi semua yang terlibat.

»»  read more

Friday, October 9, 2009

SMART SKILL PERMATA 09



Salam Ceria Buat Anda

Insyaallah Permata Akan Mengadakan Program Smart Skill Permata 09. Butiran Program Adalah Seperti Berikut:

Tarikh Dan Masa: 11hb Oktober 2009 & 9Pagi - 2 Petang.
Tempat : Makmal D, Perpustakaan Utama, Universiti Malaya.
Bayaran : RM5(Muroh Jah Tu) Sekali Dengan CD & Makanan Tengahari.
Pendaftaran : Hubungi Icha 0139955733

Pendaftaran Awal Diperlukan Segera........Siapa Cepat Dia Dapat..........
Tiada Ditempat Lain...........
Cara Format Laptop & Adobe Photoshop.......

daftar jangan tak daftar...........................
daftar jangan tak daftar............................
daftar jangan tak daftar............................
»»  read more

Monday, October 5, 2009

BLOG PERMATA SEDANG DIBAIKPULIH


Seperti anda perhatikan, blog permata sekarang sedang berwajah baru. Sekarang sedang dalam proses akhir untuk dikemaskinikan. Harap bersabar untuk melihat serba sedikit perubahan untuk blog permata ini.
»»  read more

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA MAHASISWA TERENGGANU

SELAMAT HARI RAYA BUAT MAHASISWA TERENGGANU YANG AKAN PULANG KE KAMPUNG MASING-MASING. KAMI DI BARISAN PIMPINAN PERMATA UNIVERSITI MALAYA 09/10 MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA SEKALI MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA ESPECIALLY AHLI PERMATA SEKALIAN. MAAF KAMI HULURKAN DAN KEMAAFAN YANG KAMI PINTA BUAT SEMUA

(aloh kire 0 - 0 lah sume)

Disini terdapat satu pengumuman penting kepada setiap mahasiswa Terengganu. Butiran pengumuman disediakan dibawah:

KERAJAAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

Dengan segala hormatnya mempersilakan Mahasiswa Terengganu Universiti Malaya

KE MAJLIS AIDILFITRI YAB MENTERI BESAR TERENGGANU BERSAMA PERANTAU

Tarikh: 3 syawal 1430H
Masa : 9.00 pagi
Tempat: Dewan Konvensyen
Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man
Kuala Terengganu
Pakaian: Baju Kebangsaan
semua dijemput hadir. Jom g rama-rama.

Sape yang naik bas permata 17hb ni, tolong ontime ok!!! Lambat, bas tak kan pandang belakang dah.


»»  read more

Tuesday, September 8, 2009

::Syawal Akan Tiba::


















Alhamdulillah,hari ini sudah 18 hari kita berpuasa.Kini,tinggal 12 hari lagi.Dan,Ramadhan untuk tahun ini akan berakhir tidak lama lagi. Justeru, marilah kita sama-sama menyemarakkan lagi saki baki Ramadhan ini dengan amal ibadat seperti solat sunat tarawikh, tadarus Al-Quran, Tahajjud dan sebagainya untuk menambahkan lagi amalan pahala kita. Ramadhan datang hanya sekali untuk setahun. Mana tahu, mungkin ini Ramadhan terakhir buat kita?. Jadi,marilah kita sama-sama mengimarahkan bulan yang mulia ini. Semoga usaha ibadat kini ini dibalas dengan pahala yang berganda.Amin.



Syawal akan membuka tirainya tidak lama lagi. Mungkin ada dalam kalangan kita telah membuat persiapan awal-awal lagi. Bagi golongan siswi, mungkin sibuk dengan baju raya, kuih raya dan sebagainya. Hujung minggu pula, ada yang pagi2 lagi sudah menunggu bas untuk ke Shopping Kompleks, Bazar Hari Raya, dan sebagainya. Al-maklumlah, raya setahun sekali. Persiapan mestilah sakan dan penampilan raya mestilah vote. Walau apapun, kita mesti ingat. Jangan terlalu membazir. Belilah sekadar yang perlu sahaja. Jangan terlalu mengikut nafsu.



Bagi siswa pula, mungkin jarang-jarang kita lihat berada di shopping kompeks dan sebagainya. Adakah golongan siswa ini tidak membuat persiapan raya?. Tidak sama sekali. Mereka juga seperti siswi. Tetapi persiapan mereka tidaklah seperti kaum hawa.




Apapun, beringatlah wahai mahasiswa sekalian. Raya-raya jugak, pelajaran jangan lupa. Bagi yang mempunyai banyak tugasan, segerakanlah,agar dirimu tidak rugi. Pesanan PERMATA UM untuk siswa dan siswi semua, sempena Lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi :






  • Jaga diri baik-baik


  • Semoga selamat pulang ke kampung. Baca doa naik kenderaan sebelum bertolak.


  • Jangan main mercun. Bahaya!


Sempena Lebaran ini, PERMATA UM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua MT dan Exco serta Ahli-ahli PERMATA dan sesiapa sahaja yang mengenali PERMATA UM. 0-0. Wassalam.





-PERMATA UM 0910-

»»  read more

Friday, September 4, 2009

::LAWATAN KE ASRAMA DARUL FALAH,PERKIM::








sempat lagi si Adda nie..
















Bersama adik-adik..

















Time nie sume wt ayu n hensem..wekk..


















5 gadis Melayu..sila pilih buat calon Bibik..hehee




















Sebelum mulakan perjalanan servis dulu..




















Jom racing...!!










»»  read more

:: Selamatkan Penyu ....::

:: Selamatkan Penyu ....::