KUALA LUMPUR 2 April – Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri (Din Beramboi) meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi. Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.
Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir. Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi. “Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,” katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. – Utusan
SEMOGA ROH ALLAHYARHAM BERADA BERSAMA GOLONGAN ORANG YANG BERIMAN.
Friday, 2 April 2010
AL FATIHAH...
Friday, 26 March 2010
Suratkhabar Sinar Harian dan Harian Metro..
Masa yang ada banyak digunakan untuk merancang macam-macam program.
Masa tidur pun tak cukup apatah lagi masa nak online.
Pagi semalam sebelum pergi pejabat macam biasa aku pergi laa singgah kedai mamak yang biasa aku beli suratkhabar.
Then lepas beli suratkhabar 2 aku pun belek-belek laa suratkhabar 2 sepintas lalu jer dalam kereta.
Tiba-tiba...........................


Haaa..gambar aku buat program terpapar kat dalam surat khabar Sinar Harian.
Pastu tak semena mena telefon aku berbunyi-bunyi kawan-kawan aku bagi tahu yang aku masuk suratkhabar.Aku pun buat-buat terperanjat laa.Walhal aku pun dah tau muka aku masuk surat khabar.
Pastu ada jugak kawan aku bagi tahu yang program yang aku buat ni masuk suratkhabar harian metro jugak.Terus aku capai kunci kereta aku dan pergi ke Seven Eleven mencari Suratkhabar Harian Metro pulak.
Memang Sah...Muka aku masuk suratkhabar Sinar Harian dan Harian Metro semalam.
Pagi-pagi ni aku bangun dari tidur aku sedar-sedar suratkhabar Sinar Harian dan Harian Metro semalam masih ada dalam dakapanku..Hihi.
Saturday, 6 March 2010
Masa berjalan.....
Masa yang ada 24 jam tak cukup laaa sehari..Saper yang ada masa2 lebih tolong laa bagi kat aku..
Dah lama rasanya tak g kluar tgk wayang,jalan2,makan2 dan lepak2....
Huhh..Paling last pon g makan-makan n jalan-jalan masa Dominand datang ke Melaka.Dominand ni kawan aku dari German.
Nasib baik laa dia datang..klu tak jawabnya x dpt laa aku g jalan2 disebabkan terlalu sibuk..
Apa yang peliknya masa aku bawa dominand ni jalan2 dia cakap Melaka di dah tak best dah.
huhuhu..aku pon tertanya-tanya jugak apa yg menyebabkan dia berkata begitu..
Rupa-rupanya org putih ni tak suka sgt tgk banggunan pencakar langit..Sebab kat tempat diorang sumer dh ada sumer ni..Malah kata Dominand lagi hebat banggunan2 kat tmpat dia..
Apa yang mat saleh mat saleh ni nak adalah ketenangan.kedamaian dan keaslian..Maksudnya suasana tradisional laa.Memang betul.,,Bilaaku bawa si Dominand ni jalan2 dia cepat boring.Dia cakap dia lebih berminat nak merasai makanan-makanan orang melayu.Dia takberminat langsung nak tengok Menara Taming Sari,Eye On Malaysia,Zoo and etc.
Dia lebih teruja untuk mengajak aku g kedai makanan melayu.Dia nak rasa makanan masakan oarng melayu..
Keputusannya tengok laa kat bawah:::Hahahha..
oleh tuan kedai
Harap Dominand gembira sepanjang berada di Melaka.
Thursday, 18 February 2010
Lama tidak menjenguk ke sini @ Edisi karangan pelajar
CERITA MURID 1:




Wednesday, 3 February 2010
Tiger Woods rugi AS$ 1 Juta sehari
|
Woods sudah kehilangan kira-kira AS$1 juta (RM3.42 juta) sehari sejak dia keluar dari rumahnya di Florida dan melanggar pili bomba dengan kereta Cadillac Escalade, kemalangan yang mencetus dakwaan daripada ramai wanita muda yang menyatakan mereka mempunyai hubungan sulit dengannya.
Dalam tempoh 63 hari sejak skandal itu terbongkar dan pemain berusia 34 tahun bapa kepada dua anak itu menghilangkan diri daripada khalayak umum sebelum mengumumkan dia bersara sementara daripada kancah golf profesional, kerugian peribadi yang ditanggungnya sudah mencecah lebih AS$50 juta (RM171 juta).
Reaksi daripada syarikat seperti Gillette, Accenture dan AT&T bahawa imej tercalar atlit itu, yang mendakwa seorang yang amat sayangkan keluarganya tapi membuat hubungan sulit, tidak tepat bagi produk mereka sekali gus menyebabkan berkurangnya potensi pendapatan pemain golf itu.
Ketika dia dikenali sebagai bilionair sukan pertama, kemerosotan asetnya tidak mungkin begitu bermakna buat Woods pada ketika dia bertarung untuk menyelamatkan saki-baki reputasinya, ketika memutuskan apa kursus yang akan diambil sepanjang kehidupannya.
Malah jika dia kekal di Klinik Perkhidmatan Ketagihan dan Kesihatan Pine Grove di bandar Hattiesburg tapi gagal menyelamatkan perkahwinannya dan dia terpaksa membayar pampasan perceraian kira-kira AS$300 juta (RM1.02 bilion) kepada isterinya Elin, masih banyak yang tinggal buat Woods.
Dalam perspektif yang lebih besar, ketiadaannya lebih lama dalam kancah sukan golf, dikatakan 'satu bencana besar buat industri sukan itu'. Satu laporan daripada Universiti California baru-baru ini meramalkan kejatuhan syarikat yang pernah menaja Woods sebelum ini, berikutan kejatuhan harga saham, mungkin sebanyak AS$12 bilion (RM41 bilion).
Kini industri golf bimbang keuntungan pada 2010 mungkin berkurangan sebanyak STG200 juta (RM1.08 bilion).
Lantas lelaki yang membantu perkembangan pesat sukan itu, menyebabkan kenaikan hadiah wang buat pemain, rating TV yang lebih tinggi dan peningkatan jualan kelengkapan sukan itu, digesa supaya menyelesaikan masalah peribadinya secepat mungkin, menamatkan program pemulihannya dan tampil sebagai penyelamat.
"Kami tidak sabar untuk melihat Tiger kembali," kata Sergio Garcia, pemain Sepanyol yang menikmati banyak pertarungan di lapangan golf bersama pemain nombor satu itu.
"Ia satu situasi sukar buatnya, mungkin paling sukar sepanjang hayatnya. Kami akan lihat bagaimana dia pulih. Dia kuat sebenarnya daripada segi mental, tapi itulah yang mungkin memberi kesan kepadanya.
"Saya tidak pernah menjangkakannya daripada Tiger. Ia satu kejutan besar. Dia kelihatan seorang lelaki yang amat pendiam yang hanya akan bercakap di luar lapangan." Ketika ramai pemimpin menegaskan golf bukan hanya mengenai Woods, yang lainnya menerima hakikat mereka bergelut tanpanya.
Simon Millington, ketua eksekutif Forgan of St Andrews, syarikat berusia 150 tahun yang mendakwa pengeluar kayu golf tertua di dunia, tidak sabar menanti kepulangan Woods.
"Setiap orang dalam sukan golf terperanjat dengan skandal itu, tapi ini adalah masanya untuk tidak menumpukan kepada apa yang sudah dia lakukan dan melihat kepada perspektif yang lebih besar. Golf sebuah sukan yang miskin tanpanya dan tidak akan ditonton tanpanya. Kita sudah saksikan penonton TV berkurangan 50 peratus ketika dia tidak bermain kerana kecederaan lutut sebelum ini."
FAKTA
Syarikat yang meninggalkan Tiger Woods
Gatorade .................................................. rugi AS$10 juta
Gillette .................................................. rugi AS$10 juta
Accenture ................................................. rugi AS$9 juta
AT&T ...................................................... rugi AS$5-AS$10 juta
General Motors ............................................ rugi AS$500,000
Gatorade menamatkan minuman berjenama, Gatorade Tiger Focus, dan majalah Golf Digest berhenti daripada menyiarkan artikel bersiri. Tag Heuer dan Gillette berkata mereka mengehadkan publisiti membabitkan Woods
Kerugian utama lain
Bayaran penampilan ........................................ AS$18 juta (setahun)
Hadiah kemenangan ......................................... AS$7 juta (setahun)
Tapi masih ada beberapa syarikat yang setia
Nike ...................................................... AS$40 juta setahun
EA Sports ................................................. AS$20 juta setahun
*termasuk Netjets, TLC Laser Eye Centers, Dubai
Monday, 25 January 2010
Minggu Yang sibuk.
1. Rambut aku tak gunting lagi.
2.Baju untuk majlis tersebut pon tak beli lagi.
3.Kasut pon tak beli lagi.
4.Stokin pun nak beli baru jugak laa..hihi.
Huh nampaknya persiapan untuk majlis dah 80% siap.Cuma persiapan untuk diri aku jer yang tak siap lagi..Kan best kalau ada orang tersayang yang boleh gunting rambut aku dan teman aku pergi shopping beli baju n kasut 2..
Huhh..Dah2 jangan dikenang kisah silam2. Satu yang pergi 10 akan datang tau..haha.
Saturday, 23 January 2010
ADNAN SEMPIT

Lepas jaga adik aku di hospital siang 2 berpeluang laa pergi tgk filem yang digilai oleh pelajar2 aku.Adnan Sempit.aku pun x tahu apa yabg best sangat filem ni.Tapi oleh kerana telah menjadi idola plajar2 zaman sekarang aku terpaksa jugak gagahkan diri tengok criter ni.Nanti boleh laa aku tahu jawapannya kenapa budak2 dan remaja2 sekarang suka sangat digelar mat rempit.
Berbalik pada cerita Adnan sempit ni pada pendapat aku ia berkisar pada Mat Rempit dan Mat despatch.Aku rasa pengarah cerita ni cuba nak membuktikan bahawa tak semua mat rempit ni jahat.Aku setuju.Tapi masalahnya pasal 2 tiga orang mat rempit yang buat tak senonoh semua nama mat rempit busuk.Kalau orang tua2 kata akibat nila setitik rosak susus sebelanga.Betul x?? Tapi sampai sekarang aku masih terpikir macam mana laa boleh keluar nama mat rempit ni.Aku rasa lebih baik panggil diorangmat sempit ataupun mat semput..hahaha.
Filem arahan terbaru Ahmad Idham ini walaupun dikatakan cuba mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap golongan ‘mat rempit’, tetapi bagi aku ia sama sahaja dengan filem ‘mat rempit’ yang pernah ditayangkan sebelum ini. Golongan ini tetap terlibat dengan kegiatan tidak bermoral. Masih menggangu ketenteraman awam. Hanya hero filem ini sahaja yang berlainan sedikit. Tetapi, dia masih melepak dan merempit dengan rakan-rakan rempitnya.
Bagaimanapun, filem ini tidak membosankan kerana ia berjaya dihidupkan oleh lakonan beberapa pelakon. Penampilan pertama Shaheizy Sam sebagai hero filem cukup berjaya. Dia memberikan yang terbaik untuk menjadi seorang mat rempit yang selamba dan penuh lucu. Begitu juga dengan lakonan Liana Shamsudin. Lakonannya bagus cuma aku tidak begitu suka dengan intonasi suaranya yang agak terjerit-jerit.

Kesimpulan yang aku boleh buat janganlah melibatkan diri dalam dunia rempit kerana ia tak memberi banyak faedah pun kepada diri sendiri.Gunakan masa muda anda sebaik mungkin.Ingat!!!Masa yang berlalu tidak akan dapat diulang kembali walaupun dibayar dengan wang tunai.